BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 21 January 2013

Segumpal Harapan Semurni Impian



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Titis-titis Harapan
Saya tak pasti adakah wajar saya menulis perkara ini. tetapi ia sangat bermain dalam jiwa saya bila mengenangkan jika itu adalah nenek saya atau atok saya, uzur , tua  tinggal di Pusat Jagaan yang dikendalikan orang bukan Islam.

Memang yang mengasaskan adalah seorang muslim, hatinya mulia menubuhkan Pusat Jagaan Wargaemas yang tidak mempunyai dana , hanya dari sumbangan orang ramai. Maka untuk mengupah orang lain mengendali dan mengurus memerlukan sejumlah peruntukan kewangan sedang Pusat Jagaan tidak ada peruntukan itu, maka mereka mengajak anggota keluarga membantu.

Usaha ini bagus, cuma dibenak saya, jauh dalam hati sanubari saya terfikir, bagaimanakah keadaannya wargaemas dihujung usia ini menghembusnafas terakhir. Siapakah yang membantu mengalunkan syahadah ditelinga mereka.

Bagaimana keadaan seharian mereka di Pusat Jagaan, dalam keadaan uzur tidak berdaya siapa yang mengingatkan akan kewajiban solat dan membantu mereka berwudhuk dan mengerjakan solat?

Pengurus Pusat Jagaan ini dan pekerjanya bukan muslim, (beragama Kristian) bagaimana mungkin mereka dapat membantu di dalam hal ehwal kewajiban solat?

Begini keadaannya
Saya tak mahu kacau atas usaha murni mereka, tetapi saya mahu kita sama fikirkan untuk penambahbaikkan atas usaha murni ini. Bagaimana usaha kita membantu supaya nenek-nenek , atok-atok di sini untuk diberikan pengisian rohani dihujung usia. Saya amat takut jika mereka ini tidak dapat mengucap syahadah.

Paling saya takut kenapa kita boleh membiarkan mereka tanpa ada usaha memukminkan mereka dihujung usia. Masih belum terlewat selagi nyawa belum sampai di tenggorok untuk bertaubat.

Usah kita selidiki salah silap siapa, atau atas kisah silam mereka tetapi kita bantu yang telah ada di depan mata (sebab anda baca dan dah tahu hal ini) dan tempoh beberapa hari lagi roh dan jasad mereka masih bersama.

Harapan saya, jangan ada pula antara kita yang mengaggu Pusat Jagaan itu sehingga ia menjadi isu kontrovesi kerana pengendalinya berbeza agama. Fikirkan bagaimana untuk kita membantu atok-atok nenek-nenek di sana supaya dihujung usia dapat menlafaz syahadah.

Bayangkan jika itu atok nenek kita atau mak ayah kita .





Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


Saturday, 19 January 2013

Respon Bagaimana Boleh Terlanjur



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Buntu dan Sedih

Hasil dari perbincangan di forum Halaqahnet, Kes 1:  Bagaimana Boleh Terlanjur, di sini, saya kongsikan  untuk konklusi bersama-sama dengan pembaca budiman.



Tujuan perbincangan adalah untuk memberikan pandangan, idea dan pendapat bagi membantu mereka-mereka yang telah terlanjur.



Berbagai saranan dan cadangan telah dianjurkan. Antaranya,




Forumer 1

Salam. Rasanya ini faktor 'taboo' dlm masyarakat melayu. Soal pendidikan seks sukar dibincang bersama keluarga. Padahal media massa banyak sekali memaparkan adegan seksualiti tanpa sempadan atau halangan.



Forumer 2


Bila sudah tidur sebilik dengan seseorang lelaki tak kisahlah lelaki saudara atau bukan saudara, ini bermakna seseorang itu telah memberi peluang besar kepada iblis untuk menyesatkan seseorang. Iblis akan menyesatkan sesiapa sahaja walaupun seseorang itu mempunyai pendidikan agama, ada kasih sayang dan dikatakan lengkap dalam urusan hidupnya. Tetapi mesti ingat tentang janji-janji iblis kepada Allah swt bahawa mereka akan menyesatkan manusia di bumi ini sehingga kiamat. Apa sekali pun caranya IBLIS kata MESTI melainkan manusia yang benar-benar ikhlas perhambakan diri kepada Allah SWT. 

Sebenarnya dalam hal ini, pada pendapat saya, seseorang itu mesti dididik dengan agama adalah kerana betul2 ingin menjadi hamba kepada Allah swt iaitu IKHLAS bukan kerana tuntutan dan ikutan.


Respon saya :

Lihat usia gadis tu. Didikan agama , cuba lihat apa saya senaraikan,

1. gadis ini bukan menghadapi kekurangan kasih sayang.
2. gadis ini bukan jenis suka berkeliaran
3. gadis ini bukan kekuraangan perhatian.
4. gadis ini menutup aurat

Gadis ini taat pada suruhan agama tetapi ilmu tentang pendidikan seks tidak disampaikan secara jelas. Jika mak ayah terangkan , walaau siapa pun, kamu tak boleh tidor atau masuk bilik mana-mana lelaki pun. Ibu patut terangkan apa jadi, apa kesan.

Boleh jadi mereka berdua di dalam bilik tonton vcd lucah, yang boleh menyebabkan mereka nak cuba. Dan syaitan pun memainkan tugasnya.

Jaadi walaupun pendidikan agama ada, tetapi keprihatinan dari segi menyelediki dan larangan berdua-dua dalaam bilik tu. Boleh nasihat pulak, tu jangan buat apa-apa ya" tapi tinggalkan mereka berdua dalam  bilik sepanjang hari.

Ingat gadis ni tidak menghadapi masalah sosial, kerana dikawal untuk tidak berkeliaran sesuka hati atau lepas sana -sini.


Respon Kepada Jawapan Saya:


Pada saya, ilmu agama merangkumi semua dalam hal ehwal haram dan halal termasuklah dalam hubungan bukan mahram. Bukannya mengasingkan hal pendidikan agama dengan pendidikan seks. Bukan ke tentang hubungan seks Halal dan Haram memang sudah terangkum dalam pendidikan agama?

Betul kata ummi, itu sepatutnya seseorang itu juga kena usaha sendiri bukannya disuap oleh ibu dan ayah. Ada sesetengah ibu dan ayah ini, mereka sukar untuk perjelaskannya kerana mereka fikkir seseorang yang belum baligh tidak patut mengetahuinya lagi.

Memang patutlah zaman sekarang ibu bapa kena dedahkan tentang pendidikan seks kepada anak-anak masa berumur 12 tahun lagi. Tetapi adakah dengan pendidikan seks akan terjamin tidak akan berlakunya hubungan sumbang mahram?


Forumer 3


Ibu ayah jahil perkembangan seks remaja. Walhal mereka dah pernah jadi remaja. Takkan tak faham?Si ayah takkan tak tahu kesensitifan seks seorang lelaki. Si ibu takkan tak mahu memahami ketewasan seks wanita apabila dibelai disentuh dicium etc.

Lagipun nabi saw pesan asingkan tempat tidur bila usia sekian sekian... Setan yang ke-3 apabila lelaki perempuan berdua-duaan di tempat sunyi,apatah lagi tidur bersama dalam bilik!
Wana'uzubillah! 



Respon saya :

Zaman sekarang kena terangkan dengan jelas sebab mereka dapat sumber apa-apa yang negatif pun jelas. Jangan harap anak usaha cari.

Zaman tu dah berlalu, ini zaman ilmu pun kena suap. Pernah pelajar cakap pada saya,

"cikgu saya tak mahu pindah sekolah lain, saya takut sebab saya ni semua pakai suap; ilmu pun saya ni kena disuap, kalau tidak saya susah nak faham."

Memanglah pendidikan seks, pergaualan tu ada di dalam syariat, tetapi bukan semua yang mampu mencernakan kaitannya.

Macam kes ni, dia anak tunggal, manja lagi, dapat limpahan kasih sayang tetapi tidak mengetahui kesan-kesan duduk dalam bilik berdua dengan lelaki tu sangat bahaya walaupun budak lelaki tu dia anggap seperti adik saja.

Di sini ibu bapa kena prihatin, jangan setakat nasihat, jangan buat apa-apa sebab sudah pasti dia akan jawap , "kami tak buat apa-apa."

Walaupun anggap adik, tetapi dia lelaki, merenung mata, tersentuh tangan, akan menyebabkan renjetan yang meransang jiwa lara.

Ini yang sepatutnya ibu bapa kena jelaskan, takperlu nak berlapik-lapik supaya mereka tahu.



Forumer 4 :

Tak cukup lagi ke pendidikan seks untuk dua orang tu? Dah akil baligh tu dua orang tu sampai pandai bersetubuh. Tengah sekolah mesti ada cerita tentang seks... Ohh sedapnya bersetubuh rupa-rupanya. Lelaki perempuan ni tarik-menarik,positif-negatif! Pas tu ulang lagi bersetubuh sampai termengandung,la baru rasa takut si perempuan. Takut kat polis kena tangkap. Si lelaki agak steady sebab tak termengandung,dapat sedap dan lazat. Umur baya 16 17 tahun, takkan tak tahu lagi batas halal haram? Mak ayah budak dua orang tu yang salah. Balik kampung beri anak dara tidur di rumah orang lain. Katanya kawan,kenapa tak selidik kawannya tu? Yang lebih teruk tu mak ayah si lelaki. Siap pesan jangan buat apa-apa. Cikgu di sekolah pun selalu pesan,tapi si kucing ni pantang lwpa jer,terus ngap!.... Tak cukup lagi pendidikan seks?

Nabi Adam dulu, celik jer mata nampak Hawa terus nak... Tapi Allah nikahkan dulu mereka! Fitrah tu lekat-melekat sebab tu adanya syariat bab munakahat.


Respon saya:


Oh lupa saya nak tulis, sebab tu saya tak cerita, mak ayah budak lelaki ni bisu dan pekak. Suami isteri bisu dan pekak. OKU. Memang nasihat tetapi bahasa isyarat. Bolehkah letak kesalahan pada mereka ni?


Forumer 5 :

Walaupun pekak dan bisu..takkan tahu langsung batas2 pergaulan dalam agama.

Satu lagi..mak bapak .budak perempuan tu pun tak tahu ke..yang kawan anak nya tu seorang lelaki. Macam mana boleh benarkan tidur dirumah kawan lelaki?

Tak tanya ke..malam2 tidur kat mana?dengan siapa? Nampak betul lepas tangan dalam hal 



Respon forumer lain :


Setuju. Tapi dalam cerita, mak ayah dia boleh pula pesan jangan buat apa-apa! Ertinya mereka memang tahu dan faham PASTI akan berlaku apa-apa! Jeng jeng jeng.... Masalahnya budak perempuan itulah yang menanggung kesengsaraannya! Dosa masing-masing dapat saham....

Penyelesaiannya nikahkan mereka berdua dengan segera,supaya bakal ibu dan anak terbela walaupun anak tu tak sah taraf. Jika tak bersetuju lapor polisi supaya jadi pengajaran. Nak laksana hudud, faham-faham aje la...

Tak pun gugurkan ajer sebelum bernyawa tapi saya tak mahu dituduh bersubahat. Saya lepas tangan dalam kes ni. Maaf ya!


Respon saya:


Mereka tahu batas agama tapi banyak mana ilmu mereka dibanding orang yang sempurna. Sapa ajar bab-bab syariat secara detail kepada mereka ni, pekak dan bisu.  Tapi mana kita tahu, apa anak lakukan ketika dilarang. Mana tahu masa dinasihat tu mereka tak duduk sekali atau keluar bilik. Mereka kan tak dengar apa-apa, lagi pun hari dah malam.

Mereka berhadapan dengan anak-anak yang sempurna akal fikiran dan sifat tubuh badan. Mesti fikiran mereka anak-anak tu lebih tahu perkara hukum halal dan haram.



Forumer 6 :

Kalau ikutkan cerita tu perempuan tu ada bagitahu tidur sebilik dengan kawan lelakinya yang dianggap macam adik.Tapi betul ke tidak perempuan tu cakap kat mak ayah die tak tahulah tu.Kot-kot dia cerita kat ummi je dia ada cakap kat mak ayah die bahawa dia tidur sebilik tetapi sebenarnya kat mak ayah, dia cakap lain.

Sebab jika dilihat pada kredibiliti mak ayah seperti yang diceritakan,rasa macam tak percaya la pula jika mak ayah akan benarkan anak dia tidur sebilik dengan kawan lelaki tu.Mesti dia tak izin punya.



Forumer 7 :

Suruh aja  lapor kepada polis.



Respon saya : 


Laporkan pada polis?  Ini kes yang saya sedang handle sekarang ni.  Gadis ini buat laporan polis, apa polis jawap...

Polis tak layan. Kes yang saya paparkan sebelum ni, siap dia tunjukkan kat saya salinan report polis, the end report polis tu tulis,

1.Sek 110 (a) apabila perkara yang dimaklumkan itu adalah tentang seseorang yang disebutkan dengan nama dan sifat kes itu tidaklah berat, maka pegawai polis yang menerima maklumat itu tak payahlah pergi sendiri atau menghantar pegawai bawahannya membuat siasatan ditempat itu.

2.Sek 110 (b) apabila pada fikiran pegawai polis yang menerima maklumat itu bahawa ia tidak ada alasan yang mencukupi bagi memulakan atau meneruskan penyiasatan dalam perkara itu maka tidak payah ia berbuat demikian.

Jadi tak payahlah nak buat report polis jika usia kamu bukan bawah umur. (bagi gadis dibawah 16 tahun)

Respon polis untuk tidak meneruskan siasatan



Forumer 8 :

Kalau betullah emak dan ayahnya sudah memberi pendidikan agama secukupnya dan perempuan itu betul2 mentaatiNya, kenapa masih mahu pergi tidur rumah lelaki? dan kenapa sebelum masuk bilik tu tak fikir iblis akan menggoda antara satu sama lain?

Mungkin dua orang ini dah bercouple sebelum berlaku benda ni dan kalau fikir logik tak ada ke kawan perempuan?

Mak bapak budak lelaki tu mungkin open minded'kot sekasih sayang....




Forumer 9 :

* Tuan Nazri boleh pulak bagi cadangan sebegitu?-gugurkan benih tersebut-bertimpa-timpalah pulak.


Respon forumer :

SETIDAK-TIDAKNYA MARUAH IBU AYAHNYA DISELAMATKAN DI MATA PANDANGAN MASYARAKAT DI TEMPATNYA. DI SISI ALLAH,TAHU SENDIRI...


Forumer 10 : 

* Kenapa buat report polis? Bukan ke suka sama suka-kahwin jelah dua orang tu, rasanya boleh kahwin bawah imur jika keadaan terdesak.


Respon Forumer:

Itu la yang terbaik. Nikahkan tapi ibu ayah si perempuan belum berani nak bagitahu. Nikah lari? Guna wali hakim. Lagi bermasalah. Tak report polis tak buat apa-apa jika si lelaki tak mahu nikah,apa nak buat kat dia? Biar dia senang lenang rosakkan anak gadis orang lain pulak? Syok la mamat ni,kerja hisap madu buang sepah. Jadi lawak aepah la pula. Ada lagi jalan penyelesaian lain?



Respon saya:

Tunjukkan aku Jalan 
Di sini, saya buka topik perbincangan untuk bantu , ingat ya, samada musbiah atau ujian, akan datang menimpa tidak kira sesiapa pun.

Walaupun anak tok imam atau anak menteri. Kes bulan lepas tu anak Pak Imam juga. Penyelesaian masalah, depa pergi nikah di sempadan Thai. Ingat masalah settle begitu saja?

Bila dah kahwin, dah tak syok... Suami panas baran, suka pukul isteri. Keluarga isteri tak nak mengaku anak. Mujur keguguran, dah keguguran dapat surat dari universiti kerana tidak menduduki semua kertas peperiksaan akhir.

Masalah makin kronik, nak mengadu mahkamah Syariah, pendaftaran nikah luar kawasan belum dilakukan, nak bayar denda mahkamah takde duit.


Jadi saya minta pandangan bagaimana kita yang waras akal ni, yang ada ilmu bantu. Report polis, seperti yang saya tulis atas tu, digelakkan dan diejek polis adala.

Jangan kata kita rujuk saja Pusat Perlindungan Wanita atau Raudatul Sakinah, tempat tu pun dah penuh. Sekarang peranan kita membantu perkara SUDAH terjadi, bukan kita nak ulas sapa salah, sapa silap sapa bertanggung jawap.



Forumer 11:

pada saya..ilmu agama tak cukup..kalau dah cukup, mustahil ibubapa akan beri kebenaran untuk anaknya yang terang-terang bukan mahram tinggal sebilik..mustahil juga dia akan sanggup tidur sebilik dengan bukan mahram..

ini bukan kes iman tak dapat diwarisi..

berbalik pada apa yang boleh dibantu..siapa boleh ambil dia jadi anak angkat, ambillah..beritahu family dia nak ambil dia jadi anak angkat..kemudian bila dah bersetuju barulah suruh dia sendiri beritahu mak ayahnya hal sebenar..sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa bulan berasingan, dalam mentarbiah perempuan ni, beri ruang & masa pada mak ayah dia untuk menerima apa yang dah berlaku..

persoalannya siapa yang sanggup?


Forumer 12 :

Ada juga yang saya dengar cerita dari kawan. Anak perempuan bawah umur bersekolah agama tutup aurat ilmu agama cantik, mengandung. Orang masjid. Ibu mengajar Al-Quran. Buat report polis. Kemudian tarik balik. Pemangsa saudara sendiri. Bila masa dia ambil kesempatan entah la. Last, gugurkan kandungan yang masih baru tu. Dapat la tutup sikit maruah keluarga.

Eeeeee takut la dengar kisah-kisah menyayat hati macam ni! Dikenang-kenang suadana sekarang,hiburan terlalu banyak,hukum Allah tak ditegakkan.... Ya Allah ampuni kami semua!
Ya Allah. Kami mohon perlindungan-Mu dari semya musibah dan bala bencana yang menyeksakan jiwa ini. Amin.



Respon saya :

Membuat laporan polis tidak membantu menyelesaikan masalah. Mengugurkan kandungan sekiranya masih awal, boleh sekiranya janin belum ditiupkan roh.

Adakah tergamak nak bunuh bayi ini?
Dalam kes-kes yang diluahkan kepada saya , kebanyakkannya setelah buntu , setelah ada cubaan mengugurkan kandungan tetapi tidak berjaya. Roh telah ditiupkan dalam janin.

Mana mungkin berani lagi nak bunuh kandungan , dan memang kebanyakkannya telah bertaubat, tak mahu ulang dan tak mahu melakukan lebih banyak dosa-dosa besar seperti membunuh janin yang telah ditiupkan roh dan bayi.

Jadi mereka2 yang telah bertaubat inilah yang kita kena bantu. Mereka buntu dan tidak punya arah tuju. Mereka2 yang bersungguh-sungguh minta bimbingan dan didikan setelah melakukan dosa besar.

Menjadi ibu angkat kepada mereka,  ingin saya bertanya di sini, berapa ramai yang ingin dan sudi? Menjadi ibu angkat bukan setakat beri tempat tinggal makan minum percuma, tetapi santapan rohani yang diutamakan. Pentarbiyahan, dan sokongan moral termasuk kewangan. Siapa yang sudi bantu saya?



Forumer 13 :

Tak ramai yang mampu nak berjihad bab ni. Antara faktornya ialah jiran-jiran,saudara-mara dan lain-lain lagi. Saya pun surrender angkat tangan.

Yang dapat saya beri - perbanyakkan istighfar bertaubat sungguh-sungguh. Allah tunjukkan jalan.


Respon saya :


Ya istigfar memang salah satu pentarbiyahan kepada mereka. Ajar cara-cara taubat dan memastikan mereka istiqomah. Pentarbiyahan mesti berterusan samada sebelum bersalin atau selepas bersalin.  Saya mohon bantuan untuk mengendalikan mereka, penempatan dan tatacara. Mereka tak boleh menjalani pemeriksaan di pusat kesihatan kerajaan kerana ketiadaan surat nikah, tidak boleh bersalin di hospital kerajaan kerana tidak ada suami.

Kalau mereka pergi, anak akan diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tanpa kerelaan. Nanti JKM beri pada sapa-sapa saja yang mohon tanpa mengira tahap pengamalan dalam beragama. Mereka sangat berharap, cukuplah mereka yang berbuat silap, jangan anak pun berbuat silap bila diberikan orang yang salah dan tidak diketahui langsung dimana.

Inilah masalah yang membelenggu mereka ini. Saya pun tak suka melalui birokrasi di hospital dalam  menagani kes ini kerana saya bukan badan NGO yang berdaftar. Soal jawap mereka melebehi soal siasat pengganas. Paling tak suka bila saya di dakwa jual bayi.


Forumer 14 :

Itulah ummi. Risikonya macam-macam. Pemimpin-pemimpin sedang buat apa? Enak dibuai mimpi. Menambah mengumpul kekayaan. Tak kurang sebahagian ulama dan rakyat. Penerbit filem semakin menonjolkan pergaulan bebas. Media semakin ganas meragut keseimbangan sosial Islami.... Internet tiada batasannya. Hiburan melampau disokong sepenuhnya. Dijunjung diberi anugerah.





Forumer 15 :

betul ke sampai tahap macam tu ummi? sebab setahu saya anak masih bawah jagaan ibunya..xpelah..saya tidak dapat menyumbang lebih daripada idea buat masa sekarang ni..baru nak belajar merangkak berniaga..insyaAllah..hajat besar kalau berjaya..


Respon saya :


Ya Ustaz, inilah realiti apabila kita berhadapan dengan kes begini. Saya pernah bawa seorang gadis hamil yang sudah hampir nak bersalin ke dua buah Pusat Bersalin Swasta, bila kita cerita yang benar,  bahawa dia masih gadis, serta merta doktor pakar menolak kes kecuali waris dihubungi dan laporan polis perlu di buat.

Pusat Bersalin pertama milik doktor pakar Islam yang komited dalam jemaah menolak dengan alasan tersendiri untuk tidak membenarkan bersalin di hospitalnya, di depan doktor tu saya menangis merayu supaya diberikan bantuan. Saya nyatakan hujah-hujah yang mana , bila ada kes pembuangan bayi kita rasa kesal, kita mengutuk akan perbuatan itu, tetapi hakikatnya mereka yang sudah menghadapi masalah bila dibawa ke depan mata, menolak begitu saja.

Sebab itu saya tak heran kenapa ramai gadis terlanjur memilih beranak sendiri dan membuang bayi, ini kerana sikap masyarakat dan kerenah birokrasi di Pusat Bersalin tidak kira swasta atau pun kerajaan.

Bila saya pergi ke Pusat Bersalin Kedua doktor pakar bukan muslim, pun sama, walaupun dia sudah berpuluh tahun beroperasi sebagai Pusat Bersalin menolak dengan alasan tidak mahu bersubahat. Subahat apa? Masalah zina sudah berlaku, orang ni sudah mahu bersalin, mana etika sebagai doktor perubatan. Depan doktor ni pun saya menangis merayu.

Akhirnya saya bawa balik semula ke rumah, dan berfikir dengan tenang, mana tempat lagi nak dibawa. Saya membantu gadis ni kerana gadis ini mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mahu memaklumkan kepada keluarganya dan tidak mahu dilaporkan kepada polis di mana akan dibawa ke pihak lain lagi. (Dia seorang pelajar IPTA, tidak mahu menjejaskan penggajian kerana telah berada di tahun akhir)

Saya bukan melindungi kesalahan dia, saya bukan menggalak orang berzina tetapi membantu mereka yang sudah tertekan dan terdesk akan kesalahan yang telah mereka lakukan. Sedangkan Allah menyediakan ruang untuk mereka bertaubat, tetapi kenapa kita manusia menghukum mereka dengan menyusahkan untuk mereka memperbaiki kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.

Akhirnya, saya bawa ke Hospital Swasta Antarabangsa,(bayaran memang mahal) dan memalsukan maklumat waris. Mudah bersalin dengan pertolongan Allah jua, kerana memang dia bertaubat nasuha. Sepanjang kehamilan, ditarbiyah akan kewajiban istigfar beribu kali, solat taubat, solat tahajjud dan solat hajat agar Allah menerima taubatnya.

Saya carikan ibu bapa angkat untuk anaknya, sebaik keluar wad, anak terus dibawa pergi oleh keluarga angkat, gadis tu saya bawa balik ke rumah, merawat dia semasa tempoh berpantang sehingga dia sihat dan meneruskan penggajian. Alhamdullilah pengganjian hampir tamat dan akan bernikah tidak lama lagi.


Forumer 16 :

kalau ummi ambil anak angkat..nak tinggal di mana dia?


Respon saya :

Orang Yang Bertaubat
Saya bawa tinggal bersama saya. kalau tidak tinggal bersama, bagaimana nak tarbiyyah dia, bagaimana nak bimbing mereka dan memastikan istiqomah? Bagaimana kebajikkan dia. Siapa nak tanggung sara hidup mereka? Yang sedang belajar mohon tangguh penggajian, yang bekerja berhenti kerja buat sementara waktu.

Harapan saya apabila mereka sudah dibimbing, apabila telah selamat bersalin, selepas tu mereka ada kekuatan untuk memulakan hidup baru dan meneruskan amalan-amalan taubat.

Ini yang saya mengharap agar lebih ramai tampil membantu mereka yang telah melakukan kesilapan.  Kita tidak menggalakkan zina. Nak menggelakkan zina, itu urusan pemerintah , menengah perkara-perkara yang menghampiri zina dari akar umbi.

Bantulah mereka... sekali mereka melakukan kesilapan mereka masih Allah beri peluang untuk bertaubat dan siapa kita nak menghukum mereka-mereka yang Allah telah buka pintu taubat.


Allah tidak bertanya apakah kita mampu memastikan mereka selamat di jalan lurus, tetapi Allah akan tanya apa usaha kamu untuk membantu mereka.


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Jomlah..bantu mana-mana yang patut. Setakat ini, yang saya mampu lakukan cuma mengajak mereka yang telah terlanjur, tidak tempat nak dituju, tinggal bersama saya tanpa sebarang bayaran. Melakukan semata-mata mencari redha Allah. Membantu mencari keluarga angkat untuk anak mereka dan merawat mereka selepas bersalin.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Friday, 18 January 2013

Bagaimana Boleh Terlanjur



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Maha Suci Allah lindungilah kami dan anak keturunan kami dari melakukan perkara mungkar dan maksiat.




Semalam, 2 kes menangani gadis hamil tanpa suami. Seorang berusia 17 , baru lepas menduduki SPM. Seorang berusia 24 tahun, baru tamat latihan kursus Diploma.




Kes 1

Bila diselidiki melalui telefon, suaranya halus dan manja, bagaimana boleh terlanjur, gadis selepas SPM tu kata,

"mak ayah saya selalu balik kampung, bila mereka balik kampung, saya tak nak ikut, jadi mereka benarkan saya tidor rumah kawan."

"Saya anak tunggal, jadi takut tinggal sorang-sorang di rumah"

"Kawan tu siapa?" Tanya saya.

"kawan tu junior saya, tingkatan 4."

"kawan tu tinggal dengan siapa?"

"dia tinggak dengan famili la, bila saya tidor rumah dia, saya tidor sebilik dengan kawan saya tu?"

Terperanjat besar saya bila dia kata tidor sebilik dengan kawan lelaki,walaupun usianya baru 16 tahun.

"mak ayah kawan tu tahu atau tidak awak tidor sebilik?"

"tahu, tapi mereka percaya kami tak buat apa-apa, cuma kawan-kawan gitu saja."

"habis tu camana awak boleh mengandung ni,kalau tak buat apa-apa, awak kena rogol ?"

"tak rogol, sebab buat suka sama suka."

"sekarang dah berapa bulan?"

"dah 2 bulan saya tak datang period, saya takut ummi, tak tahu nak buat apa."

"awak nak buat apa dengan anak tu?" "Ada terfikir nak gugurkan?"

"saya nak pelihara anak , sekali dah buat dosa, tak kan nak buat lagi dosa. Saya ada kos nak biaya bersalin, tapi saya takut kena tangkap polis "

"nak ulang lagi ke?"

"tak nak, serik, ini pun dah takut sangat-sangat. Nak buat camana ni ummi?"

"mak ayah awak dah tahu?"

"tak, saya tak berani nak bagitahu?"

Maka seterusnya panjang lebarlah bebelan saya...

Cuma di sini, beberapa yang kita boleh simpulkan untuk kes ini.

1. gadis ini bukan menghadapi kekurangan kasih sayang.
2. gadis ini bukan jenis suka berkeliaran
3. gadis ini bukan kekuraangan perhatian.
4. gadis ini menutup aurat

Tetapi kenapa boleh terlanjur juga?



Satu faktor utama gadis ni takut nak bagitahu keluarganya ialah ayahnya ahli jemaah surau yang komited, ibunya bertudung labuh, anak ini mendapat didikan agama dan kawalan sosial yang baik.


Oleh itu wahai  ibu bapa datok nenek, jagalah sebaik habis anak gadis kamu sebabnya ada berbagai cara syaitan menghasut manusia agar melakukan dosa besar. Adakah kes begini ujian atau musibah?







Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Wednesday, 9 January 2013

Perempuan Berwajah Jernih



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Ketika di dalam Khemah
Ketika saya berada di Mina, selama 3 hari, saya bertemu dengan seorang perempuan dalam lingkungan awal 60 yang sentiasa memakai jubah putih di dalam khemah.

Kejernihan wajahnya membuat saya ingin mengenali dengan lebih dekat. Saya menyapa sambil menghulur tangan untuk bersalaman.

Saya perkenalkan diri terlebih dahulu supaya orang yang ingin dikenali mudah mesra dan bercerita.

Rupanya perempuan berwajah jernih ini dari Aceh, Indonesia. Saya bertanya bagaimana dia boleh berada di dalam khemah kumpulan jemaah Malaysia.

Perempuan berwajaah jernih itu menerangkan , dia ikut anaknya yang bekerja dengan pengendali pakej haji yang saya sertai. Saya terfikir, orang yang mana satu. Saya tanya nama anaknya. Kata Ustaz Yusuf, ustaz Idris dan Ustaz Ahmad.

Terpegun saya 3 orang nama ustaz yang disebut tu saya kenali sebagai pembimbing jemaah haji. Ilmu dan ketaqwaan ustaz ini saya kagumi. Perempuan itu terus bercerita, dia mempunyai 15 orang anak, 14 lelaki seorang saja perempuan.

11 anak lelakinya hafal al-quran, belajar di Pasentren di Aceh dan meneruskan penggajian bertalaqqi di Masjidil Haram. Subahanallah...

Terpegun saya mendengar kisah selanjutnya bila mana dia meneruskan cerita, mereka berasal dari sebuah kampung. Penduduk dan jiran tetangga cuma mengusahakan sawah. Dengan berkat bertani mereka mampu menghantar anak-anak belajar di Masjidil Haram menggunakan wang kudrat bertani.

Ustaz Yusof, Ustaz Ahmad dan Ustaz Idris di Madinah
Bapanya yang mentarbiyah anak-anak mengaji quran. Dia sebagai ibu cuma berada di rumah , menguruskan rumah tangga, menguruskan anak-anak. Anak-anak diberikan makan hasil dari air tangan sendiri. Nasi dari padi yang dipanen sawah sendiri, ikan dari parit dan sungai berhampiran rumah.

Anak-anak tidak menjamah makanan yang dimasak oleh yang tidak menutup aurat. Tasbih dan selawat sentiasa beralun dibibir. Walaupun anak ramai, penyusuan setiap anak genap 2 tahun. Sambil menyusukan, doa dan tasbih dihembus di ubun-ubun anak-anak.

MasyaAllah... begitu rupanya zikir memainkan peranan bukan saja membersihkan hati ibu tetapi turut membersihkan hati anak-anak yang dibesarkan didesa, jauh dari pencemaran udara, budaya dan kemewahan.

Anak-anaknya merupakan pewaris ulama'. Kesepakatan anak-anak yang berilmu membuka ruang dan peluang mereka membuka pasentren di desa kelahiran bagi melahirkan lebih ramai generasi yang ditarbiyah dengan al-quran dan pengajian Islam.

Mereka merasakan bukan mudah untuk belajar jauh dari rumah jika tidak mempunyai azam kesungguhan ibu bapa dan sokongan kewangan. Dengan terbinakan pasentren di desa, maka kekangan anak-anak desa belajar menjadi rendah.

Mereka bertekad untuk membina generasi kampung yang beragama dan berakhlak mulia.

Sokongan kewangan diperolehi dari anak-anak yang bekerja sebagai pengendali jemaah haji dan menetap di Tanah Haram.

Begitu berkatnya wang yang dihasilkan dari sumber yang Allah redha.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Atas Landasan Iman 2


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ada tangis dipenjuru mata setiap kali bercerita, mak meninggal kerana penyakit tak disangka, bapa menghalau kerana termakan fitnah ibu tiri, adik beradik memandang hina kerana kemiskinan ilmu dunia dan kekurangan rupa wajah.


Apa aset yang tinggal pada diri bila mana kasih sayang turut berkubur bersama jasad si ibu perawat hati. Bertahun membina jati diri mencari nur penyuluh hati. Namun tanpa ilmu dan agama akhir tersungkur dikaki sidurjana berduri.


Dengan secebis iman dihati, dia bangkit menagih kasih ilahi... mohon diberikan sinar buat suluh kaki melangkah pergi.


Pergi menyerah diri kepada yang sudi menghulur tangan agar tidak gelincir ditebing bergerigi.


Seorang bapa sewajibnya mempertahan dan melindungi anak gadisnya bukan menghalau kerana termakan fitnah si ibu tiri.

Bapa jenis apakah yang sanggup menghalau anak gadis jam 2.00 pagi kerana rantai emas yang tercicir bawah katil tidak dijumpai dalam beg pakaian si anak gadis.

Sudahlah rumah jauh di pendalaman, tidak ada kelip cahaya untuk dijadikan panduan, terpaksa meraba -raba batu jalan dikelam malam hitam.

Dihujung jalan, disapa insan mulia, bertugas menjaga kampung (ahli RELA) bertanya, "mahu kemana?"

"Mahu ke terminal bas" kerana buntu fikiran, itu jawapanya.

"Anak, malam begini di terminal bas pun bukan ada sesiapa, lagi bahaya, mari pak cik hantar anak ke lobby hospital sementara tunggu hari siang."

Menunggulah dia di lobby hospital daerah sehingga terbir fajar. Dalam balam subuh tu berjalan kaki menuju terminal bas, dan menuju ke ibu kota.

"kemana kaki mahu melangkah, kemana arah mahu di tuju"

Burung pun ada tujuan terbang di awal pagi, tapi aku?


Abang adik sepatutnya apabila mak telah kembali ke rahmatullah, ikatan dan tautan makin kuat, tetapi mereka sebaliknya. Ikatan itu relai bersama jasab mak yang dikuburkan.

Ada rumah digadai ke ceti oleh sibapa durjana kerana tamakkan dunia dan memenuhi sarakah nafsu iblis.

Ada anak disia-siakan hidupnya.

Seteguh mana kaki nak melangkah tanpa arah tujuan?

Dua hari selepas dihalau si bapa, si anak masih lagi bertanya khabar di telefon dengan jiran sebelah rumah sibapa. Maka jiran tetangga sibapa berceritalah rupanya rantai emas tu cuma terjatuh bawah katil saja, tersilap menuduh dan tersilap hukum kepada sianak tadi.

Masih tergiang di subuh itu sibapa menjerit,"pergi kau dari sini, aku haramkan kau balik lagi ke rumah ini."

Apakah hanyah rantai emas emak tiri, bapanya sanggup mengusir dia pergi dan mengharamkan dia memijak kaki ke rumah itu lagi?

Apakah nilai rantai emas emak tiri lebih berharga dari maruah si anak gadis?

Menangis si gadis tanpa suara mengenang nasib diri.

Abang, adik bolehkah aku menumpang kasih kepada kamu? Aku faham kamu semua sudah punya keluarga, tak mahu kakak hina, miskin ini menganggu.

Kemana kaki kakak nak melangkah dik?

Kelam suasana dingin bayu dinihari mengenang nasib diri.


Sikitpun tidak sigadis tu bercerita dengan saya kebangsatan bagaimana jenis bapanya sehingga hutang berpuluh ribu, rumah tergadai ke ceti haram. Kesengsaraan hidup meragut nyawa ibu tanpa diberikan rawatan.

Masih ada hormat pada bapanya, "buruk bagaimana pun, dia tetap yang akan jadi wali pernikahan saya nanti, (jika adalah insan yang sudi ambik saya jadi isteri)"

Masih terbayang dimatanya, saat emaknya sakit secara tiba-tiba, tak mampu nak melangkah kaki ke bilik air, bapanya boleh berkata, "lantak kaulah, terkencing mana suka"

Dia yang ketika itu masih sunti, memapah emak ke hospital dengan bantuan jiran tetangga. Sampai di hospital, doktor tidak terawat kerana keadaan makin tenat. Tak sampai 24 jam, kuasa Allah mengatasi segalanya.

Emaknya pergi menghadap ilahi.

Sepatutnya ada kesal dan insaf dihati sibapa.

Namun bila iblis telah beraja di hati, kematian tu memberi rahmat kepadanya, kerana yang datang menziarahi musibah memberikan derma untuk dia bergelak ketawa.


Setelah emak meninggal tinggallah dia 5 beradik membawa haluan diri. Abang berkahwin kerja sendiri. Adik selepasnya berkahwin menjauhkan diri.

Adik seterusnya diugut ketika menjelang akad nikah oleh sibapa. "Kalau kau mahu aku jadi wali, beri aku 10 ribu"

MasyaAllah, bapa jenis apa ni, mengugut kerana kuasa yang ada pada dirinya.

Sadiskan? Ada rupanya kat dunia ni, bapa jenis macam ni. Persiapan semua sudah di atur, kad jemputan telah diedarkan. Tetapi tiba hari pernikahan, tempat ijab kabul dan walimah bertukar negeri kerana ugutan sibapa tadi.

Kakak yang berada di tempat itu menerima tempelak tetamu yang datang bertanya mana majlis, mana pengantin.

Parah! parah kemanusiaan dan tanggungjawab yang telah sirna di hati.


Setelah adik dua lagi bawahnya selamat bernikah di rumah mertua walaupun si bapa mengugut agar dibayar 10K supaya dia setuju menjadi wali, si kakak terus menyendiri.

Tinggal si kakak ini , adik bongsu lelaki dan bapanya.

Suatu malam bapanya mengajak lari pindah malam dari rumah kediaman ke pusat bandar kerana hutang pada ramai ceti tidak mampu dibayar.


Hutang dengan seorang ceti agak besar dalam lingkungan puluhan ribu. Ceti tu memengang geran rumah. Ceti-ceti lain tidak ada cagaran mula berkeliaran mencari tubuh.

Terpaksa bawa si kakak dan si adik bongsu ikut bapa lari dari rumah sendiri.

Sampai di Pusat Bandar, si kakak bekerja kilang. Si adik masih bersekolah. Si bapa tidor berlengkar di rumah. Sumber kewangan nak berhutang sudah tak ada lagi.


Si kakak ambik langkah berhati-hati, tidak mahu tinggal serumah dengan si bapa bila mana adik bongsu telah dibawa pergi oleh siabang sulong untuk meneruskan persekolahan dengan tinggal di asrama kilang.


Sibapa tadinya, bila tidak ada punca wang, sewa rumah tak mampu bayar, terpaksa keluar dari rumah tu.


Ntah apa punya ilmu, terpikat pulak seorang perempuan dan berkahwin. Jadilah dia ibu tiri.


Rupanya dia memang ibu tiri dalam kisah Lela Manja.Sibapa tadi kerana seperti terhutang budi, tidak bekerja, hanya makan hasil nafkah isteri, anak-anak sendiri dimusuhi.


Sebab itu anak-anak tak mahu balik menjeguk si bapa yang menumpang rumah isteri.


Tapi sikakak yang belum berkahwin, kemana mahu dituju melainkan balik sekali sekala ke rumah ibu tiri. Sebab itu jika berlaku sesuatu orang pertama dituduh ialah sikakak walaupun sikakak tidak melakukan apa-apa.


Begitulah nasib dirinya, tandus ilmu dunia (tak berpeluang menyambung pelajaran) sebab itu cuma mampu kerja sebagai operator pengeluaran sebuah kilang di Pusat Bandar, ketandusan kasih sayang dan ketandusan ilmu agama.


Bila hidup tanpa ilmu, hinaan dan makian menjadi makanan harian. Terkontang kanting tanpa arah tujuan.


Bila mana ada seseorang menunjukkan keprihatinan sudah merasakan diri disayangi. Maka dengan sedikit pujuk rayu maka tergadai lembah madu.


Sangat lesu rupanya hidup tanpa kasih sayang sesiapa, tanpa ilmu agama, rohani menjadi gersang dan kontang.


Benar-benar lelaki durjana itu hanya mengambil kesempatan atas kelemahan perempuan. Habis manis sepah dibuang.


Mula membuat ugutan untuk menamatkan riwayat sekiranya pandai-pandai membuat laporan dan menjejaskan kerjayanya.


Namun, dengan tekad yang ada, keberanian secebis jua, ke balai polis dia melangkah kaki untuk membuat aduan.


Malangnya...orang yang diamanahkan melakukan kerja pun tidak melaksanakan sewajarnya, sebaliknya hinaan dan cacian dilemparkan pula.


Durjana orang yang diberi amanah sebaliknya mempermainkan. Bila mana aduan dibuat,sepatutnya laporan perlu diambil dan disiasat. Adakah dakwaan itu benar atau fitnah.


Inilah apabila hukum Syariat Islam tidak dilaksanakan. Pelaku jenayah bebas begitu saja. Faktor pertama laporan tidak direkodkan bilamana sipengadu menyatakan kerjaya sipelaku jenayah ialah seorang tentera.


Nampak sangat double standard dalam hal ini. Mentang-mentang dipengadu cuma kerja kilang, dia dicerca dan dihina pula. Si pelaku jenayah dilepaskan begitu saja tanpa sebarang siasatan apatah lagi dakwaan di mahkamah dan dihukum.


Tidak mustahil dia akan mengulangi perbuatan kejinya itu dengan perempuan lain. Akan ramai lagi yang menjadi mangsa kerakusan nafsu sarakah binatangnya.


Minggu beranjak ke bulan... sigadis sangat buntu. Murung dan menyendiri, hingga syaitan mula berbisik, tamatkan saja riwayatnya...


Mencari maklumat untuk membunuh. Tak kira sapa yang tamat riwayatnya dahulu.


Iman dan nur sudah malap dari hati. Ketakutan saja yang beraja di hati.


Usaha demi usaha dilakukan, Qudrat dan Iradat Allah tidak sesiapa dapat mengatasi.


Seribu usaha dilakukan untuk dibunuh jika Allah kata jadi, maka jadilah ia. Tiada manusia mampu untuk menghalang apa -apa yang telah Allah tetapkan.

Segala buruk dan baik datangnya dari Allah.

Makan nanas, makan apa saja pun tetap tidak menjejaskan jiwa yang bernyawa.

Roh itu bukan ciptaan manusia. Manusia tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menghalang tiupan roh dalam jasad yang diciptakan.

Oleh kerana iman yang lemah, maka tindakan dilakukan mengkhinzir buta.

Suatu malam, dia terjaga...


Ada nur menyirami hati. Ingin bertaubat dan mengasihi anak dalam kandungan. Mencari maklumat siapa yang boleh membantu. Akhirnya Allah tunjukkan dia jalan kembali melalui insan-insan yang mempunyai nurani.


Sejak hari itu, dia berhijrah, meninggalkan segala yang hitam menuju kepada Allah.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Monday, 7 January 2013

Atas Landasan Iman




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Di dunia ni masih ramai orang yang baik-baik. Hari ni saya bawa seorang pesakit ke poliklinik di BBU. Saya baru jumpa orang ni petang semalam jam 6.34 petang.

Dalam keadaan letih, saya bawa balik ke rumah. Sampai rumah, walaupun baru bertemu dengan saya, saya jemput masuk dan terus ajak duduk di meja makan. Saya sendukkan nasi, terus dia makan dengan selera. Mahu menangis saya melihat dia makan. Dia kata, tadi bas ada berhenti di Hentian Rehat, tetapi tak makan sebab harga makanan mahal. (mahal manalah makan tu ya sehingga dia tak mampu untuk membeli walaupun sebiji roti)

"Awak keluar dari rumah pukul berapa pagi tadi?" Tanya saya.

"Saya keluar dari rumah pukul 10.00 pagi, Saya dah bawa semua barang keluar dari rumah." Jawapnya.

Lepas makan , saya suruh naik atas untuk bersihkan diri, dan solat maghrib berjemaah.

Ketika menunggu solat isyak, dia bercerita kisah dirinya dan kisah keluarganya. Pilu dan hiba mendengar kisah nyata dalam kehidupan ini.

Sambil bercerita, saya membongkar pakaian terpakai yang dihantar ke rumah oleh beberapa kawan-kawan saya. Saya jumpa baju Tsaiz besar, kain batik, baju kurung , seluar panjang, baju labuh , telekung dan tudung. Nampaknya dia ni lebih memerlukan sebelum saya hantar pakaian terpakai ke tempat lain. Tadinya, Ketika saya jumpa, dia cuma berbaju sendat lengan pendek, legging paras lutut dan tidak bertudung.

Sambil saya mengeluarkan satu persatu pakaian dari dalam bungkusan plastik besar tu, saya ceritakan, tentang penutupan aurat. Selesai membongkar dan mendapatkan beberapa keperluan utama, saya suruh dia naik ke atas untuk beristirehat.

Subuh tadi, selepas solat saya agak, dia turun dengan berbaju longgar(baju yang diberikan malam tadi) dan bertudung. Syukur kepada Allah, mudahnya kita mentarbiyah kepada yang tulus mahu dibimbing di jalan lurus. Alhamdullilah...

Semalam ketika saya bertemu, dia kelihatan sangat daif. Daif dalam semua perkara. Daif agama, daif harta, daif jiwa dan daif kasih sayang. Saya nak bercerita dengan doktor tu pun , saya yang menangis.

Doktor sendiri melihat pun, terkesan. Manusia yang tulus , menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah, menjadi mangsa ketipisan agama dan menjadi mangsa ketandusan kasih sayang.

Sepanjang doktor merawat, doktor tu bercerita, menasihati dan memberikan pandangan. Lembut kami berkomunikasi dengan pesakit ni. Melihat air mukanya pun kita terkesan dengan ketidakadilan manusia dalam melaksanakan tanggungjawab.

Di akhir rawatan, doktor memberikan butiran ubat yang diperlukan.

Di kaunter ubat , ketika mengambil ubat, kerani tu beri ubat, dan kata, ok..dah boleh balik.

Tak ada sebarang bayaran untuk rawatan menggunakan beberapa alat perubatan, konsultan dan ubat.

Rupanya, jika benar kita ikhlas mahu kembali di jalan yang lurus, Allah akan mendatang insan-insan berhati mulia untuk membantu tanpa kita ketahui dan kita duga. Subahanallah...


Jika ikutkan, doktor tu memang sibuk, tapi sanggup meluangkan masa lebih kurang 1 jam untuk sessi konsultan. Sedangkan di luar kamar doktor, lebih 25 pesakit menunggu giliran.


Kemanusiaan masih bertapak di hati ramai manusia yang bekerja atas landasan iman dan taqwa. Sebelum pesakit ini, saya pernah bawa bertemu doktor yang sama, kes penyakit dan rawatan yang sama, kos dibayar lebih kuran RM 240.


Dengan pesakit ini, melihat ketidakupayaannya, Allah berikan rezeki padanya kerana ketulusannya kembali ke jalan yang Allah redha.


Satu lagi pesanan saya pada mana-mana insan yang ingin membimbing mereka-mereka yang tersasar, bukan sekadar kata-kata diberikan, tetapi hulurkan tangan agar dia mampu berdiri. Jika dia berpakaian tidak wajar untuk menutup aurat, berikan pakaian, berikan perlindungan dan pimpin tangannya. Mereka mahu berubah, cuma kadang-kadang jalanya berliku dan kelam. Maka suluhlah agar jalan lurus terbentang dihadapan mereka.


Jangan pandang hina rendah mereka-mereka ini, mereka berada ditempat itu pun bukan atas pilihan mereka. Jika kita tidak pernah berada di tempat mereka , kita letakkan perasaan kita di tempat mereka supaya kita menyelami keadaan mereka.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 5 January 2013

Post Dan Gambar Sinikal+Berahi di Fesbuk




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dua sejoli  memadu asmara
Berbinar mata membaca status di fesbuk yang manja berahi. Ditambah dengan photo sinikal yang berahi antara suami isteri. Walaupun halal, tetapi adakah atas tiket kehalalan itu tidak malu dipertontonkan kepada umum?


Seperti buat perlakuan tu di tepi jalan pulak. Sebab apa, asalnya photo di ambik dalam bilik, tapi ditayangkan kepada umum. Jadi samalah buat tepi jalan.


Begitu juga bisikan rahsia manja, asalnya diungkap ketika berdua-dua bersama pasangan, tetapi ditulis di wall, maka sama seperti berteriak tepi jalan aja.


Dan dari hal itu, tanpa mengira perasaan pasangan yang mendakwa halal, "semua kami buat tak kena dan lagi apa pasal sebuk-sebuk jaga kami yang dah halal ni, sedangkan ramai di luar sana berkapel-kapel, kenapa tak ditegur sapa." Dengan tak segan saya tulis ini,




"Dalam kita riang bersama jodoh awal, suami tercinta dan anak comel, diluar sana, berapa ramai sedang berduka, mengubat hati untuk memantapkan iman, mencari kekuatan diri menerima takdir diri lewat jodohnya.

Maka berpada-padalah bila menulis status diwall fesbuk masing-masing kerana kita mempunyai ramai kawan, mungkin separuh darinya tidak dikenali zahir batin akan membacanya. Jika mahu dikongsi dengan yang tertentu, belajar customize paparan supaya bukan semua membacanya.

Begitu juga jika nak bergurau senda suami isteri, tak payahlah difesbuk, cukuplah dalam kamar beradu anda atau dalam rumah anda. Ini termasuk juga paparan photo-photo percutian anda yang sinikal + berahi yang sungguh tidak beradap ditayang kepada umum.

Dimana letak akhlak dan adap anda sebagai muslim yang mukmin?"


Kenapa saya tulis ni?

1. Kerana saya sayang kamu dah halal, dah melakukan kebaikkan, dah melakukan sunah, dah menjauhi maksiat, maka saya mahu kamu terus meraih pahala, dengan menjaga adap kamu sebagai pasangan soleh dimana akan melahir zuriat soleh juga.


2. Kerana diluar sana masih ramai yang belum bertemu jodoh. Yang menangis siang malam mendambakan pasangan yang boleh menjadi imam. Jika kita tidak berada di tempat mereka, jadilah orang yang memahami perasaaan mereka . 


Kita dah baik, maka apa salahnya kita teruskan kebaikkan menjauhi kemungkaran yang tidak disengajakan melalui penulisan dan photo-photo yang sebagusnya cuma untuk dilihat berdua, letak dalam album rumah masing-masing saja, jangan letak tepi jalan atau di bus stop.


Silap-silap dicuri orang nanti atau pun nanti ada yang berani usha,  "hai dah sanggup kongsi gambar, apa kata kita kongsi suami pulak!"



Dua sejoli merenung bulan



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Tuesday, 1 January 2013

Burung Cenderawasih




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Cenderawasih
Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan Australasia timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.


Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar, Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka “Burung syurga – birds of paradise” dan nama saintifik apoda – tanpa kaki.


Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo.


Beberapa foto dan lukisan yang bersumber dari Papua Web, koleksi foto Jefery Truong dan beberapa website lainnya, indah dan  tidaklah salah bila hikayat lama menceritakan burung cenderawasih dari surga.






Misteri burung cenderawasih dipercayai mula wujud dalam kepercayaan bangsa melayu selepas diceritakan dalam sebuah kitab kuno Tajul Muluk. Nak jadi cerita…berpandukan kitab kuno tersebut…satu artikel mengenai keajaiban burung cenderawasih mula tersebar meluas ke seluruh negara majalah, surat, dan flyers…tidak dapat dipastikan siapekah penulis asal artikel tersebut…tetapi infonye berbunyi seperti berikut :

“Sahibul hikayat diriwayatkan Kitab Tajul Muluk…mengisahkan seekor burung bergelar cenderawasih. Ada pun asal usulnya bermula dari kayangan. Amatlah jarang sekali orang memiliki cenderawasih kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi. Dinyatakan lagi dalam beberapa kitab melayu lama sekiranya cenderawasih turun ke bumi nescaya berakhirlah hayatnya. Ia akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi.”

“Namun yang peliknya cenderawasih tidak reput seperti bangkai binatang lain kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga. Ia mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan. Cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, istirehat dan tidur.” “Burung ini terkenal di nusantara dengan panggilan cenderawasih bagi masyarakat cina pula…in dipanggil Phoenix dan penduduk Eropah mengenalinya sebagai Bird of Paradise.”

“Dinyatakan lagi bahawa cenderawasih memiliki pelbagai kelebihan…seluruh badanya termasuk isi perut dan bulunye mempunyai khasiat misteri dan kebanyakanya digunakan untuk perubatan.” “Namun…ramai memburunye kerana ‘tuah’ cenderawasih digunekan sebagai pelaris. Mengikut mereka yang ditemui memakainya menyatakan bulu cenderawasih ini pelaris paling besar…hanya orang yang memilikinya yang akan tahu akan kelebihanya.”

Teori

Setelah mendengar kisah2 misteri seperti diatas…penyelidik mula melakukan kajian bagi merungkai segala auta seperti diatas…selepas beberapa lame melakukan kajian…didapati hampir semua dakwaan seperti diatas adalah auta dan tidak berasas.


Dakwaan kononye cenderawasih berasal dari kayangan dan hanya turun ke dunia untuk mati sebenarnya tidak betul..kerana burung tersebut memang wujud didunia ni…kajian penyelidik mendapati cenderawasih boleh dijumpai dikawasan hutan tropika di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan kepulauan Maluku. Malah kat Taman Burung KL pun ada dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari spesies Paradise Apoda tahun 2001.

Kajian juga mendapati cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesies yang berbeza mengikut beberapa ciri…antaranya saiz dan warna bulunya…spesies cenderawasih paling besar berukuran 44 sentimeter panjang manakala paling kecik 16 sentimeter panjang.

Cenderawasih jantan didapati lebih cantik kerana memiliki warna bulu yang lebih menarik dan kembang…mereka juga akan melakukan satu gerakan tertentu bagi memikat burng betina dalam tempoh mengawan…ia mampu bertelur antara 1 hingga 3 biji sebelum mengeramnya dalam tempoh 14-16 hari.

Dakwaan bahawa cenderawasih memakan embun syurga juga didapati auta! kerana burung itu hidup dengan memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah. Dakwaan mengatakan cenderawasih yang mati tidak reput pun auta!!!! agaknya kerana bangkai haiwan itu didapati diawet sebelum dipamerkan dimana-mana pameran.

Justeru macam mana kisah dongeng ini bermula??



Ia berlaku sekitar abad ke 18 dan 19…iaitu ketika zaman penjajahan British dibeberapa pelusuk dunia…bangsa barat itu tiba disuatu kawasan dan mendapati masyarakat peribuminye memakai hiasan kepala yang cantik dan menarik…hiasan kepala itu diperbuat daripada bulu cenderawasih jantan…lantaran tertarik dengan kecantikan bulu burung tu gamaknya…maka masyarakat peribumi berkenaan pun menghadiahkanlah seekor cenderawasih yang dah mati tetapi diawet terlebih dahulu kepada penjajah British…kaki burung tersebut turut dipotong.


Selepas beberapa lama…penjajah British itu hairan melihat burung tersebut kerana mendapati bangkai burung itu tidak langsung mereput…maka mereka mule menganggap bahawa burung itu ajaib dan berasal dari kayangan..seterusnya…fahaman sonsang barat itu merebak ke tanah melayu. Macam mana pulak dakwaan bahawa burung cenderawasih mampu menjadi pelaris dan membawa keuntungan berlipat kali ganda??

Bangkai burung itu mungkin digunakan dalam amalan sihir untuk dijadikan pelaris…sebab barang bernajis dan haram termasuk bangkai haiwan turut dijadikan antara bahan dalam upacara kurafat tersebut…hakikatnya perniagaan dan usaha itu menjadi laris bukan berpunca dari tuah burung cenderawasih tetapi akibat bantuan jin dan syaitan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.







Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Sunday, 30 December 2012

Risalah Untuk Para Pesakit



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Pesan Badiuzzaman Said Nursi kepada pesakit (Risalah Untuk Para Pesakit)

Terlantar sakit di wad HSAJB
Kepada pesakit yang kebuntuan/ Kritikal

Janganlah anda gelisah. Bersabarlah! Penyakit yang anda hadapi bukanlah penyakit buat anda, tetapi ia adalah sejenis penawar.


Usia menjadi panjang disebabkan penyakit, sehingga diungkapkan: “Aduhai alangkah panjangnya masa musibah dan pendeknya masa kemewahan”.


Kepada pesakit yang kurang sabar!

Bersabarlah! Bahkan bersyukurlah! Sakit yang anda alami boleh menukarkan beberapa minit umur anda menjadi beberapa jam ibadat. Ini adalah kerana . Seseorang yang ditimpa musibah penyakit akan meminta perlindungan kepada Allah s.w.t., mengharapkan pertolonganNya dan memohon bantuanNya.. Dengan tadharru’ tersebut dia akan memperolehi suatu ibadat maknawi yang ikhlas dan bersih suci daripada sebarang perasaan riak.


Terdapat beberapa riwayat sahih yang mengatakan umur seseorang mukmin yang bercampur dengan sakit adalah dianggap sebagai ibadat, dengan syarat tidak berkeluh kesah dan tidak berputus asa terhadap rahmatNya. Ada juga riwayat mengatakan satu minit kesakitan yang dihadapi oleh orang-orang yang bersyukur dan sabar adalah dianggap menyamai satu jam ibadat yang sempurna.


Kepada pesakit yang tidak mampu bersabar!

Tujuan manusia dihidupkan ke dunia ini bukanlah untuk berseronok dan bersedap-sedap. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang muda akan menjadi tua.


Manusia datang ke dunia ini bukan untuk menghabiskan kehidupan dalam keadaan mewah, bahkan kedatangannya ke dunia ini bertujuan agar dia memperolehi kebahagiaan hidup yang kekal dan abadi.. Jika tidak mengalami sakit, seseorang itu akan hidup dalam keadaan alpa kerana sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat.


Kepada pesakit yang mengadu kesakitan!

Ketahuilah bahawa anda tidak berhak untuk mengadu. Bahkan anda berkewajipan untuk bersyukur dan bersabar sahaja. Kerana anggota tubuh badan luaran dan dalaman anda, bahkan diri anda sendiri bukanlah milik anda. Anda tidak membuat sendiri. Anda juga tidak membelinya daripada mana-mana syarikat atau kilang. Oleh itu, ia adalah milik pihak lain. Pemiliknya boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakinya terhadap barangan miliknya.


Kepada pesakit yang sedang diuji!

penyakit yang dihadapi oleh segolongan manusia merupakan satu bentuk ihsan Ilahi dan hadiah dari Maha Pemurah.


“Wahai saudaraku! Saya tidak menentang penyakit yang anda hadapi. Saya juga tidak merasa kasihan terhadap anda atas penyakit yang anda hadapi sehingga membolehkan saya melakukan doa untuk anda. Mudah-mudahan anda terus bersabar dan teguh pendirian menghadapi penyakit ini hingga akhirnya anda sembuh dan kembali sihat walafiat. Kerana selepas penyakit ini selesai menjalankan tugasnya, al-Khaliq al-Rahim, Tuhan yang Maha Pencipta lagi Maha Penyayang itu pasti akan menyembuhkan anda, insyaAllah”.


Oleh itu, sebenarnya penyakit anda adalah ibarat kesihatan bagi anda. Manakala kesihatan yang sedang dinikmati oleh sebahagian manusia pula adalah seperti penyakit buat mereka”.



Kepada pesakit yang mengadu kesakitan!

Saya bertanya kepada anda tentang hari-hari lalu yang bahagia lagi penuh kenikmatan Sudah pasti anda akan melepaskan nafas kelegaan seraya berkata “Alhamdulillah, syukur”.


Apabila terkenang penyakit dan bencara yang anda hadapai maka hati atau lidah anda akan berkata: “Alangkah sedihnya! Alangkah dukacitanya!”.


Oleh kerana kelazatan selama satu hari yang diperolehi melalui jalan yang tidak syar’ie kadang-kadang akan menyebabkan seseorang berada dalam keadaan kesakitan maknawi selama setahun genap. Begitu juga kesakitan yang terhasil daripada penyakit sementara yang dialami selama sehari akan membuahkan kelazatan maknawi selama beberapa hari, kerana ia dicelahi oleh balasan pahala. Ia juga membuahkan kelazatan maknawi yang lahir daripada kesembuhannya daripada penyakit tersebut. Oleh itu, anda hendaklah benar-benar ingat akan natijah daripada penyakit sementara yang anda alami. Fikirkanlah tentang besarnya balasan pahala yang diharapkan terhasil melalui celah-celah penyakit yang anda hadapi. Bersyukurlah , bukan mengadu kesakitan. Katakanlah: “Ya Allah! Setiap keadaan akan berubah…”.



Sumber Abdul Latip Talib | Penulis Novel Sejarah






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 29 December 2012

Aku Orang Kampung



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




sawah hijau menyegarkan
Aku orang kampung, berasal dari kawasan yang mengusahakan sawah padi. Sawah padi cuma di belakang rumah saja, sesayup mata memandang. Hijau menawan menyegarkan pandangan.


Kehidupan masa kecik yang payah tanpa sumber air bersih, tanpa bekalan eletrik dan tanpa perhubungan jalan raya.


kepok padi
Perhubungan telefon? Jauh ikan dari pemanggang. Rata-rata taraf kehidupan orang kampung zaman itu sama saja, miskin kais ikut musim, bukan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerja ikut musim, bila habis menunai, padi disimpan dalam gudang atau kepok, di jual bila diperlukan terutama ketika awal tahun persekolahan.


Tapikan, masih dalam ingatan, yuran persekolahan RM 3 , pun masih payah nak dibayar kerana tidak mampu. Seorang anak RM 3, 4 orang anak bersekolah, RM 12. Besar nilainya pada masa itu. Pergi sekolah cuma bawa bekal duit 5 sen aja. Ntah tak tahu untuk beli apa. Hari-hari pergi sekolah bawa bekal nasi dan air sejuk dari rumah.


Bekalan untuk memasak dan minuman harian bersumberkan air tadahan hujan yang ditakung dalam tempayan. Mandi , mencuci pinggang mangkuk dan pakaian pula menggunakan air dari telaga atau air parit yang mengalir di depan rumah.


lampu gasoline


pelita yang aku guna untuk study
Sumber cahaya di waktu malam cuma menggunakan pelita dan lampu gas. Gasoline. Puas aku belajar waktu malam bertemankan pelita bersumbu tali guni. Berjelaga hitam dalam lubang hidung. Tidor dalam kelambu bila habis study. Tak sanggup tidor tanpa kelambu kerana bilangan nyamuk sama dengan bilangan semut menghurung gula. Masa belajar puas bertepuk tampar dengan nyamuk. Selalunya waktu senja dah hidupkan bara supaya berasap, nyamuk akan menjauhi rumah. Dah lewat malam, bara habis, asap takde, nyamuk datang menghurung.


Jalan perhubungan cuma batu blok sekeping di susun melintang. Seluas lalaun rel keretapi tu saja. nak tunjuk gambar pun dah takde tempatnya nak diambil. Anehnya, semua orang kampung cekap berselisih ketika berbasikal tanpa perlu berhenti macam sekarang pandu kereta dan berselisih dengan kereta lain dilaluan sempit.

berbasikal di ban tali air

Yang tak cekap, cuma aku saja, selalu jatuh dalam parit dengan basikal. Seperti luncai terjun dengan labunya. aku terjun parit dengan basikal , dengan beg sekolah dan berpakaian sekolah. Bila dah kuyup begitu, alamatnya tak dapat ke sekolah. Sorong basikal balik rumah.


Untuk ke sekolah, dari rumah kena berbasikal sejauh 3 km, hingga ke tepi jalan raya. Lepas tu kena tunggu bas. Jadinya mesti keluar rumah seawal jam 6 pagi , cahaya fajar masih berbalam-balam, selepas saja solat subuh. Itu bila dah tingkatan 3 , persekolahan sessi pagi. Ketika tingkatan 1 dan 2, persekolahan sessi petang, pergi jam 10.30 pagi, balik pulak jam 7 .15 malam. Dah gelap kena berbasikal. Basikal tak pernah ada lampu, namun mata masih dapat melihat jalan dalam rembang senja. Alhamdulllilah Allah mengurniakan ketajaman pandangan mata dalam remang senja  dan  fajar subuh yang berbalam-balam.

dipanggil atang kayu sebagai tempat memasak

Masak, masih menggunakan kayu api. Aktiviti harian, kena angkut kayu api ke ruang dapur rumah. Masih menggunakan atang untuk memasak makanan. Debu , bara dan arang adalah mainan ketika itu bila nak memasak makanan. Dari kecik, tak kira anak lelaki atau perempuan memang kena rajin cari kayu api, angkut air guna baldi untuk memasak dan cuci pinggan mangkuk. Aktiviti hujung minggu ialah mencari kayu. Ambik pelepah kelapa kering, daun kering disasap orang banjar kata "nyasap daun nyiur" ulah umpan api. Pelepah kering untuk gagas api menyala. Tempurung dan sabut untuk bara.


aksi di sawah padi
Zaman dulu memang takde rasa takut atau menjadi penakut. Berani aja keluar rumah malam-malam untuk ke telaga berwudhuk atau subuh-subuh gelap untuk mandi. Lagi pun mana ada TV zaman tu nak siarkan cerita seram. Setakat orang cerita tanpa ada gambaran wajah, takde nya rasa takut. Zaman aku kecik TV dah ada, tapi kat rumah orang kaya. Rumah aku mana ada TV atau radio.


Umur 7 tahun dah kena pergi sawah, bantu mak abah. Paling mampu dibuat ialah kena menarik puntalan rumput dibawa ke perenggan supaya sawah jadi lapang. Bila sawah dah lapang takde rumput, barulah boleh ditanam semai/anak padi.

Jika diberikan sekeping tanah sawah, memang aku mampu melakukannya dari menabur benih ditapak semaian  hingga menuai. Zaman dulu semuanya dilakukan secara manual menggunakan kudrat tulang 4 kerat.

Jentera membajak tanah

Zaman dah berubah, dah takde lagi orang mengerjakan sawah padi secara manual. Semua guna jentera pembajak untuk gembur tanah, guna mesin tabur benih dan mesin tuai. Air pula dari sumber tali air. Zaman dulu guna air hujan saja untuk mengerjakan sawah. Ada taliair tapi tidak sepenuhnya kerana masih bergantung hujan juga di Kolam Takungan Bukit Merah. Jika Empangan Air di Kolam Bukit Merah surut airnya, macamana pintu air nak dibuka dan dari mana air nak dialirkan masuk dalam tali air.



laluan kerikil yang ditar nipis cukup untuk laluan satu lorong kereta

Semuanya tinggal kenangan. Namun  jalan di kampung masih lagi batu kerikil dan laluannya cuma boleh lepas satu kereta saja. masih lagi berlopak sana sini kerana keadaan struktur tanah yang mudah mendap. Jika kereta nak berselisih, sebuah kereta kena berhenti dahulu di mana-mana laman rumah orang, tunggu kereta di hadapan melepasi laluan.
jambatan merentasi tali air menghubungkan orang hujung dengan orang pangkal


Perhubungan telefon dah ada tapi lebih kepada telefon tangan saja. Sebabnya vadalisme pulak. Sekejab ketika arwah mak masih ada, boleh guna line telefon ke rumah. Lepas tu  kabel telefon asyik kena curi, Telekom dan malas nak sambung mana-mana kabel yang dicuri. Pasal depa tak nak curi kabel eletrik ya?


berkubang dalam tali air
Baru-baru ni balik kampung, seronok anak-anak tengok taliair penuh dengan air. Apa lagi berkubang lah jawapnya. Dari situlah juga kenapa aku cekap berenang dan anak-anak juga mahir berenang. Berenang di tali air. Tak payah berbayar. Terjun aja. Kuak lentang, kuak kupu-kupu atau mengapungkan diri, semuanya reti. Memang pun anak-anak dari usia 2 tahun dah biasa mandi di talir air dan di ajar berenang.

Berenang berbagai gaya



seronok tak terkira dapat berkubang dalam tali air

Anak bongsu tu, lebih cekap berenang dari naik basikal. Imran dah berusia 10 tahun, tapi masih tak reti berbasikal. Berenang? Sangatlah mahir.


anak ayam jadi mangsa buat mainan


Bila balik kampung, anak-anak tak pernah rasa jemu. duduk sebulan pun mereka takde rasa bosan walaupun takde TV. Sebabnya aktiviti harian mereka ialah tangkap belut, pancing ikan,  kejar ayam , main layang-layang atau main kejar-kejar di sawah padi. Anak-anak dah biasa survival hidup di kampung. memancing tak kira tempat bukan kolam berbayar sebaliknya di sungai, di sawah padi, di tepi telaga atau parit. Pendek kata, asal ada air je mereka terus tahan unjun atau pancing.


ayah yang ajar anak-anak memancing

Amat jauh berbeza dengan kehidupan kanak-kanak zaman ini. Duduk dalam rumah, hanya lakukan senaman jari. Lagi canggih yang guna touch screen, hanya guna satu jari saja. Langsung tak de aktiviti yang menyihatkan tubuh badan supaya keluar peluh.  Rasa tak best langsung jadi kanak-kanak zaman ini.

petang-petang boleh rehat dalam buai bawah pokok

Itulah sedikit catatan dari orang kampung. Anak-anak masih merasai kehidupan cara kampung hingga kini. Kampung aku masih tidak jauh berubah walaupun zaman berubah sekian dekad.


1972 hingga 1977 bersekolah kebangsaan. 1978 - 1982 bersekolah menengah. 1983 dapat masuk IPTA. 1984 bertemu jodoh, kahwin. Masa kahwin tu masih lagi tiada perhubungan jalan raya di kampung, masih guna bekalan air hujan untuk masak dan minum, masih lagi gunakan pelita untuk menerangi waktu malam. 1987 , rumah pusaka arwah mak abah terbakar, tinggal sehelai sepinggang saja lagi.  Rumah kayu beratap zink buruk yang reput dan  atap nipah. Mudah sangat terbakar ketika musim kering yang berangin. Hilang lenyap segala kenangan bila semua benda terbakar hangus kecuali al-quran yang elok terletak atas tunggul-tunggul kayu yang telah jadi arang.


Macamana tak habis terbakar, macamana jentera bomba nak datang  sampai ke rumah ,  lalaun jalan untuk kereta pun tak ada, cuma boleh lalu  atas ban taliair saja, ahli bomba berjalan kaki angkut jentera pam air , dan pam air secara manual. Kesukaran lagi ketika itu musim kering, aras air dalam parit cetek,  nak ambik sumber air dari mana  nak dipancut padamkan api? Tengok ajalah sampai rumah tu habis terbakar jadi arang. Bomba cuma boleh buat laporan saja datang tengok api dan mengawal kebakaran dari merebak ke rumah lain. Nak merebak apanya, rumah di kampung sebuah-sebuah, jauh pulak jaraknya. Takdelah sempat api tu nak merebak ke rumah lain.



menikmati keindahan alam  di tepi sawah padi


Oh..banyak kenangan nak ditulis buat bacaan anak cucu, tunggulah opah ada idea nak menulis lagi. Kemiskinan bukan untuk diwarisi bagi yang sentiasa rajin berusaha, doa,  yakin dan tawakal pada rahmat Allah Ta'ala.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.