BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 31 August 2009

Ujian Buat Yang Beriman

Setiap kali kita berbicara berkenaan dengan dugaan orang yang beriman, kita seringkali diberitahu dugaan orang yang beriman cukup berat. Lalu kita diberikan contoh-contoh dugaan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Kita ditanamkan terus dengan cerita-cerita bahawa alim ulama sebelum kita terpaksa bersusah payah menghadapi dugaan mereka. Cerita-cerita dugaan orang yang beriman ini sedikit sebanyak menanamkan satu persepsi di dalam fikiran kita bahawa kita juga pasti akan diduga dengan dugaan yang berat jika kita ingin menjadi orang yang beriman. Tidak kurang juga ramai yang tidak mahu beriman kerana bimbang dengan dugaan yang berat yang bakal menimpa. Kesilapan bertahun-tahun di atas persepsi ini membuatkan beriman itu seolah-olah menyusahkan iaitu pasti akan menempuh dugaan yang besar. Namun realiti dan hakikatnya tidak begitu. Kita terlupa atau tidak sedar bahawa sebenarnya kehidupan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda cukup bahagia dan tenang. Baginda dan sahabat tidak pernah mengeluh dengan semua dugaan yang dihadapi kerana keyakinan kepada Allah SWT cukup kuat dan kukuh.

*********************************************************
Persepsi yang selalu dikatakan hanyalah persepsi kepada yang melihat. Kita melihat dugaan orang yang beriman adalah cukup hebat dan berat. Tetapi bagi orang yang beriman itu, hakikatnya mereka menghadapi dugaan dengan cukup tenang dan dugaan itu tidak langsung memberikan apa-apa masalah dalam kehidupan mereka. Seharusnya kita melihat hal ini dari persepsi orang yang beriman itu sendiri. Maka sebenarnya dugaan yang dihadapi oleh orang yang beriman itu sebenarnya hanyalah kecil atau langsung tidak dinamakan dugaan bagi orang yang beriman itu. Semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang kita perlu lalui dengan berserah, pasrah dan redha. Maka tidak perlulah kita bimbang dengan dugaan yang datang apabila setiap hari kita ingin berada dekat dengan Allah SWT. Semakin kita hampir dengan Allah SWT, semakin kukuh keyakinan kita kepada ketentuan Allah SWT. Kita akan berasa semakin ringan dugaan yang menimpa walaupun mereka yang melihat dugaan yang kita hadapi merupakan dugaan yang besar.

****************************************************************

Orang yang beriman itu apabila ia mendapat nikmat-nikmat dari Allah, ia malah semakin bersyukur & merendah diri kerana menyedari hakikat kehidupan di dunia ini yang tidak kekal & fana. Ia sentiasa merasa kerdilnya diri & insaf bahawa Allah Yang Maha Memberi juga Maha Berkuasa mengambil kurniaan-Nya pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Kemudian pula jika ia ditimpa musibah, orang-orang mukmin itu tetap saja bersyukur, tunduk & sujud kepada Penciptanya kerana menyedari akan hakikat kehidupan di akhirat. Bersederhana dan kekal tawaduk, itulah bahagia yang membahagiakan diri (bahkan mungkin orang-orang disekeliling kita) – dalam apa jua suasana.

Allah berfirman dalam al-Quran :“Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar.”
(Surah Al-Baqarah , ayat 153)

Semoga setiap saat iman kita akan bertambah, amin...


Saat kekalahan itu bermula bila kamu lemah dalam perjuangan dan saat
kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu."
(Sayyid Qutb)

Monday, 24 August 2009

Makna air mata insan

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

# Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
# Menangis kerana rasa takut.

# Menangis kerana cinta.
# Menangis kerana gembira.

# Menangis kerana menghadapi penderitaan.

# Menangis kerana terlalu sedih.
# Menangis kerana terasa hina dan lemah.

# Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
# Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

# Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.
Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka".

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.

"Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”


Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.
Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
# Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.
# Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

# Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah.

Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.
Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

# Apabila dahinya berpeluh.
# Air matanya berlinang.
# Hidungnya keluar cecair.


Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Saturday, 22 August 2009

Pergi Tak Kembali Lagi


Sesungguhnya saat ini, aku merasa pilu bila mengingati mati. Air mata ku terus mengalir menghayati bait-bait lirik ini. Suatu ketika dulu , tahun 2001, aku amat gemar mendengar bait-bait ini di nyanyikan oleh kumpulan Rabbani. Ketika itu , aku dah memang sering berulang alik masuk wad di HSAJB.

Semasa aku dimaklumkan kenapa aku perlu jalani biopsy hati, aku selongkar buku-buku dari khazanah aku tentang patalogi perubatan. Aku study, kenapa aku perlu jalani biopsy hati. Bagi aku, setiap inci tubuh badan aku yang diusik oleh doktor, aku perlu tahu kenapa dan apa sebabnya. Selepas dari beberapa kali aku keluar masuk wad, aku pernah membuang diri sendiri, menjauhkan diri dari anak-anak semata - mata aku tidak sanggup anak-anak terasa kehilangan aku secara mengejut. Begitu dasyatnya perasaan aku ketika itu, tidak sanggup menanggung rasa kerana mengenangkan anak akan kehilangan ibu.

Syukur hingga hari ini masih bernyawa, namun bayangan kematian dan sakaratul maut tidak pernah padam dari bayangan dan ingatan aku. Pernah, disaat aku sarat mengandungkan Muhammad Imran, aku di dalam kereta bersama zauj untuk ke bandaraya, dipertengahan jalan, aku terdengar bunyi siren ambulan, zauj memandu ketepi untuk memberi laluan kepada ambulan itu, yang aku disebelahnya menangis teresak-esak, zauj tanya kenapa?
"ummi bayangkan yang dalamambulan tu, diri ummi"

Begitu rapuh jiwa aku ketika itu...

Satelah bertahun aku diuji dengan berbagai penyakit dan kesakitan, aku telah jadi tegar, kuat dan redha dengan anugerah Allah yang istimewa ini. Sekarang aku menganggap segala penyakit dan kesakitan ini adalah anugerah istimewa Allah kepada aku. Sebab, jarang ketemu seseorang itu diuji dengan pelbagai penyakit serentak, namun, aku masih kuat dan sihat. Aku masih mampu tersenyum, dan ketawa, hidup dalam ceria. Sungguh aku katakan, Allah menghendaki aku merasai nikmat ceria itu sekarang, agar aku rasa tenang dan bersemangat menjalani kehidupan ini. Ketenangan dan keceriaan ini bukan untuk diri aku sahaja, tetapi untuk zauj dan anak-anak juga. Sebab bila aku tersenyum, dan leka membaca, mengadap halaqahnet, mereka juga akan merasai ketenangan dan keceriaan hati aku.

Cuba kalau aku sentiasa sedih, hiba dan pilu mengenang kesakitan yang ditanggung, mereka juga susah hati sebab, mereka tidak merasakan apa yang aku rasa, tapi sebagai makhluk yang mereka sayangi, mereka juga akan terasa pedihnya. Maka itu, aku mesti=wajib menceriakan diri dan hati aku demi kepentingan orang-orang yang aku sayangi.

Aku mesti kuat , tabah , sabar dan bersemangat untk meneruskan kehidupan ini. Teman ku setiap hari hanyalah alunan suara bacaan Quran Maqra' alhaudhie dan halaqahnet. Jika blog ini hanyalh luahan hati aku sahaja, jika mahu mencari ilmu yang ilmiah , selongkarlah tulisan dan kiriman aku di halaqahnet , permata hati , anugerah yang ku terima dan seharum jannah. Blog yang ini, memang khusus luahan hati aku sahaja. Sebab itu aku tidak berapa publish pada ramai orang. Kalau terjumpa, jumpalah. Catatan aku disini hanya sebagai kenangan buat anak-anak cucu aku suatu hari nanti untuk mereka mengenali siapa opah mereka.

Rasanya cukup catatan hari pertama Ramadhan, hari yang aku mulakan dengan tangisan sendu sebaik lepas solat subuh tadi kerana hati ku tersentuh dengan bait-bait pergi tak kembali lagi.

"Pergi Tak Kembali Lagi"
Setiap insan pasti merasa,
Saat perpisahan terakhir,
Dunia yang fana akan ditinggalkan,
Hanya amalan yang dibawa.
Terdengar sayup surah dibaca,
Sayunya alunan suara,
Cemas di dada...lemah tak bermaya,
Terbuka hijab di depan mata.
Selamat tinggal pada semua,
Berpisah kita selamanya,
Kita tak sama nasib di sana,
Baikkah atau sebaliknya.
Amalan dan takwa jadi bekalan,
Sejahtera bahagia pulang...ke sana.
Sekujur badan berselimut putih,
Rebah bersemadi sendiri,
Mengharap kasih anak dan isteri,
Apa mungkin pahala dikirim.
Terbaring sempit seluas pusara,
Soal-bicara terus bermula,
Sesal dan insaf tak berguna lagi,
Hancurlah jasad dimamah bumi.
Berpisah sudah segalanya,
Yang tinggal hanyalah kenangan,
Diiring doa dan air mata,
Yang pergi takkan kembali lagi.

Friday, 21 August 2009

Syahdunya Redha Suami

Entri ini aku tulis di blog baitul muslim Halaqahnet. Tapi aku suka entri, maka aku letak entri ini di semua blog aku....Kisahnya banyak memberi motivasi kepada aku untuk terus taat, patuh kepada suami. Kerana aku memang dari awal perkahwinan inginkan mati dalam redha suami...

Angah, anakku yang nombor 2 yang berikan aku kisah ni, sebab angah tahu, ini akan jadi ubat kepada derita aku....

Hari ini ummi ingin mengingatkan suami dan isteri , hiduplah kita dalam redha meredhai, sebab matlamat hidup kita cuma satu, iaitu ingin mati dalam redha Allah. Mati dalam husnul khatimah. Tidak ada orang yang bercita-cita mati dalam suul khatimah...

Ummi bawa satu kiriman kisah suami isteri yang bagi ummi amat menyentuh hati, dan menjadi motivasi kepada ummi untuk terus mentaati suami agar ummi juga terpilih meniggalkan alam dunia ini seperti isteri lelaki ini...

Dan suami juga mestilah menerima isteri seadanya, didik isteri dan saat kematian nya itu yang diharapkan, mendapat redha suami, kerana redhanya Allah kepada seorang isteri bergantungnya redha suami kepada isterinya. Redhanya Allah kepada seorang suami apabila redhanya ibu bapa kepadanya.

Hayatilah kisah ini buat pedoman dan iktibar kita dan suami, yang baik jadikan tauladan.


KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI


Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu...

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata:
"Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.


Masyaallah… Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie… Adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya….

Thursday, 20 August 2009

Aku ibarat Mutiara , permata dan kaca

Aku rasa inilah blog yang paling tidak memberi inovasi dan manafaat pada orang lain. Blog ini memang hanya blog untuk aku meluahkan rasa hati aku yang gundah dan hiba.Ntah kenapa sejak akhir-akhir ni, walaupun aku sudah berehat di rumah, diberi cuti sakit, sampai raya nanti, namun hati ku ini tetap selalu sedih dan pilu. Di rumah aku, aku sentiasa bersama kasih ku. Aku menangis, aku senyum bersama dengannya. Bagaimana aku mahu menghilangkan rasa debar, rasa gentar menghadapi sakaratul maut?

Pagi tadi angah kirimkan pada aku satu catatan seorang suami yang redha dengan kematian isterinya. Aku bercita-cita juga untuk mati dalam redha suami. Memang itu saja doaku dari dulu hingga sekarang. Aku tidak pernah mendampakan kemewahan atau kekuasaan, yang aku selalu pinta hanya redha suami ke atas ku. Mungkin satu saat jika aku diberi kesempatan, ingin juga aku coretkan kehidupan alam rumah tangga ku yang akan mencecah 25 tahun pada 9 Disember ini.
Ingin aku kongsikan dengan anak-anak supaya mereka mengambil tauladan dan iktibar cara aku melayari hidup dan kehidupan berumah tangga.

Mengikuti jejak , adap, akhlak, cara layanan seorang isteri kepada suaminya. Aku tahu mata mereka melihat bagaimana taat, patuh, kasih dan sayang ku pada suami. Aku tidak pernah mahu membantah , apa lagi melanggar larangannya. Selama berumahtangga, aku merasa amat bahagia berada di sisinya. Suamiku telah membelai, mencurahkan sepenuh perhatian dan kasih sayangnya kepada aku.Aku yang telah teruji dengan segala macam penyakit ini,teramat yakin dengan kasih sayang suami ku yang tulus.
Aku ditatang bagaikan mutiara,dibelai ibarat permata dan dilindungi ibarat aku kaca, bimbang aku jatuh berkecai.

Dalam tempoh 10 tahun yang akhir ini, sejak tahun 1999, aku telah mula mengalami gangguan kesihatan, sering keluar masuk wad HSAJB. Teman yang tidak pernah gagal untuk mengunjungi ku setiap waktu melawat adalah suami ku. Biar berminggu aku di wad, suami ku tetap datang tidak kira waktu dan masa.
Bersama dia aku senyum, bersama dia aku menangis. Tapi sifat aku, aku tidak suka menangis depan suami. Kalau boleh aku sembunyikan tangisan ku dari diketahui olehnya.

Sejak adanya telefon, satu sistem telekomunikasi yang mampu dimiliki oleh setiap orang sekarang ini, aku telah dihadiahkan telefon tangan ini sejak tahun 1998 lagi. Sejak itu hubungan aku bersama suami ibarat belangkas, walaupun jauh dimata. tapi sentiasa dekat di telinga. Memang jadi rutin, 2 jam sekali suami akan call aku walau dicerok dunia mana aku berada.
Sebab itu kenapa aku tidak boleh off hp, tidak boleh jaauh dari hp dan tidur pun bersama hp. Sebabnya aku tidak mahu suami bimbang dan risaukan aku. Aku juga pelakon nombor satu, bila sendirian aku sukaa menangis, jadi bila saja suami call, supaya dia tidak bimbang , aku kena ubah suara agar dia tidak dapat mengesan tangisan aku melalui telefon.

Aku suka memudahkan suamiku. Kalau ada sesuatu program , rancangan atau apa sahaja masalah, aku bukan tidak suka berbincang dengan suami tapi aku suka melapor sahaja, semua yang telah siap dirancang, kalau masalah ,yaang telah siap dengan jalan penyelesaiannya. Ini akan meringankan kepalanya dari memikirkaan hal aku dan keluarga. Jika dia tidak setuju, dia boleh berikan pandangan dan pendapat, namun selama ini, dia lebih suka ikut apa yang telah aku rancangkan. Sebab itu juga, walau ke pasar untuk membeli barang dapor atau ikan, suami suka bersama aku, sebab dia tak payah fikir apa yang nak dibeli...

Bagi aku urusan rumahtangga, anak-anak, aku yang fikirkan, cukuplah dia dengan bebanan untuk memikir, merancang berkaitan kerjaya dan jamaah. Jadi bila dia balik ke rumah, kepalanya lapang, ringan dan tenang. Sebab itu kalau ditanya, tempat mana yang paling di sukainya, pasti jawapannya adalah di rumah.
Tidak ada tempat lain yang paling menyenangkan hati dan jiwanya melainkan rumahku, yang dianggapnya syurga dunia. Inilah lafaz yang selalu disebutnya dari dulu hingga sekarang.

Rumahku ini sangat meyenangkannya, kalau di ajak keluar, rasa bercinta sangat sebab sayang nak tinggalkan rumah.
Rumah yang kami duduki ini, aku ibaratkan seperti hadiah dia kepada ku. Masih tergiang di telingaku ini, suatu hari dia mengajak aku tengok -tengok rumah.

Katanya "bukan nak beli, tengok-tengok je".

Aku pun pergi dibawanya ke satu taman perumahan yang baru siap, rumahnya telah tersergam lengkap. Aku ditunjukkan sebarisan rumah 3 tingkat yang berwarna putih dan tiang roman, batu botolnya berwarna ungu.

" Cantik macam kek", kataku padanya.

Aku bertanya, "kalau abang ada rezeki , nak beli ke rumah tu?"

Dia diam sahaja, cuma dijawapnya, "sayang lah rumah tu, besar dan luas" depannya pula tanah lapang, dan pemandangan dari tingkat 2 dan tingkat 3 adalah Pulai Spring Resort. Memang menawan dan mengasyikkan pemandangan nya, udara segar dan tenang mendamaikan.

Selepas itu, aku balik rumah, 3 hari aku bersolat istiharah, sehingga aku merasa berkeinginan untuk memiliki rumah itu, dan aku nyatakan hasratku pada suami. Bila dia dengar, terus sahaja dia pergi ke pejabat SUK negeri Johor untuk menempahnya. Slepas itu, apa yang ku lakukan pula ialah bersolat hajat mohon dipermudahkan urusan pembelian kerana tika mahu mendaftar tempahan sedikit wang pun tak ada, sedangkan pemaju minta 10% harga rumah. Alhamdullilah segalanya memang dipermudahkan Allah dengan berlakunya kejaiban yang tidak diduga kepada kami. Rumah ini kami diami pada Ramdahan tahun 1999, 3 bulan sebelum aku dan suami pergi menunaikan haji ke Makkah.

Doaku " Wahai Tuhan yang maha Penagasih, jadikan lah rumah ini, rumah yang Engkau redhai, limpahkan rahmat, kasih sayang, kurniaan dan keredhaan MU ke atas rumah ini dan penghuninya, serta sesiapa sahaja yang memasuki rumah ini."

Rumah ini kami cat sendiri, decoration dan hiasan kami berdua yang pilih. Barulah aku dapat mengesan citarasa suami ku sendiri dan bertambah mnegenalinya selepas bernikah selama hampir 15 tahun. Rupanya suami ku ini suka dengan hiasan yang santai,kreatif dan inovatif. Sangat terujanya aku dengan citarasa hiasan dari tangannya. Sejak itu aku mula membeli majalah Anjung Seri untuk panduan menghias rumah, laman, bilik dan dapur. Oh..rupanya suami ku ini bercitarasakan rumah ibarat resort, suka tema tropika. Patut pun tunjukkan rumah yang depannya ada padang Golf...

Saat paling indah bagiku yang puncak kebahagiaan berumahtangga bersama suami ku ini ialah sewaktu pergi menunaikan haji kali pertama tahun 2000. Saat itu kami merasakan ibarat berbulan madu. Nikmat dan bahagianya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, syukur "ya Allah kerana melimpahkan rasa itu dihati ku ketika aku di dunia lagi". Haji 2009 pula , aku mengibaratkan seperti berada di syurga. Walaupun aku dengan serba kekurangan, tapi nikmat dan kemudahan yang Allah limpahkan kepada aku berganda-ganda. Selama kami berada di Tanah Haram, kemana jua melangkah sentiasa bersama. Ke masjid, tawaf, saie, kami berpimpinan tangan. Melontar jamrah, kami berpelukkan agar tidak terlepas, bimbang jika setakat berpegang tangan bila rempuhan manusia, akan terlepas. Syukur, segalanya di lalui dengan manis dan membahagiakan.


Aku mengharap mati dalam redha suami di pangkuannya...

Tuesday, 18 August 2009

Perjalanan yang tinggal


Beberapa tahun yang lampau, bayangan kematian sering muncul. Bayangan bersama perasaan takut, resah dan gelisah. Selalunya – berulang-ulang – lintasan hati secara tiba-tiba merasai saat-saat tersebut bakal tiba, bila-bila masa sahaja.

Terbayang bagaimana suami dan anak-anak menghadapi kehilangan isteri dan ibu. Mata melihat bayangan Abdullah yang baru berusia 1 tahun. Paling mengharukan apabila terbayang saat-saat kesukaran diambil nyawa secara perlahan-lahan, berada di alam kubur, cuba melintasi siratul-mustaqim dan menanti-nanti di mana akan ditempatkan. Syurga atau neraka.

Perasaan ini ku pendam sahaja

Dan bayangan kemunculan kematian itu bermain-main di minda bersama dengan keresahan diri memikirkan tahap perhubungan dengan Allah SWT. Bersediakah untuk pergi? Atau bagaimanakah corak pemergian nanti? Aku ketakutan!

“Tiadakah engkau perhatikan orang-orang yang keluar dari rumahnya, beribu-ribu banyaknya, kerana takut mati, lalu Allah mengatakan kepada mereka: “Matilah” Kemudian mereka itu dihidupkan Allah kembali, sesungguhnya Allah itu Pemurah terhadap manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih”

(Surah Al-Baqarah, ayat 243).


Pada satu ketika itulah aku berkeloh-kesah dengan soal-soal kematian. Ia satu perasaan yang terlalu pelik. Takut. Resah. Gelisah. Ia datang dan pergi. Terutamanya ketika mata berkira-kira untuk dilelapkan. Ia berlaku hampir setiap hari. Berulang-ulang dan kelihatan sukar untuk dihilangkan.

Aku benar-benar tidak upaya untuk menghilangkan perasaan kecelaruan tersebut. Kemuncak perasaan tersebut masih bermain-main di hati sejurus sebelum Allah menghantar jemputan untuk menunaikan fardhu haji. Kemudian, sesuatu yang ajaib berlaku. Keresahan ‘kematian’ hilang secara tiba-tiba apabila seluruh perasaan memikirkan soal haji.

Aku lebih risau memikirkan kejahilan yang utama terutamanya dalam konteks ketidakupayaan membaca Al-Quran. Malah lebih risau memikirkan persoalan samada Allah mahu atau tidak mahu menerima saya sebagai tetamunya. Terlampau banyak dosa-dosa lampau yang terpikul di bahu kiri. Sayup-sayup hati memikirkan, apakah yang bakal dihadapi semasa berada di Tanah Suci.

“Dan tinggalkanlah dosa yang terang dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa akan diberi pembalasan nanti, disebabkan dosa yang mereka kerjakan”.

(Surah Al-An’aam, ayat 120)

Perjalanan menunaikan ibadat haji – sebelum, semasa dan selepas – memberi ruang untuk aku berfikir, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Berkuasa. Aku diberi peluang untuk merasai kemanisan boleh membaca al-quran di dalam bahasa asalnya. Tergerak pula untuk memahaminya dengan membaca secara tekun terjemahannya.

Allah membuka pintu hati untuk merasai dan menilai kehidupan ini daripada sudut penciptaan Allah dan bukannya pandangan yang berdasarkan logik akal manusia semata-mata. Namun aku menyedari yang ia hanyalah setitis daripada perasaan yang diizinkannya.

“Dan tuliskanlah untuk kami kebaikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami kembali kepada Engkau. (Tuhan) mengatakan: seksaku, akan kutimpakan kepada siapa yang aku kehendaki, dan rahmatku meliputi segala sesuatu, sebab itu akan Aku tuliskan rahmat, untuk mereka yang bertakwa, mereka yang membayar zakat dan yang mempercayai keterangan-keterangan Kami”

(Surah Al-Araaf, ayat 156).


Hakikat sebenar, Allah memberi perasaan takut dan gentar kepadanya melalui kematian. Ingatan tentang kematian adalah peluang terbaik untuk mendekati diri kepada penciptanya. Aku manusia jahil, tidak berilmu dan tercari-cari apakah yang sebenarnya yang aku kehendaki.

Akhirnya, aku memahami yang kehidupan selepas kematian lebih kekal, abadi dan perlu diperjuangkan. Dalam keterbatasan ilmu itulah aku berpaling dengan berbekalkan kemanisan apa yang Allah kurniakan semasa menunai fardhu haji – berdoa, solat berjemaah di masjid, bertahajjud, berpuasa sunat dan membaca al-quran – dan mahu ia diteruskan sehinggalah saya tidak dapat bernafas lagi.

Setiap kali merenung langkah-langkah yang bakal dilalui, aku selalu terfikir dan bertanya-tanya, mampukah aku menuruti kumpulan akhir zaman yang sedikit sebagaimana digambarkan oleh Allah SWT melalui surah Al-Waqiah yang bersama-sama Rasullullah memasuki syurga yang tertinggi. Atau termasukkah aku dalam golongan ketiga yang menerima surah amalnya melalui tangan kiri, menderita kepanasan dan terseksa kerana sikap sombong, angkuh dan riyak kepada pencipta.

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang memelihara dirinya dari kejahatan, (bagai taman) yang di sana ada sungai-sungai dari air yang tiada mahu berubah, sungai-sungai dari susu yang rasanya tiada pernah berubah, sungai-sungai dari anggur yang amat sedap rasanya bagi orang yang meminumnya dan sungai-sungai dari madu yang bening jernih.

“Di sana mereka memperoleh aneka macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhannya. (Orang yang begitu senang dalam syurga) samakah dengan orang yang tinggal tetap dalam neraka, dan diberi minum dengan air yang mendidih sehingga putus berpotong-potong isi perutnya?”

(Surah Muhammad, ayat 15)


Benar, syurga hanya boleh didiami dengan rahmatnya. Namun, membaca dan membayangi keindahan dan keistimewaan syurga terasa tersangat bodoh jika tidak bercita-cita untuk bersama Rasullullah menjadi penghuni syurga yang paling istimewa.

Benar juga, tidak logik untuk orang yang jahil seperti aku, bermimpi dan berangan untuk mendapatkan sesuatu yang tidak sepadan dengan ilmu dan amalan yang ada di dada. Namun aku berkeyakinan dengan janji-janji Allah yang dia akan memakbulkan doa-doa hambanya yang ikhlas, bersungguh-sungguh dan diucapkan dengan penuh ketakutan.

“Syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya, dan juga orang yang baik-baik dari bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri (suami-suami) mereka dan turunan mereka, sedangkan malaikat-malaikat datang pula kepada mereka dari segenap pintu”

(Surah Ar-Ra’d, ayat 23).


Malah aku bercita-cita agar aku dapat bersama abah dan mak, suami, anak-anak dan rakan-rakan menjadi penghuni syurga Adn. Aku tidak mahu tercicir. Aku mahu bersama mereka. Aku mahu merasai kedinginan sungai-sungai yang mengalir di dalamnya dan tidak berhasrat untuk membakar kulit sendiri berulang-ulang yang pastinya tanpa penghujung.

Syurga atau neraka merupakan dua pilihan yang tidak sukar untuk dipilih. Dan aku telah membuat pilihan tersebut.

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada keterangan-keterangan Kami, nanti akan Kami masukkan ke dalam neraka, setiap kali kulit mereka telah hangus, Kami ganti dengan kulit yang lain, supaya mereka rasakan benar seksaan; sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan Bijaksana”

(Surah An-Nisaa, ayat 56).

Persoalannya, mampukah aku turut serta dengan segala kejahilan diri? Aku terfikir, jika Allah boleh memberikan segala macam kemuliaan semasa menjalani ibadat haji, maka Allah tetap Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sampai bila-bila.

Itulah dakwah kepada diri sendiri. Catatan ini mengingati janji-janji yang telah aku tanamkan dan mungkin boleh dikongsi oleh mereka yang senasib dengan ku. Aku mohon keampunan Allah jika niat penulisan ini disalahtafsir dan mengundang pelbagai pandangan negatif.

Aku tidak berniat untuk bersifat angkuh sombong, riyak dan takbur kerana jalan-jalan yang masih belum dilalui terlampau banyak onak dan duri.

Astargfirullah. Subhanallah. Allahu Akhbar.

Monday, 17 August 2009

Doa di hujung usia

Apa yang disebut oleh orang yang tidak ada harapan untuk hidup terus

Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a. dia berkata: Saya menyaksikan hari-hari terakhir Rasulullah s.a.w. sedang beliau menghadapi maut, dan di tangannya ada sebuah bekas air, beliau mencelupkan tangannya ke dalam bekas air itu, kemudian disapukan air itu ke wajahnya seraya mengucapkan:


Yakni:" Ya Allah, ya Tuhanku! Bantulah aku untuk menghadapi kepayahan-kepayahan maut dan sakaratul-maut."

Dianjurkan supaya dia memperbanyak membaca Al-Quran dan membawa zikir dan wirid. Makruh dia mengeluh, berkelakuan buruk, memaki- maki orang, bertengkar dan bergaduh pada hal-hal yang tiada berkaitan dengan urusan agama.

Mensyukuri Allah Ta’ala dengan hatinya dan lisannya, serta mengingat bahwa masa itu adalah detik-detik terakhir dari hayatnya di dunia ini, agar di dapat mengakhiri hayatnya di dunia ini dengan membuat perkara-perkara yang baik.

Mengembalikan hak-hak orang kepada orang empunyanya: seperti amanah, wadi’ah dan pinjaman.

Meninggalkan pesanan tentang urusan anak-anaknya jika mereka tidak mempunyai datuk.

Selalu mengingatkan dirinya dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang menyimpulkan harapan kepada Allah, dan dia membacanya dengan suara-suara yang perlahan-lahan ataupun disuruhkan orang lain membacanya dan dia mendengarnya.

Hendaklah dia berusaha mengakhiri detik-detik umurnya itu dengan membuat hal-hal yang sempurna.

Bersabar atas sakitnya.

Berbelas kasihan kepada orang-orang yang ditinggalkannya seperti anak yang kecil, pembantu, jariah dan selainnya.

Berpesan untuk meninggalkan apa yang biasa dibuat dari berbagai-bagai bid’ah pada ketika ada jenazah di rumah dan diambil janji tidak akan melakukannya.

Dianjurkan supaya dia mengatakan kepada mereka dari masa ke masa kata-kata ini: Bila kamu mendapati aku mencuaikan sesuatu, maka hendaklah kamu mengingatkan aku tentang kecuaianku.

Dan apabila menghadapi nazak hendaklah memperbanyak membaca: Laa Illaaha Illallaah! Supaya menjadi kalimat yang terakhir diucapkan ialah kalimat itu, kerana kami telah meriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal, dia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w. :


Artinya: "Barangsiapa penghabisan bicaranya kalimah Laa Ilaaha Illallaah, niscaya akan memasuki syurga”

Dah hampir seminggu aku bergantung dgn celebrex, sehari makan 3 biji pil, kerana migrain yang aku tak tahu puncanya. kepala aku sentiasa sakit, tekak loya, nafas rasa berat.

Semalam aku gagah mengunjungi walimah anak angkat aku di Felda Loi Selatan, Maizatul Ikmar. Tak sampai hati aku, anak sendiri, jika aku takpergi walimah dia. Anak angkat lain, aku siap tolong uruskan, yang ini, aku tak mampu buat banyak benda kerana keuzuran diri. Perjalanannya jauh, lebih kurang 5 jam pergi dan 5 jam perjalanan balik.

Masa lalui di Segamat, aku teringat akhi NorSalim yang selalu tolong Halaqah dalam bab server, backup dan hosting. Dah kebetulan lalu di Bukit Siput, aku singgah bersama keluarga. Aku memang suka menjalin silaturahim, terutama dengan warga halaqah. Menurut ustaz alhaudhie dah 3 tahun akhi Norsalim bersama Halaqah dalam bab urusan server dan hosting.

Sampai di rumah dah jam 7.30 mlm,bertolak pagi tadi dari rumah jam 8.30 pagi, hampir 11 jam juga perjalanan pergi baliknya. Memang memenatkan juga dengan keadaan diri aku yang begini. Pil celebrex, ntah berapa biji, aku telan untuk mengurangkan rasa sakit ni.

Hari ni pun aku rasa tak sihat. Pagi lagi aku telan celebrex, selain migrain yang tak tahu punca ni, dada aku sendiri rasa sesak dan berat. Terasa di dada ni menyucuk2 ibarat ditusuk sembilu. Rasa sakit kurang terasa sebab aku makan celebrex. Cuma aku rasa sesak, tangan dan saraf antara kebas dgn nyata, macam ada karen elektrik saja dalam saraf ni dari belikat hingga ke hujung jari. Petang tadi cadang nak keluar pun tak jadi pergi ke Bnak nka hantar duit ke Indonesia.

Lepas solat asar, aku berniat nak ziarah, ustazah Habibah di sebelah rumah, sambil bertongkat, aku gagahkan diri nak berjalan ke sebelah, baru nak melangkah keluar pintu, nampak satu rombongan kawan-kawan lama datang menziarahi aku. Terharu juga tengok yang datang tu adalah ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Pulai bersama dgn jawatan kuasanya.Masih ingat mereka pada aku ini yang dah lama tidak aktif berjamaah kerana keuzuran diri dan batasan pergerakkan.

Masa nak balik Ketua Dewan sempat berpesan, doakan perjuangan kita, sebab doa orang sakit ni makbul kerana Allah hampir dgn nya...

Aku selongkar buku doa, dan jumpa doa ini:


Para pengunjung kepada pesakit memohon doa daripadanya

Diriwayatkan daripada Maimun bin Mahran daripada Umar bin Al-Khattab r.a. dia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w. :


Artinya: “ Jika engkau datang menjenguk pasakit, maka mohonkanlah dia berdoa untukmu, kerana doanya sama seperti doa para Malaikat.”(Riwayat Ibnu Majah dan Ibnus – Sunni dengan isnad sahih)


Malam ni, zauj tegur, kenapa muka pucat sangat? Tambahan bila dia tengok aku duduk bersandar sambil memegang dada. Walaupun aku kata tak ada apa-apa, dia tahu aku sedang menahan rasa sakit.Tak apalah, kesabaran adalah milik ku. Sepanjang aku begini, aku tidak pernah merintih atau mengeluh.

"Wahai tuhan ku, limpahkan aku dengan rahmat MU sebelum kemaatian, disaat kematian dan selepas kematian ku."



Monday, 10 August 2009

Wahai Tuhan,Sakitnya aku...

Apa nak ditulis? Dengan tangan mengigil,aku tulis ini dengan perlahan-lahan. Aku sakit tika ini, sangat sakit. Aku menulis ini dengan air mata. Aku baru sahaja telan, 2 biji pil celebrex. Aku tak mampu nak tahan kesakitan ini. Seluruh urat saraf turut mengigil menahan rasa sakit ini.

Wahai Tuhan, ampun aku, gugurkan semua dosaku ketika aku merasai sakit ini. Tiap kali sakit ini datang bersama denyut nadi dan hembusan nafasku, gugurlah juga dosa-dosa silam ku.

Wahai Tuhan, beri aku kekuatan untuk menanggung rasa sakit ini...

Subhanallah...
MasyaAllah...
Laila haillah... masa 6.42 ptg

Saturday, 8 August 2009

Berkongsi suami?

Selitkan juga kisah sedih kesihatan saya dengn kisah alam rumah tangga...


Adakah benar " Mengapa Sukar Untuk Wanita Berkongsi Suami? "


Sebelum saya diijabkabulkan, diketika awal usia 19 tahun, setelah pertunangan diikat, bakal suami mengutus surat, berterus terang tentang poligami dalam Islam. Tentang hukum dan keindahan poligami. Bertanya, sekiranya bila berkahwin dengan saya,jika dia ingin berpoligami.


Jadi sejak belum bernikah lagi saya telah menyediakan minda dan membuka hati untuk menerima perkongsian kasih dan sayang dengan perempuan-perempuan lain yang akan saya anggap adik-adik.


Selalu dalam awal-awal perkahwinan kami berbincang tentang poligami. Dia melihat adakah saya konsisten dalam penerimaan untuk berpoligami. Memang kami sering berbicara mengenai poligami. Ada saja cerita orang berpoligami yang kami bualkan, yang baik dan yang buruk. Yang positif dan yang negatif. Dalam usrah dan pertemuan,saya orang yang lantang menyarankan tentang poligami, ini kerana didikan suami untuk mentaati hukum Allah. Jangan sekali-kali saya cuba menentang hukum yang telah Allah tetapkan.


Saya terfikir,adakah suami ku suka berpoligami? Saya berusaha mencari bakal isteri suami saya dari kalangan teman-teman jamaah dan usrah. Bagi saya biar perempuan yang jadi adik saya itu, saya kenali akhlak dan peribadinya, agar ia menyenangkan dan membahagiakan suami. Saya tak mahu dapat adik yang akan menyusah dan menganiayakan suami saya untuk berlaku adil.


Tiap kali saya bertemu yang sesuai dengan pilihan suami dan serasi dengan saya, pasti suami saya menolak. Lama-lama saya pun jadi tak faham. Bukan seorang tapi dah banyak orang, yang berjawatan dan profesional. Bila saya ajukan perempuan itu kepadanya, soalan nya adakah pasti,perempuan itu tidak menyusahkan dia untuk berlaku adil? Kerana sifat lelaki, jika perempuan merayu dia akan lemah, dia tak mahu nanti saya yang teraniya dan dia juga teraniya.


Setelah bertahun-tahun, barulah saya faham sebenarnya bukan semua lelaki, walaupun dapat peluang, mahu mengunakan peluang itu sewenang-wenangnya.


Bila saya bertanya kenapa bila ada perempuan yang baik dia tak mahu menikahi? Jawapnya "kenapa kita telah berada di tempat yang aman, mahu berhijrah ke Palestine?" Kita dah tahu dari dulu,bahawa Palestine,tidak pernah aman, hanya ada negara tapi tak ada negeri untuk diperintah.


Hanya ketika saya sakit, sahabat-sahabat suami memberikan gambar seorang perempuan, dan dia menunjukkan pada saya. Saya jawap, "kenapa ketika ini mahu menunjukkan gambar perempuan pada saya?" Terus terang saya kata " selama 18 tahun saya buka peluang untuk berpoligami, hari ini, ketika saya sakit, saya tutup peluang itu." " Abang tahu kenapa? kerana saya cinta , sayang dan kasih saya pada abang bukan di dunia ini sahaja, tetapi hingga akhir hayat saya, dan saya mahu di akhirat sana nanti, kita tetap sebagai suami isteri juga.



Suami saya terkejut dengan jawapan saya itu, dan bertanya adakah saya telah menentang hukum Allah dan telah tidak konsisten dengan hukum poligami. Saya jawap," saya tidak benarkan dia berpoligami saat ini kerana menjaga maruah dia." Saya tidak mahu dia tidak dapat berlaku adil, dan dia mengambil kesempatan di atas ketidakupayaan saya dan berpoligami kerana kekurangan saya. Apatah lagi pandangan masyarakat, suami mengambil peluang di atas ketidakupayaan saya.


Saya tidak mahu dia sukar berlaku adil kerana keadaan saya yang memerlukan perhatian lebih dari biasa, menyebabkan dia pasti banyak menghabiskan masa bersama saya dari bersama isteri yang lain. "Jika saya tidak sayang abang di dunia dan akhirat, saya akan biarkan abang berkahwin juga, tapi nanti bila abang banyak habiskan masa dengan saya, saya rasa bangga dan tamak. Abang akan rasa sukar nak berlaku adil kerana, belas nak tinggalkan saya sendirian bila mana saya memerlukan tuntutan perhatian yang lebih." "Isteri muda akan terabai, dan abang akan berdosa kerana tidak menjalan kan kewajiaban berpoligami dengan sempurna." Ini yang saya tak mahu, nanti kita terpisah diakhirat sana. Dia faham dan menerima keputusan saya.


Saya kata, tunggu lah saat yang lain,pasti tiba, saya akan buka semula peluang itu. Sekarang, bila peluang itu saya buka, dia pula telah tutup hatinya dari mengasihi perempuan lain kerana baginya, bukan lah mudah untuk mencari perempuan yang seperti saya. Itu katanya sekarang ini. Dan apakah jodohnya masih ada dengan saya atau perempuan lain, itu adalah urusan Allah.


Kini usia perkahwinan kami  teah hampir mencapai  25  tahun,  dengan anak-anak  yang makin membesar, menuntut sepenuh perhatian dan belanja kewangan yang besar.


Sekarang ini, dia tidak lagi mahu berbicara dengan saya tentang poligami. Dan saya juga menghormati pendiriannya,tidak lagi berbicara hal itu.


Jadi fikirkan lah...

Keputusan darah dah dapat...

Semalam lagi , jam 12 .00 tengah hari, zauj bawa balik keputusan penuh ujian darah hari tu. Aku bukan doktor, setakat baca sahaja lah. Biarlah dulu...tiba tiba aku terpandang satu lampiran dari Gribbles Pathology, keputusan ujian High Sensitive C- Reactive Protien ( hcCPR). Untuk "cardio-vascular Disease Risk Factors".

Average hsCRP on 2 occasions

< 1.0 mg/L Low Risk
1.0 - 3.0 mg/L Average Risk
> 3.0 mg/L Incresed Risk

If hsCRP level > 5.0 mg/L, then suggest repeat and examine patient for sources of infection or inflammation.

Keputusan hsCPR aku? Of cource > 5.0 mg/L....
(berapa? biar aku sahaja yang tahu, nanti orang akan risau kalau tahu keputusannya.)

Kadang aku ni dah tak tahu , samada mahu tersenyum atau menangis bila dapat tahu sesuatu keputusan ujian tahap kesihatan aku. yang pasti aku TIDAK menangis. Kadang-kadang untuk meluahkan apa yang terbuku ini, aku call kawan aku, dan aku berbual dengan dia, beritahu keputusan ujian ini sambil ketawa-ketawa happy. Memang begitu lah keadaan aku sekarang ni.

Lepas dah relax sedikit, aku call Dr Ishak, sepatutnya jumpa dia minggu depan, aku rasa macam lambat sangat nak tahu apa maklumat dari ujian ini, maka aku bacakan sahaja dalam telefon agar dia boleh beritahu aku keadaan tahap heart attack aku ni. Lepas tu dia kata, "now, pergi cari doktor, ambik ubat dahulu, sebelum minggu depan , jumpa saya, untuk guna mesin vaskular cuci darah di Pusat Rawatan ".

Oh...gitu pulak..malas lah...

aku pun relax , bersiap ikut zauj pergi Melaka, duduk di Hotel Mahkota. Kerja aku cuma duduk mengadap laptop, tak pe kot...tak jumpa doktor lagi nih...

Cuma aku sedang mengalami batuk yang agak kuat sekarang nih...
aku cuba bertenang, rehat, relax bersama kasih ku ini...dan menceriakan hati sendiri.

Memang dari sejak kahwin, kalau aku kelapangan, aku suka teman zauj pergi kemana-mana pun. Jadi sekarang , aku dah buat keputusan akan bersara, walaupun sekarang ini masih dalam cuti sakit, aku ikut zauj kemana jua. Aku selalu berdoa, berharap , namum segalanya adalah dalam rancangan dan aturan Allah sejak azali. " Wahai tuhan ku yang Pengasih, aku ini hamba MU, mengharap belas serta kasih sayang dan Rahmat MU, matikan lah aku dalam iman ,Islam yang sempurna,dalam redha suamiku , dalam redha MU jua, dipangkuan suamiku."

Ini saja doa yang selalu aku pinta dari Allah yang Maha Pengasih.

Kena carilah maklumat tentang hsCRP ini....

Friday, 7 August 2009

Sakit Sendi, dalam rawatan lagi...

Anugerah Allah buat ku, dalam masa ini aku jalani 3 rawatan kesakitan serentak...sendi kaki, hati dan jantung... , Maha Agong, Maha Perkasa dan Maha Gagah Mu , wahai Tuhan ku...
Aku tahu, Kau tetap Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada diri ku ini. Kerana kasih sayang Mu ini, aku terus dalam ujian Mu...

Sejak Isnin, 3 hb Ogos aku mula berulang alik antara Pusat Kesihatan,UTM, rumah dan HSAJB.
Hari Selasa aku ke Pusat rawatan lagi...

Hari Rabu, 5 Ogos, aku ke HSAJB, berjumpa dengan Pakar Ortopedik, memeriksa keadaan kaki aku ni dan terus berikan aku cuti sakit hingga hari Raya. Mr Masjudin kata, kalau pembiayaan approve awal, boleh cepatkan buat TKR kaki kiri ni pula. Tak lah lama sangat aku derita menahan sakit sebab aku dah tak mahu lagi makan apa-apa "pain killer". Steroid pun aku tak mahu makan. Selepas aku jalani "arthroscopy" (cleaning the joint) pada 20 Mac lalu, aku ingat sakit akan berkurang , rupanya tidak juga. Sebaliknya Mr Masjudin menemui kerosakan sendi pada bahagian tibia tahap 4. So , Mr Masjudin decide, mesti buat TKR juga pada kaki kiri. Tapi aku belum berniat nak buat dalam masa terdekat pada waktu itu. Rasanya sakit lepas pembedahan dengan masa recovery 3 bulan tu masih terasa lagi. 2 minggu lepas tu, aku buat suntikan pada sendi lutut. kos satu dos suntikan ialah RM 1550.00. Suntikan ini hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja, sekarang nak berjalan, macam satu fobia bagi aku, kerana kesakitan yang di alami.

Apa yang di katakan sakit sendi?

Ikuti artikel yang aku petik dari google. Ini lah yang aku alami, cuma, keadaan aku ini lain dari yang lain. Mr.Masjudin ( pakar orthopedik yang merawat aku sejak Januari 2008) kata kerosakkan sendi aku ini adalah "Severe Tricompartmental Osteoarthiritis of Knee Joint" bahasa melayu nya "kerosakkan sendi lutut yang teruk" level 4. Sendi kanan dah buat pun " Total Knee Replecement (TKR)" bahasa melayunya "Penukaran sendi lutut" pada 15 Mac 2008. Sekarang aku menunggu masa untuk TKR sendi kaki kiri.

ikuti...ceritanya...
Osteoartritis sendi lutut tergolong dalam salah satu penyakit kronik yang ‘menyerang’ apabila seseorang berjalan, berdiri dan kadangkala semasa rehat juga.

“Pesakit biasanya sukar menggerakkan lutut. Mereka mengadu sendi lutut tidak boleh dilipat penuh dan ini menyebabkan mereka terpaksa bersembahyang duduk di atas kerusi.

“Tanda-tanda awal osteoartritis sendi lutut adalah sakit apabila mula berjalan atau hendak bangun. Sakit tersebut mungkin akan hilang apabila berjalan,” kata Pakar Runding Ortopedik Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Badrul Shah Badaruddin.

Menurutnya, ramai juga yang mengadu sakit sendi lutut apabila naik turun tangga. Kadangkala terdapat bunyi meretih (krepitus) atau berasa tidak selesa menggerakkan sendi.

Apabila keadaan ini berterusan, dan osteoartritis bertambah teruk, lutut tersebut menjadi bengkak disebabkan reaksi cecair sinovial. Tulang di hujung sendi juga boleh membengkak kerana terdapat pertumbuhan tulang baru yang dipanggil osteofit.

Tulang osteofit inilah yang apabila terpisah dari tulang asal dan berada di dalam sendi sebagai anggota longgar menyebabkan krepitus dan kadangkala kesakitan apabila ia bergesel dengan struktur-struktur di dalam sendi.

“Dalam kes-kes yang lewat dikesan, sendi lutut menjadi bengkok atau pengkar, menandakan kerosakan artritis yang teruk

“Kebanyakan menyatakan sakit tersebut bertambah teruk sepanjang hari dan ada pula mengadu kaki menjadi kaku pada waktu pagi. Sebenarnya sakit ini disebabkan oleh kerosakan rawan di dalam sendi.”

Rawan bertindak sebagai kusyen dan penyerap renjatan di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Sakit tidak datang dari rawan kerana rawan tidak mempunyai saraf.

Sakit osteoartritis berlaku apabila terdapat geseran di antara tulang femur dan tibia di dalam sendi dan ini terjadi apabila rawan rosak atau haus.

Sakit ini juga didapati dari struktur-struktur berhampiran sendi lutut seperti di otot paha dan betis terutama sekali apabila sendi tidak stabil akibat rawan haus.

Punca

“Umumnya, rawan akan haus akibat geseran. Ahli sukan dan buruh lebih senang mendapat osteoartritis akibat proses geseran yang lebih banyak berbanding orang lain.

“Ia akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat kecederaan lutut ataupun struktur-struktur berhampiran lutut, seperti patah tulang,” ujar beliau.

Faktor penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kehausan rawan yang berterusan dan menggalakkan osteoartritis. Namun demikian, tidak bersukan atau kurang aktiviti fizikal menyebabkan otot di sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil manakala tulang pula mengalami osteoporosis.

Sendi menjadi keras atau kaku dan senang mengalami kecederaan. Apabila sendi kurang pergerakan akibat otot-otot yang lemah, membran sinovial kurang mengeluarkan cecair yang perlu untuk pemakanan/nutrisi rawan seperti asid hialuronik.

“Tanpa pemakanan yang cukup, rawan akan kurang berfungsi dan akhirnya rosak menjadi osteoartritis. Apabila ini berlaku, cecair sinovial akan bertambah, bukan dengan bahan-bahan nutrisi tetapi dengan agen-agen radang – sebahagian penyebab utama sakit sendi lutut.”

Seseorang yang berat atau obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis sendi lutut dan juga sendi pinggul.Rawan tidak dapat menampung berat seseorang yang gemuk terutama mereka yang mempunyai lutut atau kaki yang kecil. Rawan tersebut mudah rosak dan mendapat radang.

Sementara itu, belum ada bukti kukuh yang menyatakan keturunan boleh menyebabkan osteoartritis sekalipun terdapat kes-kes yang diwarisi.

Rawatan

Tujuan utama rawatan, kata Dr. Badrul adalah untuk mengurangkan sakit lutut, menambah julat pergerakan sendi lutut dan mengurangkan atau menghentikan proses osteoartritis itu sendiri.

Ini akan meningkatkan kualiti hidup pesakit.. Mereka boleh berdikari dan tidak lagi memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan rutin harian.

- Senaman dan fisioterapi: Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Kurangkan berat badan bagi mengurangkan tekanan dan impak terhadap rawan..

Bagi mereka yang mengalami osteoartritis sendi lutut peringkat awal, boleh melakukan senaman isometrik yang tidak melibatkan aktiviti-aktiviti impak seperti mengangkat kaki yang lurus untuk memantapkan otot-otot kuadriseps.

Elakkan berlari, tetapi berjalan laju di kawasan rata amat digalakkan. Bagi osteoartritis teruk, senaman paling senang adalah berenang dan hidroterapi.

- Ubat penahan sakit. Bagi rawatan segera untuk jangka masa singkat tidak lebih dua atau tiga minggu kerana, jika diambil secara berterusan boleh menyebabkan masalah lain seperti gastritis, ulser peptik, kegagalan buah pinggang dan jantung serta serangan angin ahmar.

- Suplemen-suplemen seperti glucosamine sulfate dan chondroitin untuk kes-kes awal, yang boleh diperoleh di farmasi tanpa preskripsi doktor.

- Suntikan viskosuplemen bagi mengganti atau menambah cecair sinovial untuk kelinciran sendi.

- Pencucian artroskopi iaitu pembedahan segera mengeluarkan agen-agen radang di dalam lutut di samping mencuci rawan. Pemeriksaan dalam sendi lutut boleh dibuat melalui kamera video kecil yang dimasukkan melalui skop.

Pembedahan gantian sendi (TKR)

Sekiranya rawatan konservatif seperti senaman, fisioterapi, ubat penahan sakit, suplemen dan injeksi viskosuplemen gagal, rawatan seterusnya adalah pembedahan.

Menurut Dr. Badrul: “Di antara rawatan yang popular di negara-negara maju adalah pembedahan gantian sendi. Di United Kingdom, lebih 50,000 pembedahan gantian sendi lutut dilakukan setahun berbanding hanya 1,000 di Malaysia.

“Pembedahan gantian sendi adalah pembedahan di mana rawan di dalam lutut dibuang dan digantikan dengan lapisan prostesis di bahagian tulang femur dan tibia, di dalam lutut.”

Prostesis ini kebanyakannya diperbuat daripada besi atau logam kobalt krom. Bagi mengelakkan lapisan-lapisan ini bergesel, satu lapisan plastik - insert diletakkan di antara kedua-dua lapisan prostesis tersebut.

“Apabila penggantian sendi dilakukan, sakit yang dirasai di dalam sendi lutut kerana osteoartritis akan hilang serta-merta. Pembedahan biasanya mengambil masa satu hingga tiga jam. Osteoartritis yang lebih teruk akan mengambil masa pembedahan yang lebih lama.

“Pesakit yang menjalani pembedahan ini akan menjalani fisioterapi di wad selama tiga hingga lima hari sebelum dibenarkan pulang. Pesakit disyorkan menjalani pemulihan semula di rumah dan berjalan menggunakan tongkat selama empat hingga enam minggu.”

Luka yang disebabkan oleh pembedahan akan sembuh selepas enam minggu.

Kenapa pembedahan gantian sendi tidak popular di kalangan masyarakat tempatan?

“Faktor utama adalah kesedaran tentang pembedahan gantian sendi. Ramai pesakit mendapat maklumat negatif tentang rawatan ini dan ada pula tidak mengetahui yang ia boleh dilakukan di negara kita.

“Sebenarnya ramai pesakit dari negara jiran dan Asia Barat datang ke Malaysia untuk mendapatkan khidmat perubatan ini,” kata Dr. Badrul.

Faktor kedua adalah kewangan. Harga prostesis gantian sendi lutut bermula dari RM6,000 ke atas, bergantung jenis bahan dan pakej yang diperlukan.

Bagi kebanyakan orang, ia adalah sangat mahal dan ramai yang tidak mampu. Beliau turut menarik perhatian, “Tetapi ada juga pernah berkata, ‘lebih baik beli kereta.”

Tahap kesihatan yang lebih baik membolehkan rakyat Malaysia menikmati jangka hayat yang bertambah melebihi 70 tahun.

“Oleh itu, jika seseorang yang berumur 60 tahun menghidap osteoartritis yang teruk dan dijangkakan akan hidup 10 hingga 20 tahun lagi, maka pembedahan gantian sendi sangat bersesuaian.

“Adalah tidak munasabah seseorang itu terpaksa menderita sakit lutut untuk jangka masa yang panjang.”

Pada masa ini, walaupun telah berumur 60 tahun, masih ramai warga tua yang aktif dan mungkin perlu bekerja untuk menampung sara hidup mereka pada masa akan datang berdasarkan umur persaraan mencecah 65 tahun di negara-negara maju.

Tapi...tahukah kawan-kawan, anak-anak...yang ummi ini mula mengalami sakit lutut sejak usia 40 tahun, ummi bukan ahli sukan, ummi bukan seorang buruh kasar dan ummi tidak pernah mendapat sebarang kecederaan pada kaki. Doktor pakar pun hairan, bagaimana ummi boleh mendapat masalah kehilngan rawan ketika usia masih muda. Masa pertama kali sakit, hingga berpapah aku berjalan, terus doktor x-ray, yang kelihatan bercerucuk ialah Tulang osteofit inilah. Ini punca kesakitan yang aku alami. Macam tanduk kelihatan nya didalam imbas X-ray. Dari sini yang doktor terus buat "arthroscopy" dan membawa kepada TKR...
Selepas pembedahan, dalam tempoh 6 hari lepas dibedah, aku masih gunakan "drip cecair epidural ditulang belakang". tahu kenapa? sebab sangat sakit...
ini photonya...
Dan ini semua adalah anugerah Ilahi buat diri aku yang kerdil...

Moga kesabaran, ketabahan dan kekuatan bersama aku di dalam redha Tuhan, ameen.

Wednesday, 5 August 2009

Ujian Darah

(Macam Drakula sedut darah manusia)

Rentetan dari pertemuan dengan Dr Ishak, mulai hari Isnin, 3 Ogos, aku dah memulakan buat ujian darah. Pagi jam 10.00 aku pergi ke Pusat Rawatn UTM untuk ambil darah. Aku dah diarahkan berpuasa dari malam lagi supaya data dari ujian tepat. 4 bekas sebesar tabung uji kat sekolah dulu darah aku di ambil untuk dihantar ke Makmal di Pusat Kesihatan UTM sendiri dan ada yang perlu dihantar ke Makmal luar. Terpaksa dihantar ke makmal luar kerana ujian pengesanan ini bukan semua makmal di Malaysia ada. Kenapa perlu membuat ujian darah? Aku sudah lama dijangkiti Hep B positif. Aku biarkan keadaan diri yang begini berlarutan tanpa rawatan.


Masa mula dikesan, doktor puas cari punca kenapa aku dijangkiti oleh HepB? Dari cara hidup, sosial, dan pemakanan. Rupanya ,aku teringat yang aku pernah jalani rawatan gigi di Klinik swasta dan sebelum itu aku pernah jalani cuci rahim di Dewan Bedah. Mungkin melalui tempat dan perlatan ini aku dijangkiti, Hanya Allah yang maha Tahu. Tak apalah , aku redha saja, malas nak selongkar dari mana punca, asalkan aku tahu aku bukan pernah berbuat sesuatu yang negatif yang boleh jadi punca aku dijangkiti virus ini. Semua ahli keluarga, suami dan anak-anak jalani ujian pengesanan Hep B. Mereka semua clear, bebas dari jangkitan virus ini. Dan mulai saat itu, semua anak-anak dan suamiku mesti mengabil suntikan pencegahan, macam bayi baru lahir. Kena ambik 3 dos suntikan dalam tempoh 5 bulan dan perlu diulangi selepas 5 tahun. Ini kerana mereka hidup dilingkungan aku yang mana kalau orang ada info tentang pesakit yang dijangkiti Hep B tahu bagaimana virus ini boleh menjakiti orang lain. Tak kan anak aku sanggup nak mengasingkan pinggan mangkuk di rumah, dan tak kan mereka sanggup tidak menjamah masakan aku?

Kami anak beranak tetap jalani hidup seperti biasa, macam tak ada apa2. Cuma bila aku kerap sakit kerana antibodi aku yang lemah, mereka merasa berduka juga. Dalam rumah ni, aku yang paling kerap demam sebab jika salah seorang anak aku demam, mesti aku akan menemani juga demamnya, sebab aku terlalu mudah untuk jatuh sakit disebabkan lemah nya antibodi aku.

Hari Isnin 3 Ogos aku dah sepagi di Pusat kesihatan m rupanya hari Selasa 4 Ogos aku pergi lagi sebab aku demam, dan hari ini sekejap lagi dah nak ke HSAJB, pertemuan aku dengan Pakar Othopedik, Mr Masjudin doktor khusus yang merawat kaki dan tulang aku. Aku teringat kata-kata Mr Masjudin sebelum aku jalani pembedahan "Total Knee Replecemant" "mulai saat ini, saya yang akan merawat awak, awak akan bersama saya hingga akhir usia, tak kira usia sapa yang berakhir dulu, jika saya mati dulu, awak kena cari doktor lain. Jika awak yang mati dulu, maka berakhirlah tanggungjawap saya merawat awak" Begitu tinggi sekali komitment dan etika yang dipegang oleh doktor ini. Doktor ini sangat lah baik...kisah saya jalani pembedahan "TKR" akan saya cerita di tajuk lain.


Sambungan kenapa perlu jalani ujian darah?

    · Ujian-ujian darah -- Banyak ujian darah akan dilakukan untuk mengesan masalah-masalah hati. Suatu ujian darah mengesan alfa-fetoprotein (AFP). Tahap AFP yang tinggi boleh jadi suatu tanda kanser hati. Ujian-ujian lain boleh menunjukkan hati berfungsi dengan baik.

    Masa aku kena buat biopsy hati dulu sebab bacaan AFP ini tinggi. Tapi keputusan ujian biopsy aku tak tahu kerana ketika itu aku sakit denggi berdarah yang lebih kritikal sehingga bacaan platlet aku dari 360 000 menurun ke paras bahaya 20 000 sahaja lagi dan aku ditempatkan di wad dengan dimasukkan 4 beg plalet bagi membantu memanjangkan usia aku. Ini usaha doktor, yang menetukan ajal maut adalah ALLAH SWT.

Kadang aku rasa pelik pun ada nih...aku berjumpa doktor sekarang ini sebab kes jantung, tapi yang diuji dan mahu dirawat adalah hati...

Pelik nih...sapa nak tolong berikan idea dan komen?

Tuesday, 4 August 2009

Hatiku yang teruja...

Dah 4 hari aku tak menulis di sini, blog yang lain sempat pulak aku . Ini disebabkan kesihatan aku yang asyik terganggu. Aku cuba kuat, tabah dan sabar dengan keadaan ini. Hari Sabtu,1 Ogos 2009, aku pergi jumpa dengan Dr Ishak, Pakar Surgery di Jalan Tengkera, Melaka. Aku dengan ditemani Amiratun Nazihah , Abdullah,dan Imran bertolak lepas solat subuh dengan kereta naza. Abang pandu kereta, dan aku pula, sebaik duduk disebelah pemandu akan terus lelap dan tidur. Kebetulan malam tadinya aku tidor jam 4.30 pagi.

Kami tiba di Bandar Hilir lebih kurang jam 9 pagi dan terus cari gerai untuk sarapan sebab Imran asyik cakap "lapar, lapar..." Lepas sarapan, pergi ke Klinik Dr Ishak, jam 10.15 dapat bertemu Dr Ishak. Selepas berbicara, berbincang bagaimana kaedah rawatan dan step apa yang perlu dimulakan. Aku akur dan ikut saja, apa yang dicadangkan oleh Dr Ishak, kaedah rawatan sakit ku ini. "Walaupun kita nak ubati sakit jantung, sebelum itu, kita kena cari punca, kalau puncanya dari hati, maka hati yang kena dirawat dulu. No point jika kita ubati jantung tapi , yang jadi punca dibiarkan saja." Itu lah, kata-kata Dr Ishak yang masih tergiang -giang di telinga ku.

Maka aku akur, dan ikuti step yang disarankan oleh Dr Ishak. Dengan beberapa borang tertentu, aku balik semula ke Johor Bahru hari itu juga, dan tiba dirumah jam 2.00 petang. Macam biasa, tiba di rumah rutin ku adalah mengadap laptop yang setia ini dengan Halaqah.net, web pilihan.

Aku buat sedikit kajian tentang hati, aku imbas kembali, sejak bila aku mendapat sakit hati ini. Tahun 1999, Bulan Disember aku berhajat untuk menderma darah di Bank Darah HSAJB. Aku ikut serta kerana abang memang menetapkan dirinya agar menderma darah paling kurang setahun 4 kali. Apa yang mampu kita sedekah, sedekahkan lah, tak kira siapa, sekurangnya, kita membantu pihak hospital merawat kepada mereka yang memerlukan darah.

Aku pun turut menderma darah, dan 1 paint darah ku diambil. Pihak Bank Darah mungkinmasa itu tidak sempat membuat analogy pada darah aku, namun semingga selepas itu, aku menerima panggilan telefon dari Bank Darah, minta datang semula ke sana. Aku juga mendapat kad bertulis "URGENT" dari Bank Darah HSAJB. Maka aku segera kesana, dan bertemu dokotr yang ada di situ. Doktor memaklumkan, bahawa dalam komposisi darah aku dijumpai satu virus yang 100 kali lebih jahat dari HIV. Mereka mahu buat pengesahan semula. Aku pun bersetuju. Seminggu lepas itu, aku mendapat panggilan telefon dari mereka dan mengesahkan keujudan virus itu benar dan meminta aku memulakan rawatan, sebab virus itu jenis yang menyerang hati.

Oleh kerana pada 1 Mac 2000 adalah tarikh penerbangan aku ke Madinah Al-Munawarah, aku menunda rawatan itu sebab masa yang ada sebelum berangkat ini aku perlu membuat beberapa persiapan akhir untuk diri yang akan pergi dan anak-anak yang akan ku tinggalkan.

2 minggu selepas aku pulang dari Makkah Al Mukarramah pada 16 April 2000, aku mendapat panggilan telefon dari HSAJB, minta aku memulakan rawatan untuk hati. Pada 12 Mei aku daftar masuk wad di HSAJB, selama 2 minggu dan menjalani ujian biopsy liver. 2 hari selepas buat ujian biopsy liver, aku dibenarkan balik ke rumah.

Sepatutnya aku perlu berjumpa doktor semula 3 minggu selepas itu, namum segalanya ditentukan oleh Allah, 12 hari selepas balik ke rumah aku sakit kembali. Sakit yang teramat sakit yang aku dapat gambarkan begini, "jika berbaring, aku rasa seperti baring di atas pasir, bukan menelan makanan, cuma air, aku rasa seperti menelan batu" Seluruh urat saraf, sendi aku sakit tak terkira. Kepala ini berdenyut-denyut bagai nak pecah, namun aku sabar, tanpa sepatah kata rintihan pun tidak aku ucapkan. Yang terdetik dihati hanya zikrullah. Suami aku hantar semula aku ke HSAJB. Aku di bawa ke Dewan Bedah unuk menjalani satu pembedahan kecil untuk menyelamatkan keadaan aku yang kritikal. Sebanyak 4 beg platlet di masukkan ke dalam tubuh aku ini bagi membantu diri aku yang kehilangan platlet disebabkan ada virus baru yang memakan platlet aku. Rupanya sakit kali ini disebabkan oleh serangan virus denggi berdarah.

Berbalik pada hati, masa aku tinggal di wad, aku telah dimaklumkan keadaan hati aku. Berdasarkan ujian darah, ada komposisi yang sangat tinggi yang lama-kelamaan akan jadi malignan sebagai kanser hati. Tapi untuk menuju kesitu, mengambil masa yang lama. Sedangkan rawatan untuk menentang virus ini tidak ada. Maka setelah aku keluar wad, doktor menasihati agar aku jalani ujian fungsi hati setiap 6 bulan. 2,3 tahun pertama aku rajin, lama2 aku jemu sebab setiap aku buat ujian aku dikhabarkan peratus kerosakkan hati ini. Tapi rawatannya tidak ada. Jadi khabar duka yang aku terima, kalau macam ni baik tak payah jalani ujian hati , jadi aku tak tahu apa-apa. Bermula saat itu, aku tidak lagi peduli pada kesihatan hati aku.

Namun, bila aku sakit di bahagian abdomen kanan berhampiran perut, aku terpaksa juga jumpa doktor, dan penawar yang diberikan cuma "postant" 500gm dan "pendesolone"(steroid). Maka sejak itu panawar ini sentiasa ada di dalam beg tangan aku walau kemana jua aku pergi. Banyak makanan aku tak boleh makan sebab akan memberi infection pada hati dan "menyegerakan" tempoh kerosakkannya.

Apa itu hati?
Hati

Hati merupakan organ yang terbesar di dalam tubuh. Ia terletak di belakang tulang rusuk pada bahagian kanan abdomen. Hati mempunyai dua bahagian, suatu lobus di sebelah kanan dan suatu lagi lobus yang lebih kecil di sebelah kiri.

Hati menjalankan banyak fungsi yang penting yang mengekalkan kesihatan seseorang. Ia mengasingkan bahan yang memudaratkan daripada darah. Ia menghasilkan enzim dan hempedu yang membantu menghadamkan makanan. Ia juga menukarkan makanan menjadi bahan-bahan yang diperlukan untuk hidup dan membesar.

Hati mendapat bekalan darahnya daripada dua salur. Kebanyakan daripada darahnya disalurkan oleh vena portal hepatik. Yang lainnya disalurkan oleh arteri hepatik.

Memahami kanser
Kanser merupakan suatu kumpulan beberapa penyakit yang berkaitan. Semua kanser bermula di dalam sel-sel, unit asas kehidupan di dalam tubuh kita. Sel-sel membentuk tisu-tisu, dan tisu-tisu membentuk organ-organ tubuh. Lazimnya, sel-sel akan membesar dan membahagi untuk membentuk sel-sel baru apabila tubuh memerlukan sel-sel itu. Apabila sel-sel menjadi tua dan mati, sel-sel baru akan mengambil alih tempat mereka. Kadang-kala berlaku kesilapan pada proses yang teratur ini. Sel-sel baru terbentuk apabila tubuh tidak memerlukan, dan sel-sel tua tidak mati apabila sepatutnya. Sel-sel lebihan ini akan membentuk suatu gumpalan tisu-tisu yang dipanggil ketumbuhan atau tumor. Tumor boleh jadi benigna atau malignan.

    . Tumor-tumor benigna bukan kanser. Biasanya, para doktor boleh mengeluarkannya. Sel-sel daripada tumor benigna tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Di dalam kebanyakan kes, tumor benigna tidak akan terbentuk lagi setelah ianya dibuang. Paling penting, tumor benigna jarang mengancam nyawa.

. Tumor-tumor malignan adalah kanser. Tumor ini secara amnya lebih serius dan mungkin boleh mengancam nyawa. Sel-sel kanser akan menceroboh dan merosakkan tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran. Juga, sel-sel kanser boleh terpisah dari tumor malignan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa. Beginilah cara sel-sel kanser merebak daripada tumor asal (tumor primer) untuk membentuk tumor-tumor baru (tumor sekunder) di dalam organ lain. Kanser yang merebak ini dikatakan sudah metatesis. Jenis-jenis kanser yang berlainan selalunya akan merebak ke bahagian-bahagian tubuh yang berlainan.



Kebanyakan kanser-hati primer bermula di dalam hepatosit (sel-sel hati). Kanser jenis ini dipanggil karsinoma hepatosel atau hepatoma malignan. Kanak-kanak mungkin mendapat karsinoma hepatosel atau hepatoblastoma. Maklumat ini tidak mengulas kanser hati kanak-kanak.

Apabila kanser hati merebak (metatesis) ke bahagian luar hati, sel-sel kanser cenderung untuk merebak ke dalam nodus-nodus limfa yang berhampiran dan ke dalam tulang dan paru-paru. Apabila ini berlaku, tumor baru mempunyai jenis sel-sel abnormal yang sama seperti tumor primer. Contohnya, jika kanser hati merebak ke tulang, sel-sel kanser di dalam tulang sebenarnya ialah sel-sel kanser hati. Penyakit ini merupakan kanser hati metastetik, bukannya kanser tulang. Ia dirawat sebagai kanser hati, bukannya kanser tulang. Begitu juga, kanser yang merebak ke hati daripada suatu bahagian tubuh yang lain adalah berbeza daripada kanser hati primer. Sel-sel kanser di dalam hati adalah sama dengan sel-sel di dalam tumor asal. Apabila kanser merebak ke hati daripada organ yang lain (seperti kolon, paru-paru atau buah ubat), doktor mungkin akan memanggil tumor di dalam hati itu tumor sekunder.

Kanser Hati: Siapa yang berisiko?
Para penyelidik di hospital-hospital dan pusat-pusat perubatan di seluruh dunia sedang mengkaji untuk mempelajari punca-punca kanser hati. Buat masa ini, tiada siapa mengetahui dengan tepat punca-puncanya. Walau bagaimanapun, para ahli sains telah mendapati bahawa orang-orang yang mempunyai faktor-faktor risiko yang tertentu lebih cenderung mendapat kanser hati berbanding dengan yang lain. Faktor risiko ialah apa sahaja yang meningkatkan peluang seseorang menghidapi sesuatu penyakit.

Kajian telah menunjukkan faktor-faktor risiko yang berikut:

    · Jangkitan hati kronik (hepatitis) -- Sesetengah virus boleh menjejaskan hati. Jangkitan ini mungkin kronik (Ia mungkin tidak boleh disembuhkan). Faktor risiko yang paling penting bagi kanser hati ialah jangkitan kronik virus hepatitis B atau hepatitis C. Virus-virus ini boleh dijangkiti daripada seorang kepada seorang yang lain melalui darah (seperti berkongsi jarum) atau hubungan seksual. Seorang bayi mungkin menjangkiti virus ini daripada ibunya yang telah dijangkiti. Kanser hati boleh timbul selepas bertahun-tahun dijangkiti virus ini. Jangkitan-jangkitan ini mungkin tidak menimbulkan gejala-gejala, tetapi ujian darah dapat menunjukkan kehadiran virus ini. Jika ada, doktor mungkin mencadangkan rawatan. Juga, doktor mungkin akan membincangkan cara mencegah jangkitan kepada orang lain.
    Pada orang yang belum dijangkiti virus hepatitis B, vaksin hepatitis B dapat mencegah jangkitan hepatitis B kronik dan melindungi daripada kanser hati. Para penyelidik kini sedang berusaha untuk menghasilkan suatu vaksin untuk mencegah jangkitan hepatitis C.


Gejala-gejala
Kanser hati kadang-kala dipanggil "penyakit yang senyap" kerana pada peringkat awal kanser ini tidak menimbulkan sebarang gejala. Tetapi, apabila kanser mulai membesar, gejala-gejala mungkin termasuk:

    · Kesakitan pada bahagian atas abdomen di sebelah kanan; kesakitan mungkin menular ke bahagian belakang dan bahu

    · Abdomen yang bengkak (kembung)

    · Turun berat badan

    · Hilang selera dan sentiasa berasa kenyang

    · Rasa lemah atau sangat letih

    · Loya dan muntah-muntah

    · Kulit dan mata yang kuning, dan kencing yang gelap akibat jaundis

    · Demam

Gejala-gejala ini bukan tanda-tanda kanser hati yang pasti. Lain-lain penyakit hati dan masalah kesihatan yang lain boleh juga menyebabkan gejala-gejala ini. Sesiapa yang mempunyai gejala-gejala tersebut harus berjumpa doktor secepat mungkin. Hanya doktor sahaja boleh mendiagnosis dan merawat masalah ini.

Diagnosis

Jika seseorang pesakit mempunyai gejala-gejala yang menunjukkan kanser hati, doktor akan melakukan satu atau lebih prosedur-prosedur berikut:

    . Pemeriksaan fizikal -- Doktor itu akan meraba abdomen untuk memeriksa hati, limpa dan organ-organ yang berhampiran jika ada gumpalannya atau perubahan pada bentuk dan saiz. Doktor juga mengesan asites, peningkatan cecair yang abnormal di dalam abdomen. Doktor itu mungkin juga memeriksa kulit dan mata bagi tanda-tanda penyakit kuning.

    · Ujian-ujian darah -- Banyak ujian darah akan dilakukan untuk mengesan masalah-masalah hati. Suatu ujian darah mengesan alfa-fetoprotein (AFP). Tahap AFP yang tinggi boleh jadi suatu tanda kanser hati. Ujian-ujian lain boleh menunjukkan hati berfungsi dengan baik.

    · Skan CT -- Suatu mesin x-ray yang bersambung kepada suatu komputer akan mengambil suatu siri gambar-gambar hati dan organ-organ lain dan salur-salur darah di dalam abdomen secara terperinci. Pesakit mungkin akan menerima suntikan sejenis pewarna yang khas supaya hati boleh dilihat dengan jelas di dalam gambar-gambar tersebut. Daripada skan CT, doktor mungkin boleh melihat tumor-tumor di dalam hati atau di bahagian-bahagian lain

    · Ultrabunyi-- Alat ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi yang tidak dapat didengari oleh manusia. Gelombang-gelombang bunyi ini akan menghasilkan suatu corak gema-gema apabila gelombang-gelombang tersebut terpantul daripada organ-organ dalaman. Gema-gema ini akan membentuk suatu gambar (sonogram) hati dan organ-organ lain di dalam abdomen. Tumor-tumor mungkin menghasilkan gema-gema yang berlainan daripada yang dihasilkan oleh tisu-tisu yang sihat.

    · MRI-- Suatu magnet yang kuat yang bersambung kepada suatu komputer digunakan untuk membentuk gambar-gambar bahagian dalam tubuh. Gambar-gambar ini dilihat pada monitor dan boleh juga dicetak.

    · Angiogram-- Bagi suatu angiogram, pesakit mungkin berada di hospital dan diberikan ubat bius. Doktor akan menyuntik suatu pewarna ke dalam arteri supaya salur-salur darah di dalam hati akan kelihatan pada x-ray. Angiogram akan menunjukkan tumor di dalam hati.

    · Biopsi-- Di dalam sesetengah kes, doktor mungkin mengambil suatu sampel tisu. Seorang pakar patologi menggunakan mikroskop untuk mengesan sel-sel kanser di dalam tisu tersebut. Doktor itu mungkin mendapatkan tisu dengan beberapa cara. Satu cara ialah dengan memasukkan suatu jarum halus ke dalam hati untuk mengambil secebis kecil tisu. Kaedah ini dinamakan aspirasi jarum halus. Doktor mungkin menggunakan skan CT atau ultrabunyi untuk memandu jarum tersebut. Kadang-kala, doktor tersebut akan mendapatkan suatu sampel tisu menggunakan jarum yang agak besar (biopsi teras) atau dengan memasukkan tiub halus yang berlampu (laparaskop) ke dalam suatu potongan di dalam abdomen. Satu cara lagi ialah mengambil tisu melalui pembedahan.

Seseorang pesakit yang perlukan biopsi mungkin ingin bertanya kepada doktor soalan-soalan berikut:

  • Mengapa saya perlukan biopsi? Bagaimanakah biopsi ini akan memberi kesan ke atas rancangan rawatan saya?
  • Biopsi jenis apakah yang akan saya jalani?
  • Adakah terdapat risiko yang prosedur biopsi akan menyebabkan kanser merebak?
  • Berapa lama masa yang diambil? Adakah saya di dalam keadaan sedar? Adakah ia menyakitkan?
  • Bilakah keputusannya akan saya ketahui?
  • Jika benar saya menghidapi kanser, siapakah yang akan berbincang dengan saya tentang rawatan? Bila?

Pemeringkatan

Jika kanser hati telah didiagnosis, doktor perlu tahu peringkat, atau tahap, penyakit tersebut untuk merancang rawatan yang terbaik. Pemeringkatan ialah suatu usaha untuk mengetahui saiz tumor, sama ada tumor telah merebak,dan jika benar, ke bahagian-bahagian tubuh yang mana. Pemeringkatan yang teliti menunjukkan sama ada tumor boleh diambil keluar melalui pembedahan. Perkara ini sangat mustahak kerana kanser hati tidak boleh diambil keluar melalui pembedahan.

Doktor boleh memastikan peringkat kanser hati semasa diagnosis itu dibuat, atau mungkin pesakit terpaksa menjalani lebih banyak ujian. Ujian-ujian tersebut mungkin termasuk ujian-ujian pengimbasan seperti skan CT, MRI, angiogram atau ultrabunyi. Ujian-ujian pengimbasan boleh membantu doktor mengesan sama ada kanser hati telah merebak. Doktor mungkin menggunakan suatu laparoskop untuk melihat secara terus ke dalam hati atau organ-organ yang berhampiran.

Rawatan

Ramai orang yang menghidapi kanser hati mahu memainkan peranan aktif di dalam membuat keputusan tentang penjagaan perubatan mereka. Mereka mahu mempelajari segala-gala yang boleh tentang penyakit mereka dan pilihan-pilihan rawatan mereka. Walau bagaimanapun, rasa terkejut dan tertekan yang pesakit alami setelah didiagnosis dengan kanser, membuatkan para pesakit sukar memikirkan semua perkara yang mereka ingin tanyakan kepada doktor. Selalunya, adalah berfaedah untuk membuat suatu senarai soalan-soalan sebelum suatu temu janji. Untuk mengingati apa yang telah dinyatakan oleh doktor, mereka boleh mengambil nota atau mintalah izin untuk menggunakan pita rakaman. Sesetengah pesakit juga lebih suka ditemani seorang ahli keluarga atau kawan semasa mereka berbincang dengan doktor - untuk mengambil bahagian di dalam perbincangan, mengambil nota atau hanya untuk mendengar.

Buat masa ini, kanser hati hanya boleh disembuhkan hanya apabila ia dikesan pada peringkat yang awal (sebelum ia merebak) dan hanya jika pesakit itu cukup sihat untuk menjalani pembedahan. Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan selain pembedahan mungkin dapat mengawal penyakit ini dan membantu pesakit hidup lebih lama dan berasa lebih sihat.

Apabila penyembuhan atau pengawalan bagi penyakit ini tidak mungkin dapat dilakukan, sesetengah pesakit dan doktor mereka memilih terapi paliatif. Terapi paliatif bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup seseorang dengan mengawal kesakitan dan lain-lain masalah yang berpunca daripada penyakit ini.


Mengawal Kesakitan
Kesakitan merupakan masalah yang lazim bagi orang yang menghidapi kanser hati. Tumor boleh menyebabkan kesakitan dengan menekan saraf-saraf dan organ-organ lain. Juga, terapi -terapi bagi kanser mungkin menimbulkan ketidakselesaan.
Doktor pesakit atau seorang doktor yang pakar di dalam mengawal kesakitan boleh melega atau mengurangkan kesakitan dengan beberapa cara:

    · Ubat tahan sakit -- Ubat-ubat selalunya boleh melegakan kesakitan. (Ubat-ubat ini boleh membuatkan seseorang mengantuk dan sembelit tetapi berehat dan mengambil laksatif dapat membantu)

    · Sinaran -- Sinaran-sinaran bertenaga tinggi boleh membantu melegakan sakit dengan mengecutkan tumor

    · Sekatan saraf -- Doktor mungkin menyuntik alkohol ke dalam kawasan di sekitar saraf-saraf tertentu di dalam abdomen untuk menyekat kesakitan itu.

Khasiat Pemakanan
Pesakit kanser hati mungkin tidak lalu makan terutamanya jika mereka tidak selesa atau letih. Juga, kesan-kesan sampingan rawatan boleh menyukarkan makan. Makanan mungkin berbau dan berasa berlainan. Walau bagaimanapun, pesakit harus cuba memakan kalori dan protein yang mencukupi untuk mengawal berat badan mengekalkan tenaga dan menggalakkan penyembuhan. Perancangan dan pemeriksaan yang teliti adalah penting. Kanser hati dan rawatannya mungkin menyukarkan pesakit untuk menghadamkan makanan dan mengekalkan berat badan mereka.


Sokongan bagi Pesakit Kanser

Melalui kehidupan dengan penyakit yang serius seperti kanser hati bukannya mudah. Sesetengah orang dapati yang mereka perlukan bantuan menghadapi aspek-aspek emosi dan praktikal penyakit mereka. Kumpulan-kumpulan sokongan boleh membantu. Di dalam kumpulan-kumpulan ini, pesakit-pesakit kanser dan keluarga mereka selalu berkumpul untuk berkongsi segala yang mereka pelajari tentang mengatasi kanser dan kesan-kesan rawatan.

Glosari

terapi adjuvan

Rawatan yang membantu atau menolong rawatan yang lain

anemia
Kekurangan di dalam kuantiti dan kualiti sel-sel darah merah tubuh. Anemia boleh menyebabkan rasa lemah dan sesak nafas.

biopsi Pengeluaran suatu sampel tisu daripada badan untuk diperiksa di bawah mikroskop supaya dapat membantu mendiagnosis sesuatu penyakit

diagnosis
Proses mengenal pasti penyakit seseorang.

diafragma
Sehelaian otot dan tendon yang memisahkan bahagian dada dan abdomen.

Keteter epidural
Suatu tiub plastik yang halus yang dimasukkan melalui bahagian bawah tulang belakang ke dalam ruang epidural

gastrektomi
Pengambilan keluar perut secara separa atau total melalui pembedahan.

imunoterapi
Rawatan yang menggunakan atau menggalakkan sebahagian daripada sistem daya tahan badan tubuh sendiri.

nitrat
Garam asid nitrik. Didapati di dalam daging yang diawet.

paliatif
Memberikan kelegaan daripada gejala-gejala tanpa berusaha menyembuhkan penyakit.

polip
Suatu ketumbuhan yang kecil yang timbul daripada permukaan membran mukus.