BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 14 June 2013

Pahala Yang Berterusan


Pahala yang berterusan
Terdapat satu hadis rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam al-Bazzar dan dinilai hasan oleh Syaikh al-Albaniy. Hadis tersebut menyenaraikan tujuh amalan yang mana pahalanya berterusan walaupun pelakunya telah meninggal dunia. Lafaz hadis tersebut ialah :

سَبعٌ يَجرِي لِلعَبدِ أَجرُهُنَّ وَهُوَ فِي قَبرِهِ بَعدَ مَوتِهِ مَن عَلَّمَ عِلْماً أَو أَجرَى نَهراً أو حَفَرَ بِئراً أَو غَرَسَ نَخلاً أَو بَنَى مَسجِداً أَو وَرَّثَ مُصحَفاً أَو تَرَكَ وَلَداً يَستَغفِرُ لَهُ بَعدَ مَوتِهِ

Maksud : “Terdapat tujuh perkara yang pahalanya akan tetap mengalir bagi seorang hamba padahal dia telah berada di dalam kuburnya setelah kematiannya,

1- Orang yang mengajarkan ilmu,
2- Mengalirkan sungai,
3- Menggali telaga,
4- Menanam pokok kurma,
5- Membina masjid,
6- Mewakafkan mushaf( al-Quran)
7- Meninggalkan anak yang memohon keampunan untuknya setelah dia meninggal.”

Kita hendaklah berusaha untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang pahalanya berterusan. Semua amalan yang disebut di atas mampu dilakukan walaupun bukan semua.

Orang yang memiliki apa sahaja ilmu asalkan ilmu yang bermanfaat hendaklah berkongsi sebanyak mungkin untuk mendapat kelebihan ini kerana ia tidak memerlukan wang ringgit pun. Semua orang mampu melakukannya.

Ibubapa juga hendaklah mendidik anak-anak agar menjadi hamba Allah yang bertakwa, beramal soleh serta mengajar mereka agar sentiasa mendoakan untuk ibubapa walaupun mereka telah kembali kerahmatullah.

Sementara amalan mengalirkan sungai, menggali telaga, menanam pokok, membina masjid dan mewakafkan mushaf memerlukan perbelanjaan wang ringgit. Namun lakukanlah setakat yang kita mampu.

Semoga hadis ini bermanfaat untuk kita semua dan semoga Allah membimbing kita semua untuk berlumba-lumba mengejar pahala yang berterusan ini.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: