BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 10 January 2022

Aku Dan Dia Menjelang Usia Emas


Sejak awal perkahwinan lagi kami selalu bersama sama pergi kemana mana pun. Jarang kami berjauhan.Kami sama sama melalui susah payah melayari rumah tangga.




Kini telah lebih 37 tahun kami bersama. Dari asal hanya berdua, kembali duduk berdua. Alhamdulillh ada seorang anak yang belum berhasrat berumah tangga masih tinggal bersama. Anak anak lain pun tinggal berhampiran sekitar Johor Bahru kecuali anak nomnor 4 dan yang bongsu. Yang nombor tujuh hampir tamat belajar peringkat sarjana muda akan pulang semula sebaik tamat peperiksaan bulan Februari nanti.



Anak perempuan cuma dua orang. Dua dua berkahwin awal. Jadi anak lelaki yang banyak membantu di rumah. Semua anak mahu berbakti kepada ummi ayah. Masing masing dengan cara mereka sendiri.



Bila sama sama meningkat umur, beranjak ke usia emas, ada aktiviti bermanafaat dilakukan. Menyediakan makanan, pergi ke pasar membeli keperluan harian, menyampaikan ilmu, membimbing realiti kehidupan dan sebagainya kepada anak anak asuhan Baitus Solehah. Itu saja ruang lingkup kehidupan sekarang.


Sekali sekala pergi menziarahi sanak saudara untuk mengeratkan persaudaraan sesama insan. Apa yang dianjurkan sunah, dilakukan. Rasa gembira dan merasai zat nikmat kebahagiaan yang Allah beri ketika masih ada nyawa.







Makin meningkat usia, saling mengambil berat dan ambil tahu. Tak nampak kelibat satu sama lain mesti mencari. Saling mengingatkan jika melihat sedang santai, "dah solat?" sebaik masuk waktu. jadi terbiasa bertanya supaya tak leka. Ya la, dah tinggal berdua, kau pandang aku, aku pandang kau. 






Begitulah kehidupan pada baki usia yang ada ini. Tidak ada benda mahu dikejar melainkan melakukan apa yang Allah redha. Tidak ada apa lagi yang diimpikan melainkan mahu kematian di dalam rahmat Allah. Menjelani kehidupan sebagai hamba Allah yang bertakwa selagi masih ada nyawa.


Kepada yang mengenali kami berdua, jika kami ada berbuat salah silap, terkasar bahasa, tersinggung rasa kemaafan kami pohonkan. Mudahkan urusan antara kita diakhirat sana.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: