Lama tak sempat menulis di sini.Busy sangat dengan berbagai urusan. Sejak balik dari Melaka, langsung tak berkesempatan untuk berkarya di sini. Walaupun hari-hari online, tapi banyak masa ditumpukan di Halaqah.net.
Di sana memang perlu memberikan tumpuan sepenuh masa.Masalah, soalan dan maintance perlu diberikan perhatian. Selain memantau user dan chatbox yang beroperasi 24 jam. Semuanya kena lihat dan ditengok.
Kebetulan hari Rabu baru ni, genap 7 hari usia Nu'man Al-Farisy. Zauj sembelih kambing buat aqiqah Nu'man. Ummi masak brayani daging kambing tu. Selain tu ,ummi masak ayam ros , dan dalca.
Dikendurikan pada hari Khamis, makan tengahari selepas bacaan Selawat ke atas Rasullulah dan Marhabban. Di cukur rambut Nu'man seperti mana yang disunatkan dilakukan kepada anak yang baru dilahirkan.
Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.
Memberikan nama yang baik. Diberikan nama Nu'man Al-Farisy sehari selepas di lahirkan kerana urusan pendaftaran di JPN Selangor. Kebetulan Nu'man lahir di Hospital Ampang, pada hari Khamis, maka kena daftar di negeri Selangor. Kena buat pada hari Jumaat tu juga kerana hari sabtu , Ahad pejabat JPN tutup dan hari Isnin dah nak balik ke Johor. Tak sempat nak tunggu hari ke 7 seperti yang disunatkan oleh agama Islam.
Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya. Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu". Riwayat Abu Daud
Membaca Doa ketika memberikan nama anak. Maksudnya :
"Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.
Aqiqah
Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud):
“Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”
Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”
Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan. Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”
Ramainya tamu yang datang meraikan Majlis aqiqah ini. Moga Nu'man dirahmati Allah, menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezekinya dari sumber yang halal dan tidak terkira dari Allah SWT.
Hingga jam 6 petang masih ada tamu yang datang,walaupun majlis di adakan dalam lingkungan 12:00 tengahari hingga 2:00 petang. Diraikan juga tamu yang datang walaupun semua makanan dan lauk-pauk dah habis. Selepas sahaja solat maghrib berjemaah, ummi duduk sebentar di depan halaqah hingga jam 10 :48 malam, mengemaskini board dan berehat. Rasa letih dan penat menjalar diseluruh tubuh. Lagi pun dah niat nak bangun awal, untuk qiamulail sempena malam EIDUL ADHA.
"Di situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa Yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk." (ALI-'IMRAN : 97)
Alhamdullilah dapat juga ummi bangun pada jam 3:45 malam , berjaga hingga subuh sambil memperbanyak zikrullah.
Friday 27 November 2009
Majlis Aqiqah Untuk Nu'man Al-Farisy
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/27/2009 08:09:00 am 0 comments
Labels: cucu
Saturday 21 November 2009
Buah Naga untuk Ummi
Buka laman blog ini pagi ni terbaca komen seorang tetamu laman ummi berkaitan dengan demam denggi. Bila ummi pergi ke Laman beliau, ternampak lah pula gambar buah naga, langsung ummi dapat idea nak tulis cerita apa hari ini. Hmmm... sudah pastilah cerita berkaitan buah naga.
Cuba tengok pokok buah naga di sebelah ni. Suatu bentuk yang biasa, tapi mempunyai kulit yang sangat unik. Bila tengok pada kulit, boleh bayangkan jantung pisang. Lebih kurang warna kulit Buah Naga ni dengan jantung pisang. Macam bunga kantan pun ada.
Suka benar ummi makan buah naga. Zauj dari dulu suka belikan ummi buah naga. Zauj tahu buah naga banyak khasiat terutama untuk ummi yang perlukan bantuan untuk atasi masalah jantung. Zauj memang berusaha untuk mengelakkan ummi dari menjalani sebarang penbedahan yang berkaitan jantung. Sakit yang lain pun zauj cuba hindari dari ummi jalani pembedahan, tetapi apakan daya usaha kita terbatas, dan mungkin bukan itu cara penawar sakit ummi,maka nya pembedahan sendi dan tulang terpaksa ummi lalui juga.
Untuk masalah jantung ini, zauj masih berusaha untuk mengelakkan dari rawatan melibatkan sebarang pembedahan. Usaha-usaha secara alternatif masih diteruskan sehingga Januari nanti samada ummi perlu buat angiogram atau tidak. Bukan tak mahu jalani ujian angiogram tu, tetapi bila Pakar Kardiologi itu menerangan risiko-risikonya ,hati jadi berbelah bagi. Tambah pesanan pakar ini pada ummi, mesti beritahu suami akan risiko utama yang akan terjadi semasa ujian dijalankan. Jadi sementara belum tiba tarikh ujian pada 12 Januari 2010, maka zauj berusaha secara alternatif untuk masalah jantung ummi ini.
Sepanjang bulan puasa, hari-hari ummi makan buah naga. Buah yang kaya dengan antioksida. Buah yang kaya dengan vitamin c. Banyak khasiat buah ini, seperti yang ummi copy dari laman Info Kesihatan.
Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.
Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.
Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung, serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet), karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit), kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).
Buah naga juga mengandungi :
* zat besi untuk menambah darah
* vitamin B1 (mengawal kepanasan badan)
* vitamin B2 (menambah selera)
* vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol)
* vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat)
Satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok dan sering dijadikan pencuci mulut yang lazat.
Selain makan buah naga gitu sahaja, pernah juga ummi cuba buat jus, hmm... rasanya agak kurang enak sebab, berlendir. Zauj pun kurang gemar, maka ummi tak buat jus. Kalau tengok dari gambar atas ni, memang nampak sedap dan mengliurkan.
Buah naga ini rupanya, bukan sahaja berwarna merah, isinya merah dan ada yang putih , ada juga yang buahnya berwarna kuning, isinya putih. Rasanya tidak lah semanis buah rambutan 'anak sekolah' atau 'rambutan gula batu'.
Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.
Semoga usaha zaujku memberikan semangat dan sokongan agar ummi makin kuat dan tabah menghadapi anugerah Allah dalam ujian sakit, kesakitan dan penyakit mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.
kurniakan kerukunan, kedamaian, ketenangan,
keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan
dalam rumah tangga kami hingga akhir hayat kami,
di dunia dan di akhirat.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/21/2009 11:21:00 am 0 comments
Labels: redha seorang suami
Friday 20 November 2009
Nu'man Al-Farisy
Pagi jam 9:00 hari ini, ummi bergerak turun dari rumah JB ke Kajang, nak tengok Nu'man Al-Farisy yang lahir subuh semalam pada pukul 4:39 pagi di Hospital Ampang. Jam 1:00 petang , Ibu Naimah dan Nu'man discaj dari wad Hospital Ampang terus ke Dewan Peperiksaan di Fakulti Perubatan, USIM di Pandan Indah. Kiranya 10 jam selepas melahirkan anak, Ibu Naimah masih kuat untuk terus menduduki peperiksaan paper terakhir untuk semester 1.
Memang break rekod jugalah, sebab lepas bersalin masuk exam. Nak buat macamana, mohon ambik peperiksaan khas tidak dibenarkan , sebaliknya pengurusan universiti menyatakan kena ambik semula paper tu semester depan. Mana Ibu Naimah mahu , sebab dah buat semua kerja kursus, dah study, tiba-tiba bersalin. Bukan boleh di duga bila bayi tu nak keluar. Jadi tak mahu mengulang paper hanya disebab tidak dapat masuk final exam, maka dia terus menduduki exam walaupun baru bersalin.
Ayah Naimah yang menetap di JB terus turun ke Ampang sebaik selepas solat subuh. Bila tiba di Hospital, uruskan discaj , dan bawa Ibu Naimah ke Dewan periksa. Sementara Ibu Naimah menduduki exam, ayah Naimah yang jaga Nu'man yang baru lahir tu. Alhamdullilah selepas sejam dalam dewan, mereka terus bergerak ke Kajang, menuju rumah Mak Dak , adik ummi yang ke 7.
Kiranya mereka mahu berehat di sini 3, 4 hari dahulu sebelum balik ke JB, rumah ummi. Ibu Naimah cuma ada 2 minggu sahaja cuti semester, sebelum semester 2 di buka pada 7 Disember nanti.
Sesiapa yang kuat dengan tabah berjuang, pasti dia berjaya. Berkahwin dan mempunyai anak bukan halangan untuk meneruskan pengajian dan belajar. Yang diperlukan hanya pengorbanan, kerjasama dari semua pihak dan sokongan dari keluarga.Diri sendiri mesti tabah, kuat, sabar dan bersemangat. Alhamdullilah, dugaan yang dihadapi Ibu Naimah memang banyak, namun semua dugaan itu bertambah mematang diri walaupun usia baru mencecah 20 tahun.
Anakku,ummi sentiasa mendoakan kejayaan, kebahagiaan di dunia dan akhirat. Semoga kita semua di dalam redha, rahmat dan kasih sayang Allah.
Ini ummi lampirkan untuk tatapan, cucu baru ummi, adik Naimah, Nu'man Al-Farisy.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/20/2009 01:28:00 pm 0 comments
Labels: cucu
Thursday 19 November 2009
Bahagia seorang Ibu
Subhanallah, 'Maha Suci Allah' bersujud aku pada MU mohon keredhaan. Bersujud juga aku tanda syukur ke hadirat MU Allah. Hari ini 19 November, ada 2 peristiwa besar tercatat dalam memory hidup ini.
Pertama, selepas sahaja solat tahajud, ummi di khabarkan Ibu Naimah selamat melahirkan anak ke dua di Hospital Ampang. Dari bilik asrama, di kondomunium Glen View, Ibu Naimah di bawa oleh kawan-kawan ke Hospital pada jam 2:30 pagi. Jam 4:30 pagi. Ibu Naimah selamat melahirkan anak lelaki. 3.6 kg timbangan berat bayinya.Kali ini pun Ibu Naimah mudah melahirkan anaknya.
Jam 1.00 ibu Naimah keluar wad, dapat balik ke rumah, namum bukan dia terus balik ke rumah, dia singgah dulu dewan peperiksaan, memang hari ni 19 hb , jam 2:30 petang ada paper terakhir final exam sem satu. Jadi dia masuk juga dewan periksa walaupun baru melahirkan anak tidak sampai 10 jam pun. Subhanallah, ibu Naimah memang kuat! Semoga Allah sentiasa merahmati hidup mereka sekeluarga. Dan semoga Ibu Naimah terus tabah, sabar dan kuat dengan ujian & dugaan hidup.
Kedua, jam 11:00 pagi ummi ke SKTU 3,ada majlis penyampaian pengumuman keputusan UPSR. Walaupun dewan itu terletak di tingkat 2, perlahan-lahan di pimpin oleh Omar Abdul Aziz, ummi naik juga ke dewan itu untuk mendengar pengumuman keputusan. Rupanaya zauj datang dari pejabat lebih awal sampai. Omar Abdul Aziz memperolehi 5A dalam UPSR.
Sebelum ummi ke SKTU 3, ummi pergi jumpa Najihah, adik ustaz alhudhie, untuk kirim hadiah kepada pengantin Halaqah pertama di Kuala Terengganu. Syukur juga, usaha untuk menemukan satu pasangan keluarga dengan orang baru berhasil dalam suasana aman,baik dan semoga usaha ini dirahmati Allah.(ceritanya ada di Laman Baitul Muslim Halaqah net).
Selesai majlis pengumuman, terus balik rumah hantar Naimah yang dah bosan. Masa ummi nak pergi ,beria-ia Naimah nak ikut, mujur Abdullah dan Imran ikut juga, jadi di dalam kereta dapatlah mereka mengawal Naimah yang tidak pandai mahu duduk diam.
Lepas hantar Naimah dan Balqis, ummi bawa Omar,Abdullah dan Imran ke Jusco,untuk belanja makan KFC. Dah lama mereka sebut tapi ummi tak kesempatan untuk tunaikan hasrat mereka pada tahun ini. Makan KFC ni bukan lah menjadi amalan hidup ummi seperti orang lain, kami sekeluraga cuma makan sekali-sekal sahaja. Mungkin dalam setahun tu sekali atau 2 kali sahaja. Itu pun mesti sempena sesuatu,bukan makan KFC tu saja suka-suka bila lapar.
Semalam tu makan untuk pertama kali di tahun 2009 ni untuk belanja mereka bertiga sahaja. Sebelum ini tidak berkesempatan bawa. Abdullah ada minta sebelum ni,masa harijadi dia ,belanja KFC,tapi ada saja kekangan masa dan kewangan yang menyebabkan tak jadi. Syukurlah semalam tu,walaupun kekangan kewangan, pergi juga bawa dan budget pembelian. Namun makanan yang diberkati diringi niat baik, ia mencukupi untuk beli pakej JUMBO A. Ayam hot and spice 9 ketul untuk 4 orang makan dan sky jus sahaja. Mereka tidak menyoal pun kenapa ummi tak ambik air berkarbonat.
Sambil makan di restoren tu,ummi bercerita lagi,ulangi pesanan tentang masa depan, perlunya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan juga pemakanan yang baik ,halal dan diberkati. Ummi berikan sebab-sebab ummi tidak beli air berkarbonat supaya mereka faham. Beli bukan sebab ummi tak cukup duit, tetapi tak beli kerena minuman itu tidak bagus untuk kesihatan dan juga minda. Ummi ingatkan juga, amalan makan di restoren makanan segera macam KFC tidak boleh diamalkan selalu, 1) kerana makanan ini mengandungi kolestrol tinggi, 2) kerana mahal, untuk menghilangkan rasa lapar, tidak perlu makan makanan yang mahal harganya. Lagipun makan bukan setakat untuk menghilangkan lapar tapi mesti niat makan agar boleh melakukan ibadah . Jadi makan itu sebagai ibadah jika kita mengikut sunnah.
Ummi mahu anak-anak berhemah dalam berbelanja. Sekarang mereka sebenarnya mudah dapat duit, nanti suatu hari ,kalau ummi ayah tidak ada, macamana? Sebab itu ummi selalu pesan, menabung duit belanja sekolah yang lebih tu. Untuk belajar pada zaman akan datang kosnya makin mahal.Jadi perlu siapkan kewangan dari sekarang.
Ummi memang tahu mereka ada menabung dan ummi sendiri yang buka akaun tabung haji dan akaun Nuri Bank Rakyat mereka.Semua tu sebagai usaha menanam dlam diri untuk mereka berjimat cermat,bukan kedekut.Dalam mereka menabung, ummi ingat agar mereka tidak lupa juga untuk bersedekah.Tiap hari Jumaat,ummi pesan,masukkan duit dalam tabung masjid, biar sedekit asalkan ada dan ikhlas. Itu sahaja bekal ketika di kubur dan akhirat nanti. Duit yang di sedekahkan lah yang akan menjadi teman di kubur yang gelap gelita nanti.
Jadi ummi kata,sapa nak temannya banyak ketika di kubur nanti, rajin-rajin bersedekah tidak kira masa dan tempat, ertinya memberi kepada yang memerlukan. Rajin-rajin buat baik, bantu ibu bapa, bantu guru-guru,orang tua,kawan-kawan. Jika ada makanan,jangan lokek untuk kongsi, sebab itu semuanya adalah teman di kubur nanti.Tak mahu dalam kubur ditemani oleh ular,kala dan cacing sahaja.
Memang ummi selalu berpesan pada anak-anak.Ummi kata pada anak-anak,kejayaan ummi dan kebahagiaan ummi adalah apabila anak-anak ummi berjaya menjadi orang yang soleh. Taat pada Allah dan Rasullulah, taat pada ummi ayah, hormati guru-guru dan berakhlak mulia.Caranya bagaimana? Dengan menjadi orang berilmu sahaja. Ilmu yang Allah redha dapat menuntun manusia menjadi lelaki soleh dan wanita solehah.
Sekian entri hari ini...ilal liqo'
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/19/2009 10:30:00 pm 0 comments
Labels: anak-anakku
Tuesday 17 November 2009
Migrain ~ Sakit Kepala Sebelah
Sudah bertahun , ummi menderita sakit migrain, seingat ummi dari usia remaja, 17 tahun. Ketika ini,ummi dah selalu kena serangan migrain. Mula dulu ummi ingat, ummi selalu sakit kepala sebelah sebab, tak makan pagi dan kepala dah masuk angin. Tambahan lagi migrain akan jadi lebih teruk apa bila ummi naik motor dengan abah pergi ke Pekan.
Masa tu memang ummi naif pengetahuan mengenai migrain. Tidak tahu cara mengelakkan dari terkena. Lama-kelamaan, dari pengalaman dan pemerhatian, ummi dah tahu sedikit sebanyak punca migrain yang menyerang ummi. Punca nya memang bukan dari satu punca sahaja.
Ada banyak sebab migrain ini, tidur yang tidak bergerak (berkalih kepala kerana teramat letih dan terlalu lena), bau wangi (bau busuk tak pe pulak), cahaya terlalu terang,bunyi yang membingitkan telinga, perubahan suhu secara mendadak, perubahan cahaya secara mendadak, terlalu banyak menangis dan bersedih, dan yang akhir perut kosong (kepala dah masuk angin).
Ummi tahu diagnosis tentang migrain dan sakit kepala ummi,ummi mengalami keadaan penyakit ini seperti di bawah:
1. Migrain akan menyerang sekitar 4 hingga 72 jam.
2. Sekurang-kurangnya mesti ada 2 ciri tersebut:
*sakit hanya pada sebelah kepala sahaja.
*Satu gegaran di dalam kepala
*Sakit kepala daripada sederhana menjadi lebih teruk.
*Mual dan/atau muntah
*Amat sensitif kepada cahaya dan suara, kes yang serius, seseorang itu mungkin akan pengsan.
Kebanyakan orang yang menghidap migrain juga mempunyai masalah seperti kebas pada tangan, lengan dan kaki semasa serangan, percakapan tidak jelas dan masalah penglihatan. Untuk melegakan sakit semua harus mengambil ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama jika tidak mendapat pemulihan sepenuhnya.
Mula -mula dulu, rawatan ummi cuma guna minyak kapak , sapu di dahi, kena picit kepala, kadang zauj tarik rambut bagi berbunyi letup-letup, (bagai nak tercabut kulit kepala) mengambil masa yang lama untuk pulih, nak kena rehat, baring dan tidur. Amat merugikan masa kerana lambat nak hilang, berhari-hari berada dalam tekanan macam tu. Jadi zauj bawa jumpa doktor, dan sejak itu doktor kenalkan dengan 'postant'. Memang selesa ummi makan postant ni, sejam lepas telan , sakit yang berdenyut-denyut tu akan beransur hilang.
Kini , ummi dah tak makan 'postant', ummi makan celebrex pula. What is CELEBREX?
CELEBREX is FDA approved to treat osteoarthritis, rheumatoid arthritis, and acute pain in adults. It is a type of NSAID — it’s a prescription strength nonsteroidal anti-inflammatory drug. CELEBREX is not a narcotic.
What are NSAIDs?
NSAIDs, or nonsteroidal anti-inflammatory drugs, are a type of medicine. Some pain relievers, such as acetaminophen or narcotics, just treat pain. NSAIDs relieve the pain, stiffness, and inflammation of arthritis. NSAIDs are available over the counter and by prescription.
Understanding the risks and benefits of NSAIDs is important. All NSAIDs help relieve arthritis pain, but only you and your doctor can decide which one is right.
Here are some examples of prescription NSAIDs that are used to treat arthritis pain:
* CELEBREX
* Ibuprofen
* Meloxicam
* Naproxen
NSAID Benefits and Risks
It is important to know that there are risks with all medicines, including some of the most common prescription NSAIDs: CELEBREX, naproxen, meloxicam, and ibuprofen. In fact, the FDA requires all prescription NSAID pain relievers, including CELEBREX, to have the same cardiovascular warning. They may all increase the chance of a heart attack or stroke that can lead to death. This chance increases:
* If you have heart disease or risk factors for it, such as high blood pressure
* When NSAIDs are taken for long periods
CELEBREX should not be used right before or after certain heart surgeries.
All prescription NSAIDs, including CELEBREX, also increase the chance of serious skin reactions or stomach and intestine problems such as bleeding and ulcers, which can occur without warning and may cause death.
Understanding the risks and benefits of different NSAIDs is important. All NSAIDs, including CELEBREX, help relieve arthritis pain, but only you and your doctor can decide which one is right for you. An NSAID like CELEBREX might be a good arthritis treatment option. Your doctor will work with you to find the best arthritis treatment plan.
Bila makan 'pain killer' ini berpanjangan , ada pula kesan sampingan lain. Tapi apa nak buat, itu takdir yang telah ditetapkan, maka jadilah hamba yang redha atas apa yang Allah telah tetapkan. Ameen...
Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.
Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura.
CLASSIC MIGRAINE - Pengidap migrain jenis ini, kebiasaannya terdapat tanda-tanda awal yang dikenali sebagai aura sebelum migrain. Ia berlaku kira-kira 5-15 minit. Tanda-tandanya ialah terlihat cahaya terang, garisan zigzag, bayangan berganda, kebas, buta sementara, pening, sukar bercakap dan fikiran becelaru. Disebabkan oleh salur darah yang berfungsi sebagai penghantar darah ke otak dan tisu sekeliling mengecil sementara dan menghadkan penghantaran darah dan menyebabkan gangguan pada saraf rasa.
Aura ialah perasaan atau pun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga adakalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura.
COMMON MIGRAINE - Ramai mengidap migrain jenis ini dan ianya terjadi tanpa amaran atau tanda-tanda.Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.
Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari. Apakah gejala migrain? Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain.
Harus diingat, setiap sesuatu yang menimpa kita yang tidak kita ingini termasuk penyakit migrain boleh diketegorikan sebagai musibah. Dalam Islam, setiap musibah kita dianjurkan mengembalikan urusannya kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya, bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Innalillahi wa inna ilahi raji’un’. Mereka itulah orang-orang yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Q S, 2: 155)
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/17/2009 01:09:00 am 1 comments
Labels: sakit dan penyakit
Monday 16 November 2009
Lena ketidoran sepanjang jalan.
Perjalanan ke Shah Alam pada 14. Nov 2009, hari Sabtu, turun dari rumah jam 10:00 pagi. Sepanjang perjalanan, keadaan cuaca silih berganti. Memang sejak 2,3 tahun kebelakang ini, apabila masuk sahaja dalam kereta mesti lelap. Tertidor tanpa sedar. Maklumlah anak kecik dah tak ada,jadi lena tidornya tanpa gangguan. Dah tu pulak, kenderaan yang dinaikki selesa, maka memang seperti mengundang untuk tidor lena.
Namun bukan lah lena sepanjang perjalanan tu, kerap juga terjaga,sekadar buka mata, tengok sekitar,nak pastikan dan tiba mana.Nak menunjukkan betapa cuaca tu berubah-ubah, lima kali tersedar tidor, cuaca berubah. Mula sedar,buka mata, hujan,buka mata,panas,buka mata hujan,buka mata panas dan akhir sekali buka mata hujan hinggalah tiba di Shah Alam. Mujur bila tiba di asrama Melati, cuaca panas semula. Tiba di sana jam 2:00 petang. Perjalanan agak lama kerana cuaca yang tidak stabil, dan menemui beberapa kemalangan sepanjang perjalanan dari JB ke Shah Alam.
Perjalanan balik pun sama, cuaca bertukar sepanjang jalan. Sekejap jumpa hujan lebat, hujan renyai-renyai, panas, mendung. Kemalangan pun banyak juga. Rupanya cuaca yang begini menyebabkan pemandu kurang memberikan tumpuan dan kemalangan berlaku. Alhamdullilah, bila zauj rasa mengantuk atau hati tak sedap je, zauj akan berhenti rehat di mana-mana hentian rehat atau RR untuk minum atau solat.
Kadang tu kesian juga pada zauj yang memandu berseorangan, tapi nak buat camana, bila duduk saja dalam kereta pasti lena. Usahkan perjalanan jauh, yang dekat, selalu tu pergi HSAJB,untuk temujanji dengan doktor pakar, pun tidor. Bukan jauh sangat pun, dari rumah ke JB, sekitar 20 km sahaja,tapi tetap juga tertidor lena.
Tapi tetap juga ingat, sebelum nak lelap mata tu, baca doa dan mengucap syahadah dulu,mana tahu, berlaku sesuatu dan langsung dah tak bangun tidor lagi.
Kat rumah tak ada pula nak tidor banyak-banyak. Memang tak suka tidor siang pun,dan malam pun tidor normal,macam kebiasaan orang tidor. Kalau waktu malam , paling lama tidor hanyalah 5 jam, tapi jarang tidor selama itu.Kalau dah tidor jam 12++, bangun tidor paling lewat jam 4:00 jadi berapa jam lah sebenarnya tidor. Dah terlantar tak boleh jalan , barulah banyak tidor 'kot'. Sakit, selagi boleh jalan,tetap tak mahu tidor. Kalau paksa, tak lena juga,akhirnya badan dan kepala yang sakit.
Jika dipaksa tidor tu, badan penat memang perlukan rehat, tapi mindanya yang tak mahu lena,pun susah juga. Minda masih berkata-kata dan bercerita. Maka laptop ini jugalah yang dingadap untuk membaca dan menulis.
Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik.
Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari)
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.
Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:
“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur.”(Bukhari-Muslim)
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antaraproduktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.
Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:
“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.”
Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of snoozing’)
Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman,disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)
Maka jadikan tidur itu sebagai rahmat Allah kepada manusia, merehatkan badan dan juga minda. Hak tubuh ke atas tuannya ialah tidur. Namun jangan berlebihan, tidur sekadarnya agar kita dapat melaksanakan ibadah yang lebih berkualiti.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/16/2009 04:52:00 am 2 comments
Labels: Kematian
Saturday 14 November 2009
Bersimpuh di Hadapan MU
aku bersimpuh dihadapan Mu...
Begitu khusyu'
Tak tahan jua airmataku
Mengalir tanda penyesalanku
Kini..
telah ku sadari
Begitu banyak dosa mematri
Akankah hamba layak dipuji
Sedangkan diri kecil tak berarti
Besar rahmat Mu penuh dengan ampunan
Namun ku malu karena hati telah lalai
Kekal adzab Mu Penguasa seluruh alam
Tersujud daku memohon keridhoan
Allah Ya Allah
Kau Pengasih Kau Penyayang
Allah Ya Allah
Kau Pelindung Kau Pengampun
Pada Mu Ya Allah kami serahkan
Segala ujian karunia Mu
Ya Allah... Ya Allah
Kuatkanlah Iman dan kesabaran
Berikan ampunan dalam hidupku
Ya Allah... Ya Allah
Illahi...
Mendengar nasyid taubat ni, membuat hati rasa gerun , sendu dan hiba. Imbasan kisah silam yang tertayang depan mata. Ya Allah aku bertaubat dari segala kesalahan dan kesilapan masa silam. Kelalaian dan kelekaan dengan dunia dan isinya.
Sesungguhnya kita sering menzalimi diri kita sendiri. Betapa rasa bertuahnya diri kerana Allah memberikan peluang dan kesempatan untuk bertaubat. Allah membuka pintu hati untuk meninggalkan semua perbuatan yang sia-sia dan kemungkaran.
Betapa beruntungnya orang-orang yang masa muda dan silam, penuh dengan perbuatan maksiat, namun menjelang di akhir usia, pintu taubat terbuka untuknya. Ini menunjukkan kasih sayang Allah kepada hambaNYA. Allah tidak membiarkan hambanya mati dalam kemaksiatan dan dosa yang menimbun.
Tapi berapa ramai yang Allah mengurniakan hidayah ini kepada hambanya? Bukan semua dapat anugerah pengampunan ini. Masih ramai juga yang mati tanpa sempat bertaubat, yang mati dalam kekufuran dan ketika melakukan maksiat.
Maka apabila telah dikurniakan rahmat dan kasih sayang Allah untuk bertaubat, peliharalah iman dan cahaya ini agar tidak pudar.Firman Allah As-syam ayat 9-10
Maksudnya:
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih - (dengan iman dan amalan kebajikan), dan sesungguhnya rugilah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya - (dengan sebab kekotoran maksiat). "
Fitrah semulajadi manusia adalah dirinya perlu untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada suatu Zat Pencipta yang telah menciptakannya. Fitrah ini ada di dalam setiap diri manusia, namun lantaran fitrah itu telah diselubungi oleh karat duniawi, sedang akalnya pula telah dilindungi oleh awan kejahilan, maka fitrah itu telah jauh dari mendapat sinaran cahaya yang mampu menyuluh dan menerangi kebenaran.
Walaupun demikian, fitrah suci itu tetap hidup. Walaupun tenggelam jauh, lemas dalam arus kebendaan namun fitrah itu tidak akan terus mati, cuma barangkali sinarnya sahaja yang agak malap dan perlu disuluh terangkan. Keadaan ini telah diterangkan oleh Ibn ‘Atā’illah al-Iskandari dalam kalam hikmahnya (Al-Hikam) dengan katanya:
"Ada nur-nur yang diizinkan oleh Allah S.W.T. sekadar sampai pada hati, dan ada nur yang diizinkan Allah S.W.T. untuk masuk ke dalam hati, kadangkala muncul cahaya-cahaya (anwār) pada anda, lantas cahaya-cahaya (anwār) mendapati hati anda dipenuhi dengan gambaran alam mayapada, maka pergilah cahaya (anwār) itu dari tempat (hati) di mana ia telah turun tadi. "
Faktor penyebabnya ialah kecenderungan kepada dunia. Dengan demikian Ibn ‘Atā’illah menyeru kepada para sālikin supaya mengosongkan hati dari gambaran alam maya ini dengan kata-kata hikmahnya.
"Kosongkan hati anda dari segala sesuatu selain daripada Allah S.W.T., nescaya Dia akan memenuhi hati anda itu dengan ilmu makrifah (ilmu mengenal Allah S.W.T. dan rahsia alam) ketuhanan. "
Untuk ini memelihara cahaya iman ini, setiap manusia wajar ada sifat ihsan. Seperti hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
Maksudnya:
"Ihsān itu ialah engkau menyembah Allah S.W.T. seolah-olah engkau melihat Nya, jika engkau tidak dapat melihat Nya, maka yakinlah bahawa Allah S.W.T. melihat kamu."
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/14/2009 06:01:00 am 0 comments
Labels: taubat
Friday 13 November 2009
Intan Payungku
Kalau nak tengok video ni, perlu ada speaker (kalau laptop tak perlulah) dan lagu Taubat yang ada di tepi tu 'pause'kan. Baru boleh dengar dan lihat video ni. Cucu ku Naimah yang kini berusia 2 tahun. Kaedah ajar dia mengaji dan cepat dapat.
Ibu Naimah berkahwin ketika berusia 17 tahun, sebaik sahaja selesi menghadapi peperiksaan SPM. Ketika mendaftar sebagai pelajar Tamhidi Perubatan di USIM, Naimah berada 7 bulan dalam kandungan. Pada pertengahan semseter 1, bulan Ramadhan 1428 H, Naimah lahir dengan mudah dan selamatnya.
Ketika usia 6 bulan gigi Naimah dah tumbuh dengan cantiknya. Ketika usia 11 bulan Naimah dah boleh berjalan. Pertumbuhan Naimah sangat memberangsangkan, mungkin kerana hidup dilingkungan persekitaran orang-orang yang menuntut ilmu.
Ini video masa Naimah kecik dulu. Ketika baru sahaja pandai meniarap. Naimah memang dari kecik, tidor dengan opahnya. Memang dari kecik, Naimah mudah di jaga, malam pun bangun untuk menyusu 3 kali sahaja itu jika lapar. Jika tak lapar, Naimah tidur sepanjang malam.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/13/2009 09:57:00 am 0 comments
Labels: cucu, penjagaan bayi/anak
Wednesday 11 November 2009
Munajat Cinta
Sakit ini milik MU
Sihat juga milik MU
Tubuhku ini milik MU
Hidup ku ini kerana MU
Mati ku kembali kepada MU
Wahai Allah Cintaku,
Hidupkan aku,
Matikan aku
dalam
Iman dan Islam yang sempurna
Aku serah diri kepada MU
Aku bertawakal kepada MU
Sucikan hati ku
Bersihkan jiwaku
Murnikan kalbu ku
Jadikan aku hamba yang redha
di atas segala yang Engkau takdirkan untuk ku
Wahai Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Engkau yang mencipta langit dan bumi
dan apa yang ada diantaranya,
Engkau Maharaja di langit dan di bumi
dan segala yang ada diantaranya,
Engkau yang memiliki cahaya di langit dan di bumi
dan apa yang ada diantaranya,
Ampunkan aku Ya Allah.
Hari ini aku teruji dengan anugerah dariNYA, airmata ku berjurai menangis dan syukur kepada kurniaanNYA.
Jam 3:00 am, terjaga, tetapi kepala rasa berat, dibiarkan diri berbaring santai sehingga 3:45 am, tekad bangun terus aku mandi untuk bersujud kepadaNya. Bermunajat dengan rasa cinta dan rindu kepadaNYA. Rupanya kepala ini makin sakit dan berdenyut-denyut.Sementara menunggu azan subuh, dah terasa migrain, sakit kepala sebelah kiri.
Jam 8:00 am, makan sedikit untuk memberi laluan penawar mengurangkan rasa sakit. Kepada Allah di serahkan diri. Duduk mengadap halaqah,membaca tanpa dapat mencernakan apa yang dibaca dalam minda kerana kesakitan yang dialami.
Selepas solat dhuha, lelapkan mata, sambil munajat padaNYA. Sempat berym dengan beberapa halaqian untuk mendengar luahan hati mereka. Telah ku janjikan diri ini, menjual dunia untuk membeli akhirat. Azan zuhur, terus bersujud kepadaNYA, dan cuba lelapkan mata hingga zauj balik untuk makan tengah hari.
Atas rasa persaudaraan dan silaturahim sesama hambaNYA, aku gagah bangun untuk menemani zauj menziarahi murid zauj yang akan berangkat ke Makkah. Aku yakin Allah akan memandang hatiku di kala hati ini berziarah kerana cinta kepada Allah.
Sampai di rumah terus sujud untuk waktu asar. Berhalaqah sebentar kerana pasti ada yang rindu juga di sana. Lagi pun memang telah ku jariahkan diri ini untuk Halaqah. Kasihku hingga hujung nyawa . Ku tunggu maghrib untuk berjemaah bersama anak-anak dengan zauj menjadi imam. Mengaminkan doa zauj sambil mata melayang-layang merasai bintang-bintang berkelipan. Menunggu anak-anak membaca quran hingga terlelap seketika. Bangun perlahan-lahan untuk penawar kesakitan ini...
Tabahkan hatiku,
kuatkan semangatku,
tingkatkan kesabaranku,
mantapkan imanku,
indahkan akhlaqku,
cantikkan pekertiku,
muliakan namaku di sisi MU.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/11/2009 08:05:00 pm 0 comments
Labels: sakit
Monday 9 November 2009
Sujud sendirian di Hijir Ismail
Bila terpandang gambar dibawah ini, serta merta ingatan ummi melayang peristiwa yang ummi sendiri alami semasa berada di Tanah Haram pada akhir 2008 tahun lalu. Cumanya orang ini lebih beruntung kerana nyawanya terus dijemput di tempat mulia, sudah tentu berhampiran dengan makam jasad Rasullulah ketika sakaratul mautnya.Memang benar, jodoh, rezeki dan ajal adalah dalam rahsia Allah.Tidak ada siapa pun yang tahu, bila dan ketikanya jasad dan roh akan berpisah.
Kenangan, terimbas ummi dikala subuh hari itu, zauj berkata," hari ini, ummi balik sendiri selepas solat subuh di Masjidil Haram ni, abang nak buat umrah." Ummi pun akur dengan arahan itu. Sepanjang ummi berada di Tanah Haram musim haji yang lepas, ummi hanya mampu buat sekali sahaja umrah wajib. Musim haji lepas , ummi buat haji Tamattuk, maka masa masuk Makkah dengan niat umrah. Selepas meletakkan barang barang dihotel penginapan, terus kami menuju ke Masjidil Haram untuk menyelesaikan umrah dengan melakukan tawaf dan saei serta bergunting.
Jadi subuh itu, selepas solat subuh, zauj terus pergi ke Tanaim untuk miqat umrah. Ummi tidak mampu untuk melakukan umrah banyak kali kerana keuzuran diri. Sebagai ganti pengubat hati, ummi melakukan banyak tawaf sunat. Selepas sahaja solat subuh,selepas berdoa, terus ummi bangun menuju ke dataran berhampiran kaabah. Dengan niat tawaf sunat, ummi mulai berjalan tawaf pusingan pertama. Walaupun pergerakkan ummi amat terbatas, Allah tetap memberikan kemudahan dan melapangkan jalan untuk ummi bertawaf. Dalam lautan manusia yang ramai dan sesak, dengan bantuan sebatang tongkat, ummi mampu melakukan tawaf dengan berjalan perlahan-lahan hingga selesai 7 pusingan.
Memang dari awal lagi, masa tawaf ifadah pun(tawaf haji) ummi gemar melakukan tawaf bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa.Ummi suka berjalan secara perlahan-lahan sambil membaca doa. Doa-doa yang ummi baca kebanyakkannya adalah doa untuk anak-anak. Untuk mudah mengingati bilangan pusingan tawaf, setiap pusingan tawaf doanya khas untuk seorang anak.
Macam ni, jika pusingan pertama, selepas habis doa tawaf pertama dibaca, ummi akan berdoa untuk kesejahteraan, keselamatan , kebahagiaan dan segala doa yang baik untuk anak sulung sahaja. Memang doa itu khas untuk dia. Begitu juga pusingan ke 2,doa untuk anak kedua, dan seterusnya hingga habis pusingan ke 7.
Cumanya tawaf pusingan ke 3, ummi doakan untuk anak perempuan tu disekalikan.Ummi cuma ada 2 sahaja anak perempuan, jadinya sama sahaja, mohon mereka dipertemukan dengan jodoh yang baik disisi Allah. Mohon dijadikan anak yang solehah, isteri solehah dan ibu solehah.
Seterusnya, pusingan tawaf ke 4 doa untuk Ahmad Baihaqi, pusingan tawaf ke 5 doa untuk Omar Abdul Aziz, pusingan tawaf ke 6 doa untuk Abdullah Mubarak dan tawaf pusingan ke 7 untuk Muhammad Imran. Maka ummi tahu pusingan tawaf ummi sempurna 7 pusingan.
Maka subuh itu, selesai sahaja pusingan ke 7, terus ummi bergerak ke hadapan untuk melakukan solat sunat 2 rakaat di belakang Makam Ibrahim.Selesai solat di belakang Makam Ibrahim, ummi berdoa dan bergerak sedikit untuk mencari tempat mustajab doa di Multazam. Sambil ummi berjalan di lautan kesesakkan manusia, hati terdetik " inginnya aku bersolat di kawasan Hijir Ismail di bawah Pancuran emas tu."
Maka ummi pun berjalan mengikut arus manusia yang sedang tawaf, tetapi bergerak menghampiri Kaabah. Masa ini ummi tidak perlu lagi menjaga diri apabila berjalan mengirikan kaabah, kerana ummi bukan berada waktu tawaf, maka ummi dapat menyusup antara manusia menghampiri kaabah. Kerana ramainya manusia, tanpa ummi sedari, ummi dapat menghampiri dinding kaabah, dan memegang dinding kaabah, mengusap batu-bata dinding kaabah dengan tangan ummi. Dalam arus manusia bergerak itu, ummi dapat menghampiri hajar aswad, tetapi ummi tidak berani untuk mengucupnya, kerana melihat ramainya orang yang tolak-menolak.Antara perkara haram, sunat dengan wajib, ummi tinggalkan hasrat untuk mengucup kerana mesti berlaku himpitan dengan lelaki bukan ajnabi di situ.
Semasa bertawaf, walaupun kelihatan sesak dengan manusia, ummi sentiasa dapat menjarakkan diri dari bersentuhan tanpa sengaja dengan lelaki ajnabi. Memang selama di Masjidil Haram ummi berwuduk bertaqlid dengan mazhab Imam Malik yang mengatakan tidak batal jika bersentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa diiringi nafsu syahwat.
(Akan tetapi perlu difahami bahawa keharusan bertaqlid dengan mazhab-mazhab lain itu terdapat beberapa syarat yang wajib dipatuhi supaya perkara yang ditaqlidkan itu sah dan boleh diamalkan. Jika seorang yang bermazhab Syafi’e bertaqlid dengan mazhab Imam Malik, maka terlebih dahulu hendaklah dia mengetahui perkara-perkara yang hendak ditaqlidkan itu. Umpamanya jika bertaqlid dalam perkara tidak membatalkan wudhu jika bersentuhan antara lelaki dan perempuan, maka hendaklah dia mengetahui syarat-syarat sah wudhu dan mengamalkan perkara-perkara wajib dalam wudhu yang terdapat dalam mazhab Imam Malik, baharulah bertaqlid dalam perkara yang tidak membatalkan wudhu iaitu dalam perkara bersentuh dengan wanita bukan mahram tanpa syahwat.Apabila bertaqlid Mazhab lain tidaklah bertaqlid dalam perkara wudhu itu dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa ilmu yang betul.)
Ummi terus bergerak mengelilingi kaabah dalam jarak 1 meter sahaja dari dinding kaabah. Mungkin kerana kesesakkan di kawasan tawaf maka, di kawasan berhampiran dinding ini agak lapang dan mudah untuk ummi bergerak hinggalah ummi dapat menyusur di tepi dinding tembok Hijir Ismail.Ummi melihat-lihat di manakah pintu untuk masuk ke dalam kawasan Hijir Ismail ini. Terdapat banyak polis di kawasan ini. Polis yang berpakaian seragam.
Mungkin dari tolakkan arus manusia, tiba-tiba ummi dapat masuk ke dalam kawasan Hijir Ismail melalui pintu pepenjuru bertentangan Hajar Aswad (180 darjah dari Hajar Aswad). Ummi terdorong masuk tanpa sedar. Bila ummi mendongak, ummi melihat pancuran emas. Subhanallah, tadi hati terdetik untuk masuk, rupanya Allah sampaikan hajat ku. Namun bagaimana untuk ummi bersolat di sini sebab, selama selepas ummi menjalani pembedahan 'Total Knee Replecemant' ummi tidak lagi boleh bersolat secara biasa. Ummi hanya boleh melakukan solat duduk sahaja tanpa sujud. Ini kerana kaki, sendi lutut hanya boleh bengkok sebanyak 90 darjah sahaja. Jadi sejak 7 bulan selepas pembedahan ummi tidak pernah solat berdiri dan sujud. Ummi cuma mampu bersolat secara duduk samada secara berlunjur atau duduk di kerusi.
Apabila ummi telah berada di kawasan Hijir Ismail, ummi telah pun terdorong kebahagian tengah menjauhi pintu, terdapat sekumpulan jamaah haji lelaki dari Afganistan sedang membuat lingkungan tangan melindungi jamaah perempuan (mungkin mahram mereka) bersolat.Jika tidak buat begitu,mana mungkin dapat bersolat kerana takut dipijak orang yang ramai itu.Ummi berdiri di tepi mereka , dan tiba-tiba jamaah lelaki itu mengangkat lingkungan tangan dan menyuruh ummi masuk berada di dalam lingkungan bulatan itu bersama-sama jamaah perempuan mereka.Ummi masih terfana, jamaah lelaki itu bersuara menyedarkan ummi "hajah, solat! solat!".
Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.
Dalam keadaan masing terpinga-pinga kerana tidak percaya dapat masuk ke kawasan Hijir Ismail, itu ummi terus mengangkat takbir untuk melakukan solat sunat secara biasa. Langsung ummi tidak ingat akan keadaan diri yang perlu duduk untuk solat. Apabila untuk sujud, baru ummi rasa kesukaran, namun ummi dapat juga bersujud, menyentuh dahi ke lantai di kawasan Hijir Ismail itu. Dalam keadaan yang sukar dan payah ummi dapat melakukan solat 2 rakaat itu secara biasa dengan bersujud , dan semasa sujud yang akhir, ummi menangis kerana terlalu gembira,bersyukur kerana dapat merasi nikmat sujud yang sekian lama ummi rindui.
Sujud ummi agak panjang, sambil berdoa dalam tangisan, bersyukur. Memang lama sujud ummi kali ini. Dan bila agak kelemasan barulah ummi bangkit dan duduk secara bersimpuh (memang untuk duduk tahiyat tidak dapat melipat kaki)ummi habiskan bacaan tahiyat akhir. Selesai salam, ummi merasa amat terkejut kerana ummi dapati, hanya ummi seorang sahaja jamaah haji yang ada di dalam kawasan Hijir Ismail itu.Manusia yang ramai dan sesak telah tiada. kawasan itu lengang, selain ummi yang ada hanya polis yang memakai pakaian seragam tadi.Ummi dongak, kedudukan ummi betul betul di bawah Pancuran Emas. Terus sekali lagi ummi menangis tanda syukur atas nikmat yang dikurniakan Allah. keajaiban bertandang di hati, bagaimana ummi boleh berada seorang diri di dalam kawasan hijir Ismail itu. Mana pergi jamaah haji yang lain?
Setelah agak lama ummi berdoa, ummi dikejutkan oleh polis itu, minta ummi bangun dan keluar melalui pintu yang ummi masuk tadi. Ummi rasa hairan kenapa ummi tidak di suruh keluar sedang jamaah lain di arah keluar. Polis itu seperti mengizinkan ummi bersujud panjang dan berdoa. Itulah kehendak Allah yang ditakdirkan kepada ummi. Ummi berhajat, Allah menyampaikan hajat ummi dengan memberikan kemudahan dan melapangkan jalan. Memang ummi tidak sangka dan masih lagi tidak percaya yang ummi berseorangan sujud di kawasan Hijir Ismail itu.
Betapa Maha Besar, Maha Kuasa Allah, Maha Pengasih, Maha Penyanyang, diperlihatkan kepada ummi kasih sayangNYA semasa berada menjadi tetamu di rumahNYA.Dihadapan Baitullah ummi dapat bersujud semula setelah sekian lama ummi merindui untuk mencecah dahi ke lantai.
Multazam adalah kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab doa. Menurut sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.
Apabila keluar dari kawasan Hijir Ismail, ummi cari tempat yang agak menjauh sedikit dari kesesakkan orang bertawaf, duduk di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah (multazam) ummi merenung Kaabah sambil menangis mendayu-dayu, bermonolog. Untungnya kalau sendiri, tidak ada ganguan dan tidak rasa silu dan malu pada sesiapa. Memang orang ramai, tetapi dari bangsa lain yang tidak faham bahasa Melayu, maka teruslah ummi bermonolog , bermunajat menyuarakan rasa syukur akan nikmat yang Allah baru kurniakan pada ummi.Bagi ummi, dapat bersolat di kawasan-kawasan mustajab doa itu adalah nikmat kerana orang lain ramai berhajat tetapi jarang berkesampaian. Sedangkan ummi, dengan gelaran OKU, pergerakkan yang terbatas, cara bersolat yang kurang sempurna, diberikan peluang itu.
Menjelang matahari melepasi sepenggalah, ummi laksanakan pula solat dhuha. Selesai solat dhuha, barulah ummi beransur meninggalkn kaabah untuk balik ke hotel penginapan. Ummi berani bergerak pergi balik sendiri (jika telah dapat izin zauj).Walaupun pergerakkan ummi lambat tetapi tetap dapat sampai juga ke hotel. Jika tidak memikirkan untuk memperbaharui wuduk, tidak mungkin ummi mahu balik meninggalkan Baitullah yang penuh rahmat.
Balik ke hotel yang jaraknya lebih kurang 250m melalui jalan antara Hotel Hilton dan Hotel Zam-zam Towwer.Rasa syukur dan nikmat masih terasa.Sampai di hotel, makanan sarapan dah habis , rupanya dah jam 10.30 pagi,kiranya ummi cuma ada masa 1 jam sahaja lagi untuk ke Masjidil Haram semula bagi persediaan solat zuhur. Bertemu zauj yang baru balik selesai mengerjakan umrah. Bertanya juga zauj " kenapa ummi lewat balik dari solat subuh", tetapi belum terluah hati untuk bercerita. Akan ummi pilih masa yang sesuai untuk menceritakan keajaiban dan kenikmatan yang Allah kurniakan kepada ummi tadi.
Sampai masa berangkat ke Madinah, ummi tanya zauj, adakah dia dapat masuk bersolat di kawasan Hijir Ismail, zauj kata, "mana dapat, manusia yang begitu ramai." Ummi tanya juga rakan -rakan lain, adakah mereka berkesempatan untuk bersolat di kawasan Hijir Ismail, kebanyakkan menjawap tidak dapat. Waktu hampir berangkat ke Madinah, baru ummi ceritakan pada zauj, yang ummi dapat bersujud dan bersolat di kawasan Hijir Ismail itu. Sempat juga ummi bercerita kepada mutawif yang memimpin rombongan haji, ustaz Dato' Daud Che' Ngah.Ketika ummi menceritakan kepada ustaz Dato' Daud dan dihadiri oleh editor pengarang majalah Anis, berjurai-jurai airmata ummi menangis kerana rasa syukur.
Kenangan yang terlalu sukar dilupakan. Sebab itu Baitullah sentiasa melambai ummi untuk datang lagi.Nanti entri lain, ummi akan ceritakan juga nikmat dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ummi semasa di Madinah Al-Munawarah, berada hampir dengan Makam Rasullulah dan di Taman Syurga Raudhah.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/09/2009 05:25:00 pm 2 comments
Labels: Perjalanan haji 2009
Sunday 8 November 2009
Simpton serangan jantung
Maaflah kepada sahabat, rakan , taulan, anak-anak yang menjadikan laman ummi untuk mendapatkan ilmu,maklumat, perkongsian pengalaman hidup, tetapi akhir-akhir ni, post ummi lebih banyak bercerita berkaitan sakit jantung.
Mungkin situasi ummi sekarang ni,maka ummi suka berkongsi cerita, meluahkan apa yang ummi lalui. Moga dengan doa dari semua pembaca dapat menyalurkan sedikit sebanyak semangat kepada ummi untuk melalui hidup dan kehidupan ini dengan lebih tabah, ceria dan semestinya sabar serta berserah kepada Allah.
Ingin ummi kongsikan pengalaman pertama yang ummi lalui ketika serangan jantung terjadi. Memang ummi tidak pun sedar akan simpton2 serangan jantung sehingga ummi mendapat serangan jantung itu pada pertengah tahun ini.
Sebenarnya sebelum ummi mendapat serangan jantung, ada dua pengamal perubatan telah memaklumkan ummi,bahawa ummi ada masalah jantung.Pengamal perubatan pertama,Pada bulan Februari 2009,melalui seorang pengamal perubatan alternatif, masa ummi buat pemeriksaan dan ujian menggunakan rambut dan darah dan dianalisa melalui alat khas berteknologi tinggi dan canggih, laporan yang dikeluarkan menyatakan status kesihatan jantung agak terganggu. Jantung ada masalah, tahap kesihatan hati kronik...
Pengamal perubatan kedua yang memaklumkan ummi ialah semasa ummi tinggal di wad HSAJB untuk jalani rawatan orthopedik pada bulan Mac 2009, sewaktu doktor itu mahu mengambil darah dari urat-urat tangan ummi. Doktor tu tegur, "kakak, dari kuku kakak ni, kakak macam ada masalah jantung, nanti dah keluar wad, kakak jalani pemeriksaan jantung, ya."
Namun, selepas sahaja balik rumah, ummi tidak pun ambik kisah dan buat tak kisah. Tak ada langsung masa tu ummi cuba nak cari maklumat atau info simpton-simpton serangan jantung, hinggalah ummi merasainya. Setelah melalui pengalaman serangan jantung, barulah ummi mencari maklumat, dan apa yang tertulis di bawah ini, sama dengan apa yang ummi rasai...
Kebanyakan serangan jantung terjadi secara perlahan-lahan. Ia menyebabkan ada pesakit yang tidak pasti, adakah mereka patut mendapatkan pertolongan atau tidak?
Namun umumnya, jika anda merasakan ketidakselesaan di bahagian dada (rasa tertekan, senak atau dipicit) yang berlangsung beberapa minit dan kerap berulang, dapatkan rawatan segera.
Selain itu anda mungkin merasa sakit di bahagian atas badan misalnya lengan, bahagian belakang, rahang atau perut. Ada kala rasa sakit itu disertai nafas pendek dan sakit dada.
Jika anda berhadapan dengan mereka yang diserang sakit jantung tiba-tiba, satu jam pertama selepas serangan jantung adalah masa yang cukup penting. Membantu mangsa dalam masa itu boleh menyelamatkan nyawa.
Terdapat pelbagai simptom masalah jantung. Justeru serangan jantung yang dialami oleh individu mungkin berbeza. Misalnya di kalangan pesakit wanita, mungkin mengalami rasa sakit di bahu berbanding lelaki yang rasa dada seakan remuk.
Ada kala, serangan jantung kali pertama boleh anda harungi. Namun, ada yang tidak bernasib baik, serangan jantung kali pertama menyebabkan kematian.
Justeru, jalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui situasi semasa kesihatan anda dan mengamalkan gaya hidup sihat.
# Rasa sakit di dada (senak, seakan dipicit/ditekan) selama dua minit atau lebih.
# Sakit di bahu, tengkuk, rahang, lengan atau bahagian belakang
# Pening, berpeluh, muntah, nafas pendek atau lemah.
Apa puncanya? Selalunya apabila seseorang itu terkena serangan jantung, mereka akan dikaitkan dengan amalan hidup seharian.
“Faktor risiko paling biasa adalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Tetapi di kalangan orang muda, faktor atau punca masalah pembunuh senyap ini adalah disebabkan merokok, kolesterol yang tinggi, bekerja dalam suasana yang tertekan serta diet yang tidak seimbang,” katanya.
Adakah ummi berada di dalam lingkungan begini? Ummi bukan perokok atau hidup dilingkungi orang merokok, bukan pesakit diabetes, malah ummi selalu mengalami kurang gula dalam darah hingga menyebabkan 'hypo', bukan juga selalu mengalami tekanan darah tinggi. Ummi lebih kerap diserang tekanan darah rendah, hingga kadang-kadang selalu pitam kerana masalah tekanan darah rendah. Bila ujian darah menguji tahap kolestrol dijalankan, julatnya berada di paras normal.
Mahu dikatakan bekerja dalam suasana tertekan, jauh sekali kerana kerjaya yang ummi ceburi adalah kerjaya yang sangat membahagiakan hati, jiwa dan perasaan. Diet tidak seimbang? Tahun lepas sahaja, ummi berusaha mengurang berat badan dan berjaya mengurangkan hingga 15 kg dengan diet seimbangan. Namum serangan jantung tu nak kena, kenalha juga.
Jadi kesimpulannya, bila kita didatangi penyakit, tak payah kaji puncanya, anggap sahaja itu anugerah Allah untuk menguji keimanan kita, tanda kita dalam perhatianNYA dan kerana Kasih SayangNYA. Banyakkan doa, mohon jadi hamba yang redha di atas segala takdirNYA. Tak payah keluh kesah, ada usaha dan ikhtiar untuk mencari penawar dan rawatan. Semasa menajalni rawatan , perlu banyak bersabar...
Betapa banyak rahmat Allah, menahan sakit dalam kasih sayangNYA, berusaha mencari penawar, ada hikmahNYA,bersabar, berdoa dan bertawakal, ini semua adalah jalan-jalan untuk hampir kepadaNYA. Jadi jangan risau dan bimbang jika kita diberikan sakit dan kesakitan...
Dan ujian itu bukan untuk yang sakit sahaja, untuk orang yang bersama pesakit itu juga...
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/08/2009 10:28:00 am 1 comments
Labels: sakit jantung
Saturday 7 November 2009
Adil terhadap Anak-anak
Dalam sebuah keluarga, ibu bapa perlu bersikap adil kepada anak-anaknya. Bukan sahaja adil dalam pemberian harta benda yang nampak tetapi dalam kasih sayang juga. Sebenarnya , jarang terdapat ibu bapa yang membezakan kasih sayang, hanya anak-anak sahaja yang merasakan mereka itu dibeza-bezakan.
Katakan dalam sebuah keluarga tu ada 10 anak, semua anak tu pasti akan di sekolahkan, semua anak tu akan diberikan peluang belajar yang sama, samada sekolah rendah, agama dan menengah. Cumanya bila selepas SPM atau yang setarafnya,peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran tu jadi berbeza. Berbeza disebabkan oleh usaha diperingkat rendah dan menengah. Asalnya Allah kurniakan kecerdikan akal tu sama pada semua orang, hanya ianya bergantung kepada rajin atau tidak seseorang itu berusaha mencari ilmu.
Jika rajin belajar dengan tekun, menumpukan perhatian terhadapa ajaran guru, mengulangkaji ilmu yang baru dipelajari, ingatan makin kuat , doa yang berterusan, taat kepada ibu bapa, melaksanakan solat dengan sempurna,berakhlak mulia maka pasti akan berjaya. Jika ini yang dilakukan, kejayaan dalam peperiksaan akan di gapai jua.
Jadi jika berbeza peluang belajar di peringkat lanjutan ini, bukan kerana salah ibu bapa atau ibu bapa membezakan kasih sayang, tetapi bergantung kepada usaha anak-anak itu tadi.
Walaubagaimana pun tawakkal perlu ada juga kerana, mungkin juga Allah mahu menguji, setelah semua usaha telah dibuat, doa, solat hajat, namun tidak juga berjaya, itu namanya ujian. Sebab itu jika mahu tawakkal, mesti ada usaha dan doa terlebih dahulu. Jangan tawakkal
tanpa usaha.
Mengapa harus menyerah diri kepada Allah (tawakkal)? Sebab apabila kita telah beriman kepada qadha dan qadar Allah SWT, maka hakikatnya Allah telah mengatur segala-galanya.Tetapi apabila kita berfikiran sempit, dan melihat hanya sepintas lalu, maka keadaan ini menjatuhkan diri kita dari mengatur hidup ini secara baik sesuai dengan keridhaan Allah.
Apabila kita hanya berpangku tangan tanpa merancang sesuatu dalam hidup, kita akan menjadi malas untuk berusaha dan bekerja. Disebabkan kemalasan ini akan mendatangkan berbagai masalah dalam kehidupan, maka tanpa disangka datanglah pula syaitan dan iblis membawa rasa was-was dan keraguan-keraguan di dalam hati. Ia akan menghembuskan macam-macam persoalan dalam kehidupan kita dan secara tidak langsung fikiran kita akan menerawang dan memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan.
Barang siapa yang tidak bertawakkal kepadaNya berarti dia tidak memerlukan bantuan Allah SWT dalam hidup dan kehidupannya.
Dalam ilmu tasawwuf, orang yang tidak bertawakkal kepada Allah menganggap seseolah Allah itu tiada, bila Allah tiada;
* apa perlunya hukum Allah,
* apa perlunya melaksanakan segala hukum-hukum Allah.
* apa perlunya buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang.
Inilah kesannya jika orang itu tidak mahu bertawakkal kepada Allah.
Panjangnya mukaddimah mengenai tawakkal...ok, seterusnya sambung berkaitan keadilan dalam sebuah keluarga.
Seorang ayah harus menyamakan antara anak-anaknya dalam pemberian, sehingga dengan demikian mereka akan berbuat baik kepada ayah .
Di samping itu seorang ayah dilarang mengistimewakan pemberiannya kepada salah seorang di antara mereka tanpa ada suatu kepentingan yang sangat perlu, sebab yang demikian itu akan menjengkelkan hati yang lain dan akan mengobarkan api permusuhan dan kebencian sesama mereka.
Ibu dalam hal ini sama dengan ayah.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut:
"Berlaku adillah kamu terhadap anak-anakmu." 3 kali. (Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Abu Daud)
Kisah timbulnya hadis ini adalah sebagai berikut: Isteri Basyir bin Saad al-Ansari meminta kepada suaminya supaya memberikan harta dengan istimewa kepada anaknya yang bernama Nu'man --berupa kebun dan hamba-- dan ia bermaksud akan mengkukuhkan hibah ini dan ia minta kepada Basyir supaya disaksikan oleh Nabi s.a.w. Kemudian pergilah Basyir kepada Nabi dan berkata:
"Ya Rasulullah! Anak perempuan si fulan (isteriku) minta kepadaku supaya aku memberikan hambaku kepada anaknya. Kemudian Nabi bertanya: Apakah dia mempunyai saudara? Ia menjawab: Ya. Nabi bertanya lagi: Apakah semuanya kamu beri seperti apa yang kamu berikan kepadanya? Ia menjawab: Tidak! Kemudian Nabi bersabda: Yang demikian ini tidak baik, dan saya sendiri tidak akan mau menjadi saksi kecuali pada hal yang baik." (Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
Dalam satu riwayat dikatakan oleh Nabi:
"Jangan kamu jadikan aku untuk menyaksikan sesuatu dosa. Sesungguhnya anakmu mempunyai hak yang harus kamu tunaikan, yaitu hendaknya kamu berlaku adil di antara mereka; sebagaimana kamu mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh anak-anakmu, yaitu hendaknya mereka itu berbuat baik kepadamu." (Riwayat Abu Daud)
Dan dikatakan pula oleh Nabi:
"Takutlah kepada Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahwa melebihkan itu diperbolehkan jika ada sebab, misalnya si anak sangat membutuhkan karena suatu kesengsaraan dan sebagainya yang tidak diderita oleh saudara-saudaranya yang lain.
Ingin ummi berikan contoh dalam kehidupan harian berkaitan keadilan dalam sebuah keluarga selain dari peluangan pendidikan ialah dalam soal perkahwinan pun sama. Jika anak lelaki,dalam mencari calon isteri, jika seorang anak, dibenarkan mereka memilih calon yang mereka suka dan memaklumkan pada ibu-bapanya, maka anak lain pun kita perlu samakan. Lainlah jika anak tu minta kita carikan. Jika seorang kita adakan walimah, maka yang lain pun perlu di adakan. Kalau material, jika seorang anak dibelikan seluar, anak yang lain pun kena belikan seluar juga. Mungkin bentuknya tidak sama, mungkin nak pilih sendiri, maka kita berikan saja duit dalam nilai yang sama. Jangan sekali-sekali, anak ini dihadiahkan sesuatu, anak ini tidak diberikan apa-apa.
Begitu juga dari segi makan minum.Masih ingat lagi, masa kecil2 dulu, mak abah orang sawah,hidup miskin, susah nak dapat sesuatu, bila tiba musim buah, terutama musim buah rambutan atau langsat, kalau abah beli rambutan (dah tentu belinya setakat 1 kg sahaja) sampai rumah, mak akan kira berapa biji buah rambutan tu dan akan bahagikan kepada berapa bilangan anak yang ada di rumah. Kami 6 beradik akan diberikan sama banyak, mungkin seorang 4 biji sahaja merasa makan buah rambutan dalam tahun itu.Tapi kami puas kerana dapat makan sama banyak sesama adik beradik. Jika sekali sekala, abah belikan mak mee goreng, mak akan suapkan seorang satu sudu, bagi semua merasa, mak kata "sikit seorang sikit, banyak seorang banyak". Yang pasti semua merasa, dan tidak ada di dalam hati rasa tidak puas hati, iri hati dan dengki.
Jadi bila ummi berumah tangga, pengalaman ini yang ummi ingat, dan ini yang ummi terapkan pada anak-anak ummi. Jangan berebut makanan, atau apa sahaja. Hinggakan jika beli buah epal satu kotak (ada lebih kurang 100 biji buah epal)anak-anak ummi sanggup buat matematik, jika dalam rumah ada 10 orang, maka seorang dapat makan 10 biji sahaja. Nak makan sehari ke atau nak makan berapa hari tu terpulanglah atas masing-masing, jika makan sehari sebiji, dapat lah dia makan epal 10 hari.Tapi mereka tidak akan ambik hak orang lain, walaupun epal itu terhidang sahaja di dalam peti sejuk kerana awal-awal mereka dah membahagikan epal itu berapa biji seorang.
Ntahla, mungkin setengah orang anggap benda ni remeh, sebab mungkin anak-anaknya seorang dua, boleh makan seberapa banyak suka, atau ada anaknya yang suka makan, ada yang tidak suka makan, tetapi bagi ummi, ini semua penerapan awal di rumah untuk bertindak adil dalam sesuatu urusan apabila besar nanti. Mungkin suatu hari nanti anak itu dikurniakan kelebihan dibidang kepimpinan,atau berwibawa dalam sesuatu organisasi pentadbiran, siapa yang tahu?
Sekian, entri untuk kali ini, moga mendapat manafaat buat pembaca semua...
Buku Rujukan :
Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi
Alih bahasa: H. Mu'ammal Hamidy
Penerbit: PT. Bina Ilmu, 1993
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/07/2009 09:54:00 am 0 comments
Labels: anak-anakku
Friday 6 November 2009
Jangan Tuan Menjadi Hamba
Omar, Abdullah, Imran....bangun mandi, cepat , nanti lambat. Bergegas Imran, yang umur 7 tahun bangun dulu, masuk ke bilik air. Memang Imran tak suka lambat-lambat,kalau boleh dia yang siap dulu. Diikuti dengan Abdullah dan Omar. Depa ni selalu tidur berhampiran dengan ummi. Jika hari tu,ummi tertidur di sofa ruang tamu, maka mereka pun tertidur di ruang tamu juga. Sejak setahun lalu, ummi sakit dan tidak boleh naik tangga (tahun lepas ummi menggunakan kerusi roda) ummi hanya tidur diruang tamu, (maknanya peralatan kamar tidur di bawa ke bawahlah), maka anak-anak yang bertiga ni setia tidur berhampiran dengan ummi.
Mereka tidak tega mahu membiarkan ummi tidur berseorangan. Begitu juga zauj pun sama lah dengan anak-anak, menemani ummi hinggakan kalau ummi tinggal di wad pun mereka akan bermalam temankan berramai-ramai. Sekarang ummi gagahkan diri, naik tangga sehari sekali untuk tidur di kamar atas. Anak-anak pun sama, akan tidur di kamar atas ,masih mahu sama level bilik ummi.
Lepas saja mandi, mulut ummi tak pernah senyap, mesti sebut perkataan, "sidai tuala lepas mandi". Sejak kecik lagi dah lebih 20 tahun , ummi kena sebut perkataan tu hari-hari sebab, mahu displinkan anak-anak, supaya lepas mandi tuala yang digunakan itu, disidai semula,jangan biar berlonggok di mana suka. Nanti jadi kebiasaan, sampai ke hari tua dan di mana jua lepas mandi tuala tidak sidai. Dari anak sulong, sekarang dah berumur 24 tahun, nak tunggu pula Imran berumur sehingga 12 tahun, rasanya baru agaknya mulut ummi berenti sebut "sidai tuala".
Sama juga dengan menyuruh mereka solat, mengingatkan mengaji quran, hari-hari, tiap waktu kena tanya "dah solat?". Jika lepas solat maghrib, kena sebut "mengaji dulu, baru makan". Dah jadi sebutan hari-hari dalam proses pendidikan anak-anak. Sebagai ibu, kita tidak boleh sekali-kali jemu untuk mendidik walaupun kena sebut perkataan itu berulang kali. Seorang ibu tidak boleh jemu untuk mengingatkan anak-anaknya bersolat, membaca quran, belajar, ulangkaji pelajaran...
Begitu juga dalam pendidikan harian, kata-kata seorang ibu doa, walaupun tidak terlafaz dilidah, hanya berkata-kata di hati , ia ibarat doa. Sebab itu, seorang ibu,perlu berhati-hati bila bercakap dengan anak-anak terutama di kala ada rasa marah. Bukan seorang ibu tidak boleh marah, sebab itu adalah fitrah, bila anak buat salah, namun kata-kata yang ingin dilafaz tu perlu berhati-hati supaya tidak timbul penyesalan di kemudian hari.
Masa anak kecik dulu,ummi lebih rela pukul anak tu, dari memarahi dengan mengeluarkan kata-kata yang keterlaluan. Bila dah besar macam ni,ummi memang tidak pukul, sebaliknya ummi nasihati sahaja. Jika ummi tidak mampu menasihati, mungkin bercampur emosi marah, lebih rela ummi minta tolong orang lain saja menasihati bagi pihak ummi.
Kalau anak buat silap atau melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan ummi, ummi lebih banyak berdoa,minta Allah memberikan hidayah,membuka hati dan melembutkan hatinya agar sentiasa terbimbing dalam akhlak mulia. Ummi tidak pernah jemu untuk berdoa, setiap hari dan masa. Hingga setiap detik nafas pun ummi tetap ingat dan minta pada Allah agar anak ummi ini sentiasa di dalam rahmat Allah. Ditambah lagi ketika ummi sakit dan kesakitan, doa yang ummi lebih dahulu lafazkan ialah mengampunkan dosa anak-anak, mohon hidayah untuk anak-anak agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Selepas itu barulah detik hati berdoa, "Ya Allah, ringankanlah rasa sakit ku ini dengan Rahmat dan Kasih SayangMU".
Ingatlah wahai ibu-ibu, jika kita mempunyai anak soleh, kita akan berbahagia hingga diakhirat. Ingat doa seorang ibu tidak ada hijabnya, hanya cepat atau lambat sahaja untuk Allah sampaikan. Selagi ada waktu, ada usia, berdoalah untuk anak-anak, sebabnya,kala di dunia ini,kita masih ada masa untuk beramal, ganjaran Allah itu dalam rahsiaNya, tetapi bila kita dah mati, kita dah tidka boleh berbuat amal dan menambah amal, melainkan dari jariah kita, ilmu dan anak-anak yang soleh.
Rasulullah SAW bersabda, "Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal:
[1] Shadaqah jariah,
[2] Ilmu yang bermanfaat dan
[3] Anak sholih yang mendoakannya.
(HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)
Pada sesiapa yang ada anak tu, hargai amanah Allah ini, jika boleh berkorban, berkorbanlah apa sahaja kepada anak-anak dalam usaha mendidik mereka . Kita ini sebenarnya sedang berjalan menuju sesuatu matlamat. Matlamat ummi berjalan menuju Allah. Maka dalam perjalanan menuju Allah ini,banyak yang kita harus lalui, dan kita mesti bersikap jujur amanah, yakin dan tabah. Setiap tindakan, pekerjaan, perbuatan itumesti tanya,adakah apa yang akan aku buat ini, Allah suka,Allah redha? Jika Allah larang dan tidak redha, maka tinggalkan. Contohnya, menuruti perintah anak.
Memang kebiasaan ummi, sewaktu makan tengah hari atau malam, air tidak dihidangkan bersama-sama, masih di dapur atau didalam peti sejuk, jika anak minta tolong ambikkan air sewaktu makan, kita memang dah duduk semeja, bukan kita tidak boleh bangun untuk ambikkan air tu, tapi kita tidak mahu membiasakan anak itu menyuruh ibu atau bapa melakukan perkara yang paling mudah. Kita kan sama-sama sedang makan, semua dah selesa duduk, tiba-tiba anak nak air, maka anak tu lah yang kena bangun sendiri ambik. Tak kiralah anak itu kecik atau pun besar. Tujuannya melatih dia tidak senang-senang memerintah seorang ibu atau bapa. Mungkin orang anggap perkara ini kecik, tapi jika dihalusi, dari perkara yang remeh dan kecik inilah yang boleh jadi kebiasaan dan bila dah besar tanpa segan dan silu suka memerintah atau menyuruh mak ayah itu ini.
Didiklah anak dengan cara yang betul penuh kasih sayang. Bukan bila kita suruh mereka buat kerja, buat sendiri tu, kita tidak sayang, tetapi kita mendidik dan mengasuh mereka sebenarnya. Kita suruh mereka melakukan apa sahaja sendiri dengan asuhan, bimbingan dan tunjuk ajar, membiarkan mereka selalu rasa susah adalah kerana sayangkan mereka , kerana jika suatu hari musibah datang, mereka boleh berakal panjang untuk memikirkan hidup dan kehidupan di dalam keredhaan Allah.
Rasulullah s.a.w. ketika menggambarkan tanda-tanda kiamat ada menyatakan bahawa akan sampai suatu masa apabila “Ibu-ibu akan melahirkan tuan-tuan”.
Ada zaman sekarang ini, anak-anak mengajak ibu datang tinggal bersama-sama di rumah mereka, jika tujuan kerana demi menjaga kebajikan ibu , memudahkan ibu beribadah, tidak mengapa, tetapi apa yang banyak terjadi ialah, mula-mula anak tadi tu meminta tolong (konon tu tu minta tolong) tetapi sebenarnya suruh bantu jaga anak mereka ketika mereka keluar bekerja, buat kerja rumah, masak dan sebagainya. Ibarat orang gaji. Ini yang tidak betul. Jika ibu mereka tu lambat buat kerja, siapkan makanan, mereka dengan suara lantang , tergamak untuk menengking pula. Itu yang tidak kenanya. Kalau minta tolong, bukan selamanya, bukan senang mengarah itu ini...
Bila anak tadi kata prinsip nya tolong, 5 sen pun wang tidak dibayar, sedangkan jika anak tadi tu dihantar ke 'baby sitter' atau pengasuh atau taska, dah pasti kena bayar. Sedikit ummi sedut satu luahan hati seorang ibu yang nasibnya menjadi hamba kepada anaknya ...
" Tetapi bila Izah tak ada pembantu, dia suruh saya duduk dengan dia jaga anak-anaknya. Sekarang dah lebih enam tahun.
”Saya rasa saya adalah pembantu rumahnya, tapi tak bergaji, dapat makan dapat tempat tidur. Tapi masalahnya saya dah berusia dekat 50 tahun, badan saya sudah tak kuat lagi. Kerana hidup susah sejak muda, saya memang kelihatan tua.
”Saya fikir bila dia ambil saya tinggal di rumahnya, dapatlah saya ke surau, buat amal ibadah dengan selesa, malangnya sembahyang tarawih pun jarang dapat pergi, di rumah aja menguruskan anak cucu.
”Mengapa menantu saya terlalu berkira tentang duit dan membuat saya macam hamba abdi? Kalau saya pembantu rumah orang lain tentu dapat imbuhan tetapi duduk di rumah anak sendiri saya benar-benar terhina. Saya perlukan masa sendiri untuk membuat amal ibadah yang banyak saya tinggalkan semasa bekerja dahulu. Tetapi semuanya tersekat kerana menguruskan empat orang cucu pergi sekolah rendah, sekolah agama, tadika dan sebagainya.Sudahlah hidup saya susah semasa membesarkan anak-anak, dah tua begini pun saya terpaksa jaga cucu. Saya rasa terhina kerana duduk menumpang di rumah mereka. Kerana saya tidak punya apa-apa, miskin dan tak berharta saya dibuat macam hamba."
Kata Sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama ‘Urwah, “Tunduklah kamu di hadapan ibu dan bapa kamu sebagaimana tunduknya seorang hamba abdi di depan tuannya”. Berkata pula ‘Atha bin Rabah, “Janganlah kamu mengangkat tangan apabila kamu sedang bercakap dengan kedua ibu bapa kamu”. Sementara Imam al-Hasan pula menyebut, “Hendaklah si anak itu bercakap
kepada kedua orang tuanya, “Wahai ibu, wahai ayah, dan jangan sekali-kali memanggil dengan menyebut nama mereka”.
Firman Allah swt: “Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibu bapamu dan hanya kepada-Kulah tempatmu kembali”. (Luqman: 14).
Firman Allah swt: “Dan berdoalah, ‘Wahai Tuhanku kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diriku sewaktu kecil dahulu.” (Al-Israk: 24)
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/06/2009 09:02:00 am 1 comments
Labels: anak-anakku
Thursday 5 November 2009
Anak istimewa- Hyperaktif
Minggu ini asyik melatih anak-anak istimewa bernasyid lagu "Doa Perpisahan". Mereka diminta untuk buat persembahan di majlis persaraan pengetua sekolah.Memanglah irama nasyid ini mendayu, sayu dan pilu. Sesuai sangatlah. Hati orang yang melatih ni,tak ada siapa yang tahu.Setiap kali melatih mereka, saya yang menangis tak berhenti...
Menangis bukan kerana lirik dan irama lagu, tapi menangis melihat kesungguhan mereka untuk menyanyi di dalam kekurangan, mereka tidak pandai membaca, tapi pegang kertas senikata seseolah mereka boleh membaca, ada yang pelat,bila bercakap suku kata yang hujung sahaja disebut.Mereka menyanyi denagn penuh keasyikkan, dan penghayatan.Sambil jadi konduktor, airmata ni tak henti mengalir...
Melihat anak-anak istimewa ini cuba untuk menyempurnakan diri seperti insan lain. Bukan mereka pinta lahir kedunia seperti ini.
Setiap hari mesti memikirkan apa kemahiran yang nak ummi berikan kepada mereka selepas tamat sekolah nanti. Bukan ummi mengharapkan mereka berjaya di dalam pelajaran dengan boleh lulus cemerlang di dalam peperiksaan, tapi ummi lebih mementingkan sekurang-kurangnya, apa bila tamat sekolah ini, mereka boleh hidup sendiri di rumah, menguruskan diri sekiranya mak ayah mereka telah tiada.
Sekarang ini, mak ayah mereka masih ada, mereka disayangi dan banyak dibantu untuk pengurusan diri, tetapi bagaimana keadaan mereka sekiranya mak ayah dah tak ada? Nak tinggal dengan adik beradik pun, mungkin adik beradik sedarah sedaging, boleh terima mereka, menyayangi seperti mana mak ayah dulu, tetapi bagaimana dengan pasangan adik beradik tadi tu? Kakak ipar, abang ipar?
Sebab itu ummi selalu berharap mereka dapat sesuatu bila tamat sekolah nanti. Sekurang-kurangnya, mereka boleh buat makanan sendiri, masak yang paling asas untuk diri sendiri, bancuh minuman sendiri, kemas tempat tidur, cuci pakaian sendiri. Mereka tak perlu untuk melakukan untuk orang lain. Melainkan jika mereka mahu buat dan rajin, itu dikira kelebihan mereka.
Yang selalu ummi ajar ialah memasak. Paling asas , ummi mulakan dengan masak air. Gunakan cerek elektrik. Ajar macamana cabut , pasang soket dan wayar. Tekan suis.Lepas tu ajar masak air guna dapur gas. Ajar cabut dan pasang kepala gas. Sambil tu mulut tak berenti juga cerita langkah-langkah keselamatan menggunakan peralatan tu.
Ajar bancuh air secawan, bancuh air seteko untuk bilangan beberapa orang. Semua kena tunjuk dan sukatan yang betul, tak boleh main agak-agak macam orang normal buat. Macamana nak bancuh air teh, sirap, susu dan milo.
Lepas tu ajar cara menghidang mengunakan cawan berlapik untuk minuman panas, gelas untuk minuman sejuk. Tahu, berapa lama baru mereka boleh ingat untuk buat dengan betul? paling kurang 3 bulan...
Selepas mereka dah boleh kendalilakn dapur memasak, barulah ummi mula mengajar memasak makanan. Ummi mulakan juga dengan masak nasi dengan sukatan satu cawan. Mudah mereka ingat, sebab satu cawan beras bersamaan 11/2 cawan air. Mesti tunjuk cara cuci beras, toskan beras dan masukkan beras dalam periuk nasi, dan tekan suis elektrik.
Peringkat demi peringkat ummi ajar mereka, rebus telor, goreng telor, goreng kentang, goreng bilis dan sebagainay masakkan yang mudah-mudah sahaja. Untuk goreng telor saja, ada cara yang berbeza goreng telor dadar dan telor mata lembu. Kalau untuk goreng ikan bilis, kelas dimulakan dengan seminggu sebelum itu dengan kelas menyiang ikan bilis. Mesti ajar cara buang najis ikan bilis, belah dua dan tunjukan apa yang perlu dibuang. Jika tidak tunjukkan, habis dengan tulang-tulang dibuangnya. dan seperkara lagi, kena tunggu sebab, nanti ikan bilis yang kita bri 10 ekor, tapi yang tinggal 3,4 ekor saja lagi. Yang lain-lain tu dia telan. Dimakannya ikan bilis mentah!
Mereka ini anak-anak hyperaktif, mana mahu duduk lama-lama dalam satu pekerjaan . Penumuan mereka tidak lama , tu yang memang perlu beri perhatian sepenuhnya bila nak mendidik mereka. Kalau kelas memasak kentang goreng, lagilah lama masanya. Dari jam 8:00 pagi hingga jam 12:00 tengah hari baru selesai. Apa tak lamanya, dimulakan dengan mengupas kentang, cuci kentang, potong kentang dan menggoreng kentang. Nka tahu mcamana, tengoklah gambar bawah ni, betapa perlunya kesabaran dalam mendidik mereka itu.
Beginilah kaedah dan caranya untuk mengajar anak-anak istimewa memasak. Ini belum lagi dengan sifat hayperaktif mereka yang perlu dikawal agar semasa kelas , mereka boleh memberikan tumpuan dan perhatian. Perlu ada teknik dan kedah flexible untuk menarik minat mereka agar mahu memberi tumpuan.
ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Secara biologikal, takrif bagi "hyper-active' adalah pengambilan gula yang berlebihan. Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan makanan ruji. Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amat penting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan dan sumber lain. Namun, gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak.
Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan peningkatan suhu badan dan memberi tekanan pada perjalanan darah. Ini akan menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan dan kegagalan untuk memfokus kepada sesuatu perkara. Antara simptom perubahan kimia yang sering di hadapi kanak-kanak ialah:
* mata memfokus terlalu cepat,
* badan kerap berpeluh,
* jari kaki dan tangan bergerak-gerak serta lutut meregang menyebabkan mereka kelihatan aktif dan tidak duduk diam.
* Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak bersikap aktif selain pengambilan gula yang berlebihan ialah faktor genetik ibu bapa, cuaca dan alam sekitar.
Antara ciri-ciri kanak-kanak "hyper-active" ialah kurang penumpuan iaitu:
* tidak dapat memfokus kepada pelajaran atau tidak berminat kepada sesuatu perkara yang penting.
* Yang kedua terlalu agresif, dimana mereka kelihatan tidak berdisplin, tidak memberi perhatian dan mengabaikan tugasan yang di berikan serta lebih suka kepada bermain dan mengusik rakan-rakan lain.
* Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. Mereka lebih suka meniru gaya atau perwatakan orang yang lebih besar, biasanya ianya berlaku pada peringkat usia 2 tahun keatas.
Kebiasaannya pada usia 9 tahun sikap "hyper-active" mulai kurang kerana pada peringkat ini mereka sudah mulai berfikir dan ada sesetengahnya sudah mencapai akal baligh (dewasa). Namun jika masalah ini masih berterusan kemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD. Kadangkala sindrom ini sukar di kesan di peringkat awal dan guru atau ibu bapa mengambil langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan, memukul haiwan, mengusik rakan dan perangai yang pelik di lakukan.
Keadaan seperti Attention Deficit Hyperactive Disorderi yang mana kanak-kanak tersebut bukan sahaja hyperaktif dan menunjukkan sifat degil, malah kurang daya tumpuan dan impulsif dan ini dikaitkan dengan kandungan Asid Dokosaheksanoik yang rendah dalam darah mereka. Kanak-kanak ini biasanya turut mempamerkan tahap pembelajaran yang rendah berbanding dengan rakan seumur mereka.
Apakah tanda-tanda ADHD
Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti:
* di rumah,
* di sekolah dan sebagainya
1. Hiperaktiviti
* Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk.
* Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
* Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok
* Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap
* Banyak bercakap
* Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.
2. Tempoh tumpuan yang singkat
* Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan
semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain
* Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas
* Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
* Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)
* Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)
* Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain
* Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.
3. Tingkah laku impulsif
* Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
* Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran
* Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
* Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan
Ini lah yang guru-guru selalu hadapi, apabila penumpuan pembelajaran mereka sangat singkat. Seorang guru itu dikira berjaya apabila dia boleh membimbing anak hyper aktif boleh duduk dan memberi tumpuan terhadap pelajaran hari itu jika melebehi 5 minit. Sebab itu anak-anak hyper aktif langsung tidak berminat untuk menonton cerita kartun.
Jadi pada ibu bapa boleh bezakan samada mereka itu hanya setakat hyper aktif atau tergolong dalam ADHD dengan menyuruh melihat kartun. Sekiranya mereka terlalu aktif pun, jika masih boleh dan suka menonton kartun, itu telah dikira baik dan mereka tidak tergolong dalam OKU.
Moralnya : jangan marah pada anak-anak yang suka tengok kartun.
Walaupun usia mereka sudah melebehi 15 tahun, sifat hyperaktif mereka tetap sama dengan tahap usia kanak-kanak normal yang berumur 4 ke 5 tahun. Sebab itu, perlukan kesabaran dalam mendidik mereka. Yang amat perlu bersabar ialah semasa mengawal tingkah laku mereka yang terlalu aktif , tidak boleh duduk diam, tidak boleh memberikan tumpuan terhadap pembelajaran dan sering mengusik kawan-kawan. Jadi , anda dianggap berjaya mendidik sekiranya anak-anak hyperaktif ini, boleh duduk mendengar dan mengikuti kelas anda selama 30 minit. Mahu mencuba? Serahkan diri ke kelas pendidikan khas sebagai guru relief selama 1 masa mengajar pun dah cukup. Cikgu tak payah mengajar, cikgu duduk sahaja untuk menarik perhatian dia mendengar cikgu bercerita.
Sekian entri kali ini, renungkan lah ini...
Firman ALLAH dalam Hadith Qudsi:
"Wahai hamba-hamba-KU! Aku telah berikan kurnia kepada kalian dan Aku telah meminta hutang,pinjaman dari kalian. Barangsiapa yg teLah memberikan sesuatu kepadaKU dari apa yg telah AKU kurniakan itu dengan taat,nescaya Kusegerakan(membalasnya) dalam waktu singkat(dunia) dan Kusimpan baginya untuk waktu mendatang(akhirat). Tetapi barangsiapa Kuberikan itu secara paksa ,namun ia bersabar dan berusha dengan ikhlas kerana ALLAH,nescaya Kuwajibkan pemberian hadiah dan rahmatKU baginya,dan KUcatatkan bahawa termasuk org yg dpt petunjuk dan Ku perbolehkan dia mendapat nikmati pandangan kepadaKu."
(H.R Rafi`i dari Abu Hurairah R.A.)
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/05/2009 08:18:00 am 1 comments
Labels: anak istimewa