بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terlantar sakit |
عَنْ الْبَرَاءِ بْنُ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَمَرَنَا النَّبِيُّ T بِسَبْعٍ وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ أَمَرَنَا بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجِنَازَةِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ وَإِفْشَاءِ السَّلَامِ وَإِجَابَةِ الدَّاعِي
Maksud: “Al-Bara` bin Azib r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. telah memerintahkan kami tujuh perkara dan juga melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan kami untuk menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, menjawab orang yang bersin, menunaikan sumpah, menolong orang yang terzalim, menyebarkan salam dan memenuhi undangan.” (Al-Bukhari dan Muslim)
Antara hikmah menziarahi orang sakit ialah:
Dekat dengan Rahmat Allah S.W.T.
Dalam satu hadith menjelaskan bahawa seseorang yang menziarahi orang sakit ini seolah-oleh dia menziarai Allah S.W.T. sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda (Muslim, 2001: 4661),
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ T إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَا ابْنَ آدَمَ مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ عَبْدِي فُلَانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ
Maksud: “Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah S. W. T. berfirman pada hari kiamat, “Wahai anak Adam! Aku sakit mengapa engkau tidak menziarahiku.” berkata seorang hamba, “Wahai Tuhan bagaimana aku boleh menziarahimu sedangkan Engkau merupakan Tuhan Pentadbir seluruh alam. Lalu Allah S.W.T. berfirman, “Sesungguhnya hambaku yang bernama pulan sakit dan engkau tidak menziarahinya, ketahuilah sekiranya engkau menziarahinya nescaya engkau akan mendapati-Ku di sisinya.” (Muslim)
Maksud hadis ini ialah seorang yang menziarahi orang sakit seolah-olah dia menziarahi Allah yang sedang sakit walaupun pada hakikatnya Allah S.W.T. terkaya daripada terkena sakit.
Adap-adap dan tatacara yang baik ketika menjaga pesakit atau menziarahi pesakit.
Ketika saya sakit terlantar tidak berupaya, saya suka jika yang menjaga saya dan yang datang menziarahi saya berbuat begini (yang mahram dengan pesakit). Begitu juga dengan orang lain yang sakit.
Ramai pesakit mungkin malu dan segan untuk meminta, jadi sebagai penziarah, kita cuba cari ruang-ruang untuk kita membantu pesakit yang terlantar. Ini penting terutamanya kepada anak-anak yang meneman atau menjaga ibu bapa yang sakit dan kepada saudara mara yang datang menziarahi ibubapa yang sakit.
1) Sekiranya nampak lemah dan tidak bertenaga. Alih-alihkan tubuh. Tekan dan urut bahagian pinggul dan picit-picit betis dan lengan.
2) Gosok sendi-sendi bawah lutut, buku lali, bahu, leher dan pusing-pusingkan jari.
3) Picit-picit kepala, urutan atas alis mata dan bukakan rahang mulut.
4) Trim misai, janggut, kuku kaki dan tangan. (sekiranya pesakit tu lelaki) supaya tetap nampak kemas.
5) Lap badan dengan tuala kecil yang direndam pada air suam.
6) Basahkan bibir dengan air di jari.
7) Bacakan Yassin dan elakkan perbualan sia-sia. Jika ada saudara mara berkumpul, dahulukan urusan dengan pesakit kemudian barulah bertanya khabar saudara yang lain.
8) Penuhi permintaan pesakit. (yang perpatutan)
9) Salin tempat tidur dan pakaian pesakit.
Jangan biarkan ada bau yang tidak menyelesakan disekitar pesakit, kerana ia mungkin mendatangkan aib terutama bau hancing. Kemas dan rapikan ruang pesakit ditempatkan agar mudah untuk tetamu menziarahi pesakit.
Orang yang menjaga pesakit mestilah sabar. Kesakitan yang didatangkan kepada pesakit merupakan ujian kepada pesakit sendiri dan kepada orang-orang berada hampir dengan pesakit. Adakah kamu sabar, tabah dan redha untuk menerima ujian ini.
Masih ingat lagi, saya pernah bertanya pada zauj yang rajin menemankan saya apabila ada temujanji di Jabatan Pakar Psaikatri di Hospital Sultanah Aminah,
"abang tak malu ke temankan ummi kat sini?"
"nak malu apa, isteri abang, bukan isteri orang." jawab zauj.
"abang tak malu orang kata isteri abang sakit jiwa, bawa bakul sana sini?"
"tak malu, bawa bakul saja bukan buka aurat."
Ketika itu saya sedang menjalani rawatan dibahagian perubatan jiwa, suka yang ekstrim pada bakul. Suka sangat dengan bakul hingga ketika zauj ke Sarawak atas urusan kerja pun beli beberapa buah bakul di sana untuk dihadiahkan kepada saya.
Ramai orang kagum dengan kesabaran, ketabahan zauj menjaga ketika saya sakit. Sesungguhnya hanya Allah yang membalas segala kebaikkan berganda yang zauj lakukan kepada saya.
Semoga boleh menjadi panduan kepada anak-anak, adik kakak atau sesiapa sahaja yang menjaga dan menziarahi pesakit.
Dari Ummu Salamah RA katanya: Rasulullah SAW telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi SAW menutupnya, kemudian baginda bersabda: "Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu)," (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah (menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu Baginda SAW bersabda: "Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa yang kamu katakan - baik atau buruk", kemudian Baginda SAW berdoa dengan sabdanya: "Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama-sama orang yang mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya." (Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
Hadis di atas menyebut bahawa mereka yang menziarahi orang sakit dituntut supaya berkata atau menyebut perkara baik saja. Ulama' ada menerangkan bahawa antara kata-kata baik itu ialah menghiburkan hati orang sakit dengan menyatakan sakitnya ringan dan akan sembuh.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment