BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, 27 November 2012

Syafaat Untuk Ibu Bapa



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


bayi Ibarat kain putih

Tertarik dengan slot Tanyalah Ustaz TV 9 pagi ini, (26/11/2012) bertajuk  Syafaat, ada disampaikan oleh seorang pendakwah , Ustaz Raihan bin Abdullah menyentuh orang-orang yang boleh memberi syafaat ketika di Mahsyar nanti.


Terdapat beberapa Golongan yang boleh memberikan syafaat dengan izin Allah ialah:-

· Malaikat,

· Quran(syafaat yang besar kerana ia adalah qalam Allah)

· Nabi Muhammad s.a.w.,

· Para ulama,

· Para wali,

· sidiqin (orang-orang jujur),

· Solehin (orang-orang soleh),

· Hafiz (yang hafal al-quran dan beramal dengannya). Hafiz yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya.

· Anak-anak kecil yang meninggal dunia ketika masih kecil.



Syafaat al-Uzma” ialah Syafaat yang terbesar yang ditentukan untuk Nabi Muhammad s.a.w. sahaja mengemukakannya ke hadhrat Allah ‘Azza wa Jalla agar disegerakan perbicaraan di Hari Kiamat.


Banyak kategori orang yang boleh memberi  syafaat kepada orang lain dengan izin Allah, antara anak yang meninggal dunia ketika masih kecil. Rupanya dalam kesedihan ibu bapa kehilangan anak, sepatutnya mereka bersyukur kerana telah ada saham di Mahsyaar nanti. Anak mereka itu boleh memberi syafaat kepada ibu bapanya. Walau siapa pun ibu bapanya, selagi masih beriman, tetap mereka akan cari dan memberikan syafaat.

Jadi mana-mana ibu bapa yang kematian anak ketika mereka belum akil baligh, usahlah terlalu berduka kerana anak itu bahagia di syurga Allah dan anak itu boleh memberikan syafaat kepada ibu bapanya pulak.Anak-anak ini menjadi penghuni syurga. Anak-anak itu akan menarik ibu bapa ke syurga.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 26 November 2012

Nakbah Palestine



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




15hb Mei 1948 –tahun Nakbah
Kali ini saya bawakan beberapa peristiwa dan perkataan yang sering kita baca tetapi tidak ketahui maknanya. Masih lagi berkisar dan berkaitan Gaza dan Palestine. Jika saya tidak catat di sini mungkin ramai yang tidak tahu kenapa Palestine dan Gaza sentiasa berada di dalam keadaan berdarah, keperitan dan kedukaan. Kenapa mereka diperangi oleh Israel. Apa yang ada di Palestine sehingga Israel beria-ia mahukan Palestine.

Ada suatu masa lalu, dalam bulan Mei, berlaku gelombang coklat di fesbuk. Masa itu saya cuma jumpa perkataan nakbah tetapi tidak ambil peduli makna perkataan dan peristiwa yang berlaku. Hari ini, bila jiwa dan rohani berada di Gaza, walaupun jasad di Malaysia baru saya menjumpai maknanya. Setiap hari selepas solat saya buka doa untuk Gaza yang dibacakan oleh Sheikh Rashid Mishary. Kehendak Allah, walaupun saya tidak pernah belajar bahasa Arab, bila doa itu dibaca, pasti saya menangis seseolah saya faham maknanya. Terasa jiwa saya berada di sana. Kubah Masjidil Aqsa terpapar dimata.

Bukan saya yang membayangkan, bukan saya memfokuskan tetapi segalanya atas kehendak Allah. Moga semua yang berlaku ini adalah dalam redhaNYA jua. Sehingga saya merasakan ketika dan  membaca doa, “Ya Allah walaupun jasad aku di sini, tetapi KAU telah bawa jiwa dan rohani aku ke sana. Kau perlihatkan Masjidil Aqsa kepada aku, maka aku mohon matikan aku dalam iman  dan semangat sebagai pejuang yang menegakkan agamaMU”

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian  antarabangsa.


Holocaust.

Holocaust ciptaan bersama Hitler dan Zionis


Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.

(Pembunuhan Yahudi di Eropah adalah sesuatu yang dirancang bersama di antara Hitler (Nazi) dan pimpinan Zionis pada ketika itu untuk memaksa mereka meninggalkan benua Eropah pada 1933-1945. Mereka telah menyediakan Palestin sebagai tempat hijrahnya bangsa Yahudi ini. Dalam erti kata lain, peristiwa Holocaust adalah perancangan Zionis bagi menarik simpati dunia antarabangsa dan yang utamanya bagi mempercepatkan penubuhan negara haram Israel.)

Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina negara Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun  dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

PBB
Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boleh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Liga Negara Arab
Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel  yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Betapa pilunya rakyat Palestine apabila tanah air mereka dirampas begitu saja dan ketidakadilan dunia membiarkan  mereka terpinggir di Negara sendiri.

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :
Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 95 % dari keseluruhan bumi Palestin.


Penodaan kesucian al Quds
Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa

Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis  menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

Anak-anak Gaza
Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 64 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman  yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Pada tarikh 15 hb Mei 2012 lalu adalah tahun ke 64 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini kita silap sebenarnya.
Sebaliknya ,  semakin banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita  akhiri era sombong mereka itu.

Kebangkitan generasi pendokong Intifadhah


Kebangkitan Generasi Pendokong Intifadah

1-Kebangkitan dan kesediaan ribuan barisan pemuda di Bumi Anbiya bagi melancarkan Intifadah yang ke 3 dengan persiapan pertempuran yang lebih hebat dan berpanjangan.

2-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan pelbagai perkembangan umat Islam di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan di antara fraksi rakyat Palestin seumpama Hamas-Fatah dan yang lain-lainnya.

3-Kelahiran semula generasi al Qur’an yang unik di kalangan masyarakat Palestin terutamanya di kalangan generasi muda dan remaja yang berpegang teguh kepada al Qur’an dan Sunnah adalah aset penting bagi meraih kemenangan yang dijanjikan Allah kepada pendokong kebenaran dan keadilan.

Kelahiran ratusan ribu mujahid dan mujahidah muda



4-Tumbangnya regim diktator Mubarak dan persetujuan Kerajaan Mesir dibawah pimpinan Morsi untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara berkekalan. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kala Revolusi Mesir, di Mesir ini begitu kuat didasari oleh kebangkitan rakyat dan aktivis Islam di kalangan penduduk Mesir yang bakal melakukan lebih banyak kejutan dan tekanan ke atas Israel.


jet Turki


5-Kebangkitan Turki yang berani membantu perjuangan pembebasan Palestin secara terbuka tentunya mencabar keutuhan regim Zionis Israel yang sombong dan bongkak selama ini.

6-Dengan berlakunya Intifadah 2000, dengan jelas kelihatan berkurangnya kedatangan pendatang Yahudi Zionis ke Palestin. Malahan statistik yang terkini mendapati bahawa lebih daripada 700 ribu orang Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 12 tahun yan lalu.

7-Generasi muda Israel kini kelihatan tidak lagi beriman dan berminat dengan ‘agenda Israel Raya’ untuk apatah lagi berjuang bermati-matian untuk menjayakannya.


Bom demografi : Setiap keluarga Palestin punyai 10-12 cahayamata




8-Statistik terkini juga telah mendapati pertambahan penduduk Palestin yang berlipat-kali ganda di Gaza, West Bank & Israel (Palestine-1948). Jumlah ini telah jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi di Israel. Ini sebenarnya adalah merupakan projek bom demografi yang disengajakan bagi berhadapan dan menakutkan Zionis untuk projek jangka masa panjang.

9-Ekonomi Israel juga semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini terus menyebabkan ekonomi mereka merudum dan terus bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat.

10-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin juga semakin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.


Briged al Qassam yang begitu digeruni musuh



Sejarah dunia telah membuktikan bahawa setiap kuasa besar yang memerintah mana-mana tamadun tidak akan terus berjaya mengekalkan tampuk kekuasaan buat selama-lamanya. Tarikh luput Zionis sebagai pemegang tampuk kekuasaan secara zalim di Palestin dan Timur Tengah sudah semakin menghampiri penghujungnya.

Dan semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis akan berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini.
Pastikan bahawa anda juga tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.


Baitul Maqdis



Sumber 



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Bila TM Naik Taraf




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Lebih 60 jam tanpa internet menyebabkan anak-anak seperti cacing kepanasan. Tidak keruan rasa dan tindakan. Generasi zaman Y memerlukan internet untuk member makna dalam kehidupan harian mereka.

Aktiviti harian anak-anak cuti sekolah menyediakan ruang masa rehat yang panjang. Bermula dari subuh, sebaik azan berkumandang, semuanya bangun dan membersihkan diri untuk solat subuh berjemaah.

Selesai doa, mereka akan mengaji quran. Paling kurang mesti 1 mukasurat. Selepas itu ada yang masuk dapur dan ada yang mula mengadap laptop. Laptop yang mereka bertiga, Omar Abdul Aziz, Abdullah Mubarak dan Muhammad Imran boleh guna cuma 2 buah. Jadi pandai-pandai mereka mengatur jadual giliran menggunakan laptop.

Bukanlaah sepenuh masa mereka duduk mengadap laptop, mereka tetap perlu membantu kerja rumah dan melakukan aktiviti lain. Memasak di dapur, membersihkan rumah dan persekitaran adalh rutin yang mereka kena buat.

Bila ummi mahu membersihkan rumah dan persekitaran, mencabut rumput, mengemaskan pasu bunga di luar, kerapnya Omar yang membantu. Di ruang dapur pula, Abdullah Mubarak yang menguruskan. Memasak apa-apa menu untuk kudapan pagi atau kudapan petang. Cuti ni jarang yang makan tengah hari sebab ikut stail nenek mereka .

Nenek mereka (mak mertua ummi) Cuma bersarapan pukul 8 .00 pagi dan makan malam pada pukul 5.00 petang.  Nenek mereka tidak ambik apa-apa makanan waktu tengah hari. Jadi mereka pun  makan tengah hari. Jika lapar, Abdullah lah yang akan membuat kudapan ringan seperti apa-apa kuih sementara menunggu makan pukul 5.00 nanti.

Walau dalam apa pun yang sedang dilakukan, apabila masuk waktu solat, mereka mesti bangun meninggalkan apa-apa yang sedang dilkerja untuk bersolat jemaah.  Sedang tidor, atau sedang leka di laptop, mesti bangun untuk solat dahulu selepas tu baru boleh teruskan lagi. Lepas solat mesti mengaji. Wajib mengaji setiap kali lepas solat. Ini untuk seimbangkan dengan masa yang mereka berteruskan mengadap laptop.

Mana berani, terutamanya Muhammad Imran untuk menggelat solat berjemaah kerana hukumannya ialah tidak boleh guna laptop untuk hari itu. Antara mereka bertiga bergilir iqamat. Muhammad Imran yang termuda, perlu berlatih iqamat dengan betul sebab dia pun tidak terkecuali.

Seterusnya kena laung azan bila tiba giliran. 4 anak ummi yang terakhir ni semuanya lelaki. Bila solat berjemaah, jika ayah mereka ada, ayah mereka yang jadi imam. Sekiranya ayah tak ada, antara Omar dengan Abdullah bergilir-gilir jadi imam. Begitulah rutin harian mereka ketika cuti sekolah.

Namun bila tiada internet, mereka seperti cacing kepanasan.  Ada laptop tanpa internet menyebabkan mereka mati kutu. Tak tahu kenapa line internet tidak ada.

Jumaat malam Sabtu, jam 11.14 malam, telefon rumah bordering. Baihaqi yang angkat ganggang telefon, katanya operator yang bercakap memaklum system dinaik taraf. Tidak pula dinyatakan sebab-sebab  berapa lama tempohnya dan bermula pukul berapa.

Oleh kerana ummi tidor awal sedikit malam itu, awal pun bukanya lepas solat maghrib, tetapi  jam 11.32 malam. Bila ummi bangun subuh tu, memang didapati line tenet dah tak ada. Selepas solat subuh Omar mengkhabarkan tepat jam 12.00 malam line internet dah tak ada.  Kiranya dah 6 jam line internet tak ada. Ummi fikir sekejap lagi adalah. Hingga jam 8 , masih tak ada line tenet, ummi pun membuat  panggilan ke angka 100 untuk mengetaui status .

Selepas  keterangan di ambil, TM menjanjikan line akan pulih dalam tempoh  24 jam. Namun masih belum pulih walaupun tempoh dah melebehi 48 jam. Apa sebanrnya berlaku? Naik taraf berapa tahap sehingga  lebih 48 jam?

Bil? Kot tak bayar bil. Ummi dah bayar sehingga  -RM45.00. Sentiasa bayar lebih dari bil yang dinyatakan  kerana serik dengan pemotongan line tanpa notis kerana terlewat membayar bil. Sedangkan saya  ada pelanggan setia yang memang sentiasa bayar bil. Tetapi oleh kerana sekarang ni semua computer urus berkaitan bil, maka tidak ada lagi budi bicara jika terlewat membayar kerana sebab yang  tidak terduga.

Bila diaju dan dilakukan, mesti  kakak atau abang manis yang menjawap, itu semua kerana setting kmluter. Ok, saya boleh terima.

Cuma satu yang tidak puas hati ialah sekatan pada hari tersebut , sudahlah tanpa notis dilakukan selepas jam 5 pada petang Jumaat. Saya hanya menyedari selepas jam 8.00 malam. Petang itu saya masih dapat menggunakan. Bila jam 8.00 malam, serta merta anak saya menjelaskan bayaran secara online. Malangnya bila dihubungi untuk memaklumkan bil telah dijelaskan, apa adik dan abang manis jawap? Kena tunggu pagi Isnin, pegawai berkenaan yang boleh melakukan sambungan, kami Cuma bahagian teknikal sahaja. Lihat.., alangkah mudahnya TM menyelesaikan masalah. Walaupun bil telah dijelaskan, bila mahu buat sambungan kena tunggu hari bekerja. Apakah bahagian teknikal tidak boleh membuat sambungan setelah menyemak pembayarn bil telah dijelaskan. Tidak bolehkah bahagian teknikal dilatih untuk mengaktifkan panggilan dilakukan sekatan?

Tetapi kes naik taraf ni, dah lebih 48 jam, tak boleh pulak computer tu boleh disetting supaya tidak mengambil masa yang lama. Masih juga bahagaian teknikal  TM tidak boleh selesaikan masalah pengguna sehingga 48 jam.

Wal hal sebenarnya, kali pertama membuat laporan, jurucakap yang membuat semakan, system naik taraf dah pun selesai pada malam itu juga. Saya tunggu lebih 24 jam untuk mengusul pertanyaan, pun masih jawapan kata juruteknik masih membuat semakan . Sehingga bila? Sebelum 24, kira-kira dha 20 jam saya usulkan pertanyaan, adik manis kata belum 24 jam kan, mohon tunggu sehingga 24 jam .

Setelah 36 jam saya hubungi masih kata laporan sudah dipanjangkan bahagian teknikal kawasan, dan mereka tidak catat apa-apa pesanan.

Setelah 60 jam tidak dapat melayari internet, pagi tadi call lagi 100, adik manis jawap, sistem TM down, nak buka report pun tak boleh... 3 pagi saya call 100, 24/11/2012 bercakap dengan abang manis Zaris, 25 /11/2012 bercakap abang manis Akmal, dan pagi tadi bercakap dengan adik manis bernama Aziah. Hari-hari update status report kenapa line internet masih belum pulih.

Sehingga bila masalah ni boleh diselesaikan?

Jika kelewatan oleh pengguna lewat bayar bil tak ada budi bicara, tetapi jika kelewatan dipihak TM menyelesaikan masalah banyak pulak alas an. Adik dan abang manis dilatih untuk menjawap dengan sopan berbagai alasan. Itulah kelebihan TM!!




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday, 21 November 2012

Doa Untuk Gaza



Sejak saudara mara di Gaza dan Palestine dibedil dan diserang dengan roket dan peluru, hati kecil saya menangis. Air mata sering tumpah tiap kali terbayangkan mereka. Tidak kira masa dan lafaz doa saja yang mampu dihulurkan.


Semoga mereka mendapat pertolongan dari Allah Yang Maha Perkasa. Keimanan mereka diuji begitu hebat sekali. Mereka -mereka adalah insan-insan terpilih yang sangat hebat.




GAZA menangis lagi... Bantulah mereka walaupun hanya dengan berdoa...

DOA UNTUK GAZA

Hasbunallahu wa nikmal wakil
ya zal jalali wal 'izzah Allahumma anqizil muslimin fi ghazzah
Allahumma kun lahum 'aunan wa nashira
Allahumma robbana 'azza jaruka wa jalla tsana'uka wa taqaddasat asma'uka
Allahumma la yuraddu amruka wa la yuhzamu junduka
Subhanaka wa bihamdika
Allahumma 'alaika bil yahudiz zolimin
Allahumma munzilul kitabi mujriyas sahabi hazimil ahzabi
Ihzimhum wa zalzilhum
Allahumma arina fihim 'aja'iba qudratika qatalatar rusuli wal anbiya'i zolamatal 'uzzalil abriya'i
Allahumma Harriril muslimina fi Ghazzah Ya zal jalali wal 'izzah
Allahumma fukka asrahum wasyfi maridhahum waksyif kurbatahum
Allahumma baddil khaufahum amna ya zal jalali wal 'izzah
Allahumma a'izzal islama wal muslimin wa azillasy syirka wal musyrikin wa dammir a'da'ad din wahmi hauzatal islami wajma' kalimatal muslimin 'alal haqqi ya rabbal 'alamin
Allahumma anjil mustad'afina minal muslimina fi kulli makanin
Allahumma ashlih ahwalal muslimina fi filasthini wa fil 'iraqi wa fi kulli makanin
Allahumma allif baina qulubihim wahdihim subulas salami wa akhrijhum minaz zulumati ilan nuri ya zal jalali wal ikrami wal 'izzah

Terjemahan

Cukuplah Allah bagi kami dan Dia sebaik-baik Pelindung. (2 kali)
Wahai Tuhan yang mempunyai kehebatan dan keagungan (2 kali)
Ya Allah! Selamatkan umat islam di Gaza. (2 kali)
Ya Allah! Jadilah Engkau bagi mereka sebagai Penolong dan Pembantu. (2 Kali)
Ya Allah, Tuhan kami! Akan mulialah jiranMu dan agunglah kepujianMu dan sucilah nama-namaMu
Ya Allah! TakdirMu tidak dapat ditolak dan askarMu tidak dapat ditewaskan

Maha suci Engkau dan dengan kepujian bagiMu
Ya Allah! Kami serahkan kepadaMu untuk menghukum Yahudi yang zalim.
Ya Allah! Tuhan yang menurunkan kitab suci, yang menggerakkan perjalanan awan, yang mengalahkan tentera Ahzab (Khandaq).
Ya Allah! Kalahkan mereka dan goncangkan mereka
Ya Allah! Tunjukkan kepada kami hukumanMu ke atas mereka dengan satu keajaiban KekuasaanMu, terhadap (Yahudi) pembunuh2 para Rasul dan Nabi, penzalim2 pihak yang tidak bersenjata dan tidak melakukan kesalahan.
Ya Allah! Bebaskan umat islam di Gaza, wahai Tuhan yang mempunyai kehebatan dan keagungan
Ya Allah! Pecahkan rantai gari mereka dan sembuhkan pesakit mereka dan hilangkan bala bencana yang menimpa mereka.
Ya Allah! Gantikan perasaan takut mereka menjadi perasaan aman damai, wahai Tuhan yang mempunyai kehebatan dan keagungan.
Ya Allah! Muliakan islam dan umat islam. Hinakan syirik dan golongan musyrikin. Hapuskan musuh agama. Berilah perlindungan kepada kelompok islam. Satukan kalimah umat islam di atas kebenaran, wahai Tuhan semesta alam.
Ya Allah! Selamatkan golongan tertindas dari umat islam di setiap tempat.
Ya Allah! Baikilah keadaan umat islam di Palestin, dan di Iraq dan di setiap tempat.
Ya Allah! Satukan antara hati-hati mereka, tunjukkan kepada mereka jalan-jalan keselamatan, keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya, wahai Tuhan yang mempunyai kehebatan dan penghormatan dan keagungan.





Untuk lihat melalui You-tube, klik  VIDEO



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 5 November 2012

Bila Cuti Sekolah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركات






Aktiviti selepas solat maghrib
Bila cuti sekolah bermula, kena apa aktiviti yang dirancang untuk anak-anak lakukan. Kebetulan pulak, Abdullah dan Muhamad Imran sudah mula cuti seminggu sebelum cuti sebenar. Ini kerana mereka dapat jangkitan sakit mata. Mata merah berair. Puncanya semasa cuti Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini Abdullah bawa kuman tu dari asrama. Di asrama sedang berlaku wabak sakit mata. Tetapi disebab pelajar sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun, tidak ada pelajar yang mahu pulang ke rumah walaupun ada sijil cuti sakit dari doktor yang merawat.


Tamat peperiksaan Jumaat lepas, 2 November terus Muhammad Imran tidak pergi ke sekolah dan Abdullah pulang semula ke rumah setelah selesai menduduki peperiksaan.


Awal-awal ummi buat peraturan yang wajib semua patuhi. Reward dan punistment. Jika peraturan tidak dipatuhi, akan dikenakan denda. Mungkin peringkat awal ni kena buat begitu sehingga mereka mahu melakukan dan mematuhi peraturan kerana tanggungjawab.


Setiap hari mesti solat berjemaah. Suboh , maghrib dan isyak wajib berjemaah. Selepas solat maghrib menanti solat isya' mengaji quran.


Kat rumah ni ada 2 buah laptop untuk kegunaan berkongsi, antara Omar, Abdullah dan Muhammad Imran. Penggunaan laptop ini secara giliran. Jika terlepas solat berjemaah pada hari itu, dia tak dapat giliran untuk menggunakan laptop. Laptop ummi, sah-sah mereka tak berani usik. Begitu juga laptop zauj, laptop Baihaqi dan desktop Aqbar.

Laptop ummi yang sentiasa terpasang

Penggunaan laptop hanya di ruang bawah. Tidak dibenarkan menggunakan laptop di bilik-bilik atas. Tujuannya adalah untuk memudahkan pemantauan laman web yang mereka layari. Tidak dibenarkan online selepas 12.00 malam kerana mahu mendisplinkan mereka agar tidor mengikut fitrah. Supaya dapat bangun awal untuk solat suboh berjemaah.


Selain itu ummi sedang membuat perancangan lain untuk mereka mengisi masa dalam cuti sekolah ini. Zauj sedang mencari kelas hafalan quran. Ummi pula merancang projek untuk membungkus garam halus dengan label Ali Bersaudara.


Ummi akan mengeluarkan modal membeli garam halus secara borong dalam kuantiti yang banyak, menempah plastik bungkusan khas, menyediakan penimbang dan mesin sealer. Setiap satu bungkusan yang mereka lakukan dibayar upah 10 sen. Jadi jika mereka mahu dapat duit lebih, mereka boleh bungkus sebanyak yang mereka mahu dalam satu hari.


Selepas itu, bungkusan garam akan dijadikan bundle, 1 bundle ada 10 paket garam. Ummi akan uruskan pemasaran garam ni kesekitar kedai runcit harian. Memang projek pembungkusan garam tidak mendatangkan hasil yang lumayan, tetapi sebenarnya ia adalah satu aktiviti melatih anak merancang pekerjaan mencari rezeki yang halal. Melatih pengurusan masa dan amanah dalam pekerjaan terutama dalam hal timbangan.


Dalam syariat Islam,perkara timbang dan sukat ada dijelaskan agar tidak berlaku sebarang penipuan. Syariat ini telah ada sebelum syariat Nabi Muhammad SAW.

Dalam hal penetapan timbangan, Allah sejak dahulu lagi telah mengingatkan agar seseorang itu tidak menipu. Nabi Syu’aib misalnya telah memerintahkan kaumnya agar bersifat jujur dalam urusan perniagaan.

Firman Allah:
Maksudnya: Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain. Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya. Dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi. Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat yang telah lalu.

Dalam surah lain, menceritakan hal-hal penghuni neraka yang ke tujuh. "Celakalah orang-orang yang tidak jujur (dalam hal sukat-timbang)." (Surah Al-Mutaffifin ayat 1)



Dan inilah projek asas yang ummi mahu perkenalkan kepada anak-anak dengan tarbiyah dalam perkara syariah. Mungkin orang lain tidak kisah hal-hal remeh ini, tetapi bagi ummi, ini juga satu kaedah pentarbiyahan untuk melahirkan  umat yang bertakwa.
Abdullah Mubarak


Ummi selalu pesan kat anak-anak, kamu mahu jadi apa pun ummi tak kisah di dalam mencari rezeki yang halal buat keluarga asalkan bertaqwa. Jika mahu jadi pereka grafik, jadilah pereka grafik yang bertaqwa, jika mahu jadi doktor, jadilah doktor yang bertaqwa, jika mahu jadi chef, jadilah chef yang bertaqwa dan jika mahu jadi kontraktor, jadilah kontraktor yang bertaqwa.


Insan bertaqwa akan mentaati segala suruhan dan larangan Allah. Akan taat dan patuhi apa yang diperintah oleh Allah dan apa yang disampaikan oleh Rasullulah.


Setiap ayah ibu, sentiasa bercita-cita mahu mendapat anak soleh dan solehah. Anak-anak soleh dan solehah ni bukannya terus lahir dari rahim seorang ibu. Untuk mendapat anak soleh dan solehah perlu kepada asuhan dan pentarbiyahan yang bermula dari rumah. Ibu bapalah yang akan mencorakkan anak-anaknya sejak dalam kandungan, selepas dilahirkan sehingga dewasa.


Jadi terpulanglah bagaimana cara pentarbiyahan yang ingin kita asuh kepada anak kita sendiri. Bukan setakat doa dan tawakal saja.




Nurul Naimah Membaca quran
Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday, 4 November 2012

Mak Mertuaku




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Mak mertuaku
Mak mertuaku. Paparan kisah ini adalah buat teladan, panduan dan pedoman. Bukan bertujuan riak, ujub atau sombong. Perkongsian untuk panduan anak cucu di zaman akan datang.


Sudah 10 tahun, ayah mertuku meninggal dunia. Masih aku ingat, tanggal 10 Februari 2002, ayah mertuaku meninggal selepas solat Isya'.


2 malam sebelum ayah mertua meninggal dunia, zauj telah bermimpi. Datang seorang tua berjubah putih mengkhabarkan kepada zauj akan keberangkatan kerahmatullah ayahandanya. Tetapi zauj tidak bercerita kepada sesiapa pun. Selepas seminggu ayah mertua meninggal barulah zauj bercerita.


Bila ada panggilan telefon pada malam itu, zauj sudah dapat mengagak khabar yang disampaikan. Abang zauj menyampaikan khabar, ayahanda mereka baru saja berlepas ke rahmatullah. Kami terus bersiap-siap, capai apa yang patut dan berangkat balik ke Selangor.


Mak mertua bercerita, selepas saja solat maghrib, ayah mertua memanggilnya untuk datang mendekat. Ayah menyerahkan sebuah jam tangan dan sedikit wang belanja. Ayah kata, "sekejab lagi saya  nak pergi jauh, ini ada sedikit duit buat belanja awak, jagalah diri baik-baik." Mak terpinga-pinga, kenapa ayah cakap gitu. Mak kata "kita ni nak pergi mana lagi, dah elok kita duduk rumah Mat" (panggilan mak ayah kepada abang zauj nombor 2 ,abang Muhammad).


Selepas itu ayah hulur tangan nak bersalam dengan mak, mak sambut. Selalunya jarang lepas solat maghrib mereka bersalam kerana nak menunggu solat Isya. Ini ayah dah hulur tangan , untuk bermaafan, mak pun sambut. Lepas tu mak pergi ke bilik air untuk ambil wudhuk. Sementara mak ke bilik air, ayah batuk-batuk hingga keluar sedikit darah. Bila azan Isya' berkumandang, segera abang Muhammad membantu ayah berwudhuk di atas sejadah. Nampak seperti ayah tak berdaya nak bangun ke bilik air.

Abang Muhammad menjadi imam, bermakmumkan mak dan ayah. Sebaik lepas salam, ayah terus batuk sambil mulutnya masih berzikir 'Subhanallah'. Akhirnya lafaznya 'Allah', dan ayah telah berangkat ke rahmatullah di pangkuan abang Muhammad.


Sejak itu, mak mertuaku terus tinggal bersama anak-anak. Bergilir rumah yang dia tinggal. Dia sendiri yang pilih rumah mana dia nak tinggal. Selalunya 2 bulan sekali atau sebulan sekali dia akan bertukar rumah.


Mak mertuaku mempunyai 9 orang anak. 3 perempuan dan 6 lelaki. Mak mertuaku tidak tinggal bersama anak perempuan, jika ke rumah mereka sekadar berziarah sahaja seminggu dua. Mak mertua memilih untuk tinggal bersama anak lelaki.


Anak-anak lelaki mak mertuaku sangat baik dan patuh. Sangat taat dan menjaga mak mertua dengan baik. Layanan first class. Begitu juga dengan menantu-menantu perempuan. Walaupun menantu perempuan mak terdiri dari berbagai suku kaum tetapi semuanya sangat menghormati mak dan melayan mak melebehi ibu kandung sendiri. Ada banjar, jawa, melayu laut, dan melayu.


Kini usianya sudah meningkat 80 tahun. Jalan pun dah bongkok. Rutin mak mertua sama setiap hari. Bangun pagi seawal jam 4.00. Ketika arwah ayah masih hidup pun, mak mertua dan ayah mertua bangun awal. Ayah mertua akan mengaji selepas mengerjakan solat-solat malam dan menanti waktu suboh.  Sementara menunggu azan subuh, jarang mak mertua tidor. Dia akan terus berzikir hingga azan suboh berkumandang. Bukan bilangan zikir yang diberatkan tetapi istiqomah berzikir mengingati Allah setiap saat dan detik yang berlalu.


Selepas solat pun, mak mertua tidak akan bangun dari sejadah. Teruskan dengan zikir hingga habis waktu solat suboh untuk mengerjakan solat syuruk. Selepas solat syuruk barulah mak mertua bangun meninggalkan sejadah untuk bersarapan. Sekitar jam 8.00 pagi mak mertua duduk di meja makan nasi dan minum. Selepas makan nasi barulah makan ubat. Mak langsung tak memilih lauk apa pun yang disediakan, asalkan ada nasi. Mak mertua makan cuma 2 kali sehari. Pagi dan petang. Nanti jam 5.00 dia makan nasi lagi. Bila aku ajak makan tengah hari, dia kata belum lapar. Dia makan cuma ketika lapar saja. Makan pun  bukannya mana, sejemput nasi, lauk seperti seekor ikan dan sayur.


Lepas makan pagi, mak mertua akan perbaharui wudhuk. Duduk berzikir dan mengerjakan solat dhuha. Akan lakukan sedikit riadah kaki. Menanti masuk waktu zohor, mak mertua akan tidor sebentar. 30 minit sebelum masuk waktu dia sudah ready di sejadah menunggu masuk waktu. Hari-hari dia menunggu masuknya waktu solat, seakan dia rindu saja untuk bertemu Tuhannya.


Aku memang sentiasa meluangkan masa untuk berbual-bual dengan mertua. Duduk sebelahnya, bercakap-cakap apa saja. Jika ada anak cucu, anak cucu pun suka duduk dekat dengan dia . Dia akan bercerita memberi nasihat itu ini kepada anak cucu. Mana-mana yang perlu ditegur jika dia melihat anak cucu melakukan sesuatu yang tidak kena dengan syarak, dia akan tegur. Dia akan nasihat dengan lemah lembut.


Kemana mak mertua pergi dan menetap, dia akan bawa sebuah beg besar yang isi dalamnya adalah 3 helai kain batik panjang, telekong, kain ihram, kain tudung, tuala. Dia selalu pesan, kalau dia meninggal , cari saja apapun dalam beg tu, semua perkakasan dah lengkap. Mak mertua  sentiasa ingat mati, sebab tu dia buat segala persiapan dan bekalan.


Tiap kali aku bertemu dan akan berpisah dengan mak, (sekiranya dia tinggal di rumah anak yang lain dan kami datang ziarah) dia akan minta maaf dengan anak -anak. Aku pun selalu minta maaf seperti itu pertemuan terakhir dengannya.


Bila saya mohon doa, dia akan kata memang dia sentiasa doakan anak-anak menantu cucu-cicitnya bahagia dunia akhirat. Dia tak pernah lupa dari muda sampai sekarang ni untuk mendoakan anak-anak menantu cucu-cicitnya.


Mak mertua tak pernah sekolah, tak kenal huruf rumi atau jawi atau ayat al-quran. Tetapi tak sekolah, tak kenal ayat al-quran bukan bermakna mak mertua tak reti mengaji. Tak bermakna mak mertua tak baca ayat-ayat quran. Dengan kekurangannya, dia berusaha untuk dekat dengan Allah. Ayah  mertua ajar mengaji secara hafalan. Membaca quran secara menghafal. Sebab tu walaupun mak mertua orang miskin, dulu cuma mengerjakan sawah padi, tetapi semua anak-anaknya disekolahkan. Tak kira anak lelaki atau perempuan. Mak mertua selalu menjadikan  dirinya contoh jika tidak bersekolah, buta huruf tak kenal alif seperti batang tiang. Tak bersekolah bukan bermakna mak mertua takde ilmu. Ayah mertua banyak mengajar ilmu fardhu ain. dan ayah mertua mengizinkan mak pergi ke mana-mana majlis pengajian di surau atau masjid untuk menuntut ilmu.


Cumanya, anak perempuan awal berkahwin. Bila ada saja yang datang melamar, mak mertua terima lamaran. Jadi mereka sekolah cuma setakat darjah 6. Berlainan dengan anak lelaki, dia akan suruh belajar semampu mereka. Walaupun miskin, masing-masing pandai cari duit untuk masing-masing biaya sekolah. Seperti zauj, zauj gembala kambing. Zauj cari orang kampung yang ada kambing, dan ambik upah gembala kambing secara pawah. Bila kambing beranak, dapat 2 ekor anak, seekor tuan punya, seekor zauj punya. Lama-lama kambing yang zauj gembala makin banyak. zauj gembala kambing sampai dia masuk pengajian tinggi.


Apabila diterima masuk ke pengajian tinggi, perlukan duit banyak, barulah zauj jual semua kambingnya untuk biaya di sana. Masa di Mesir zauj dapat biasiswa Yayasan Selangor.


Mak mertua sangat berdisplin dalam pengurusan waktunya. Dia tidak suka berbual perkara lagha dan sia-sia. Menghormati tetamu yang datang dan meraikan. Menjaga kesihatan diri agar mudah dan tidak bergantung dengan orang lain dalam pengurusan diri. Mak mertua tetap sihat walaupun usia makin meningkat.


Dalam satu perbualan dengan dia, dia kata, "arwah ayahmu pesan, jika nak bersedekah jangan banyak-banyak supaya kita lupa. Kalau banyak, kita akan selalu terkenang dan ingat. Takut hilang ikhlas. Biar sedikit tetapi berterusan ." Itulah pesanan yang sangat bermakna.


Inilah ibu yang melahirkan zaujku. Zaujku yang sangat taat dan mengutamakan ibunya dalam apa-apa urusan pun. Sudah berapa kali zauj bawa ibunya pergi mengerjakan umrah sedangkan saya sendiri tidak pernah pergi mengerjakan umrah. Zauj kata, mengerjakan umrah tu sunat untuk ummi, menjaga anak ketika dia tiada tu wajib, maka bila bertembung perkara wajib dan sunat, utamakan yang wajib. Bagaimana zauj ku melayan ibunya begitu juga zauj melayan mak kandungku, kiranya ibu mertua zauj. Kami berdua melayan mak-mak ini seperti permaisuri.


Mak mertua tidak bersuara tinggi bila bercakap dengan anak-anaknya. Mak mertua tidak pernah jemu menyediakan makan minum suaminya ketika hayat masih ada. Walaupun hidup susah mak mertua tidak pernah mengeluh. Hidup qanaah dengan ayah mertua. Tidak hairanlah zuriat yang dilahirkan merupakan anak-anak yang mendengar kata.


Semalam cucuku, Nurul Naimah bertanyakan moyang (mak mertuaku), "Oyang, sapa yang beranakkan atuk?"

Mak mertuaku, "oyang la, sebab tu atuk panggil oyang, mak."

Nurul Naimah, "atuk tu garang la"

Mak mertuaku, "atuk tak pernah garang dekat adik-adik atuk, atuk mana ada cakap banyak."

Nurul Naimah,"habis tu kenapa atuk garang dengan kakak?"

Mak mertuaku, "adik-adik atuk baik-baik sebab tu atuk takde garang dengan adik, kenapa atuk garang dengan kakak (gelaran panggilan Nurul Naimah di rumah)?

Nurul Naimah, "sebab kakak taknak dengar kata atuk"

Opah (saya) , "ha... tahu pun"


Nu'man pulak pernah bertanya, "kenapa oyang pakai cincin, oyang nak kahwin ke?"

Nak tergelak aku dan mak mertua dengar soalan Nu'man yang berusia 3 tahun tu. Sebijak tu dia mengaitkan sesuatu pengalaman dalam perjalanan hidupnya.


Aku lihat, hari-hari Nurul Naimah bersembang dengan mak mertuaku, macam-macam yang Nurul Naimah tanyakan. Sampai dia pernah tanya,

Nurul Naimah, "suami oyang mana?"

Mak mertuaku, "suami oyang dah meninggal dunia."

Nurul Naimah, "macamana rupa suami oyang?"

Mak mertuaku,"pergi tanya opah, ada simpan gambar suami oyang ke?"

Nurul Naimah, "opah, mana gambar suami oyang?"

Terpaksalah saya mendaki tangga naik ketingkat atas untuk membelek album gambar keluarga. Terjumpa gambar lama ketika arwah ayah mertua datang berziarah ke rumah pada tahun 1992. Tunjuk pada Nurul Naimah untuk dia kenal.

Nurul Naimah, " rupa suami nenek macam atuk la."

Mak mertuaku, "dah ayah anak oyang, mestilah rupanya macam atuk."

Arwah Ayah dan Mak mertua


Begitulah antara perbualan Nurul Naimah dengan mak mertuaku. Ada je benda dan perkara yang dibualkan. Mak mertua tidak lupa akan menyelitkan kata-kata nasihat. Walaupun umur Nurul Naimah baru 5 tahun, insyaAllah dia akan ingat sampai bilapun.


Begitulah sedikit catatan tentang mak mertuaku. Mak mertua yang tidak pernah mahu bercerita keburukan anak menantu, tidak mahu menyusahkan anak menantu atau pun membebankan anak menantu. Selalunya orang tua, tak suka tinggal dengan anak cucu, tetapi berbeza dengan mak mertuaku ini. Dia kata, kalau dia degil, selepas arwah suaminya meninggal, dia nak terus tinggal di rumah, ini akan menyusahkan anak-anak. Semua anak-anak sudah ada rumah sendiri, tinggal di rumah yang berhampiran tempat mencari rezeki. Jika dia tinggal di rumah di kampung, tentu tak ada siapa yang boleh temankan. Jika dia mahu tinggal seorang diri, tentu anak tidak izinkan. Nanti tentu anak susah hati. sedangkan anak-anak mahu mencari rezeki buat menanggung anak isteri.

Begitu sekali memahaminya mak mertuaku dengan keadaan anak-anaknya. Dia kata tinggal dimana pun sama je, tetap kita buat ibadah yang sama, rutin yang sama. Bukannya tinggal dengan anak cucu dia tidak boleh melakukan rutin hariannya. Sama saja. Syukurnya kami anak menantu mendapat mak mertua yang begini. Baik dan memahami keadaan anak menantunya.


Tidak heranlah zaujku baik dan tawadhuk orangnya, kerana dilahirkan oleh ibu yang begini.Iman memang tidak diwarisi tetapi boleh dididik dan ditarbiyah sejak dari dalam kandungan lagi. Diasuh dan dibesarkan dengan jati diri mengenal Allah dan Rasullulah.


Satu yang ayah mertua pesan pernah pesan, jangan tinggal zikir walau dalam keadaan apa pun, walaupun ketika anak masih kecil atau ketika anak masih menyusu. Zikirkanlah anak-anak tu sebelum tidor dan ketika mahu menidorkan mereka agar mengenal syahadah sejak dalam buaian lagi.



Semoga catatan ini mendatangkan manafaat buat generasi akan datang untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Menjadi panduan dan pedoman bagi ibu-ibu muda yang merasa lelah mempunyai ramai anak kecil dan para isteri yang mempunyai ibu mertua.






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday, 2 November 2012

Kembara Korban



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




 lembu dipisahkan dari melihat kawanya disembelih
Kembara Korban tahun ini sama seperti tahun lepas. Kami memulakan kembara bukan keluar negara hanya setakat keluar negeri. Semua ahli keluarga, anak beranak dikerah untuk melibatkan diri.



Tahun ini, cuti persekolahan diumumkan awal sehari dari cuti umum sempena hari raya aidil Adha. Hari Khamis kami sudah memulakan kembara. Oleh kerana tak cukup tempat untuk semua naik Toyota Hilux, dua orang kena naik bas pergi ke Setia Alam di Selangor. Bibik dan si bongsu Muhammad Imran naik bas jam 1.00 tengahari, Khamis.


Kami pulak, terdiri dari saya, zauj, Najdah, Ahmad Baihaqi, Abdullah Mubarak, Nurul Naimah dan Nu'man Al Faris bergerak menaiki Toyota Hilux sebaik selepas solat fardhu zohor. Walaupun semuanya berpuasa, puasa sempena  hari Arafah, kami mulakan musafir selepas zohor dan dalam jangkaan akan dapat berbuka puasa di Setia Alam.


Tiba di Hentian Rawat dan Rehat Dengkil, kami berhenti menunaikan solat fardhu Asar secara qasar. Mana tahu jalan sesak bila memasuki kawasan Shah Alam. Tepat pun jangkaan, menghampiri Plaza Tol Setia Alam, jalan sesak dan bertumpu untuk membayar tol menyebabkan azan Maghrib berkumandang tanda waktu berbuka puasa, kami masih belum bayar tol. Dengan seteguk air kami berbuka.


Jam 7.30 malam baru kami sampai ke rumah angah di Semarak 3. Ada yang  mengerjakan solat jamak Takdim dan solat Jamak Takhir. Mana-mana yang sempat untuk dikerjakan dan diringi takbir raya.  Selepas tu baru makan bersama-sama. Angah menghidangkan laksa utara dan lontong. Kiranya kami dah menyambut hari raya Korban sebaik selepas solat maghrib menjelang 10 Zulhijah.


Malam tu kami anak beranak berbual hal keluarga. Semua nya ada kecuali anak yang sulong kerana dia terlebih dahulu ke rumah mertua di Port Dikcson.


Subuh 10 Zulhijjah, semua bangun awal. Selesai solat subuh berjemaah, kami bertakbir ramai-ramai. Lepas tu salam untuk bermaaf-maafan. Selepas takbir , semua lelaki bersiap-siap untuk ke masjid berhampiran bagi menunaikan solat sunat Aidil Adha. Tak de apa-apa program untuk berziarah kemana-mana memandangkan nanti tengah hari nak mengerjakan solat Jumaat pulak. Petang nak rewang dan menunggu lembu tiba dihantar oleh pengusaha ladang lembu.


Semua peralatan memasak dan bahan memasak telah saya sediakan dari rumah di Johor lagi. Dari sekecil-kecil peralatan sehingga periuk belanga kami bawa. Periuk, senduk panjang seperti pendayung, sauk beras, penapis, besen, tong air, pinggan, tray isi lauk, parang, kapak dan sebagainya dibawa dari rumah. Kami memang sedia maklum, surau Semarak masih belum mempunyai perlatan yang mencukupi untuk memasak dalam kuantiti yang banyak.

Yang paling asas saja mereka ada seperti tong gas , dapur memasak dan tungku besi. InsyaAllah nanti mereka berusaha sedikit demi sedikit untuk melengkapkan keperluan itu.


Petang sekitar jam 3, saya anak beranak sudah turun ke surau untuk buat kerja rewang. Kupas bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai. Sehingga maghrib, lembu belum tiba. Pihak pengurusan ladang menghubungi kelewatan disebabkan banyak tempat lembu-lembu mahu diantar.


Sementara itu pihak pengurusan Surau telah menyewa khemah untuk kerja-kerja melapah esok hari. Khemah telah didirikan pada petang itu.


Selepas solat Isya' barulah lembu-lembu tiba. Saya dapat menyaksikan bagaimana cara lembu diturunkan dari lori. Kena pujuk rayu supaya lembu tak mengamuk. Kena kenalkan tempat baru supaya dia rasa aman dan selamat. Mujur 3 ekor, jadi dia rasa ada teman. Rupanya bila dah nak dibawa turun dari lori, baru lembu-lembu tu diikat lehernya. Semasa atas lori, lembu tu masih bebas dari tali.


Lembu-lembu tu diturunkan seekor demi seekor. Letak pun tak jauh-jauh tapi jangan dekat sangat. Nanti tali leher antara mereka terbelit sesama sendiri, lagi payah nak dibetulkan. Bila lembu tu lihat ada kawan, dia rasa aman dan tenang. Tidaklah dia rasa keseorangan di tempat baru.


Malam itu bermulalah tugas anak-anak bujang menjaga lembu. Lembu tu kena jaga, mana tahu terlepas atau diculik orang. Walaupun kita berniat mahu buat korban, masih ada yang ambil kesempatan juga. Ahmad Baihaqi (anak ke 5)  dan Omar Abdul Aziz (anak ke 7) ditugaskan menjaga lembu sepanjang malam. Mereka berdua tidak tidor. Berada di bawah khemah berhampiran lembu-lembu.


Menjelang subuh, selepas solat terus mereka berdua naik tidor ke rumah. Giliran Abdullah Mubarak (anak ke 8) menjaga lembu sementara menunggu hari siang.


7.30 pagi, penduduk  perumahan Semarak mula hadir ke surau untuk membantu penyembelihan dan melapah lembu.



Ada yang telah menyediakan lubang untuk menakung darah, ada menyediakan lubang untuk menanam bahan- bahan kumuh lembu nanti dan ada yang menyusun meja untuk kerja-kerja pemotongan , penimbangan  dan pembungkusan daging.


Lembu pertama telah dibaringkan ditepi lubang. Cuma 4 orang saja yang membantu untuk meyembelih lembu. Lembu tu seperti faham dan sedia untuk dikorbankan. Tidak meronta atau mengamuk ketika dibawa ke lubang. Dengan iringan takbir, lembu pertama disembelih oleh Ahmad Ali Mahfuz, (anak ke 2). zauj memantau Ahmad Ali Mahfuz menyembelih lembu. Walaupun angah telah ada pengalaman tahun lalu, tetapi masih lagi ayahnya mahu memantau supaya angah mahir dalam sembelihan haiwan.

Zauj memerhatikan angah sembelih lembu


Lembu yang telah disembelih


Ramai-ramai membantu menguliti kulit lembu

dah hampir siap lembu dikuliti
sama-sama membersihkan bahagian kumuh lembu

membersihkan usus
memotong daging untuk dimasak
memotong tulang
menantu melapah daging 

Abdullah Mubarak menyenduk nasi


Zauj mengacau gulai kawah batang pisang

Saya sedang menumis rempah  untuk sup tulang


Omar dan Nurhumaira' sedang menyenduk nasi

dah siap masak, makanan dihidangkan

sebahagian daging yang telah dibungkus sebelum diagihkan

penimbangan dan pembungkusan


Pengagihan daging korban


Semua anak cucu didedahkan dengan program Korban


lembu dijinakkan agar mudah dibawa ke lubang penyembelihan

Selesai sembelihan lembu pertama, direhatkan seketika sebelum kulit lembu mula disiat dan dilapah.Yang menyiat kulit memang mahir-mahir belaka. Langsung tidak kekok. Menguliti kulit lembu dengan pantas sekali. Lepas tu, bahagian abdomen dibelah untuk dikeluarkan segala isi kandungan usus, perut, hati, limpa, paru dan lain-lain.


Selesai dikuliti, barulah dipotong 4. Setiap batang paha digantung agar mudah dilapah dagingnya. Salah seorang yang melapah ialah menantu, suami kepada Amiratun Nazihah (anak ke 4).


Bila daging telah mula dilapah, kerja-kerja memotong mula dilakukan. Ada yang potong daging dan ada yang memotong tulang. Telah disepakati, lembu pertama adalah untuk dimasak dan dimakan beramai-ramai. Tulangnya buat sup, dan dagingnya buat gulai kawah. Nanti sama-sama merasainya.


Zauj telah mula menanak nasi putih. Najdah (anak ke 3) menyediakan sarapan dan menyediakan sambal kicap. Abdullah Mubarak membantu ayahnya menanak nasi.


Saya pun mula menumis rempah untuk sup tulang dan menumis rempah untuk gulai kawah. Bila semua kerja dilakukan secara gotong royong, yang berat dan payah jadi mudah. Bila kerja dilakukan kerana Allah Ta'ala, tiada rasa iri hati atau dengki. Rasa penat hilang apabila melihat wajah mereka-mereka yang makan  dengan penuh selera.


Syukur kepada Allah yang memudahkan segala urusan-urusan.


Selepas selesai urusan lembu pertama, lembu kedua dan ketiga pula disembelih. Kali ini, semua daging dan tulangnya dipotong dalam saiz yang lebih kurang sama, ditimbang dalam anggaran 1 kg, dan dibungkus. Tujuan memang untuk diagihkan kepada yang layak menerima agihan korban.


Dari lembu korban, 1/3 untuk dimasak dan dimakan ramai-ramai, 2/3 untuk diagihkan kepada yang layak menerima. Tidak ada agihan kepada yang buat ibadah korban kerana mereka awal-awal lagi sudah menyerahkan semua bahagian korban untuk diberikan kepada orang ramai.


Apa yang saya lihat kerjasama penduduk sangat baik. Tidak ada bahagian lembu yang dibuang melainkan bahan kumuh dari dalam perut. Kulit, kaki, telinga, lidah. kepala, usus dan lain-lain semuanya mereka bersihkan dan ambil. Sungguh berkat sekali.


Menjelang 12.15 tengahari, nasi , sup dan gulai kawah siap dimasak. Terus dihidangkan dan mereka yang membuat kerja tadi dapat makan beramai-ramai. Selepas makan, azan zohor berkumandang. Mereka masuk  kedalam surau untuk mengerjakan solat zohor terlebih dahulu sebelum menerima agihan daging dan balik ke rumah masing-masing.

Rata-rata penduduk yang tinggal di kawasan pangsapuri Semarak ini bekerja kilang, pemandu lori, pengawal keselamatan, buruh binaan dan perkhidmatan pembersihan bangunan. Pendapatan mereka tidaklah banyak mana.


Selesai solat zohor berjemaah, bungkusan daging diagihkan sama rata kepada semua yang hadir. Majoriti yang datang memberikan kerjasama, membantu kerja-kerja dan menerima agihan daging korban.


Sekita jam 2.00 petang selesai semua kerja berkaitan ibadah korban. Yang tinggal cuma nak mengemas peralatan saja. Kami anak beranak bekerjasama mengemas semula peralatan memasak, menghidang yang telah diguanakan. Anak angkat saya ,  Nurhumaira' Lau datang bersama suami dan anak-anak. Dia pun turut serta membantu mencuci segala peralatan dan pinggan mangkuk yang telah digunakan.


Dah siap semua dicuci, peralatan dikemaskan setempat sebelum dinaikkan atas Toyota Hilux. Kawasan surau dibersihkan seperti asal. Semua anak menantu terlibat dan kena buat agar cepat siap. Syukur kepada Allah kerana memudahkan segala urusan dari mula menempah lembu hingga selesai pengagihan daging lembu.


Malamnya semua keletihan. Esoknya hari Ahad, petang bersiap-siap nak balik rumah di Johor. Omar Abdul Aziz balik ke Rawang (SBPI Rawang), Amiratun Nazihah balik ke Sg Buloh, Najdah balik ke Ampang, dan kami yang lain-lain balik ke Johor Bahru. Jika datang hari tu ada yang kena naik bas, balik ke Johor tidak lagi.


Aqbar, anak sulong datang dengan kereta, (pun turut serta membantu dalam kerja-kerja menyediakan makanan dan pembersihan)  jadi 2 orang, Ahmad Baihaqi dan Muhammad Imran balik naik kereta bersama mereka. Kami yang lain, saya, zauj, bibik dan Abdullah Mubarak naik kereta hilux.


Dalam perjalanan balik, kami singgah di Dengkil untuk jemput mak mertua. Mak mertua mahu ikut tinggal di Johor Bahru sebulan dua bersama saya sekeluarga. Jika mak mertua ada, saya akan duduk di kerusi belakang. Mak mertua akan duduk di kerusi sebelah pemandu supaya lebih selesa. Begitulah yang anak-anak lakukan kepada saya juga. Tak perlu saya ajar atau bagitahu, bila saya atau mertua mereka naik kereta, pasti  anak atau menantu perempuan akan duduk di belakang.


Makanya, jika kita menunjukkan contoh yang baik, anak menantu akan buat tanpa diberitahu. Mereka boleh lihat dan ambil teladan dari kita. Bagaimana kita melayan mertua, begitulah menantu akan layan kita.


Sekian, moga ada manafaat yang boleh dijadikan teladan dalam penulisan ini.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.