BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 31 October 2010

Islam Cara Hidup ku.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sejak bersara dan menjadi suri rumah sepenuh masa, mesti ramai orang akan fikir, ummi akan mempunyai banyak masa lapang. Hingga ada yang bertanya, "muna buat apa kat rumah, tak bosan kah hari-hari melalui rutin yang sama?"


Tersenyum saya bila ada yang bertanya begitu, tambah tersenyum bila ada yang tanya bosan atau tidak, tinggal di rumah dan jadi suri rumah sepenuh masa.


Bagi ummi, semenjak berkahwin dan membina rumah tangga, tidak ada perkataan bosan, dan tak sempat nak rasa bosan. Walaupun rutin yang dilalui sama, tapi tidak rasa bosan. Sebabnya, bila kita redha dan rasa syukur dengan nikmat Allah yang dirasai maka mana nak rasa bosan.


Setiap hari, bangun tidor sudah rasa syukur kerana masih dikurniakan nyawa untuk mengirup udara segar, diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah, ada rezeki untuk dimakan, ada aktiviti untuk dilakukan.


Mulai dari bangun tidor, jika kita isi masa sebaik-baiknya dengan aktiviti yang Allah redha merupakan ibadah kepada Allah. Samada ibadah khusus atau ibadah umum. Membersihkan diri, berwuduk, bersolat, menyediakan makanan untuk zauj dan anak-anak, mengasuh dan mendidik anak-anak, mengemas rumah merupakan ibadah.


Sekiranya ada tamu yang datang, dilayan dengan sebaiknya, menegur sapa jiran tetangga, menziarahi sahabat handai atau saudara sakit atau meninggal dunia juga merupakan ibadah.


Ibadah ini tidak semestinya hanya duduk dalam masjid, bersolat,berzikir di atas sejadah. Banyak perkara menjadi ibadah jika apa yang dilakukan adalah dalam redha Allah. Sebab itu, jika apa yang dilakukan menurut apa yang Allah dan RasulNYA anjurkan adalah ibadah. Itu yang dikata menjadikan Islam satu cara hidup.



Mentaati Allah dan RasulNYA adalah merupakan ibadah. Melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Menjauhi maksiat dan perkara laghra dan sia-sia juga merupakan ibadah. "Amal makruf nahi mungkar" juga ibadah. Melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah ibadah.



Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."  (Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Ibadah yang paling mudah dan ringan adalah memberikan senyuman. Tersenyum merupakan sedekah. Jika bangun pagi-pagi muka masam saja,suami yang tengok pun sudah rasa meluat. Tambah lagi jika pagi-pagi mulut sudah membebel merungutkan sesuatu. Bersedekah tidak semsetinya hanya dengan mengeluarkan barangan sahaja.


Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa.


Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah. Walaupun hanya sekadar doa dan senyuman. ‘Senyum itu adalah sedekah’ (maksud hadis).



“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).


Derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)



Hadis : Banyak Cara Untuk Bersedekah

Hadis :
Dari Abu Dzar r.a katanya:"Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:"Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka." Jawab Rasulullah SAW:"Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah." Mereka bertanya:"Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?" Jawab Rasulullah SAW " Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala."
 (al-Bukhari)

Huraian
1. Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan untuk dilakukan.

2. Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.

3. Orang yang memiliki banyak kelebihan sama ada berupa harta benda, kekayaan, ilmu dan sebagainya selayaknya menginfakkan nikmat Allah tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu hubungan antara anggota masyarakat menjadi lebih kukuh tanpa timbul perasaan dengki dan iri hati antara satu sama lain.

4. Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.


Baca lebih lanjut berkaitan sedekah  di sini :  Sedekah dan Derma


Merungut adalah tanda orang tidak bersyukur. Merungut bunyi bising disebabkan bunyi enjin motor jiran, merungut banyak kerja nak dibuat, merungut sampah diluar pagar bersepah sebab diselongkar anjing.


Lain halnya dengan membebel. Ada bebel yang jadi ibadah. Contohnya, bebel supaya anak bangun untuk solat subuh, bebel suruh anak mengaji quran,bebel anak kemas bilik, bebel jika anak buat kerja tidak sempurna. Lepas bebel tunjukkan bagaimana cara buat kerja yang betul.


Sebenarnya bukan istilah bebel atau berleter, tetapi anak-anak suka kata mak dia macam tu. Itulah cara atau kaedah pendidikan tidak formal di rumah. Bila ibu atau mak atau ummi atau mama cakap banyak, anak-anak akan kata bebel atau berleter. Sebenarnya cikgu kat sekolah pun banyak cakap juga, tetapi sebab kaedahnya formal, istilahnya mengajar. Padahal sama saja, bercakap dengan tujuan mendidik. Bezanya antara formal dan tidak formal. Di rumah dan di sekolah.


Kalaulah mengharap cikgu di sekolah sahaja untuk mendidik anak-anak, tak menjadi juga. Mana cikgu sempat nak memantau akhlak dan tingkah laku pelajarnya yang ramai. Cikgu kat sekolah hanya menyampai ilmu, isi kandungan mata pelajaran. Tapi ibu di rumah mendidik dari segi akhlak, tingkah laku, membentuk sikap dan peribadi menurut yang Allah dan RasulNYA tunjukkan melalui Al-Quran dan As-Sunnah.


Di dalam keduanya mengandungi panduan, hukum dan peraturan yang wajib untuk ditaati. Memang wajib sebagai manusia yang mukalaf untuk mentaatinya. Antara taat atau engkar terpulang kepada manusia. Sebab itu juga dinyatakan percaya perkara ghaib di dalam rukun Iman yang 6.


Apakah yang dikatakan Percaya Kepada Perkara Ghaib? Ianya seperti Percaya kepada Hari Kiamat, Percaya adanya hari Pembalasan, Percaya kepada Hisab, Percaya kepada Mizan, Percaya dosa pahala, dan Percaya kepada ada syurga dan Neraka.


Percaya kepada ujudnya makhluk selain manusia juga merupakan percaya kepada perkara ghaib seperti ujudnya malaikat,jin dan syaitan.


Kalau kita nak buat analogi dengan kehidupan harian tentang perkara ghaib mudah sahaja. Ujudnya beberapa benda tetapi tidak kelihatan seperti percaya ujudnya arus elektrik, gelombang mikro, laser, x-ray, dan suara. Boleh dilihatkah benda ini? Tak boleh dilihat tetapi ujudkan.


Jadi pada sesiapa yang masih meragui ujudnya syurga neraka, dosa pahala dan lain-lain berkaitan hari kiamat, tanya saja perkara yang berkaitan kehidupan harian tetapi tidak kelihatan ini.


Begitulah, jika ada yang bertanya kenapa kata "setiap apa yang dilakukan dalam hidup seharian iaitu mentaati Allah dan RasulNYA adalah ibadah." Bila yang dilakukan ibadah ia pasti akan mendapat pahala dan ganjarannya adalah syurga. Sebaliknya pula jika tidak mentaati apa yang Allah dan RasulNYA akan mendapat dosa dan ganjarannya neraka.


Memang itu yang Allah janjikan di dalam mempercayai rukun Iman. Jadi selagi apa yang kita lakukan di dalam kehidupan seharian,tidak bercanggah dengan apa yang Allah dan RasulNYA suruh akan dikatakan ibadah. Sehinggakan bersabar apabila orang marah, bersabar menghadapi ujian, bersabar bila dianiya juga ibadah.


Bila orang marah, kita tidak melawan kecuali jika orang menghina Allah dan RasulNYA, bila orang khianat, kita tidak menaruh dendam sebaliknya sudi memaafkan.


Mendidik diri untuk meninggalkan sifat tercela dan membimbing diri melengkap diri dengan sifat terpuji juga adalah ibadah. Jadi yang dikatakan ibadah itu tidak semestinya hanya berzikir dan bersolat sahaja.


Begitulah aktiviti harian yang ummi lalui bermula dari bangun tidor, membersihkan diri, mengESAkan Allah, menyediakan sarapan untuk anak-anak sebelum mereka ke sekolah, mengejutkan anak-anak dari tidor, mempastikan anak-anak bersolat, berpakaian kemas, mengisi makanan dalam bekas untuk dibawa bekal ke sekolah dan sebagainya. Lepas anak-anak  ke sekolah,zauj pergi kerja, baru ummi  mengemas rumah, mencuci pakaian, menggosok pakaian, sehinggalah menjelang tengah hari mula memasak makanan tengah hari pula. Jika dilakukan dengan hati bersih tanpa sebarang rungutan, memang akan dipandang Allah sebagai ibadah.


Selang masa itu, akan ummi isikan dengan menulis di laman blog, memantau laman web Halaqahnet dan berinteraksi dengan halaqian untuk silaturahim. Begitu juga akan ummi luangkan masa menjawap soalan, memberikah khidmat nasihat dan kaunseling kepada sesiapa yang menghadapi masalah. Termasuk meluangkan masa menguruskan Baitul Muslim.


Jadi bila masa ummi akan rasa bosan? Jika dari bangun tidor hingga tidor sentiasa melakukan sesuatu yang Allah dan RasulNYA perintahkan. Itu tidak termasuk lagi melayan suami di malam hari. Lihat  hadith di bawah.  Ummi hanya akan tidor bila rasa mengantuk, itu pun di malam hari. Jarang ummi tidor waku siang. Berehat dan tidor juga akan dikatakan menjadi ibadah jika ia diperlukan agar badan kita yang penat menjadi segar dan mudah untuk meneruskan ibadah lainnya.



Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.  (Hadis Riwayat: Imam Muslim)


Semoga entri hari ini menjadi suntikan dalam diri untuk kita memperbaiki hati dan sikap kepada yang lebih baik. Amin...







Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Saturday 30 October 2010

Rindu Dan Doa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jiran selang sebuah belah kanan pergi menunaikan haji di Makkah Mukarramah. Suka ummi dengar jiran ni dah dijemput Allah ke sana. 2 hari sebelum mereka suami isteri berangkat baru ummi tahu. Sempatlah kami berbual-bual tentang pengalaman ummi ketika di sana.


Sapa-sapa yang pernah pergi ke sana, pasti akan kerinduan untuk pergi lagi mengunjungi Baitullah. Seperti doa Nabi Ibrahim di bawah ini.


Doa Nabi Ibrahim kepada Tuhan, yang dirakamkan oleh Allah Taala di dalam surah yang dinamakan sempena nama kekasihNya ini; surah Ibrahim:

Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata, "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Makkah) aman sentosa dan hindarkan aku dan anak2ku daripada menyembah berhala.


Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala telah menyesatkan kebanyakan manusia. Barangsiapa mengikutku, dia dari golonganku. Dan barangsiapa menderhakaiku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan anak2ku di lembah yang tiada tanaman (Makkah), di sisi rumahMu (kaabah) yang suci. Ya Tuhan kami! Supaya mereka mendirikan sembahyang, maka jadikan hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berikan mereka rezeki dengan buah-buahan, mudah-mudahan mereka berterima kasih.


Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan. Tidak tersembunyi bagi Allah sesuatu di bumi dan tidak pula di langit.


Puji-pujian bagi Allah yang menganugerahkan aku ketika tua dengan Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku mendengar doa.


Ya Tuhanku! Jadikan aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitu juga anak2ku. Ya Tuhan kami, perkenankan doaku.


Ya Tuhan kami! Ampunilah aku dan dua orang ibu bapaku dan orang2 yang beriman pada hari yang menetapkan perhitungan (hari hisab). (Surah Ibrahim: 35-41)


Doa ialah senjata orang-orang mukmin. Janganlah kita meragui bahawa Allah Taala tidak mendengar doa-doa kita. Sebenarnya Allah Taala itu Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui, sepertimana yang disifatkan Nabi Allah Ibrahim a.s di dalam doanya. Siapa lagi yang lebih memahami Tuhannya, melainkan nabi dan rasulNya?

Dan lagi, janganlah bersifat ragu sama ada Allah memperkenankan doa kita ataupun tidak.Dan, bukanlah jika doa kita tidak dimakbulkan serta-merta, bermakna Allah tidak mendengar permintaan-permintaan kita. Bukan begitu anak-anak. Allah Taala mempunyai caraNya yang tersendiri dalam menjawab doa hamba-hambaNya.

Kadangkala cepat sahaja Dia mengabulkan doa kita..akan tetapi, kita selalu terlupakanNya pada saat-saat seperti itu, lantaran hati terlalu girang kerana mendapat apa yang dihajatkan. Kita selalunya lupa untuk menyatakan syukur kepadaNya. Sebaliknya, apabila Allah Taala ingin menguji kita, dengan tidak memperkenankan doa kita dengan segera, kita jadi marah padaNya. Janganlah begitu. Bahkan, kita sebenarnya tidak layak untuk marah-marah pada Tuhan Pencipta kita.

Kerana sebenarnya, terlalu banyak nikmat yang telah diberikan, cuma kita saja tidak perasan, kerana terlalu banyak nikmat2 itu.



"Dan diberikanNya kepadamu setiap apa yang kamu minta. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah sanggup kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan banyak ingkar (kufur akan nikmat)." (Surah ibrahim: 34)



Cubalah kira, berapa nikmat yang kita dapat pada hari semalam sahaja? Kita bangun daripada tidur, dapat melihat cantiknya fajar terbit di ufuk timur. Menghirup udara segar, oksigen bertukar dengan karbon dioksida bahan buangan badan. Dengan udara ciptaan Tuhan itulah kita bernafas dan hidup di bumi ini.


Kita berjalan ke dapur, menggunakan sepasang kaki ciptaan Tuhan. Kita masak beras untuk menjadi nasi,  yang datangnnya dari pokok padi, yang ditanam  di sawah padi, yang kesuburannya dijaga...oleh siapa? Siapa lagi yang menciptakan tanah tempat kita berpijak? Siapakah yang menciptakan tanah yang boleh dibajak? Yang menghasilkan beras, yang menjadikan hidangan nasi dengan lauk-lauk semalam satu realiti dan rezeki?


Sampai bila kita nak hitung? Itu baru pada sarapan pagi. Belum lagi ke waktu tengah hari, sehingga ke malam, dan akhirnya kembali kepada waktu siang.


Dan itu baru satu hari. Sanggupkah kita..untuk menyenaraikan nikmat-nikmat Tuhan kepada kita? Laratkah? Mampukah kita?


Dan benarlah kata Tuhanku, yang juga Tuhanmu, bahawa manusia tidak akan sanggup untuk menghitung nikmat-nimkat Allah.


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah sanggup kamu menghitungnya"


Itu, situasi kita lupakan nikmat Allah. Kita...banyak kali melupakan Allah. Lalu, wajarkan kita berharap Allah mengingati kita, dengan begitu mudah dan segera?


Akan tetapi... zatNya melampaui tanggapan kita. Kita menyangka, "Oh tuhan, bagaimana mungkin Engkau mengampuniku, sedangkan aku selalu lalai dalam mengingatimu. Bagaimanakah doaku akan dimakbulkan, sedangkan aku sering melupakan nikmat-nikmatMu?"




Ketahuilah, bahawasanya Allah itu tidak terjangkau dengan pemikiran manusia.


Tatkala kita menyangka tiada pengampunan bagi kita, Allah al-Ghofur mengampuni segala dosa.

Tatkala kita menyangka Allah membenci kita, Allah ar-Rahim menyayangi kita.

Tatkala kita menyangka, tiada lagi rezeki disebabkan menggunungnya dosa, Allah ar-Rozzaq menganugerahi kita rezeki yang baru.


Dan...tatkala kita menyangka, Allah melupakan kita lantaran doa-doa kita tidak juga dimakbulkan setelah sekian lama, sebenarnya As-Sami' Maha Mendengar segala rintihan hamba-hambaNya, dan Allah ar-Rahim sebenarnya sedang menguji keteguhan kita. Keteguhan iman kita kepadaNya. Dia sayangkan kita, sebab itulah Dia menguji kita.


Allah Taala sayangkan kita, sebab itulah dia menguji kita dengan bermacam-macam cubaan. Nak tahu kenapa?


Sebab, Dia tahu, bahwa syurga itu sebesar-besar kenikmatan. Allah mahukan hamba-hambaNya memasuki syurgaNya yang luas dan indah itu. Cuma, Dia haruslah berlaku adil, dan tidak bolehlah sembarangan makhluk mendiami tempat yang plaing istimewa di akhirat itu. Kerana syurga itu bukan sembarangan tempat. Kerana itu, diujiNya kita di dunia, supaya Dia tahu, siapakah di antara kita yang benar-benar layak untuk mendapat syurgaNya yang kekal abadi.


Iman, kepercayaan yang teguh tentang adanya Tuhan yang satu, Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta alam ini dan segala isi di dalamnya, ialah satu amanah yang besar bukan? Dan, tidak ramai manusia yang mahu beriman. Tidak ramai manusia yang Allah letakkan amanah ini kepadanya.


Jadi, bukankah itu bukti Dia mempercayai kita? Dalam banyak-banyak manusia, kenapa kita yang dipilih mendapat hidayahNya? Bukankah itu, cukup membuktikan kepercayanNya kpd kta, hamba-hambaNya?

Lantas, mengapa pula, ..mengapa lagi..kita tidak percaya kepadaNya?


Lihatlah lembah yang tiada tanaman itu kini. Lihatlah Makkah al-Mukarramah. Lihat...berapa juta manusia yang cenderung hati mereka kepada Makkah? Lihat, berapa banyak hati yang merindui...untuk pergi sendiri ke Baitullahil haram?


Tidakkah hati ini sentiasa merindui rumah Allah itu? Tatkala melihat banyaknya manusia-manusia berpakaian ihram yang putih bertawaf mengelilingi kaabah, berebut-rebut ingin mencium hajarul aswad...tidakkah kita merasai kesakitan hati? Di dalam dada ini, tidakkah kita merasai peritnya rindu kepada Tuhan Yang Satu?


Tidakkah ada diantara  kalian  juga memasang keinginan, ingin menjadi seperti mereka yang kita lihat di dalam kaca TV itu? Bertuah seperti mereka, dapat peluang melihat sendiri rumah Allah, yang didirikan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. (malah ada sumber mengatakan kaabah memang telah wujud sejak zaman Nabi Adam a.s. )


Rumah tua itu, tidakkah kalian  juga ingin ke sana? Menangis dan bersolat di hadapannya?


Bacalah lagi ayat ke 37 surah Ibrahim, jika kalian  masih enggan membenarkan hatimu!


"Ya Tuhan kami! Supaya mereka mendirikan sembahyang,"

...supaya mereka mendirikan sembahyang...


Benarlah, doa Nabi Ibrahim a.s telah didengari malah diperkenankan oleh Allah Taala. Walaupun telah berjuta tahun, ummi kira, Nabi Ibrahim a.s telah wafat, tapi lihatlah, doanya masih menjadi kenyataan sehingga ke hari ini. Makkah, lembah di tengah-tengah padang pasir yang tiada tanaman, subur dan maju sekarang. Malah doa Nabi Allah itu supaya manusia cenderung/rindu kepada Makkah itu benar, rindu kerana ingin menunaikan sembahyang. Menunaikan sembahyang di tanah suci Makkah. Bukan kerana rindu yang lain. Bukan...


Jadi, ketika kalian berasa dipinggirkan Allah, doa kalian tidak dimakbulkan, malah tidak pun didengari oleh Allah; maka ingatlah doa Nabi Ibrahim a.s ini. Dan kalian lihatlah sendiri, bukalah matamu seluas-luasnya, akan kebenaran doa Nabi Ibrahim a.s. itu. Lihatlah, siapa jua yang memakbulkab doa hamba-hambaNya, jika bukan Allah subhanahu wa Taala.


Dan ingatlah, jawapan Allah kepada doa-doa hamba-hambaNya itu berbagai. Kadangkala, Dia perkenankan dengan mudah. Alhamdulillah. Ucaplah alhamdulillah ketika itu.


Tapi, jika lambat diperkenankan, ataupun sampai sekarang seperti seolah-olah Allah menyepi, maka ketahuilah, Dia menggantikan yang lebih baik buat kamu. Mungkin doa kita itu tidak munasabah, atau apa yang kita minta itu sebenarnya buruk bagi kita, cuma kita saja yang tidak tahu lagi. Jadi, bukan Allah tidak mendengar, atau tidak memperkenankan, cuma Allah tidak menjawab doa itu sperti yang kita sangka. Ketahuilah, Dialah Pemberi Rezeki dari arah yang tidak disangka.


Lihat sahaja Nabi Allah Zakaria yang berdoa mohon zuriat dari muda, ketika  usia 90 tahun baru Allah memperkenankan doa  itu. 90 tahun...bukan suatu tempoh masa yang singkat, sehingga apabila dikhabarkan doanya dimakbulkan , Nabi Allah Zakaria bertanya kembali,"mana mungkin aku yang sudah tua ini mampu?"  Tapi qudrat dan iradat Allah siapa yang mampu menolakkanya.

"Kun Fa Ya Kun",  "Jadi lah,maka jadilah"


Bukankah Allah itu Maha Berkuasa, Maha  Gagah  lagi Maha Perkasa,  tiada yang mustahil  bagi Allah untuk menciptakan sesuatu  yang IA  kehendaki.


"Kita tak pernah rugi kalau berdoa. Sekalipun tidak dimakbulkan, sekurang-kurangnya dapat pahala. Dan kalau pun tak dimakbulkan sekarang, mungkin Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita. Siapa tahu, kan?"


Berdoa. Berdoa. Dan teruslah berdoa. Semoga berdoa, membawa kita ke syurga. Ameen ya Rabb al-`alamin.


"Dan apabila hambaKu bertanya kepada engkau tentang halKu, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan doa orang yang meminta, apabila dia meminta kepadaKu, tetapi hendaklah dia mengikut perintahKu, serta beriman kepadaKu, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah : 186)



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Friday 29 October 2010

Waktu dan Tempat Mustajab Doa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Baru-baru ini  ada soalan dari halaqian bertanya tentang doa ketika hari Arafah. Kesinambungan dari  entri  ummi bertajuk Fadilat Arafah Di Mana-Mana, maka  ummi sambung dengan entri  hari ini bertajuk waktu-waktu mustajab doa.


Kita di Malaysia hanya bertemu waktu mustajab doa sahaja,sedangkan jika kita pergi ke Tanah Haram , iaitu Madinah Munawarah dan Makkah Mukaramah,kita bertemu tempat mustajab doa.


Hanya ada satu ketika sahaja , kita dapat bertemu tempat dan waktu mustajab doa iaitu, selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah di Padang Arafah.


Terdapat  beberapa tempat mustajab doa di Tanah Haram seperti:


1. Di dalam Ka'bah
2. Hajar Aswad,
3. Rukun Yamani,
4. di bawah Pancuran emas (Mizab),
5. Hijir Ismail,
6. Multazam,
7. di belakang Maqam Ibrahim,
8. Telaga Zamzam,
9. Masy'aril Haram,
10. di atas bukit Sofa,
11. di atas bukit Marwah,
12. di tempat wukuf Arafah,
13. ketika jumrah aqabah,
14. ketika jumrah wustha, dan
15. saat jumrah ula
16. Di Raudhah dalam Masjid Nabawi


1. Di Multazam iaitu suatu kawasan antara Hajar Aswad dengan pintu kaabah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah (di tempat polis berdiri).



Masa yang mustajab untuk berdoa ialah setelah pertengahan malam hingga azan Subuh. Di Masjidil Haram azan dikumandangkan sebanyak dua kali. Kali pertama untuk membangunkan penduduk untuk solat malam. Azan kali kedua ialah menandakan masuk waktu subuh. Maka rebutlah peluang untuk berdoa di Multazam pada saat ini. Apakah doa yang paling baik untuk dipohon di sini? Kata Tok Guru saya, pohonlah kepada Allah perlindungan daripada api neraka.

Cara berdoa: Letakkan kedua-dua tapak tangan, pipi kanan, dan dada kiri ke dinding kaabah. Kemudian berdoa.


2. Di belakang Maqam Ibrahim. Waktu mustajab ialah antara azan Subuh dengan solat Subuh. Di sini disarankan kita berdoa untuk mendapat kebahagian keluarga dan untuk kesembuhan penyakit.







3.  Di Belakang Telaga Zam-Zam iaitu kira-kira 7.5 meter kekiri dari 8 saf di belakang maqam Ibrahim. Sehingga pertengahan tahun 90an para jemaah boleh memasuki kawasan telaga zam-zam ini dengan menuruni tangga yang berasingan untuk lelaki dan wanita.  Sekarang ini pintu masuk ke kawasan telaga zam-zam telah ditutup untuk meluaskan lagi ruang tawaf / solat.  Namun kawasan telaga sekarang ini ditandai dengan sekeping marmar 4 segi selebar 1/2 meter dan berbingkai besi bewarna timah.



Masa berdoa di sini ialah pada bila-bila masa sahaja. Usahakan berdoa di sini pada waktu jemaah kurang sesak (agak lapang) iaitu di sekitar jam 10.00 pagi atau 2.00 petang. Di sini disarankan kita berdoa agar Allah s.w.t. melimpahkan ilmu kepada kita. Agar kita mudah menerima ilmu yang bermanfaat. Adalah sangat elok jika sebelum berdoa kita minum air zam-zam dan selepas itu berdoa seperti yang dilakukan oleh Ibnu Abbas.

Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah). 


4.  Di Hijir Ismail dan di bawah pancuran emas. Waktu mustajab berdoa ialah di antara selepas Asar dan azan Maghrib. Di sini elok berdoa untuk mendapat kemurahan rezeki di samping kita bersifat qonaah iaitu rasa cukup ke atas rezeki yang Allah kurniakan. Juga di sini sangat elok berdoa untuk mendapat zuriat.




5.  2 meter sebelum rukun Yamani – bertentangan dengan multazam dipanggil Mustajaru ajair. Di sini juga mustajab untuk berdoa. Di sini kita boleh berdoa pada bila-bila masa. Antara doa yang baik di sini ialah agar orang yang berhutang kepada kita membayar hutang.

Kaedah berdoa di sini ialah dengan meletakkan tapak tangan kanan di dinding kaabah dan berdoa.




6. Di Rukun Yamani sebab dikatakan di sini Allah s.w.t. mewakilkan seramai 70 orang malaikat untuk mengaminkan apa yang kita doa.  Jadi arah rukun Yamani adalah antara tempat yang paling mulia di Masjidil Haram.


7.  Di hadapan pintu kaabah pada bila-bila masa.


8.  Tempat sujud Jibrail dan Nabi s.a.w. ketika Jibril mengajar Nabi solat lima waktu. Satu meter ke kanan dari pintu kaabah. Tempat ini ditandai dengan ceramik bewarna coklat pada syazarwan sebanyak 7 keping.


9. Tempat asal Hajar Aswad (melekat ke dinding kaabah)- 3 meter dari  tempat sujud Jibril, ditandai dengan marmar bewarna cream di syazarwan. Di atas marmar tersebut terdapat tulisan ayat kursi versi tulisan arab lama (tidak ada titik).






Dari Anas bin Malik r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda "Barangsiapa solat subuh berjemaah, kemudian ia duduk untuk berzikir sampai matahari terbit, kemudian dia solat dua rakaat, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang haji dan umrah." Dan Rasulullah s.a.w. bersabda, "sepenuhnya sepenuhnya, sepenuhnya." (HR Tirmidzi dan ia mengatakan hasan garib.)




Pergilah bila-bila pun, kita boleh berdoa di tempat mustajab doa ini.  Kenapa  kita berdoa?  Ini kerana
 Hubungan seorang hamba dengan tuhannya, dapat dipereratkan dengan selalu berdoa. Boleh klik, untuk baca apa yang dikatakan hubungan hamba dengan tuhannya.


Kembali kepada  soalan berkaitan doa ketika hari Arafah...
Assalamualaikum,

Saya nak minta pendapat halaqian tentang doa waktu wukuf di Arafah. Benarkah doa tidak hanya dibaca oleh jemaah haji yang berada di padang Arafah waktu itu, tetapi juga digalakkan bagi semua kaum muslimin tidak kira dimana.

Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi)
 
Jawapan   :

Ya, benar,  doa  arafah bukan sahaja baik dibaca oleh jemaah haji tetapi untuk seluruh manusia walaupun tidak berada di Padang Arafah. Berdoa-doalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah,hak menunaikan adalah hak  Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa  yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui segala hajat yang ada dihati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.



  “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran. (Surah Al-Baqarah ayat 186)


Satu-satunya doa dimakbulkan Allah pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah. Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah.

Ini satu-satu kelebihan yang Allah kurniakan kepada hambanya. Selalunya di Malaysia kita hanya bertemu dengan masa mustajab doa.Ia itu :

Waktu-waktu Mustajab Do'a


Setiap amalan dalam Islam ada waktu-waktu tertentu yang lebih afdal untuk kita laksanakan. Contoh solat tahajjud dilaksanakan di waktu malam selepas solat Isya' sebelum subuh. Puasa sunat pula digalakkan untuk berpuasa setiap  hari Isnin dan Khamis dan pertengahan bulan Islam (tiga hari puasa). Begitu juga berdo'a kepada Allah s.w.t ada waktu-waktu mustajab do'a yang perlu kita ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah s.w.t.


Menurut Ibn Atha', do'a mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap do'a itu ialah berdo'a dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu.

Terdapat 22 waktu dimakbulkan do'a ialah :

1.Berdo'a sewaktu hujan turun.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Berdo'alah pada waktu mustajab do'a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun".(Hadis Riwayat Abu Daud).


2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.


3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.


4.Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Apabila imam mengatakan 'Amin', maka ucapkanlah 'Amin'. Sesiapa yang mengucapkan 'Amin' bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?"(Hadis Riwayat B ukhari dan Muslim)


6.Waktu di antara azan dan iqamah.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Tidaklah ditolak do'a di antara azan dan iqamah." (Hadis Riwayat Tirmizi).


7.Ketika sujud dalam solat.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo'a." (Hadis Riwayat Muslim).


8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.

9.Selesai solat fardu.

"Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., 'Do'a manakah yang didengar (Allah)' Sabda baginda, "Do'a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (Hadis Riwayat Tirmizi).


10.Sepanjang waktu berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Tiga bentuk do'a yang dimustajabkan Allah; do'a ibu bapa terhadap anak, do'a orang yang berpuasa dan do'a orang yang bermusafir." (Hadis Riwayat Baihaqi)


11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.


12.Ketika khatam 30 juz al-Qur'an.


13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do'a.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya". (Hadis Riwayat Bukhari).


14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Tiga bentuk do'a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do'a orang yang teraniaya, do'a orang yang bermusafir dan do'a ibu bapa terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Abu Daud).


15.Pada hari 'Arafah iaitu 9 Zulhijjah.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sebaik-baik do'a adalah pada hari 'Arafah, dan sebaik-baik do'a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : 'Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu'.
(Hadis Riwayat Tirmizi)



16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah, Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo'a kepada Allah lalu Allah terimanya."(Hadis Riwayat Ibn Majah)


17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "...dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi."


18.Waktu menerima ujian.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Atau siapakah yang memperkenankan do'a orang yang menderita apabila ia berdo'a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (Surah al-Naml ayat 62)


19.Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Dua jenis do'a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do'a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan."(Hadis Riwayat Abu Daud)


20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.

Ummu Salamah r.ha. melapurkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu."(Hadis Riwayat Muslim)


21.Selepas saat kematiaan seseorang.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, "Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata." lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : "Janganlah kalian berdo'a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo'akan untuk kalian." Baginda kemudiannya mendo'akan untuk Abu Salamah r.a".


22.Ketika ayam berkokok.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat."(Hadis Riwayat Bukhari)



Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo'a diwaktu-waktu mustajab do'a. Semoga dengan ikhtiar kta yang sedikit ini Allah perkenankan do'a-do'a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.


Rujukan Mustajab Doa :
Dipetik dari buku 101 Do'a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Friday 22 October 2010

Bonus Setiap Bulan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Setiap bulan-bulan hijrah mempunyai peristiwa dan kelebihan yang mana kelebihan ini dikurniakan kepada manusia untuk memberikan peluang lebih beramal ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini lah yang dikatakan bonus.


Memang setiap hari kita melakukan amal ibadah. Bila kita melakukan setiap pekerjaan itu kerana Allah,maka ia telah dikira beribadah. Cumanya ada hari-hari tertentu seperti yang Rasullulah nyatakan ada kelebihan jika beribadah pada hari itu, seperti berpuasa pada hari Isnin da Khamis. Jadi berpuasa pada hari itu ganjarannya lebih dan dikira bonus walaupun sebenar kita boleh berpuasa pada hari-hari yang lain juga, kerana niat kita berpuasa kerana Allah.


Ibadah yang kita lakukan bukan paksaan, bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi kita beribadah tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dengan melakukan ibadah,mentaati apa juga suruhan Allah dan saranan Rasullulah secara tidak langsung kita akan jadi hampir dengan Allah. Mentaati suruhan Allah dengan buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Itu yang dikatakan taat. Apabila taat, itu dikira ibadah.


Tujuan ummi senaraikan kelebihan dan beramal dibulan-bulan tertentu hijrah ini hanyalah galakkan sahaja. Ini kerana ganjaran ini dinyatakan oleh Rasullullah sebagai motivasi dalam beribadah. Apabila sentiasa ada keinginan ,semangat sentiasa memuncak,maka akhirnya kita akan dapat mencapai beribadah hanya kerana Allah bukan mahu ganjaran lebih. Jalan untuk mencapai tahap itu adalah melalui didikan. Didikan awal adalah dengan memberi ganjaran.


Maka didiklah diri masing-masing untuk melakukan amalan biar  sedikit tetapi berterusan. Ini yang dikatakan istiqomah. Semoga pembaca mendapat manafaat dari tulisan ummi hari ini.




BULAN MUHARRAM

Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')

Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)

Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin

Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga

Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka

Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat

Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.

Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya.



BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWAL
BULAN RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.




REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah.

Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari diseksa diakhirat dan fitnah dajjal.

Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya.

Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya.

Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan diperkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya.

Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda.

Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.

Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.




BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.

Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.

Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.





BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"


Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu.

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Banyakkan berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain.

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya




BULAN SYAWAL

Amalan sunat di bulan Syawal :

Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :

a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
e) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
g) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.


Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."





BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.



BULAN DZULHIJJAH

Keutamaan 10 hari Awal Dzulhijjah.

Dalil-dalilnya adalah:

1. Firman Allah Subhaanahu wa Ta’ala :
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh.” (Al-Fajar: 1-2) Ibnu Katsir Rahimahullah menerangkan, bahwa yang di maksud adalah 10 hari pertama pada bulan Dzulhijjah.

2. Firman Allah Subhaanahu wa Ta’ala :
“Pada hari-hari yang telah ditentukan.” (Al-Hajj: 28)
Ibnu Abbas Radhiallaahu ‘anhu berkata yaitu: hari-hari sepuluh (Dzulhijjah).

3. Ibnu Abbas Radhiallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tiada amal ibadah di hari apapun yang lebih utama dari 10 hari ini” mereka bertanya, “tidak pula jihad? Rasulullah bersabda: “Tidak pula jihad, kecuali seseorang yang keluar mempertaruhkan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun.” (HR. Al-Bukhari)

4. Ibnu Umar Radhiallaahu ‘anhu berkata: “Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tiada hari-hari yang paling agung di sisi Allah dan dicintaiNya untuk beramal di dalamnya dari pada 10 hari (Dzulhijjah) ini, maka perbanyaklah tahlil, takbir, dan tahmid pada saat ini.” (HR. At-Thabrani)

Jadi 10 hari pertama bulan dzulhijjah memiliki keutamaan yang tinggi. 10 hari yang mulia itu adalah :

- Puasa tanggal 1-8 Dzulhijjah

- Puasa arafah, pada tanggal 9 Dzulhijjah

- Hari raya Qurban

Di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Qurath radhiyallahu
'anhu beliau berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Hari yang paling utama (afdhal) adalah hari raya qurban (10 Dzulhijjah)"(HSR. Ibnu Hibban)

Puasa sunnah di 10 hari pertama di bulan Dzulhijjah dihitung mulai dari

tanggal 1 -8 Dzulhijjah. Dalilnya sebagai berikut :

Empat hal yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW: [1] Puasa hari Asyura, [2] Puasa 1-8 zulhijjah, [3] 3 hari tiap bulan dan [4] dua rakaat sebelum fajar. (HR. Ahmad, Abu Daud dan Nasai).

Jadi puasa dzulhijjah terdiri dari puasa tanggal 1 – 8 Dzulhijjah, ditambah 1 puasa arafah, yaitu tanggal 9 Dzulhijjah.

Ketahuilah bahwasanya disisi Allah SWT hari Arafah merupakan seutamanya hari-hari di dunia ini, “Afdhalul ayam yamul’Arafah” artinya “Sebaik-baik hari adalah hari Arafah” (HR Ibnu Majah), ialah hari yang diampuninya dosa-dosa dan dihapuskannya, hari pembebasan dari neraka, dan hari yang menjadi saksi bagi Muwaqif (orang yang berwuquf). Dan dalam sebuah hadits, “Tidak ada hari yang lebih banyak dimana Allah SWT membebaskan hamba-hamba-Nya dari Neraka pada hari itu kecuali di hari ‘Arafah, dan Allah SWT mendekatkan mereka, serta membanggakannya di hadapan Mala’ikat lalu berkata : “Apa yang mereka inginkan niscaya akan Kuberikan” (HR Muslim).



Oleh karena itu apa yang harus kita persembahkan di bulan yang penuh berkah dan mulia ini?


Bertaubatlah dengan “Taubatan Nasuha” (taubat yang benar) dan meninggalkan segala macam dosa dan kema’siatan. Sebab dosa mengakibatkan akan terjauhnya seorang insan daripada keutamaan Rabbnya dan akan terhijab hatinya dengan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda “Setiap anak cucu Adam pasti memiliki dosa dan kesalahan, maka sebai-baik orang yang berbuat dosa adalah orang yang senantiasa bertaubat”


Memantapkan niat dan azam (tekad) yang sungguh-sungguh untuk mencari ridha-Nya, sebab niat seorang mu’min lebih baik dari amalnya.


Niat untuk selalu berkurban secara fisik ataupun menyembelih hewan kurban lilllahi Ta’ala.



Amalan yang dianjurkan di sepuluh awal Dzulhijjah :



Shalat :
Seharusnya kita selalu semangat untuk senantiasa menjaga salat lima waktu dengan berjama’ah dan selalu bersegera untuk melaksanakannya apalagi pada bulan-bulan yang mulia, ditambah dengan salat sunah nafilah lainnya (sunat rawatib, duha, tahjud dll)



Shaum :
Yang merupakan amal saleh yang akan menjaga dan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Dan Rasulullah tidak pernah meninggalkannya, seperti dalam hadits yang diriwayatkan Umul mu’minien Hafsah, “Bahwasanya Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan shaum sunat sepuluh Muharram, ‘Asyru (awal dzulhijjah), ayamul bied setiap bulah hijriyyah (13,14,15 H), terutama shaum ‘Arafah “Shaum hari ‘Arafah dimana Allah Swt akan mengampuni dosa kita setahun yang lalu dan setahun setelahnya” (HR Muslim).


Maka dari itu para sahabat senantiasa melakukan seperti Abdullah bin Umar, dan Imam Nawawi menganjurkan sekali agar kita melakukan shaum sepuluh awal di bulan Dzulhijjah (tanggal 1-9), terutama shaum ‘Arafah.



Perbanyak Dzikir dan tilawah Quran
Maka perbanyaklah hari-hri kita dengan Takbier, Tahmid, dan Tahliel. Sebagaimana yang dilakukan Nabi Muhamad Saw. “Tidak ada hari-hari yang agung dan mulia disisi Allah Swt dan juga tidak ada amal yang paling dicintai Allah Swt pada Awal sepuluh hari Dzulhijjah, maka Perbanyaklah Tahliel, Takbier, dan Tahmied”. (HR Ahmad).


Al-Quran merupakan pedoman hidup bagi orang-orang yang beriman, maka baca dan amalkanlah Al-Quran sebab ia akan menjadi Syafa’at di akhirat ketika kita semua akan menjadi “Terdakwa” dipersidangan Sang Maha Bijaksana Al-Quran dan Shaum akan menghadap Allah Swt untuk menjadi saksi dan pembela bagi Ahlinya yang selalu mencintai dan berta’amul dengannya setiap hari .


“Mu’min yang selalu membaca dan mengamalkannya Al-Quran ia ibarat pohon “Utrujah” wangi semerbak dan manis rasannya, Mu’min yang mengamalkan dan jarang membaca ia seperti pohon kurma manis rasanya tapi tak ada bau semerbak…”


Maka dari itu perbanyaklah dzikir, shalawat dan tilawah Al-quran setiap hari apalagi dibulan ini karena amalan itu akan senantiasa membersihkan dan menghidupkan hati kita yang sedang kering.


Semoga Allah memberikan taufiq kepada kita untuk dapat mendekat pada-Nya dengan bentuk-bentuk ibadah yang telah ditunjukkan oleh Rasul-Nya yang mulia. Semoga Shalawat dan salam tercurah kepadanya. amien



Allahu a’lam.






Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.








Thursday 21 October 2010

Fadilat Arafah Di Mana-Mana

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kita perlu menghayati ‘roh haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.


Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.


Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘roh haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.



Bagaimana caranya?


Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)


Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) [1]


Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.


Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)


Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:


Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)


Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:


Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)


Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]


Allahu a’lam bisshawab..

——————————————————

[1] al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji

[2] Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.










Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Wednesday 20 October 2010

Saat Bersama Kekasih

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
20102010

Bangunlah di dua pertiga malam. Di kala orang lain nyenyak tidur, kita bangun membelah kesunyian dini hari.



Bangun malam itu amat besar manfaatnya pada diri dan keluarga. Apatah lagi waktu tu amat mudah dimakbulkan doa dan bangun ketika itu, kita merasakan betapa kerdilnya kita, dengan suasana yang sunyi bagaikan tiada siapa pun di dunia ini.


Memang sejuk... memang berat. Kita pasti tidak mampu melakukannya tanpa suatu azam, tekad dan kesungguhan. Orang yang benar-benar mahu berubah dan mahu KEJAYAAN sahaja yang MAMPU melakukannya.



Bila dah bangun, terserahlah, samada nak terus ambil wuduk dan bersolat, atau hanya berdiam diri dan bermuhasabah atau bertafakkur. Yang penting dan utama ialah BANGUN dari tidur.


Kita juga boleh berzikir, membaca Al-Quran dan sebagainya. Buatlah satu keputusan dan amalan untuk BANGKIT malam.


KEKUATAN itulah yang membolehkan untuk BANGKIT membina perubahan diri dan keluarga sendiri. Bangun malam tidak semestinya berqiamulail. Jangan sempitkan pengertian BANGUN MALAM ini.


Mungkin permulaan bila terjaga dari tidor,kita tidak bangkit duduk,cuma masih berbaring, sambil berbaring itu berdoalah kepada Allah akan hajat dan keinginan kita. Jika berterusan dapat terjaga dengan sendirinya pada waktu dinihari, pertingkatkan, selain berdoa sahaja,cuba untuk duduk dan berjalan ke bilik air untuk berwuduk.


Jika telah berwuduk, maka bersolat itu tidak berat lagi. Lepas solat berdoa dan jika mahu tidor semula. Berdoa ketika ini sebenar amat manis rasanya, seseolah kita sedang berkomunikasi dengan Allah. Tidak ada gangguan dan bunyi yang mengurangkan kosentrasi. Kita bebas untuk mengungkap apa jua permohonan dan hajat di hati.


Pepatah kata:Orang lain tidak mampu ubah diri kita, melainkan kita sendiri ubahnya. Orang lain tidak mampu membangunkan diri kita, melainkan kita sendiri berusaha membangunkannya. Orang lain tidak mampu membangkitkan diri kita, melainkan kita sendiri yang bangkit. Segalanya bermula latihan BANGUN MALAM sebagai latihan memotivasikan diri sendiri.



Ada juga orang bangun malam apabila jiwanya resah gelisah dikala kesukaran menimpa. Memanglah ketika ini bangun malam ada lah satu cara untuk mendapatkan ketenangan itu semula.


Sebab itu ada orang,tidak suka dia sentiasa berada di dalam keadaan selesa, sebab bila berasa di keadaan itu, dirinya jadi malas untuk bangun malam. Maka sekiranya di sering di uji Allah, dia akan rasa gembira kerana ujian itu telah memberikan semangat dan motovasi diri untuk bangun malam. Dirasakan ketika bangun malam itu, Allah hampir dengan dirinya.


Bila kita merasakan diri hampir dengan Allah, maka kita sentiasa rasa diberikan perhatian, disayangi dan dikasihi. Ibarat kekasih yang sentiasa berada bersama kita dengan penuh kasih sayang.


Wallah hu a’lam.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 19 October 2010

Sepenuh Harapan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maha Suci Allah,sepenuh pengharapan aku mohon kepada MU, sampaikan hajat dan impian ku untuk melihat anak-anakku sentiasa didalam redha , rahmat dan kasih sayang MU di dalam menjalani kehidupan di dunia ini.


Mereka berupaya menghadapi segala ujian dan dugaan kehidupan ini dengan penuh keimanan, tabah, kuat dan sabar. Izinkan mereka untuk menikmati hidup berkasih sayang bahagia di dunia dan akhirat.


“Perasaan senang, bahagia, tenteram, puas dan lapang dada ternyata tak timbul sebab keserasian manusia dengan keinginannya. Begitu sebaliknya, rasa sedih, masygul dan gundah gulana tak lahir karena kontra harapan dengan kenyataan. Segala rasa itu adalah kesan maknawi yang dialirkan Sang Ilah ke hati hamba yang Ia kehendaki.”


“Tak jarang, seseorang yang hidup dalam kemiskinan, cacat fizikal dan kepelikan lain yang menyusahkan, nyatanya boleh menghirup perasaan lega, sejahtera, serta bahagia. Rasa hati yang positif itu boleh menjalar kepada kawan-kawan dekatnya, bahkan kepada orang yang memandang wajahnya atau menyebut dirinya.”


“Banyak pula orang yang hidup dalam kemewahan material, keperkasaan jiwaraga, jaminan masa depan, dan keselesaan, tapi, dengan segenap kemudahan itu, ia tak merasakan damai. Hatinya sempit, keruh, susah, lara dan penuh gelisah. Siapa saja yang membicarakan orang semacam ini bakal merasakan sugul, apalagi memandangnya atau berkumpul bersamanya.”


Manusia memang sering teperdaya. Mereka senantiasa menyangka bahwa kebahagiaan hanya boleh direngkuh dengan kebendaan. Kekayaan dikejar-kejar setengah mati. Dan bila telah dimiliki, ternyata semua itu hampa, kosong, tak ada apa-apanya.


DAJJAL

“Dunia ini tak ada bedanya dengan Dajjal. Sebuah hadis Nabi SAW mengenalkan susuk Dajjal kepada kita: Ia (Dajjal) datang dengan membawa syurga dan nerakanya sendiri. Syurga versi Dajjal yang disaksikan orang-orang, hakikatnya adalah neraka yang membakar. Sedang neraka milik Dajjal yang terlihat oleh mata, ternyata, itulah embun syurga yang menyegarkan.”


“Dunia pun bergendang tari, mengusung syurga dan neraka. Syurga yang dihidangkan oleh dunia ternyata menyimpan azab, azab di dunia dan azab di akhirat. Sementara itu, neraka dunia yang dirasakan oleh manusia ternyata memendam sejuta nikmat, nikmat dunia dan nikmat akhirat.”


‘Ya Allah Sesungguhnya aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada segala kemurkaan-Mu. Aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat-Mu yang tidak terhitung segala nikmat dan belas kasihan yang Engkau berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-Mu seperti mana pujian yang layak bagi Zat-Mu.’” (Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad)


Maka ku serahkan segala urusan anak-anak yang aku kasihi ini di dalam soal jodoh,rezeki dan kehidupan kepada MU, Ya Allah. Pengharapanku semoga dengan qudrat dan iradat MU,anak-anak ku mencapai impian untuk berumahtangga bersama-sama dengan bunga solehah mereka tidak kira cepat atau lambat asalkan ENGKAU tetapkan hati mereka untuk terus setia , saling mempercayai dalam kasih sayang bersama - sama kerana MU.






Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Sunday 17 October 2010

Adakah Cinta, Kasih ,Sayang Perlu Bersebab?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Cinta tidak memerlukan sebab musabab, untuk membuktikannya hanya dengan kata-kata. Perasaan cinta hadir dengan tanggungjawab,tanggungjawab manusia sebagai khalifah untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya.



Cinta Allah kekal abadi kerana ia abadi..tidak luntur walau di mana kita berada. Cinta Allah menjadi peneman hidup di dunia dan akhirat. Hanya kuasa Allah yang berupaya membuktikan segala nya.


Allah maha adil menciptakan kita manusia dengan begitu sempurna sekali penciptaan Nya. Maka tidak ada asbab untuk kita tidak bersyukur. ALLAH hadirkan lagi perasaan sesama manusia berlainan jantina. Itulah kuasa Allah. Untuk meneruskan kehidupan.



Setelah menghampiri usia emas, setelah pengalaman yang di lalui berkodi-kodi, perasaan yang ujud di dalam hati tetap sama, yang ada cuma rasa kasih, sayang dan cinta. Kerinduan di hati ini sentiasa menggunung dan rela melakukan apa sahaja demi mengutamakan cinta. Cinta yang lahir dan berkubu di hati ini tidak pernah bersebab.


Cinta tidak perlu bersebab. Dia datang sendiri. Cinta tu kan buta. Cinta tak mengenal siapa. Cinta tu anugerah Allah. Bersyukur lah kepada sesiape yang dapat merasai nikmat cinta tu.


Kalau kita bercakap pasal cinta ia tidak pernah habis. Umpama air yang mengalir, tiada putusnya. Umpama juga aliran air, lembut ... oohh nikmatnya... Namun kadang ia mengganas... terasa begitu gelodaknya....cinta...semuanya bersatu.


Memang cinta takkan habis selagi dibicara... Dengan cinta wujudnya istilah 'Pertemuan' dan 'Perpisahan'. Dan orang pun berkata 'Oh, sungguh ku benci pertemuan, kerana disampingnya ada perpisahan'


Sejauh mana kita boleh mengawal cinta? Sedangkan iman jua boleh tergugat. Cinta apa yang paling agung?


Cinta tidak perlu ada sebab untuk mengasihi, menyintai dan menyayangi...jika hadir atas dasar "sebab" mungkin dengan "sebab" juga ia akan hilang.



Kalau cinta lahir tiada bersebab kenapa cinta putus bersebab?


KERANA CINTA SEPERTI MANUSIA


Cinta itu seperti lahirnya seorang bayi. Kelahiran bayi juga tidak bersebab,  tiba masa lahir bayi itu tetapi apabila kematian berlaku mesti ada sebabnya.


CINTA ni kalau sentiasa indah, akan membuat kita lalai. Kita akan leka , kita akan rasa seronok , tapi kita jauh denganNya...


Sebab itu, cinta bersama airmata walaupun sesama makhluk, adalah lebih indah dan terasa nikmatnya, kerana cinta dan airmata membuat kita tidak lupa siapa diri kita yang sentiasa bergantung padaNYA.


Apakah sebenarnya, adakah cinta itu hadir bersebab atau tidak? Jika kita lihat hadith ini :


عن أمير المؤمنين أبى حفص عمر ابن الخطاب رضى الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها او امرأة ينكحها فهجرته الى ما هاجر اليه”. البخارى ومسلم.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a. katanya: Aku mendengar Rasul Allah s.a.w. bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala berdasarkan kepada apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.


Kepentingan Hadith:

Hadith ini amat penting menjadi paksi putaran Islam, ia adalah asas kepada Islam atasnya bersandar segala hukum Islam, ini berdasarkan kata Ulamak; Abu Daud mengatakan hadith ini separuh dari Islam kerana agama terdiri dari lahir dan batin, niat adalah perkara batin. Kata Imam Ahmad dan al-Syafi’i; hadith ini satu pertiga dari agama, sebab kerja manusia terdiri dari hati, lidah dan anggota, maka niat salah satu darinya. Sebab itu ulamak memulakan karangan kitab mereka dengan meletakkan hadith ini dipermulaannya, al-Bukhari memulakan dalam Kitab Sahehnya, Imam Nawawi memulakan hadith ini dalam kitab-kitabnya Riyadzu Salihin, al-Azkar dan hadith empat puluh. Gunanya dimulakan dengan hadith ini untuk meperingati kepada setiap penuntut ilmu agar mengikhlaskan hati kerana Allah ketika menuntut ilmu dan beramal saleh.



Sebab Hadith di lafazkan:

Tabrani menyatakan dalam kitab Mu’jamnya dari Ibnu Maas’ud; seorang lelaki dari kalangan mereka telah meminang seorang perempuan bernama Ummu Qais, dia tidak mahu kahwin sehingga dia pindah ke Madinah, lelaki berkenaan turut berpindah dan berkahwin disana. Sebab itu kami namakan hadith ini: Penghijrahan Ummu Qais.


Hukum yang ditunjukkan dalam hadith ini;

1. Disyaratkan niat; ulamak sepakat mengatakan bahawa setiap amalan oleh seorang mukmin yang mukallaf diterima oleh syarak dan mendapat ganjarannya mestilah disertakan dengan niat.

Niat dalam ibadat langsung seperti sembahyang, puasa dan haji sebagai rukun tidak sah tanpanya, ada pun sesuatu tidak langsung yang menjadi wasilah seperti wuzduk dan mandi hadath menurut Hanafi adalah syarat sempurna untuk mendapat pahala. Menurut al-Syafi’i dan lain-lain: adalah syarat sah, oleh itu tidak sah perbuatan tersebut tampa niat.


2. Waktu niat: waktunya dipermulaan ibadat seperti takbiratul Ihram dalam sembahyang, Ihram haji manakala ibadat puasa maka memadai niat sebelum mula berpuasa kerena susah untuk menepati mula naik fajar.

Tempat niat ialah dalam hati; maka tidak disyaratkan melafazkannya, tetapi digemari agar melafazkan dengan lidah untuk membantu hati ketika niat.

Disyaratkan juga menentukan perkara yang diniatkan dan membedakan dengan yang lain, oleh itu tidak memadai dengan niat sembahyang sahaja malah hendaklah mentukan sembahyang zohor atau asar dan seterusnya.


3. Difahamkan dari hadith ini bahawa siapa yang berniat untuk melakukan amalan saleh, kemudian terhalang untuk melakukannya dengan sebab sakit atau mati dan seumpamanya maka dia telah diberi pahala berdasarkan niatnya itu.


4. Hadith ini menunjukkan keapada kita supaya ikhlas dalam amalan dan ibadat sehingga kita mendapat ganjaran dari Allah diakhirat kelak juga mendapat taufiq dan kejayaan didunia.


5. Setiap amalan yang baik dan bermanfaat bila diikuti dengan niat dan ihklas demi mencapai keredaan Allah menjadi ibdat dalam Islam.

Dr. Mustafa al-Bugha, Muhyiddin Mestu, al-Wafi Fi Syarh al-Arba’in al-Nawawiyah, Dar Ibnu Kathir, cetakan ke sepuluh, 1997, hal. 11.


Tapi bagaimana rasa cinta kasih dan sayang? Adakah perlu ada niat untuk kasih ,sayang dan cinta pada seseorang?


Dan adakah juga perlu ada niat untuk cinta,  kasih dan sayang kepada Allah dan RasulNYA?



Kenapa  aku cinta,  kasih dan sayang  pada  zaujku?    Kenapa  aku kasih dan sayang anak-anakku?  Kenapa  aku kasih dan sayang embunku?


Jawapannya  adalah tanya diri sendiri. Ummi pun tak  ada  jawapan.



Ya Allah tetapkan hati kami agar setiap langkah kami setiap saat sentiasa mengingati Mu, iringi langkah kami dengan petunjuk Mu...



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 11 October 2010

Kembara Aidil Fitri (Siri 3)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Malam raya kedua, baru ummi anak beranak tiba di rumah arwah mak di Parit Haji Tahir. Rumah itu di diami oleh adik perempuan ummi yang ke 8. Adik  ini telah berkahwin semasa arwah mak masih hidup. Dari kecik, adik ini tidak pernah kemana-mana, atau berjauhan dengan arwah mak.


Setelah semua kakak-kakak dan abangnya berkahwin, hany adik ini sahaja yang tinggal dengan arwah mak. Adik yang temankan arwah mak bila abah bermalam di rumah mak muda. Sebab itu bila ada orang melamar adik,mak nyatakan hasrat dan syarat kepada bakal suami adik, ia itu selepas berkahwin,mereka kena tinggal bersama dengan arwah mak di rumah itu.


Jadi setelah arwah mak meninggal dunia, kami 9 beradik sepakat bersetuju memberikan rumah itu kepada adik untuk dia mewarisinya.


Rumah itulah yang banyak memberikan kenangan kepada semua adik beradik. Rumah itu menjadi tempat berkumpul sekali sekala adik beradik, terutama ketika hari raya.


Bila ummi balik kampung, rumah itulah yang ummi tuju, singgah dan bermalam. Ummi amat selesa tinggal di rumah itu. Rumah yang terletak di tepi sawah padi. Ada telaga, parit dan tali air disekitarnya.


Bermula malam raya ke dua, kami bermalam di rumah itu. Walaupun masih keletihan,sempat juga kami anak beranak singgah beraya di rumah adik abah yang tinggal di sebelah rumah itu. Makan bihun sop. Kebetulan pulak ada sepupu ummi sebelah abah datang berziarah. Sepupu ini jarang dapat bertemu sebab setelah ayahnya meninggal, ibunya jarang dapat datang bawa ke rumah abah.


Bila beraya di kampung,ramai saudara mara dapat ditemui. Sebab itu ummi tak mahu beraya di rumah ummi di Johor. Kalau di kampung,dapat jumpa semua saudara mara jauh dan dekat.


Pagi raya kedua, zauj ke pasar beli ikan. Mana tahu ada tetamu yang datang. Tuan rumah tak ada, adik balik beraya di rumah mentuanya di Pahang. Maka ummi yang jadi tuan rumah,jika ada tetamu yang datang.


Jam 9 :00 pagi, anak angkat baru Norazlin, orang Iban Sibu,Sarawak, memeluk Islam 3 tahun lalu datang. Dia dari Ipoh nak ke Pulau Pinang, rumah sepupunya yang juga telah memeluk Islam.

Ummi bersama Nur Azlin,adik-adik  dan anak-anak saudara.


Jam 10:00 pagi semua adik-adik dan kakak pergi ke rumah Pak su,adik abah yang bongsu. Adik abah yang bongsu ini tinggal di depan surau hujung. Meriahnya bila semua dapat bertemu di sana. Sepupu-sepupu dari sebelah abah ada. Anak angkah Dah pun semuanya ada. Memang lama tidak bertemu sepupu-sepupu ini sebab tinggalnya jauh-jauh. Mereka pun balik kampung sekali sekala sahaja.

Di rumah Pak Su Odhman



Sampai jam 12 :00 tengah hari, ummi balik ke rumah semula. Rasa kepenatan, walaupun baru sebuah rumah. Kat rumah paksu tadi ummi menolong berkemas di dapur. Sehingga waktu zohor, ummi berkemas di rumah semula dan masak nasi. Mana tahu ada yang ingin makan nasi.


Jam 2:00 petang,  semua adik-adik nak pergi rumah adik lelaki ummi yang bongsu,  tinggal di Alor Setangguk di Sg.Gedong. Zauj nak pergi bawa anak-anak. Ummi tak jadi pergi sebab ada anak angkat lelaki ummi yang nak datang dan beraya dengan ummi. Tak lama dalam pukul 2:10 petang , sebelum zauj pergi, Ariff pun sampai.


Ariff adalah anak angkat ummi yang ke 20. Ariff lambat sampai,walaupun bergerak awal dari Manjong. Katanya jalan jem di Bukit Gantang. Kesesakan jalan raya ketika musim perayaan di jalan bandaran adalah perkara biasa setiap tahun.Ini kerana limpahn kereta sanak saudara mereka yang balik kampung dan berziarah sana-sini.




Bila ariff sampai saja,ummi terus masakkan lauk. Ummi tahu ariff hanya suka makan nasi. Lauknya pun mudah, ikan goreng cicah air asam atau kicap cili api. Cumanya ikan tu mesti ikan yang segar.


Ariff duduk dengan ummi sampai petang bersama dengan anak angkat mualaf iban tu. kami berbual-bual. Abdullah tidak ikut rupanya ke rumah bapak di Alor Setangguk. Jadi Abdullah ada bersama -sama di rumah menemani ummi. Lepas asar, Norazlin balik ke Pulau Pinang.


Lepas maghrib, ummi ajak Ariff ke rumah sepupu di depan rumah arwah mak. Sepupu menjamu nasi berserta lauk pauk. Ada ikan wadi,  ikan kering, air asam, sambal udang, ketam goreng , tolr dadar dan sop tulang. Berselera kami makan nasi setelah seharian asyik makan pulut lemang dan ketupat.


Lepas solat isya', pukul 9:00 malam barulah ariff beransur pulang ke rumah mak nya di utara. Ini adalah raya pertama Ariff beraya bersama ummi. Moga tahun-tahun akan datang Ariff tetap dapat beraya bersama-sama ummi.

Pada tahun ini juga adalah tahun pertama anak menantu beraya bersama-sama ummi. Ingatkan pada awalnya, semua anak -anak ummi yang telah berkahwin akan beraya di rumah mertua, tetapi lain jadi ceritanya.


Hanya Najdah ikut suaminya balik ke Terengganu dan Along dengan isteri ke Port Dikcson beraya dengan mertua. Nazihan dan suami , angah dan isteri beraya dengan ummi di Tg Karang sebelum bersama-sama balik ke Perak. Setelah menziarahi abah tok, barulah angah teruskan perjalanan ke Kedah,balik rumah mentuanya.


Nazihah masih ikut ummi beraya di Perak. Namun along yang kali pertama berjauhan dengan ummi, sejak dari hari Khamis lagi asyik telfon tanya khabar. Akhirnya,malam raya kedua, along bergerak juga dari Port Dikcson balik ke Perak menggunakan kereta bapa mentuanya. Along nak beraya dengan ummi. Along bersama ummi di Perak sehingga hari Rabu. Nazihah bersama ummi hingga hari Ahad, raya ke 3. Lepas tu Nazihah baru balik rumah mentuanya.


Raya ke 3 tu,sebelum Nazihah balik ke rumah mentua di Lekir, ummi bawa Nazihah dan suami pergi rumah adik abah yang kedua di Masjid Tinggi. Dalam perjalanan, singgah rumah Pak Tam Zainal di Taman Mutiara di Batu 6, dan rumah Pak Long di Batu 7, Jalan Bahru. Pak Tam dan Pak long adalah saudara seibu sebapa arwah mak.


Rumah - rumah mak dan bapa saudara adalah ziarah rutin setiap kali ummi dan zauj serta anak-anak balik ke kampung. Mereka telah berusia,dan wajib dilawati. Tak ada luaknya jika selalu menziarahi mereka. Disamping ziarah, ummi menunjukkan contoh kepada anak-anak juga agar meeka juga bersikap begitu terhadap mak-mak dan bapa saudara mereka apabila telah berusia lanjut.


Sedang pula, petang Ahad tu,Najdah sampai dari Terengganu. Najdah nak beraya dengan ummi pulak. Pagi Isnin angah pulak sampai dari Pulau Pinang. Pagi ni ummi merancang nak berziarah ke Kedah. Pergi walimah ustaz Nazrul di Kuala Nerang. Rumahnya jalan ke Tasik Pedu.


Jauh sungguh rupanya perjalanan ke sana. Kerana ukhuwwah silaturahim, ummi mengenali Ustaz Nazrul hanya melalui laman blognya sahaja. Ketika ini  Ustaz Nazrul masih lagi menuntut di Universiti Azhar, Kaherah.  Berkomunikasi di alam maya secara tegur sapa melalui komen di blog. Namun urusan Allah yang menghendaki ukhuwwah alam nyata terbina, maka dilapangkan masa kepada ummi dan zauj untuk menghadiri walimahnya.




Bermula tegur sapa di blog, membawa kepada perkenalan ummi dengan ibunya,Mak Teh Ta. Dari situ, tertanam hajat untuk bertemu dua beranak ini. Maka, kebetulan walimah jatuh pada raya ke 4, dan ummi masih di Perak, maka ummi ajak zauj pergi ke Kuala Nerang. Kembara Aidil Fitri ummi diteruskan lagi ke utara rupanya.  Ummi belum pernah samai tempat ini.


Balik dari Kuala Nerang, singgah pula, rumah adik ummi yang ke 4 di Bandar Baru , Kedah. Dia dan suami buat open house. Di sini bertemu lagi saudara mara sepupu sepapat jauh dan dekat. Meriah juga sebab lama tidak bertemu.


Dari rumah Suhana, terus ke rumah, dan kepenatan. Nak berehat malamnya. Raya ke 5, rancangan nak beraya ke rumah Amat Kamal, adik lelaki ummi yang ke 6 di Parit Haji Wahab.


Di rumah Mohd Kamal di Parit Haji  Wahab.

Janji untuk makan tengah hari di rumah Kamal. Jadi pagi tu,ummi bersiap-siap awal,seawal jam 8 :00 pagi ummi dan zauj pergi berziarah ke rumah kawan lama ummi di Taman Mutiara, Batu 6, berhampiran rumah Pak Tam Zainal. Ummi pergi rumah Fatimah, kawan ummi dari sekolah rendah, darjah 1 hingga sekolah menengah tingkatan 3. Fatimah tidak bekerja tetapi dia banyak mencari pendapatan sampingan untuk beramal jariah. Rumahnya menjadi pusat belajar Al- Quran untuk kanak-kanak dan orang dewasa.


Seronok berborak santai dengan dia suami isteri.Macam-macam kisah lama dibualkan. Hingga Jam 10:30 baru ummi minta diri. Dari rumah Fatimah,ummi terus ke rumah Kamal pula. Makan minum tengah hari sehingga masuk waktu zohor.


Lepas waktu zohor, ummi pergi pula berziarah rumah kawan lama sekolah rendah hingga menengah. Kawan satu kelas ummi,Fatimah dan Samsun Naila. Rumah Samsun Naila di Taiping. Samsun Naila menjadi guru. Kemudian ummi ke rumah sepupu bernama Mohd Saidi yang juga bekerja sebagai guru. Lepas itu baru ummi pergi ke rumah Siti Sharina, sepupu ummi, anak angah Dah yang bekerja sebagai jururawat. Semau rumah-rumah yang ummi ziarah di Taiping ini tidak pernah ummi zairahi sebelum ini. Memang sejak berkahwin 26 tahun lalu, ummi tidak pernah ke Taiping. Bila balik saja ke kampong,banyak rumah nenek dan mak saudara untuk dziarahi,jadi rumah sepupu dan kawan lama tidak berkesempatan.


Kini kebanyakkan nenek-nenek saudara telah meninggal dunia,jadi kurang rumah mereka yang tua-tualanjut usia untuk di zairahi pada tahun ini. Ini memberikan ruang untuk ummi menziarahi rumah kawan lama dan sepupu. Lagi pun sepupu-sepupu ini adalah sepupu dekat,anak mak-mak dan ayah saudara kandung sendiri.


Sebelum ummi mengakhir kembara Aidl Fitri,pada hari raya ke 6, rabu,rumah terakhir yang ummi pergi ziarah ialah rumah bekas Tuan Guru yang mengajar kitab-kitab di surau -surau kampong. Kini tuan guru itu telah uzur dan berpenyakit Dementia. Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang. Selain itu pesakit dementia mengalami penyakit Alzheimer.



Tanda-tanda dan gejala Dementia

• Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan
kehidupan harian.
• Masalah dengan aktiviti yang biasa dilakukan, seperti memasak, mandi dan
mengenakan pakaian.
• Sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu, atau kerap
mengulangi percakapan (echolalia).
• Masalah dalam orientasi, contohnya kerap hilang arah walaupun di kawasan yang
biasa dilalui
• Hilang keupayaan membuat penilaian
• Masalah dalam pemikiran abstrak, misalnya mengalami masalah menentukan apa
yang ingin di beli semasa keluar membeli belah.
• Meletak barang di tempat lain atau kerap tertinggal barang.
• Perubahan emosi secara tiba-tiba, biasanya dengan tidak bersebab. Mereka mungkin
mengalami perubahan dalam tingkah laku.
• Perubahan dalam perwatakan, daripada seseorang yang peramah kepada seseorang
yang cepat marah, cemburu atau penakut (timid)
• Hilang minat dan kecenderungan dalam pekerjaan dan hobi mereka


Ujian Allah buat dirinya di hujung usia. Menguji bukan sahaja untuk dirinya tetapi orang-orang sekitarnya. Untuk tuan guru itu,dia telah tiada hukum sebagai seorang Islam mukalaf kerana langsung tidak ada sebarang ingatan lagi. Melihat kesabaran dan ketaatan seorang isteri menjaga suaminya membuat ummi terkenang kisah Siti Rahmah,isteri Nabi Ayub. Semoga Allah memberikan ganjaran buat dirinya dan suami.


Balik dari ziarah, ummi ke rumah Paksu Mohammad Isa dan Maksu Milah di tepi taliair. Mereka ini merupakan sepupu abah. Berbual seketika sebelum minta diri untuk berkemas-kemas.


Rancangan ummi,  petang itu mahu balik ke Johor. Memang rancangannya mahu bergerak selepas waktu zohor. Selepas masak lauk, makan tengah hari, barulah bersiap-siap kemas barang ke dalam kereta dan bergerak balik menuju ke selatan. Sampai di Setia Alam jam 7 :00 malam, zauj rasa penat dan bermalam di sini pula.


Berehat satu malam, sebelum esok paginya Khamis 16 September,Malaysia di istiharkan sebagai cuti umum, awal-awal bersiap balik ke Johor. Perlu balik juga kerana, Abdullah akan bersekolah pada hari Jumaat. Abdullah akan menduduki peperiksaan UPSR pada hari Selasa.


Tiab di rumah Taman Pulai Utama pada jam 5:00 petang,hari Khamis. Perjalanan baik, tanpa ada sebarang kesesakkan lalu lintas di lebuh raya. Jumlah petrol yang di isi sepanjang kembara Aidil Fitri kali ini ialah RM 600.00 dan bayaran tol RM 400.00. Berakhirlah kembara AidilFitri tahun 1431 H.


Alhamdullilah,keadaan rumah baik dan terpelihara. Syukur kepada Allah yang memelihara rumah dan harta benda yang ada di dalamnya. Tidak terjadi 'black out' seperti tahun lepas yang menyebabkan bau busuk dari peti sejuk dan aquarium ikan. Tahun lepas,bila putus bekalan elektrik selama 5 hari (sebabnya berlaku petir, suis induk jatu dan lupa tinggalkan kunci kepada jiran untuk on kan semula). Kali ini ,ummi beringat dengan meninggalkan kunci rumah kepada jiran yang tidak balik ke kampong.


Sekian entri kembara Aidil Firi kali ini.  Jauh perjalanan demi ukhuwwah dan silaturahim sesama insan .  Suatu persaudaraan yang dituntut Allah dan Allah redhai persaudaraan ini. Perjalanan yang penuh rahmah dan kasih sayang.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.