BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 29 November 2012

Rezeki Buku



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Bukan sekadar RM100 
Maha suci Allah yang memberi rezeki dari sumber yang tidak kita ketahui dan tidak terhitung banyaknya. Sesungguhnya benar janji-janji Allah bahawa satu yang kita keluarkan, akan Allah gantikan dengan lebih banyak dan lebih baik.


Kisahnya, petang semalam, saya mengemaskan bakul buku. Mengeluarkan beberapa buku pembangunan jiwa untuk anak-anak membacanya. Sambil tu saya bercerita kecintaan saya dengan buku.


Ketika saya belajar di UTM dulu, saya memiliki berbagai jenis buku yang dibeli ketika expo atau jualan murah. Masa jadi pelajar dulu, duit tak banyak, tapi saya suka membaca buku.  Kemana pun saya pergi mesti ada buku dalam beg. Begitu juga jika pergi kuliah, ada saja buku yang saya bawa, maksud saya buku yang tidak ada kaitan dengan kuliah.


Saya suka baca buku pembangunan jiwa , contohnya kisah Zainab Al-Ghazali ketika dalam tahanan. Kisah Hassan Al-Banna dan sewaktu dengan nya. Kadang-kadang ketika dalam bilik kuliah yang sejuk, rasa mengantuk menyapa terutama jika kuliah pada pukul 2.00 petang.


Cara untuk saya menghilangkan rasa mengantuk tetapi tidak menganggu perjalanan kuliah, dengan saya membaca buku-buku pembangunan jiwa. Bila saya baca buku ini, mesti rasa mengantuk saya hilang. Semangat juang mereka-mereka dalam mengamalkan syariat islam di dalam diri, semangat juang menegakkan syariat Islam dalam masyarakat membakar jiwa saya.


Amalan ini bukan bermula zaman saya belajar di university tetapi sudah lama dulu, ketika zaman sekolah menengah lagi. Ketika itu saya bukan pelajar yang cerdik dan bijak. Saya Cuma seorang yang rajin  berusaha dan dengan izin Allah, saya berjaya menjawap soalan-soalan peperiksaan dengan baik.


Saya tahu, saya perlu berusaha jika bahu berjaya, saya tidak mepunyai kepintaran seperti orang lain. Jadi saya tidak boleh tidor watu prep petang. Prep petang bukan wajib, semuanya atas insiatif diri sendiri jika mahu berjaya.


Pelajar lain ramai yang tidor, saya pulak menahan mata di bilik prep yang luas tu untuk belajar. Bila rasa mengantuk datang, saya akan membaca buku, bermula dengan novel yang boleh menimbulkan keinsafan dan kesedaran diri. Biarpun novel tu saya dah baca, saya baca lagi ulang kali agar semangat saya sentiasa menyala. Buku atau novel tu saya cuma pinjam dari perpustakaan sekolah. Saya dari keluarga yang miskin, saya tidak mahu mewarisi kemiskinan tu berterusan hingga generasi akan datang. Saya mahu memberi suatu hadiah kepada mak ayah ,  iaitu hadiah sebuah kejayaan.


Sepuluh Wasiat Hassan Al-Banna


Sedang saya mengemaskan buku-buku tu, terungkap kata –kata ini,  “InsyaAllah ada rezeki nak beli buku".  Ketika itu saya sedang memengang buku bertajuk , Sepuluh Wasiat Hasan Al-Banna yang ditulis Dr Abdul Azim Ibrahim al Muti’ni,  diterjemahkan oleh Alias Osman. Diterbitkan oleh Pustaka Salam pada tahun 1984.


Saya belek-belek buku tu sambil berkata , “ insyaAllah ada rezeki nak beli buku”. Saya lihat tarikh saya beli buku tu di mukasurat kedua,2/10/1984. Bermakna saya beli buku ni sebelum bernikah.



2 Oktober 1984
Lepas tu saya terus buka  buku tu  secara rambang. Apabila terbuka saja, terperanjat saya, terpapar wang kertas RM100 di muka surat tu. Masya Allah, menangis saya, berulang kali saya mengucap Alhamdullilah... Betapa Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui isi hati saya. Memang ketika itu saya tidak mempunyai wang untuk membeli buku.  Oleh kerana ketika itu tidak berpakaian sempurna menutup aurat dan tidak berwudhuk, saya tangguhkan sujud syukur . Saya lakukan selepas solat maghrib.


Masya Allah, dengan duit tu saya pergi  beli buku keesokkannya. Saya pergi MPH, Jusco Taman Universiti, saya beli buku-buku Tarbiyah dan Buku-buku pembangunan Jiwa untuk anak-anak saya. Bukan RM 100 tetapi RM 200. Saya gandakan belian buku sebagai tanda syukur. Buku-buku tu untuk anak-anak saya.




Antara tajuk buku yang saya belikan untuk anak-anak ialah Novel Tarbiyah tulisan Hilal Asyraf bertajuk HERO,  TAKDIR dan SINERGI. Buku lain yang saya beli ialah, Kasih Sayang Yang Tercalar, Takdir Itu milik Aku, Dari Milan Ke Maran, Hujan Pun Menari. Bagi saya walaupun ia cuma sebuah novel tetapi ilmu yang terdapat di dalamnya adalah melalui pengalaman dan penyelidikan.


Buku -buku Tarbiyah
Seperti Novel Ramlee Awang Mursyid ,  Abdul Rahman El Shirazy yang saya miliki , novel ini memberikan infak dalam meningkatkan iman. (Ini untuk diri saya). Saya suka garapan yang ditulis kerana boleh memberikan kesan dalam jiwa untuk memperbaiki amalan harian.


Jika zaman dulu, buku-buku pembangunan jiwa yang ditulis oleh Hamka, nama pena Haji Abdul Malik Karim Amrullah seperti  TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WICK dan DIBAWAH LINDUNGAN KAABAH yang saya baca.


Walaupun dalam bentuk Novel, ia sebenarnya lebih merealisasikan keadaan sebenar pensyariatan islam dalam kehidupan. Ini lebih memberi kesan dalam jiwa. Namun bukan semata-mata novel saja yang baca, banyak lagi buku dan kitab lain yang saya baca dan miliki.


Minhajul 'Abidin cetakan 1 Muharam 1400 H
Seperti kitab Minhajul ‘Abidin dan Fiqh Islam, dibaca secara berguru. Kitab Minhajul ‘Abidin merupakan karya terakhir  Imam Al-Ghazali.


Masa dulu-dulu lagi, jika abah bawa balik apa-apa belian yang dibungkus dengan kertas surat khabar, saya tidak terus buang kertas bungkusan tu, sebaliknya saya baca dulu. Masa tu manalah abah mampu nak beli surat khabar atau buku-buku selain buku sekolah.


Melalui membaca, banyak ilmu dan pengalaman orang lain yang boleh kita adaptasikan dalam kehidupan kita... Kesimpulannya, membaca buku memang menjadi tabiat saya sejak kecil.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: