BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 8 February 2013

Jangan Abaikan Anak Yatim



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rumah Anak Yatim Pulai Utama
Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Pemurah. Allah mengetahui isihati saya. Allah Maha Mengetahui juga keterbatasan saya untuk bergerak jauh. MAsyaAllah.


Rupanya, Allah dekatkan saya dengan sesuatu yang saya minat dan suka lakukan.


Jiran selang 2 buah rumah telah jual rumahnya. Dah pindah. Rumahnya telah dibeli oleh seorang jutawan muda. Kemudian diwakafkan rumah itu untuk menjadi kediaman anak-anak yatim.


Tidak terungkap kata-kata dibibir saya melainkan rasa syukur. Ya Allah, Engkau mahu berikan aku hadiah rupanya.


Tak tahu orang lain rasa apa. Bagi saya ini hadiah. Walaupun bukan rumah saya dan bukan duit saya tetapi ia adalah bonus untuk saya berdagang dengan Allah.


Saya boleh jenguk mereka bila-bila masa, saya boleh memasakkan makanan untuk mereka, saya boleh tolong bimbing mereka dengan mengadakan kelas matematik atau pun Sains. (ini saja kemahiran yang saya ada). Saya juga boleh tolong bawakan mereka kemana-mana jika diperlukan.


Alhamdullilah... saya seperti rasa banyak benda saya boleh lakukan di rumah anak-anak yatim ini. Moga-moga peluang yang terbuka ini dapat saya rebut sepenuhnya dengan ikhlas kerana Allah Ta'ala.


Siapakah yang dikatakan anak yatim?



Anak yatim memberi maksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya. Sedikit berbeza dengan yatim piatu yang bermaksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian kedua-dua ibu dan bapanya.


 Istilah Anak Yatim Dari Segi Syariah Islam

Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.


Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:
“Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri. Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”




Firman Allah yang bermaksud:
“ Oleh sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.” ( Al- Dhuha)

“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak yatim.” ( al- Maun)

Islam juga mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakan dalam surah An- Nisa ayat 6.


Kewajipan sosial

Menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Dan ia adalah salah satu usaha perjuangan Islam yang jarang dilakukan orang. Justeru masalah sosial timbul kerana empat sebab, iaitu tidak memuliakan anak yatim, tidak memberi makan orang miskin, memakan warisan (kekayaan) alam dengan rakus, dan mencintai harta benda secara berlebihan (lihat surah al-Fajr, ayat 15-20).


Penjagaan Terhadap Anak Yatim 

Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Ayat Al-Quran dan Hadis.

• Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim

• Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya”.

• Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”

• Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).

• "Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah.  Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka."

 
“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (At-Tabhrani)

• Sabda Nabi lagi, Anak-anak yatim akan mempunyai kedaulatan besar di akhirat kelak. Menyakiti dan menzalimi mereka dosanya tidak terhingga, Kita amatlah digalakkan memberikan pertolongan apa saja termampu.


Memakan harta Anak Yatim

Di dalam AI-Quran ada tercatat sesiapa yang memakan harta anak yatim dia seolah-olah menyalakan api di dalam perutnya, Tuhan memberi amaran keras kepada mereka yang cuba mengkhianati anak-anak yatim.


RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah.












Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Berilah Aku Jalan




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Ad-Dhuha

Berulang-ulang kali surat Ad-Dhuha dibaca. Mencari kekuatan diri. Mengharap kasih ilahi. Memohon diberikan jalan  dan petunjuk bagaimana untuk membantu mereka-mereka yang kesulitan.

Benar-benar mengharap dan berharap Allah yang menunjukkan jalan.

"Dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan"(Dhuha,4)

Memang kini rasa seperti payah nak memulakan sesuatu, tetapi tetap berhajat meneruskan usaha-usaha yang Allah redha. Allah nak melihat kecekalan hati , kebergantungan hati apabila menemui halangan. Amat berharap moga-moga dikemudiannya jalan lebih mudah.


"Dan sungguh,kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaNYA kepadamu, sehingga engkau menjadi puas." (Dhuha ,5)


Yakin dengan janji-janji Allah ini, maka sebagai hamba, terus berharap dan mengharap.


Kepayahan bagaimana pun tetap dihadapi. Pernah mendapat pandangan, jika mau beramal, mesti ada punca pendapatan. Mesti sendiri ada dana agar tidak perlu meminta-minta untuk biaya kerja amal.


MasyaAllah. Saya cuma seorang pesara. Duit sebagai pesara cukup untuk menyempurnakan hutang bank yang telah dipanjangkan tempoh bayaran balik. Secukup untuk bayar bil celcom dan bil streamix. Itu saja sumber duit yang ada. Makan minum pakai sepenuhnya ditanggung zauj. Sejak bersara, sudah tidak beli pakaian lagi. Hidup qanaah seadanya.


Jadi mana datang sumber untuk buat kerja amal? Nak biaya anak yatim, nak melindungi gadis-gadis hamil hingga mereka bersalin, nak membantu biaya wargaemas yang tidak berupaya dan bantu biaya orang buat kerja dakwah.


Tidak ada sesiapa pun suka meminta-minta. Tapi adakah salah jika mengajak orang lain turut serta dalam kerja amal ini. Mereka bekerja, tak punya masa menguruskan hal-hal sebegini, tidak punya masa kesana kemari menziarahi. Jadi cukuplah jika mereka menghulur wang untuk dana pembiayaan orang-orang yang dalam kesulitan. Bukankah, ada hak orang lain dalam setiap harta yang mereka miliki.


Dan kenapa ada sebahagian manusia yang Allah datangkan  kesulitan, kemiskinan dan ketidakupayaan dalam perjalanan hidup mereka. Mereka tidak seberuntung orang lain yang kaya dan punya duit. Mereka dihadirkan untuk ada orang boleh berbuat amal. Sebab itu Allah mensyariatkan zakat. Mengalakkan sadaqah.


Dan terhadap orang-orang yang meminta-minta, janganlah kamu mengherdiknya, (Dhuha,10)

Jangan kita sombong dan ego punya kekayaan,kerana itu juga merupakan pinjaman dan ujian Allah. Mereka yang meminta bukan kerana malas berusaha tetapi ketidakupayaan  berfikir menjana wang dan ketidakupayaan tenaga untuk melakukan kerja.


Jangan herdik kata mereka malas, jangan herdik kata mereka penipu atau pembelit. Setiap perkara ada sebab yang tersembunyi tidak kita ketahui.


Dan samakah orang yang meminta-minta untuk kepentingan peribadi dengan kepentingan amal bakti ummah?


Fikir-fikirkan lah, kerana anda semuanya hebat.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Thursday, 7 February 2013

Ketika Menjaga Pesakit



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Terlantar sakit
Ajaran Islam menuntut umatnya supaya memenuhi tuntutan persaudaraan Islam dengan mensyariatkan berbagai-bagai amalan termasuk amalan menziarahi orang sakit. Tuntutan ini sebagaimana pesanan Rasulullah kepada umatnya yang berbunyi (al-Bukhari, 1994: 4777; Muslim, 2001: 3848, al-Nasa’i, t.t.: 1913; Ahmad, 1994: 17900):

عَنْ الْبَرَاءِ بْنُ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَمَرَنَا النَّبِيُّ T بِسَبْعٍ وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ أَمَرَنَا بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجِنَازَةِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ وَإِفْشَاءِ السَّلَامِ وَإِجَابَةِ الدَّاعِي

Maksud: “Al-Bara` bin Azib r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. telah memerintahkan kami tujuh perkara dan juga melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan kami untuk menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, menjawab orang yang bersin, menunaikan sumpah, menolong orang yang terzalim, menyebarkan salam dan memenuhi undangan.” (Al-Bukhari dan Muslim)





Antara hikmah menziarahi orang sakit ialah:



Dekat dengan Rahmat Allah S.W.T.

Dalam satu hadith  menjelaskan bahawa seseorang yang menziarahi orang sakit ini seolah-oleh dia menziarai Allah S.W.T. sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda (Muslim, 2001: 4661),

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ T إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَا ابْنَ آدَمَ مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ عَبْدِي فُلَانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ

Maksud: “Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah S. W. T. berfirman pada hari kiamat, “Wahai anak Adam! Aku sakit mengapa engkau tidak menziarahiku.” berkata seorang hamba, “Wahai Tuhan bagaimana aku boleh menziarahimu sedangkan Engkau merupakan Tuhan Pentadbir seluruh alam. Lalu Allah S.W.T. berfirman, “Sesungguhnya hambaku yang bernama pulan sakit dan engkau tidak menziarahinya, ketahuilah sekiranya engkau menziarahinya nescaya engkau akan mendapati-Ku di sisinya.” (Muslim)

Maksud hadis ini ialah seorang yang menziarahi orang sakit seolah-olah dia menziarahi Allah yang sedang sakit walaupun pada hakikatnya Allah S.W.T. terkaya daripada terkena sakit.




Adap-adap dan tatacara yang baik ketika menjaga pesakit atau menziarahi pesakit.




Ketika saya sakit terlantar tidak berupaya, saya suka jika yang menjaga saya  dan yang datang menziarahi saya berbuat begini (yang mahram dengan pesakit). Begitu juga  dengan orang lain yang sakit.



Ramai pesakit  mungkin malu dan segan untuk meminta, jadi sebagai penziarah, kita cuba cari ruang-ruang untuk kita membantu pesakit yang terlantar. Ini penting terutamanya kepada anak-anak yang meneman atau menjaga ibu bapa yang sakit dan kepada saudara mara yang datang menziarahi ibubapa yang sakit.



1) Sekiranya nampak lemah dan tidak bertenaga. Alih-alihkan tubuh. Tekan dan urut bahagian pinggul dan picit-picit betis dan lengan.

2) Gosok sendi-sendi bawah lutut, buku lali, bahu, leher dan pusing-pusingkan jari.

3) Picit-picit kepala, urutan atas alis mata dan bukakan rahang mulut.

4) Trim misai, janggut, kuku kaki dan tangan. (sekiranya pesakit tu lelaki) supaya tetap nampak kemas.

5) Lap badan dengan tuala kecil yang direndam pada air suam.

6) Basahkan bibir dengan air di jari.

7) Bacakan Yassin dan elakkan perbualan sia-sia. Jika ada saudara mara berkumpul, dahulukan urusan dengan pesakit kemudian barulah bertanya khabar saudara yang lain.

8) Penuhi permintaan pesakit. (yang perpatutan)

9) Salin tempat tidur dan pakaian pesakit.


Jangan biarkan ada bau yang tidak menyelesakan disekitar pesakit, kerana ia mungkin mendatangkan aib terutama bau hancing. Kemas dan rapikan ruang pesakit ditempatkan agar mudah untuk tetamu menziarahi pesakit.



Orang yang menjaga pesakit mestilah sabar. Kesakitan yang didatangkan kepada pesakit merupakan ujian kepada  pesakit sendiri dan kepada orang-orang berada hampir dengan pesakit. Adakah kamu sabar, tabah dan redha untuk menerima ujian ini.


Masih ingat lagi, saya pernah bertanya pada zauj yang rajin menemankan saya apabila ada temujanji di Jabatan Pakar Psaikatri di Hospital Sultanah Aminah,

"abang tak malu ke temankan ummi kat sini?"

"nak malu apa, isteri abang, bukan isteri orang." jawab zauj.

"abang tak malu orang kata isteri abang sakit jiwa, bawa bakul sana sini?"

"tak malu, bawa bakul saja bukan buka aurat."


Ketika itu saya sedang menjalani rawatan dibahagian perubatan jiwa, suka yang ekstrim pada bakul. Suka sangat dengan bakul hingga ketika zauj ke Sarawak atas urusan kerja pun beli beberapa buah bakul di sana untuk dihadiahkan kepada saya.


Ramai orang kagum dengan kesabaran, ketabahan zauj menjaga  ketika saya sakit. Sesungguhnya hanya Allah yang membalas segala kebaikkan berganda yang zauj lakukan kepada saya.


Semoga boleh menjadi panduan kepada anak-anak, adik kakak atau sesiapa sahaja yang menjaga dan menziarahi pesakit.






Dari Ummu Salamah RA katanya: Rasulullah SAW telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi SAW menutupnya, kemudian baginda bersabda: "Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu)," (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah (menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu Baginda SAW bersabda: "Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa yang kamu katakan - baik atau buruk", kemudian Baginda SAW berdoa dengan sabdanya: "Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama-sama orang yang mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya." (Riwayat Muslim)


Huraian Hadith: 



Hadis di atas menyebut bahawa mereka yang menziarahi orang sakit dituntut supaya berkata atau menyebut perkara baik saja. Ulama' ada menerangkan bahawa antara kata-kata baik itu ialah menghiburkan hati orang sakit dengan menyatakan sakitnya ringan dan akan sembuh.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Untuk Menjadi Usahawan Akhirat



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Perniagaan apapun mesti matlamatnya akhirat
Dari pengalaman, pemerhatian dan pembacaan, mereka-mereka yang berjaya menjadi jutawan, selain memiliki kekayaan harta benda, mereka juga memiliki kekayaan jiwa kerana kehidupan mereka berlandaskan iman.



Mereka menjalankan perniagaan dengan Allah, menjadi usahawan akhirat. 5 perkara yang mereka tidak tinggalkan walau sibuk mana pun urusan harian mereka ialah solat tahajjud, solat taubat, solat witir, solat dhuha dan memberikan sadaqah.



Apabila menyebut senarai  diatas , dan telah menjadi rutin harian ,  ini bermakna solat fardhu menjadi tunjang kekuatan mereka ditambah sentiasa berjemaah. Bila sebut sadaqah, bermakna mengeluarkan zakat menjadi agenda mereka untuk menjadi kaya.


Orang yang berjaya di dalam apa jua urusan mereka, ialah mereka yang berjaya mendisplinkan diri memelihara hubungan dengan Allah Ta'ala. Jika dia berdisplin menjaga solat fardhu berjemaah, maka juga pasti berdisplin dalam pengurusan masa perniagaannya.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Wednesday, 6 February 2013

Usahawan Akhirat


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Rebutlah peluang ini
Semakin meningkat usia, semakin banyak yang kita temui. Pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain yang disantap melalui pembacaan.


Adakala pengalaman orang lain boleh menerbitkan sesuatu azam untuk terus melangkah dilaluan yang Allah redha. Ada azam dan cita-cita untuk menjadi usahawan akhirat.


Untuk menjadi usahawan akhirat, perlu menjalankan perniagaan ketika di dunia ini. Bagaimanakah caranya?


Dalam minggu ini didatangi  permintaan dari 2 orang gadis hamil luar nikah. Memohon perlindungan sehingga melahirkan anak. Sedangkan kemampuan cuma dapat memberikan perlindungan hanya  seorang dalam 1 masa.


Saya hadapkan kepada Allah, memohon diberikan jalan dan petunjuk kerana hajat dihati mahu memberikan perlindungan kepada semua yang datang memohon pertolongan. Masing-masing ada sebab tersendiri untuk tidak memaklumkan kepada keluarga dan tidak mahu bersalin di kawasan kediaman sendiri. Mungkin juga atas keinginan mereka bertaubat nasuha, maka Allah tutup aib mereka dari diketahui oleh saudara mara dan jiran tetangga. Jika Allah sudah tutup aib mereka, siapa yang berhak untuk membukanya.


Bagi saya tidak perlu untuk memberikan jalan dengan mencarikan rumah perlindungan lain. Memang prinsip yang bertunjang dalam diri, kenapa hadiah yang Allah hadirkan kepada kita , mahu dilencongkan kepada orang lain. Peluang ini bukan Allah berikan pada semua orang. Kenapa dalam jutaan manusia, saya yang terpilih untuk mereka jadikan perkongsian masalah. Pastinya mereka pun diberikan petunjuk melalui gerak hati oleh Allah Ta'ala.


Saya tidak pernah mengenali mereka, mereka juga tidak pernah tahu tentang saya, tetapi bagaimana boleh berlakunya pertemuan walaupun permulaannya di alam maya. Siapa yang mengerakkan hati mereka dan siapa yang memberikan petunjuk kepada mereka.


Masih ramai manusia yang baik-baik, ramai juga yang kaunselor bertauliah, ramai orang kaya-kaya, tetapi kenapa saya yang terpilih. Maka semua persoalan ini dikembalikan semula kepada Allah Ta'ala. Dia yang Maha Mengetahui, Dia yang Maha Agung, atas Qudrat dan IradatNYA pertemuan ini terjadi.


Jarang saya mahu berkongsi cerita hal-hal yang belum ada jalan keluarnya dengan sesiapa pun, saya diamkan dahulu, saya hadapkan permasalahan atau apa jua kepada Allah Ta'ala. Allah yang Maha Mengetahui isi hati saya, maka kepadaNYA saya mohon petunjuk dan jalan keluar.


Mampukah melihat bayi comel dibuang?
Hajat saya tetap mahu membantu semua orang, mahu melindungi semua orang yang berada di dalam kesukaran, kepayahan dan kebuntuan. Tidak mampu rasanya telinga mendengar, mata memandang sekiranya anak-anak gadis ini mengambil jalan mudah dengan melontar anak yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah jika tidak dibantu. Apa mahu dijawab dihadapan Allah nanti jika ditanya, "suatu ketika dulu, sipolan binti sipolan telah datang kepada kamu memohon bantuan, apa yang kamu lakukan kepada dia?"


Sehingga catatan ini ditulis,  saya belum ada jalan dan caranya. Tetap mengharap pertolongan dari Allah kerana Allah yang akan mendatang ilham melalui gerak hati. Ada air bening dipenjuru mata bila mengenangkan mereka yang kebuntuan mengharapkan pertolongan.


Tidak mungkin untuk saya menolak. Tidak mungkin juga untuk saya tunjukkan laluan ini kepada orang lain. "Maha Suci  Engkau Ya Allah, berilah aku jalan, susunkan laluan ini dalam kebijaksanaMU agar perjalanannya baik dan teratur."


Memang pun  saya  sering berdoa, "Ya Allah berilah aku peluang untuk melakukan sebanyak-banyak kebaikkan dan kebajikan selama mana aku masih bernyawa di dalam kesejahteraan MU"


Maka sejak itu, berbagai peluang didatangkan jalannya oleh Allah Ta'ala. Tidak ada satu pun saya tolak. Mungkin pada pandangan orang ianya suatu yang kecil dan remeh, tetapi tidak pada saya. Ini kerana apa yang kita lakukan ada mencari pandangan Allah bukan pandangan manusia.


Kayu ukur dari dulu tetap sama, buatlah apa saja selagi perkara itu Allah redha.


Dalam perjalanan kemana-mana, nampak perempuan berjalan kaki, akan saya berhentikan kenderaan, tanya mau pergi mana? Samada jauh atau dekat, saya akan hantar ke tempat tujuannya.


Singgah surau atau masjid, nampak tisu atau apa-apa kotoran samada di dalam tandas atau tempat solat, dikutip dan dibersihkan. Kadang tu terdetik dalam hati, ahh biarlah, ada je nanti tukang cuci bersihkan. Tetapi sesuatu dalam hati akan menyapa, kenapa tak kutip buang?  atau kenapa tak bersihkan? Allah nampak apa yang kamu buat tu, biarkan orang tidak nampak. Maka sapaan dalam hati ni membuat ada rasa untuk membersih dan mengutip buang segala kotoran yang kelihatan.


Rupanya itu tarbiyah, mendidik jiwa untuk ikhlas  dan tidak menunjuk-nunjuk kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain. Memang pun, siapa tahu apa yang kita buat ketika dalam bilik tandas atau ketika berseorangan dalam masjid atau surau. Hanya Allah yang tahu.


Dan itu juga dikatakan lintasan hati. Masih terpahat dalam minda, zauj kata, "apa-apa lintasan yang baik disegerakan." Ini kerana lintasan yang baik itu datang dari Allah. Dan juga lintasan baik itu jika diabaikan tidak akan datang buat kali kedua atau ketiga.


Analoginya seperti seseorang meminta  pertolongan, kita tak mahu beri pertolongan tu, adakah dia akan datang lagi untuk meminta pertolongan? Pasti dia serik dan tak mahu. Berbeza, jika sekali mohon dapat, lain kali dia tidak lagi segan untuk minta pertolongan kerana dia tahu kita pasti akan menolongnya lagi.


Jadi rebutlah segala peluang untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan di dunia ini sebaik-baiknya. Semoga kita sentiasa diberikan keampunan di dalam rahmat Allah Ta'ala.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday, 5 February 2013

Wahai Jiwa Yang Tenang


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Membaca Al-Quran
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fajr maksudnya :


"Wahai jiwa yang tenang. (QS. 89:27)

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. (QS. 89:28)

Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku (QS. 89:29)

dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (QS. 89:30)

(Surah al-Fajr (89) ayat 27-30)

Tafsirannya :

"Wahai jiwa yang tenang"


Asbabun Nuzul Surah al-Fajr ayat 27.

Buraidah r.a menerangkan, bahawa ayat ini ditujukan kepada Saidina Hamzah r.a yang gugur sebagai syuhada di Perang Uhud." (Hadis Riwayat Ibnu Abi Hatim. Lihat Ibnu Katsir ; 6/312)

Bagaimana Allah SWT memanggil kepada jiwa dengan panggilan yang lembut iaitu wahai jiwa yang tenang. Roh para syuhada adalah jiwa yang tenang dan diredai oleh Allah SWT. Saidina Hamzah r.a telah mati syahid di dalam Perang Uhud, dalam hadis ada menceritakan keistimewaan roh para syuhada Uhud sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.


Ibnu Abbas r.a. menjelaskan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW bersabda,"Allah telah menjadikan roh saudara-saudaramu yang gugur di medan Uhud berada di dalam rongga burung berwarna hijau yang berada dipinggir sungai di syurga. Burung itu memakan buah-buahan syurga kemudian bertengger di atas lampu-lampu yang terbuat dari emas yang tergantung di bawah Arasy. Ketika mereka telah mendapat makanan, minuman, dan tempat tidur yang menyenangkan, mereka berkata, 'Jika saudara kita yang masih hidup di dunia mengetahui apa-apa yang Allah berikan kepada kita, mereka tidak akan meninggalkan jihad di jalan Allah dan tidak akan lari dari medan perang." Lalu turunlah ketiga-tiga ayat dari Surah Ali-Imran ayat 169-171).(Hadis sahih riwayat Hakim diriwayatkan Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Tirmidzi)



Surah Ali-Imran Ayat 169 hingga 171 yang bermaksud,

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (169) (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (170) Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (171)



Asy-Syahid Sayyid Qutb rahimahuallah dalam tafsir Fi Zilalil Quran Surah al-Fajr ayat 27-30 menyatakan :

"Di tengah-tengah suasana kiamat yang ngeri dan ditengah-tengah suasana penyeksaan dan pembelengguan yang dahsyat dan diluar segala kefahaman itu, tercetuslah suara panggilan dari al-Mala'ul- A'la menyeru orang yang beriman :

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh kepuasan dan mendapat keredhaan dari-Nya. Dan silalah masuk ke dalam jamaah para hamba kesayangan-Ku. Dan silalah masuk ke dalam syurga-Ku."

Demikian ia diseru dengan penuh mesra dan lemah lembut. "Wahai" ia diseru dengan ciri kerohaniah dan penuh penghormatan. "Wahai jiwa" ia diseru dengan memberi sanjungan dan ketenangan.

"Wahai jiwa yang tenang"

Dan ditengah-tengah suasana belenggu dan ikatan itu muncul kebebasan kesenangan dan kemewahan.

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan kepuasan dan mendapat keredaan dari-Nya"

Yakni kembali kepada asal mulanya setelah berpisah dengan bumi dan bercerai dengan dunia. Pulanglah kepada Tuhanmu kerana di antara Dia dan engkau terdapat hubungan dan perkenalan yang kukuh. Kembalilah :

"Dengan kepuasan dan mendapat keredaan-Nya."

Ia diseru demikian lembut yang membuat suasana seluruhnya diselubungi kemesraan yang timbul balik, kepuasan dan keredaan.

"Dan silalah masuk ke dalam jamaah para hamba kesayangan-Ku"

Iaitu para hamba-Ku yang muqarrabin yang dipilih untuk mendapat darjat ini.

"Dan silalah masuk ke dalam syurga-Ku."

Di bawah naungan dan rahmat-Ku.

Jelas terbayang rasa kasih mesra Ilahi yang mengusap jiwa-jiwa penghuni syurga iaitu jiwa yang tenteram terhadap Allah dan jalan hidupnya, terhadap qadak dan qadar di dalam kesenangan dan kesusahan, sama ada dalam keluasan atau kesempitan, sama ada ia dikurniakan atau ditahan kurnia, ia selama-lamanya tetap tenang, tenteram, tidak ragu-ragu, tidak menyeleweng dan tidak teragak-agak di tengah jalan dan tidak gentar pada hari kiamat yang ngeri.


Sujud, saat paling hampir dengan Allah
Kemudian ayat-ayat itu berlalu berturut-turut menyelubungi seluruh suasana dengan keamanan, kepuasan , ketenteraman dan irama kata-kata yang lemah-lembut di sekeliling pemandangan yang membayangkan rasa kemesraan, hubungan yang dekat dan rasa ketenangan. Itulah syurga dengan hembusan-hembusan bayunya yang nyaman dan menyegar menjenguk di celah-celah ayat ini, dan di atasnya muncul tajali wajah ar-Rahman Yang Mulia Maha Gemilang."


Jiwa orang-orang mukmin yang bertakwa kepada Allah SWT, yang beramal soleh ketika di dunia dengan mendapat rahmat Allah SWT adalah termasuk di dalam jiwa yang tenang dan bersih yang layak memasuki syurga Allah SWT seperti jiwa para syuhada.

Oleh itu beramal solehlah kita, jauhi maksiat dan dosa supaya kita termasuk dikalangan mereka yang rahmati-Nya dan mempunyai jiwa yang tenang atau nafsu mutmainnah dan akan dijemput untuk memasuki dan menikmati syurga Allah SWT di hari akhirat nanti.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Monday, 4 February 2013

Bila Bilangan Angka Makin Meningkat


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tarikh lahir ke 48
Bilangan tahun kelahiran cuma angka. Adakah angka itu memberikan sebarang makna? Adakah bertambahnya bilangan angka sejajar dengan peningkatan iman? Selunjurkah dengan pertambahan ilmu dan amal?



Bagi saya tidak ada maknanya lagi bilangan pertambahan angka apabila selesai rukun Islam ke 5 dapat dikerjakan. Jika dulu, memang saya membilang hari bilakah aku dapat menyempurnakan rukun Islam ke 5. Selagi belum dikerjakan, hari-hari dipenuhi rasa takut-takut dijemput sebelum sempurna rukun Islam. Bagaimana di mahsyar nanti hendak dihisab jika rukun islam pun tidak dikerjakan sedang berkemampuan. Nak mengaku Islam tetapi rukun tidak sempurna dikerjakan. Malukan nak mengaku Islam.


Selesai rukun Islam ke 5 dikerjakan, barulah lega dan bersedia untuk menerima salam malaikat Izrail. Kalau dulu, sentiasa berdebar2 saja.


Selesai rukun Islam ke 5 dikerjakan , jika ada umur, itu adalah bonus. Bonus untuk meneruskan perjalanan. Bila sakit pun bonus juga. Bila ditimpa musibah pun bonus juga. Bonus bila dapat accept semuanya dengan sabar.


Jadi semakin bertambah angka kepala makin lapang, jiwa makin tenang. Tak ada perkara nak dikenang atau dihambat.


Ada baki usia, nak teruskan melakukan perkara yang Allah redha saja. Dan itulah kayu ukur dalam apa jua tindakan. Buatlah sebanyak-banyak kebaikkan dan kebajikan selagi perkara yang kita lakukan tu Allah redha. Memaafkan segala salah silap semua orang.
jadilah tangan di atas


4 perkara...

Lupakan kejahatan orang pada kita, ingat kejahatan kita pada orang.


Ingat kebaikkan orang pada kita, lupakan kebaikan kita pada orang.


Maka hidup bahagia.

Dan pesanan mak mertua yang selalu terpahat dalam minda, jika nak bersedekah, jangan banyak-banyak supaya kita lupa. Ibarat kita lempar batu, terus tenggelam. Sikit tetapi sentiasa berterusan dalam apa bentuk pun.



sempurna hariku dengan doa zauj setiap hari
Komitment sekarang ni selagi masih ada nyawa, bayar hutang setiap bulan. Ziarah sapa-sapa yang sewajarnya diziarahi. Makan seadanya sebab makan pun ketika lapar. Bila dah lapar, tak kisah apa benda pun boleh masuk. Langsung tak payah fikir, hari ni nak makan apa, nak masak menu apa.


Tidor tak kisahlah jam berapa pun, asalkan tahajud, witir tidak terlepas atau sengaja ditinggalkan. Apa lagi nak buat? Banyak peluang nak raih amal, dengan syarat bukan mencari pandangan manusia. beri perlindungan anak yatim, gadis hamil, beri makan sesiapa pun, terlalu banyaklah peluang-peluang jika mahu dikutip dan diraih.


Sebelum menutup mata, tips untuk rumah tangga  bahagia.



Ingin kongsi sedikit bagaimana satu dari banyak-banyak amalan sunnah yang diberatkan di dalam rumah tangga saya, menjadikan saya seorang isteri yang tak suka menjawab walau apapun zauj kata. Memang ada masa, seorang suami akan marah-marah dan terlepas kata yang menyakit atau melukakan. Sebagai isteri, jangan sekali-kali menjawab walaupun kamu dipihak benar. Nak menjawap atau nak membetulkan , tunggu suami sejuk selepas 2 atau 3 hari. Bersabar itu lebih baik dari berkata-kata yang akan menyebabkan suami makin marah dan akhirnya meninggikan suara dan berlaku pertengkaran.




Minum dari cawan yang sama itu amalan ramai orang. Saya pula suka minum air yang zauj bancuh setiap hari. Minum cawan yang sama dari baki air yang ditinggalkan untuk saya oleh my zauj.


Setiap hari zauj akan buat air minuman (bukan saya yang buat minuman), lepas zauj minum separuh, zauj akan tinggalkan separuh untuk saya.

baki minuman  suami ditinggal separuh untuk isteri dari cawan yang sama

Itu jadi amalan harian seperti , Daripada Aisyah r.a., dia berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. ” (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)


Disamping itu doa yang berterusan dalam apa jua keadaan untuk zauj dan anak-anak agar sentiasa dikurniakan kerukunan, kedamaian, ketenangan, keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan di dalam rumah tangga hingga akhir hayat dunia akhirat.



Hidup ini mencari mati dalam Iman dan Islam yang sempurna.

"Ya Allah, kami mohon kepadaMu keselamatan agama,kesihatan jasmani, bertambah ilmu dan baraqah rezeki,Dapat bertaubat sebelum mati,mendapat rahmat ketika mati dan memperoleh keampunan setelah mati.


Ya Allah, mudah-kanlah kami pada gelombang sakaratul maut, dan lepaskanlah dari api neraka dan mendapat kema'afan ketika dihisab-Nya.


Ya Allah janganlah digoncangkan hati kami setelah mendapat petunjuk,berilah kami rahmat. Engkau maha pemberi.


Ya Allah berilah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, peliharalah kami dari azab api neraka ".


Ya Allah janganlah digoncangkan hati kami setelah mendapat petunjuk,berilah kami rahmat. Engkau maha pemberi.

Ya Allah berilah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, peliharalah kami dari azab api neraka ".

Ya Allah janganlah digoncangkan hati kami setelah mendapat petunjuk,berilah kami rahmat. Engkau maha pemberi.

Ya Allah berilah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, peliharalah kami dari azab api neraka ".



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Sunday, 3 February 2013

Ziarah Madrasah Anak Yatim Rohingya dan Tahfiz Quran Hashimiah.




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bersama anak-anak yatim Rohingya
Ziarah ini banyak mengungkap kebenaran yang kita terlepas pandang dalam hal-hal kemanusiaan. Saya berharap jika saya buka kebenaran ini dan mempersoalkan beberapa perkara, jangan ada sesiapa yang menghalang mereka atau mengganggu mereka.

Jika anda mampu memberikan penambahbaikkan , dipersilakan. Mereka semuanya adalah anak-anak yatim dan anak-anak Rohingya.


Mereka tidak mempunyai kewarnegaraan, atas anisiatif sendiri, mereka membuka kelas untuk anak-anak mereka agar kenal agama dan tidak buta huruf.

Hak mereka untuk mendapat pendidikan percuma di negara Malaysia dinapikan hanya kerana mereka tidak ada passport mana-mana negara.

Dimanakah mereka-mereka yang prihatin terhadap agama, terhadap hak-hak sebagai manusia di bumi Malaysia.

Adakah mereka ini dianggap menumpang di Negara Malaysia?

1. Yang saya inginkan ialah membuka minda semua orang Islam agar berfikir adakah wang baitulmal hanya diagihkan semata-mata untuk orang miskin yang berwarganegara Malaysia saja.

2. Mereka tinggal di premis perniagaan 3 tingkat yang disewa dengan kadar RM 2500 sebulan. Sewa ini dibiayai sendiri oleh pengasas Madarasah yang memang orang Rohingya memiliki kad UNHCR dan telah menetap di Malaysia selama 20 tahun.

3. Bila api dan air premis ini ditaja oleh persatuan Buddha. Sedangkan yang tinggal di sana ialah semuanya anak-anak orang Islam.

4. Ada 160 orang pelajar yang belajar bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Alim (fadhu ain) dan al-quran. Guru-guru terdiri dari sukarelawan kecuali kelas komputer.

Kelas komputer dan peralatannya
5. Kelas komputer dan peralatan dan guru-guru ditaja dan dibiayai oleh Persatuan Buddha.

6. Kelas mereka bermula jam 8 pagi hingga 4 petang, solat berjemaah 5 waktu dan malam wajib menghafal al-quran.

Sebahagian anak-anak Yatim  Rohingya yang tinggal di sini

Kami datang ke sini jam 10.15 pagi. Di sambut oleh pengasas Madrasah Anak Yatim ustaz Hafiz Hashim bin Qassim yang memang berasal dari Myanmar dari etnik Rohingya juga. Beliau terpanggil untuk membuka madrasah ini kerana rasa tanggungjawap sebagai seorang Islam untuk mendidik anak-anak yatim dan anak Rohingya lain yang dinapikan hak untuk belajar di mana-mana sekolah di negara Malaysia.

Halaqian halaqah  muslimat 



Makanan asas , buah limau dan pakaian



Minyak masak, gula, beras, sos cili, sos tomato dan kicap


Kami (saya bersama beberapa orang halaqian halaqahnet) datang membawa sumbangan makanan asas dan pakaian terpakai. Bahan makanan asas ini telah disumbangkan oleh rakan facebook dan  halaqian halaqah.


Pengasas dan 2 orang ustaz merangkap warden dan tukang masak madrasah anak yatim ini.


Terdapat 3 orang ustaz yang mengajar anak-anak yatim ini  merangkap sebagai warden dan tukang masak anak-anak yatim.


Kad UNHCR sebagai pengganti kad pengenalan diri dan passport kerana mereka tidak memiliki warganegara


Semua mereka hanya memiliki kad UNHCR sahaja. Mereka bebas tinggal di Malaysia tetapi tidak mempunyai apa-apa hak di dalam sistem pendidikan seperti mana rakyat Malaysia atau warganegara bukan Malaysia yang memiliki passport negara lain.


Apa yang kami dapati mereka bukan jenis yang meminta-minta, banyak bersyukur dengan apa yang ada.


Saya masih lagi terpanggil untuk berfikir hak-hak sebagai seorang muslim yang tinggal di sesebuah negara yang ramai rakyatnya beragama Islam.

Dalam pada  itu, saya berasa sesuatu yang halus meresap di dalam jiwa bahawa hidayah itu milik Allah Ta'ala dan dikurniakan kepada insan terpilih sahaja.

Adakah kita yang beragama Islam keturunan ini juga merupakan insan terpilih?

Ketika  Ziarah ke Madrasah Anak Yatim Rohingya dan Tahfiz Quran Hashimiah, terdapat seramai 50 orang anak Yatim yang ditempatkan disitu. Anak-anak yatim ini tidak dikenakan sebarang bayaran pun .(sudah pastilah sebab sapa nak bayarkan , depa tu anak yatim).

Makan minum dibiayai oleh pengasas dengan bantuan dair MuslimAid yang menyumbang sedikit dana dan beras.

Lain-lain kena usaha sendiri termasuk biaya makanan , sewa premis kediaman dan warden merangkap ustaz yang mengajar di situ. Ada 3 ustaz yang tinggal bersama, seorang merangkap tukang masak.

Kesihatan mereka dibiayai oleh seorang Doktor Singh (sudah tentu bukan beragama Islam). Doktor klinik swasta yang tidak mengenakan bayaran untuk rawatan kecuali ubat untuk semua anak yatim ini.

Bil letrik dan air dibiayai oleh persatuan Buddha, begitu juga tajaan kelas komputer, peralatan dan guru komputer yang mengajar di situ.



Guru sukarela mengajar bahasa Inggeris


Guru yang mengajar matematik, bahasa inggeris dan bahasa melayu pula terdiri dari sukarelawan. Terlupa nak tanya dari bangsa apa dan agama apa.

Sayur tak payah beli, ada orang yang berniaga di pasar beri setiap hari. (lupa juga nak tanya siapa).

Sekitar kawasan premis dikelilingi oleh para peniaga berbangsa cina yang juga selalu bermurah hati memberikan buah-buahan.

Dan satu yang saya tak terungkap apabila doktor Singh tu tadi rajin setiap bulan Ramadhan membiaya makanan berbuka puasa, katanya"untung kasi anak yatim makan, kita punya rezeki banyak bagus."



buka puasa setiap hari di bulan Ramadhan



Bagaimana orang bukan Islam boleh begitu yakin dengan janji-janji Allah dan percaya sunnah Rasullulah?

Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud:

Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).

Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga.

Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.

Maka di sini, banyak pilihan kita dalam berinteraksi dengan anak yatim. Bagi yang berkemampuan eloklah membelanjakan harta untuk menjaga mereka. Bina rumah perlindungan anak yatim misalnya, derma sebahagian harta, wakafkan untuk membantu mereka.

Bagi yang kurang kemampuan tapi berilmu, dapatlah dicurahkan ilmu mereka untuk mengajar anak-anak yatim tadi. Mengajar fardu ain misalnya. Selainnya cukupkan sekadar mengembirakan , bawa berjalan dan sebagainya.

Anak yatim pula hendaklah dibelai dan dijaga hati mereka sebaiknya. Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah:

Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda:" berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim."

Sekian , sekadar renungan buat kita semua yang beragama Islam, diberikan kesihatan, tinggal dalam rumah yang selesa dan memilki harta.

Tanya diri, adakah aku ingin berdampingan dengan Rasullulah di syurga nanti?





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Saturday, 2 February 2013

Lawatan Kali Kedua Ke Pusat Perlindungan Rohingya.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



bersama pegawai bertugas yang menyambut kehadiran saya
Hari ni saya dapat masuk sampai ke ruang lawatan untuk menyampaikan sumbangan pakaian dan kain pelikat. Bertemu beberapa pegawai bertugas untuk bertanyakan keadaaan mereka.



Rupanya terdapat 129 orang lelaki yang dihantar 2 minggu lepas (ini yang terdampar awal tahun) dan 40 orang pelarian hanyut. Jumlah pelarian Rohingya ialah 169 orang semuanya yang masih belum ditentukan status mereka oleh UNHCR.



Keadaan mereka dalam Pusat Perlindungan tu baik tetapi sehelai sepinggang. Tak ada berus gigi, tak ada sabun mandi atau sabun cuci.

Oleh kerana masih ada duit, baki sumbangan kain pelikat, saya membelikan biskut untuk mereka.

Dan saya bertekad untuk datang lagi untuk membelikan berus gigi, sabun mandi dan sabun cuci. Sekurang-kurangnya kebersihan diri mereka terurus baik.

Nanti apabila UNHCR memberikan status , mereka akan dibebaskan untuk mencari rezeki dan tubuh badan mereka sihat.

Oleh itu jika masih mahu membantu mereka, dipersilakan. Bank in dalam akaun CIMB 01180004462058 atas nama Halaqah Net Services . Sila sms jumlah di masukkan ke nombor 0197799682 atau email munaliza_smtun@yahoo.com.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 271,

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."


Jika kerja amal ini dirahsiakan ia tidak meluas dan berkembang. Semoga Allah melindungi saya dari sifat riak, ujub dan takbur dalam saya menyebarkan usaha saya ini kepada umum.

Niat saya cuma mahu mengajak sesiapa yang ingin turut serta tetapi tidak mempunyai peluang, ruang, masa dan tenaga melakukan amal jariah sendirian.



Biskut kering




Biskut kering




Inilah biskut-biskut kering yang kita semua sumbangkan kepada pelarian Rohingya tu. Anda pernah makan biskut ni?

Makanan tak boleh beli di luar, cuma boleh beli dari kantin yang disediakan di dalam Pusat Perlindungan.

Bersyukur mereka diberi makanan seadanya oleh Pusat Perlindungan. Diet paling seimbang, nasi putih satu cawan , seekor ikan kembung batu saiznya sebesar 2 jari dan sesudu sayur!

Bandingkan makanan di rumah kita...



Berus gigi tanpa batang




Ini pula rupa berus gigi yang boleh dibekalkan kepada mereka. Seumur hidup, inilah pertama kali saya melihat berus gigi tanpa batang. Nak berus gigi, kena masukkan jari dalam kelongsong tu dan tonyoh pada gigi dengan jari kita.

Harga sebatang RM 2.50. Ini pun saya cadang nak tolong belikan nanti bersama-sama ubat gigi. Mereka tidak dibekal, kena beli sendiri. Dari manalah mereka ada duit nak beli , jika terdampar di pantai hari tu.


Saya merancang untuk datang menghantar sumbangan berupa berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan sabun cuci pakaian. Barangan ini boleh dibeli di luar.


Jika difikirkan, apalah sangat, cuma berus gigi dengan sabun aja, kecik je bendanya. Sesungguhnya, walaupun kecik, tetapi ia merupakan keperluan untuk bersih, dan kita bantu orang untuk membersihkan diri, moga-moga ketika kita dibarzakh nanti ada bantuan dari Allah untuk membersihkan dosa-dosa lampau kita.



Dalam saya dok usha cari makanan dan meninjau barang-barang keperluan mereka di kantin dalam pusat perlindungan itu, di satu sudut saya terpandang sepinggan makanan dan segeluk bekas air.

Sepinggan friskes dan segeluk air



Boleh anda teka untuk siapakan makanan ini?

Lihat petugas yang ada di dalam sana, jika haiwan pun mereka prihatin, apatah lagi manusia. Tetapi mereka ada kekangan-kekangan tertentu.

Lagi pun, mereka (pegawai dan petugas di sana) pun dah sehabis bagus , mendahulukan apa-apa yang patut dibantu sebelum orang luar seperti kita tahu.

Memang pun selama ni saya pun tak pernah nak ambik tahu keadaan mereka-mereka didalam pusat perlindungan tu. Daif dan memilukan. Bukan ini yang mereka harapkan apabila datang berhijrah ke negara luar. Terkurung dalam sel kerana tidak punya sebarang dokumen pengenalan diri dan tanpa warganegara sehingga status mereka dipastikan oleh UNHCR.

Jadi apabila saya dah bongkar sedikit demi sekdikit keadaan mereka, sudi kiranya kita membantu walaupun sikit.






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Friday, 1 February 2013

Keadaan Remaja Selepas Aktiviti Ko Kurikulum


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mesin Slot
Kisah yang saya paparkan ini adalah beberapa sceen yang saya lihat berlaku depan mata. Sebagai pesara guru, rasa ambik berat, prihatin tetap ada.



Saya lihat keadaan ini sewaktu saya bersama zauj di Kompleks Membeli Belah KULAIUTAMA untuk membuat passport.



Ketika saya berjalan-jalan dengan zauj sewaktu menunggu passport siap, saya menemui beberapa keadaan yang tidak sepatutnya berlaku kepada pelajar. Waktu itu jam 9.00 pagi hari Rabu. Pelajar terpaksa datang awal ke sekolah kerana menghadiri latihan sukan. Latihan sukan bermula jam 7.30  hingga 9.00 pagi. Selepas tamat latihan sukan, sekiranya rumah berdekatan, mereka boleh balik ke rumah dan nanti jam 12.00 tengah hari baru datang semula untuk memulakan persekolah sessi petang. Itu kehendak sistem pendidikan hari ini. tetapi adakah difikirkan keadaan pelajar yang jarak sekolah dan rumahnya jauh. Bergantung kepada pengangkutan awam terutama pelajar yang berasal dari kawasan Felda.



Kebanyakkan premis perniagaan di dalam Kompleks membeli belah tu belum lagi dibuka. Cuma Pejabat Jabatan Imigresen, kedai photo dan sebuah warung saja yang ada dibuka awal pagi.


Tetapi saya dapati sungguh ramai pelajar ada di situ. Mula-mula saya heran juga, saya ambik inisiatif bertanya kepada seorang pelajar, "kenapa ramai lepak di sini?"


Pelajar tu jawap, "pagi ni ada latihan sukan. Mula 7.30 sampai jam 9.00 pagi. Jadi sementara tunggu sessi petang bermula, terpaksalah duduk sini. Nak balik, rumah jauh, kat Felda Taib Andak nun."


"Kamu tingkatan berapa?"

"Tingkatan 2."

"Kenapa tak tinggal aja dalam kawasan sekolah?"

"Nak buat apa? Lagi pula, cikgu suruh balik, keluar dari kawasan sekolah bila dah tamat latihan."


Saya terfikir kenapa cikgu suruh keluar dari kawasan sekolah bila tamat latihan sukan? Oh..mungkin menggangu pelajar sessi pagi belajar sebab mereka ni akan bising , tak ada guru mengawal sebab guru sessi petang tentu datang tengah hari nanti.



Gambar yang saya ambil ini menunjukkan remaja berusia 13 dan 14 tahun, tingkatan 1 dan tingkatan 2 di sekolah berhampiran, datang ke sini, selepas tamat latihan sukan dan menunggu sessi persekolahan waktu petang bermula.












































Memang cikgu suruh balik rumah , tapi tahukah cikgu rumah pelajar tu jauh. Takkan dia nak balik ke rumah, lepas tu nanti tengahari kena datang lagi. Naik bas saja dah ambil masa hampir 1 jam, lepas tu kos tambang lagi.


Besar risikonya pelajar ni datang awal  semata-mata untuk hadir latihan sukan, tetapi selepas itu terpaksa melepak di luar kawasan sekolah.  Sistem perndidikan yang telah mengadaikan masa depan pelajar.


Sanggup kiranya mahu mengutamakan dasar pendidikan tetapi dalam masa yang sama mengadaikan masa depan pelajar.


Pelajar ini berasal dari kampung, sekolah rendah pun di kampung, kemudian bila menyambung persekolahan peringkat menengah, pergi sekolah dalam bandar yang jauh dari rumah.


Pelajar mengalami kejutan budaya. Seronok dapat pergi kompleks tanpa kawalan dan larangan sesiapa. Ada premis perniagaan ambik kesempatan sediakan slot mesin permainan dan slot mesin judi bear secara token.


Sekeping token harga RM 1. Masukkan duit dalam mesin slot tu, nanti ada tangan gergasi pilih mana-mana bear tak kira yang kecik atau yang mahal, ikut nasib. Sebab ikut nasiblah yang dikatakan judi.









Lihat,  dari kecil, muda remaja, dah dihidangkan dengan mesin judi. Salah siapa? Ibu bapa? Guru-guru? Sekolah? Ustaz/ustazah atau sistem pendidikan itu sendiri yang membuka ruang mereka melepak, terdedah dengan gejala tidak sihat.


Ini saya baru cerita satu dari banyak-banyak gejala lain. Buang masa. Terdedah kepada dadah. Dah nampak seorang remaja kecik, saya fikir tingatan satu, dihujung jari dah tersepit sebatang rokok. Berkongsi dengan seorang rakan lain.




Yang remaja perempuan? Saya yang sangat risaukan mana tahu ada yang ambik kesempatan atas kelurusan mereka dan kenaifan mereka.





Memang setiap perkara ada risiko, ada pro dan kontra. Tetapi kita perlu memilih yang mana maslahat lebih besar dari mudarat atau mudarat lebih besar dari kemaslahatan untuk membentuk generasi akan datang.



Bagaimana mahu mengelakkan pelajar terdedah dengan gejala sosial dan tergadai masa depan .





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.