بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Perarakkan diringi selawat |
Bagaimana sebaiknya kita nak meraikan Hari kelahiran Rasullulah? Adakah dengan berarak dan melaungkan selawat di jalan-jalan raya?
Atau mengadakan majlis sambutan maulid dan lepas dengar Kisah Rasullulah dilahirkan yang disampaikan oleh penceramah undangan dan lepas tu makan-makan. Buat majlis sambutan sekampung datang ramai-ramai seperti ada majlis walimah dengan menyembelih lembu kerbau.
Ada kesan yang meresap dalam hati? Ada ambil ibrah dari kisah periwayatan tentang Rasullulah? Ada perubahan dalam amal perbuatan hasil dari sambutan begitu?
Adakah dengan cara itu kita lebih kenal dan sayang Rasullulah?
Mendengar ceramah |
Jadi apa kata sepanjang bulan Rabiul Awal ini yang dikatakan bulan maulid, kita khatam baca Sirah Rasullulah. Khatam baca Sirah Nabawiyyah. Rasanya itu lebih berkesan untuk kita mengenali Rasullulah dan mengambil pelajaran di dalamnya.
Sirah Nabawiyyah: Insan Teladan Sepanjang Zaman |
Sirah Nabawiyyah: Insan Teladan Sepanjang Zaman
by Nik Abdul Aziz Nik Mat
Published November 2008 by Nufair Street Sdn Bhd (first published 2004)
ISBN 9833172024
edition language :Malay
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment