Hari hari migrain, ujian Allah. Masa jumpa doktor semalam tu ada tanya doktor, kenapa kepala saya ni migrain je. Doktor kata, kena jumpa doktor medical ni, kesian , berhari-hari menanggung sakit macam ni.
Bila doktor sebut je, kena jumpa doktor medical pula, terus jawap "tak pelah doktor, saya makan celebrex je, menahan sakit ni." Tak sanggup dah saya nak buat temujanji dengan mana-mana doktor untuk menerima rawatan setakat migrain ni saja. Walaupun tahu bahawa, sakit kepala ini mesti juga berpunca dari sakit dalaman yang lain.
Ni dah masuk 2 hari dok jadi penunggu chatbox di Halaqahnet, sejak isu panas berkaitan Dr Asri dibawa ke Halaqahnet. Kalau boleh mahu Halaqah cuma membincangkan secara neutral dan sederhana dalam menangani isu-isu panas. Tak mahu ada sebarang polemik oleh user berlaku di halaqah. Selalu user diingatkan halatuju asal Halaqahnet.
Antara tujuan utama halaqah.net diwujudkan adalah untuk menjadi tempat rujukan terutama kepada permasalahan tentang Agama Islam terutama berkaitan feqah, akhlaq,aqeedah, dakwah, munakahat dan amal jamaie'. Menjadi tempat Khazanah Ilmu. Inilah cita-cita dan impian Pengasas Halaqahnet. Namun masih ada juga user yang suka berbahas dan membincang hal-hal berkaitan siasah.
Dari subuh hingga ke malam menangani isu panas di halaqah hingga tak sempat nak membelek-belek artikel yang dipost ke PenaHalaqah. Dah 3 hari artikel tidak ditukar. Ditambah migrain yang kerap datang ni, lagilah bertambah sakit kepala. Mujur ada anak-anak ni yang bergilir memicit kepala dan belakang.
Nak tergelak malam tadi tu, bawa laptop atas katil letak di sebelah bantal. Sambil baca dichatbox, sambil terlelap. Masa nak lelap dah tengok jam 1.20 am. Dah tak tahan sangat mata, luruskan badan , tidur. Jam 2:35 am terjaga, tengok ada beberapa window YM dari ustaz haudhie, dari Humairra, adeq Fauzy dan Daeng Jati. Sekadar baca saja, tak nak jawap, yang dijawap cuma pertanyaan ustaz Alhaudhie. Dah jawap tu, boleh sambung semula tidur. Bila terjaga sekali lagi jam 3:30 am, eh..."bila pulak , berym dengan ustaz ni?", tapi tu,tak nak percaya, ayat sendiri, jawapan sendiri, so, memang sendiri lah yang berym dengan ustaz jam 2:35 tu. Ustaz tanya berkaitan Halaqahnet dan qudwah, mana orang lain boleh tolong jawapkan.
Selepas solat tahajud, sementara menunggu masuk waktu subuh, buat maintance forum dan review chatbox. Dah baca semua bicara di dewan halaqian malam tadi time ummi tidur tu, baru ummi clearkan semua msg-msg. Lepas solat subuh, cepat-cepat masuk dapur buat sarapan pagi. Pagi ni , cuma sempat masak mehoon goreng saja. Masak seadanya bahan, ada udang kering, sayur sawi dan tauge. Kira jadi jugalah kalau ummi yang buat dan masak. Buat sarapan sebelum anak-anak ke sekolah.
Sejak dari kecik lagi, anak-anak akan bersarapan dahulu sebelum ke sekolah. Bawa bekal juga. Banyak kelebihan bawa bekal ke sekolah. yang pasti makanan itu berkhasiat dan kebersihan terjamin. Memang dah terdidik, semuanya akan ambik sarapan dan bawa bekal, jadi mereka tidak belanjakan duit yang diberikan.
Sebaliknya duit tu mereka menabung untuk dihantar ke Bank Rakyat. Setiap orang ada akaun sendiri. Kiranya paling lewat usia 3 bulan , ummi akan bukakan akuan anak-anak di Tabung Haji dan Bank Rakyat. Menabung untuk masa depan mereka, digunakan tujuan pendidikan suatu ketika nanti.
Masa kecik, duit raya kereka tu yang ummi didik suruh simpan. Dah besar ni, duit belanja sekolah yang tidak dibelanjakan tu yang ummi suruh mereka masukkan dalam bank. Supaya mereka sentiasa bermotivasi untuk menabung, ummi galakkan mereka menyimpan sendiri ke bank melalui mesin deposit. Mereka dah pandai gunakan mesin deposit tu.
Tengah hari ni, ummi masak asam pedas ikan baung. Teringat yang zauj suka makan asam pedas, jadi ummi masak sambil berzikir. Semoga apa yang anak-anak makan mendapat keberkatan dan redha Allah. Ummi tambah lagi doa, agar anak-anak menjadi anak soleh , dan hati mereka sentiasa bersatu kerana aqeedah dan kasih sayang Allah.
Dan ummi sangat gemar memasak yang menggunakan asam jawa, kerana, asam jawa tu perlu di ramas-ramas dengan air mengunakan jari-jari tangan ummi. Begitu juga jika membancuh tepung untuk buat kuih cokodok atau cucur udang. Ummi memang sengaja tak mahu guna senduk, tapi gunakan jari untuk mengaul tepung, air dan bahan-bahan rencah yang lain. Doa di hati dan zikir tu jangan putus, agar setiap rezeki yang anak-anak dan suami makan mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Selesai masak ummi terus mengadap Halaqah semula. Riview chatbox dan baca post-post user. Ini lah kerja ummi setiap hari dari pagi ke malam, dari malam ke petang. Ummi suka dengan dengan kerjaya ini, yang banyak menceriakan hati ummi. Memang ummi tidak suka tidur siang, berbaring bila badan rasa benar-benar tidak berdaya dan perlukan rehat.
Sambil tu, ummi peruntukkan juga masa untuk melayan mak mentua berborak, bercerita kisah silam dan mendengar nasihat-nasihat berguna dalam menguruskan anak-anak. Anak-anak ummi dah besar pun, ummi masih tidak jemu untuk mendengar nasihat dan petua mak mentua dalam mendidik anak. Walau pun mak mentua tidak pernah sekolah, tapi ilmu yang dikutip melalui didikan arwah suaminya sangat berguna. Mak mentua ini seorang yang waraq, sentiasa berzikir dan wuduknya tidak pernah luntur. Jadi tidak hairanlah jika 9 orang anak-anaknya menjadi anak soleh. Sering juga beliau menasihati cucu-cucu (anak-anak ummi la) agar menjadi anak soleh.
Walaupun bapa mentua dah meninggal hampir 9 tahun, tapi bila berbual menyampaikan ilmu dan nasihat, mesti dalam kata-katanya " arwah ayahmu dulu...." Nampak jelas betapa kasih sayangnnya pada arwah suaminya tidak luntur dan padam.
Moga begitu juga kasih sayang anaknya kepada isterinya ini...
Wednesday, 4 November 2009
Macam-macam ada...
Impianku menjadi isteri solehah
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/04/2009 01:12:00 pm
Labels: anak-anakku, mak mentua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment