BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Ujian. Show all posts
Showing posts with label Ujian. Show all posts

Monday, 6 February 2017

Postpartrum / Meroyan Selepas Melahirkan Anak


Meroyan Selepas Melahir
Apabila ada 2 kes keadaan ibu selepas melahirkan berada di dalam keadaan emosi tidak stabil, dan keadaan fizikal tidak stabil membuat saya risau. Postpatrum bukan boleh buat main main. Jadi apa apa payah nak menjawap banyak pihak.

Kita sudah berusaha mengawal tetapi tetap berlaku. Kes pertama minggu lepas, apabila ibu berada di dalam keadaan murung, menyendiri, menangis tanpa henti, hanya memangku tanpa menyusukan anak. Mula bercakap sendiri, nak balik, nak balik. Kes kedua, yang ibu demam tiba tiba sampai mengigil gigil tubuh badan hingga meracau racau kerana suhu badan yang tinggi. Bila saya bawa ke hospital kemungkinan gangguan emosi. Sebabnya semuanya ok, tekanan darah normal, darah ok, luka jahitan baik.

Memang sejak mengandung emak bapa menyarankan anak mahu diserahkan kepada keluarga angkat. Anak akur kerana belum beranak. Selepas saja beranak, itu yang terganggu dalam fikiran. Tambah berat apabila sejak melahirkan anak, anak ditempatkan diwad bayi. Bila ibu dibenarkan pulang ke rumah, bayi belum boleh bawa pulang kerana masih menerima rawatan di wad bayi. Pagi semalam, ibu pergi melawat anak, dapat peluk cium dan menyusukan anak. Sudah rasa sangat sayang. Balik rumah, ibu ada bercakap , mahu pelihara anak sendiri, tak mahu menyerahkan kepada keluarga angkat, tapi macamana dengan emak bapa yang tidak benarkan saya jaga. Kemudian dia menangis hingga mengigil gigil badan.

Dan mula demam, hingga membawa ke pagi. Mana payudara bengkak walaupun dibuat urutan, dipam bercampur dengan gangguan emosi dalaman.

Syarat Baitus Solehah

Emosi ibu ibu lepas bersalin samada bersuami atau tidak bersuami tetap terganggu. Ada suami, ada sokongan suami, emak mertua, bapa mertua, emak, bapa, adik , kakak ipar duai. Namun masih ada yang tidak stabil emosi.

Sedangkan emosi ibu ibu yang tidak punya suami lagilah berganda ganda jika kita tidak jaga mental sejak bayi dalam kandungan. Sebab itu saya letak syarat, jika nak suruh saya tarbiyah anak di Baitus Solehah, anak mesti dipelihara sendiri oleh ibu kandung. Jika paksa serah anak kepada keluarga angkat, mesti atas kerelaan ibu. Ibu hanya boleh buat keputusan selepas menyusukan anak selama paling kurang 10 hari.

Keluarga kena sokong. Biar pun sokong dari jauh, biar pun tak jaga dalam berpantang, tapi tanya khabar dan benarkan ibu tu menjaga anak sendiri.

Saya dapat feedback, mana mana ibu yang terpaksa, dipaksa menyerahkan anak kepada keluarga angkat menanggung gangguan jiwa dalaman yang menyedihkan. Dihadapan orang nampak mereka kuat sebenarnya mereka lemah dan tidak berdaya. Menangis berhari hari hingga kini walaupun anak sudah berumur 2 tahun. Penyesalan yang tidak sudah sudah.

Tambah tambah anak yang dipaksa serah kepada saudara mara, konon nak menolong. Bila sudah bertukar hak, payah nak dapat jumpa, bila jumpa nak bahasakan diri mama pun tak boleh. Siap diberi amaran, " kalau kau buka rahsia kau emak kandung, lepas ni dah tak boleh tengok anak lagi". Alangkah duka dan pahit rasanya.

Ada kes bekas pelatih BS tahun lepas, selepas sebulan melahirkan anak, ibu kandung yang telah berkahwin semula, datang jemput bawa pulang. Selaku waris, saya benarkan kerana yang jemput ialah ibu kandung. Sedangkan masa daftar masuk, datang sendiri, masa tu ibu kandung belum tahu pelatih ni telah mengandung.

Setelah mendapat sebulan tarbiyah, ada kesedaran, pelatih telefon ibu memaklumkan keadaan dirinya yang sedang mengandung. Ibu tahu dan beri sokongan terus berada di Baitus Solehah. 3 bulan kemudian selamat melahirkan anak perempuan comel, anak kacukan orang putih.

Setelah sehat, dalam lingkungan sebulan, selepas bayi mendapat suntikan imunisasi pertama, ibu kandung datang dan menyatakan hasrat mahu bawa pulang. Ibu bawa pulang ke rumah mengikut procedur Baitus Solehah.

Setelah 4 bulan dibawa pulang, saya mendapat panggilan telefon staff dari sebuah hospital di Pantai Barat, bertanya adakah saya mengenali nama sekian . Saya mengakui saya kenal. Saya tanya kenapa? Rupanya Miss H ditemui berbogel di subuh hari dalam keadaan hilang ingatan. JPAM jumpa dan bawa ke hosiptal. Apabila dirawat, Miss H cuma boleh sebut nama dirinya dan hafal nombor telefon saya. Bila staff hospital tanya nombor siapa, ummi. Sebab tu staff hospital telefon saya untuk mengenal pasti.

Saya akui saya kenal dan saya bercerita. Saya tanya staff adakah dia bersama anaknya, Staff jawap tidak ada. Saya dibenarkan bercakap sendiri dengan pesakit, dan saya tanya,

"mana anak kamu?"

Dia meraung, " Mak beri orang, bapa tiri tak suka anak saya sebab anak haram."

Allahu akbar. Kasihan dia meroyan disebabkan dipaksa berpisah dengan anak sehingga jadi tidak waras. Selepas itu saya berikan maklumat keluarga dan nombor telefon agar pihak hospital menghubungi waris, iaitu ibu kandung supaya dapat dipanggil untuk dinasihati.

Ini antara kisah 1 dalam beratus ratus kisah bekas pelatih BS. Depan kita waris manis berjanji akan sokong ibu menjaga anak sendiri, tetapi bila sudah tiba di rumah lain kisahnya. Saya pun tidak berupaya untuk membantu lagi.

Jadikan iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa yang sesuka suka memaksa bayi diserahkan kepada keluarga angkat. Memang maruah kena dijaga, bagaimana pulak keadaan gangguan jiwa pada anak. Penderitaan jiwa yang mereka tanggung hanya Allah yang tahu. Hanya yang benar benar kuat dan tabah berjaya melepasi ujian dengan iman.

Admin,

Muna liza binti Ismail

#BaitusSolehah

#Selamatkan2Jiwa

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday, 18 June 2013

Rezeki Kita Dalam Jaminan Allah


Usah risau hal rezeki
Saya tidak pernah risau hati terhadap apa yang dijamin oleh Allah s.w.t. dalam urusan rezeki.

Memang rezeki kita Allah yang menentukan. Hari ni, bila dapat saja panggilan telefon dari Pusat Kesihatan, terus saya capai beg sandang yang mengandungi fail dokumen anak-anak BS dan beg tangan. Saya tak de pernah periksa berapa duit yang ada dalam beg tangan tu.

Last saya berbelanja membeli barang keperluan harian minggu lepas. Stok susu ibu hamil, horlick, coklat, bijirin sentiasa cukup untuk anak-anak BS. Pemakanan mereka memang saya jaga, dan memastikan mereka mengambil makanan berkhasiat setiap hari. Jika saya tak keluar rumah bermakna, saya tak perlu keluarkan duit. Makan makanan stok yang sedia ada di dalam rumah. Alhamdullilah, rezeki Allah sentiasa ada.

Pagi Jumaat lepas, jiran rumah anak yatim hantar nasi ayam penyet dan pizza lebihan majlis tahlil malam tu. Hari Sabtu masak soto. Hari Ahad pergi kursus, petang ziarah jiran buat aqiqah. Jiran tu bekalkan lauk dan nasi. Hari Isnin, makan nasi berlauk ayam dan daging yang jiran bekalkan. Apa saya makan, semua anak-anak BS dan ahli keluarga makan. Tak ada yang memilih milih.

Hari ni, masa saya nak bayar pendaftaran masuk wad, baru terkebil-kebil selongkar beg tangan dan dompet. Cuma jumpa RM 2 saja. Syiling pun cuma ada 70 sen. Hahaha...camana nak bayar deposit RM 15 ni. Melihat saya nak mencari mesin ATM, staf pendaftaran kata tak apalah, nanti nak waktu discaj aja bayar.

Rupanya beg tangan saya ni cuma berat dengan buku, cermin mata dan dompet. Duit takde. Namun tetap Allah mempermudahkan urusan. Ketika saat lapar, ada orang lain tolong bayarkan masa di cafe JAIJ tadi tu.

Ketika di wad, saya nak turun beli keperluan, anak BS hulur duit RM 100, katanya, "hari tu, kakak WM datang ziarah, dia berikan duit ni untuk beli keperluan diri. Ummi gunakan lah duit ni beli apa-apa yang perlu." Macam dia tahu pulak, yang saya sedang tak ada duit, padahal saya tak beritahu apa-apa pun. Itulah rezeki namanya.

Saya yakin setiap sumbangan ikhlas penyumbang kepada BS sentiasa dirahmati Allah, selalu digunakan waktu yang benar-benar diperlukan. Moga sumbangan itu menjadi bekalan ketika di barzakh nanti.


Terungkap kata-kata seorang sahabat , " Muna Liza hang dah masuk golongan Tajrid.."

Oleh kerana ada kawan tulis perkataan tajrid, saya pun dah lama tak buka kitab, saya lupa maksud tajrid. Sebagai perkongsian, sapa-sapa yang nak tahu apa maksud tajrid, disini saya kongsikan ilmu.

Tajrid secara bahasa adalah mengosongkan sesuatu daripada yang lain. Maksud tajrid dalam pemahaman tasawuf bahwa jika kita sedang menghadap Allah, maka penuhkanlah perhatian hanya kepada Allah dan kosongkan perhatian daripada yang lain.

Demikianlah juga jika kita sedang mengerjakan sesuatu maka penuhkanlah perhatian kepada pekerjaan tersebut dengan niat kepada Allah dan kosongkan daripada yang lain. Kosongkan daripada yang lain dan hanya menghadapkan diri kepada Allah.

Ayat ke 5, surah Al-fatihah, bermaksud, " hanya ENGKAU yang kami sembah dan kepada ENGKAU kami mohon pertolongan." Patutnya masa baca ayat ni, kita kena fokus betul-betul. Begitu juga di saat kita sangat memerlukan pertolongan, kena fokus doa ni. Itu maksud mengosongkan hati selain hanya meminta pertolongan dari Allah Ta'ala.

Huraian detail tidak perlu dinyatakan di sini, cukup paling mudah nak faham maksud mengosongkan hati dari perkara lain melainkan kebergantungan kepada Allah semata-mata. Walau bagaimana pun asbab dan ikhtiar tetap ada dalam kita melakukan sesuatu pekerjaan. Harap jangan tafsir mudah dan salah, ilmu mesti ada supaya syaitan tak ambik kesempatan membolak balik hati.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Ambulance oh Ambulance



Bilik Saringan Ibu Bersalin HSAJB
Tak sangka hari ni saya pergi  Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru naik ambulance. Minggu lepas, 2 kali pergi Hospital Sultanah Aminah naik teksi. Jika pergi zauj hantar, baliknya naik teksi. Jika pergi naik teksi, baliknya  zauj yang jemput. Tapi hari ni, pergi naik ambulance, baliknya naik teksi sampai ke rumah.

Rutin harian berjalan seperti biasa. Selepas solat jemaah, ada Ta'alim subuh yang menyentuh kisah orang bertaubat. Tetap pengisian tentang iman. Selesai ta'alim, anak-anak BS bersarapan nasi goreng.

Saya meneruskan operasi mengemas rumah. Hari ni tergerak hati nak mengemas awal tanpa bersarapan terlebih dahulu. Meng'vakum' ruang utama dan mencuci pakaian. Sementara mesin cuci menjalankan tugas, saya keluar membantu zauj mencuci karpet. 2 helai karpet di cuci dan disental bersih.

Jam 8.00 pagi, sempatkan keluar seketika menghantar anak-anak BS ke Pusat Kesihatan untuk menjalani cek up antenatal dwimingguan. Bergilir-gilir. Minggu lepas orang lain,minggu ni orang lain. Jika bukan kes baru, saya tidak menemani mereka. Kebanyakkan staf sudah sedia maklum mereka anak buah BS.

Balik rumah, meneruskan operasi kemas rumah. Tak terasa masa berjalan, jam 10.12 minit dapat panggilan telefon dari salah seorang anak BS di Pusat Kesihatan, staff nurse minta saya datang ke sana, kerana salah seorang kena admit wad.

Kebetulan sebuah kereta pun tak ada di rumah ketika ni. Naza zauj guna untuk pergi kerja, hilux, anak sulong bawa ke KLIA, ada urusan, kancil Baihaqi bawak pi kolej, myvi menantu guna bawa pergi sekolahnya. Telefon jiran, jiran pun perlukan kereta untuk jemput anak yatim balik sekolah sebentar lagi. Telefon kawan pun sama juga, semua kereta sedang digunakan.

Tak ada pilihan, telefon zauj di tempat kerja, minta tolong jemput saya di rumah dan hantar ke Pusat Kesihatan.

Sampai di Pusat Kesihatan, rupanya ambulance dah standby untuk berlepas ke HSAJB. Menunggu saya tiba saja. Tak sangka pulak, saya naik ambulance hari ni ke JB. dalam ambulance cuma saya , pesakit dan seorang jururawat. 10 .53 pagi dah mula berlepas dan tiba di HSAJB jam 11.13 pagi. Terus di bawa ke bilik Saringan Bersalin untuk terima rawatan lanjut sebelum dihantar ke wad.

Selesai urusan pendaftaran wad, jururawat dan ambulance pulang semula ke Pusat Kesihatan TU. Tinggallah saya seorang menunggu di ruang menunggu. Sementara menunggu inilah baru saya rasa lapaar dan mengantuk. Baru teringat yang saya belum bersarapan apa-apa lagi pagi ni.

Doa-doa sampai terlelap. Perut yang lapar berirama minta diisi. SMS seorang anak halaqah, "salam Ti, ummi kat tingkat satu , bangunan wad kelas satu, kebulur ni, jom makan."

"ok, tunggu sana, saya ambik kereta."

Pergi makan kat cafe JAIJ. Kiranya waktu tu 12.25 tengahari. Makan tengahari. Oleh kerana lapar dan

Selesai makan, jam 1.35 tengahari, Ti hantar saya semula ke bangunan wad kelas satu. Pesakit sudah di letakkan di wad kelas 3 Timur bangunan induk.

Menapaklah saya ke Bangunan Induk, naik ke tingkat 3 menuju ke timur. Mencari katil nombor 24. Rupanya masa untuk makan tengahari dah berlalu. Turun semula saya ke tingkat bawah untuk membeli keperluan kebersihan diri. Pesakit juga lapar, menanti makan malam, lambat lagi.

Shower cream, shampoo, ubat gigi dan berus gigi. Air mineral, roti, biskut dan diapers new born. Pakaian lain dah memang ready dalam beg, maka masa saya nak datang ke Pusat kesihatan, saya tinggal capai saja lagi.

Alhamdullilah, dalam beberapa tempoh sebelum ni, saya dah banyak berpesan bagaimana mengerjakan solat di atas katil. Tak perlu jalan jauh ke surau, solat saja atas katil asalkan mengadap kiblat.Solat secara duduk seperti di rumah. Dah sarat ni pun kebanyakan solat dikerjakan secara duduk saja, maka mudahlah solat di atas katil asalkan menghadap kiblat. Sempat juga tadi saya capaikan al-quran terjemahan dan telekung agar selagi belum bersalin, dapat membaca quran.

Moga Allah mempermudahkan segala urusan dan hidayahNYA berterusan hingga hujung nyawa.
Dalam ambulance



dahaga, minum sampai dua gelas teh ais. Sambil minum selepas makan, kedengaran laungan azan. Hati sakit sebab tengok ramai lelaki dalam cafe buat tak dengar laungan azan yang berkemundang dari Masjid Sultan Abu Bakar yang jauhnya cuma sepelaung saja. Dah la tak pergi sahut seruan azan, bersembang gelak ketawa. Inikah imej sebuah jabatan agama? ok tak pe, mungkin orang luar yang datang berurusan, sangka baik, mereka tu musafir, tu yang tak nak solat zohor secara berjemaah. Agaknya kebulur seperti saya jugak.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 1 June 2013

Doktor Lelaki Sambut Bayi


bayi baru lahir
Jam 12.52 pagi saya, zauj dan seorang penghuni BS meredah laluan ke JB, cuma 18 minit saja zauj pandu kereta dah sampai Unit Saringan,HSAJB.


Seorang penghuni BS sakit perut, muntah-muntah. Oleh kerana sudah dalam semester ke dua ,28 minggu, bimbang juga sakit perut yang camana. Dia takde pengalaman sakit nak bersalin ke atau sakit sebab kesan muntah terlalu banyak.


Sampai Unit Saringan jam 1.10 minit pagi. Terus di sorong menggunakan kerusi roda masuk ke ruang rawatan. Tiba-tiba ada seorang-seorang menegur...

"cikgu Muna..."

Saya pandang arah suara, rupanya doktor bertugas menegur saya. MasyaAllah, anak didik saya semasa di SMKTUN dulu. Dah jadi doktor dan bertugas di Bilik Bersalin.

Ketika dalam perjalanan tak putus-putus saya berdoa agar dimudahkan segala urusan dan dikurniakan keselamatan ke atas penghuni BS.

Dan di sini, Allah mempermudahkan, menemukan saya dengan anak didik saya sendiri. Bila dia sudah menegur dan beramah bual dengan saya, maka mudahlah urusan lain-lainnya. Staf di ruang itu pun mudah untk berkomunikasi kerana kes yang saya bawa adalah kes 'unmarried'.

Setelah diperiksa dengan teliti, rupanya ada jangkitan kuman di saluran kencing. Beri ubat, dan boleh balik rumah. 2jam juga saya berada di Unit saringan HSAJB.

Jam 3.08 minit pagi sampai rumah, barulah lena seketika. Terjaga, tengok-tengok anak BS lainnya sudah siap menunggu untuk solat subuh berjemaah.


Saya tak ada ulasan untuk kenyataan artikel ini , "Doktor Lelaki Sambut Bayi" . Namun saya seperti memikirkan sesuatu apabila bertembung dengan doktor yang menyapa saya malam tadi ketika membawa salah seorang penghuni BS menjalani pemeriksaan kerana sakit dibahagian perut.

Memang yang berduit, boleh pergi hospital swasta, booking doktor wanita memeriksa mereka tetapi bagaimana yang takde duit dan terpaksa pergi hospital kerajaan?

Yang bertugas malam tadi di Unit Dewan Bersalin, dua-dua doktor lelaki. Sudah pasti jika ada kes, bidan wanita yang menguruskan kelahiran bayi akan memanggil mereka untuk menangani kes-kes kecemasan. Jika tidak ada kes kecemasan, memang bidan wanita akan menyambut kelahiran bayi tanpa bantuan doktor.

Sudahkah doktor wanita di Jabatan Obstetrics & Gynecology di Malaysia mencukupi untuk bertugas ikut shif dan oncall? Mungkin Jabatan lain tak perlu ada oncall malam-malam, boleh tunggu hari siang, tetapi berbeza keadaannya di jabatan Obstetrics & Gynecology. orang nak beranak mana pernah ikut masa. Sakit nak beranak bukan boleh diaturkan jadualnya.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 30 May 2013

Menyakini Perkara Ghaib


Bertemu Janji Allah
Kuliah zohor hari ini disampaikan sendiri oleh saya melalui kupasan buku TG Nik Aziz bin Nik Mat bab 31, "Sabar ketika Ditimpa Bala dapat Pahala Tanpa Hisab".

Amal yang banyak tidak semestinya berat dalam timbangan di akhirat kelak, kerana amal yang mempunyai nilai ialah amal yang ikhlas.

Berdasarkan nas Al-Quran dan hadith Rasullulah SAW bahawa 'mizan' (timbangan amal) adalah perkara yang haq, ia pasti terjadi di akhirat kelak dan ia adalah salah satu perkara yang wajib diyakini, sebagaimana wajibnya menyakini adanya 'sirat' atau jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga, perhimpunan di Padang Mahsyar dan sebagainya.

Menyakini hal berkaitan 'mizan', 'sirat', 'syurga', 'neraka', 'dosa' dan 'pahala' adalah termasuk dalam perkara perkara ghaib yang ada dalam rukun iman. Bab ini adalah kesinambungan dengan kupasan Rukun Iman yang disampaikan disetiap Tazkirah Subuh setiap hari di Baitus Solehah.

Di Baitus Solehah penekanan santapan rohani, makanan jiwa lebih utama dari lain-lainnya. Ini supaya walau dimana mereka pergi selepas keluar dari Baitus Solehah adalah keyakinan yang benar tentang keESAan Allah ta'ala.

Dengan keyakinan yang mantap terhadap keESAan ALlah akan membantu menunjukkan jalan yang lurus. InsyaAllah...


 
Kuliah Zuhor


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday, 28 May 2013

Pemeriksaan Kesihatan Ibu Hamil


Menjalani Pemeriksaan Kesihatan
Seawal jam 2.47 pagi saya mendapat panggilan telefon dari seorang gadis minta dijemput di Larkin Sentral. Gadis dari Shah Alam hamil 6 bulan.

Zauj menemani saya menjemput gadis tersebut. Say pesan gadis tu supaya cari lokasi ramai orang sementara tunggu saya tiba. Pulai Utama ke Larkin Sentral hampir 30 km, ambik masa 25 minit di waktu dinihari yang kenderaan lengan di jalan raya.

Yang bertemu cuma kereta peronda polis sedang menahan sekumpulan remaja. Mungkin remaja merempit.

Tiba di Larkin Sentral terus saya menuju ke Kedai Makan tempat di mana gadis itu menunggu. Katanya, sebelum saya tiba, ada seorang mamat menghampiri, mujur ada pemandu teksi yang sedang berkumpul berhampiran di situ yang menyuruh pemuda itu beredar. Rupanya mamat itu jual pil khayal yang jika gadis-gadis cuai , mereka akan campak pil dalam minuman. Mereka akan ajak berbual-buaal , konon seseolah beri perhatian pada gadis-gadis bermasalah. Bila gadis tu nampak lalok, mereka konon nak tolong hantar mana tempat gadis tu nak tuju. Itulah tektik memperdaya.

Alhamdullilah gadis ini terselamat dari diperdaya, dan saya bawa pulang ke rumah. Kesilapan lalu masih ada peluang bertaubat jika menemui jalan yang lurus. Jika sedang bermasalah, terpedaya lagi, akan menambahkan rumit laluan kehidupan, silap-silap dijadikan pelacur oleh mereka yang ambik kesempatan. Nauzubillah....mohon dijauhkan jalan itu dari kita semua.

Siang nanti 2 gadis penghuni baru Baitus Solehah akan dibawa ke Pusat Kesihatan untuk buka buku merah, pemeriksaan ibu hamil.









 Sebaik penghuni baru tiba di Baitus Solehah, perkara pertama ialah melakukan mandi taubat. Dan diajar solat taubat. Ia bergantung kepada tahap ilmu individu.

Seterusnya dari segi teknikal kesihatan, segera di bawa ke Pusat Kesihatan berdekatan pada hari klinik di buka untuk pemeriksaan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Hari ni bawa ke PKTU 2 orang penghuni baru, dan seorang penghuni yang tiba minggu lepas memerlukan pemeriksaan ulangan ujian darah.

Oleh kerana terlalu ramai orang, seorang yang perlu bertemu doktor terpaksa bertemu diwaktu petang. Rupanya waktu petang pun ramai orang. Dari 2.33 petang hingga 5.33 baru balik ke rumah.

Satu hari suntuk berada di PKTU menemankan mereka. Alangkah bagusnya jika ada Ipad, boleh menulis dan membuat kerja-kerja pengurusan walau dimana jua berada.


Semoga semua mereka di Baitus Solehah mendapat ampunan Allah dan taubat mereka diterima di dalam rahmatNYA.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday, 26 May 2013

Baitus Solehah Bukan Semata-mata Rumah Perlindungan


Tangisan Hamba Yang Mahu Bertaubat


Bertambah seorang lagi penghuni Baitus Solehah. Alhamdullilah, gadis yang bersekedudukan dengan boyfren sedia berhijrah ke Baitus Solehah dan meninggalkan kemungkaran.

Tepat jam 10.52 pagi tadi saya tiba di Pizza Hut Larkin Sentral untuk jemput dia. Saya tunggu hampir 30 minit dari masa yang dijanjikan. Bila dia lewat tiba, tidak putus-putus saya berdoa moga Allah mempermudahkan jalan baginya untuk bertaubat.

2 hari lepas dia sms saya menyatakan hasrat nak tinggal di Baitus Solehah. Sebab itu hari segera saya jemput dia. Saya tak mahu terlewat, takut dia tukar fikiran.

Moga gerak hatinya mahu berhijrah mendapat pimpinan Allah Ta'ala. Bila saya rasa dah lewat 15 minti dari masa yang dijanjikan saya yang risau. Takut boyfrennya tidak melepaskan dia. Alhamdullilah, 10 .33 saya nampak kelibatnya di tepi jalan raya. Ketika itu saya berada di dalam premis Pizzahut untuk memerhatikan adakah boyfrennya turut datang mengekori dia untuk mengetahui di mana Baitus Solehah.

Bagi saya inilah peluang terbaik untuk mentarbiyah mereka yang telah tersasar dan tergelincir dari jalan yang lurus.

Dalam perjalanan balik ke rumah ,kami melalui jalan yang bukan kebiasaan untuk mengelirukan jika kami diekori. Kami singgah Dewanraya Taman U untuk memenuhi jemputan walimah. Saya bawa gadis ini makan kenduri.

Lepas makan barulah kami balik ke rumah dengan rasa lapang dada kerana tak ada sesiapa yang mengekori kami.

Tiba di rumah, santai-santai berbual dengan penghuni lain untuk berkenal mesra dan taaruf.

Tiba masanya saya bertanyakan soalan asas fardhu ain. Mandi wajib. MasyaAllah, dia tak tahu mandi wajib. Tak tahu sebab -sebab mandi wajib dan tak pernah mandi wajib selama berusia 24 tahun.

Dia anak yang dilahirkan dari keluarga Islam, melayu. Mak ayah melayu beragama Islam, tetapi dia tidak tahu apa-apa tentang fardhu ain. Itu belum lagi kepada cara berwudhuk.

Saya belum cek lagi tentang syahadah. Allahuakbar...

Rupanya Allah kurniakan lebih besar tanggungjawab menubuhkan Baitus Solehah. Bukan mengajak orang tidak Islam menyembah Allah, tetapi mendidik orang yang dilahirkan Islam tetapi tidak tahu Allah dan tidak pernah menyembahNYA.

Saya tak perlu nak masuk atau keluar kampung tetapi mereka datang menyerah diri minta dibimbing, Subhanallah....

Moga-moga 'nur' Allah sentiasa bersinar dihatinya dan melimpahi kepada anak yang dikandung. Sudah 6 bulan berlalu dalam kandungan, moga cukup masa untuk dia benar-benar bertaubat dan bersih seperti baru dilahirkan. Dan anak itu sempat diberikan santapan rohani agar mudah dididik oleh sesiapa yang dikurniakan peluang menjadi keluarga angkatnya.


Pemulihan Akhlak dan Akidah


Baitus Solehah yang menjadi tempat perlindungan wanita kini menjadi tempat pemulihan akhlak dan pemulihan akidah juga.

Lepas zohor tadi berlangsung pengsyahadahan seorang penghuni yang baru tiba tengahari tadi.

Sebaik tiba diajar mandi wajib terlebih dahulu. Selepas itu barulah diajar mengucap syahadah.

Ketika mengucap syahadah bahasa arab, dia ikut sepatah-sepatah. Selepas berjaya melafaz syahadah bahasa arab, dia menangis tersedu-sedu sambil memeluk saya.

Sudah puas menangis barulah diteruskan ikrar syahadah dalam bahasa melayu.

Dan dia terus menangis mengenangkan dosa silam. Diterangkan hal taubat dan hal keluasan ampunan Allah.

Rupanya memang ibu ayahnya tidak pernah solat dan puasa. Kebetulan rupanya parasanya bukan persis melayu,maka tidaklah sesiapa ambil peduli hal ibadahnya ketika masih bersekolah dahulu.

Kasihan ya... siapa mahu dituding telunjuk kenapa anak yang dilahirkan oleh ibu bapa beragama Islam , hidup dalam lingkungan masyarakat Islam tetapi tidak menyembah Allah? Apatah lagi mahu mengamalkan syariat islam jika tidak ditunjukan jalan.


Sesiapa sudi, dijemput untuk bersama-sama mentarbiyah mereka ini. Dipersilakan...


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 4 May 2013

Anak Gadis Kamu Ibarat Bunga Baru Berputik

Sekuntum bunga
Adat berpisah dengan orang yang disayangi. Menangis setiap kali teringatkan ibu ayah. Kesal dengan perkara yang terjadi, namun masa tidak boleh diundur, hidup perlu diteruskan walaupun pahit dan sukar untuk menerima keadaan.

Sangat naif anak ini, tidak tahu apa terjadi pada diri,hanya bila merasa kelainan pada abdomen, keras dan bonjol, baru bagitahu ibu kenapa, perutnya keras.

Ibu ayah pun bawa jumpa doktor, alangkah terperanjatnya bila mengetahui ada janin...

Demi maruah dan masa depan anak dan bakal anak, maka perpisahan adalah jalan terbaik buat masa ini agar dia diasuh semula untuk mengenal kehidupan. Pengalaman yang dilaluinya menjadi guru paling kejam.


 Peringatan buat ibu bapa, bagitahu anak perempuan anda, jangan benarkan sesiapa pun sentuh alat sulitnya walaupun adik beradik, saudara kandung atau kawan-kawan sepermaian.

Bagitahu mereka akibatnya. Jangan terlewat mendidik anak-anak perempuan kamu tentang seks.

Menyesal kemudian tak berguna, Malu menerangkan akan mengadaikan maruah keluarga.


 Kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita...

Ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! !

Kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk, memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...

Sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari Rasulullah kalau bukan LELAKI???



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 4 March 2013

Kemana Kaki Mahu Melangkah



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Sebuah sketsa kehidupan. Seorang wanita dinikahi 20 tahun lalu di sebuah negara Timur Tengah. Apabila tamat pengajian, isteri dibawa balik ke Malaysia dengan seorang anak perempuan istimewa (palcy celebral).


Setelah usia anak gadis ini 19 tahun, bapanya telah 2 kali menceraikan isteri tetapi rujuk kembali. Setelah begitu lama bermastautin di Malaysia, masih belum mendapat taraf warganegara kerana kecuaian si bapa.


Bilangan anak makin bertambah kepada 4 orang. Kini ibarat gantung tak bertali, tidak tahu dimana mahu mengadu. Dengan anak istimewa, dengan diri yang berstatus warganegara asing, tidak boleh bekerja kerana status diri dan mempunyai anak istimewa, kemana diri mahu dibawa.


Anak nombor 3 seorang lelaki, berusia 15 tahun, tetapi jiwanya telah cedera, emosi terdera, makin gelap rasa dunia. Hanya Allah harapan yang ada.


Saya dipertemukan pada petang tadi dengan wanita-wanita ini. Memang dengan qudrat dan iradat Allah Ta'ala. Dengan izin Allah yang telah menggerakan hati saya dan hati mereka.


Sebelum bertemu wanita-wanita ini saya tergerak hati untuk menyemak kertas kerja Baitus Solehah Loving Centre. Dalam syarat kemasukkan saya telah mengubah kepada beberapa pindaan:

1. wanita (tiada had umur)
2. beragama Islam dan bukan beragama Islam.
3. warganegara dan bukan warganegara
4.bukan warganegara wajib memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit tinggal di Malaysia.
5.Tiada tempoh masa tinggal di Baitus Solehah.
6.Mangsa gejala sosial seperti penderaan, penganiyaan, pengabaian rumah tangga, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.
7.Bebas dari kes undang-undang.
8.Bersedia merubah diri dan menjalani bimbingan untuk taubat nasuha

Selesai pindaan, kertas kerja di cetak dan bercadang akan ke JKM apabila selesai urusan Pendafatran Pertubuhan.


Yang membuat saya terkesan, secepat itu Allah telah menghantar mereka yang bukan warganegara untuk menjadi penghuni Baitus Solehah. Tanpa tahu ke arah mana di tuju, pertemuan kami menjadi rahmat kepada dia. Menangis berjurai air mata kerana rasa bersyukurnya dia ada tempat untuk dirinya , anak istimewa nya berlindung tanpa tahu sampai bila.


Nikmat Allah manakah yang kamu dustakan? Saya hanya merancang atas gerakkan hati dari Allah. Dan semua ini adalah perancangan Allah yang diilhamkan.


Untuk dia pulang ke negara asal, tidak berdaya untuk berpisah dengan anak-anak yang berstatus warganegara Malaysia. Mahu tak mahu terpaksa menetap di Malaysia, perbaharui visa setiap tahun, tetapi tidak boleh bekerja mencari nafkah.


Sayu, hiba dengan nasib wanita-wanita pilihan yang kuat tabah dan sabar menghadapi ujian Allah Ta'ala.


Sekurangnya dengan kemahiran berbahasa arab dan mahir al-quran, Sudah pasti dia mampu untuk mengendali kelas pengajian Al-quran di Baitus Solehah nanti paling kurang untuk penghuni lain di Baitus Solehah.


Wanita kedua yang ditemui pula, bukan warganegara juga, mempunyai 3 anak yang bukan warganegara tetapi menetap di Malaysia.


Kelebihan dari yang pertama, mempunyai pekerjaan untuk menyara 3 anak. Diceraikan 2 kali, rujuk semula oleh bekas suami tetapi kini ditinggalkan gantung tak bertali.


Usia anak antara 1 tahun hingga 3 tahun. Jerit payah suami tidak menguruskan kewarnegaraan anak-anak maka setiap 3 minggu kena berurusan dengan pihak imigresen.


Jika ikut perintah suami, takpayah berurusan imigresen, tinggal saja secara illegal di Malaysia. Habis tu bagaimana dengan pendidikan anak-anak? Bagaimana urusan perawatan jika ada masalah kesihatan.


Teramat sayu dengan tindakan suami dan ayah yang begini. Tanpa pekerjaan, tiada nafkah untuk isteri dan anak-anak, hutang sana sini untuk menyara anak, selama mana saudara mara boleh bantu?


Rumah yang disewa sudah diberikan notis agar dikosongkan. Kemana kaki mahu melangkah angkut anak-anak yang masih kecil?


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Semua ini adalah urusan Allah yang mengerakkan hati-hati manusia.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 25 February 2013

Antara 2 Darjat



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Pergi menziarahi pesakit di hospital wad kelas 3 jauh berbeza keadaannya dengan wad kelas 1. Jauh sangat bezanya dari segi kemudahan dan layanan. Memanglah perbezaan tu kerana kos yang dibelanjakan untuk tinggal di wad satu dengan wad kelas 3. Yang saya bicarakan ,yang ajak berfikir ialah dari segi bicara dan layanan para perawat. Dari segi perkhidmatan perubatan tidak ada masalah dan perbezaan.

Wad kelas 1, makanan dihidangkan, boleh pilih menu Melayu atau barat
Makanan yang disediakan pun tak sama, cara hidang juga tak sama,bekas hidangan pun tak sama. Makanan di wad kelas 3 dihidangkan dalam tray, nasi putih atau bubur, ikan yang direbus, sayur dan sepotong buah. Di Wad kelas 1, boleh pilih menu makanan malaysia atau barat. Makanan dihidang dalam pinggan, menggunakan set hidangan, nasi putih, ikan atau ayam atau daging yang dimasak enak , sayur yang ditumis sempurna dan sop. Ada puding atau aiskrim atau buah-buahan.

Minuman samada coklat, susu, teh , kopi atau oren. Tetapi di wad kelas 3 cuma skyjus, kopi o atau teh o.

Ruang terbuka,katil disusun rapat-rapat



Di wad kelas 3, susunan katil rapat-rapat, ruang terbuka, ramai orang , kipas jauh dari katil pesakit dan suasana yang hiruk piruk dan menyebabkan ketenangan pesakit terganggu. Bilik airnya jauh di hujung sana.

Di wad kelas 1, dalam sebuah bilik samada seorang , berdua, bertiga atau berempat. Bilik air dalam bilik. Ada pendingin hawa, tenang dan sunyi. Ada TV dan sofa.

Yang heran kenapa sifat staf juga berbeza? Apakah dengan pesakit di kelas 3 sewenang-wenang untuk ditengking, diherdik dan dimarahi jika mereka tersilap kerana mereka tak tahu dan biasa dengan peraturan di wad. Contoh jika mereka terpaksa menggunakan soket untuk charge bateri telefon. Apakah tidak boleh bercakap lembut memaklumkan akan larangan tu.

Di wad kelas 1, layanan dan bicara semuanya lembut dan bersopan.

Suasana wad kelas 1


Padahal ketika belajar dan dalam kursus pengajian pasti ilmu yang disampaikan tu sama.

Apakah semasa dalam kursus ada subjek , membezakan adap, cara bercakap kepada pesakit di wad kelas 3 dan wad kelas 1?

Apapun terima kasih diucapkan kepada mana-mana staf perubatan dan perawatan yang mengamalkan etika 5 S. Bekerja dengan penuh beretika, dedikasi tanpa membezakan kelas wad pesakit.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday, 19 February 2013

Kisah Seorang Ibu Dan Bayinya




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"Hello, boleh saya bercakap dengan Nora?"
"Saya Nora. "
"Saya munaliza, dari Johor. Saya terbaca suatu komen nora dalam satu laman blog kata Nora nak beri anak pada orang. Anak dah beri pada orang ke?"
"Belum. Masih ada pada saya."
"Berapa umur anak tu?"
"14 hari, 4 Februari hari tu saya bersalin."
"Anak lelaki atau perempuan?"
"Perempuan."
"Berapa beratnya?"
"3.2 kg."
"Bersalin di mana?"
"Kat Hospital Swasta."
"Kenapa nak beri pada orang?"
"Saya nak anak saya dapat didikan sempurna, saya ni hidup pun tak tentu arah. "
"Nora kerja apa?"
"Saya kerja kerani kat syarikat pelancongan. Ni saya ambik cuti tanpa gaji 2 bulan. 1 Mac dah mula kerja, tak tahu nak letak mana anak ni. Jadi baik saya beri pada orang yang boleh dan mampu berikan pendidikan sempurna pada dia."
"Nora duduk dengan siapa sekarang ni?"
"Saya duduk sorang-sorang, beranak sorang, pembedahan pulak tu. Duit pun dah takde."
"Ok Nora, jaga diri baik-baik, nanti saya call Nora lagi ya."

Mula -mula yang terfikir nak usaha cari orang lain untuk ambik anak Nora. Lepas tu terfikir, kot lambat proses pencariannya. Saya bincang dengan zauj. Zauj kata, lambat-lambat nanti Nora stress dia lempar anaknya dari apartmen yang duduk tu.


Terus saya call semula, bagitahu, saya sanggup ambik anak dia. Saya nasihatkan Nora agar tenang, jangan stress atau berfikiran negatif. Sementara ni harap susukan anak tu dengan susu ibu.

Saya fikir daripada diluar kawalan Nora,dia lempar anak ke bawah, baik saya ambik dan selamatkan. Moga ada rahmat Allah kepada anak itu.

Ini saya post di status fesbuk pada 9.05 pagi pada 18 February 2013

Dan catatan di bawah saya post di status fesbuk jam 6.15 pagi 19 February 2013.

Selepas saya memaparkan perbualan di atas di laman fesbuk saya, ramai yang memberi respon, sehingga ada beberapa pasangan menawarkan diri untuk menziarahi nora. Untuk tidak menghilangkan kepercayaan Nora terhadap saya, saya hanya memberikan maklumat tempat tinggal Nora kepada sepasang  suami isteri untuk menziarahinya.


Tidak mahu menimbulkan rasa kebimbangan pada Nora kerana saling antara kami  saling tidak mengenali , sekadar berbual di telefon sahaja, maka saya berikan maklumat pasangan yang akan datang menziarahi Nora dan teman lelaki nora yang menjemput pasangan itu menuju rumah Nora tinggal.


Ikuti coretan yang saya sambung selepas dapat maklumat pasangan suami isteri ini ketika hadir menziarahi Nora. Mereka pergi pada malamnya , tarikh yang sama 18 February 2013.


Anak Nora sedang menyusu
Tentu ramai yang ingin mengetahui kisah seterusnya Nora dan anaknya. (Gambar menunjukkan bayi Nora dengan suami pasangan yang menziarahinya malam tadi, menyusu dalam dakapan hingga terlena)


Pendedahan kisah Nora semalam telah membukakan rasa kasihan, kasih sayang sesama saudara seagama terutama rakan-rakan fesbuk .


Ada antara yang ingin menghulurkan bantuan dan pertolongan segera. Dan sepasang suami isteri bersama anaknya telah sanggup meredah kesesakkan lalulintas di bandaraya Kuala Lumpur malam tadi yang kebetulan hujan pada petangnya. Sampai saja di rumah, mengerjakan solat maghrib dan mereka keluar semula menuju rumah Nora.


Mereka bawa sedikit keperluan bayi termasuk lampin pakai buang dan mandian bayi.


Mereka tiba di rumah Nora lebih kurang pukul 10.00 malam. Berada disebuah rumah flat kos rendah, rumah itu kosong tanpa perabut atau barang-barang kecuali sebuah peti sejuk lusuh yang mungkin ditinggalkan oleh penghuni sebelum nora masuk dan sebuah sofa.


Peralatan untuk bayi juga tiada. Sebab itu wajah Nora agak ceria bila ternampak lamping pakai buang dan mandian bayi ada bersama-sama barang keperluan lain.


Ketika tiba, bayi menagis dengan kuat kerana kelaparan. Saya di rumah juga mendengar dengan jelas suara bayi menangis. Pasangan suami isteri ini telah memasang loud speaker ketika bercakap dengan saya ditelefon sebaik mereka tiba di rumah Nora.


Memberikan sedikit panduan dan tunjuk ajar untuk merawat pusat bayi yang agak berair.


Sebaik tiba isteri, Mohamad Siss M Jamil, cik Kiah ( Zakiah Zakaria ) telah memangku anak tersebut. Tuan Siss pula terus memeluk bayi dan memberikan susu. Bayi itu benar-benar kelaparan, minum susu hingga sendawa dan lena.


Alhamdullilah saya dikurniakan ramai rakan-rakan yang prihatin terhadap permasalahan ummah.


Ini hanya secebis kisah dalam masyarakat yang kita tahu. Sebenarnya diluar sana masih banyak yang kita tidak tahu. Maka jadilah kita masyarakat yang peduli ummah. Jangan apabila telah terjadi sesuatu barulah kita sebuk nak menuding jari kesana kemari.


Setelah berbual dan memberi sokongan moral kepada Nora, Nora telah mengambil keputusan untuk memelihara sendiri anaknya. Maka kita kenalah juga ambik port untuk membantu Nora samada dari segi kewangan dan sokongan moral.


Sekiranya sesiapa yang ingin menziarahi Nora, nampaknya selepas pasangan suami isteri datang, Nora bersedia menerima kunjungan. Sebelum ini, Nora rasa keberatan takut didatangi oleh pihak berwajib yang mahu mengambil tindakan ke atasnnya.


Moga kita semua bersatu hati mendoakan yang baik-baik untuk ummah dan tunjukkan bahawa Islam itu bersaudara.


Persaudaraan Islam itu indah, saling ziarah menziarahi dan ambik tahu. Terima kasih kepada pasangan suami isteri yang telah datang menziarahi Nora , semoga hidup kalian sekeluarga sentiasa di rahmati Allah Ta'ala.


Sebenarnya saya tahu dan mendedahkan kisah Nora dan anaknya ini pun apabila saya menjumpai komen Nora di sebuah blog. Saya terpanggil untuk menelefon Nora untuk mengetahui keadaan anaknya. Rupanya ia telah menjadi asbab untuk kita membantu.


Alhamdullilah kerana Allah membuka rasa untuk kita peduli hal-hal ummah.


Ini coretan Nora yang saya terpanggil untuk menelefon dan ambik tahu kisah dirinya.

"MamaLuvBaby said...

Salam..Saya baru melahirkan seorg baby perempuan pada malam kelmarin.Saya ingin meminta jasa baik kepada pasangan yg masih belum mempunyai cahaya mata untuk mengambil anak saya sebagai anak angkat.Ini kerana saya merupakan wanita yg terlanjur dan melahirkan anak tidak sah taraf.Tetapi ada satu masalah yg ada pada bayi saya dimana dia dilahirkan cacat fizikal yg mana telinga dibahagian kirinya tidak mempunyai cuping dan juga lubang telinga dibahagian kanan sempurna.Tapi doktor mengesahkan yg telinga itu masih boleh disembuhkan sebelum baby ini membesar.Jadi kepada yg sudi mengambil bayi ini diharap dapat menjaga dan menolong untuk melakukan treatment utk bayi ini..Ini kerana saya sendiri tidak mampu utk menjaga kerana saya melahirkan bayi ini melalui kaedah pembedahan..Jika sudi menolong dgn ikhlas sila hubungi saya di nombor berikut 017-xxxxxxx.Saya Nora..
February 5, 2013 at 7:24 PM "


Betapa sedikit keprihatinan kita kepada Nora telah menyelamatkan anak Nora dari berpisah dengan ibunya. Nora sayang anaknya dan mengambil keputusan bijak tidak jadi beri anaknya pada orang lain.


Anak Nora



Hari  ini ramai yang menyatakan kesediaan untuk memberikan pertolongan pada Nora. Ada yang ingin menyumbang keperluan bayi dan keperluan ibu selepas bersalin. Alhamdullilah...


Ada yang telah merancang untuk menziarahi Nora untuk memberikan tunjukajar penyusuan bayi melalui payudara. Nora hanya memerah susunya ke dalam botol dan memberikan kepada bayi. Dia kata bayi tak mahu hisap payudaranya. Bagi saya kemukinan besar Nora tidak tahu teknik penyusuaan yang betul.


Hari ni, nora telah membawa anaknya bertemu doktor, dan doktor pakar telah menguji tahap pendengaran bayi berikutan kecacatan fizikal bayi tidak mempunyai cuping dan lubang telinga sebelah kiri. Pendengaran ditelinga sebelah kanan sempurna , sebelah kiri masih perlu dilakukan beberpa ujian lagi.


Saya memberikan nasihat agar Nora sabar hadapi ujian dan yang penting insaf, ambik iktibar dan bertaubat nasuha. Nora telah dapat menerima kunjungan dan pertolongan orang yang memang benar-benar ingin membantunya.


Semoga kita semua terus menjadi antara orang-orang yang peduli saudara dan masyarakat. Semua orang Islam adalah saudara kita, Sebesar mana kesilapan dan dosa yang dilakukan,  jika dia bertaubat. Allah tetap mengampunkan. Maka sebagai ummah seakidah kita harus bersaudara, saling ingat mengingati dan saling berpesan dengan kesabaran.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Monday, 18 February 2013

Bantuan Untuk Rawatan Hemodylisis



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ini catatan 22 jam yang lalu, sekitar pukul 9.00 pagi pada 18 February 2013.


Sat, saya nak pi rumah seorang yang perlukan makanan,tadi saya call tanya keadaannya, dia demam dan tak boleh bangun, sedangkan dia buta.


Balik nanti saya cerita, nak tengok dan bawa makanan dulu.


Saya call wanita tu untuk bertanya, jadikah pergi ke LHDN untuk untuk bertanya tentang BR1M yang dia layak terima. Rupanya dia dah dapat bantuan tu pada minggu sebelumnya.


Lepas saja dia bagitahu, belum makan dan tidak sihat, maka  terus saya ke rumah yang dia tumpang sekarang selepas keluar dari Pusat Perlindungan Wanita Johor.


Masa saya sampai rumah tu, lihat keadaannya. Sediakan makanan dan minuman.


Kit untuk Suntikan insulin
Selepas makan nestum dan minum susu, dia minta tolong suntikkan insulin.Sedihnya saya tak reti nak suntik insulin. Pertama kali saya lihat kit untuk suntik insulin, camana saya nak lakukan.


Mata  wanita ini buta, kena buat rawatan hemodylisis 3 kali seminggu di pusat hemodylisis berhampiran tempat tinggal dan kena suntik insulin setiap hari. Dengan masalah penglihatan dan fizikalnya yang lemah menyebabkan pergerakkannya terbatas disekitar kawasan yang sering dilalui di dalam rumah kediaman itu saja.


Saya nak bawa balik rumah, dia tanya nak letak dia di tingkat berapa, "saya kata tingkat 2. Kat bawah, bilik kecik dan sempit."


Dia kata payah dia nak naik tangga nanti. Lagi pula, pemandu van yang tolong jemput dan hantar ke pusat hemodylisis payah nak cari rumah saya.



Jadi saya tak jadi bawa dia balik ke rumah. Sebelum saya bergerak ke rumahnya, dah bincang dengan zauj, sekira keadaannya tidak baik, saya nak bawa balik ke rumah agar saya boleh merawatnya di rumah saja.



Saya bersama wanita buta itu
Wanita ini berusia  45 tahun, ada seorang anak lelaki yang masih bersekolah, berada di tingkatan 5 sekolah berhampiran rumah. Wanita ini memang ada ahli keluarga tetapi menetap di KL. Dia ni pulak tak upaya pindah di KL kerana memerlukan khidmat hemodylisis 3 kali seminggu. Di JB kos hemodylisis di tanggung oleh SOCSO dan Baitulmal Johor. Sekiranya berpindah tinggal bersama keluarga di KL, tiada siapa mampu biaya kos rawatan hemodylisis. Lagi pula anaknya  mohon diteman  dulu sehingga SPM ni. Mereka duduk sebilik berdua beranak. Anak tidak sanggup berjauhan dengan ibunya.


Bukan tidak boleh mohon bantuan Baitulmal di Wilayah Persekutuan, tetapi ada syaratnya. Sekurang-kurangnya menetap 5 tahun sebelumnya sedangkan wanita ini telah menetap di Johor hampir 20 tahun.

Ada apa-apa buah fikirankah untuk membantu wanita ini?


Oleh itu, jika kita rasa susah, ada orang lebih susah dari kita, jika kita sakit, ada orang lebih sakit. Usah mengeluh jika Allah berikan ujian. Setiap orang akan diberikan ujian, tetapi ujian tu tak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Banyakkan bersyukur dan bersabar bila diberikan ujian dalam perjalanan hidup ini.


Nampaknya saya kena segerakan buka rumah perlindungan ni, sewa rumah teres setingkat agar mudah ahli rumah untuk bergerak.






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 7 February 2013

Ketika Menjaga Pesakit



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Terlantar sakit
Ajaran Islam menuntut umatnya supaya memenuhi tuntutan persaudaraan Islam dengan mensyariatkan berbagai-bagai amalan termasuk amalan menziarahi orang sakit. Tuntutan ini sebagaimana pesanan Rasulullah kepada umatnya yang berbunyi (al-Bukhari, 1994: 4777; Muslim, 2001: 3848, al-Nasa’i, t.t.: 1913; Ahmad, 1994: 17900):

عَنْ الْبَرَاءِ بْنُ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَمَرَنَا النَّبِيُّ T بِسَبْعٍ وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ أَمَرَنَا بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجِنَازَةِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ وَإِفْشَاءِ السَّلَامِ وَإِجَابَةِ الدَّاعِي

Maksud: “Al-Bara` bin Azib r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. telah memerintahkan kami tujuh perkara dan juga melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan kami untuk menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, menjawab orang yang bersin, menunaikan sumpah, menolong orang yang terzalim, menyebarkan salam dan memenuhi undangan.” (Al-Bukhari dan Muslim)





Antara hikmah menziarahi orang sakit ialah:



Dekat dengan Rahmat Allah S.W.T.

Dalam satu hadith  menjelaskan bahawa seseorang yang menziarahi orang sakit ini seolah-oleh dia menziarai Allah S.W.T. sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda (Muslim, 2001: 4661),

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ T إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَا ابْنَ آدَمَ مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ عَبْدِي فُلَانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ

Maksud: “Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah S. W. T. berfirman pada hari kiamat, “Wahai anak Adam! Aku sakit mengapa engkau tidak menziarahiku.” berkata seorang hamba, “Wahai Tuhan bagaimana aku boleh menziarahimu sedangkan Engkau merupakan Tuhan Pentadbir seluruh alam. Lalu Allah S.W.T. berfirman, “Sesungguhnya hambaku yang bernama pulan sakit dan engkau tidak menziarahinya, ketahuilah sekiranya engkau menziarahinya nescaya engkau akan mendapati-Ku di sisinya.” (Muslim)

Maksud hadis ini ialah seorang yang menziarahi orang sakit seolah-olah dia menziarahi Allah yang sedang sakit walaupun pada hakikatnya Allah S.W.T. terkaya daripada terkena sakit.




Adap-adap dan tatacara yang baik ketika menjaga pesakit atau menziarahi pesakit.




Ketika saya sakit terlantar tidak berupaya, saya suka jika yang menjaga saya  dan yang datang menziarahi saya berbuat begini (yang mahram dengan pesakit). Begitu juga  dengan orang lain yang sakit.



Ramai pesakit  mungkin malu dan segan untuk meminta, jadi sebagai penziarah, kita cuba cari ruang-ruang untuk kita membantu pesakit yang terlantar. Ini penting terutamanya kepada anak-anak yang meneman atau menjaga ibu bapa yang sakit dan kepada saudara mara yang datang menziarahi ibubapa yang sakit.



1) Sekiranya nampak lemah dan tidak bertenaga. Alih-alihkan tubuh. Tekan dan urut bahagian pinggul dan picit-picit betis dan lengan.

2) Gosok sendi-sendi bawah lutut, buku lali, bahu, leher dan pusing-pusingkan jari.

3) Picit-picit kepala, urutan atas alis mata dan bukakan rahang mulut.

4) Trim misai, janggut, kuku kaki dan tangan. (sekiranya pesakit tu lelaki) supaya tetap nampak kemas.

5) Lap badan dengan tuala kecil yang direndam pada air suam.

6) Basahkan bibir dengan air di jari.

7) Bacakan Yassin dan elakkan perbualan sia-sia. Jika ada saudara mara berkumpul, dahulukan urusan dengan pesakit kemudian barulah bertanya khabar saudara yang lain.

8) Penuhi permintaan pesakit. (yang perpatutan)

9) Salin tempat tidur dan pakaian pesakit.


Jangan biarkan ada bau yang tidak menyelesakan disekitar pesakit, kerana ia mungkin mendatangkan aib terutama bau hancing. Kemas dan rapikan ruang pesakit ditempatkan agar mudah untuk tetamu menziarahi pesakit.



Orang yang menjaga pesakit mestilah sabar. Kesakitan yang didatangkan kepada pesakit merupakan ujian kepada  pesakit sendiri dan kepada orang-orang berada hampir dengan pesakit. Adakah kamu sabar, tabah dan redha untuk menerima ujian ini.


Masih ingat lagi, saya pernah bertanya pada zauj yang rajin menemankan saya apabila ada temujanji di Jabatan Pakar Psaikatri di Hospital Sultanah Aminah,

"abang tak malu ke temankan ummi kat sini?"

"nak malu apa, isteri abang, bukan isteri orang." jawab zauj.

"abang tak malu orang kata isteri abang sakit jiwa, bawa bakul sana sini?"

"tak malu, bawa bakul saja bukan buka aurat."


Ketika itu saya sedang menjalani rawatan dibahagian perubatan jiwa, suka yang ekstrim pada bakul. Suka sangat dengan bakul hingga ketika zauj ke Sarawak atas urusan kerja pun beli beberapa buah bakul di sana untuk dihadiahkan kepada saya.


Ramai orang kagum dengan kesabaran, ketabahan zauj menjaga  ketika saya sakit. Sesungguhnya hanya Allah yang membalas segala kebaikkan berganda yang zauj lakukan kepada saya.


Semoga boleh menjadi panduan kepada anak-anak, adik kakak atau sesiapa sahaja yang menjaga dan menziarahi pesakit.






Dari Ummu Salamah RA katanya: Rasulullah SAW telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi SAW menutupnya, kemudian baginda bersabda: "Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu)," (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah (menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu Baginda SAW bersabda: "Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa yang kamu katakan - baik atau buruk", kemudian Baginda SAW berdoa dengan sabdanya: "Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama-sama orang yang mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya." (Riwayat Muslim)


Huraian Hadith: 



Hadis di atas menyebut bahawa mereka yang menziarahi orang sakit dituntut supaya berkata atau menyebut perkara baik saja. Ulama' ada menerangkan bahawa antara kata-kata baik itu ialah menghiburkan hati orang sakit dengan menyatakan sakitnya ringan dan akan sembuh.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday, 18 January 2013

Bagaimana Boleh Terlanjur



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Maha Suci Allah lindungilah kami dan anak keturunan kami dari melakukan perkara mungkar dan maksiat.




Semalam, 2 kes menangani gadis hamil tanpa suami. Seorang berusia 17 , baru lepas menduduki SPM. Seorang berusia 24 tahun, baru tamat latihan kursus Diploma.




Kes 1

Bila diselidiki melalui telefon, suaranya halus dan manja, bagaimana boleh terlanjur, gadis selepas SPM tu kata,

"mak ayah saya selalu balik kampung, bila mereka balik kampung, saya tak nak ikut, jadi mereka benarkan saya tidor rumah kawan."

"Saya anak tunggal, jadi takut tinggal sorang-sorang di rumah"

"Kawan tu siapa?" Tanya saya.

"kawan tu junior saya, tingkatan 4."

"kawan tu tinggal dengan siapa?"

"dia tinggak dengan famili la, bila saya tidor rumah dia, saya tidor sebilik dengan kawan saya tu?"

Terperanjat besar saya bila dia kata tidor sebilik dengan kawan lelaki,walaupun usianya baru 16 tahun.

"mak ayah kawan tu tahu atau tidak awak tidor sebilik?"

"tahu, tapi mereka percaya kami tak buat apa-apa, cuma kawan-kawan gitu saja."

"habis tu camana awak boleh mengandung ni,kalau tak buat apa-apa, awak kena rogol ?"

"tak rogol, sebab buat suka sama suka."

"sekarang dah berapa bulan?"

"dah 2 bulan saya tak datang period, saya takut ummi, tak tahu nak buat apa."

"awak nak buat apa dengan anak tu?" "Ada terfikir nak gugurkan?"

"saya nak pelihara anak , sekali dah buat dosa, tak kan nak buat lagi dosa. Saya ada kos nak biaya bersalin, tapi saya takut kena tangkap polis "

"nak ulang lagi ke?"

"tak nak, serik, ini pun dah takut sangat-sangat. Nak buat camana ni ummi?"

"mak ayah awak dah tahu?"

"tak, saya tak berani nak bagitahu?"

Maka seterusnya panjang lebarlah bebelan saya...

Cuma di sini, beberapa yang kita boleh simpulkan untuk kes ini.

1. gadis ini bukan menghadapi kekurangan kasih sayang.
2. gadis ini bukan jenis suka berkeliaran
3. gadis ini bukan kekuraangan perhatian.
4. gadis ini menutup aurat

Tetapi kenapa boleh terlanjur juga?



Satu faktor utama gadis ni takut nak bagitahu keluarganya ialah ayahnya ahli jemaah surau yang komited, ibunya bertudung labuh, anak ini mendapat didikan agama dan kawalan sosial yang baik.


Oleh itu wahai  ibu bapa datok nenek, jagalah sebaik habis anak gadis kamu sebabnya ada berbagai cara syaitan menghasut manusia agar melakukan dosa besar. Adakah kes begini ujian atau musibah?







Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Sunday, 30 December 2012

Risalah Untuk Para Pesakit



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Pesan Badiuzzaman Said Nursi kepada pesakit (Risalah Untuk Para Pesakit)

Terlantar sakit di wad HSAJB
Kepada pesakit yang kebuntuan/ Kritikal

Janganlah anda gelisah. Bersabarlah! Penyakit yang anda hadapi bukanlah penyakit buat anda, tetapi ia adalah sejenis penawar.


Usia menjadi panjang disebabkan penyakit, sehingga diungkapkan: “Aduhai alangkah panjangnya masa musibah dan pendeknya masa kemewahan”.


Kepada pesakit yang kurang sabar!

Bersabarlah! Bahkan bersyukurlah! Sakit yang anda alami boleh menukarkan beberapa minit umur anda menjadi beberapa jam ibadat. Ini adalah kerana . Seseorang yang ditimpa musibah penyakit akan meminta perlindungan kepada Allah s.w.t., mengharapkan pertolonganNya dan memohon bantuanNya.. Dengan tadharru’ tersebut dia akan memperolehi suatu ibadat maknawi yang ikhlas dan bersih suci daripada sebarang perasaan riak.


Terdapat beberapa riwayat sahih yang mengatakan umur seseorang mukmin yang bercampur dengan sakit adalah dianggap sebagai ibadat, dengan syarat tidak berkeluh kesah dan tidak berputus asa terhadap rahmatNya. Ada juga riwayat mengatakan satu minit kesakitan yang dihadapi oleh orang-orang yang bersyukur dan sabar adalah dianggap menyamai satu jam ibadat yang sempurna.


Kepada pesakit yang tidak mampu bersabar!

Tujuan manusia dihidupkan ke dunia ini bukanlah untuk berseronok dan bersedap-sedap. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang muda akan menjadi tua.


Manusia datang ke dunia ini bukan untuk menghabiskan kehidupan dalam keadaan mewah, bahkan kedatangannya ke dunia ini bertujuan agar dia memperolehi kebahagiaan hidup yang kekal dan abadi.. Jika tidak mengalami sakit, seseorang itu akan hidup dalam keadaan alpa kerana sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat.


Kepada pesakit yang mengadu kesakitan!

Ketahuilah bahawa anda tidak berhak untuk mengadu. Bahkan anda berkewajipan untuk bersyukur dan bersabar sahaja. Kerana anggota tubuh badan luaran dan dalaman anda, bahkan diri anda sendiri bukanlah milik anda. Anda tidak membuat sendiri. Anda juga tidak membelinya daripada mana-mana syarikat atau kilang. Oleh itu, ia adalah milik pihak lain. Pemiliknya boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakinya terhadap barangan miliknya.


Kepada pesakit yang sedang diuji!

penyakit yang dihadapi oleh segolongan manusia merupakan satu bentuk ihsan Ilahi dan hadiah dari Maha Pemurah.


“Wahai saudaraku! Saya tidak menentang penyakit yang anda hadapi. Saya juga tidak merasa kasihan terhadap anda atas penyakit yang anda hadapi sehingga membolehkan saya melakukan doa untuk anda. Mudah-mudahan anda terus bersabar dan teguh pendirian menghadapi penyakit ini hingga akhirnya anda sembuh dan kembali sihat walafiat. Kerana selepas penyakit ini selesai menjalankan tugasnya, al-Khaliq al-Rahim, Tuhan yang Maha Pencipta lagi Maha Penyayang itu pasti akan menyembuhkan anda, insyaAllah”.


Oleh itu, sebenarnya penyakit anda adalah ibarat kesihatan bagi anda. Manakala kesihatan yang sedang dinikmati oleh sebahagian manusia pula adalah seperti penyakit buat mereka”.



Kepada pesakit yang mengadu kesakitan!

Saya bertanya kepada anda tentang hari-hari lalu yang bahagia lagi penuh kenikmatan Sudah pasti anda akan melepaskan nafas kelegaan seraya berkata “Alhamdulillah, syukur”.


Apabila terkenang penyakit dan bencara yang anda hadapai maka hati atau lidah anda akan berkata: “Alangkah sedihnya! Alangkah dukacitanya!”.


Oleh kerana kelazatan selama satu hari yang diperolehi melalui jalan yang tidak syar’ie kadang-kadang akan menyebabkan seseorang berada dalam keadaan kesakitan maknawi selama setahun genap. Begitu juga kesakitan yang terhasil daripada penyakit sementara yang dialami selama sehari akan membuahkan kelazatan maknawi selama beberapa hari, kerana ia dicelahi oleh balasan pahala. Ia juga membuahkan kelazatan maknawi yang lahir daripada kesembuhannya daripada penyakit tersebut. Oleh itu, anda hendaklah benar-benar ingat akan natijah daripada penyakit sementara yang anda alami. Fikirkanlah tentang besarnya balasan pahala yang diharapkan terhasil melalui celah-celah penyakit yang anda hadapi. Bersyukurlah , bukan mengadu kesakitan. Katakanlah: “Ya Allah! Setiap keadaan akan berubah…”.



Sumber Abdul Latip Talib | Penulis Novel Sejarah






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.