بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat petang puan, saya dari XYZ takaful. Saya dapati puan ni sudah lama comitmen bersama perbankan ABC, maka saya ada 8 benefit untuk ditawarkan kepada puan.
Boleh puan luangkan masa untk mendengar?
Maaf ya, ini cerita tentang apa ya?
Tentang takaful. Sebelum tu boleh saya puan bekerja dimana?
Oh..saya bekerja di rumah sahaja.
Sebagai apa puan?
Sebagai chef, cleaner, dan waitress.
Iskh...banyaknya kerja puan, rumah puan sebuah resort atau pub?
Eh..awak ni nak soal siasat hal saya kenapa? Tadi kata nak terangkan tentang takaful.
Begini puan, bank ABC menawarkan perlindungan kepada puan , ada 8 faedah yang puan perolehi.
Oh... perlindungan ke? Tak payah la...saya tak berminat.
Kenapa? Puan ada perlindungan ke?
Ada, mana pulak tak ada. Tapi polisi insuran yang sedia ada saya dah serahkan kepada syarikat. Sekarang saya dilindungi oleh sistem lebih bagus.
Polisi apa yang puan ambik tu?
Allah yang lindungi saya sekarang ni. Tak ada apa-apa polisi yang lebih bagus dari ini.
Juru promosi terus terdiam, dan meletakkan telefon.
Sketsa petang Khamis...di saat mata saya mahu terlelap.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment