BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 13 December 2013

Jihad Keselesaan

Keselesaan tidor
Jihad utama kita dizaman ini ialah keselesaan. Hidup selesa dalam rumah yang sempurna, tidor selesa di atas tilam yang empuk, berpakaian selesa terhindar dari kesejukan , selesa kemana sahaja tanpa merasa bimbang ditembak atau diserang. Selesa menaiki kenderaan yang melindungi kepanasan dan kehujanan.

Keselesaan boleh melalaikan kita dari mengimbau saudara kita yang sedang kesusahan. Keselesaan tidor menghalang kita untuk untuk bangun menghadap Allah dinihari yang sepi.

Keselesaan dapat menjamah makanan membuatkan kita lupa untuk menginfak sedikit wang kepada fakir miskin. Keselesaan hidup tanpa kesakitan dan masalah menyebabkan kita jauh dari Allah, dan inilah yang kita takuti.

Kita lalai dari mengingati Allah dengan sebaik-baiknya.

Keselesaan menyebabkan kita lupa untuk nengabdikan diri kepada yang menjadikan kita. Keselesaan menyebabkan kita gagal mentaati Allah dalam nikmat yang melimpah.

Bangun sahabatku, jihad kita zaman ini ialah berada di zon selesa. Keselesaan boleh membunuh sifat kemanusiaan kita.

Bangunlah wahai orang yang berselimut, rasailah kedinginan banyu malam yang segar ini untuk menghadapkan wajah kamu dengan tuhan yang menciptakan kamu. Mohon ampunlah...Berdoalah untuk saudara kita di Syria, di Myanmar dan di merata benua yang dianiaya, ditindas dan perhamba.


Mereka berjihad untuk syahid, kita berjihad untuk membunuh keselesaan yang melalaikan kita dari mengingati Allah dengan sebaik-baiknya.


Maha Suci Allah, bantulah kami agar tidak terus berada didalam keselesaan yang membunuh rasa kehambaan kepadaMU.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 7 December 2013

Menyantuni Mak Mertua


Mak Mertua saya
Setiap tahun ibu mertua akan bergilir-gilir tinggal bersama anak-anak menantu. Dia akan tinggal disemua rumah anak-anak mengikut giliran yang dia sendiri tentukan. Lama mana tempoh pun atas dirinya juga yang tentukan. Mak mertua saya menyenangi semua anak menantunya yang berjumlah 9 orang. Mak mertua saya mempunyai 10 orang anak, seorang meninggal dunia ketika masih kecil. Sudah ada permata hatinya menunggu di pintu syurga.

Bila bercakap , menasihati anak menantu cucu cicit, ibu mertua akan sebut, "nenek tak pernah sekolah, tetapi nenek sentiasa ingat apa yang arwah atuk ajar dulu, apa yang tuan guru selalu bacakan kitab."

Tahun ini 2013, saya jemput mak mertua datang ke rumah pada 6 Oktober 2013 lalu. Saya dan zauj pergi ambik, ketika itu dia berada di rumah adik zauj yang bongsu, dia sebut pada adik bongsu zauj, "teringat nak pergi Johor, nak sambut raya korban di sana." Bila adik bongsu bagitahu saja, terus kami pergi ambik di Selangor, bawa ke Johor.

Genap 2 bulan saya menyantuni mak mertua saya. Melayan bagaikan permaisuri. Semua makan minum dihidangkan. Kudrat seorang wargaemas berusia 88 tahun, walaupun bagaimana pun masih mampu menguruskan diri sendiri. Sentiasa berusaha mengerjakan solat fardhu berjemaah diawal waktu bersama-sama anak cucu. Suka mak mertua mendengar apabila cucu-cucu mengalunkan bacaan ayat-ayat quran. Gembira dia melihat cucu - cucu mampu menjadi imam. Lagi suka apabila setiap pagi ada majlis ilmu selepas zikir dan doa solat subuh.

Selalu dia bersangka baik pada semua orang. Semua orang yang tinggal bersama saya atau yang datang berziarah akan disampaikan pesan dan nasihat. Banyak nasihat-nasihat dipesannya agar menjaga diri dari terjerumus ke dalam api neraka. Syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak-anak Adam tidak kira lelaki atau perempuan. Usah tergoda dengan dunia yang cuma sementara sahaja.

Senyumannya tak pernah pudar walaupun telah berusia menghampiri 1 abad, lagi 12 tahun.

Sebenarnya semua anak -anaknya mahu berbakti sementara roh dan jasad masih bersama dengannya ketika di dunia ini. Sebab itu dia membuat giliran dan pusingan supaya semua anak merasai nikmat berbakti kepadanya ketika usia semakin senja. Pusingan dan giliran ini dia sendiri yang tentukan. Adil dan saksama antara semua anak-anak menantunya. Tidak ada anak menantu yang tidak disenanginya, bahkan amat dia sayangi.

Disetiap hari pagi Jumaat, saya perhatikan dia akan panggil salah seorang cucunya, "nenek nak kirim, tolong masukkan dalam tabung masjid ya."

Siapa saja kanak-kanak yang datang ke rumah saya, pasti dia akan memberikan sesuatu dalam sampul duit raya. Sampul duit raya dia sepanjang tahun, sentiasa ada untuk diberikan kepada kanak-kanak. Jika ibu tunggal yang ada pelihara anak yatim, lagilah dia suka memberikan sampul duit rayanya.

Saya memang sentiasa menyediakan masa untuk berbual-bual dengannya. Duduk disebelah dan picit tangan kakinya secara perlahan-lahan.

Dikuburan arwah bapa mertua
Mak mertua ini sangat berdisplin dalam jadual makan ubat. Rutinnya setiap hari jika tidak berpuasa, makan nasi pukul 8.00 pagi dan pukul 5.00 petang. Dia cuma makan nasi 2 kali sehari. Katanya, "perut yang penuh menyebabkan kita mengantuk dan berat lidah nak berzikir." Jika berpuasa, dia makan ubat pada waktu sahur dan selepas berbuka puasa. Sangat menjaga waktu solat dan waktu makan ubat sebagai ikhtiar agar dia selalu sihat untuk beribadah menyembah Allah.

Bangunnya awal, lebih kurang jam 2.30 - 3.00 pagi setiap hari. Mengamalkan zikir kautharan di waktu subuh sebelum masuk waktu solat subuh, katanya, "berzikir dan berdoa waktu sunyi sepi." Itu arwah suaminya berpesan, jangan tinggal zikir di waktu subuh dikala semua orang sedang lena diulit mimpi.

Doanya tidak pernah putus mendoakan agar anak menantu cucu serta seluruh zuriatnya sentiasa dipelihara dari godaan syaitan durjana dan mendapat kebahagiaan dunia akhirat didalam rahmat Allah Ta'ala.

Petang tadi saat sudah didalam kereta pun, ketika cucunya, Omar Abdul Aziz bersalam dan
memeluk cium pipinya, dia berpesan, " Omar, kalau ada perempuan panggil 'hai', jangan kau sombong tetapi ucap kepada perempuan itu, ingatlah Allah."

Terasa sekejap sangat giliran saya berbakti kepadanya dalam tempoh 2 bulan ini. Minggu lepas dia sudah berucap kepada zauj, terasa nak pergi rumah anak yang lain pulak. Nak ke rumah anak di Kuala Selangor , katanya. Jadi zauj pun bersedia menghantar bondanya ke Selangor petang tadi.

Ya Allah, sekejap sangat masa berlalu, semakin pendek umur kita, semakin hampir kita kepada kematian. Terasa lama masa berlalu apabila kita menunggu-nunggu, seperti menunggu masuknya waktu solat dan menunggu dijemput kembali kehadirat Allah Ta'ala.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday, 6 December 2013

Bekalan Untuk Bermusafir

Mak Mertua
Apabila bermusafir, kita memang selalu menyiapkan bekalan paling kurang beg berisi pakaian. Begitu juga ibu mertua saya ini. Kemana pergi, tak kiralah samada rumah anak pertama, anak kedua, anak ketiga , anak keempat , yang bongsu atau yang lain-lain, mak mertua saya tak pernah lupa membawa beg ini.

Beg ini mengandungi segala persiapan kematian. Dalamnya ada sepasang telekung untuk dipakaikan bersama kain kapan, ada kain batik panjang untuk dipakai ketika orang memandikannya, ada tuala untuk mengelap selepas mandi, ada tudung putih untuk tutup wajahnya sebaik roh berpisah dengan jasad.

Semua anak menantu telah dipesan, apabila meninggal saja dirinya, bukalah beg itu, semua perkakasan mandi, kapan sudah ada. Mak mertua saya tak mahu menyusahkan anak menantu mencari itu ini bila tiba saat kematiannya. Dimana dia meninggal, di situlah dia dikuburkan. Mak mertua saya ini sentiasa ingat mati, tidak pernah bila bercerita dia sesuatu yang tidak dikaitkan dengan kematian.

Mak mertua saya sentiasa menunggu-nunggu untuk kembali ke hadirat Allah Ta'ala. Menunggu Malaikat Izrail datang memberi salam. Dia sentiasa rindu untuk bertemu Allah Subhanahuwata'ala. Sebab itu tak pernah saya lihat jari berhenti dari mengentel tasbih, bibirnya melafaz zikir.

Setiap kali lepas solat saya peluk mohon ampun, dia juga memohon ampun kepada saya, dia akan kata, "mak dah redha semuanya, dah maafkan semua anak cucu cicit".

Memang jelas diwajahnya tergambar kerinduaan tak terucap untuk bertemu Khaliqnya yang Maha Agung dan Maha Perkasa.

Itulah mak mertua saya, semoga rahmat Allah melimpahi atasnya sebelum, semasa dan sesudah kematiannya.

Arwah suaminya pergi sangat mudah, sebelum berpisah roh dan jasad, siap berpesan, "maknya, saya nak pergi jauh ni, ni jam tangan saya, ni duit buat belanja awak, saya nak pergi sorang-sorang aja kali ni, awak tinggallah dengan anak-anak ya, saya redha dan maafkan segala salah silap awak. Saya pun minta maaf dengan awak ya."

Arwah suaminya pergi selepas salam solat isya' dipangkuannya. Itulah mak dan ayah zauj saya.


Beg mak mertua yang berisi persiapan kematian

Mereka sentiasa mempersiapkan bekalan untuk bermusafir. Mereka sudah menanam pohon-pohon dan sedang membina mahligai di sana untuk mereka kembali tinggal bersama-sama dibawah naungan panji Nabi Muhammad SAW. Adakah kita juga begitu?



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 2 December 2013

Menyelamatkan Dua Jiwa

Penyerahan
Selamatkan dua jiwa. Menyelamatkan ibu agar mampu meneruskan kehidupan dengan berusaha memperbaiki diri, menyambung pelajaran, menuntut ilmu dan bayinya diserahkan kepada keluarga yang mampu mendidik mengikut ajaran agama. Menyerahkan kepada keluarga angkat bukan kerana tidak sayang, tetapi kerana sayangkan anaknya , tidak mahu emosi anak tercedera.

Betapa sedihnya anak itu apabila bersekolah nanti, anak itu mengetahui status dirinya melalui Sijil Kelahiran. Kita tidak mampu merahsiakan jika anak itu terbaca status dirinya di sijil kelahiran. Maka, dengan menyerahkan kepada keluarga angkat, sijil kelahiran dapat ditukar kepada sijil pengangkatan setelah bayi dipelihara lebih 2 tahun oleh keluarga angkat.

Menyerahkan kepada keluarga angkat bukan bermakna terputus hubungan antara ibu kandung dengan anaknya. Ini kerana jika keluarga angkat memohon melalui Baitus Solehah, keluarga angkat perlu bersetuju dengan akujanji ini.

AKUJANJI:

Saya berjanji sedia bekerjasama membenarkan ibu kandung atau keluarga ibu kandung untuk mendapatkan maklumat perkembangan anak dan mengizinkan ibu kandung dan keluarga ibu kandung untuk belawat dan bertemu pada bila-bila masa setelah perbincangan dipersetujui.

Ini bermakna keluarga angkat sewajarnya menganggap ibu kandung anak angkat mereka adalah sebagaian keluarga juga. Berkongsi kasih sayang terhadap anak itu.

Walaupun anak diserahkan kepada keluarga angkat, nasab anak dengan ibunya tetap sampai akhirat. Tidak ada sesiapa berhak menapikan hak ibu kandung keatas anaknya. Hanya di dalam perundangan, apabila telah diserahkan kepada keluarga angkat, ibu kandung tidak boleh menuntut semula anaknya itu. Ibu kandung memang sedia maklum hal ini ketika penyerahan di lakukan. Namun di dalam Islam, nasab dan hak pewarisan harta anak kekal dengan ibunya.

Semalam seorang bayi diserahkan kepada keluarga angkat. Kepiluan menyelubungi hati saya dan hati seluruh keluarga Baitus Solehah, apatah lagi hati ibu kandungnya.


Anak ini perlu berjalan jauh lagi , maka berilah kehidupan sempurna , mempunyai ibu dan ayah walaupun cuma ayah angkat. Dia berhak mendapat kesempurnaan dalam institusi kekeluargaan. Ibu kandung masih boleh bersama-sama anaknya bila -bila masa yang dia mahu.

Selalu saya menyarankan kepada keluarga angkat, anggaplah kamu sedang melaburkan saham akhirat. Kos penjagaan dan pendidikan anak angkat ini ibarat kamu bersedekah. Jika diberikan didikan yang sempurna, anak ini tetap mengenang jasa ibu bapa angkatnya sampai bila-bila dan menjadi bekalan di barzakh sana. Didiklah anak angkat dengan didikan agama yang sempurna. Tidak ada anak yang tidak boleh didik, jadikan kisah ibunya sebagai iktibar dan teladan.

Semoga usaha awal Baitus Solehah dalam menyelamatkan 2 jiwa berterusan dengan sokongan masyarakat sekitarnya. Jangan kita hina, herdik dan cerca mereka. Anak tidak bersalah, dan ibu sudah bertaubat. Kita pun belum tahu bagaimana akhir hayat kita nanti, semoga kita meninggal dalam husnol khatimah juga, sentiasa bertaubat.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday, 1 December 2013

Sekali Tersilap Bukan Gagal Selamanya

Pelatih bersama anaknya
Setelah seminggu melahirkan bayi, keluarga /waris menjemput pelatih pulang. Pelatih ini tidak mempunyai ibu dan ayah.

Seminggu selepas ibunya menghantar ke Baitus Solehah, setelah pulang ke kampung, meninggal dunia. Terasa tergiang lagi pesanan ibunya kepada saya saat meninggalkan anak bawah jagaan saya.

"ummi, jagalah anak saya seperti anak ummi ya, nasihati dia, marahi dia, berilah tunjuk ajar pada dia."

Sebak hati saya mendengar pesanan seorang ibu. Makin sebak saya apabila dimaklumkan ibu itu telah meninggal dunia. Makan yaatim piatulah gadis itu. Yang ada cuma adik beradik saja lagi.

Sepanjang di Baitus Solehah, tidak pernah sekalipun adik beradiknya datang melawat. Khabaran ibu meninggal dunia pun hanya diketahui 4 hari selepas dikebumikan. Adik beradik tidak mahu dia balik ke rumah melihat jenazah ibu buat kali terakhir dimana nanti aib dan maruah ibu tercemar. Ketika kandungan gadis ini sudah 7 bulan, sudah kelihatan.

Begitulah hukuman kecil kepada gadis terlanjur. Hukuman kecil yang terpaksa dilalui. Hinggakan ibu meninggal dunia pun tidak boleh untuk hadir menziarahi, apatah memberi ciuman terakhir sebelum dikuburkan.

Bukan Baitus Solehah yang melarang, tetapi keluarga sendiri yang menahan. Bukan setakat itu, banyak lagi hukuman-hukuman kecil yang terpaksa dijalani sepanjang berada dimana-mana rumah perlindungan. Ingin keluar bersiar-siar, ingin menggunakan media komunikasi , menonton siaran tv yang hasrat itu perlu diketepikan.

Tarbiyah yang dijalani menyebabkan kekangan masa untuk bersantai-santai.

Cerita pelatih ini, dia tidak berhasrat memberikan anaknya kepada sesiapa pun,walaupun keputusan SPMnya bagus. Sementelah pulak, ada seorang kakaknya yang telah lama berkahwin, tetapi tidak mempunyai anak. InsyaAllah mereka berjanji akan menjaga adik dan bayi itu. Saya menggalakkan dia menyambung pelajaran ke IPT.

Moga-moga saudara perempuannya yang ramai sudi membantu dia memelihara anaknya disamping meneruskan penggajian. Pelatih dibenarkan untuk memelihara sendiri anak mereka sekiranya mendapat sokongan dan bantuan dari ahli keluarga.

Satu kesilapan yang dilakukan bukan bermakna kegagalan. Peluang bertaubat yang Allah berikan, tarbiyah yang dijalani selama berada di Baitus Solehah, moga-moga menjadikan dia matang dalam membuat pilihan dan terpimpin melangkah di jalan yang lurus.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 14 November 2013

Walau Sezarah Usaha Kita

Kebumikan jenazah
Semalam saya sibuk 2 kali pergi ulang ke hospital menguruskan pelatih, tetapi Allah tetap beri saya peluang dan ruang untuk menjemput anak bongsu, Muhammad Ali Imran, balik dari sekolah agama.

Dalam kereta dia bercerita, hari ini ada kursus pengurusan jenazah. Ustaz cerita, di sebuah kampung ada seorang yang suka sangat membantu orang memandikan jenazah. Dia bukan memandikan tetapi menyediakan air untuk memandikan jenazah.

Di kampung itu, belum ada bekalan air paip. Jadi sumber air dari telaga atau sungai. Dia akan membantu mengangkut air-air dengan baldi ke dalam rumah. Dimana-mana pun ada orang meninggal, dia akan datang membantu menyediakan air mandi untuk jenazah. Tidak kira jauh atau dekat.

Suatu masa, di kampung telah berlaku musim kemarau. Banyak air dalam telaga telah kering. Kematian tetap berlaku tidak kira musim. Jadi orang ini sanggup mengangkut air dari sebatang sungai yang jauh dari kampung. Tidak ada sesiapa yang sudi menolong.

Ada yang menganggap dia ni tiga suku kerana suka sangat buat kerja macam tu tanpa di suruh. Dia melakukan kerja mengangkat air ini kerana Allah semata-mata. Tidak pernah dia meminta upah walau pun kadang sehari tu berlaku 3 kematian dan mengangkat air begitu jauh sekali.


Ikut ikhlas orang sahaja, jika sudi memberikan sedikit wang saguhati atau sedikit makanan untuk hari itu.

Suatu hari dia pula meninggal dunia. Musim itu musim kemarau juga. Tak ada sesiapa yang sudi nak mengangkat air untuk memandikan dia. Orang kampung buat tak tahu saja akan jenazahnya dan dibiarkan terlantar hingga malam di dalam pondoknya.

Tiba-tiba ditengah malam, orang kampung melihat cahaya yang terang di rumahnya yang cuma seperti pondok. Cahaya terang itu seperti beralur dari sungai yang jauh hingga ke pondoknya. Apabila melihat cahaya terang, orang kampung merasa takut-takut berani untuk melihat apa ke bendanya yang terang benderang itu. Mereka menunggu hari siang.

Apabila siang mereka tidak melihat apa-apa pun yang pelik seperti waktu malam. Cuma mereka terus pergi menuju ke pondok yang menempat jenazah lelaki yang suka mengangkat air mandi untuk sesiapa yang meninggal dunia. Mereka ingat aluran cahaya terang itu dari sungai hingga ke pondok itu.

Sampai di pondok, mereka menjenguk ke dalam, mereka dapati jenazah lelaki itu telah siap dikapan seperti lepas dimandikan. Mereka berasa hairan, siapakah yang telah memandi dan mengkafankan jenazah lelaki itu?

Imam pun datang dan menyuruh jenazah yang telah dikafan, dibawa ke masjid untuk disolat dan dikuburkan. Jenazah itu ringan dan harum. Semua orang tertanya-tanya tetapi tidak siapa dapat memberikan jawapan, siapa yang memandi dan mengkafankan jenazah sebab tidak ada orang yang mahu mengangkat air.

Kita sendirilah fikirkan kerana tidak ada sesuatu yang mustahil bagi Allah untuk mengurniakan rahmatNYA ketika kematian dan sesudah kematian hamba-hambaNYA yang ikhlas berbuat kebajikan kerana Allah Ta'ala.


Sebenarnya sekecil mana pun usaha yang dilakukan semata-mata kerana Allah, mungkin kecil di mata manusia tetapi besar dalam pandangan Allah, ia tetap dirahmati. Sebab itu Allah sebut se'zarah'...dalam surah Al- Zalzalah, ayat 7 dan 8..." Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) (8)



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 7 November 2013

Kenapa Wajar Anak Tidak Sah Taraf Diserah kepada Keluarga Angkat

Anak Yang Suci, Anak tidak bersalah
Mungkin ramai tidak bersetuju dan sependapat dengan saya. Saya hanya memberikan pandangan sahaja. Saya menulis melalui pengalaman harian yang dilihat dan dirasai.

Kenapa saya menggalakkan anak-anak yang tidak berbapa diberikan kepada keluarga angkat adalah untuk mengelakkan emosi anak cedera sebelum tiba masanya. Maksud saya tidak berpada ialah anak yang terhasil dari zina. Islam tidak mengiktiraf sesiapa pun menjadi bapa kepada anak ini walaupun lelaki menzinai ibunya itu telah menikahi ibunya.

Anak tidak bersalah, tetapi kenapa ia dihukum untuk bersedih sepanjang hayat, berhadapan dengan ejekan dan umpatan di awal usia kehidupan?

Sekarang ini mykid sudah dimansuhkan, maka segala urusan melibatkan sijil kelahiran sehingga layak anak itu mendapat kad pengenalan.

Apabila segala urusan kesihatan dan persekolahan menggunakan sijil kelahiran, samalah kita mengkhabarkan kepada dunia bahawa anak ini adalah anak tidak sah taraf, anak ini maklumat bapanya tidak diketahui.

Apabila anak itu bersekolah, dengan keadaan di mana setiap tahun anak-anak perlu menyerahakan salinan sijil kelahiran kepada guru kelas, samalah kita menyuruh anak itu mengetahui dirinya tidak mempunyai bapa seawal usia 7 tahun.

Apa perasaan anak itu?

Anak yang tidak mempunyai bapa dikatakan anak yatim, anak yatim dari pernikahan yang sah
ada nama bapa dan ada kubur bapa. Tapi anak tidak sah taraf ini, tidak berbapa, bolehkah disebut anak yatim? Usahkan bapa, nama bapa pun tidak ada ditulis di dalam sijil kelahiran. Alangkah berdukanya anak itu dari seawal usia kanak-kanak dan kesannya membawa sepanjang hayat.


Keadaan ini berbeza sekiranya anak diserahkan kepada keluarga angkat terutama keluarga angkat yang belum mempunyai anak. Apabila anak ini dipelihara dan tinggal bersama keluarga angkat sehingga berusia 2 tahun atau lebih, keluarga angkat boleh memohon penukaran sijil kelahiran kepada sijil anak angkat dengan JPN.

Bukan semudah kopek kulit kacang juga urusannya, perlu lalui temuduga oleh JPN. Sekiranya ketika temuduga, pihak JPN tidak berpuashati, mereka akan merujuk kepada pihak JKM pulak.

Apabila permohonan pengangkat anak diluluskan , Sijil Kelahiran Asal anak akan diambil oleh JPN dan diganti dengan Sijil Pengangkatan Anak. Pada sijil pengangkatan ini, maklumat bapa tidak diketahui akan lupus dan tidak dinyatakan lagi.

Jika dari kecil anak itu dipelihara oleh keluarga angkat, maka anak itu lebih maklum dan bersedia menerima takdirnya. Anak itu tahu dari kecil bahawa dia hanya anak angkat. Tidak ada sesiapa pun tahu status dia anak tidak sah taraf. Samada kawan-kawan atau guru-guru. Emosinya tidak cedera apabila dia tahu dia adalah anak angkat sedari dia kecil lagi.

Walau bagaimana pun hubungan anak dan ibu kandung tetap seperti biasa. Ibu kandung berhak menziarahi anaknya bila-bila masa. Keluarga angkat sepatutnya menerima ibu kandung anak itu sebagai sebagai ahli keluarga mereka.

Jika ibu kandung berkahwin, suami ibu kandung boleh diperkenal sebagai bapa (mereka telah menjadi mahram seperti anak dengan bapa tiri, selagi anak itu belum sampai usia sepatutnya dia tahu, biarlah dianggap sebagai bapa)

Semua keadaaan ini adalah untuk keharmonian emosi anak yang tidak bersalah tetapi keadaan telah mentakdir mereka begitu.

Dan sekiranya anak itu perempuan, ketika bernikah , bapa angkat boleh menggunakan wali hakim dan anak itu pun tidak banyak bertanya kerana tahu bapa itu hanyalah bapa angkat. Anak itu memang sedia maklum dan tahu bahawa bapa angkatnya tidak boleh jadi wali pernikahan walaupun mungkin telah menjadi bapa susuan.


Ibu mana tak sayang anak, disebabkan sayanglah berilah peluang untuk anak itu hidup sempurna seperti keluarga lain, ada ibu dan ada bapa. Jangan cederakan emosinya sepanjang hayat.

Saya yang memelihara beberapa hari pun bersedih melihat keadaan bayi, apatah lagi ibunya sendiri yang mengusung dalam rahim selama 9 bulan.

Walaupun anak diserahkan kepada keluarga angkat, nasab anak dengan ibunya tetap sampai akhirat. Tidak ada sesiapa berhak menapikan hak ibu kandung keatas anaknya. Hanya di dalam perundangan, apabila telah diserahkan kepada keluarga angkat, ibu kandung tidak boleh menuntut semula anaknya itu. Ibu kandung memang sedia maklum hal ini ketika penyerahan di lakukan. Namun di dalam Islam, nasab dan hak pewarisan harta anak kekal dengan ibunya.

Ingin saya mencadangkan kepada keluarga angkat, anggaplah kamu sedang melaburkan saham akhirat. Kos penjagaan dan pendidikan anak angkat ini ibarat kamu bersedekah. Jika diberikan didikan yang sempurna, anak ini tetap mengenang jasa ibu bapa angkatnya sampai bila-bila.


Ibu bapa yang mengasuhlah yang akan mewarna anak itu. Jika anak yang diasuh itu baik, ibu kandung dan ibu bapa angkat mendapat ganjaran pahala. Namun sekiranya anak-anak itu disia-siakan, agama dan akhlaknya buruk, keluarga angkat yang menanggung akibat kerana mereka yang mencorak dan mendidik anak tersebut.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday, 23 October 2013

Hidayah Ke Baitus Solehah


Kelas Mengaji
Sudah berapa hari saya tidak menulis perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Muhammad Nur Iman. Kekangan masa dan kekangan tenaga untuk menulis.

Padahal setiap mutiara kata yang keluar dari lidahnya sangat memberi kesan dalam jiwa. Saya terpegun dengan kelancaran lisannya kini dalam berbicara menyampaikan peringatan.

Hanya hati-hati yang telah Allah buka untuk menerima taufik dan hidayah akan terkesan dengan apa yang diperkatakannya.


Hidayah itu milik Allah, dikurniakan kepada insan terpilih sahaja dan menjadi tanggungjawap kepada diri sendiri untuk memelihara hidayah itu dengan menyemai, membaja untuk mendapat hasil yang bagus.



Dakwah telah dilaksanakan, hidayah telah dapat, tinggal diri sendiri saja lagi mahu mengekalkan hidayah Allah ini. Jika tidak dengan hidayah Allah, pelatih-pelatih ini tidak sampai ke Baitus Solehah. Bukan semua berpeluang untuk masuk ke sini, dengan kekangan ruang dan tempat.

Ada yang terberanak dalam perjalanan, ada yang terberanak dalam persiapan untuk datang padahal tarikh kelahiran masih jauh beberapa minggu. Namun,  ada juga yang berpeluang datang selepas melahirkan anak.Ini kerana hidayah Allah untuk mendapat panduan jalan mana yang mahu dipilih setelah terjadi begini.

Dan ada juga yang telah datang, dengan niat tidak lurus, dengan tipudaya melarikan diri, akhirnya kembali seperti sebelum ke sini. Sebenarnya memang Allah mengeluarkan mereka yang menjadi parasit supaya tidak menjadi ular berbisa dalam kita melaksanakan pentarbiyahan.

Baitus Solehah bukan seperti asrama yang dikawal dengan security guard. Langsung tak perlu kawalan begitu. Bebas melakukan apa saja mengikut peraturan yang disediakan. Larangan penggunaan telefon tangan dan laptop adalah untuk kebaikkan diri sendiri. Tanpa hubungan dengan dunia luar, mereka boleh fokus dengan program yang dijalankan.

Boleh mempersiapakan diri untuk solat berjemaah diawal waktu, boleh bangun awal disubuh hari, boleh membaca al-quran tanpa gangguan sesiapa.

Saya selalu pesan dan ingatkan, "Sesiapa yang merasa tak betah berada di Baitus Solehah, cakap terus terang dan boleh mohon keluar secara baik, tak perlu menggunakan tipu helah melarikan diri."

Baitus Solehah tak ada pengawal keselamatan, cukuplah Allah yang mengawasi keselamatan dan kesejahteraan penghuni dan hartabendanya.

Pernah ketika JKM buat lawatan ke Baitus Solehah, dan bila saya menerangkan, dia terpegun seketika dengan jawapan diberikan. Perlu apanya pengawal jika Allah lebih berkuasa ke atas hati manusia. Yang datang ke Baitus Solehah adalah hati-hati yang ingin dipimpin ke jalan yang lurus, ingin bertaubat dan ingin berubah. Apakah di luar sana, ada yang sudi mendengar cerita mereka, memimpin tangan mereka dan memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Maka saya katakan kepada pihak JKM, saya tak risau atau takut mereka akan melarikan diri jika niat mereka datang adalah untuk bertaubat dan berubah. Ini pentingnya memutuskan buat sementara waktu mereka dengan dunia luar, agar mereka benar-benar fokus dalam pengabdian kepada Allah. Mereka memang tidak akan kemana-mana. Beri masa untuk mereka menyesuaikan diri dan seteruskan mereka akan dapat membiasakannya.

Mereka sedang mengenalpasti manakah laluannya supaya apabila mereka sudah keluar dari Baitus Solehah, mereka tahu memilih. Ketika itu tidak sesiapa yang mengawal mereka kecuali Allah jua.

Saban hari mereka diingatkan agar memperbetulkan niat, membersihkan hati dan mengikhlaskan diri untuk menerima peringatan.

Santapan rohani diseimbangkan dengan santapan jasmani. Program pembersihana jiwa dengan zikir Kautsaran setiap hari agar mereka mendapat petunjuk jalan yang benar dan lurus apabila keluar dari sini nanti. Itu saja hidangan istimewa di Baitus Solehah. Keluarga besar saya ini sangat saya sayangi kerana mereka datang atas hidayah Allah bukan atas paksaan.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Tuesday, 22 October 2013

Menyampaikan Tazkirah


Baitus Solehah
Tabah dan sabar sungguh Muhammad Nur Iman menyampaikan tazkirah di Baitus Solehah. Tidak ada rasa jemu apabila dalam diri kita ada rasa tanggungjawap pada ummah.

Padahal satu sen pun tidak pernah dibayar. Selesai solat subuh di masjid, selesai wirid dan doanya, berjalanlah dia ke Baitus Solehah untuk menyampaikan ilmu. Jika waktu solat subuh awal seperti sekarang ini, waktu subuh masuk 5.38 am, jam 6.20 am dia sudah sampai ke Baitus Solehah. Terus buka kitab. Sekarang ni kami mentelaah Kitab tulisan Imam Al-Ghazali yang bertajuk Penenang Jiwa terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub.

Kami berharap dengan rahmat Allah melimpahi kepada semua pelatih yang ditarbiyah dan apabila mereka keluar dari Baitus Solehah, mereka mendapat taufik dan hidayah Allah berjalan di jalan yang lurus.

Itu saja harapan kami yang berbuat kebajikan tanpa mengharap bayaran dan balasan dari manusia. Segala usaha kami bukan untuk mendatang manafaat kepada Allah dan RasulNYA tetapi manafaat untuk hamba-hambaNYA yang ingin kembali ke jalan Tuhan.

Semoga usaha kecil kami mengdapat rahmat dari Allah Ta'ala.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday, 10 September 2013

Laman Ilmu Baitus Solehah



Hampir 3 bulan tidak menjenguk dan mencatat satu cerita pun di sini. kesibukan di alam nyata, menyebabkan hanya sempat menulis di facebook saja. Sesiapa yang ingin berita terkini, boleh melayari laman fb ini, Mak Liza, di sini banyak ilmu dan panduan kehidupan. Begitu juga laman   Baitus Solehah yang sarat dan padat dengan ilmu tentang kehidupan.


Berbagai kisah dan cerita kehidupan harian di catatkan dan dikongsikan.



Sekian, moga perkongsian khabar ini mendapat manafaat kepada semua pihak.







Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 9 September 2013

Bedung Budaya Yang Dilupakan.


Bayi dibedung selepas mandi
Sebelum ini saya sudah pernah menulis berkaitan membedung bayi. Kenapa bayi perlu diBedung.


Kali ini saya kongsikan penulis dari laman Warga Prihatin hasil kudapan ibu-ibu prihatin.


Orang tua-tua dulu-dulu memberi nasihat kepada ibu-ibu muda jika tidak membedung anak akan mejadikan anak kengkang jalannya. Tapi pada hakikatnaya membedung itu mempunyai Kelebihan yang tersendiri dari segi pendidikan jika kita tahu kebaikan dan kelebihanya. Jika mereka kengkang secara fiziklal saja tak apa. Tetapi yang paling kita takuti ialah kengkang juga rohani atau akhlaknya.

Dewasa ini kebanyakan bayi yang baru lahir oleh ibubapa moden menggunakan cara yang ringkas. Umpamanya apabila anak dilahirkan terus sahaja dipakaikan lampin pakai buang. Maklumlah zaman sudah berubah dan cara kehidupan juga berubah.

Apa yang kami ingin nampakkan di sini adalah peri penting untuk meneruskan kesinambungan budaya membedung bayi yang baru lahir. Tahukah anda bahawa bayi tidak mempunyai penglihatan semasa dilahirkan? Walaupun matanya kita lihat seperti celik, yang ada pada bayi tersebut hanyalah pendengaran.

Al Quran sendiri menjelaskan fenomena ini dalam surah 16. An Nahl 78. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”.

Begitulah asal perkembangan manusia, lahir hanya berbekalkan pendengaran, selepas kira-kira 3 bulan barulah bayi dapat pengelihatan. Hati bayi pula mula berfungsi apabila mereka mula mampu berkata-kata. Itulah tanda perkembangan hidup kita. Untuk para ibu sekelian bayi-bayi yang baru dilahirkan ada baiknya kita “bedung” mereka.

Ada juga ibu-ibu moden mengatakan tak sesuai untuk membedung bayi dengan alasan bayi panas, ganggu pergerakan motorik anggota dan perkembangan otak dan bermacam-macam lagi. Ingin kami kongsikan "significance" membedung bayi terhadap perkembangan jasad dan sahsiah bayi itu sendiri.

Di dalam rahim ibu, bayi terlindung sepenuhnya, hidup dalam keadaan aman tanpa gangguan bunyi dan cahaya. Oleh kerana bayi tidak dapat melihat sebaik dilahirkan, maka hanya deria pendengaran dan sedikit deria rasa saja yang ia ada. Ini akan membuatkan bayi “over-react” pada bunyi dan sentuhan. Ini membuatkan bayi terlalu sensitif dengan ransangan bunyi dan sentuhan itu dan mudah terkejut dan terganggu, khususnya waktu tidur. Tanpa ketenangan itu proses kematangan tisu dan otak akan terganggu.

Sebagaimana bayi perlu tidur yang cukup. Begitulah juga kesinambungan anggota yang perlu ditenangkan untuk memberi peluang kematangan sel-sel otak dan anggota untuk matang. Kejutan demi kejutan akan menyebabkan bayi terganggu bukan saja fizikalnya, malah perkembangan otaknya. Selain itu, tidak kurang bayi yang gagal mengawal tangan dan jari sehingga tanpa sedar melukakan mulut, mata, hidung dan telinga mereka.

Ini agak berbeza dengan pandangan sesetengah ibu moden yang mengatakan membedung akan mengganggu perkembangan bayi.

Cuba perhatikan. Bagi mereka yang terlewat membedung bayi, akan dapat melihat tindakbalas bayi berupa protes terhadap bedungan pada hari pertama. Tangan atau kaki sukar untuk diluruskan. Secara psikologi pula, tujuan bayi yang baru dilahirkan dibedung adalah untuk membiasakan anak itu dari awal lagi tentang unsur-unsur batas. Itulah pengenalan tentang “rule and regulation, boundary and limitation” asas hudud dalam pengurusan bayi.

SAMPAI BILA HARUS DI BEDUNG?

Ada yang menganjurkan maksima 1 bulan, ada yang kata sampai 3 bulan, bagi sesetengah orang lama ada yang menganjurkan sehingga 6-8 bulan, mungkin itu agak terlalu lama. Bagi kami ia harus berdasarkan konsep “apply to effect”.

Masih ingat Hadis nabi yang menganjurkan pendidikan 100 tahun sebelum kelahiran bayi? Yang menganjurkan pendidikan itu dari lahir hingga ke liang lahad? Mari kita pelajari lagi.

Pelbagai reaksi berupa protes dari kalangan ibu muda banyak berlaku dalam hal bedung ini. Tidak kurang yang bergaduh sampai mengeluarkan kata kesat, ini anak aku, aku yang mengandung, ikut aku lah apa aku nak buat.!

Ingatlah wahai ibu muda sekalian, walaupun ia sekadar satu ‘kata hati’ yang tidak diluah, ia tetap dapat dibaca oleh orang tua kita yang sudah banyak makan garam, cukup masak dengan tabiat body language kita. Jika sampai mereka ‘terasa hati’ apatah lagi sampai menitiskan air mata, maka kita sudah jadi derhaka yang tidak akan cium bau syurga. “What goes around comes around” TUNGGU PULA GILIRAN KITA BILA ANAK SENDIRI BESAR NANTI. Bagaimana ianya berlaku?

Bayi yang baru lahir hanya belajar melalui bunyi dan sentuhan. Jika anda marah atau tention maka suara anda berbeza, nadi anda berbeza, otot anda akan kejang (stiff). Bayi sangat sensitif. Ini akan membina sahsiah awal bayi anda secara negetif juga. Ia menjadi pendidikan melalui ‘body language’ dan system saraf anda yang memberikan hasil negetif sehingga jangka panjang.

Tahukah Anda kenapa ular, kucing, anjing garang pun jarang mencederakan bayi? Ini kerana hati mereka bersih ibarat kain putih. Mereka tidak kenal musuh dan tidak bermusuh dengan haiwan itu. Oleh itu mereka tenang dan tidak mengancam haiwan tersebut, walaupun baby duduk atau pijak atas kucing itu sekalipun, tetap tidak akan dicederakan. Anjing yang sama akan menerkam sebelum kita dekati lagi, kerana kita ada reaksi negetif yang dikesan getarannya oleh mereka.

Balik kepada bedung, Kajian kami merumus dan mencadangkan ia di buat mengikut kondisi. Di sini perlunya iqra’ atau membaca keadaan. Selain dari membuatkan anak merasa aman untuk tidur tanpa masalah kejutan yang berbagai-bagai, bedung juga mengawal ronta dan mengeliat yang berlebihan. Ini juga memudahkan kita mendokong anak. Oleh itu bedungan harus mengikut perkembangan jasad anak anda. Yang penting bayi anda harus dapat merasakan kongkongan bedung itu setelah pergerakan motor anggotanya mulai aktif. Wajarnya antara sekitar 2-4 bulan, di mana pegerakan motor mula aktif, teruskan mengongkong pergerakan itu seketika lagi.

BEDUNGAN MUHTASYABIHAT?

Ini yang paling penting. Selepas melepaskan bedungan jasmani. Teruskanlah dengan bedungan rohani. Selepas kira-kira 3 bulan anak kita sudah boleh melihat dan berinteraksi mata dengan jelas dan pasti. Waktu ini anak sudah kenal ibu, bapa, susu, makanan dan sebagainya. Teruskan dengan bedungan suara, tangan, kerusi roda, buaian dan lain-lain untuk menyekat kebebasan pergerakan bayi. Jika kita mahu anak kita patuh, jangan kita tunjukkan kedegilan kita terhadap orang tua dan suami depan mereka. Jangan sentuh anak dengan kasar tanpa sebab, jangan sering meninggi suara depan mereka. Anak akan copy dengan cepat sekali.

INILAH ASAS HUDUD YANG SEBENAR, DARI PERINGKAT BAYI DALAM KELUARGA ISLAM.

Jika tidak kita bedung rohani mereka dari perkara-perkara negatif, nanti apabila mereka sudah remaja dan dewasa, mereka tak mampu kita bendung lagi. Mereka akan memberontak kerana kongkongan (bedung) baru nak dilaksanakan hanya selepas mereka mampu melawan.

Amalkan bedung sejak bayi, ketika mereka tak mampu melawan dan hanya menurut sahaja sehingga mereka biasa dengan kongkongan itu. Pada sudut kerohanian pula, Jika anak dari kecil sudah dibedung / dikongkong rohaninya, contohnya dari berkeliaran membuat kerosakan, pasti setelah bedung mereka dibuka, iaitu semasa mereka telah akil baligh nanti, mereka boleh bawa diri, di asrama dan universiti contohnya, tidak perlu kita kongkong dan pantau sangat lagi. Insyaallah mereka MAMPU MEMBEDUNG dan MENGONGKONG diri mereka dengan aturan ala ‘bedung’ yang telah kita biasakan mereka sejak awal melalui akal dan disiplin yang diterapkan.

Ibu-ibu Prihatin mengambil langkah berundur ke belakang. Kami tidak menolak untuk membedung bayi sejak hari pertama anak-anak dilahirkan. Anda bagaimana?

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday, 8 September 2013

Kenapa Solat Tidak Boleh Mencegah Perbuatan Mungkar?


Solat mencegah perbuatan mungkar
Semalam saya dikunjungi oleh sebuah keluarga yang saudara mereka telah terlanjur. Kini telah hamil 7 bulan. Saudara-saudara gadis itu berhasrat gadis itu ditarbiyah agar bertaubat, dan berubah.

Ini kerana keterlanjuran gadis itu adalah kali ke dua dengan pasangan yang sama. Bermakna kali pertama gadis itu tertangkap oleh saudara besarnya, dia berjanji mahu berubah. Tetapi sekadar lafaz dimulut tanpa ada usaha dan bimbingan bertaubat. Hukuman 'buang daerah' yang keluarga mampu lakukan tidak dibuat maka gadis itu masih selesa dengan perbuatanya.

Ia menjadi ketagihan bila lama tidak dilakukan. Kali ini ia hamil dan tak mampu disorok lagi. Saudara besar marah. Marah mereka sudah terlewat bila mana usaha hukuman ke atas kesalahan pertama tidak dilaksanakan.

Ketika saudara besar menceritakan, "payah nak percaya adik buat gitu lagi sebab adik taat mengerjakan perintah Allah, seperti sentiasa mengerjakan solat 5 waktu, menutup aurat dan berpuasa ramadhan. Adik pun jarang keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan, keluar rumah sekali sekala saja."

"Adik tinggal bersama mak dan ayah saja di rumah, jadi mak ayah memang ambik berat dengan adik. Tetapi tak sangka macamana adik boleh terlanjur lagi sehingga hamil."

"Masa semua saudara balik berhari raya baru-baru ini, semua kami tak tahu keadaan adik. Kami tahu baru-baru ini, bilamana kami tanya, bila adik akan mendaftar masuk kolej."

"barulah mak bagitahu keadaan adik yang sebenarnya. Mak tak beritahu masa semua saudara pulang beraya hari tu kerana 'tak nak hilangkan mood raya' kami semua yang sedang berkumpul ramai-ramai."

Saya pun takde nak cakap banyak. Saya cuma jawap," walaupun masih mentaati Allah, mengerjakan solat fardhu 5 waktu tetapi dalam masa yang sama masih melakukan zina, bermakna solat yang dikerjakan tidak dapat mencegah perbuatan mungkar."

Firman Allah dalam surah al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud, "sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar."

"jadi kena periksa semula solat, bermula dari mandi wajib, cara berwudhuk dan bersolat, adakah sempurna rukun-rukunnya. InsyaAllah jika sempurna segala rukun, dan solat itu sempurna, janji Allah benar, solat itu akan mampu mencegah perbuatan mungkar."

"Solat menjadi pengawal kepada kita dari melakukan perbuatan mungkar, bila tergerak nak buat, ada saja halangan untuk tidak kita melakukan maksiat dan perbuatan mungkar."

Oleh itu wahai sahabat, wahai saudara-saudara ku, marilah kita periksa diri dan amalan harian kita, adakah kita masih degil taknak tutup aurat, masih degil taknak mengerjakan solat, tak nak berpuasa, masih nak bercouple dan nak melawa.

Syurga neraka adalah pilihan kita, kita buat kita dapat.


Menyambung perihal solat boleh mencegah kemungkaran seperti Firman Allah dalam surah al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud, "sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar."

"jadi kena periksa semula solat, bermula dari mandi wajib, cara berwudhuk dan bersolat, adakah sempurna rukun-rukunnya. InsyaAllah jika sempurna segala rukun, dan solat itu sempurna, janji Allah benar, solat itu akan mampu mencegah perbuatan mungkar."

Ada yang tertinggal untuk diterangkan. Saya selalu memerhatikan perempuan termasuklah isteri atau ibu atau gadis atau remaja yang bila nak mengerjakan solat terus berwudhuk tanpa bersuci terlebih dahulu.

Maksud saya bersuci ialah, membersihkan kemaluan sebelum berwudhuk. Fitrah semulajadi kemaluan perempuan sering mengeluarkan lelehan tak kira lendir warna jernih atau kental pekat. Ini adalah kebiasaan. Semua lelehan yang keluar dari faraj perempuan adalah najis kecuali air mani. Maka sewajarnya sebelum ambik wudhuk sucikan diri dari najis. Dan 'pakaian dalam' yang telah terkena najis TIDAk boleh dibawa bersolat.

Hanya dirinya yang tahu tahap kesuburan dan kebersihan diri sendiri. Maka sebelum mengambil wudhuk baik periksa dahulu pakaian dalam, samada bersih atau kotor. Cuci kemaluan terlebih dahulu, kemudian barulah berwudhuk.

Jadikan amalan cuci kemaluan sebagai rutin untuk menghindari diri ada najis ketika mengerjakan solat. Selalu saya perhatikan, dah banyak berjalan, bershopping,buat kerja apabila masuk surau terus ambik wudhuk, dan mengerjakan solat tanpa memeriksa pakaian dalam itu bersih atau kotor. Jika kotor, jangan pakai pakaian dalam itu ketika mengerjakan solat. Dikhuatiri terdapat najis dari lelehan yang keluar tanpa sedar. Kalau air mani ia keluar dalam keadaan disedari, jadi pasti akan mandi wajib.

Lelehan yang keluar dari faraj perempuan apabila mula akil baligh terdiri dari wadi, mazi dan keputihan. Ada juga yang darah istihadah. Semua ini najis dan perlu dibersihkan. Pakaian yang terkena lelehan ini dikira bernajis dan tidak dibawa bersolat. Maka bersihkan dulu kemaluan dan jangan pakai pakaian dalam ketika bersolat untuk mengelakkan solat tidak sah.

Solat yang sempurna mampu mencegah kita dari melakukan kemungkaran. Janji Allah benar. Maka sila pastikan hal yang kecil, remeh tetapi membawa impak besar dalam mengerjakan solat.

Ramai orang malu nak bertanya, bolehkah solat pakai seluar dalam? Boleh sekiranya seluar dalam itu bersih. Jadi sebelum solat periksa seluar dalam anda, mana tahu ada kesan air kencing atau keputihan. Cium dan periksa, jika kotor, jangan pakai, cuci kemaluan dan berwudhuk, solat.

Nah... saya bawakan peringatan ni semula:

Syarat Sah Solat

Syarat-syarat sah solat ialah:-
• 1. Sesudah masuk waktu solat.
• 2. Menghadap ke arah Kiblat.
• 3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
• 4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
• 5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki).

Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.


Hal ini diperincikan dan dijelaskan supaya kita ambik langkah berhati-hati. Semua ibu-ibu wajar bagitahu anak gadis masing-masing perihal mencuci kemaluan sebelum berwudhuk.


Periksaan kebersihan pakaian, tempat solat, cara berwudhuk, air yang digunakan untuk berwudhuk, mandi wajib dan beristinjak supaya disebabkan perkara asas tidak sempurna mengakibatkan solat itu Allah tidak terima.


Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang. Termasuk dalam kemungkaran itu dosa besar contohnya membunuh, berzina, memakan harta anak yatim dan juga dosa-dosa kecil yang dilakukan terus menerus.

Allah s.w.t menegaskan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran. Walau bagaimanapun, banyak orang yang melakukan ibadah sembahyang, tetapi tetap melakukan kemungkaran dan dosa-dosa lain yang disengajakan, yang tidak seharusnya berlaku.

Allah s.w.t menegaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Maka sesiapa yang masih melakukan kemungkaran, melanggar larangan Allah dan meninggalkan suruhan Allah, masih buat khianat, mengumpat, bermakna sembahyang yang didirikan itu tidak dapat menghalang dirinya dari buat jahat. Periksalah sembahyang kita.

Periksaan kebersihan pakaian, tempat solat, cara berwudhuk, air yang digunakan untuk berwudhuk, mandi wajib dan beristinjak supaya disebabkan perkara asas tidak sempurna mengakibatkan solat itu Allah tidak terima.

Seseorang itu juga perlu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi. Sembahyang juga memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu perlu memahami makna sesuatu yang dibaca ketika bersembahyang, sama ada dengan cara ijmali (menyeluruh) atau tafsili (satu persatu/terperinci) dengan tujuan untuk memperoleh rasa khusyuk dalam solat berupaya membentuk diri orang yang berkenaan.

Manusia perlulah berusaha mencari jalan supaya dapat khusyuk dan memahami solat agar dapat menegah kita daripada melakukan kemungkaran dan juga maksiat. Orang yang sembahyang kerana malu pada jiran-jiran akan melakukannya ketika dorongan tersebut wujud. Apabila pendorong itu tidak wujud, ia tidak akan sembahyang atau melakukannya tetapi dalam keadaan sambil lewa. Orang yang melakukan ibadah tanpa ikhlas mudah ditipu iblis ( al-Hijr : 36-40).

Apabila adanya kehadiran iblis di dalam jiwa seseorang itu, maka mudahlah untuk mereka ditipu dengan senang oleh iblis. Disebabkan itulah, mereka bersolat namun tidak mendapat faedah selain mendapat penat sahaja. Allah s.w.t memerintahkan sembahyang kepada manusia untuk kebaikan manusia sendiri kerana tujuan sembahyang itu agar dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 20 June 2013

Kelapa muda oh kelapa muda


Air Kelapa muda
Suatu kisah ketika hamil anak pertama, usia kandungan hampir 7 bulan, saya dan zauj pergi ke belakang rumah mertua untuk mengait kelapa muda. Belakang rumah mertua memang ada banyak pokok kelapa. Zauj berusaha mengait buah kelapa yang sedang-sedang lembut isinya. Zauj memang dah mahir  mengenal mana buah kelapa yang isinya masih lembut atau yang sudah keras.

Oleh kerana tersangat nak minum air kelapa ni, selepas zauj berjaya menebuk buah kelapa tanpa sabar di tuang ke dalam jag, saya ambik dan minum terus tonggak dari buah kelapanya. Perlakuan ini mungkin biasa bagi orang lain termasuklah saya juga apabila sudah terlalu teringin sangat-sangat.

Zauj tegur kerana merasakan perlakuan begitu kurang sopan. Terdiam saya, saya jawap, kerana terlalu ingin sangat nak minum jadi tak sabar menunggu tuang ke jag dan cawan.

Terus air mata saya mengalir bila zauj nasihat secara lembut akan menjaga adap ketika hamil dan bersabar. Walaupun cuma depan dia saja, tak ada orang lain, adap dan sopan tetap kena jaga, kena pelihara kerana Allah melihat perlakuan kita. Ia bukan haram tetap kehalusan akhlak yang kena jaga ketika hamil. Sabar akan menjadi pakaian taqwa dalam kehidupan kita menuju syurga Allah.

"abang tahu, muna memang sangat mengidamkan air kelapa muda ni, dah lama nak, walau bagaimana pun, kehalusan akhlak dalam adab sopan tetap kena jaga tak kira ada orang atau tidak kerana apa yang kita lakukan adalah semata kerana Allah maka Allah melihat apa yang kita lakukan, jadi jaga adap dan akhlak kita walau dimana pun" zauj menyambung nasihatnya dengan air mata juga. Rupanya zauj saya menangis melihat saya menangis namun ilmu tetap disampaikan agar saya menjadi muslimah terdidik. Dan itulah pertama kali saya melihat air mata zauj saya menangis menasihati saya, bukan marah atau kasar bahasa. Kami sama-sama menangis dalam menghadam kata-kata peringatan zauj tadi.

Maha suci Allah, saya dapat pelajaran tentang IHSAN di kebun kelapa oleh zauj saya sendiri. Sebab itu tiap kali saya nampak buah kelapa muda, pasti saya ingat peristiwa di kebun kelapa 29 tahun lalu. Saat manisnya bulan madu dan menanti kelahiran anak sulong.

Petua untuk semuanya...

Amalan minum air kelapa ketika kandungan memasuki trimester ketiga amatlah digalakkan. Amalkan minum air kelapa seminggu sekali. Air kelapa berkhasiat untuk membersihkan kulit bayi. Dengan itu apabila bayi dilahirkan, dia akan memiliki kulit bersih. InsyaAllah sepanjang usia bayinya, anak jarang menghadapi masalah berkaitan kulit.

Ilmu untuk dikongsi bersama.

 Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu." (Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab) Yakni, mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu. Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday, 19 June 2013

Kisah Pakcik Jual Laksa Beras

Laksa beras utara
Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar,saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.

Zaman ini, kebanyakkan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.

Setelah membeli laksa beras,pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.

Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.

Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menjawap, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga menggelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar.

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakkan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal menggelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.

Kisah ini tidak ada kaitan dengan pakcik jual laksa beras di kampung saya tu. Ini hanyalah tulisan fiksyen saya.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday, 18 June 2013

Rezeki Kita Dalam Jaminan Allah


Usah risau hal rezeki
Saya tidak pernah risau hati terhadap apa yang dijamin oleh Allah s.w.t. dalam urusan rezeki.

Memang rezeki kita Allah yang menentukan. Hari ni, bila dapat saja panggilan telefon dari Pusat Kesihatan, terus saya capai beg sandang yang mengandungi fail dokumen anak-anak BS dan beg tangan. Saya tak de pernah periksa berapa duit yang ada dalam beg tangan tu.

Last saya berbelanja membeli barang keperluan harian minggu lepas. Stok susu ibu hamil, horlick, coklat, bijirin sentiasa cukup untuk anak-anak BS. Pemakanan mereka memang saya jaga, dan memastikan mereka mengambil makanan berkhasiat setiap hari. Jika saya tak keluar rumah bermakna, saya tak perlu keluarkan duit. Makan makanan stok yang sedia ada di dalam rumah. Alhamdullilah, rezeki Allah sentiasa ada.

Pagi Jumaat lepas, jiran rumah anak yatim hantar nasi ayam penyet dan pizza lebihan majlis tahlil malam tu. Hari Sabtu masak soto. Hari Ahad pergi kursus, petang ziarah jiran buat aqiqah. Jiran tu bekalkan lauk dan nasi. Hari Isnin, makan nasi berlauk ayam dan daging yang jiran bekalkan. Apa saya makan, semua anak-anak BS dan ahli keluarga makan. Tak ada yang memilih milih.

Hari ni, masa saya nak bayar pendaftaran masuk wad, baru terkebil-kebil selongkar beg tangan dan dompet. Cuma jumpa RM 2 saja. Syiling pun cuma ada 70 sen. Hahaha...camana nak bayar deposit RM 15 ni. Melihat saya nak mencari mesin ATM, staf pendaftaran kata tak apalah, nanti nak waktu discaj aja bayar.

Rupanya beg tangan saya ni cuma berat dengan buku, cermin mata dan dompet. Duit takde. Namun tetap Allah mempermudahkan urusan. Ketika saat lapar, ada orang lain tolong bayarkan masa di cafe JAIJ tadi tu.

Ketika di wad, saya nak turun beli keperluan, anak BS hulur duit RM 100, katanya, "hari tu, kakak WM datang ziarah, dia berikan duit ni untuk beli keperluan diri. Ummi gunakan lah duit ni beli apa-apa yang perlu." Macam dia tahu pulak, yang saya sedang tak ada duit, padahal saya tak beritahu apa-apa pun. Itulah rezeki namanya.

Saya yakin setiap sumbangan ikhlas penyumbang kepada BS sentiasa dirahmati Allah, selalu digunakan waktu yang benar-benar diperlukan. Moga sumbangan itu menjadi bekalan ketika di barzakh nanti.


Terungkap kata-kata seorang sahabat , " Muna Liza hang dah masuk golongan Tajrid.."

Oleh kerana ada kawan tulis perkataan tajrid, saya pun dah lama tak buka kitab, saya lupa maksud tajrid. Sebagai perkongsian, sapa-sapa yang nak tahu apa maksud tajrid, disini saya kongsikan ilmu.

Tajrid secara bahasa adalah mengosongkan sesuatu daripada yang lain. Maksud tajrid dalam pemahaman tasawuf bahwa jika kita sedang menghadap Allah, maka penuhkanlah perhatian hanya kepada Allah dan kosongkan perhatian daripada yang lain.

Demikianlah juga jika kita sedang mengerjakan sesuatu maka penuhkanlah perhatian kepada pekerjaan tersebut dengan niat kepada Allah dan kosongkan daripada yang lain. Kosongkan daripada yang lain dan hanya menghadapkan diri kepada Allah.

Ayat ke 5, surah Al-fatihah, bermaksud, " hanya ENGKAU yang kami sembah dan kepada ENGKAU kami mohon pertolongan." Patutnya masa baca ayat ni, kita kena fokus betul-betul. Begitu juga di saat kita sangat memerlukan pertolongan, kena fokus doa ni. Itu maksud mengosongkan hati selain hanya meminta pertolongan dari Allah Ta'ala.

Huraian detail tidak perlu dinyatakan di sini, cukup paling mudah nak faham maksud mengosongkan hati dari perkara lain melainkan kebergantungan kepada Allah semata-mata. Walau bagaimana pun asbab dan ikhtiar tetap ada dalam kita melakukan sesuatu pekerjaan. Harap jangan tafsir mudah dan salah, ilmu mesti ada supaya syaitan tak ambik kesempatan membolak balik hati.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Ambulance oh Ambulance



Bilik Saringan Ibu Bersalin HSAJB
Tak sangka hari ni saya pergi  Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru naik ambulance. Minggu lepas, 2 kali pergi Hospital Sultanah Aminah naik teksi. Jika pergi zauj hantar, baliknya naik teksi. Jika pergi naik teksi, baliknya  zauj yang jemput. Tapi hari ni, pergi naik ambulance, baliknya naik teksi sampai ke rumah.

Rutin harian berjalan seperti biasa. Selepas solat jemaah, ada Ta'alim subuh yang menyentuh kisah orang bertaubat. Tetap pengisian tentang iman. Selesai ta'alim, anak-anak BS bersarapan nasi goreng.

Saya meneruskan operasi mengemas rumah. Hari ni tergerak hati nak mengemas awal tanpa bersarapan terlebih dahulu. Meng'vakum' ruang utama dan mencuci pakaian. Sementara mesin cuci menjalankan tugas, saya keluar membantu zauj mencuci karpet. 2 helai karpet di cuci dan disental bersih.

Jam 8.00 pagi, sempatkan keluar seketika menghantar anak-anak BS ke Pusat Kesihatan untuk menjalani cek up antenatal dwimingguan. Bergilir-gilir. Minggu lepas orang lain,minggu ni orang lain. Jika bukan kes baru, saya tidak menemani mereka. Kebanyakkan staf sudah sedia maklum mereka anak buah BS.

Balik rumah, meneruskan operasi kemas rumah. Tak terasa masa berjalan, jam 10.12 minit dapat panggilan telefon dari salah seorang anak BS di Pusat Kesihatan, staff nurse minta saya datang ke sana, kerana salah seorang kena admit wad.

Kebetulan sebuah kereta pun tak ada di rumah ketika ni. Naza zauj guna untuk pergi kerja, hilux, anak sulong bawa ke KLIA, ada urusan, kancil Baihaqi bawak pi kolej, myvi menantu guna bawa pergi sekolahnya. Telefon jiran, jiran pun perlukan kereta untuk jemput anak yatim balik sekolah sebentar lagi. Telefon kawan pun sama juga, semua kereta sedang digunakan.

Tak ada pilihan, telefon zauj di tempat kerja, minta tolong jemput saya di rumah dan hantar ke Pusat Kesihatan.

Sampai di Pusat Kesihatan, rupanya ambulance dah standby untuk berlepas ke HSAJB. Menunggu saya tiba saja. Tak sangka pulak, saya naik ambulance hari ni ke JB. dalam ambulance cuma saya , pesakit dan seorang jururawat. 10 .53 pagi dah mula berlepas dan tiba di HSAJB jam 11.13 pagi. Terus di bawa ke bilik Saringan Bersalin untuk terima rawatan lanjut sebelum dihantar ke wad.

Selesai urusan pendaftaran wad, jururawat dan ambulance pulang semula ke Pusat Kesihatan TU. Tinggallah saya seorang menunggu di ruang menunggu. Sementara menunggu inilah baru saya rasa lapaar dan mengantuk. Baru teringat yang saya belum bersarapan apa-apa lagi pagi ni.

Doa-doa sampai terlelap. Perut yang lapar berirama minta diisi. SMS seorang anak halaqah, "salam Ti, ummi kat tingkat satu , bangunan wad kelas satu, kebulur ni, jom makan."

"ok, tunggu sana, saya ambik kereta."

Pergi makan kat cafe JAIJ. Kiranya waktu tu 12.25 tengahari. Makan tengahari. Oleh kerana lapar dan

Selesai makan, jam 1.35 tengahari, Ti hantar saya semula ke bangunan wad kelas satu. Pesakit sudah di letakkan di wad kelas 3 Timur bangunan induk.

Menapaklah saya ke Bangunan Induk, naik ke tingkat 3 menuju ke timur. Mencari katil nombor 24. Rupanya masa untuk makan tengahari dah berlalu. Turun semula saya ke tingkat bawah untuk membeli keperluan kebersihan diri. Pesakit juga lapar, menanti makan malam, lambat lagi.

Shower cream, shampoo, ubat gigi dan berus gigi. Air mineral, roti, biskut dan diapers new born. Pakaian lain dah memang ready dalam beg, maka masa saya nak datang ke Pusat kesihatan, saya tinggal capai saja lagi.

Alhamdullilah, dalam beberapa tempoh sebelum ni, saya dah banyak berpesan bagaimana mengerjakan solat di atas katil. Tak perlu jalan jauh ke surau, solat saja atas katil asalkan mengadap kiblat.Solat secara duduk seperti di rumah. Dah sarat ni pun kebanyakan solat dikerjakan secara duduk saja, maka mudahlah solat di atas katil asalkan menghadap kiblat. Sempat juga tadi saya capaikan al-quran terjemahan dan telekung agar selagi belum bersalin, dapat membaca quran.

Moga Allah mempermudahkan segala urusan dan hidayahNYA berterusan hingga hujung nyawa.
Dalam ambulance



dahaga, minum sampai dua gelas teh ais. Sambil minum selepas makan, kedengaran laungan azan. Hati sakit sebab tengok ramai lelaki dalam cafe buat tak dengar laungan azan yang berkemundang dari Masjid Sultan Abu Bakar yang jauhnya cuma sepelaung saja. Dah la tak pergi sahut seruan azan, bersembang gelak ketawa. Inikah imej sebuah jabatan agama? ok tak pe, mungkin orang luar yang datang berurusan, sangka baik, mereka tu musafir, tu yang tak nak solat zohor secara berjemaah. Agaknya kebulur seperti saya jugak.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 17 June 2013

Cabaran Dalam Menyampaikan Ilmu


Cabaran Dalam Menyampaikan Ilmu

Kadang-kadang terlintas di hati untuk membatalkan kelas kerana didapati cuma 2 orang saja yang hadir. Mood nak menyampaikan ilmu terasa pudar. Begitulah kalau diikutkan hati dan nafsu ammarah.

Kita berusaha datang berjalan kaki 1 km dengan tujuan mahu menyampaikan ilmu. Ketika menyampaikan ilmu, ada yang menguap ngantok dan ada yang main-main. Berasa kecewa dan sakit hati dengan keadaan itu. Begitulah tabiat dan ujian dalam menyampaikan dakwah.

Moga usaha dan kegigihan ini menjadi teladan dan sempadan untuk terus kita berdakwah. Walaupun satu orang yang mengamalkan, itu sudah sangat bermakna kerana ia akan jadi ilmu yang bermanfaat dan berterusan aliran pahala ke barzakh.

Awal Agama Mengenal Allah

Dalam proses pentarbiyah, dalam baru mereka mengenal agama, perkara pertama yang diberikan ialah keyakinan tentang perkara ghaib. Ini kerana Allah, Malaikat dan akhirat adalah termasuk perkara ghaib.

Konsep bertuhan, yakin pada Allah, yakin pada malaikat, yakin pada Rasul, yakin pada kitab dan yakin pada hari kiamat.

Hari-hari kena suap mereka tentang syurga neraka, dosa pahala. Apabila mereka sudah hadam tentang syurga neraka, mereka ada rasa gentar tentang neraka, rasa suka pada syurga, maka dengan sendiri mereka dahaga untuk melakukan ibadah.

Bila sudah dahaga, mereka berusaha melakukan ibadah samada ibadah khusus atau ibadah umum. Mereka dengan sendiri berusaha untuk menyempurnakan ibadah dengan sempurna.

Itulah kaedah pentarbiyahan peringkat awal mengenal islam dan mendorong mereka melakukan ibadah. Bila mereka sudah dahaga, mereka akan melakukan ibadah tanpa perlu disuruh.

Pentarbiyahan ini berbeza mentarbiyah anak kecil yang sedang membesar. Semoga Allah mengurniakan hidayah dan nur kepada mereka.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday, 16 June 2013

Istiqomah Untuk Tidak Berdusta


Epal atau Oren?


Perkara yang paling sukar untuk dilakukan dalam kehidupan ini ialah istiqamah dalam bersikap jujur dan berkata sesuatu yang benar.

Kadang-kadang kita memilih untuk berdusta semata-mata ingin menutup aib diri, melepaskan diri dan sebagainya. Tabiat buruk ini sepatutnya dihindari kerana pendustaan yang pertama itu akan memerlukan kepada pendustaan yang seterusnya.

Hadis nabi ini yang bermaksud :

“Hendaklah kamu selalu jujur, kerana sesungguhnya jujur itu akan membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu akan membawa kepada syurga. Dan tidaklah seseorang selalu berkata jujur dan berusaha menetapi kejujuran, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang sangat jujur. Dan hendaklah kamu selalu menjauhi dusta, kerana sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada kemaksiatan, dan sesungguhnya kemaksiatan itu akan membawa ke neraka. Dan tidaklah seseorang selalu berkata dusta dan selalu memilih pendustaan, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang pendusta [ Imam Muslim ]

Bersama-samalah kita berusaha untuk sentiasa bercakap benar, sentiasa bersikap jujur dan cuba menghindari dari melakukan pembohongan dan pendustaan. Jangan sampai kita dicop sebagai pembohong atau penipu kerana pasti sikap negatif itu akan menjerumuskan kita ke lembah neraka.

Sentiasalah berkata benar walaupun kadang kala terpaksa menerima impak negatif. Ini sesuai dengan Pepatah arab :

Ù‚ُÙ„ِ الحَÙ‚َّ ÙˆَÙ„َÙˆْ Ùƒَانَ Ù…ُرًّا

Berkata benarlah walaupun pahit.

Semog Allah SWT membimbing dan merahmati kita semua dan memimpin kita kepada perkara yang diredaiNya.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 15 June 2013

Positif Untuk Hidup, Bersedia Untuk Mati


Tahun 2000, saya dimasukkan ke wad HSAJB dan menjalani biopsy hati.Karsinoma hepatoseluler atau heptoma adalah nama asing bagi saya. 88% Pesakit hepatoma  terinfeksi dari virus hepatitis B atau C. Virus ini mempunyai hubungan yang erat dengan timbulnya hepatoma. Hepatoma seringkali tidak terdiagnosis karena gejala karsinoma tertutup oleh penyakit yang mendasari iaitu sirosis hati atau hepatitis kronik.

 "Hati adalah organ penting untuk menapis bahan berbahaya dari dalam darah dan membuangnya dari badan. Hati juga penting untuk penghadaman dan metabolisme protein serta karbohidrat."

Antara sakit hati dan rosak hati berbeza. Sakit hati adalah istilah orang ramai yang biasanya merujuk kepada sakit di bahagian hati yang mana puncanya adalah berbagai seperti jangkitan virus hepatitis. Ianya juga boleh disebabkan oleh hati yang bernanah (abscess) atau masalah batu hempedu.

Kerosakan hati pula melibatkan radang atau kebengkakan pada hati disebabkan oleh penyakit kronik seperti virus hepatitis B atau C, yang boleh membawa kepada sirosis hati dan kegagalannya untuk berfungsi. Perlu difahami bahawa kerosakan hati boleh berlaku tanpa pesakit merasai sebarang kesakitan.

"Hepatitis boleh membawa kepada sirosis (pengerasan hati) dan juga kanser hati!"
Hepatitis boleh membentuk sirosis iaitu pembentukan tisu parut pada hati bagi menggantikan sel hati yang mati akibat jangkitan virus, atau bahan kimia tertentu. Sirosis pula boleh membawa kepada kanser hati!

"Hepatitis sememangnya menggerunkan. Saya pernah berjumpa pesakit yang menangis tiba-tiba, ketakutan akibat terlalu banyak maklumat, dan mungkin telah salah faham mengenai situasi yang dihadapinya.

"Radang hati melibatkan virus hepatitis jenis A, B, C, D, E, F dan G. Namun, virus hepatitis B (HBV) dan virus hepatitis C (HCV) merupakan yang paling menggerunkan,"

Sirosis terbentuk daripada hepatitis kronik setelah bertahun-tahun dijangkiti virus tersebut. Di bawah mikroskop elektron, virus hepatitis kelihatan seperti bunga bulat tetapi sangat bahaya.

Kala di wad, di fail saya, yang tertulis diluarnya jelas perkataan Hep B +ve. Saya redha. Hasil pembacaan mendalam membuat kita tenang dan bersedia. Walaupun saya mengambil masa hampir satu tahun untuk menerima hakikat saya masih ada masa selama 12 tahun untuk bersama-sama keluarga.

Zauj kata, "ramai je orang mati tak bersebab atau kerana-kerana yang dijadikan asbab seperti, mati kemalangan, mati kena bunuh, mati lemas dan sebagainya. Ada juga yang mati dalam tidor. Nak mati tak kira masa, bila-bila pun boleh mati, jadi tak usah dok risau sangat nak mati."

Sejak itu, saya memulakan persediaan untuk mati walaupun adakala tewas dengan bisikan dan rayuan syaitan. Namun Allah sentiasa membuka pintu taubat, sentiasa memberi ampunan dan menunjukkan jalan yang lurus.

Doa adalah senjata orang mukmin. Rahmat Allah lebih luas dari murkaNYA. Allah sentiasa membuka jalan untuk sesiapa yang mahu melakukan amal kebajikan.

Dalam pada itu ujian tetap datang, penyakit dak kesakitan sudah sinonim, hospital menjadi penginapan kedua selain rumah kediaman. Anak-anak meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain. Mereka tidak perlu tahu apa yang ummi mereka sedang alami.

Rawatan zikir dilakukan disamping rawatan alternatif. Pernah tahun awal tahun 2009, sebuah mesin canggih di pusat perubatan alternatif mendiagnos tahap kerosakkan hati sehingga 90%. Mak aii...tingginya.

Seorang doktor juga pernah berkata, semua manusia mempunyai 2 paru-paru, 2 buah pinggang, tapi cuma ada satu hati. Jika salah satu organ buah pinggang atau paru-paru rosak, masih ada sebuah lagi untuk digunakan. Hati, walaupun cuma satu tetap berfungsi baik sehinggalah cuma tinggal 1% saja lagi elok.

Setiap 6 bulan saya menjalani ujian fungsi hati. 5 tahun pertama, saya masih rajin menjalani ujian rutin itu. Lama-lama saya jemu sebab saya tak ada menjalani sebarang rawatan pemulihan hati, bagaimanakah hati saya akan bertambah baik? Keputusan yang saya dapati setiap 6 bulan menjalani ujian fungsi hati merupakan satu keputusan yang akan menyebabkan saya jadi lagi susah hati. Bacaan yang tak cantik.

Lebih baik saya tak tahu apa-apa lagi perkembangan fungsi hati saya sehinggalah saya jalani ujian menggunakan mesin canggih di pusat rawatan alternatif. Mereka menggunakan sample rambut dan darah saya untuk menganalisa. Keputusan akhir, perawat itu jadi heran bagaimana keputusan dari analisis oleh mesin canggih menunjukkan kroniknya keadaan semua organ dalam tubuh saya, tetapi saya masih segar bugar, ceria senyum ketawa.

Tahun 2007 saya mula mengalami kerosakan sendi. Mr.Masjudin ( pakar orthopedik yang merawat sejak Januari 2008) kata kerosakkan sendi ini adalah "Severe Tricompartmental Osteoarthiritis of Knee Joint" bahasa melayu nya "kerosakkan sendi lutut yang teruk" level 4.

Beberapa siri pembedahan berkaitan sendi dilakukan sehingga tahun 2010. Dalam pada itu, pada 13/1/2010 menerima rawatan angiogram rawatan untuk jantung, di wad kardiologi HSAJB.

Oleh kerana tahun 2012 makin hampir, masa yang berbaki pun tak lama (12 tahun selepas tahun 2000), baki masa yang ada saya peruntukkan dengan keluarga dan ummah, memperhebatkan pelaburan dan membuat bekalan. Rayuan bersara awal telah diluluskan mulai Jun 2010. Mana-mana anak yang sudah sampai masa layak bernikah, dinikahkan. 5 Jun 2010 diadakan walimah serentak untuk 3 orang anak. Sebaik selesai majlis, hati rasa lega.

Baki masa fokus untuk buat bekalan , simpanan dan pelaburan tak kira dalam apa jua bentuk pun. Semua baki hutang sama ada kad kredit, kereta kecuali rumah diselesaikan. Simpanan wang yang ada habis dibelanjakan. Berpegang kepada, "yang jadi milik kita ialah apa yang kita belanjakan" yang kita simpan belum tentu jadi hak kita. Menunggu tahun 2012 dengan penuh debar.

Mulai awal tahun 2012, tak kira apa bentuk peluang dan ruang yang ada untuk buat bekalan saya kaut. Bantuan anak yatim, bantuan ibu tunggal, OKU, pelarian Rohingya disantuni. Projek Saham Akhirat dilancarkan. Baitus Solehah mula beroperasi secara diam. Diteruskan dan dijalankan sambil melatih anak-anak supaya meneruskan sekiranya ibu mereka telah dijemput Tuhan.

Berlalu tahun 2012, menjenguk tahun 2013. MasyaAllah, Subhanallah...aku masih berupaya melihat matahari. Masih bernafas dalam keadaan segar. Masih berupaya berjalan di bumi  Allah. Alhamdullilah...

Doktor memaklumakan berdasarkan ilmu, saya hormati pemaklumannya kerana menjadikan saya sentiasa berfikiran positif, bersedia mati, menjadikan hidup saya ceria, tanpa gundah gulana dan seronok melalui jalan kehidupan dijalan yang Allah redha.

Laporan ujian darah terkini (full blood test) membuat doktor yang merawat saya terkesima. Semua analisis bacaan berada dalam julat.  Kehairanan lebih kepada ketaajuban dengan kekuasaan Allah. Bahawa rahmat Allah itu sangat luas.

Sebagai tanda syukur kepada kurniaan Allah atas rahmat usia ini, usaha kebajikan diteruskan. Ziarah Anak Yatim, Ziarah Warga emas, Baitus Solehah di war-warkan untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan bimbingan dan pertolongan kembali ke jalan Allah.

Saya menganggap usia yang Allah berikan selepas tahun 2012 adalah bonus. Bonus untuk memberi peluang dan ruang menambah bekal didalam RahmatNYA. Bekal di barzakh dan bekal di mahsyar nanti. Jika diberi peluang mahu merebut masuk syurga tanpa hisab. Bagaimana? Kita kena usaha ...





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.