BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 13 July 2020

Berstatus Bukan Warganegara






Tidak Punya Negara
.

Dari hari Selasa saya ke JKM dan JPN. Hari ini, dari hospital selepas selesai urusan follow up orthopedik, terus saya ke UTC Kotaraya.

Berbaloi penat lelah saya untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri Saeed. Pendafatran Sijil lahir.

Malangnya berstatus Bukan Warganegara bagi anak tanpa dokumen pengenalan ibu. Dalam sijil lahir hanya ada nama anak sahaja. Nama saya sebagai pemaklum.

Sebab itu berkali kali saya ingatkan, jangan buang anak, jangan tinggal anak dimana mana tanpa dokumen pengenalan diri. Ini menyusahkan anak itu.

Sudahlah anak itu tidak dikehendaki lahir, tidak sah taraf, menyusahkan diri anak itu tanpa sijil kelahiran.

Ibu ibu yang akal pendek, terdetik tidak mahu memelihara anak, paling tidak daftarkan sijil lahir anak dulu, kemudian tinggallah di mana suka. Tulis secebis pesanan, " jangan kecam saya, ambillah anak ini. Disertakan sijil lahirnya. " Sekurangnya memudahkan orang yang menjaga dan memelihara anak itu.

Tahulah nasab anak itu. Tahulah nama ibunya. Tidak lah suatu hari nanti mereka terkahwin adik beradik.

Takde siapa nak cari ibu kandung anak sekira niat mahu memelihara dan menerima sebagai anak angkat. Paling kurang tinggalkan pesanan.

Tahu apa kesan berstatus bukan warganegara?

Mereka bukan pendatang tanpa izin. Mereka takde passport. Mereka tidak ada visa atau permit tinggal di Malaysia. Mereka ni tak punya negara.

Semua urusan berkait kesihatan dan pendidikan mesti berbayar. Bukan sedikit nilainya.

Kasihan tak?

.

Jika ibu beri sedikit kerjasama, pulang seketika pun cukup membantu. Tapi ibu ego dan selfish. Pebtingkan diri sendiri.

Sekarang kalau pulang dah terlewat, bukan lah mudah untuk membetulkan keadaan apatah lagi dokumen penting ini.
.

Kenapa berpenat uruskan anak orang?

Sebab dalam diri saya ada rasa ihsan...

Tak perlu mencari salah orang, kita bantu mudahkan urusan anak yang tidak mengerti apa apa...
.

Opah Cucu Seribu,

Mak Liza


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: