بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sebelum kami tiba jantung telah berhenti seketika. Kami sampai bernafas menggunakan mesin pernafasan, masih berlaku pendarahan hati. (menurut pakar, pendarahan bahagian hati tak mahu berhenti).
Zauj saya membaca surah Yassin dan saya sentiasa melafazkan kalimah syahadah ditelinganya. Pada akhir bacaan Yassin nampak gegaran pernafasan sehingga kedengaran agak kuat dan bergegar katil. MasyaAllah... agak dalam 5 minit kembali tenang...
Mohon doa rakan-rakan untuk dihadiahkan kepada dia agar diampun segala dosa dan dilimpahi rahmat Allah ke atasnya.
Kita tak tahu bagaimana takdir kita, akhiran hidup kita, maka dengan kita mendoakan dia , moga saat sakaratul maut kita nanti dipermudahkan.
Tidak kira siapa pun dia, selagi dia beriman, masih melafazkan syahadah maka dia tetap seorang muslim. Berdoalah untuk dia kerana janji Allah, ketika kita mendoakan kebaikkan untuk seseorang, maka ketika itu malaikat juga mendoakan untuk kita sama dengan doa kita untuk orang itu.
Jadi jika kita doa agar dia mati dalam iman dan rahmat Allah, maka malaikat juga mendoakan kita agar kita mati dalam iman dan rahmat Allah.
Terkesan melihat saat sakaratul maut seseorang di depan mata malam tadi. Tapi saya tak dapat tunggu kerana teringat dengan kata-kata Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz pagi semalamnya mengatakan yang menjadi rahsia Allah ialah saat kematian. Jadi jika saya tunggu pun , saya tak tahu bila saat itu tiba.
Kenapa Allah rahsiakan kematian?
Ini merupakan antara rahsia-rahsia Allah. Seperti firman Allah, Surah Luqman ayat 34, "Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."
Ada beberapa perkara yang dirahsiakan oleh Allah.
1. kelahiran,
2. Turunnya Hujan,
3. Jantina anak awal kandungan,
4. Apa yang berlaku hari esok,
5. Bila , dimana dan bagaimana kamu mati.
Kalau kita tahu apa yang akan berlaku tak adalah rahsia lagi. Walaupun kita memang merancang, tidak ada sesiapa dapat beri jaminan ia akan terjadi dan berlaku.
Itulah kekuasaaan Allah. Namun semuanya ada hint dari Allah, sebab itu ada juga yang tahu bila saat kematiannya seperti sabda Rasullulah dalam khutabh Haji Wada'.
Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Ada orang takut mati kerana belum sedia. Bekalan belum ada. Kalau dah tahu tak ada bekalan, maka cari bekalan. Buat bekal macam kita nak bermusafir.
Mati ni cuma perpindahan saja , berpindah alam dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran, perpindahan dari alam rahim ke alam dunia.
Mereka yang bersedia untuk mati tidak ada rasa gentar kerana dalam diri penuh rasa harap pada rahmat Allah.
Kaedah Luqman Hakim mendidik anaknya supaya sedarkan dunia ini bukanlah suatu alam yang kekal ialah apabila berlaku kematian, dia akan bawa menziarahi. Tujuannya supaya melahirkan kesedaran dalam diri.
Berbeza dengan kita hari ini, langsung tidak mendedahkan anak-anak dengan kematian. Tidak mendedahkan anak-anak bagaimana kaedah menguruskan jenazah. Jadi bagaimana nak suruh anak tu mandi, kafan, solat dan kebumikan kita jika kita sendiri yang menjauhkan mereka dengan kematian?
Surah al-baqarah ayat 28,
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). "
Ada 2 jenis kematian, iaitu mati kecil dan mati besar. Bila roh keluar dari badan itulah yang dikatakan mati.
Mati kecil tu tidor. Mati besar apabila kita meninggal dunia.
Hadith nabi,"barang siapa masuk bilik tidor, bacalah surah-surah dari firman Allah, Allah akan wakilkan malaikat menjaganya"
Maka roh yang keluar dari badan tu keluar sikit-sikit...itulah tidor.
Fikir-fikirlah...
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment