BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 29 December 2014

Kekuningan pada Bayi Baru Lahir

Rawatan dibawah lampu ultra ungu
Penyakit kuning pada bayi terjadi disebabkan oleh bilirubbin dalam darah. Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada
bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Apa itu jaundis?

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.

Apa itu bilirubin?

Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?

Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?

Beberapa jenis jaundis sering terjadi kepada bayi dan tidak berbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:

- Fisiologi jaundis
- Patologi jaundis

Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah 'O').

Defisiensi G6PD pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.

Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?

Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:


Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.

Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.

Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?

Bayi anda mungkin sihat jika :

- Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
- Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
- Bayi anda sihat dan aktif.

Walau bagaimanapun, sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :

- Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
- Peningkatan kekuningan yang cepat.
-Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
- Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
- Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
-Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.

Apakah yang doktor akan lakukan?

Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.

Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?

Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:

- Gangguan pendengaran di mana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.

- Kerosakan otak yang teruk (kernicterus).

Oleh itu, intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus-menerus kerana ini membahayakan bayi anda.

Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

- Rawatan foto
- Pertukaran darah

Pencegahan jaundis

Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk mendapat jaundis yang teruk.

Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?

Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut di klinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.

Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

Apendiks

Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh penghidap defisiensi G6PD:

Makanan
 - kacang parang
- Herba cina yang tertentu
- Ubat-ubatan (rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)
- Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acid

Bahan kimia
- Ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian)

Sumber : Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo dan Dr. Leow Poy Lee
Penyemak: Dr. Irene Cheah Guat Sim



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday 28 December 2014

Tutuplah Aurat Dengan Sempurna

Tutuplah aurat dengan sempurna
Sketsa di satu pagi. Isteri berbaju lengan pendek, dengan tuala kecil tutup kepala. Lalu depan suami...

"Ayang nak kemana tu pakai macam tu?"
"Nak sidai pakaian kat luar."
"Kenapa pakai macam ni?"
"Ala..sekejap aja."
"Berbaloi ke, dedah aurat sekejap aja, nanti lama menanggung azab di neraka?"

Isteri pun masuk semula ke bilik dan memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna.

Sanggupkah kita langgar perintah Allah untuk menerima azab siksa di neraka nanti. Nak test azab siksa neraka, celup hujung jari kat minyak panas. Kalau mampu menahannya 5 minit, anda memang hebat.






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 27 December 2014

Solat Boleh Mencegah Perbuatan Mungkar


Solat Boleh mencegah perbuatan mungkar
Zaman ini zaman fitnah, fitnah berleluasa, dimana-mana. Ia bermula apabila solat ditinggalkan. Ramai zaman ini orang tidak menegrjakan solat 5 waktu. Malas, tidak tahu, sebuk, leka, tidak penting, ambil mudah dan tidak takut pada hukum dan azab Allah diakhirat nanti menyebabkan mudah sahaja solat ditinggalkan.

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain.

Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.

Menurut satu kajian, 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari

Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit.

Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek

Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.

Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.

Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak.

Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak.

Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama.

Apakah punca sebenar ramai yang tidak mendirikan solat?

Tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan solat, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan solat. Manusia lebih peka menumpukan kepada mencari keperluan dunia sehingga mengabaikan keperluan akhirat sedangkan Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah Allah Ta'ala.

Maka didiklah anak untuk mengerjakan solat sejak masih kanak-kanak lagi. Masih belum terlewat jika ada ibu bapa yang tidak pernah mengerjakan solat untuk diri sendiri belajar mendirikan solat. Carilah sesiapa sahaja yang boleh mengajar mendirikan solat asalkan tidak ada malu untuk bertanya dan belajar.

Tidak ada apa yang dapat menyelamatkan kita di dunia dari sebarang fitnah dan perkara mungkar melainkan dengan mendirikan solat. Solat menjadi benteng pertahanan kepada dirinya dari terjebak dalam kancah maksiat. Solat juga melindungi diri dari tipudaya syaitan dan manusia berhati syaitan.

Dalam surah Al-Ankabut, ayat 45,


ٱتۡلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ (٤٥)
Bermakna, 
 "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."







Dengan mengerjakan solat berterusan, iman kita terpelihara, maruah kita terjaga, jiwa kita tenang dan lapang. Tidak ada orang yang mendirikan solat dengan sempurna akan merasa gundah gulana memikir akan kesusahannya ketika di dunia ini. Semuanya yang dilalui redha belaka.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday 26 December 2014

Mengetuk Pintu Rahmat


Kuliah Hikam di Baitus Solehah
Kuliah Hikam, 26/12/14, subuh ini. Segala kurniaaan zahir digunakan untuk mencari keredhaan Allah. Semakin dekat seseorang dengan Allah Ta'ala, makin banyak kurniaan Allah kepada. Kurniaan terbesar ialah ilmu pengetahuan.p

Kita buat perbandingan ulama' silam dengan ulama' kini. Ulama' silam mampu menulis kitab berjilid-jilid sedangkan komputer pun tidak ada. Mereka menggunakan memori yang Allah kurniaan , menulis menggunakan pen dan dakwat.

Ramai orang soleh, ramai orang yang melakukan kebajikan, adalah sebahagian yang Allah kurniakan kepada orang orang beriman. Melakukan sesuatu semata mata mencari keredhaan Allah.

Apabila ada yang berbuat mungkar, tidak ada sebahagian antara kita yang mencegah, maka apabila bala diturunkan ia menjadi hak semua orang. Semua orang akan menerima musibah. Bezanya, ada orang apabila didatangkan musibah menjadi lebih takwa dan ada sebahagian makin kufur dengan Allah. Lebih takwa apabila menerima musibah dengan redha dan sabar. Yang kufur makin marah, menuduh Allah tidak adil, menyatakan Allah zalim kerana membiarkan segala kekayaannya diragut dalam musibah yang melanda.


 Mengetuk pintu rahmat Allah Ta'ala dengan melakukan ketaatan terhadap perintahNya. Orang yang mendapat keredhaan Allah apabila setiap tindakannya menurut syariat dengan teliti.

Di dunia lagi darjatnya telah diangkat oleh Allah, maka jalan jalan rahmat sentiasa terbuka untuknya. Hatinya sentiasa berzikir, mengingati Allah dalam apa jua keadaan. Barakah hidupnya tersebar dengan orang orang yang bersamanya.

Walaupun berzikir tetapi hati masih lalai, itu lebih baik dari langsung tidak berzikir dan hati langsung tidak ingat Allah. Berzikir di lidah dengan selalu menyebut nama Allah, telah mengetuk pintu rahmat Allah.

Kalam Hikmah Al Imam Ibnu Athaillah Askandary yang ke 47, "Berkekalanlah Dalam Menyebut Allah Dan MengingatiNya."

‪#‎Kuliah‬ Hikam paa 26/12/14 di Rumah Ustaz Othman.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday 25 December 2014

Remaja lelaki 14 tahun sudah punya anak



Remaja lelaki ada anak di Malaysia
Sayu dan terharu. Ketika menunggu azan masuknya waktu solat asar di surau HSA semalam, saya mendapat panggilan telefon dari seorang bapa. Bapa kepada remaja lelaki berusia 14 tahun.


Bapa ini bertanyakan masalah anaknya yang baru berusia 14 tahun telah berzina dengan seorang gadis berusia 18 tahun dan kini telah hamil 5 bulan. Terkedu saya mendengarnya. Walaupun sebenarnya kisah gadis dan lelaki berzina ini sering diluahkan kepada saya, kisah remaja ini buat saya terkedu kerana baru berusia 14 tahun akan bergelar bapa tidak lama lagi.

Apakah yang maju sangat sehingga remaja 14 tahun sudah meneroka alam seksual dan menghasilkan benih? Apa yang Allah mahu memperlihatkan sebenarnya? Kun Fa Ya Kun!

Tidak ada yang mustahil bagi Allah, walaupun katakan kamu baru akil baligh, kamu baru saja mimpi keluar mani, dan Allah mahu tunjukkan dalam mani kamu ada benih. Allah nak tunjukkan sesuatu kesalahan. Mungkin sangkaan pasangan, mereka berzina tidak mendatangkan sebarang akibat. Mereka sering berzina kerana menyangka dalam air mani belum ada benih yang boleh mengakibatkan mengandong. Ya lah , remaja umur 14 tahun, boleh dikelaskan masih kanak-kanak. Lagi pun lelakikan lambat matang.

Tetapi lain jadinya. Perbuatan zina mereka dalam diam telah mendatangkan akibat.

Cuba fikirkan, zaman dulu, umur 14 tahun, apalah yang kita tahu hal suami isteri. Yang sangat sulit dan dirahsiakan. Ada sahabat saya, ketika itu kami sama-sama berusia 19 tahun tetapi saya telah berkahwin bertanya, macamana sperma dan telor disenyawakan dan bayi lahir melalui mana? Dalam subjek biologi hanya disebut bagaimana persenyawaan terjadi tetapi tidak diterangkan tentang jimak.

Tetapi zaman ini, remaja 14 tahun, bukan sahaja tahu apa hubungan seks, malah telah melakukan dengan pasangan sehingga menghasilkan benih. Mesti dia sudah selalu melihat teori, jadi bila ada peluang, dia terus melakukan praktikal. Sekali yang pertama telah mendatang berahi dan keseronokan menyebabkan terus mengulangi. Tidak tahu sejak bila dia mula berzina. Bapanya pun tidak mampu bertanya bimbang jawapan itu memeranjat.

Tidak siapa pun menduga, ingatkan pasangan yang diakuinya kakak angkat, sering bersama untuk menunjuk ajar pelajaran matematik dan sainsjuga merupakan pasangan zina. Mereka ibarat pasangan suami isteri. Ibu bapa langsung tidak menyangka pasangan itu mempunyai hubungan yang begitu intim sehingga atas katil.

Ya lah...sapa nak duga, sementara tunggu sessi persekolahan waktu petang, adik angkat transit sekejap rumah kakak angkat, untuk bertanyakan kerja sekolah setiap hari sebelum ke sekolah buat kerja intim ini. Ibu bapa masing-masing bekerja, kakak angkat pulak belum berpeluang meneruskan pelajaran selepas SPM masih berada di rumah. Rumah berdekatan, setaman. Adik angkat singgah sekejap untuk makan atau bertanya kerja sekolah kepada kakak adalah perkara biasa pada mata masyarakat sehingga tidak menimbulkan keraguan dan syak wasangka yang pertemuan setiap hari tu adalah untuk tujuan melepaskan nafsu berahi, mereka sudah ketagihan zina.

Itu sebab Allah timpakan musibah atas perbuatan mereka itu dengan menyebabkan benih tersenyawa dan kakak angkat mengadong. Bila dah mengandong, barulah tersedar akan apa yang mereka lakukan selama ini adalah salah. Sejak bila mula mereka berzina kita tidak tahu. Tetapi jika sekarang bulan Disember, sudah mengandong 5 bulan, janin itu telah terenyawa sejak bulan Ogos lagi. Lepas bulan puasa, masih dalam bulan syawal.

Hmmm....

Itu tempoh mula tersenyawa. Mungkin mereka sudah mula berzina awal tahun lagi, sejak kakak angkat habis SPM, duduk di rumah takde kerja. Tetapi ketika itu air mani remaja mungkin belum ada sperma, awal 14 tahun. Lelaki selalunya akil baligh 15 tahun, mungkin remaja ini kategori akil balighnya awal.

Menakutkan...mengerikan untuk dibayangkan. Betapa maju kedepannya remaja hari ini.

Dimana puncanya? Macamana mereka tahu melakukan hubungan seks dan apa yang menyebabkan mereka selalu berahi?

Zaman ini apa yang mudah didapati? Mudah dipelajari dan mudah dingati?

Sudah pasti video lucah yang mudah dimuat turun dari internet. Tambahan ramai remaja hari ini ada smartphone yang ada akses internet. Siapa yang belikan smartphone? Siapa yang top upkan kredit? Siapa yang sediakan wifi di rumah untuk mengakses internet?

Rasa-rasanya suami isteri pun tidak hari-hari melakukan hubungan seks kerana mood takde, tidak terangsang kerana letih bekerja. Berbeza jika seseorang itu sering melihat video lucah, muudah teransang dan ingin melampiaskan. Makanya pasangan remaja itu rajin berzina sebab kekerapan menonton video lucah bersama, ibarat makan kuaci. Agaknya, singgah sekejap aja sebelum ke sekolah, terus menonton video lucah yang hanya beberapa minit, teransang dan tersu berzina. Zina tu ibarat makan kuaci aja. Setengah jam selesai, tersu pergi sekolah. Esok ulang lagi bila dapat video lucah lainnya dan tengok sama-sama.

Ibu bapa di luar sana, berhati-hatilah, berwaspadalah dengan kehadiran teman sekolah berlainan jantina yang sering kata belajar bersama.Jangan sekelip mata pun kita lalai memerhatikan. Jangan letak kepercayaan adik angkat akan jaga kakak angkat, tidak melakukan apa-apa pada kakak angkat. Ini bukti...

Tahun lepas pun sama, saya dirujuk kes yang sama, pasangan sama-sama berusia 15 tahun. Belum ambil PMR. Pasangan adalah dari sekolah agama harian. Ibu ayah guru. Tinggal setaman, dan rumah berhampiran. Jadi mereka sering belajar bersama mengulangkaji pelajaran dan study group. Sekali saja cuai meninggalkan mereka berdua untuk keluar ke bandar beli keperluan harian, mereka yang tengah belajar tu terus buat praktikal dalam bilik. Adalah lebih kurang 40 minit saja ke bandar tu, bila balik lihat anak-anak masih belajar petang. Mana nak timbul syak wasangka, masa pergi duduk di meja, ketika balik pun masih belajar bersama di meja. Sunggguh cantik mereka berlakon. Sekali, dua kali dan seterusnya. Alih-alih sebelum PMR, perut remaja perempuan nampak buncit.

Dah dekat nak PMR ni, ibu bimbang anak ni ada penyakit, bila dipegang bahagian perut ada bonjolan dan keras, bawalah anak perempuan ni ke doktor. Doktor terus buat imbasan, apa yang dilihat melalui skrin adalah janin bayi, jantung telah berdegup dan usia janin telah 26 minggu. Rasa runtuh langit menimpa kepala si ibu. Berderai air mata si ibu. Balik rumah, panik dan mengigil. Mengoogle mencari maklumat sehingga menemui nombor telefon saya dan meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

Tidak berani mahu bercerita pada orang lain, bimbang ada yang bawa mulut ke seluruh taman dan tempat kerja. Kasihan sungguh dengan ibu ini. Selalu menghubungi saya meminta nasihat dan bimbangan, apa nak buat dengan anaknya ini. Untuk digugurkan, tidak mungkin. Untuk membiarkan anak melahirkan bayinya di rumah juga tidak mungkin. Dimana maruah dan aib mahu diletakkan.

Maka, pasangan ini telah dinikah tetapi tidak dibenarkan tinggal bersama. Sebaik tamat peperiksaan PMR, gadis itu telah dibawa ke satu tempat yang jauh untuk ditarbiyah dan melahirkan anak.

Wahai ibu bapa, jika tidak mahu perkara ini terjadi di dalam keluarga, awasi anak kita, jaga hubungan dengan Allah. Selalu berdoa. mohon Allah yang melindungi kita dan keluarga kita. Minta Allah yang memelihara iman kita dan keluarga kita dari sebarang musibah yang mendukacitakan dan mengaibkan. Kita tidak punya daya upaya melainkan selalu mengharap pertolongan Allah.

"Ya Allah peliharalah diriku dan keluargaku dari melakukan perbuatan mungkar dan maksiat. Peliharalah iman kami, tetapkan iman dalam ramatMU"

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya dari manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, keras, lagi tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.(Qur’an Surat 66 (At-Tahrim): ayat 6)

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday 24 December 2014

Hakikat Sedekah Mneyelamatkan Diri Sendiri

Sedekah Menyelamatkan Diri Sendiri
Tahukah sahabat semua bahawa kita memberikan sedekah atau sumbangan kepada insan lain seperti orang fakir, miskin, orang yang ditimpa musibah itu sebenarnya untuk menyelamat diri kita sendiri sebenarnya. Bukan sahaja kita menolong orang susah, menyelamatkan orang, hakikatnya untuk menyelamatkan diri sendiri dari sifat tamak, bakhil,loba dan membersihkan hati dari sifat tercela.





Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, hidup seseorang itu diberkati dan dimurahkan rezekinya.

Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Diberikan pahala yang banyak, menyelamatan kita dari terjerumus ke neraka.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman ‘Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?’ Nabi Ayub mejawab ‘Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu’. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seseorang Islam kerana kekayaan boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.)

Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 23 December 2014

Musibah Menyelamatkan Iman


tazkirah Subuh
Tazkirah Subuh hari ini, 23/12/14,yang disampaikan oleh saudara Muhammad Nur Iman,  musibah yang didatangkan oleh Allah ada hikmahnya sekiranya musibah itu telah menyelamatkan iman dan memberikan impak untuk bertaubat. Contohnya, sekiranya selama ini selalu berzina berterusan dengan teman lelaki, tiba-tiba hasil perbuatan zina itu telah menyebabkan perempuan itu mengadong. Dengan sebab mengandong itu telah menimbulkan ketakutan.

Takut dengan hukum Allah, takut dengan manusia, maruah, malu , semua bercampur aduk sehingga menimbulkan kebingungan dan kekeliruan. Tidak tahu kemana arah apabila dengan mudah teman lelaki say good bye dengan menapikan sperma yang tersenyawa itu darinya. Boleh lagi berkata, "awak berzina bukan dengan saya seorangkan?"

Sudahlah tidak mahu mengaku itu spermanya, boleh lagi menuduh perempuan itu telah berzina banyak lelaki. Perempuan itu sedang sedih disebabkan mengandong, bertambah terluka lelaki itu tidak mahu mengaku dan bertambah parah apabila dituduh berzina dengan lelaki lain sedangkan perempuan itu hanya berzina dengan lelaki itu sahaja selama ini.

Maka dengan kebingungan, menyedarkan diri akan kesilapan, takut, insaf mula mencari jalan keluar. Dengan taufik dan hidayah Allah, tidak bertindak melakukan dosa-dosa seterusnya dengan mengugurkan kandungan atau buang bayi. Sebaliknya mencari jalan untuk bertaubat. Mencari tempat untuk dibimbing bertaubat dan berhijrah.

Muhasabah diri atas kesilapan lalu dan berusaha memperbaiki diri dengan mentaati Allah dan Rasul. Kembali melakukan perkara-perkara yang Allah redha.

Jangan pulak ada yang berfikiran, bagus juga gitu, buat dosa lepas tu taubat, ada rumah perlindungan.

Jangan fikir jika kamu sengaja melakukan dosa, kamu tahu itu dosa besar, sengaja buat, sengaja mencari alasan terlanjur. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terdetik dalam hati kamu. Jika Allah tidak izinkan peluang taubat, peluang ke rumah perlindungan bagaimana? Berapa ramai yang Allah buka aib, terberanak dalam semak, terberanak dalam bas, terberanak dalam bilik air dan sebagainya.

Pengalaman Baitus Solehah sendiri, beberapa ramai yang memohon masuk ditolak kerana tiada kekosongan, yang telah datang tetapi tidak sampai kerana terberanak pramatang dipertengahan jalan. Ada yang sempat sampai ke hospital negeri lain sehari sebelum ke Baitus Solehah , ada yang terberanak di bilik air sehari sebelum tiba di Baitus Solehah. Apabila sudah terberanak, maka waris dicari , wartawan pun mula menulis cerita, lengkap dengan nama penuh, alamat dan gambar. Bukankah itu tanda Allah telah membuka aib seseorang kerana kelalaian dan kecuaian atas niat. Boleh lagi bertaubat jika mahu kerana Allah itu Maha Pengampun dan Penerima Taubat.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 22 December 2014

Trauma Dan Takut

 "Ummi, saya takut ummi."

"Takut kenapa?"

"Saya berjubah, jubah saya longgar, saya bertudung pun masih ada lelaki yang menggangu, masa saya ke tempat letak kereta, ada lelaki tu datang terus pegang tangan saya. Dia kata saya sombong tak nak layan dia, saya takut ummi. Adakah Allah nak uji saya kali kedua?"

"Habis tu camana boleh lepas?"

"Saya jerit, saya sepak kakinya kemudian lari. Sambil lari saya menangis. Macamana ni ummi, saya masih trauma dengan kejadian lalu, dah stabil, saya di duga lagi, saya takut ummi."

Saya turut berfikir, kenapa ramainya lelaki berhati syaitan di luar sana. Bagaimana lagi mereka nak meneruskan kehidupan jika lelaki jalang berleluasa nak membaham mangsa. Sentiasa mencari peluang.

Lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung tetapi menjadi harimau untuk menelan mangsa.

Zaman fitnah, apakah harus perempuan keluar rumah untuk mencari nafkah buat menyara diri dan keluarga?

Langkah berhati-hati sudah dilakukan, aurat ditutup sempurna, masih ada lagi lelaki jalang bermata keranjang yang bernafsu sarakah syaitan nak meragut maruah perempuan yang lemah, yang terpaksa keluar rumah mencari rezeki.

"Ya Allah, bantulah kami, peliharalah keselamatan iman dan maruah kami di dalam rahmat Mu."

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday 21 December 2014

Ketagihan Zina

Taubat Seorang Gadis
Remaja hari ini, saya dikejutkan lagi melalui temubual dengan seorang remaja. Walaupun saya dah biasa dengan kisah remaja terlanjur, terlunjur atau dianiya, masih juga terkejut dengan kisah ini.

Seawal usia 17 tahun sudah biasa berzina. Mengulanginya hampir setiap minggu. Hingga kini usia sudah mencecah 22 tahun, telah melakukan zina dengan 3 orang lelaki.

Selepas ditinggalkan lelaki pertama, rakan sekolah, jumpa lelaki kedua. Berkasih, berzina bertahun dan ditinggalkan lagi. Apabila mula sambung belajar, jauh dari kampung halaman, jumpa pula lelaki ketiga.

Bila mana lelaki itu beri lebih perhatian, ambik berat dan pandai memujuk rayu maka dia jatuh terkulai layu dalam pelukan. Mudah saja mendapatkan mahkota yang bukan dara lagi.

Bila saya tanya kenapa mudah sangat menyerah?

"Bila bersendirian saya sunyi, saya tidak dapat kasih sayang dari mama abah. Mama saya penagih dadah dan telah diceraikan oleh abah. Abah kahwin lain dan tinggal jauh dari kami. Abah cuma hantar duit nafkah tetapi mama habiskan beli dadah."

"Sebab itu bila saja ada lelaki yang beri perhatian, tunjukkan sayang, saya terpesona. Apabila diusik saya menyerah. Apabila pertama kali telah merasai nikmatnya, seterusnya saya jadi ketagih. Saya mahu setiap minggu seperti pasangan pengantin baru."

"Saya tahu zina ini dosa besar, selepas terjebak kali pertama, walaupun saya mandi wajib, saya tidak pernah rasa bersih lagi. Beberapa kali saya nak berubah, menghentikan perbuatan zina tetapi saya kalah dengan nafsu sendiri. Sebab itu saya mengharapkan bimbingan. Saya rela berhijrah dan dibelenggu demi mengekang nafsu sarakah lelaki dan nafsu diri saya yang lemah dipujuk rayu. Saya tak nak mati dalam jahil dan mati dalam maksiat tanpa sempat bertaubat."

Jadi apa lagi yang boleh meruntun hati saya untuk tidak menolongnya? Ruang untuk menempat! Ini saja masalah utama dimana saya perlu meluaskan ruang yang ada. Bagaimana?

Saya tekad ingin membimbing agar dia boleh meneruskan kehidupan di jalan yang Allah redha. Kembali mentaati Allah dan Rasul. Semoga Allah memberikan jalan dan melapangkan ruang untuk membimbing dia.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 20 December 2014

Asbab Untuk Kita Melakukan Kebajikan

"Assalamualaikum."

"Wa alaikum salam, ya , cari siapa?"

"Saya nak minta derma."

"Derma apa?"

" Saya Sakit nak buat dyalisis, takde duit tambang." Sambil tunjukkan surat rujukan pengesahan, beliau adalah pesakit buah pinggang.

"Kamu tinggal dimana? Mana keluarga kamu?"

"Ni kad pengenalan saya, saya tinggal di alamat ini, suami saya sudah meninggal dunia, anak-anak tinggalkan dengan ibu bapa saya, saya pula tinggal bersama mak mertua. Mak mertua saya juga adalah ibu tunggal, bapak mertua telah meninggal dunia juga."

"Saya tidak dapat bekerja, tak ada orang mengaji saya kerja sebab seminggu 3 kali saya kena buat dyalisis. Mak mertua pun tak kerja, dah tua. Ada wang pencen bapa mertua untuk sara hidup. Tapi tak banyak mana sebab bapa mertua dulu pun cuma pekerja am disektor awam."

"Kamu buat dylisis dimana?"

"Di Hospital Sultanah Aminah. Saya pergi naik bas. Hari ini saya cuma ada duit tambang pergi saja, duit tambang balik tak ada."

Setelah saya baca surat rujukan, belek-belek kad pengenalan yang diberikan, baca sijil kematian suaminya, saya mengajak dia balik ke rumah untuk bertemu mak mertuanya. Tujuan saya, nak mengesahkan ceritanya. Jika benar, dia tergolong dalam asnaf.

Sebelum naik kereta, anak-anak asuhan memasukkan ke dalam kereta segala barang keperluan harian seperti beras, gula, tepung, serbuk coklat, susu pekat manis, sos cili, sos tomato, kicap dan minyak masak.

Sampai di rumah mak mertua, ceritanya memang benar. Menitis air mata mendengar cerita mak mertua tentang dirinya. Keadaan rumah menguatkan lagi cerita mereka. Masa kami sampai, mak mertua sedang menanak nasi tanpa lauk.

Seminggu 3 kali nak ke hospital besar buat dyalisis. Pergi sendiri, naik bas. Tambang bas pergi balik RM 7.80. Duit untuk tambang hari tu cuma ada RM 4.00 sahaja. Mak mertua memang tahu dia nak ke hospital buat dyalisis dan duit tambang cuma ada RM 4.00, mak mertua nak beri, mak mertua pun tak ada duit. Malam sebelum tu memang nak pinjam duit jiran tetapi jiran kata belum gaji. Sama-sama susah. Itu sebab dia berjalan hingga sampai ke rumah saya untuk minta wang sekadar cukup tambang balik. Ini pettama kali saya melihat dia datang minta duit.

Sungguh, ada ramai lagi orang yang hidupnya kais -kais macam ayam. Daif. Dia mendapat bantuan sara diri dari Baitulmal sebanyak RM 300 sebulan. Jika kita kira, tambang pergi balik untuk sebulan saja hampir RM 150.00 . Makan minum cuma RM 150.00. CUKUPKAH untuk 30 hari? Bulan ni tak cukup duit tambang kerana minggu lepas dia masuk wad .

Rakyat marhaen yang miskin ramai, tergolong dalam golongan asnaf. Nak bekerja atau berniaga tidak ada kudrat. Badannya kurus kering, urut tangannya berbola-bola kesan jarum suntikan ketika buat dyalisis. Lemah aja. Begitulah secebis kisah dalam masyarakat marhaen.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday 4 December 2014

Baitus Solehah Dalam Majalah Jelita

Selamatkan Dua Jiwa
Baitus Solehah bermula dari halaqah.net. Oleh itu dimana pun beranjaknya Baitus Solehah, halaqahnet tetap akan bersama-sama. Dalam majalah Jelita terbitan Disember 2014, mengutarakan beberapa isu sosial gadis-gadis yang hamil tanpa suami samada terlanjur atau dianiya. Rumah Perlindungan sebagai anjakan untuk mereka berubah bagi yang tersedar, insaf, mahu bertaubat dan berubah.


Antara isu yang dikongsikan,


1.Penyakit Sosial : Pesta Awal tahun Hujung Tahun Beranak
2. Rumah Perlindungan : Antara Kecaman dan Kemanusiaan
3. Daripada dibunuh Baik Saya Bantu


 
Dalam Artikel bertajuk Selamatkan Dua Jiwa yang disunting oleh Norashikin Md Nor, menceritakan latar belakang pengasas, penubuhan, pengurusan dan pelatih Baitus Solehah.


Beberapa perkongsian latar belakang terjebaknya gadis-gadis yang hamil tanpa suami dari permasalahan rumah tangga ibu bapa sendiri. Sesuai dibaca untuk menjadi panduan kepada gadis yang telah tersasar, ibu bapa dalam mendidik anak-anak remaja dan guru-guru yang membimbing pelajar di sekolah.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Kenapa kita perlu menjaja usaha dan kebajikan yang dilakukan?


Bekerjasama membentang karpet di Masjid Nabawi
Kenapa saya suka kongsi cerita keluarga saya? Dulu, ketika usia saya 35 tahun, sudah mempunyai 7 orang anak dan yang paling kecil ialah Abdullah, umur Abdullah Mubarak baru setahun, saya mendapat jemputan Allah untuk mengerjakan rukun Islam ke 5, ibadah haji di Makkah.

Saya terima tawaran jemputan itu tanpa fikir panjang, saya doa, usaha, ikhtiar dan tawakal titipkan 7 orang anak yang masih kecil dengan pembantu rumah Indonesia dan adik. Anak sulung baru berumur 15 tahun dan anak nombor dua 13 tahun berada di Madrasatul Quran, Kubang Bujuk. Bermakna ada 5 orang anak lagi yang masih kecil berumur 11, 9, 7, 3 dan 1 tahun ditinggalkan di rumah.

Zaman ini belum canggih lagi, telefon cuma ada sebuah, ditinggalkan di rumah untuk kegunaan yang mengasuh anak-anak. 40 hari berada di Tanah suci, cuma sekali sahaja saya buat panggilan telefon untuk mengkhabarkan tarikh tiba di lapangan terbang, minta dijemput.

Nekad saya meninggalkan anak-anak yang masih kecil dengan adik dan pengasuh Indonesia telah menjadi motivasi kepada seorang kawan untuk mengerjakan haji. Anaknya cuma 3 orang, berusia 10, 12 dan 14 tahun. Mula-mula mendapat tawaran dari Tabung Haji, dia seperti mahu menolak kerana anak-anak anggapannya masih kecil. Tetapi hasrat menolak tawaran itu batal, apabila dia teringat kisah saya yang nekad pergi mengerjakan haji walaupun ada anak yang masih menyusu.

Katanya, "jika muna nekad pergi dengan meletakkan pengawasan keselamatan anak-anak kepada Allah beserta doa usaha ikhtiar tawakal, kenapa dia tidak boleh?"

Cerita saya itu menjadi motivasi dan mendorong untuk dia menerima jemputan mengerjakan haji pada tahun itu. Sebab itu perlu juga kita cerita aoa kita lakukan supaya ia menjadi motivasi dan panduan kepada orang lain. InsyaAllah.


Kenapa kita perlu menjaja usaha dan kebajikan yang dilakukan?


Kebaikkan yang diceritakan itu bergantung kepada niat. Jika niat untuk mengajak orang ikut sama melakukannya ia menjadi perlu, contoh kita mengajak orang solat , berzakat, atau mengajak orang menyelamatkan ummah. Kita perlu cerita apa program yang dirancang supaya ramai ikut serta.

Kita tidak mampu melakukannya sendirian. Bak kata muafakat membawa berkat. Lidi sebatang tidak mampu menyapu sampah tetapi penyapu berjaya membersihkan sampah-sampah.

Bagaimana nak jadi penyapu, jika orang tidak tahu program apa yang kita sedang lakukan. Sebab itu kebaikkan yang kita sedang lakukan perlu dikongsi dengan orang lain, perlu diceritakan juga, dijaja dalam fb adalah media paling mudah pada zaman ini. Gunakan kemudahan berfb untuk jaja kebaikkan untuk membantu ummah yang makin nazak.

Ibarat sebuah kapal yang belayar, bolehkah kapal belayar sendiri tanpa nakhoda dan kelasi? Nakhoda perlu mewar-warkan dia dalam perjalanan ke Tanjong Harapan untuk menyelamatkan orang yang terkena tsunami. Perlu kelasi dan pasukan smart juga agar tujuannya kebajikan itu dapat dilakukan.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday 3 December 2014

Bapa Saudara Rogol Anak Saudara Down Sindrom

Gadis Down Sindrom ibarat anak ayam yang pelu dilindungi
Kadang-kadang saya berfikir siapakah yang OKU, yang akalnya terencat, yang lelaki atau yang perempuan. Siapa yang Terencat Akalnya? Sedangkan gadis down sindrom ibarat anak ayam yang perlu dilindungi dari helang yang suka menyambar.


Baru sebentar tadi saya mendapat laporan, dari seorang penjaga kepada remaja down sindrom yang hamil 2 bulan. Akal remaja down sindrom tu memang kita tahu setahap mana. Bila ditanya siapa pelaku, dia bagitahu bapa saudara. Tapi bapa saudara yang mana? Yang penting, pelakunya mesti dikenali, sudah biasa dengan gadis itu, dan gadis itu faham amaran, jangan bagitahu orang. Sebabnya hanya setelah gadis itu mendakwa sakit perut, dibawa ke doktor, dibuat imbasan, baru diketahui sakit perut disebabkan hamil, ada bayi dalam rahim dan ada gerakan dalam perut. Gadis tu mana tahu yang dirinya hamil. Bila tanya pun bagaimana boleh hamil, dia tidak boleh terangkan. Memang dia tidak tahu.

Dia tak boleh bagitahu namanya dan antara bapa-bapa saudara yang selalu datang kini tidak datang lagi, jadi dia tidak boleh tunjukkan yang mana pelakunya.

Bukan sekali, menurut gadis itu berkali-kali. Buat laporan polis pun tidak dapat menunjukkan siapa pelaku dan tidak ada dakwaan dapat dilakukan. nak buat siasatan pun jika tidak tahu siapa yang harus disiasat.

Dalam hal ini, tidak mungkin gadis down sindrom itu boleh hamil jika tidak ada pelaku. Dan adakah kata-katanya dapat dijadikan bahan untuk dilakukan siasatan?

Jika nak buat ujian DNA pun, siapa pelaku yang hendak diambil sample jika tidak tahu yang mana satu.

Sudahnya kes itu hanya tersimpan dalam fail sahaja.

Dan gadis-gadis yang akalnya kurang sempurna terus menjadi mangsa kerakusan lelaki berhati syaitan.

Jadi siapa sebenarnya akalnya terencat? Gadis down sindrom atau lelaki yang merogolnya? Mentang-mentang, akal gadis tu lemah, tidak berdaya, kurang bertutur, dia dijadikan mangsa nafsu sarakah tunggangan syaitan.

Tunggulah...kamu akan dicampakkan ke neraka jahanam, kamu tidak merasa azabnya ketika di dunia, tetapi kamu tetap akan rasa azabnya di akhirat kerana, kamu tentu malu nak meminta maaf kepada gadis itu dan mengakui kesalahan kamu ketika kat dunia ini kepada gadis itu. Tunggulah...selalunya ALlah balas cash on delivered..

Makin ramai yang jadi mangsa lelaki yang menjadikan syaitan sebagai tunggangnya? Sekarang ini, gadis yang seksi, yang pakaian cuma tutup gitu-gitu, tak jadi mangsa, tetapi yang tutup sempurna pulak sasaran mereka.

Apa kaedah lagi untuk gadis menjaga diri. Yang jadi mangsa kini, gadis dalam rumah, gadis pergi sekolah, gadis balik sekolah, gadis sekolah agama, gadis belajar agama dan gadis yang tutup aurat sempurna.

Maka mohonlah pada Allah, pelihara hubungan dengan Allah, agar Allah memelihara kita dari sasaran lelaki rakus berhati syaitan, lelaki yang menjadi syaitan tungganganya. Tidak ada sesiapa pun yang dapat melindungi kita melainkan Allah Ta'ala.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 2 December 2014

Apakah Orang Menganiya Terlepas Begitu Saja?




Apakah lelaki berhati syaitan itu terlepas begitu saja? Belum tentu, hari ini dia aniya orang, esok lusa, anaknya pulak kena aniya. Seperti mana dia menganiya gadis-gadis, jika tidak bertaubat, Allah bayar cash kat dunia lagi dan diakhirat nanti dia mendapat azab yang pedih.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 111,

وَمَن يَكۡسِبۡ إِثۡمً۬ا فَإِنَّمَا يَكۡسِبُهُ ۥ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا

"Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

Dalam ayat 110,

وَمَن يَعۡمَلۡ سُوٓءًا أَوۡ يَظۡلِمۡ نَفۡسَهُ ۥ ثُمَّ يَسۡتَغۡفِرِ ٱللَّهَ يَجِدِ ٱللَّهَ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

"Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Jadi jangan fikir, pelaku yang menganiya orang akan lepas, bebas begitu saja. sekiranya tidak bertaubat, azab yang pedih memantinya di akhirat kelak.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Kerakusan Lelaki Berhati Syaitan




Penunjuk Kehamilan melalui ujian air kencing
Petang tadi saya berbual-bual dengan seorang pelatih baru yang menjadi mangsa penganiyaan. Membuka cerita, saya mahu tahu kisah selanjutnya.

Mempunyai adik beradik yang ramai, bapa hanya bekerja kampung. Maka dia terpanggil untuk membantu bapanya sebaik tamat persekolahan tingkatan 5.

Bekerja sebagai penyedia air di sebuah kedai minuman, pendapatannya cukup untuk sara diri dan sedikit dihulur kepada bapanyanya.

Disitu bermulanya episod hitam dalam hidupnya. Dia sombong dengan lelaki, maksudnya tidak melayan sebarang lelaki yang cuba menghampirinya. Bukan berkasar atau telah melakukan sesuatu menyakitkan hati lelaki itu. Cuma tidak melayan dan menolak secara berhemah sebarang ajakan untuk berbual-bual dan berkenalan. Niatnya bekerja untuk membantu keluarga, maka dia berusaha menjaga dirinya sendiri apabila berada jauh dari keluarga.

Sentiasa berpakaian sopan, menutup aurat dengan sempurna, pakai apron dan tudung dilabuhkan dibahagian dada.

Rupanya, lelaki itu merasa tercabar. Wajah hensemnya tidak dipandang sedikit pun oleh gadis kampung ini. Godaannya tidak dipedulikan langsung. Sungguh dia marah dan berniat untuk menganiya.

Suatu hari dengan bantuan kawan sekerja gadis ini, lelaki itu telah memberikan minuman berupa  air kotak kepada gadis itu. Gadis ini pulak, menyangka minuman itu dibeli oleh rakan sekerja yang sering membantunya. Rakan sekerja sudah berkahwin, sudah lama bekerja, maka sering mempelawa makanan dan minuman kepada gadis itu. Gadis itu tidak menolak pelawaan makanan yang diberikan, tambahan jika dipertengahan bulan, wang poket sudah berbaki sen cukup untuk tambang bas pergi balik.

Hari itu, dia menyangka air kotak itu memang pemberian rakan sekerja seperti selalu. Dia pun minum. Sejam selepas itu, dia merasa mual, dan pening-pening. Tidak berupaya melakukan kerja dengan baik. Maka dia pun minta izin untuk berehat seketika di surau berhampiran. Dalam keadaan terhoyong hayang menuju ke surau, terasa seperti tangannya ditarik seseorang. Oleh kerana keadaan diri tidak stabil, dia mengikut saja pegangan tangan itu tanpa mengetahui siapa, kerana matanya sudah hampir tertutup. hari masih siang, belum pun waktu zohor.

Itu saja yang diingat. Menjelang asar dia tersedar, mendapati dirinya berada di sebuah hotel, berhampiran tempat kerja. Melihat diri tanpa pakaian, dia terpandang lelaki hensem yang selalu mengodanya tersenyum-senyum. Dia meraung dan menangis sambil bertanya, “apa yang terjadi?”

Lelaki itu dengan egonya berkata dan memberi amaran, "jangan cuba-cuba buat laporan polis, saya sudah ambik semua gambar kamu,  saya akan sebarkan gambar ini ke internet dan berikan kepada ibu bapa kamu.”

Kemudian lelaki itu menyuruh dia mengikut arahanya jika tidak mahu gambarnya tersebar di internet. Pindah ke rumah yang disediakan, tidak boleh pindah tempat kerja. Jika arahan tidak dipatuhi, dia akan menerima akibat yang mengaibkan. Gadis ini telah terjerat dan tidak dapat meluahkan kepada sesiapa malang yang menimpa dirinya.

Terpaksa mengikut arahan lelaki itu, berpindah tinggal di rumah yang disediakan, walaupun pintu dikunci, lelaki itu mempunyai kunci pendua yang dia boleh masuk tidak kira masa. Apabila bulan berikutnya, dia selalu meloya dan muntah-muntah dan mendapati kedatangan haidnya lewat, dia telah membuat pemeriksaan air kencing untuk 'pregnancy test'. Mendapati dirinya hamil, terasa dunianya gelap. Tidak tahu kemana mahu dituju. Bila dikhabarkan kepada lelaki itu, terus lelaki itu menghilangkan diri. Dasar lelaki dayus, tidak mahu bertanggungjawap dengan apa yang telah dilakukan.

Mulanya dia mendiamkan diri, tidak mahu rakan sekerja tahu, lagipun dia merasa dendam dan marah kerana mengesyaki rakan sekerja telah bersubahat dengan lelaki hensem itu menganiya dirinya. Apakan daya, dia tidak mempunyai rakan lain di bandar itu. Tidak ada sesiapa yang dikenalinya. Lagi pula, rakan sekerja yang telah berkahwin dan mempunyai anak, melihat dia selalu muntah-muntah, telah bertanya, "awak mengandung ke?"

Antara mahu atau tidak, terpaksa mengiyakan kerana untuk meneruskan kerja pun dia sudah tidak mampu. Rakan sekerjanya, ingin membantu. Mencarikan keluarga angkat yang sudi menjaga dia waktu hamil hingga bersalin dan sebagai taruhan, apabila bayi lahir mesti diserahkan kepadanya.

Dia yang tidak ada pilihan, menerima tawaran itu. Tinggallah dia di rumah 'keluarga angkat' yang baru dikenalinya. Baru dua minggu tinggal di situ, hari raya haji tiba. Ibu dan bapanya memang tidak tahu apa yang terjadi padanya, dan mereka menyangka dia masih bekerja seperti biasa. Jadi untuk mengelakkan mereka mengesyaki sesuatu, gadis itu minta izin dengan 'keluarga angkat' untuk pulang berhari raya di rumah sehari dua agar keluarga tidak syak apa-apa jika selepas ini dia lama tidak pulang.

Mulanya 'keluarga angkat' tidak membenarkan, tetapi dia berjanji tetap akan pulang, lagi pun kemana dia nak pergi jika keadaan diri sudah begini, sedangkan keluarga tidak tahu dan dia memang tidak mahu sesiapa pun tahu tambahan jiran tetangga ibu bapanya, takut maruah mereka tercemar. Akhirnya 'keluarga angkat' terpaksa membenarkan dan buku merahnya mereka pegang.

Hari raya haji tahun 2014, jatuh pada hari Ahad. Maka hari Isnin cuti. Maka semua adik beradiknya pulang berkumpul di rumah. Ada antara kakak-kakaknya (semuanya ada 7 orang kakak kandung, 3 orang kakak ipar) melihat perubahan fizikal dirinya. Mereka seperti mengesyaki sesuatu. Kebetulan malam itu, perut gadis itu tidak selesa dan menjadi alasan untuk kakak-kakak membawa dia ke klinik. Rahsia tidak dapat ditutup, gambar scan telah menjelaskan syak kakak-kakak tadinya.

Balik rumah, dia telah disoal bertubi-tubi, dan dengan linangan air mata, dalam sedu sedan, barulah dia bercerita akan dirinya yang teraniya. Dia tidak tahu nak mengadu kepada siapa dan bagaimana kerana takut mengaibkan keluarga jika gambarnya tersebar dinternet.

Supaya tidak timbul sakit hati atau dendam atau marah, kakak-kakaknya telah menghubungi 'keluarga angkat' secara baik. Tidak mahu adik mereka terus menjadi mangsa penyaniyaan dalam usia yang begitu muda, terpaksa melalui penderitaan atas kezaliman lelaki berhati syaitan, mereka minta adik mereka 'dilepaskan'. Mereka mahu menebus adik mereka dari jagaannya. 'Keluarga angkat' bersetuju melepaskan dan menyerahkan buku merah. Lagi pula, 'keluarga angkat' tidak mahu terlibat dalam polis kes jika mereka membuat dakwaan, adik mereka telah disembunyi atau dicolek.

Sebaik sahaja memperolehi buku merah, gadis ini terus dibawa pergi oleh kakak-kakaknya ke suatu tempat yang jauh dari kampungnya. Mereka mahu menyelamatkan masa depan adik mereka, kezaliman lelaki berhati syaitan tidak dapat mereka balas, bimbang lelaki itu benar-benar menyebarkan gambar adik mereka ke internet.

Maka, mereka berusaha mencari sebuah Rumah Perlindungan yang dapat mentarbiyah dan membimbing adik mereka yang sudah tersungkur, tidak dapat menerima hakikat terpaksa hamil tanpa suami dan melahirkan anak tanpa ayah agar redha dengan kehendak Allah ini. Jiwa adik mereka perlu diubati, dendam, marah dan merasa Allah berlaku tidak adil kepadanya . 

Dalam tangis dan airmata, jiwa gadis ini perlu dibangunkan semula. Hatinya yang beku perlu diketuk semula untuk dicanai, diadun dan dibentuk menjadi taat kepada Allah. Buang rasa marah kepada tuhan yang mentakdirkan perkara ini terjadi pada dirinya.

Katanya, dia sudah tidak berdaya untuk menangis, tetapi tetap terus menangis mengenang nasib dirinya. Dia selalu buat solat taubat, bangun awal buat tahajud, belajar untuk bangun semula. Payah, sungguh payah kerana airmatanya belum mahu kering.

Kerakusan lelaki hensem berhati syaitan sukar untuk dia lupakan. Selalu menggangu ketenangan tidornya. Dan apabila mengenang kembali kisah hitam itu, dia menangis semula.

Moga-moga Allah mengurniakan taufik dan hidayah untuk gadis ini dapat bangun semula dan menerima takdirnya dengan redha. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan diri gadis ini, keluarga kita dalam rahmat Allah Ta’ala. Belajar untuk memaafkan dari terus rasa dendam yang makin merosakkan hati dan mengakibatkan penderitaan jiwa yang berpanjangan.




 




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 29 November 2014

Ramainya Gadis Di Rumah Perlindungan Kerana Adanya Lelaki Berhati Syaitan



Team Amal Suzuki Biker
 Hari ini, 29/11/14, Baitus Solehah menerima kunjungan dari Team Amal SBCM seramai 70 orang. Mereka datang bermotosikal dari Shah Alam, Selangor. Ada juga ahli mereka dari negeri-negeri lain termasuk Johor.

Mereka singgah ke Baitus Solehah bagi menyampai sumbangan dari beberapa pihak seperti SBCM, Hi-Rev, Suzuki Motor, Kulit-Kraf, Syarikat Air Selangor dan Muslim Care. (Maaf jika saya tertinggal nama yang menyumbang).

Saya amat berbesar hati menerima kunjungan ziarah mereka. Dan inilah pertama kali saya berpeluang bercakap di khalayak umum yang pesertanya lelaki sahaja. Ada juga yang datang berkeluarga menaiki kereta.

Peluang dapat bercakap di hadapan ramai pemuda diambil kesempatan untuk meluahkan apa yang tersirat di hati selama. Saya berucap sungguh dari hati sehingga tanpa sedar air mata mengalir.

Saya luahkan kekesalan, bahawa kenapa ramai lahirnya anak zina, perempuan-perempuan hamil tanpa suami kerana pelakunya adalah lelaki yang tidak bertanggungjawap dan mengenepi hukum syariat Islam yang menghalalkan persetubuhan melalui ijab dan kabul.

Ramainya gadis berada di rumah perlindungan kerana sikap tidak bertanggungjawapnya lelaki yang berzina dengan mereka samada memperkosa secara paksa atau suka sama suka. Dah buat suka sama suka, tetapi bila perempuan itu mengandung, mereka ditinggalkan begitu saja. Yang memperkosa sudah pasti selepas perempuan itu dianiya, mereka menghilangkan diri agar tidak dapat dikesan.

Pelaku-pelaku ini terlupa, jika mereka terlepas hukum dan tanggungjawap kat dunia, mereka tidak akan terlepas perbicaraan di Padang Mahsyar nanti. Azab yang pedih sedang menanti mereka jika mereka tidak bertaubat , tidak mohon ampun kepada Allah dan memohon maaf atas penganiyaan mereka terhadap perempuan-perempuan yang mereka zinai.

Setakat hari ini, dalam ramai perempuan yang Baitus Solehah lindungi, belum ada yang bertanggungjawap atas perbuatan mereka. Pelaku lepas bebas bersuka-suka meneruskan kehidupan sedangkan perempuan yang menanggung akibat berduka nestapa menanggung azab pedih mengandung tanpa suami dan melahirkan bayi tanpa ayahnya.

"Cuba lihat wajah bayi-bayi ini, comel semuanya, bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan mereka apabila melihat maklumat bapa di sijil lahir, maklumat bapa tidak diperolehi. Apa perasaan mereka?"

"Cuba letak diri kita pada kedudukan mereka dimana suatu hari nanti mereka akan bersekolah, tahu membaca dan bertanya, siapa bapa saya?"

"Fitrah seorang anak mendambakan kasih sayang ibu dan bapa, mereka ada ibu, tak ada bapa, tetapi mereka tak tahu apa-apa dan mengharap kekurangan itu terisi dengan memanjakan diri dengan anak menantu saya. Bagi mereka asal lelaki, mereka kejar minta dipeluk cium, didukung dan ketawa mengekeh-ngekeh manja, tanpa mengetahui siapa lelaki itu yang pada fikir mereka mungkin bapa mereka."

"Saya berharap semua anda di sini tidak tergolong orang-orang yang menganiya perempuan, ambik kesempatan atas kelemahan mereka dan tidak tergolong orang -orang yang menzalimi diri sendiri. Jauhi zina, jangan bercouple."

Semoga semua peserta yang hadir dipelihara keselamatan dan kesejahteraan diri dan perjalanan pergi dalam balik rahmat Allah Ta'ala. Kepada para penyumbang yang menyumbang berbagai barangan, diucapkan terima kasih.

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan tidak terhingga dari sumber yang tidak diketahui, memudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kepada semua penyumbang dan keluarga.

Moga semua penyumbang dan keluarga dikurniakan kekayaan iman, kekayaan harta dan kekayaan jiwa di dalam rahmat Allah Ta'ala.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday 7 November 2014

Jauhi Zina Kerana Taat Larangan Allah


Pertemuan dengan peserta UMP
Indahnya menjadi gadis, pelihara maruah diri, sekali ia tercemar, tidak mungkin dapat dikembalikan lagi. Jangan cuba-cuba menghampiri jalan-jalan zina. Allah larang sekeras-kerasnya. Jaga Solat, Jaga hubungan dengan Allah, Tutup Aurat dan Berakhlak Mulia, maka Allah memelihara iman, maruah dan keselamatan diri kita.

Jadi jangan hampiri zina bukan kerana kesan dan keburukannya, tetapi kerana taat perintah Allah dan RasulNYA.




Jangan Hampiri Zina

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)" (Al-Isra, :32)

Tafsiran Ringkas :

Zina ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

Ayat di atas melarang kita untuk mendekati zina. Ia bermaksud segala hal yang merupakan jalan menuju perzinaan wajib kita jauhi apa lagi zina itu sendiri tentunya lebih wajib kita jauhi. Perlu juga kita sedari bahawa segala keterbukaan dan kebebasan dalam pergaulan antara lelaki dan wanita ini pasti menimbulkan akibat yg buruk pada masyarakat kita. Suatu keburukan akan lebih cepat merebak dibanding kebaikan.

Maksud daripada amaran Allah Ta'ala "jangan hampiri zina" ini adalah ditujukan kepada segala perkara yang mendorong kepada perlakuan zina. Seperti berdua-duan, bercakap-cakap atau berhubungan dengan cara-cara yang boleh menaikkan nafsu kejahatan, berpegangan tangan atau apa saja perkataan, perbuatan, isyarat yang boleh mencetuskan perasaan kepada perbuatan zina adalah termasuk didalam amaran ini.

Rahsia mengapa Allah s.w.t menggunakan kalimah ‘janganlah engkau mendekati zina’, bukan ‘janganlah engkau berbuat zina’, telah disampaikan Syeikh As-Sa’di dalam tafsirnya.

Kata beliau: “Larangan untuk sekadar mendekati zina lebih bermakna mendalam dari melarang perbuatannya. Sebab, ia bererti meliputi larangan terhadap seluruh pendahuluan dan pencetusnya. Orang yang berada di sekitar daerah yang terlarang, dikhuatiri terjebak di dalamnya. Terutama dalam masalah ini (zina), yang didorongnya sangat besar pada sebahagian orang.”

Imam Ahmad berkata: “Aku tidak mengetahui dosa yang lebih besar daripada dosa zina setelah (dosa) membunuh nyawa manusia.”

Bagi membendung perbuatan zina, Islam amat melarang pergaulan bebas bukan mahram . Pergaulan bebas akan mendorong lelaki dan perempuan berada dalam suasana yang mencurigakan, bersembunyi dan ini dimulakan dengan khalwat. Menghias diri dengan wangian dan bersolek turut dilarang jika ia dilakukan untuk tontonan umum. Seorang wanita amat dan hanya digalakkan agar menghias diri dan bersolek semasa berada dengan suaminya, kerana bakal membangkitkan rasa ghairah dalam keadaan yang halal.

Berhias dan kelihatan anggun menawan dalam kelompok bukan mahram, akan mejerumuskan wanita dalam pelbagai masalah. Keinginan lelaki kepada wanita seksi, memukau hiasan dirinya akan menjadikan gelora semangat tidak terkawal dan mendorong perbuatan rogol atau percubaan menggoda, dan akhirnya tergodam naluri seks pula, iaini zina.

Islam menggalakkan perkahwinan kepada yang mampu, dan berpuasa kepada yang tidak mampu, dan melarang mengadakan halangan-halangan yang boleh menyekat perkahwinan seperti meletakkan mas kahwin yang terlalu tinggi. Islam menafikan ketakutan kepada kemiskinan dan kepapaan kerana mempunyai anak-anak yang ramai.

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

Seseorang yang melakukan zina Muhsan (telah berkahwin), sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsan wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.

Dua penegasan tentang zina yang dinyatakan dalam ayat yang dibincangkan ialah :

1. Zina adalah perbuatan yang keji.

2. Zina membuka jalan kepada pelakuan buruk yang lain.

Pelakuan Zina sememangnya suatu perbuatan yang keji yang dimurkai oleh Allah dan rasul-Nya. Masyarakat akan memandang hina akan si pelakunya. Ibu bapa akan merasa begitu hina jika anak-anak mereka mengandung tanpa nikah. Adakah kita rela ibu, adik perempuan, isteri kita berzina dengan orang lain?.

Sering terjadi pelakuan seksual terhadap anak-anak remaja dan wanita dewasa yang merupakan kesan dari nafsu berahi yang terpancing dari "mukadimmah zina" yang tidak dijauhi. Betapa banyak rumah tangga yang hancur berantakan gara-gara zina yang tidak hanya mendatangkan keburukan kepada hubungan suami isteri tetapi juga anak-anak mereka. Mangsa-mangsa zina dan perkosaan akan membawa aib seumur hidup.

Keburukannya kerana zina juga berlaku atas sifat manusia yang tidak dapat mengawal nafsu. Keserakahan nafsu inilah yang menjadikan nilai kehidupan semakin tidak selamat. Apabila dikuasa oleh nafsu, manusia sangat mudah berkonflik, berbalah, dan seterusnya berperang. Telah banyak tragedi berdarah yang berlaku kerana disebabkan oleh perbuatan zina, termasuk berbunuh-bunuhan sesama manusia.

Sa’ad bin Ubadah berkata, “Seandainya aku melihat seorang laki-laki berzina dengan isteriku, maka akan aku penggal leher laki-laki itu dengan pedang”, ucapnya.

Kesan perlakuan zina, terutamanya dalam kalangan anak gadis atau wanita paling berat menanggung bahana. Apabila didapati dirinya mengandung, dia hanya mempunyai dua pilihan sama ada meneruskan kandungan tersebut atau menggugurkannya dengan pelbagai cara, sama ada menemui dukun tradisional, doktor, cuba melakukan sesuatu termasuk membunuh diri. Bagi yang merasakan kandungan itu adalah darah dagingnya, turut menghadapi persoalan dan kebimbangan, setelah kelahirannya di manakah akan disorokkan bayi itu. Akibatnya bayi dibuang atau ditinggalkan dimerata-rata tempat. Di Malaysia, kisah pembuangan bayi telah berlaku sekian lama, tetapi akhir-akhir ini ia telah menjadi semacam satu kegilaan yang paling kejam.

Kemudian Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain dari Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar,dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya Dia mendapat (pembalasan) dosanya, akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh;maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan.Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Furqan: 68-70)

Di sini jelaslah bahawa Allah s.w.t mengandingkan perbuatan zina dengan syirik dan membunuh nyawa manusia. Dan menjadikan balasannya ialah kekal dalam siksaan yang berlipat ganda, selama seorang hamba (pelaku) tidak menghapuskan faktor penyebab seksaan tersebut dengan taubat, beriman dan berbuat amal solih.

Sunnah Allah berlaku pada makhluk-Nya, di mana jika perzinaan merajalela, maka Allah murka kepada mereka. Jika kemurkaan Allah terus berlangsung, maka ia akan menurunkan hukuman-Nya ke bumi. Abdullah bin Mas’ud, berkata, “Tidaklah muncul perzinaan di sebuah negeri, kecuali Allah mengumumkan kehancurannya".

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.