بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rumah Perlindungan Wanita Baitus Solehah |
Sedikit renungan bersama kepada sesiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya di akhirat sana nanti.
Lakukahlah sebanyak kebaikkan dan kebajikan setiap hari kerana itu dipanggil amal soleh. Ada 4 ayat di dalam al-quran yang menceritakan tentang beriman dan beramal soleh ini, iaitu:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. [Maryam:96]
Surat At Tin ayat 4,5 dan 6 bermaksud;
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (4) Kemudian Kami kembalikan dia ketempat yang serendah-rendahnya, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6)"
Dalam surat Al-Asr ayat ayat 1 hingga 3 yang bermaksud;
"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)"
Dan surah Al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud;
"....sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (110)"
Kerja-kerja kebajikan untuk ummah itulah yang dikatakan amal soleh. Tidak kira bagaimana bentuk kerja yang kita buat sekiranya dalam redha Allah, maka usahakanlah.
Sesungguh kerja-kerja untuk agama adalah seperti kita berdagang dengan Allah Ta'ala . Allah itu Maha Kaya , pemilik khazanah alam semesta, kenapa kita tak nak berurusniaga dengan Tuhan yang maha kaya?
Baitus Solehah adalah sebuah rumah perlindungan untuk menempatkan gadis-gadis terlanjur yang telah hamil. Kita wajib selamatkan mereka dari berterusan melakukan dosa besar.
Dengan memberikan bimbingan untuk bertaubat nasuha, mentarbiyah kembali asas-asas fardhu ain dan membersihkan aqidah, mengukuhkan akidah mereka moga-moga mereka menjadi muslimah yang diterima Allah.
Maka bantulah kami, kerana Baitus Solehah berorientasikan kebajikan, mereka yang menyerah diri untuk ditarbiyah dan dibimbing tidak dikenakan sebarang bayaran.
Mendidik kepada yang inginkan bimbingan, ingin kembali ke jalan yang lurus akan sentiasa mendapat rahmat Allah Ta'ala. Setiap orang, walaupun sezarah yang dia usahakan dalam membantu kerja dakwah, akan Allah nilai dicatat dalam buku amalan ,dihisab dan ditimbang di Mahsyar nanti.
Jom kita lakukan, usahakan ikut kemampuan kita.
Sudi kiranya membantu Baitus Solehah. Sebarang sumbangan untuk Rumah Perlindungan Wanita, Baitus Solehah boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank : 551306513550 atas nama Baitus Solehah.
Emailkan : munaliza_smtun@yahoo.com, atau sms 0197799682
Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan tidak terhingga dari sumber yang tidak diketahui, memudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kepada semua penyumbang dan keluarga.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment