Sila ambil Satu |
Tak lama, nama isteri dipanggil untuk ambik ubat dan buat bayaran. Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yang sedang dipromosi seperti dalam gambar. Bukan bahan yang dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Tuhan.
Saya nak tanya, jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?
Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu. Jadi tak kisahlah.
Tapi apa yang saya perhati dan menarik perhatian saya ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta , bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata.
Maka salah seorang anaknya tu pun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula.
Subhanallah... begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya.
Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?
Saya pernah dengar dalam satu pesanan seorang 'mutawif' kata, ketika itu kami sudah sampai di Ladang Kurma di Madinah, 'mutawif' tu pesan, " kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."
Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ saja, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis. Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis. Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.
Ianya sama juga apabila kita pergi mana-mana hotel, dapat kupon sarapan untuk dua orang saja. Kita pi berdua makan di cafe, kemudian kita bungkus bawa balik ke bilik untuk orang lain yang menginap sama tapi takde kupon sarapan. Yang kita bawa balik ke bilik tu sudah jadi haram kecuali kita sudah bayar nilai makanan yang kita bawa balik ke bilik..
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
1 comments:
Saya copy boleh?
Post a Comment