BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 17 July 2017

Lelaki Suci VS Pendosa Yang Bertaubat



Lelaki Suci VS Pendosa Bertaubat


Baru terbaca satu penulisan seorang lelaki yang bajet dia bagus, terpelihara maruah dan kesucian teruna. Usia dah 35 tahun, masih belum berkahwin sebab sebuk bekerja kumpul duit. Suatu ketika berkenalan dengan seorang perempuan terus ajak dating. Sehingga dia jatuh cinta dan ajak kahwin. Mula mula perempuan tu tolak, kerana nak berkawan sahaja, dia merayu ajak kahwin.


Last last beria ajak kahwin, kerana jujur, perempuan tu bukan kisah silam yang hitam.


Dah cerita kisah lalu, patutnya bandingkan keadaan dirinya dulu dan sekarang yang berbeza.

Ya, dulu dia pernah terlanjur, tetapi sekarang sudah bertaubat dan berubah.

Apa dia dapat dari kejujuran menceritakan kisah lalu?

Dia dihina kerana tidak pandai jaga kehormatan diri.

Dia dikata hipokrit bertudung labuh dan nampak macam alim apabila mengerjakan solat penuh 5 waktu.

Dia dipersenda apabila mahu mendapatkan calun suami seorang yang pandai membaca quran.

Wahai lelaki, kenapa sekarang dia berhati hati memilih calon suami?

Sebab dia pernah terpedaya dengan lelaki yang meragut kesucian daranya.

Sebab itu dia truma untuk berkahwin.

Sebab itu dia belum bersedia untuk menjadi isteri, takut dapat lelaki bajet bagus begini.

Bila jujur dipertikai segala amalannya.

Dapat lelaki begini, boleh membuatkan perempuan bertambah dendam.

Kalau lelaki itu bajet bagus, konon beriman dan bertakwa,

- Heran, boleh pulak dating dengan perempuan, tumpang kereta perempuan tu di dalam bulan ramadhan, pergi terawih sama sama .

Lelaki bagus, dia tak akan kurangkan pahala puasanya dengan perlakuan begini.

Tidak akan berdating dengan mana mana perempuan.

Tidak akan tumpang kereta perempuan pergi masjid nak terawih.

Tidak sekali yang hak dan yang batil bercampur.

Lelaki bertakwa akan menjaga sempadan yang hak dan yang batil.

Ada motor,tunggang sendiri ke masjid.

Nak jumpa di kedai makan, tungggang motor sendiri, terus ke meja makan dan makan.

Ini namanya lelaki bajet bagus, konon baik kerana jaga kesucian teruna.

Ko belum diuji. Ko bernasib baik.

Cuba kalau ko terpedaya , dalam kereta pun boleh jadi. Perempuan tu pandu kereta bawa ke kawasan sunyi dan mengoda ko dengan pujuk rayuan dan cumbuan. Rasa rasanya , terbang juga teruna ko tu. Keris ko yang terhunus dulu mencari sarung untuk dipasak kedalam.

Ko bernasib baik, perempuan tu tak buat perkara tu kerana dia menjaga maruah dirinya walaupun pernah terlanjur suatu masa dulu.

Bro, kita ni berjalan ke depan, bukan berundur.

Untuk apa ingat kisah silam ?

Dia bagitahu sebab jujur, tak mahu ko rasa ditipu waktu malam pertama.

Inilah truama yang dihadapi oleh semua perempuan pernah terlanjur, sudah bertaubat dan berubah menjadi solehah. Mengharap lelaki soleh menerima seadanya kerana kita jalan ke hadapan menuju redha Allah, bukan berundur melangkah kebelakang.

Tetapi bro dalam kisah tu bro bajet lelaki suci. Sebab tidak pernah terlanjur. Mungkin ko belum pernah diuji, Allah masih jaga ko.

Perempuan penzina untuk lelaki penzina.

Maksud ayat ini, jika perempuan itu masih mengamalkan zina, maka pasangannya ialah lelaki penzina juga.

Tetapi,

Bila seorang perempuan itu telah bertaubat, telah berubah menjadi solehah melalui ilmu dan amal, istiqomah dalam beramal menuju redha Allah, siapa boleh cakap dia penzina? Apakah perempuan penzina itu selamanya dengan title penzina?

Tidak bro....

Apabila perempuan itu telah bertaubat, taubat nasuha, beramal dengan ilmu, istiqomah dalam beramal, dia ibarat kain putih, seperti bayi yang baru dilahirkan.

Dia tidak ada secalit dosa lagi, yang ada parut hitam disebabkan oleh lelaki juga. Bukan dia tidak pandai jaga diri dulu, setiap orang ada kisah tersendiri bagaimana boleh terlanjur.

Lelaki ego saja yang menolak perempuan solehah yang telah bertaubat.

Sebab itu syurga dipenuhi oleh pendosa yang bertaubat, sedang neraka dipenuhi oleh orang yang bajet alim tetapi munafik.

Mohon maaf, status malam ini luahan dari hati saya atas rasa sakitnya membaca penulisan lelaki yang ego untuk menerima seorang bekas pendosa yang bertaubat.

Saya menulis di rumah sendiri, tidak kacau siapa siapa.

Muna liza binti Ismail

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Memantau Anak Lelaki Dengan Komputer


                                                                                   Antara 2 zaman...

desktop
Saya memiliki komputer sejak zaman disket floppy disk. Disket kad lembut. Tak ramai orang ada komputer masa tu. Tahun 1991 saya sudah memiliki komputer.

Zaman itu siber cafe game baru bermula. Siber cafe menghidangkan komputer untuk kanak kanak main game.

Saya pernah masuk dalam siber cafe ni. Komputer dan motherboard ada 10 buah. Ramai kanak kanak menghabiskan masa di sini, main game. Bayaran dikenakan 1 jam RM 2.00. Pemilik tidak mengenakan peraturan yang ketat. Satu komputer boleh dikelilingi ramai ramai pdahal yang main game cuma seorang. Yang bayar cuma seorang.

Sebuah komputer, yang main game seorang saja, yang duduk keliling ada 5,6 orang. Tengok kawan main game samada lumba kereta atau game tembak tembak.

Pengaruh kawan di sekolah bercerita sesama mereka. Anak sulung lelaki saya tertarik nak pergi tapi tak berani cakap.

Saya ada ramai kawan yang umur anak anak sebaya. Kami saling berhubung melalui telefon untuk memantau keberadaan anak anak.

Suatu hari anak lelaki saya pergi senyap senyap. Tak jauh pun siber cafe tu dengan rumah. Tak sampai setengah jam dia masuk ke situ, saya sudah dapat panggilan telefon dari kawan bagitahu dia nampak anak saya berada di kawasan sekitarnya.

Suami saya terus masuk kereta. Saya pun cepat cepat melompat masuk kereta. Sampai depan kedai siber cafe, suami suruh saya masuk cari anak. Kat luar memang nampak ada basikalnya. Tu la kali pertama saya masuk siber cafe kanak kanak main game. Penuh dengan kanak kanak. Gelap pulak tu. Saya masuk, saya panggil nama anak. Anak terkejut bila tahu saya datang. Terus dia keluar. Sampai depan kedai suami saya dah siapkan talipinggang nak sebat anak. Saya peluk suami kuat kuat dan suruh anak balik rumah naik basikal. Saya tak bagi suami sebat anak depan orang ramai. Alhamdulillah suami dapat mengawal marahnya.

Sampai di rumah, baru anak di soal siasat dan diberikan hukuman. Kesalahannya ialah,

1. Pergi tanpa izin

2. Pergi tempat larangan. Sebenarnya benda baru kita pun tak tahu ujud siber cafe game di situ, jadi anak pun tak tahu tempat tu adalah tempat larangan untuk dia masuk.

Jadi kesalahannya lebih kepada pergi tanpa izin ketempat itu.

Itulah kali pertama dan terakhir anak pergi siber cafe. Banyak buruk dari baik bila saya sendiri masuk siber cafe ni,

1. Bilik tu kecik, sempit, ada remaja merokok , asap terkumpul dan dihidu oleh kanak kanak

2. Boleh bermula aktiviti merokok kerana terpengaruh

3. Boleh bermulanya aktiviti menagih dadah

4. Walaupun majoritinya kanak kanak dan remaja lelaki, ada juga perempuan. Saya rasa macam boleh mengundang pergaulan tanpa batas walaupun masa ni belum ada internet.

5. Takut ada yang bawa video lucah dan tonton ramai ramai.

Itu sebab saya tidak benarkan anak anak pergi siber cafe walaupun nak main game.

Dari situ saya beli komputer untuk anak main game di rumah. Sebenarnya beli komputer lebih kepada nak buat kerja sebabnya, suami sedang menulis tesis untuk master dan saya guru sekolah yang kena buat dan taip soalan ujian dan peperiksaan setiap bulan dan tahun.

Kawalan tu yang perlu. Kita tidak boleh lalai memerhatikan anak. Sejak itu anak beringat dan mengingatkan adik adik jangan sekali kali menghampiri siber cafe kalau tak mahu kena sebat. Bukankah ininpelajaran dan pengajaran untuk anak anak supaya serik.

Masa anak sulung darjah enam, ada kelas tambahan bahasa inggeris yang diadakan oleh guru bahasa inggeris sekolah katanya, saya benarkan anak pergi. Sebelum anak pergi saya siap-siap minta nombor rumah dan nama jalan. Anak pergi pukul 8.00 malam, 8.15 saya sudah keluar mencari rumah itu dan perhatikan ada basikal anak tak disitu. Saya tanya kawan kawan saya adakah anak mereka pun pergi kelas tambahan bahasa inggeris. Saya siasat dan perhatikan. Betul, maka saya tak risau.

Bila hari terbuka saya tanya cikgunya. Begitulah jadi emak kepada anak anak. Apa pun kita tidak boleh terlepas pandang.

Anak nak basikal, saya belikan supaya mudah anak ke sekolah. Saya pantau. Berbasikal cuma ke sekolah dan masjid saja. Lain lain tak boleh.

Maka sama juga dengan zaman ini cara memantau anak. Takde bezanya. Cuma cabaran zaman ini, nampak baik sebab anak tidak keluar rumah kerana aplikasi yang merosakkan tu masuk ke dalam rumah. Ada di dalam telefon. Kita nampak anak berada di rumah. Tak nampak anak bersosial atau merayau tak karuan. Kita tak tahu dia merayau di alam maya. Cuma keluar rumah sekali sekala.

Keluar sekali sekala rupanya mencari mangsa. Itu yang sangat sangat ditakuti mendidik anak lelaki zaman ini. Sebab itu kenapa alasan kukuh tak perlu telefon pintar ialah kita membiarkan anak anak merayau di alam maya tanpa kawalan kita. Mana ada masa kita nak baring atau duduk sebelah anak berjam jam.

Nampak di sini mudaratnya telefon pintar. Tapi saya heranlah pulak apabila ada ura ura atau sudah dilaksanakan pemberian gadget kepada kanak kanak konon untuk mudah jelajah ilmu dan pembelajaran.

Masa zaman ada cd interaktif ( tahun 2008) pun saya tak benarkan anak berlama lama di komputer apatah lagi zaman ini. Itulah anak lelaki terbongsu, hidup zaman ini, tahun 2010 dari umur 9 tahun saya ajar berblog. Jadi blogger walaupun sekadar kopi paste cerita teladan. Bila nak kopi mesti baca cerita tu bagus atau tidak nak simpan dalam blognya.

Ini kaedah saya mendidik anak lelaki. Saya baru kongsi cerita mendidik anak lelaki sulung dan anak lelaki bongsu. Banyak lagi saya akan kongsi jika ramai yang nak tahu. Tak ada respon, setakat ni saja perkongsian saya mendidik anak lelaki.

Semoga ada manafaatnya.

Admin,

Muna liza binti Ismail



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Telefon Nokia 3310



Telefon Nokia 3310
Saya masih guna telefon ini. Setiap kali Rosak, kami beli lagi. Saya suami isteri guna telefon jenama dan model yang sama sejak zaman berzaman. Kami pakai terefon ini sampai nazak dan sampai ajalnya.

Kenapa saya guna telefon ini?

Saya cuma perlu dua fungsi saja, buat panggilan dan menerima panggilan walaupun dimana berada. Lagi pun namanya telefon genggam, memang sangat sesuai telefon ini selalu berada di dalam genggaman.

Takde fungsi menghantar dan menerima gambar apatah lagi video.

Anak anak saya pun sama. Jika mahu telefon hadiah dari saya, telefon inilah yang saya beri. Saya tidak akan beri telefon yang lebih pintar dari telefon yang saya sendiri guna. Kalau mahu yang lebih pintar dari saya, itu lawan tokey namanya.

Anak anak zaman ini, yang ibu ayah rasa perlu diberikan telefon supaya mudah dihubungi, sewajarnya berikan telefon ini aja. Tidak perlu ada line internet. Tidak perlu simkad 3G atau 4G.

Namun ada juga kes, bergayut pulak lama lama dalam bilik ditengah malam oleh pemangsa. Tu lagilah real punya rayuan dan godaan dengan suara gemersik beralun alun, ibarat terpijak semut pun semut tak mati.

Ada testimoni di Baitus Solehah, berlucah lucah melalui sms. Dah puas berlucah lucah, dah basah lecun, kepala atas bawah penuh air, minta bukakan pintu rumah di tengah malam waktu ibu ayah sedang lena tidor. Sipemangsa sanggup datang waktu tengah malam. Sigadis yang juga lecun, senyap senyap keluar bukakan pintu rumah. Ini bukan kes rumah di taman. Ini kes rumah takde pagar. Datang terus depan pintu rumah aja.

Senyap senyap bakal mangsa buka pintu rumah, benarkan masuk terus ke dalam bilik. Oleh kerana memang kepala dah masuk air, tinggal nak berenang saja lagi. Dah tak payah nak berayat ayat jiwang lagi seperti suami isteri penuh romantis memulakan mukadimmah dan penuh adap.

Jadinya, telefon jenis apa pun apabila salah guna tanpa kawalan dan pemantauan serupa juga. Sepatutnya ibu ayah boleh je ambik telefon tu apabila waktu malam. Tak perlu beri pada anak. Lagi pun tujuan beri anak guna telefon untuk buat panggilan sekiranya berada di lokasi berbeza. Kalau semua dah balik rumah, dah tidak perlu pegang telefon lagi.

Cukup setakat sini saya berleter. Semoga ibu ayah zaman ini prihatin untuk mendisplinkan anak masing masing. Jangan sekali kali kita terleka dengan alasan sebuk mencari rezeki untuk mencukupkan perbelanjaan rumah tangga dan keluarga. Berbelanjalah ikut kemampuan dan keutamaan.

Yang Prihatin,

Muna liza binti Ismail



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Adap Bertanya Melalui Mesej

Adap Bermesej
Jam 1.30 Pagi

Agak agak kalau ada orang telefon hangpa pada pukul 1.30 pagi dari nombor tidak dikenali, hangpa jawap ke?

Selalunya pada pukul 1.30 pagi hangpa masih dok kalut masak di dapur atau tidor?

Saya malas nak jawap pertanyaan orang ni. Dia telefon, saya terjaga, tengok nombor, saya tak jawap pun.

Dia wasap pun, saya cuma buka, baca dan respon pada pukul 3.10 pagi selepas saya dah bangun tidor.

Rasa rasanya kalau orang ada adap, sudah pasti tahu fitrahnya pukul 1.30 pagi semua orang sedang tidor kecuali memang sudah ada temujanji nak datang tapi tidak sampai sampai kerana ada aral.

Terus terang saya nak bagitahu, memang setiap kali telefon berbunyi, saya terjaga. Saya mudah terjaga dan mudah terlena semula. Bila ada panggilan telefon, saya akan tengok telefon, lihat siapa yang memanggil. Saya sedia stanby untuk panggilan kecemasan orang nak beranak, bukan standby panggilan orang luar. Saya sudah setting nombor warden dan penyelia yang menjaga orang mengandung. Ada nama. Jadi selain nama nama pemanggil ini, saya memang tidak jawap.

Kalau pun panggilan itu panggilan kecemasan sekali , dari orang luar , saya tak peduli, sebabnya , kenapa nak panggil saya jika berada di dalam kecemasan, panggillah 999. Disitu ada bomba, ada polis dan ada ambulance. Saya fikir, saya tidak perlu melayan panggilan kecemasan dari luar kerana nombor telefon saya bukan digazet sebagai panggilan kecemasan.

Harap hangpa di luar sana jangan dok melampau batas, nak telefon, ikut suka masa hangpa. Itu pentingkan diri namanya.

Ok, dah habis berleter.

~~~~~||~~~~~||~~~~~||~~~~~||~~~~~||~~~~~

Ni baru nak bercerita,

Orang yang telefon ni dah pun whatsApp saya, tanya adakah jatuh talak ketika marah?

Itu saja soalannya.

~~~~~||~~~~~||~~~~~||~~~~~||~~~~~||~~~~~

Soalan ini boleh aja disimpan tunggu hari siang, tak payah ganggu orang ditengah malam. Ini bukan Balai Polis atau kaunter kecemasan di Hospital.

Tak sabar tunggu siang, takut takut lepas bergaduh, bersetubuh.

Soalan yang boleh disimpan untuk ditanya pada esok pagi.

Kalau takut berdosa sekira talak jatuh, malam tu jangan bersetubuh, supaya tidak terhasil anak syubhat.

Takdenya syubhat, sekiranya talak jatuh sekali pun, bila berlaku persetubuhan selepas bergaduh, akan dikira ruju' perbuatan. Bukan dikira berzina. Bukan anak syubhat.

Itulah pentingnya menuntut ilmu. Tapi bukan ilmu yang ditanya waktu larut malam, waktu orang lain sedang tidor.

Sekian....belajarlah adap, belajarlah menghormati privacy muslim yang lain.

Admin,

Muna liza binti Ismail




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Satu Lagi Kesan Buruk Wechat



Ibu Ayam
Kenapa saya kata kesan buruk? Testimoni kepada wechat ramai berada di rumah rumah perlindungan sekarang ni. Umur 13, 14, 15 dah mengandung dan beranak.

Saya kongsikan satu lagi penulisan Pn Zeeda Aziz . Apa yang Pn Zeeda ini tulis memang benar. Punca kepada jenayah rogol ke atas remaja perempuan. Baru tingkatan 1 dah tahu tentang seks. Bukan naif lagi tetapi terpedaya dan teruja. Dashyat sungguh gelombang kerosakan iman dan akhlak remaja hari ini hasil dari telefon pintar yang dihadiahkan oleh ibu bapa.

Mana datang telefon pintar oleh anak anak berumur 12, 13 tahun ini jika bukan ibu bapa yang hadiahkan. Internet pun ibu bapa yang sediakan di rumah, yang bayar bil tiap bulan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Darjah 6 sudah pandai melakukan gangguan seksual. Juga sudah mula mengiklankan diri untuk dinodai.

Inilah generasi pewaris kita wahai ibu ayah. Bukan cerita yang dibuat-buat. Anak² sekolah rendah sudah mula aktif memikirkan tentang seks. Ada juga yang sudahpun mencuba dan menyukainya.

Di sekolah waktu rehat, murid lelaki duduk berkumpul beramai-ramai di tangga menunggu murid perempuan melintas lalu. Target mereka cuma satu. Mengotorkan maruah kawan sebaya mereka dengan usikan berbaur seksual.

"Meh sini aku jilat!"

Tak cukup dengan itu, tangan laju menampar punggung murid perempuan (spanking). Dari mana mereka belajar, kena tanya mak ayah. Ada bagi unlimited access ke internet ke?

Bagi mereka gurauan ini harmless. Tetapi inilah permulaan untuk mereka lebih berani mencuba seks bebas.

Menurut kata remaja ini yang usianya lebih kurang baya anak sulung saya, aktiviti seks mula aktif apabila mereka masuk ke sekolah menengah. Masing-masing baru mendapat telefon pintar dengan akses ke laman lucah tanpa had. Juga gambar² lucah dikongsi sesama mereka melalui aplikasi WhatsApp.

Beberapa group rahsia diwujudkan di WhatsApp. Ahli² group ini direkrut dari WeChat. Jika 'moment' pengguna itu nampak nakal, gambar profile menarik dan ramai friends, mereka akan dijemput menjadi ahli group rahsia ini. Isi perbualan bukan lagi biasa². Mereka disajikan dengan cerita nikmat itu, sedap ini.

Seks di bawah umur bukan sesuatu yang pelik bagi pelajar tingkatan 1 di zaman ini. Lebih² lagi yang ditempatkan di kelas belakang. Saya bertanya, adakah pelajar bijak di kelas hadapan terkecuali. Menurutnya, tidak. Kelas depan atau belakang memang ada. Cuma yang bermasalah ini tidak sebanyak di kelas belakang.

Dulunya, remaja yang saya temubual inilah yang selalu membuat laporan kepada guru jika ada perbuatan yang tidak senonoh dilakukan di kawasan sekolah. Mana² pelajar yang disyaki melakukan aktiviti tidak sihat akan dihantar ke Tunas Bakti. Tetapi kini dia pula menjadi antara pelajar yang terpaksa menamatkan persekolahan, dek kerana hamil akibat dirogol oleh teman yang dikenali melalui WeChat.

Saya menyeru kepada semua ibubapa yang membaca status ini dan peduli akan keselamatan dan kualiti akhlak anak², jangan biarkan anak bersendiri dengan telefon pintar atau komputer bimbit mereka. Walaupun kita sudah bentuk anak kita sebaiknya, mereka boleh bertukar 360 darjah dalam sekelip mata.

Pengaruh rakan sebaya lebih kuat penangannya berbanding nasihat, ilmu agama dan kasih sayang mak ayah. Bayangkanlah, pelajar yang dahulunya sering membantu cikgu memulihkan imej sekolah, aktif menasihatkan rakan² yang sedang merosakkan diri mereka, kini berada di tempat yang sama seperti rakan²nya.

Hanya kerana satu aplikasi.
Hanya kerana satu temujanji.
Hanya kerana seorang lelaki.
Masa depannya berubah sama sekali.

Mohon jangan diviralkan status ini. Biarlah masalah ini selesai dengan sendirinya. Itulah harapan majoriti kita. Yang tak peduli tentang kemelut semasa.

Zeeda Aziz
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai ibu bapa budiman,

Sayangi anak kita sebelum terlewat. Telefon pintar tu harganya cuma seratus dua sahaja. Tapi anak kita tidak ada nilainya. Masa depan di dunia dan diakhirat. Jangan lah kita tergolong di dalam golongan yang lalai dalam mendidik anak anak. Kita tidak boleh harapkan orang lain jaga anak kita, tetapi kita sendiri yang kena jaga dan prihatin.

Pesanan penaja Baitus Solehah

Muna Liza binti Ismail


Caption gambar : Apakah anak kita senasib anak anak ayam ini. Bila remaja boleh ditunggang oleh mana mana jantan yang berahi?





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Perogol Dan Mangsa Rogol : Wechat



Perogol dan Mangsa Rogol
Sejak Baitus Solehah ditubuhkan setiap pelatih perlu mengisi borang profile diri. Antara maklumat yang dinyatakan ialah sebab mengadung , pasangan yang menyebabkan mengandung, perkenalan dengan pasangan yang menyebakan mengandung. Sedih, kebanyakkan menyatakan pasangan dikenali melalui laman wechat. Baru kenal beberapa minggu atau bulan, sudah terpedaya pujuk rayu dan melakukan hubungan seks samada dipaksa atau dengan izin.


Ikuti kupasan seorang rakan fb tentang aplikasi dalam smartphone berkaitan wechat. Ibu bapa bacalah sendiri ya. Penulis artikel ini ialah Pn Zeeda Aziz.


Apa yang Pn Zeeda tulis ini benar benar berlaku, dan buktinya ramai berada di Baitus Solehah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Status ini saya tulis khas untuk semua ibubapa yang membenarkan anak2 memiliki telefon pintar. Secara spesifiknya, mereka mempunyai akaun WeChat. Jika ada aplikasi berkenaan, tolong pantau pergerakan mereka serapat yang boleh. Anak anda boleh menjadi mangsa rogol, atau menjadi perogol.

Siapa yang boleh menjadi mangsa rogol?
ANAK ANDA.

Siapa yang boleh menjadi perogol?
ANAK ANDA.

Walaupun cukup didikan agama diberi, ianya tidak akan menyelamatkan anak-anak dari menjadi mangsa rogol. Perogol adalah binatang pemangsa. Tidak memilih jenis perempuan yang ingin diratah.

Kes yang saya terima beberapa hari lepas boleh dijadikan contoh dan iktibar kepada ibubapa.

Anak gadis ini baik budi bahasanya. Sekeluarga pun memang orang baik2. Halus tutur bahasa, lembut bicara. Dikenali di kawasan kediaman mereka sebagai sebuah keluarga yang dikagumi kerana cara hidup yang islamik. Sempurna dari ayah, ibu sehinggalah ke anak2. Indah dan bahagia. Kiranya ni keluarga model untuk Astro Oasis atau TV Al Hijrah.

Namun kesilapan berlaku apabila anak gadis ini menerima telefon pintar untuk memudahkan study katanya. Senang nak bincang tentang kerja sekolah. Sejak ada telefon pintar, kawan2 mula mengajak guna WeChat untuk memudahkan mereka berhubung dan mencari lebih ramai kawan. Dan di sinilah anak ini termasuk ke dalam perangkap yang membinasakan.

Pengguna WeChat berlumba-lumba untuk menjadi popular. Lebih ramai kawan, lebih glamour. Dan anak ini terpedaya dengan trend yang tidak berguna. Tanpa dia sedari, salah seorang dari rakan baru di WeChat adalah BAKAL PEROGOLnya.

Perogol ini umurnya pun masih di awal 20'an, seorang pelajar IPTA. Tidak nampak merbahaya. Dia pula datang dari keluarga yang berpendidikan tinggi. Cukup terpelajar, tahu undang2. Tetapi itu tidak mampu menyekat nafsu jahatnya.

Hanya SEMINGGU saja masa yang dia perlukan untuk menarik perhatian mangsa. Apabila mangsa sudah meletakkan kepercayaan, perogol ajak naik motor untuk bersiar-siar ke lokasi yang sudah dirancang.

Sebelum keluar, gadis ini meminta kebenaran ibunya untuk ke rumah kawan atas alasan, nak buat kerja sekolah. Kebiasaannya mana2 ibu akan beri keizinan untuk anak pergi belajar tanpa banyak soal.

Di sini saya nasihatkan kepada ibubapa sekalian.
Jika anak kata mereka nak buat homework di rumah kawan, dapatkan nombor telefon ibubapa rakan mereka supaya kita tahu dimana sebenarnya anak kita berada. Perlu kerja lebih sikit ya ibu ayah. Anak kena rogol bukan boleh pusing balik masa. Apabila sudah ditebuk, lubang yang perlu ditutup adalah lubang maruah keluarga. Besar lubangnya. Jadi baiklah paranoid dari percaya anak bulat2.

Kembali kepada kisah kes ini.
Si ibu di rumah percaya anaknya pergi buat study group. Tapi apa yang sedang terjadi ialah anak gadisnya sudah dibawa ke lokasi jenayah untuk diratah. Selepas dirogol, sebelum dihantar pulang ke rumah, perogol beri minum air berkarbonat kononnya untuk matikan sperma.

Air berkarbonat adalah minuman penghilang DAHAGA, bukan pemati sperma. Mohon ye adik², jangan ponteng kelas Sains.

Kesilapan gadis ini bukan sahaja kerana percayakan perogol, tetapi MENDIAMKAN DIRI selepas dirogol. Setelah pulang ke rumah, dia bernekad untuk merahsiakan apa yang berlaku. Dengan harapan tiada siapa tahu.

Andainya si gadis ini terus ke balai dan hospital untuk membuat laporan kes rogol, KEHAMILAN BOLEH DIELAKKAN. Mangsa rogol akan diberi rawatan khas untuk mencegah kehamilan dari berlaku dan DNA dari sisa air mani akan digunakan di mahkamah untuk membuktikan yang dia dirogol.

Ingat ya adik-adik.
Kalau ada jantan keparat rogol kau dik, pergi balai terus. Kemudiannya ke hospital. Jangan baik hati sangat simpan air mani dia dalam rahim kau. Ianya bukan tempat simpanan sperma orang sehina perogol tu. TOLONG PERGI KE BALAI POLIS SECEPAT MUNGKIN. Pergi sorang diri dulu pun tak apa. Kalau takut, call akak. Nanti akak dapatkan kawan2 yang boleh bantu kau selesaikan urusan di sana.

Kepada ibubapa yang anak anda menjadi mangsa rogol, tolong kuatkan emosi. Anak yang kau bela dari kecil, diratah oleh binatang. Bayangkan anak kau digigit anjing gila, kau marahkan anak atau kau suruh majlis bandaran tangkap anjing tu? Tentu dah anjing tu yang patut ditangkap, kan? Jadi JANGANLAH KAU KAHWINKAN PUTERI KAU DENGAN 'ANJING'. Bawa balik anak kau yang sudah luka digigit tu, rawat dengan kasih sayang. Bukan salah dia. Cuma kau sebagai ibubapa yang terleka sewaktu menjaganya.

Perogol sepatutnya merengkok dalam penjara. Itu tempat yang paling layak untuk mereka. Tak kisah la perogol tu jenis anjing berbaka mahal ke (anak orang kaya) atau anjing kurap ke, anjing kurus tak cukup makan ke, biar sistem keadilan jatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Anak kau tu masih ada masa depan. Tak payah prihatin sangat dengan masa depan si perogol. Biar dia mengaji kat dalam penjara sana. Jadi ustaz kat dalam tu, lagi elok.

Sekali lagi saya ingatkan kepada semua ibubapa. Awasi aktiviti telefon pintar anak anda. Kalau boleh beri masa yang terhad untuk mengawal penggunaannya. Jangan dibiarkan mereka terperangkap dengan penipuan lelaki durjana. Jika sayangkan anak, jaga rapat2.

Juga disini saya ingin ingatkan pada ibubapa yang ada anak lelaki.

Ya, anak lelaki tidak akan dirogol atau membuncit, tetapi boleh ditangkap jika sabit kesalahan MEROGOL. Hukumannya ialah anak kau dapat duduk asrama (penjara) selama 20 tahun dengan 10 kali sebatan.

Untuk kes yang saya cerita tadi, budak lelaki tu sedang dalam siasatan kes. Lahir sahaja bayi ini, DNA akan membuktikan kesalahannya. Meraung tak guna ya ibu ya ayah. Benih anak kau dah menempel dalam rahim anak orang. Terimalah seadanya. Bila raya nanti boleh bawa lemang ketupat ke penjara.

Ambang Merdeka (Ogos) semakin dekat. Inilah waktu kemuncak perogol mencari mangsa. Tolong ya mak abah atuk nenek. Siasat latar belakang kawan yang nak keluar dengan anak kita. Kalau hati rasa tak tenteram, jangan bagi mereka keluar.

Kalau si anak nak keluar juga sebab galak nak merasa hidup, suruh dia simpan speed dial nombor 999. Pesan siap2. Satgi kalau hang kena rogol, jangan malu jangan segan. Pi balai terus.

Dan pesan untuk anak lelaki juga. Kalau satgi hang pi tebuk anak orang, jangan mimpi abah nak jamin hang. Duduk la dalam lokap. See you in 20 years, son!

Zeeda Aziz
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kredit kepada Zeeda Aziz penulis asal artikel ini.

Semoga penulis asal artikel mendapat limpahan rahmat dari Allah Taala.

Admin,

Muna liza binti Ismail



Caption gambar ikan puyu. Sebab guna gambar ikan puyu menandakan betapa geram pada ibubapa yang menghadiahkan smartphone kepada anak anak tetapi tidak memantau aplikasi yang ada di dalam smartphone. Nampak tak duri duri tajam pada sirip ikan puyu? Kalau tersangkut kat lubang, payah nak keluar.