BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 7 April 2013

Keimanan dan Keazaman



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Di luar masjid haram
Subuh itu dalam perjalanan ke masjid haram, bertembung dengan seorang perempuan tua yang berjalan menggunakan tompang ketiak. Bila saya pandang ke bawah, cuma ada satu kaki. Dalam hati padanlah guna tompang ketiak dikedua-dua belah. (gambar tak sempat nak snap kerana kekaguman pada keupayaan dia melangkah)


Laju berjalan dari masjid haram, bertelekung putih dan berkain batik. Samada orang Indonesia atau Malaysia. Yang buat saya kagum ialah keimanan yang ada dalam dirinya. Dalam serba kekurangan pun masih mampu melakukan sesuatu untuk bukti keimanan pada Allah dan rasulNYA.

Ini yang membuat saya juga berazam kuat untuk melangkah. Keupayaan kaki untuk melangkah tak kuat mana, kaki cuma mampu diseret dan digerakkan, jarak 400 meter antara hotel dengan masjid kena ambik masa 30 minit.

Kadang kala kaki terhenti nak menapak tapi bila terimbau semula perempuan tua yang cuma ada sebelah kaki boleh ke masjid haram kerana ketaatan pada Allah, maka ia jadi kuat semula.

Jika bukan keazaman yang kuat, hotel lebih menarik dan melambai, nikmat tidor atas tilam empok dan berhawa dingin. Kat rumah mana ada semua tu.

Keazaman bangun jam 1.30 malam, bersihkan diri, jam 2.00 pagi dah menapak selangkah demi selangkah ke masjid haram seorang diri. 2.30 pagi baru sampai. Azan pertama jam 4.00 pagi dan azan kedua jam 4.50 pagi. Hanya kerana Allah ia mampu dilakukan.

Selesai solat israk selepas 10 minit waktu syuruk, kir-kira 6.30 pagi baru bangun balik semula ke hotel untuk sarapan pagi.

Jam 7.30 pagi sementara tunggu dhuha, tidor seketika lebih kurang 1 jam. Jam 9.15 mula menapak semula ke masjid haram sehingga zohor pada pukul 12.30 tengahari. Tak suka berebut dan berasak di pintu masuk, maka biarkan masa berlalu 30 minit selepas solat baru bangkit untuk menapak pulang ke hotel untuk makan tengahari. Makan perlu untuk kekuatan tubuh.

Asar masuk pukul 3.40 minit. Maka jam 2.30 sudah perlu menapak semula ke masjid haram. Walaupun panas ketika pulang selepas zohor tadi masih terasa, tetap melangkah juga. Balik kerana 2 sebab saja, makan, buang air dan baharui wudhuk.

Maka dari jam 3.00 menunggu asar sehinggalah isyak, melangut lagi di masjid haram. Santai-santai berkhalwat dalam masjid lebih nikmat dari tidor atas tilam empok kat hotel.

Itulah rutin setiap hari. Lepas isyak balik, makan malam dan tidor. Seawal jam 10.00 malam sudah lena, kerana nanti jam 1.30 pasti terjaga. Siapa yang kejutkan bangun, hanya Allah yang tahu. Tak ada alarm pun. Dalam bilik ada TV tapi tak pernah buka. Kat lobby ada wifi, tak terfikirpun nak online walaupun pikul laptop ni sampai ke sana.

Orang tanya, lama iktikaf dalam masjid, tak batal wudhuk? Saya kata tak. Bagaimana? Minta dengan Allah, kan sini masjid haram tempat makbul doa, mintalah, "Ya Allah, peliharalah wudhuk aku sehingga aku sudah berangkat keluar masjid."

Orang tanya tak mengantuk? Saya jawap, "ada masa ngantuk juga, tapi mana mata nak lelap kalau asyik menangis saja. Air mata dok mengalir, mata jadi segar."

Orang tanya tak lapar? "lapar juga, tapi air zam-zam ada. Ambik air zam-zam , minum sambil doa, minta dengan Allah, jadikan air zam-zam ini penawar kepada lapar dan dahagaku." Kenyang dan lapar tu dari Allah, maka mintalah dengan Allah agar dikenyang semula, minum air zam-zam tu cuma usaha.

Lakukan lah apa-apa pun atas dasar iman, atas dasar kerana Allah. InsyaAllah banyaklah pertolongan Allah yang datang.

Pastikan jalan lurus, lakukan kerana Allah, segalanya mudah.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: