BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 31 December 2010

Bingkisan Terakhir


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.




Ini adalah entri terakhir untuk tahun 2010. Banyak kenangan yang tercatat di dalam sejarah pada tahun ini.


Jika mahu menyenaraikan semua yang telah dibuat,  takut pulak ada perasaan riak yang menyelinap di dalam tulisan.


Cukuplah Allah telah lantik dua malaikat yang mencatatkan segala kerja-kerja harian.


Dua malaikat Rakib dan Atib yang setia dan amanah dengan tugas diberikan oleh Allah kepada setiap manusia. Walau sezarah pun, semua perlakuan manusia dicatat oleh mereka ini yang sentiasa ada bersama kita.


Sebab itu kita perlu berasa malu kerana 2 malaikat ini sentiasa bertugas mengawasi kita. Nak buat baik atau nak buat maksiat. Nak buat perkara tak senonoh atau bersopan, semua terpulang atas diri kita sendiri.


Kenapa nak mandi pakai kain basahan. Nak berjimak di bawah selimut. Bukannya,jika sudah bertutup itu mereka tak nampak, tapi pada adapnya,kita telah berusaha agar bersopan.


Begitu juga dikala sendirian. Kita kata kita selalu sendiri,hidup sebatang kara. Sebatang kara tu hanya dari segi adatnya, tak ada manusia lain disekeliling kita. Tetapi yang sebenarnya, kita tidak pernah sendirian, kerana adanya 2 malaikat yang bertugas mencatat segala tingkah laku dan perbuatan kita setiap detik dan saat.


Ditambah jika di dalam hati ada rasa pergantungan kepada Allah SWT, lagilah kita tidak pernah rasa sendirian. Allah sentiasa bersama kita, selagi kita ingat pada NYA. Firman Allah :



"Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring " (an-nisa’:103)




"Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring." (ali-imran:191)




"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya. (Perbanyakkanlah mengingati Allah)." (al-ahzab:41)




"Sesungguhnya mengingati Allah lebih besar (faedahnya)." (al-ankabut:45)


Begitu banyak dalil-dali dari ayat Al-Quran menyatakan bahawa hati orang-orang yang beriman sentiasa mengingati Allah SWT, tidak kira dalam apa jua keadaan pun. Setiap manusia mesti berada di dalam 3 keadaan ini sahaja. Samada sedang berdiri (bejalan, berlari, melompat), duduk (mencangkung, bersila, bersimpuh) dan berbaring (telentang, meniarap atau mengiring). Adakah manusia yang tidak berada di dalam 3 keaadaan ini samada ketika dia sihat atau sakit?


Tak ada kan? Jadi ketika mana kita tidak disuruh untuk mengingati Allah SWT?


Ada kesankah jika kita selalu mengingati Allah?


“Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang.”

Hati kita tenang, apalagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang.




“Orang yang menyebut Allah sedang dia lalai sama seperti pohon yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering”




Dalam hadith qudsi, Allah telah berfirman:
“Aku sentiasa dengan hambaKu setiap kali dia mengingatiKu dan bergerak-gerak kedua bibirnya menyebut namaku”


“Jika hambaKu mengingatiKu dalam dirinya, Aku pasti mengingatinya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu di hadapan khalayak ramai, Aku akan menyebut namanya dihadapan khalayak yang lebih mulia daripada khalayaknya. Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadaNya. Yakni segera menyahut segala permintaannya”




Sabda Nabi s.a.w lagi:
“Tujuh manusia yang akan dinaungi Allah ‘Azzawajalla di hari tiada naungan melainkan naunganNya. Diantara yang tujuh itu ialah orang yang sentiasa menyebut-nyebut nama Allah, bersendirian, lalu mengalir air matanya kerana takut kepada Allah”




Berkata Mu’az bin Jabal r.a:
"Penghuni syurga tidak akan meyesal apa pun lagi kecuali pada saat-saat yang berlalu di dunia di mana dia tiada menyebut nama Allah s.w.t"




Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada suatu kaum yang duduk-duduk di majlis di mana mereka menyebut-nyebut nama Allah ‘Azzawajalla melainkan akan dinaungi malaikat, dikelubungi oleh rahmat dan disebutkan mereka oleh Allah Ta’ala kepada sesiapa yang ada disisiNya"


Jadikan lah segala apa yang telah dilalui sepanjang perjalanan hidup ini sebagai pengajaran dan iktibar. Jika mampu,perbaiki kualiti ibadah harian. Jangan kualiti ibadah kita, amalan harian yang kita lakukan setiap hari itu sama sahaja dari dulu, kini dan selamanya.


Dalam kembara harian hidup kita ini, perlu utamakan yang utama. Tinggalkan sampingan yang tidak mendatangkan manafaat. Jaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia lain,agar kualiti ibadah mendapat rahmat daripada Allah Ta'ala.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Monday 27 December 2010

Menjadi Orang Yang Sabar

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Untuk menjadi orang yang sabar, memerlukan kesabaran yang tinggi, bukan sekadar yang dilafazkan dilidah sahaja. Mendidik diri dan hati untuk menjadi seorang penyabar memerlukan kekuatan mental yang seiring dengan santapan rohani.


Tidak mungkin berjaya seorang itu ingin jadi penyabar, tetapi tidak mendidik diri dan hatinya dengan makanan rohani. Makanan rohani ini yang mampu membersihkan hati. Hati yang telah dicemari dengan toksin-toksin beracun.


Memang sebaiknya mencegah hati dari kerosakkan tetapi jika sudah rosak,perlu pula dicarikan penawarnya. Apabila telah bertemu penawarnya, diri juga mesti berdisplin untuk merawatnya. Jangan dah tahu penawarnya tapi pakai redah cara guna tanpa aturan.



SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.


Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.


Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)



“Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),


“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153.




“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).



Seterusnya Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.


2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.


3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.


4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.



Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

# Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

# Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

# Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.


5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.


Pengurniaan tiga perkara, iaitu selawat, rahmat dan petunjuk secara serentak menyebabkan orang-orang shalih dari generasi awal umat Islam ternanti-nanti dan merasa terhibur apabila mereka menerima sesuatu yang memerlukan kesabaran.


Mereka berkata: “Kenapa aku tidak bersabar padahal Allah telah berjanji akan memberikan tiga perkara kepadaku dan salah satu dari tiga perkara itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya?”


Akhir sekali orang yang bersabar akan dimasukkan ke syurga dan di dalamnya: “Malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (memberi hormat dengan berkata): ‘Selamat sejahteralah kamu, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” (surah al-Ra’d, ayat 23-24)


Maksud Sabar dan Jenis-Jenisnya.

Sebegitu besar keutamaan bagi orang yang memiliki sifat sabar, sudah tentu kita tertanya-tanya apakah maksud sabar. Mudahnya, sabar dari sudut bahasa bermaksud menahan. Ada pun dari sudut istilah, ia bermaksud kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu.




Meraih Sifat Sabar.

Di antara surah al-Qur’an yang terawal diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah surah al-Muddathir dan ayat yang ketujuh surah itu berbunyi: “Dan bagi Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar.” Ini menunjukkan bahawa sifat sabar adalah antara yang terawal dan terpenting yang dituntut oleh Islam ke atas kita. Akan tetapi sabar bukanlah satu sifat yang dapat bermastautin secara tetap dalam diri seseorang. Ia adalah sifat yang boleh wujud dan hilang, boleh tinggi dan rendah, boleh berlaku kepada sebahagian jenis kesabaran dan tidak berlaku kepada sebahagian jenis yang lain.


Maka bagi meraih sifat sabar, seseorang hendaklah sentiasa prihatin akan keadaan dirinya dan sering menasihati dirinya untuk bersabar. Dihargai juga apabila ahli keluarga dan rakan-rakan saling menasihati untuk bersabar dengan mengingatkan kembali ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan keutamaan-keutamaan sabar. Tidak ketinggalan ialah memohon pertolongan Allah agar mengurniakan sifat sabar kepada diri kita kerana Allah jua telah berfirman: “Dan bersabarlah dan tiadalah kamu dapat bersabar melainkan dengan (pertolongan) Allah.” (surah al-Nahl 16:127).



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


Thursday 23 December 2010

Tuntutan Mentup Aurat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Makin jauh perjalanan, makin luas pandangan, makin banyak pengalaman yang ditimba. Bertambah perasaan duka melihat semakin banyak manusia yang engkar kepada suruhan Allah.


Allah Ta'ala mewajibkan penutupan aurat seperti yang tercatat di dalam Al-Quran Surah Al-Ahzab, ayat 59 dan Surah an-Nur, ayat 31 mengikut syarat-syarat yang telah Rasullulah terangkan didalam sunnahnya.


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]


Firman Allah dalam surah an-Nur (bermaksud);“Dan janganlah mereka (yakni perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan”. (an-Nur, ayat 31).


Di dalam ayat di atas, Allah melarang wanita-wanita beriman mendedahkan perhiasan dalaman mereka kepada kaum lelaki kecuali beberapa orang berikut;
1. Suami
2. Bapa kandung
3. Bapa mertua
4. Anak lelaki kandung
5. Anak lelaki tiri
6. Saudara kandung
7. Anak-anak saudara
8. Sama-sama wanita
9. Di hadapan hamba-hamba mereka
10. Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
11. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.

Perhiasan pada badan wanita ada dua jenis;

1. Perhiasan zahir; iaitu pakaian yang dipakai dan perhiasan yang ada di kawasan badan yang harus didedahkan iaitu muka dan tangan (seperti celak, cincin, inai dan sebagainya). Perhiasan zahir ini harus diperlihatkan (atau didedahkan) kepada orang lain termasuk lelaki ajnabi, namun dengan syarat aman dari fitnah.

2. Perhiasan batin/khafiy (tersembunyi); iaitu perhiasan yang berada di kawasan selain muka dan tangan seperti anting-anting, rantai, gelang kaki dan sebagainya; tidak harus diperlihatkan kecuali kepada suami, mahram dan lelaki-lelaki yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas. Jika perhiasan sudah tidak harus diperlihatkan, apatahlagi hendak memperlihatkan tempat beradanya perhiasan itu iaitu tubuh itu sendiri, sudah tentu lebih diharamkan. Jadi, ayat di atas sekaligus difahami darinya kewajipan wanita beriman menutup aurat mereka (iaitu seluruh badan kecuali muka dan tangan) dari dilihat oleh kaum lelaki kecuali beberapa orang yang disebut dalam ayat di atas.


Ramai wanita tahu kewajiban menutup aurat ini. Tetapi hanya berapa kerat sahaja yang mentaati. Itu yang ummi katakan betapa sedihnya melihat mereka-mereka berpakaian tetapi jauh dari ciri-ciri yang disyariatkan oleh agama Islam.


Yang ketat, yang terbelah, yang pakai pakaian seperti pakaian renang, yang pakai pakaian seperti lepas timpa hujan dan yang pakai pakaian sekadar menutup kulit, bukan tutup aurat.


Itu belum termasuk lagi yang berpakaian menyerupai lelaki, yang menyerupai orang -orang jahiliah dan yang menyerupai sesuatu kaum kuffur.


Sedih yang amat bila melihat orang-orang yang mengaku beragama Islam tetapi tidak melaksanakan tuntutan yang agama Islam anjurkan.


Kenapa itu terjadi? Tiada ilmu? Tidak sampai seruan? Degil? Tidak taat? Masih ingin bergaya? Itulah antara sebab-sebab dan puncanya kenapa ramainya manusia berpakaian yang tidak memenuhi syariat agama Islam.


Salah siapa? Pemerintah? Ibu bapa? Atau diri sendiri?


Wahai bakal ibu dan bakal bapa,  didiklah anak-anak dari asas di dalam penutupan aurat. Terangkan kepada mereka  apa yang betul, apa yang salah. Jangan rasa bersalah atau segan silu untuk menerangkan pada anak-anak,  bila mereka  melihat seseorang berpakaian yang ketat  macam sarung nangka,  yang terbelah, yang terselak  dan  yang terbuka. Nyatakan kebenaran. Kita bukan mengata  atau mengumpat tetapi mendidik melalui apa yang terpandang di depan mata.


Tanya mereka ,
" apa perasaan diri kalau pakai baju macam tu?"
"cantikkan di pandang?"
"Kalau kita tengok orang pun rasa nak muntah, ertinya orang tengok kita pun rasa macam tu juga"

Inilah yang dikatakan mendidik melalui perjalanan dan pengalaman. Jangan banyak berjalan cuma mencari keseronokkan. Melancong sambil mendidik.


Semoga entri ini memberikan fikiran untuk kita mengubah diri sendiri dan keluarga...





Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tafsir Fathul-Qadier, Imam as-Syaukani.
2. Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah az-Zuhaili.
3. Tafsir al-Wasit, Dr. Wahbah az-Zuhaili.
4. Tafsir Surah an-Nur, Dr. Abdullah Mahmud Syahatah.
5. Fiqh al-Albisah dan az-Zinah, ‘Abdul-Wahhab Tawilah.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday 22 December 2010

Melancong Sambil Mendidik

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Seumur hidup ummi, inilah kali pertama ummi menjejak kaki ke Pulau Lagenda, Langkawi.Selepas daftar keluar di Hotel Berjaya Pulau Pinang, jam 7.30 pagi,hari Rabu 22 Disember 2010, dengan berkonvoi beberapa kereta sahabat zauj,kami bergerak menuju ke Perlis.


Kami melalui jambatan Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.


Memasuki lebuh raya utara selatan merentasi Butterworth,negeri Kedah dan keluar melalui susur Alor Setar Selatan, menuju ke Kangar melintasi Pekan AYer Hitam, hingga bertemu simpang 4, ambil kiri menuju Kuala Perlis.


Sampai di Jeti Kuala Perlis jam 10.30 pagi. Sebelum tiba di jeti,kami berhenti di R&R Gurun untuk bersarapan pagi pada jam 9.05  pagi. Semua anak-anak ambik makanan berat iaitu nasi campur.


Setelah mana-mana barang yang ingin dibawa ke Langkawi diturunkan dari kereta, adik ummi nombor 5 sudah sedia menunggu di jeti buntuk membawa pulang kereta kami. Tak mahu letakkan kereta di kawasan jeti.


Kelihatan ramai orang berpusu-pusu beli tiket dan menunggu untuk menaiki feri. Sambil ummi duduk dengan anak-anak menunggu giliran dan kawan-kawan lain tiba, mulut ummi sibuk bercerita.




Sabar apabila berhadapan dengan orang ramai, sabar menanti giliran, tenang menghadapi dugaan bila ada orang tiba-tiba potong giliran. Macam ni lah masa nak pergi Makkah.Lagi ramai orang yang berbagai ragam dan kerenah.


Jangan lekas marah dan nak bergaduh. Segalanya perlu sabar. Semasa berjalan menaiki feri,jangan berasak-asak sebab tanpa sedar,kita akan bersentuhan dengan yang bukan mahram. Walau dimana,dan apa jua keadaan ,jaga diri,jaga mata dan jaga hati.


Tak perlu nak rebut-rebut tempat , sebab semua kerusi ada nombor. Ikut saja peraturan. Feri tidak akan berlepas selagi belum semua penumpang dapat naik dan mengambil tempat. Ummi buat bandingan dengan saat mahu pergi mengerjakan haji.


Ketika dilapangan terbang,ketika mahu menaiki pesawat,ketika di dalam pesawat dan ketika mematuhi peraturan di dalam pesawat. Dugaan nya lagi lah besar, sebab bukan semuanya faham segala arahan. Ada ramai orang tua-tua yang langsung tidak tahu dan tidak pernah menaiki pesawat. Ditambah dengan ujian-ujian untuk melihat keimanan seseorang yang menjadi tetamu Allah.


Hanya kesabaran sahaja menjadi benteng untuk menghalang syaitan dan iblis menyelinap di dalam hati manusia. Dengan kesabaran dapat meraih kemanisan iman, akhlak terpuji dan pekerti mulia.


Begitulah hasil yang ummi perolehi setiap kali membawa anak-anak bercuti. Walaupun sebenarnya mengiringi dan menemani zauj menghadiri Bengkel dan Seminar atau Mesyuarat. Jangan jemu untuk menasihati anak-anak walaupun di dalam perjalanan. Jangan jemu mendidik ,menegur anak-anak apabila berpeluang bersama-sama tak kira di rumah atau ketika di dalam perjalanan atau percutian.


Di dalam percutian begini, ummi tidak banyak berhabis duit untuk makan mewah. Kami makan seadanya. Mendidik anak-anak makan seadanya,makan secara sederhana atau lebih daif lagi kot sebab cuma makan nasi berlaukkan satu jenis lauk sahaja di mana lebih kuah dari isinya. Ya,mungkin bukan makan makanan seimbang, tapi biarlah mereka terdedah dengan menempuh cabaran hidup (survival) yang bukan sentiasa senang dan riang.


Semua ini menjadi contoh teladan kepada anak-anak untuk mereka mendidik anak-anak mereka pula nanti. Pendidikan secara tidak formal,melalui pengalaman lebih bermakna dan memberikan kesan yang mendalam.


Sekian,semoga entri ini bermanafaat buat semua pembaca budiman.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Monday 20 December 2010

Hidup Untuk Makan?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات




Setelah 28 tahun, ummi meninggalkan Pulau Pinang, hari ini, ummi dibawa bercuti oleh zauj ke sini. Kebetulan zauj ada Bengkel Kerjaya di Berjaya Hotel, Georgetown. Oleh kerana setiap fasilatator diberikan sebuah bilik penginapan, maka zauj bawa ummi dengan anak-anak datang ke sini.


Walaupun sambil zauj hadiri bengkel, ummi tetap anggap ini seperti percutian. Tinggal di hotel yang dilengkapi dengan kolam renang, sudah memadai untuk anak-anak bersantai di sana seharian. Ummi ikut serta sebagai peneman anak-anak dan menguruskan makan minum mereka. Kolam renang agak lengan, jadi anak-anak berani mandi kerana tidak terdapat percampuran antara lelaki dan perempuan. Memang begitu yang ummi pesan pada mereka, kalau nak terjun kolam, tengok-tengok keadaan sekeliling, jangan pakai redah saja.


Selalunya sepanjang kami ikut zauj bekerja di luar daerah, jarang kami makan di restoren , gerai atau warung. Ummi akan masak. Segala perkakasan untuk memasak yang mudah-mudah akan ummi bawa. Bukannya perlu masak yang berat-berat atau rumit.


Menu ringkas memang sentiasa terbayang dalam kepala ini. Bihun sop, sop sayur, sandwich, asam telor, Spaghetti Bolognaise dan asam ikan mackerel dari dalam tin. Oh..mudah benar menyediakan makanan untuk anak-anak tanpa perlu menggunakan dapur gas.


Macam mengembara dalam hutan pulak, siap bawa bekal makanan pergi bercuti dan melancong. Bukan tak mahu merasai makanan ditempat orang, tapinya, kalau dah 4, 5 hari jenuh juga nak berbelanja.  Ummi tak mahu pulak berhabis duit semata-mata memenuhi tuntutan nafsu makan.


Anak-anak ummi tak serupa anak orang. Anak ummi sentiasa berselera. Kalau makan kat warung, mereka pesan makanan bukan cukup seorang satu menu atau satu pinggan. Kalau dah 8 orang? Darab dengan 3 kali makan? Darap dengan 5 hari? Tak jenuh ummi gali bumi untuk korek duit? Jadi lebih mudah untuk memenuhi keperluan ini, ummi masak. Masak yang ringkas-ringkas pun,mereka sentiasa ada selera untuk makan. Hidup seadanya,  makan seadanya.


Tak pernah ummi dengar mereka merungut, "tak sedap" , "tak ada selera", "tak suka" atau apa-apa jua. Asalkan makanan tu ummi yang sediakan, sedap aja tekak mereka. Masak nasi 7 sukatan beras, pasti habis. Licin dengan segala sambal atau ulam-ulaman.


Setengah orang,ada yang suka kata jalan-jalan cari makan. Sebab tu suka pergi jalan-jalan dan melancong, semata-mata nak merasa makanan ditempat orang, dan mencari menu yang sedap untuk tekak. Dalam kamus hidup anak-anak ummi, tak ada yang macam tu. Bila pergi tempat orang,  makan juga menu tempat tu, tapi cuma sekali saja. Tak payah nak merasa semua gerai dan warung,semata-mata nak makan yang sedap-sedap.


Adakah hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Orang beriman hanya makan untuk hidup.


CARI makan - demikian rutin kehidupan manusia, tidak kira makan waktu pagi, petang, siang, malam ataupun tengah malam.

Apabila hidup nak makan, sesetengah kita tidak peduli lagi sama ada makanan itu halal atau haram.

Orang beriman makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan. Jawapan mengenai hidup untuk makan atau makan untuk hidup berkait rapat dengan keimanan dan kepercayaan seseorang.

Adakah dunia ini satu-satunya kehidupan? Atau di sana, selepas kematian pasti ada alam lain yang kekal abadi? Mereka yang kufur hidup untuk makan.

Ini diterangkan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Dan orang yang kafir makan dan minum serta berseronok sebagaimana berseronoknya binatang dan nerakalah tempat kembali mereka".

Realitinya, tanpa kita sedari kebanyakan manusia hidup untuk makan. Bukan lagi makan untuk hidup!

Malah, ada manusia sanggup membunuh demi mendapatkan sesuap makanan untuk mengisi perut yang lapar.

Manusia tidak lagi memikirkan dosa membunuh yang pasti akan diterima selepas mati. Manusia sanggup menipu, menindas, mencuri, meragut, merompak dan menyamun kerana mahu makan asalkan dapat makan.

Sepanjang masa manusia 'berperang' untuk mendapatkan tanah yang subur yang boleh membekalkan mereka bahan makanan harian.



Allah memerintahkan manusia untuk mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Wahai orang-orang beriman, makanlah makanan halal yang kami kurniakan kepada kamu". (Surah al-Baqarah ayat 172)

Perintah yang sama juga ditujukan kepada Rasul menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Wahai sekalian Rasul, makanlah daripada makanan yang baik (halal) dan lakukanlah amalan solihin". (Surah al-Mukminin ayat 51)

Halal dan haram itu adalah ketetapan Allah yang mencipta manusia bagi menguji sejauh mana ketaatan mereka kepada Pencipta.

Mereka yang merentasi ujian itu, pasti berjaya. Sementara itu, bagi mereka yang gagal pasti ke neraka menjadi makanan api yang tersedia marak membara.

Justeru, ada kalanya manusia diuji dengan sedikit ketakutan dan kelaparan.

Allah berfirman yang bermaksud: "...Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar". (Surah al-Baqarah ayat 155)

Orang yang bersabar ialah orang meyakini wujudnya hari pembalasan.

Justeru, Allah menjelaskan dalam ayat seterusnya bermaksud: "Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka menyatakan; Kita milik Allah dan kepada kita pasti kembali". (Surah al-Baqarah ayat 156)

Orang yang tidak sabar pasti gagal dalam ujian. Berapa ramaikah manusia yang mampu bersabar menghadapi ujian ini? Perut lapar yang perlu diisi menjadikan manusia lupa bahawa dia akan mati.

Dia lupa bahawa segala perlakuannya akan dihitung serta dipertanggungjawabkan. Malah, dia lupa pada seksaan Allah iaitu pohon Zakkum yang berduri sebagai makanan dan air panas menggelegak sebagai minuman orang yang berdosa.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya pohon Zakkum adalah makanan orang yang berdosa seperti air panas yang menggelegak di dalam perut".

Bagaimana pula dengan kita? Adakah bersedia untuk ke neraka?

Penutup tazkirah pada kali ini penulis ingin sentuh sedikit berkenaan fenomena hidup orang kita yang sudah tidak peduli lagi di mana mereka makan.

Bagaimana keadaannya jika ada segelintir kita yang pergi menikmati makanan di restoran bukan Islam? Mereka tidak kira kerana yang penting ia sedap dinikmati.

Adakah kita sanggup memperjudikan keimanan kita? Adakah kita fikir orang bukan Islam itu sanggup menjaga prinsip agama kita yang berbeza sungguh dengan agama mereka?

Adakah kita mahu mereka tolong jaga agama kita? Adakah mereka sanggup susah atas alasan mahu memastikan kita makan makanan halal?

Apalah sangat selera yang didorong oleh nafsu sehingga kita mengambil mudah semua ini? Rasanya soal makan kita masih belum sampai ke tahap darurat.


Semoga menjadi iktibar, panduan dan ingatan buat kita semua...


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Saturday 18 December 2010

Hasbiyallah wa nik mal wakil





Ummi bawakan  satu kisah di dalam masyarakat hari ini yang sering mengeluh akan nasib diri dan bertanya kepada Allah, kenapa ianya terjadi kepada mereka.  Jom  kita baca, sebab perkara  ini sering berlaku di dalam masyarakat hari  ini.

Kita ikuti masalahnya:

Saya seorang lelaki , berumur 29 tahun. Saya baru berkahwin dalam 8 bulan. Sebelum berkahwin, rezeki dan kehidupan saya memang amat baik. Dan demi menjaga/menolong agama Allah, saya berkahwin untuk mengelakkan maksiat. Sehingga kan sebelum akad, saya pasang niat sedemikian. Walaubagaimanapun, kehidupan sya berubah. malang bertimpa. Rezeki biasa-biasa ajer. Saya mula berfikir2, dimana janji-janji tuhan yang berfirman sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolong hambanya. Dari satu hari ke satu hari saya bersabar..tapi tiada perubahan....


Saya membandingkan dengan pasangan yang sesama agama. Saya tahu mereka tidak solat, tidak pergi solat jumaat, tidak mengaji, tidak hadir kuliah agama dll tetapi saya yang lakukan solat 5 waktu, puasa, mengaji, tetapi mengapa saya tidak dianugerahkan nikmat yang lebih..Mengapa ini terjadi....


Kesabaran saya yang ada sekarang ini tidak tahu sampai biler boleh bertahan...saya khuatir pada satu hari nanti saya hanya menjadi sorang yang beragama Islam dan percaya kepada tuhan tetapi 'langgar' semua peraturan hidup...Dan jika ini terjadi adakah saya yang bersalah? Doa telah dipohon, usaha telah dilakukan...
Sekian, terima kasih.


Nasihat yang diberikan :


1. Pertamanya, jangan bandingkan kebahagian kita dengan orang lain. Orang lain ada kelebihan rezeki, dia juga ada masalah yang kita tidak tahu.

2. Jika kita selalu membanding kebahagiaan dengan orang lain, nanti kita kurang bersyukur pada Allah.

3. Kadang kala, kita tak perasan Allah berikan nikmat lain kepada kita. Ini kerana fokus kita, hanya memikirkan kesusahan. Kita lupa, Allah berikan kesihatan, isteri yang baik, fikiran yang waras. Jika kita fokus pada perkara yang kita tidak dapat, maka kita akan sentiasa mengeluh nanti.

4. Amalkan ayat

“Hasbiyallah wa nik mal wakil, nik mal maula wa nikman nasir”

Amalkan ayat ini   agar Allah sentiasa membantu kita.


Firman Allah Ta’ala :

“Dan hanya kepada Allah hendaklah kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.”

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka karenanya, serta hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”

“Wahai Nabi, cukuplah Allah bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu.”

“… Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan nya…”

Al-Bukhari dan An-Nasa’i meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya:

“Cukuplah Allah bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

Kalimat ini diucapkan Ibrahim ‘Alaihissalam ketika dicampakkan ke dalam api, dan diucapkan Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika mereka berkata kepadanya: “Sesungguhnya orang-orang telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka. Tetapi perkataan itu malah menambah keimanan mereka…”


Pengajaran ayat ini:

# Tawakkal termasuk kewajiban.

# Tawakkal termasuk syarat-syarat iman.

# Tafsiran ayat dalam surah Al-Anfal. Ayat ini menunjukkan bahwa tawakkal kepada Allah merupakan sifat orang-orang yang beriman kepada Allah; dan menunjukkan bahwa iman dapat bertambah dan dapat pula berkurang.

# Tafsiran ayat dalam surah Al-Anfal. Dalam ayat ini, Allah memerintahkan kepada Nabi dan orang-orang yang beriman yang mengikutinya supaya bertawakkal kepada Allah, karena Allah-lah yang akan mencukupi keperluan mereka.

# Tafsiran ayat dalam surah At-Thalaq. Ayat ini menunjukkan kewajiban bertawakkal kepada Allah dan pahala bagi orang yang mengamalkannya.

# Kalimat “Hasbunallah wa Ni’mal Wakil” mempunyai kedudukan yang sangat penting, karena telah diucapkan oleh Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam dan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika dalam situasi yang sulit sekali.


Semoga menjadi panduan dan iktibar kepada kita. Sesungguhnya segala apa yang kita lakukan jika semata-mata kerana Allah,  kita tidak bertanya dan membandingkan takdir kita dengan takdir orang lain.






Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Thursday 16 December 2010

Jangan Zalimi Diri Sendiri

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Semua manusia fitrahnya adalah melakukan kebaikan. Fitrah manusia juga percaya ada satu kuasa yang super power di dunia ini. Jika beragama,pasti percaya adanya Tuhan. Didalam setiap agama dan kepercayaan mendidik manusia untuk berakhlak mulia. Menjaga diri , bersopan santun dan hidup di dalam harmoni. Tidak ada mana-mana manusia fitrahnya mahu kepada kerosakkan dan kezaliman.


Namun ramai yang tidak tahu apakah maksud zalim itu. Adakah hanya dengan melakukan kekejaman itu dikatakan zalim? Adakah dengan menganiya orang lain itu dikatakan zalim. Bagaimana jika dia menganiya diri sendiri? Adakah dikatakan zalim?


Sebenarnya membiarkan diri kita melakukan kemungkaran adalah perbuatan zalim terhadap diri sendiri. Ramai orang tidak sedar akan hal ini. Membiarkan diri melakukan maksiat adalah kezaliman yang sangat dasyat. Kenapa kita kata begitu? Kerana bila kita membiarkan diri kita berada di dalam kemungkaran dan maksiat, sebagai orang yang beragama, percaya adanya syurga dan neraka, maka kita telah menempatkan diri kita di dalam neraka. Seseolah kita telah tempah tiket untuk menuju ke sana.


Makanya, walaupun sudah ada tiket, tetapi perjalanan masih jauh (takut juga esok mati), kita masih diberikan peluang untuk bertaubat. Maka supaya tidak menzalimi diri sendiri, kepada yang sering melakukan kemungkaran dan maksiat, segeralah bertaubat. Taubat dengan sebenar-benarnya taubat.



"Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau. Maha suci diri-Mu, sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri."


Kenapa? Mengapa setelah Allah suruh kita memuji-Nya, diminta kita kutuk diri sendiri? "Aku zalim, aku zalim!" seolah-olah itu kehendak Allah SWT.


Umumnya manusia merasakan dirinyalah orang paling baik dan betul dalam perjalanannya diatas muka bumi. Sebab itulah walaupun dia berlaku zalim, jarang sekali ia sedar diri dan jauh sekali untuk mengaku telah melakukan kezaliman keatas orang lain. Lebih-lebih lagilah sulit untuk kita temui orang yang sedar ia telah berlaku zalim keatas keatas dirinya sendiri, ditambah pula kerana manusia lebih suka menyalahkan orang lain dan lebih nampak kesalahan orang lain daripada dirinya sendiri.


Manusia dikatakan menzalimi dirinya sendiri apabila sikap dan tindakan yang dilakukannya dalam kesedaran, menempah kehinaan dalam hidup didunia dan azab sengsara diakhirat kelak. Dirinya terzalim kerana terpaksa menanggung akibat buruk akibat tindakan diri-sendiri, bukan dari campur tangan orang lain keatasnya. Jadi dia bukan dizalimi (oleh sesiapa) tetapi menzalimi diri sendiri.


Manusia tergolong dalam golongan mereka yang menzalim diri sendiri kerana melanggar syariat Allah, zahir mahupun batin. Dengan itu menyebabkan dirinya terjebak dengan dosa. Firman Allah:


" Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah, maka dia adalah dari oaring-orang yang zalim." - Al Maidah: 15


Bila dirinya terjebak dengan dosa samada dosa kepada Allah mahupun dosa sesama makhluk, maka dirinya terzalim kerana telah menempah tiket kehinaan hidup didunia dan azab yang pedih diakhirat. Oleh kerana kejahilan kita dalam hal ini maka memungkinkan mudahnya hati kecil kita mengeluarkan kata-kata, "Tak patut Tuhan, suruh kata aku ni zalim!" Memang begitu sikap orang jahil, ia akan memusuhi apa yang diluar pengetahuaanya.


Sebenarnya tanpa kita sedari, setiap saat dan ketika kita berada sama ada dalam pahala atau dosa. Kedua-duanya sungguh mudah untuk kita perolehi. Sebab dosa ataupun pahala dilakukan anggota lahir dan anggota batin yang sama. Dengan keadilan dan kasih sayang Allah, kita telah dibekalkan dengan akal fikiran untuk meninbang dan memilih serta didatangkan para Nabi dan Rasul untuk memperjelaskan syariat Allah serta memberi peringatan (khabar gembira dan dukacita) kepada manusia yang memang bersifat lupa, leka dan lalai.


Diantara contoh kita menzalimi diri sendiri ialah kerana kufur dengan nikmat Allah yang begitu banyak kita kecapi. Disamping meletakkan diri kita terlibat dengan dosa, kita kita juga menyebabkan Allah tarik balik nikmat kurnia-Nya dan menempah kemurkaan Allah keatas diri kita. Firman Allah:


" jika sekiranya kamu bersyukur nescaya akan aku tambah nikmat untukmu. Dan jika kamu kufur (atas nama-Ku), ingatlah azab dari-Ku amat pedih."


Sebagai contoh mari kita lihat nikmat yang terdekat pada diri kita iaitu mulut kita. Padanya sahaja setelah Allah sediakan berbagai-bagai nikmat. Ia dihiasi dengan barisan gigi yang indah lagi masing-masing dengan fungsi yang tersendiri. Ada yang bertugas untuk mengunyah, mengerat, mengoyak dan mengisar apa yang kita makan. Begitu juga dikurniakan untuk dapat kita kecapi berbagai nikmat rasa yang lazat dan dibekalkan cecair liur yang tidak pernah kering untuk bertindak sebagai pelincir dan pelembut makanan. Segala-galanya sempurna.


Bila Allah beri rezeki makanan, mulut, akan berperanan melembutkan makanan. Belum sempat kita bersyukur diatas makanan itu, sudah dapat nikmat lazat. Bila makanan lazat sudah tentu rasa puas, belum sempat bersyukur,kita sudah rasa pula nikmat kenyang. Belumpun sempat kita bersyukur atas nikmat kenyang, sudah diberi minuman untuk hilangkan rasa haus dahaga. Seterusnya belum sempat mensykuri nikmat dihilangkan haus telah didatangkan nikmat segar, bertenaga dan berbadan sihat.


Begitulah seterusnya. Kita asyik sahaja belum sempat-sempat bersyukur, tetapi Allas sentiasa meneruskan kurniaan-Nya. Pernahkah kita merasa terkejut dengan kedatangan nikmat Allah yang tidak putus-putus?


" jikalau kamu hendak menghitung akan nikmat-nikmat Ku maka kamu tidak akan dapat menghitungnya." - An Nahl: 18


Mungkin hati kecil kita masih berat mengakui kelalaian kita dalam mensyukuri nikmat Allah. Cubalah kita membuka jendela rumah kita dan lihat sejauh saujana mata memandang bumi yang terbentang luas. Siapakah agaknya yang merosakkannya? Udaranya dicemarkan, hutan belantara habis disodok, ditebang dan hidupan liar dijahanamkan oleh manusia hanya semata-mata untuk diratakan dan didirikan bangunan yang indah lagi mencapai awan.


Sebenarnya Allah SWT jadikan tumbuh-tumbuhan untuk berfungsi membekalkan oksigen untuk kita sedut dan dan kita pula mengeluarkan mengeluarkan karbon dioksida (semasa pernafasan) yang bakal digunakannya tumbuh-tumbuhan untuk membina makanan (kanji) dan mengeluarkan kembali oksigen. Manfaatnya tetap kembali kepada manusia. Begitulah lemah makhluk kerana saling perlu memerlukan satu sama lain.


Jadi kalau kita hapuskan semua pokok-pokok yang menyediakan bekalan pernafasan kita maka memanglah kita zalim. Allah beri rahmat-Nya pada kita tapi kita rosakkan dan Persia-siakan. Oleh itu patut sangatlah dikatakan pada diri kita, " engakau zalim, engkau zalim!"

Begitu juga, Allah jadikan gunung-ganang yang berfungsi sebagai pasak bumi. Tetapi datang manusia, diruntuhkan bukit-bukau dan disodok-ratakan. Apakaha yang akan terjadi jika pasak tiang sebuah rumah ditanggalkan? Tentulah rumah akan bergoyang dan mudah runtuh walaupun bukannya dilanda ribut kencang. Begitulah juga bumi apabila pasaknya diganggu dan dibuang. Maka akan terjadilah gempa bumi.

Bila bumi "bergoyang' angin dan air pun akan terlibat sama. Paras laut akan berubah, banjir dan angin ribut datang melanda. Semuanya ini menjadi bala bagi semua manusia. Firman Allah:


" Lahirlah kerosakan di lautan dan daratan, hasil tangan manusia itu sendiri." - Ar Rom: 40


Segala-galanya ini tiada lain melainkan kerana kelalaian manusia menghormati peraturan Allah sama ada yang berlaku pada alam tabi'ie mahupun yang berlaku atas perbuatan hamba-Nya. Lalai daripada mensyukuri nikmat sebenarnya adalah dosa kerana tidak mengenangkan jasa bakti Allah kepada kita yang telah kita kecapi sewenang-wenangnya. Bila kita sentiasa dalam keadaan berdosa ertinya kita sedang menzalimi diri sendiri kerana dengannya bakal menjerumuskan kita dalam kecelakaan dunia dan akhirat.


Oleh itu mengaku diri sentiasa berdosa ataupun zalim adalah wajar dan elok sekali dilakukan. Kerana pengakuan demikian menunjukkan kita beradab dengan tuhan. Merendahkan diri dengan Allah dan rasa bersalah selalu. Mudah-mudahan nanti ianya akan membuahkan penyesalan dan sifat menginsafi diri yang membuka jalan untuk rujuk kembali kepada Allah SWT. Nescaya dengan itu Allah senang dengan kita, sebab rintihan hamba Allah yang bertaubat itu lebih disukai-Nya daripada gentelan tasbih para wali.


Bandingannya, kalau dalam kita berkawan, tiba-tiba kawan kita selalu berkata, "minta maaf ya, kalau saya ada silap!." Perkataan ini sudah cukup untuk menyejukkan hati kita. Sebab perasaan suka terhadap orang yang meminta maaf itu memang fitrah kejadian manusia. Apalagi kalau orang itu memang membuat anaiya pada kita.


Kalaulah kita sebagai manusia terasa senang bila orang meminta maaf dengan penuh rendah hati kepada kita, tentulah Allah SWT lagi senang kalau hamba-hambaNya sentiasa meminta ampun dan mengaku kesalahan diri sendiri. Merintihlah, " wahai tuhan, tiadalah yang layak ku sembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini telah menzalimi diriku. Aku selalu berdosa, wahai Tuhan. Ampunilah daku!"


Jadi Allah SWT jadikan tiap sesuatu itu ada mempunyai hikmah yang mesti kita ambil pengajaran dan syukuri. Semuanya Allah jadikan untuk keperluan manusia sebagai khalifahNya di atas mukabumi.

Namun begitu, yang malangnya sangat sedikit manusia yang tahu bersyukur. Firman Allah:


" Sedikit sekali antara hamba-hamba-ku yang bersyukur." - Saba': 13


Dan disebabkan terlalu sediktnya manusia yang tergolong dalam golongan yang bersyukur maka berkemungkinan besar kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang tiada pandai bersyukur. Oleh itu mengaku sahajalah pada diri sendiri dengan berkata, " Maha Suci Engkau Ya Allah, Sesungguhnya Aku Tergolong Dalam Golongan Hamba-hamba Mu Yang Zalim!"


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Tuesday 14 December 2010

Wahai Tuhan, Bantulah Aku...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"hidup kita semua adalah satu perjalanan yang menarik. Kalau dijadikan cerita pastinya boleh menjadi jualan yang terhangat dipasaran sama seperti novel Ayat-Ayat Cinta yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy dan yang dipanggungkan juga mendapat jualan tiket yang menguntungkan.


Tapi tidak semua daripada kita punya kelebihan untuk menceritakannya dalam gaya yang menarik. Maka biasanya cerita hidup kita selalu dijeruk dan disimpan kemas dan rapi tanpa kita sedar sebenarnya ia boleh dijadikan perkongsian dan pengajaran yang sangat menarik"


Inilah permainan kata-kata. Siapa yang paling manis bicaranya akan mudah untuk disukai tulisannya... Siapa yang tajam mata penanya akan mudah menyentuh perasaan manusia tentunya untuk tujuan keinsafan. Tapi semuanya di dasarkan kepada NIAT dan HATI.


Sama seperti kata-kata bicara. Siapa yang pandai berbicara akan mudah menambat hati pendengar lebih-lebih lagi dalam menyampaikan kuliah kepada umum. Kalau perlu tambahlah ramuannya dengan modul dan permainan. Kadang kala seseorang itu tidak perlu banyak bergerak atau menambah modul dalam bicara, cuma perlu bercakap dengan tenang dan penonjolan seluruh bual bicaranya yang berkuasa menambat hati pendengar.





Aku bersujud pada MU Ya Allah,memohon kepada MU, tunjukkanlah aku jalan keluar kepada beberapa permasalahan yang sedang memenuhi minda ini untuk diselesaikan. Terlonggok dibahu ini beberapa perkara yang tidak mampu untuk aku kongsikan dengan sesiapa. Ya Allah, Hanya dalam hati aku bisikkan kepada MU. Berikan aku petunjuk Ya Allah,jalan keluarnya untuk aku membantu mereka di jalan yang ENGKAU redhai.


Wahai Tuhan, bantulah aku...


Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. (ayat 286, surah al Baqarah)

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diriku dan orang lain.


Begitulah hidup. Kita mesti membuat keputusan, arah mana dan bagaimana untuk kita teruskan perjalanan. Dikala tidak tahu ke mana arah, pintalah petunjuk dari ALLAH!




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Thursday 9 December 2010

Anniversaryku ke 26

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Maha Suci Engkau Ya Allah,Dengan penuh kesyukuran ku panjatkan ke hadirat MU Ya Allah,Hari ini 9 Disember 2010, genap 26 tahun usia perkahwinanku. Tiada lafaz yang mampu aku ukirkan, selain rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah Ta'ala.


Jam 11:00 pagi , 9 Disember 1984 aku selamat di ijab kabulkan oleh abah di rumah tok cik, mak tiri abah. Aku dinikahkan oleh Tuan Guru Along Haji Ehsan bin Haji Basyuni.Maharku sebanyak RM80.


Sebaik sejurus diijab kabulkan, suamiku dibawa bertemu dengan ku di dalam bilik pengantin. Aku menanti penuh debaran, dengan berbaju songket kebaya hitam dan bersanggul lintang dihiasi bunga-bunga di kepala. Tidak ada sesiapa pun yang bukan mahram dibenarkan masuk kebilik itu.


Memang sengaja aku tidak memakai tudung kerana ingin mempersembahkan wajah asliku yang pertama kali dilihat oleh suamiku. Sebelum diijab kabulkan, aku dengan suamiku hanya bertemu beberapa kali sahaja. Itu pun pertemuan tanpa sengaja dari jarak jauh. Hanya sekali sahaja pertemun yang diatur,ia itu semasa berta'aruf kali pertama.


Sebelum taaruf, dan selepas taaruf,aku memang tidak pernah kenal langsung suamiku. Maklumat yang dikhabarkan pada kali pertama hanya nama,umur dan asal kampung halamannya sahaja.


2 minggu selepas taaruf, aku telah pun dipinang dan ditunangkan. Selepas bertunang sahaja,barulah suami ku mengutus surat,memaklumkan biodata diri. Sungguh formal bahasa di dalam surat-surat kami, teramat jauh bahasa ayat-ayat cinta.


2 bulan selepas bertunang,kami di ijabkabulkan. Alhamdullilah hari ini genap 26 tahun usia pernikahan kami.


Sebaik terjaga dari tidor, aku sudah teringatkan tarikh ini. Tak ada apa yang terlintas di dalam minda sebarang rancangan bakal dibuat pada hari ini. Jam 10:12 minit pagi,aku call zauj di pejabat,untuk wish anniversary kepadanya. Kelemahan zauj ku dari dulu ialah mengingati tarikh-tarikh penting. Tarikh lahir diri sendiri pun ,zauj tak pernah ingat,apatah lagi tarikh-tarikh penting yang lain. Sebab itu, aku sebagai Pembantu peribadi bertugas mengingat semua tarikh-tarikh penting kepadanya.


Ketawa zauj bila ku ucapakan "Selamat Ulang Tahun Pernikahan Yang Ke 26". Terus zauj tanya,"apa plan hari ni?" "Belum terlintas difikiran bang..."


Apa ya?....




Kiranya selepas bernikah, hubungan kami sangat intim penuh kasih sayang.Ibarat orang bercinta, dan cinta itu subur hingga hari ini. Indah dan mengasyikkan. Rumah tangga yang kami bina penuh dengan rahmat dan kasih sayang.

Dan memang ini doa yang selalu aku lafaz, panjatkan kehadirat Allah SWT;

Ya Allah,
Aku pohon pada MU,

Kurniakanlah
ke atas rumah tangga ku ini,

Kerukunan, kedamaian,
ketenangan,
Keselamatan,
Kesejahteraan, Kebahagiaan

di dalam redha MU,
rahmat MU
dan kasih sayang MU,

hingga akhir hayat ku,

di dunia dan di akhirat.


Kekalkan jodoh ku ini

hingga akhir hayatku
di dunia dan akhirat.

Satukan hati kami

dengan kasih sayangMU

Suburkan cinta kami
dengan
rahmat dari MU
Limpahkan hati kami berdua
dengan
ketenangan dan redha MU.

Ya Allah,
Kurniakan kepada aku,
zauj dan anak-anakku
Iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji
Pekerti yang mulia
Satukan kami sekeluarga
dengan ikatan akidah
dan kasih sayangMU.

Ameen...

Inilah doa yang selalu terdetik dihati ummi tidak kira bila masanya. Asal teringat sahaja zauj, terus ummi berdoa di dalam hati samada ketika tengah malam, ketika masak, ketika memandu, ketika sakit atau ketika sihat. Pendek kata selalu berdoa begini di dalam hati.


Catatan pada 9 Disember 2009 : Ulangtahun ke 25 Usia Perkahwinanku

Kisah pernikahan ku  :  Pernikahan ku


Kisah Perjalanan Rumahtangga ku  :  Memori Indah Seorang Isteri





Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.







Wednesday 8 December 2010

Citra Rasa Seorang Wanita

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Berat mata memandang, berat telinga mendengar, berat lagi diri yang menanggung masalahnya. Ujian ALLAH datang tanpa signal dan amaran. Bila sudah depan mata,suka atau tidak,wajib terima dengan redha.


Redha dan sabar, itu gandingannya. Orang lain hanya bijak berkata-kata,  menulis itu, menyarankan ini,  tapi bila mohon tindakan,  mohon perbuatan, semuanya menyepi dan menuding tangan sana -sini.


Dakwah itu memerlukan komitment yang bukan sedikit , yang bukan kecil dan bukan ringan. Bukan semudah melangkah melalui flyover untuk menuju ke syurga.


Dengan sepenuh kekuatan, sepenuh ketabahan mesti rempuh juga demi memudahkan laluan meniti sirajtulmustakim. Dengan khalimah La illah ha illah, teman dalam jiwa untuk memberatkan mizan ketika dihisab.


Semoga aku, suami,anak-anakku,anak-anak angkatku tabah dalam melalui liku-liku hidup yang penuh onak,duri dan ranjau ini.


Doa tulus yang penuh haraplah yang menjadi penawar di kala sendirian memohon rahmat dari Tuhan.  Mata  ini sentiasa basah mengukir titis-titis mutiara di penjuru mata.


Nasihat buat Yang Baru Menerima Hidayah dan kepada yang telah lama mendapat hidayah...

Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh kita lakukan antaranya ialah melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al Quran, solat tahajud dan bersedekah. Dalam keadaan kita melakukan aktiviti begini, jiwa dan hati kita akan terasa tenteram serta tenang. Keadaan ini akan menggalakkan diri kita untuk menambahkan amalan-amalan sunat dan dalam masa yang sama akan dapat mengukuhkan akidah. Walaupun perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi dengan melakukan dengan permulaan yang sedikit dan melakukannya setiap hari adalah cara yang terbaik untuk melakukannya.

Sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT juga boleh mengukuhkan akidah seseorang. Dalam kehidaupan harian kita, kita tidak pasti sama ada kita melakukan dosa atau tidak. Contoh dalam melakukan amalan seperti Solat, belum tentu kita khusyuk sepenuhnya. Jadi ini boleh mendatangkan dosa atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan pahala. Jadi langkah yang terbaik adalah dengan sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT. Sedangkan nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang maksum dari melakukan dosa sentiasa memohon keamunan, inikan kita yang tidak terlepas dari melakukan dosa.

Selain itu, bagi mengukuhkan akidah kita mestilah sentiasa mendalami pengetahuan dan ilmu keagamaan kita agar pengaruh-pengaruh dari luar tidak dapat mempengaruhi kita. Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita tidak akan terlepas daripada menerima pelbagai pengaruh sama ada baik atau buruk. Kenyataannya sekarang, ramai manusia yang bertambah cerdik, bijak dan pandai sehinggakan kepintaran mereka itu digunakan untuk membuatkan diri mereka terkenal. Ada segelintir manusia yang sudah terlalu pandai menganggap merekasebagai tuhan, rasul dan utusan-utusan tuhan. Dengan cara mendalami pengetahuan agama, kita akan mampu untuk menepis kenyataan ini agar tidak terpengaruh dan dalam masa sama akan meningkatkan kepercayaan serta keimanan kepada Allah SWT.

Mengukuhkan akidah bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, ia perlukan kekuatan iman. Ini adalah asas utama dalam mengukuhkan akidah. Persoalan iman dan akidah mestilah ditangani dengan sebaik-baiknya agar pada masa akan datang, anak-anak yang akan mewarisi kehidupan akan dapat hidup dalam suasana yang penuh harmoni, aman dan bebas daripada keruntuhan akhlak. Apa yang penting sekarang adalah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak bermula dari rumah. Pendidikan asas agama penting untuk mereka aplikasikan dalam kehidupan. Pendidikan dari rumah akan berlanjutan ke peringkat sekolah dan pada peringkat ini, guru-guru turut terlibat dalam mendidik anak-anak, terutamanya mendidik agama itu sendiri.


Selain itu cara untuk mengukuhkan akidah, menikahi mereka juga merupakan satu cara membantu mengukuhkan akidah mereka. Apabila mereka mengESAKan Allah, ada ibu bapa yang membuang mereka. Sedangkan mereka ada hati,ada perasaan, ingin berkasih sayang, ingin berkeluarga dan memiliki keluarga. Maka sewajarnya,kita yang menyokong dan membantu mereka. Bantulah dengan apajua,selaian kewangan, tenaga dan sokongan agar mereka mampu menjalani kehidupan seperti insan lain.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 7 December 2010

Hijrah Dalam Membina Bahagia Rumahtangga

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Bagaimana hijrah di dalam keluarga dan rumahtangga anda? Adakah masih mahu membiarkan keadaan rumahtangga yang beku dan dingin kepada rumahtagga hangat dan membahagiakan? Hijrah ke arah itu perlu agar rahmat dan kasih sayang melimpah-limpah...


Jika selama ini keadaan rumahtangga selalu gersang, beku dan kaku,cuba berhijrah membentuk sebuah rumahtangga yang nyaman, bercahaya dan ceria. Selalu tersenyum, banyakkan bersedekah, rajin menjamu tetamu dengan makan minum. Rahmat dan berkat akan melimpah ke atas rumahtangga yang sering dikunjungi oleh tetamu.


Sebab itu jangan mengeluh atau merungut jika ada tetamu datang tidak kira masa dan ketika apa pun. Tetamu yang datang itu sebenar hadiah dari Allah. Allah yang menggerakkan hatinya untuk bertandang ke rumah kita. Setiap tetamu yang datang pasti bersama rezeki dari Allah,beriring dengan doa. (Bukan tetamu tu yang bawa rezeki).


Makanan yang kita hidang menjadi berkat. Meraikan mereka menjadi kesukaan Rasullulah. Sesuai dengan doa yang kerap ummi lafazkan mohon, "Ya Allah, tanamkan dalam hati ku ini rasa kasih sayang dan cinta kepada MU dan Rasul MU. Bantulah aku untuk mentaati MU dan Rasul MU."


Sunnah meraikan tetamu, jika Rasullulah suka meraikan tetamu,suka memberikan tetamu makan,maka itulah yang kita ikut. Di situ ada keberkatan dalam rumahtangga. Tambahan sekiranya tetamu yang datang mohon untuk tumpang bersolat. Itu juga satu keberkatan dan rahmat dari Allah. Jadi ini hijrah paling ringan untuk kita amalkan. Kita mulakan dengan kerap menjamu jiran,sahabat dan saudara dengan makan minum untuk mengeratkan ukhuwwah dan silaturahim. Hijrah yang lain-lain tu kita ansurkan secara perlahan-lahan.


Bagiamana kisah hijrah bermula? Ikuti seteruskan tulisan ringkas ummi ini di Laman Forum Halaqahnet.


Diawal berkembangnya agama Islam,setiap manusia yang mentauhidkan Allah wajib berhijrah.Hijrah dari menyembah berhala kepada menyembah Allah Yang ESA. Namun ia berubah selepas itu: ‘Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah tetapi jihad dan niat (yang benar)’ , ‘Jihad berterusan hingga ke hari Qiamat’


Perpindahan yang mesti berlaku di kalangan orang Islam hari ini ialah berhijrah dari perkara yang dilarang Allah ‘Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang Allah’. Bagi seorang mukmin, falsafah hidupnya ialah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari muka lebih baik dari hari sebelumnya.


Berpindahnya Nabi SAW dari Mekah ke Madinah ialah bagi menegakkan Islam dalam bentuk syumul-peribadi, keluarga, masyarakat dan negara. Ia bukan hijrah dari satu tempat ke satu tempat sahaja. Hijrah membawa misi dan visi yang sangat hebat


Sikap umat Islam mesti positif dan pro-aktif. Ia ditunjuk oleh Nabi SAW dalam persitiwa hijrah ini. Apabila mengetahui orang Musyrikin mahu membunuhnya, terus Baginda bertindak menemui Abu Bakar dan menyiapkan perkara yang sepatutnya.


Nabi SAW sentiasa memandang masa depan Islam yang cemerlang. Dalam apa suasana sekalipun, Baginda tetap optimis dan positif terhadap Islam. Inilah sifat seorang pemimpin yang mesti diikuti oleh pengikutnya.


Dalam persitiwa hijrah, ketika hanya Nabi dan Abu Bakar berada di dalam Gua Thur-tiada PBB, tiada OIC, tiada negara dan bala tentera islam yang boleh membantu, Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar ‘Apa sangkaan kamu dengan 2 orang, Allah yang ketiga’, merupakan suatu tarbiyyah, keyakinan dan keimanan yang jitu diletakkan dalam dada Abu Bakar. Ketika Suraqah yang mengejar Nabi dari belakang mulai takut dengan kaki kudanya yang sentiasa tenggelam dalam pasir itu meminta keamanan dari Nabi SAW, Baginda berjanji kepada Suraqah untuk diberikan gelang Raja Kisra. Satu janji yang melihat masa depan yang gemilang buat Islam walaupun negara Islam itu belum kelihatan di depan mata.


Kita hanya tahu menyebut perkataan hijrah, tetapi tahukah kita dari mana,bagaimana perkiraan hijrah itu bermula dan diambil?


Ketika Khalifah Saidina Umar al-Khattab mengira-ngira untuk membuat satu tanda jelas bagi orang Islam tentang kalendar, banyak peristiwa penting yang boleh dijadikan batutanda itu. Peristiwa kelahiran Nabi SAW, Isra’ Mikraj, perpindahan dari Makkah ke Madinah, pelbagai peperangan yang berlaku sepanjang sejarah semuanya penting. Namun dari semua peristiwa penting itu, akhirnya Umar al-Khattab memilih peristiwa hijrah. Mengapa hijrah? Tentunya ada perkara istimewa dan kelainan berbanding dengan peristiwa-peristiwa lain.



Sebelum hijrah, Nabi SAW adalah Nabi. Demikian juga selepas hijrah. Tetapi selepas hijrah, Nabi bukan sahaja kekal sebagai Nabi, pangkat yang diberi oleh Allah tetapi juga menjadi ketua sebuah negara.


Walaupun Madinah kecil sahaja di waktu itu-kecil dari segi geografi, kecil dari segi bilangan penduduk dan kecil dari segi kuasa berbanding kuasa-kuasa besar yang sudah sedia ada ketika itu-Parsi dan Rom, namun Madinah menepati ciri-ciri sebuah negara menurut sains politiknya. Ada tanah dan bumi, ada pemimpin, ada rakyat, ada perlembagaan dan ciri-ciri lain.


Hijrah menjadi batas sempadan di antara tempoh Mekah dan tempoh Madinah. Ayat-ayat al-Quran berbeza dari segi uslub dan perintah-perintahnya. Justru, peristiwa hijrah ini sangat penting untuk dihayati oleh umat Islam agar maksud sebenar dari hijrah ini tercapai.


‘Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul...’



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.