بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
anak menantu mak abah yang angkat |
Topik yang bertajuk Anak Soleh sebagai Aset ke Syurga. Yang dipaparkan ialah sebuah video klip syarahan Ustaz Don Danial. Saya klik video tu, apabila mendengar saja suara hiba Ustaz Don menghuraikan hadith nabi tentang lahirnya anak. Terus jiwa saya terusik. Hadith tu seperti di bawah,
Rasulullah SAW bersabda; "Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah dan kedua orang tuanya lah yang menyahudikan, atau mengkristiankan atau memajusikannya."
Kita ini Islam, maka adakah kita telah mengislamkan anak kita dengan ajaran agama Islam yang benar. Inilah maksudnya hadith Rasullulah di atas, memastikan anak kita benar-benar seorang Islam. Anak ini fitrah, maka kitalah yang memastikan anak kita seorang Islam yang tulin, menjadi muslim yang mukmin.
Jika ikutkan ramai ibu bapa yang berjaya didik anak-anak, tapi apakah indikator keberjayaan ibu bapa dalam mendidik anak-anaknya? Adakah bila mana anak itu berjaya menjadi doktor, guru, tentera, menteri, jurutera atau apa saja yang memberikan gaji lumayan dikira ibu ayah yang berjaya mendidik anaknya?
Orang bukan Islam pun ajar anak mereka agar berakhlak mulia, tidak berbohong, rajin belajar, tak hisap dadah dan tidak buang masa sia-sia. Jadi apa beza anak mereka dengan anak orang Islam?
Bagi saya, indikator keberjayaan ibu bapa itu ialah apabila mereka dapat mendidik anak-anak mereka mengerjakan solat 5 waktu berjemaah, dapat bangun malam menunaikan solat tahajud dan solat dhuha.
Perkara ini tidak boleh dilakunkan,tidak boleh sekadar menunjuk-nunjuk atau buat-buat saja kerana memerlukan komitmen yang berterusan. Apabila berjaya mentarbiyah anak-anak melakukan solat berjemaah 5 waktu, maka syariat yang lain bukanlah susah lagi untuk dididik.
Contohnya, seperti dalam klip video ustaz Danial Don menegaskan adakah anak-anak kita hari ini mampukah memandikan, mengkapan, mensolat dan mengkebumikan kita apabila kita mati nanti.
Mampukan kita memastikan yang anak-anak kita nanti, bersedia untuk memandikan, memakaikan kain kapan, mensolat dan mengebumikan kita nanti.
Pastikan anak kita yang mengimamkan solat dan mengetuai bacaan doa untuk kita bila kita telah berangkat ke sana nanti.
Jadi masih belum terlewat untuk kita mengingatkan, mentarbiyah dan mendidik mereka untuk menjadi anak soleh.
Sapa-sapa yang dengar vidoe klip ustaz Don tentang Anak Soleh Aset ke Syurga pasti akan tersentuh jiwanya. Kalau tak ada rasa apa-apa dalam hati tu, baik segera melakukan pemeriksaan kesihatan, mana tahu hati tu dah keras, dah jadi batu.
tarbiyah solat ketika masih kecil |
Jadi sebagai ibu, kena bersuara agak kuat, berulang kali agar anak tu bangun. Saya memang tak jemu panggil mereka selagi mereka belum duduk dan bergerak ke bilik air.
Alhamdullilah, memang saya sendiri yang tekad , cuti panjang ni saya mahu anak-anak melakukan solat berjemaah 5 waktu sehari. Maka sayalah yang kena menjaganya. Moga-moga apabila telah biasa ia akan menjadi rutin yang tidak payah disuruh dan diingatkan lagi.
Jadi ibu memang kena sabar, kena tabah dan kena kuat. Redha siapa yang kita cari, melainkan redha ALlah jua. Saya nak pastikan anak-anak yang memandikan , memakaikan kain kapan, menjadi imam solat jenazah dan mengkuburkan saya.
Seorang ibu mampu memandikan anak-anaknya sejak lahir hingga usia cecah 6 tahun, sehari 2 kali paling kurang, adakah seorang anak mampu memandikan ibunya cuma sekali sahaja, itupun ketika dah tak bernyawa. Semasa bayi, bagaimana lemah lembutnya seorang ibu memandikan bayi, menyabun , membersihkan dengan belaian kasihsayang. Moga-moga begitulah juga nanti anak-anak memandikan saya.
Masih terbayang di ruang mata, saat berangkatnya mak abah ke alam barzakh. Alhamdullilah mak abah mempunyai 7 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki. Semua pulak dah berkahwin, maka ada 7 menantu lelaki dan 2 menantu perempuan. Dan dikurniakan anak cucu yang ramai.
ketika memasukkan jenazah dalam van |
Selesai memandikan , anak-anak lelaki dan menantu lelaki angkat jenazah mak ke ruang lapang untuk dipakaikan kain kapan. Segera kami bergerak ke sana untuk memakaikan mak kain putih. Kamu buat dengan lemah lembut. Salut dulu mak dengan kapas , selepas itu balut badan mak dengan kain putih. Akhir sekali baru mak kami pakaikan telekung.
Sebelum lapisan kain putih terakhir di ikat bahagian kepala, semua adik beradik, anak cucu cicit ambik peluang mencium pipi mak. Ketika mencium, dipesan jangan sampai ada air mata menitik pada wajah mak.
menuju ke perkuburan |
Selepas tu barulah anak lelaki dan menantu lelaki, angkat mak letakkan dalam keranda. Mereka pun sama, lakukan dengan perlahan dan hati-ahti, terasas eperti mengangkat sesuatu yang rapuh/ fragile. Diusung masuk ke van jenazah dengan iringan bacaan al-fatihah disetiap langkah.
para jemaah selepas menunaikan solat jenazah |
Saya pulak, selama dengan mak sejak mak jatuh sakit tak sampai 24 jam, langsung tidak menitiskan air mata walaupun sangat hiba melihat keadaan mak ketika di hospital. Tetapi sebaik jenazah dibawa keluar dari rumah untuk dibawa ke tanah perkuburan,. Barulah airmata saya tumpah tanpa henti. Barulah saya menangis penuh hiba dan rasa kehilangan.
Selagi mak dirumah, walaupun tidak bernyawa, saya takde rasa hiba tu lagi, sebab terasa mak masih ada. Bila nak dibawa ke tanah perkuburan, baru saya menangis.
anak menantu yang angkat jenazah |
Kali ini anak lelaki , menantu lelaki dan cucu lelaki yang berpeluang memandikan abah. Saya cuma lihat dan perhatikan saja. Saya lihat mereka lakukan dengan lembut dan berhati-hati. Nampak macam dibelai saja waktu menyabunkan abah.
Seterusnya hingga selesai dikuburkan. sama seperti arwah mak dulu kami lakukan.
Setelah selesai segala urusan pengebumian arwah abah, barulah kami adik beradik duduk berhalaqah berbincang semua hal dan urusan. Bincang hal kewangan pengkebumian, hal hutang, hal harta tanah, rumah dan sebagainya. Kami bincang tanpa meminggirkan adik kami dari ibu lain.
rumah arwah mak abah |
Namun saya dapat anugerah dari Allah, berpeluang bersama-sama dengan mak di saat akhir hingga mak berangkat ke alam barzakh. Saya dapat peluang berdua dengan mak menaiki kereta jenazah dari Hospital Ipoh hingga ke rumah di Baru 5. Jika ikut uruf, saya yang paling jauh tinggal, yang lain-lain dekat saja. Mereka yang telah bersama mak sehari sebelum mak meninggal. (mak meninggal pada 12 Zulhijjah, hari tashrik ke 2).Saya tak balik rumah mak ketika itu sebab melaksanakan ibadah korban di Skudai,Johor . Tetapi Allah tak beri peluang tu pada mereka walaupun pada adik yang tinggal serumah, begitu juga dengan abah.
semua tu anak menantu mak abah |
Dan saya amat berharap juga Allah beri peluang ini kepada anak-anak saya. Allah pilih anak-anak saya untuk memandikan, memakaikan kain putih, mengimamkan solat dan mengkuburkan saya dan suami nanti. Biar anak-anak saya insan terakhir yang meninggalkan kami di rumah kecil. Moga anak-anak yang membacakan doa dan diaminkan oleh sahabat handai dan saudara mara lain.
anak lelaki arwah mak abah membacakan doa |
Tak ada lain yang saya pohon dan pinta dari Allah melainkan semua, saya, suami, anak menantu, anak angkat yang kasihi, cucu-cucu mati dalam Islam, Iman yang sempurna, akhlak terpuji dan pekerti mulia. Kembali kehadirat Allah Ta'ala dalam Redha dan RahmatNYA.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment