BismillahirRahmanirRaheem.
Rasanya ummi masih nak bercerita berkisar bagaimana urusan peminangan anak-anak ummi tempoh hari. Mulanya ummi ingat nak rahsiakan sahaja nilai hadiah wang hantaran yang anak ummi mampu berikan kepada gadis yang ummi pinang hari tu.
Tapi memang ummi berhasrat ingin menukar minda masyarakat, songsangan yang ummi dan kawan-kawan ummi lakukan, maka ummi ambil keputusan untuk bagitahu juga. Tujuan ummi hanya satu, supaya mana-mana lelaki yang ingin berkahwin dipermudahkan. Ibu bapa terbuka minda, tidak menyukarkan perkahwinan anak-anak.
Bagi ummi nilai seorang gadis itu bukan terletak pada jumlah wang hantaran, bukan terletak pada besar atau kecil majlis walimah yang di adakan. Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Salah satu keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya(mas kahwin)."
Bagi ummi, nilai seorang wanita terletak pada iman yang sempurna, akhlak terpuji dan pekerti mulia.
Kembali kepada nilai wang hantaran yang keluarga dan kawan-kawan ummi laksanakan terhadap anak-anak apabila ingin berkahwin.Kawan A telah melangsungkan perkahwinan dua orang anak perempuannya.Kedua-duanya dia tidak tetapkan berapa nilai hadiah wang hantaran. Dia kata berilah seberapa yang mampu sahaja.
Anak kedua kawan A ummi ini berkahwin dahulu, anaknya sedang belajar di UIA, ambik kursus Bahasa Arab, masa itu calon yang meminang lulusan dari Universiti di Jordan dan sedang menjalani kursus J-Kaf. Calon lelaki itu hadiahkan wang hantaran RM 2000 sahaja. Kawan ummi terima dengan senang hati. 3 bulan bertunang, terus bernikah dan walimah. Anak yang sulong pun perempuan, lulusan universiti Azhar, bekerja sebagai guru, bertunang dalam tempoh sebulan, oleh kerana pihak lelakinya orang Kedah mendesak juga mahu tahu berapa nilai wang hantaran walaupun dah bagitahu, berilah seberapa mampu kerana, calon lelaki masih belum tamat belajar di Universiti Azhar, Mesir, maka kawan A ummi terpaksa sebut kadar nilainya. Jangan lebih dari RM 3000. Maka pihak lelaki menghadiahkan wang hantaran sebanyak RM 3000. Mudah urusan bertunang, mudah juga urusan bernikah dan walimahnya.
Kawan B pun begitu juga. Anak kawan B ini perempuan, baru tamat belajar di Pengajian Islam UM, calon lelaki orang Pahang, pun baru habis belajar di UM, pihak perempuan cuma minta RM 1000 sahaja hadian wang hantaran. Alhamdullilah, mudah urusan bertunang, dan mudah urusan walimahnya. Anak-anak kawan-kawan ummi ini, cantik -cantik belaka, cantik rupa paras, cantik akhlaknya juga. Ibu bapa mereka kawan dengan zauj ummi, sama tempat kerja, boleh katakan ni semua anak ustaz lah...
Anak ummi tempoh hari, sebelum pergi meminang, ummi dah tanya, berapa mereka mampu nak berikan hadiah wang hantaran kepada calon perempuan. Abang dengan angah sepakat kata mampu berikan sebanyak RM 5000 sahaja. Hadiah-hadiah iringan ummi yang akan bantu sediakan. Kenduri pun ummi yang akan bantu, buat sederhana dan seadanya.
Masa pergi meminang hari tu, ummi berikan hadiah iringan sebagai buah tangan ialah telekong, sejadah, buku, kuih dan sebakul buah. Sebagai ikatan pertunangan, anak ummi dah belikan cincin, maka ummi sarungkan cincin di jari bakal menantu ummi tu. Perbincangan dengan keluarga mereka pun amat mudah,langsung tidak menetapkan apa -apa syarat. Mereka kata ikut sahaja apa yang anak-anak ummi nak beri.
Angah masih belajar di UiTM, memang tak ada sumber pendapatan. Tetapi rezekinya murah. Masa bulan Ramadhan baru lalu, dia jadi imam solat tarawikh, ada orang beri sumbangan hadiah RM 1000. Terus dia belikan cincin dan simpan untuk mahar 1 Dinar emas. Lepas ni , dia akan usaha cara lain untuk kumpul duit dalam tempoh 5 bulan. Angah masih belajar lagi , tak dapat pinjaman atau tajaan mana-mana pun, harapkan belanja makan dari ummi dan ayahnya sahaja.
Abang pula kerjanya cuma mengajar anak-anak mengaji Al-Quran. Jika ada orang berikan hadiah, dia ambik, jika tak ada, dia diam sahaja. Tawakkalnya tinggi, redha dengan apa yang ada, alhamdullilah rezekinya pun murah. Ada saja sumber kewangan yang dia dapat. Duit beli cincin pun dia dapat dari sumbangan menjadi imam surau taman perumahan tempat ummi tinggal. InsyaAllah katanya, dia akan dapat kumpul duit dalam tempoh 5 bulan ini.
Inilah kehidupan ummi anak beranak. Redha dan syukur dengan nikmat yang ada. Masa anak perempuan ummi kahwin dulu pun sama,ummi tidak tetapkan apa-apa, ikut apa orang nak berikan. Menantu ummi berikan RM 5000 sahaja. Ummi terima dengan syukur dan redha. Anak angkat perempuan ummi, Nurhumaira' Lau pun sama, ummi tidak tetapkan berapa-berapa, mereka berikan RM 4000 sahaja,ummi terima dan redha. Kalau ikutkan Nurhumaira' ini, pekerjaannya bagus, gajinya tinggi, tapi bukan itu yang ummi pandang selain hanya untuk memudahkan urusan perkahwinannya. Ummi buatkan walimah setiap perkahwinan anak-anak ummi ini.
Anak-anak angkat ummi yang lain pun sama, tidak ditetapkan nilai, ikut kemampuan pihak lelaki.Paling tinggi setakat RM 6000 sahaja. Syukurnya mudah juga urusan perkahwinan dan walimah yang di adakan itu.
Jadi ummi tidak nampak dimana sukarnya sebuah perkahwinan itu, jika ibu bapa tidak menyukarkan urusannya. Wahai ibu bapa bantulah anak-anak untuk berkahwin. Apa yang mereka lakukan adalah sebahagian dari sunnah. Tidak kira berapa usia anak lelaki itu, jika dia dah kata "Can i get marry", maka izinkan dan bantulah mereka. Jangan disukarkan urusan itu. Jika anak lelaki itu baru berusia 20 tahun pun, jika dia terasa nak kahwin, bantulah beri sokongan. Cumanya sebagai ibu bapa kita perlu pantau keadaan rumah tangga mereka (bukan campur tangan). Pastikan mereka melaksanakan tanggung jawap melindungi isteri mereka. (Kalau tengah belajar, bab nafkah, mungkin ada perbincangan lain agar dipermudahkan dan isteri perlu redha, disini saling faham memahami perlu ada).
Begitulah coretan ummi kali ini...semoga mendapat manafaatnya kepada semua pemabaca. Ameen.
Ini Jadual Saya Sendiri
2 years ago
6 comments:
bes sgt coretan ummi
jodoh sy masih belum dtg
hihi
InsyaAllah ina, moga dipermudahkan urusan hidup ina, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA. Kita cuma ada hak untuk meminta,berdoa dengan penuh harapan...seseungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
coretan ummi buat sy tsentuh sgt...kena dgn niat sy..tp kenapa sy rasa utk urusan pkahwnn sy..sy rasa sukar sgt...
Hanajibara, sebenarnya Islam itu mudah dan memudahkan ,namun jangan pula kita ambik mudah. Begitu juga berkahwin dalam Islam itu mudah, adat yang menyukarkan. Bila manusia lebih berfikiran dunia,lebih memberatkan adat itu yang menyebabkan urusan perkahwinan jadi sukar. Banyakkan berdoa,mohon agar Allah memudahkan urusan perkahwinan Hana.
salam umi...saya mempunyai kesukaran mencapai kata sepakat bersama ibu dan ayah..bagaimana untuk saya merendahkan perasaan supaya x menyakiti mereka dalam perbincangan..
Sabar Aryana,
Banyakkan berdoa,mohon Allah mempermudahkan urusan. Jangan sekali-kalibuat ibu ayah tersentuh.Bincang dengan baik. Jika mereka tetap dengan keputusan, Aryana tetap tunjukkan sikap yang baik sebagai anak.
Taat dan patuh dengan kehendak mereka. Jaga hati mereka. Aryana bersabar,berdoa dan buat solat hajat dengan sungguh-sungguh, pasrah dalam doa dan dengan apa yang telah Allah tetapkan.
Ada yang baik tersembunyi tu...
Post a Comment