BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 26 July 2009

Pernikahan ku

Kahwin ketika usia muda...

ummi mulakan...
sebab ummi kahwin ketika umur 19 tahun,
masa tu berada tahun 2 di universiti...
suami ummi masa pensyarah pengajian Islam,
masuk mengajar untuk ganti pensyarh sebenar tak datang,
ternampak ummi sekali, duduk paling belakang,
Rupanya...
keluar je kelas, dia merisik mencari maklumat,
minggu depan ada orang panggil ummi untuk majlis taaruf,
minggu depan lagi,dia pergi sendiri meminang pada mak ayah,
3 bulan pastu bernikah.Semua keluarga suami datang bertandang.
Buat majlis walimah di rumah ummi saja,
hantaran tak tinggi,hadiah iringan sebuah al-quran dan sehelai sejadah.
tak ada pelamin,tak ada sanding,tak ada makan beradap.
Kiranya ummi pecahkan tradisi kampung,
majlis walimah besar
tapi
tak ada ghazal, tak ada kompang.
Majlis bersiram pun tak ada apa tah lagi mandi puteri.
Sebulan pastu bunting pelamin,walaupun tak ada pelamin.
Genap 9 bulan 10 hari lahirkan putera.
masa ni lah yang nak jadi cerita...
Dah ada anak,tak ada pembantu,ummi duduk luar,bukan asrama lagi,
Bila pergi kuliah,anak kena bawa,sebab anak tak pandai menyusu lembu,
bila ummi masuk kelas,bagi anak pada kawan yang duduk asrama,
tolong jaga,tolong asuh sementara ummi ada kuliah,
bila kawan tu ada kuliah juga, passing lagi pada kawan lain...
nanti ummi habis kuliah,
ummi kena keliling blok cari anak ummi di mana...
masa tu mana ada handphone...
tunggu dia menangis baru tahu di bilik mana dia berada...
Bila malam nak buat report lab, nak study,
Nasib baik hubby yang baik hati,bertimbang rasa,
Makan minum ummi dia yang sediakan...
Cuci kain baju tentulah mesin...
benda pertama dibeli bila dah kahwin...
biar tak ada katil atau kerusi meja...
Alhamdullilah tamat gak ummi belajar...
Berumah tangga dan anak tak jadi masalah...
Yang jadi masalah...
Ummi digantung pengajian kerana purdah...
Last...masalah ini settle juga...
Sekarang ummi masih menyambung pengajian,
walaupun anak dah ada 10 0rang,dah ada cucu...

Semoga cerita ummi menjadi semangat untuk kahwin awal...

5 comments:

hafaz furqan said...

Allah terus bersama ummi dan insan2 y ummi sayang, insyaAllah.

terima kasih atas perkongsian ini ummi :)

Samudera Qaseh said...

Allah menganugerahkan kepada ummi ramai insan-insan yang disayangi. ANtara insan yang paling ummi sayang ialah embun ummi. Ia tetap hadir dan sentiasa di hati menemani ummi di setiap dinihari...

Embun mak...

Fazilah Jamaludin said...

Alangkah bertuahnya ummi...
usia akan mencecah 30 thn, tetapi diri ini masih mencari-cari.. Moga dipertemukan dengan insan yang boleh membimbing untuk sama2 ke akhirat...

Fazilah Jamaludin said...

Alangkah bertuahnya ummi...
usia akan mencecah 30 thn, tetapi diri ini masih mencari-cari.. Moga dipertemukan dengan insan yang boleh membimbing untuk sama2 ke akhirat...

Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita said...

Silalah isi borang baitul muslim halaqah net...mana tahu ada jodohnya di sana wahai alef ...