Mendidik Anak |
Alhamdullilah...telah genap satu minggu ni bersabar, tidak mahu marah, takut lebur hadiah, masyaAllah.
Memang mencabar untuk mendidik seseorang yang tidak mahu bekerjasama samada belajar, menurut kata. Nak dipukul, anak orang, sementelah sudah dewasa, bakal jadi ibu lagi.
Tidak makan, tidak minum, tidak mandi apatah lagi mengerjakan perintah Allah. Ya Allah, jadikanlah kesabaran aku ini sebagai ibadah. Akukah yang bersalah, dan apa jawapanku dihadapanMU sekiranya dia tidak mahu mentaati perintahMU? Apa jawapan aku nanti?
Bolehke aku jawap,"sebab dia degil", "sebab dia malas", "sebab dia tak reti." Semua jawapan tuding orang yang salah. Dipihak aku pulak , "aku dah ajar ke?", "dah nasihat ke?", "dah bagitahu ke?"
Nak kata bisu, bukan bisu sebab boleh bersembang rancak dalam telefon, tetapi bila aku tanya jawapannya cuma geleng dan angguk.
Awak reti ke solat? Soalan ni langsung tak geleng dan tak angguk. Jadi dia tak solat tu kenapa? Malas atau tak tahu.
Beri telekung, langsung tak sentuh, terbiar saja dihujung kaki. Baring mematung diri hinggalah hari esoknya.
Makan minum kena paksa satu hari sekali. Hari ni suruh turun pun tak mahu. Manusia jenis apa dia ni agaknya.
Itu antara satu cabaran dalam mentarbiyah mereka yang telah terjerumus ke satu lembah yang hitam. Ada noda dalam kehidupan lalu berpunca dari tiada didikan agama dalam diri dari ibubapanya. Kenapa anak tu boleh jadi gitu? Bukankah ibu bapa yang beri warna kepada anaknya?
Rasulallah saw bersabda," Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah (suci). Kedua orang tuanyalah yang menjadikan ia yahudi, nasrani atau majusi,"
Anak-anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih, bersih. Ibu bapanya lah yang membentuk anak itu apakah ia akan menjadi seorang yang mentaati perintah Allah swt atau sebaliknya. Setiap orang tua harus bercita-cita untuk menjadikan anaknya soleh dan solehah. Oleh kerana itu, mendidik anak dengan agama harus dimulai sejak anak itu masih berada di dalam kandungan.
Takutnya kini dia sedang hamil, apakah nanti anak yang bakal lahir akan ikut seperti ibunya sekarang ini. Aku tidak tahu, hanya Allah yang tahu.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment