بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rumah Perlindungan wanita |
Kita tak pasti adakah ibadah kita mampu membawa kita ke syurga kerana dalam firman-firman Allah sentiasa menyebut, " orang-orang beriman dan beramal soleh".
Jadi setakat beriman saja tak cukup, kita kena tambah melalui amal soleh. Sekurang-kurangnya ada usaha kita untuk membantu menangani masalah ummah.
Skop amal soleh tu luas, salah satunya melindungi mereka kesusahan dan membimbing mereka meniti di jalan Allah yang lurus.Jangan biar mereka terus tegelincir dan jika sudah tersandung kita pimpin mereka semula.
Apa urusan pun akan mudah jika kita sering memudahkan urusan orang lain.
Pagi ni saja, saya buka private mesej di halaqah, di fesbuk, dah ada beberapa maklumat yang diperlukan untuk bentuk modul dan kertas kerja rumah perlindungan.
Bila saya menelefon seseorang yang berpengalaman membuat kertas kerja dan modul rumah perlindungan, segera di jawap dan tidak lokek untuk menerangkan serta memberi tunjuk ajar. Panggilan ke Kelantan tuuu...
Maka saya pun mulakan usaha mencari nama rumah. Satu nama dipilih dari banyak-banyak nama yang diberikan. Macam-macam nama telah dicadangankan antaranya, Baitul Muslimah Ain Zulaikha , Baitulmuslimah An Nur, Baitul Ar Rasshidah(yg memberi kekuatan & kecerdasan), Baitul Qaisara Yusra, baitul Hudatul Insyirah, Baitul Huda wal Insyirah, Pusat Inkubator awam ataupun Pusat Hasrat Awam, BAITUSSAKINAH, Bayt Al-Hidayah , Bayt Al-'Inayah atau Bayt Al-Aamin.
Baitus Solehah |
Alhamdullilah, nama telah terpilih ialah Baitus Solehah. Moga-moga ucapan ramai menjadi doa agar penghuninya menjadi solehah.
Rumah perlindungan ini bukan semata-mata rumah kediaman untuk makan, tidor sahaja tetap dijadi rumah penggajian dan pentarbiyahan untuk mendidik mereka benar-benar bertaubat nasuha, kembali menjalani kehidupan sebagai muslimah yang Allah redha. InsyaAllah.
Membentuk dan merangka kertas kerja penubuhan Baitus Solehah dan modulnya.
Maka mulalah saya berbincang dengan menjadikan dinding fesbuk saya sebagai dewan permesyuaratan. Sesiapa saya bebas memberikan pandangan dan cadangan.
Sesiapa sudi bantu dapatkan maklumat dan merangkanya, saya ucapkan terima kasih. Senarai nama ahli lembaga penubuhan telah ada.
Bukan sekadar untuk tempat tinggal |
Kenapa saya sangat teruja untuk menubuhkan Baitus Solehah?
Islam agama penuh dengan kasih sayang. Mewujudkan kasih sayang pada diri sendiri, serta memberikan kasih sayang kepada siapa dan apa yang ada di alam ini adalah ibadah. Kalau kita tidak mampu untuk berjalan di muka bumi, tidak mampu untuk memberi bantuan harta benda, tidak mampu untuk berkongsi ILMU maka DOAkan saudara-saudara kita setiap kali selepas solat semuga mereka diberi kesabaran, hidayah dan keredhaan.
"Sesungguhnya kasih sayang itu cabang (penghubung) kepada Allah SWT. Barang siapa yang menyambungnya,maka Allah akan menyambung (kasih sayang-Nya) dengannya. Dan barang siapa yang memutuskannya, maka Allah akan memutus (kasih sayang-Nya) dengannya.” (HR. Bukhori)
Yang memberikan perlindungan mutlak tetap Allah Ta'ala. Kita sebagai ummah hanyalah sekadar berusaha dalam salah satu kerja amal soleh.
Moga-moga usaha dan cita-cita kita ni di dalam Rahmat Allah Ta'ala. Rumah ini akan ter'realisasi' dengan qudrat dan iradat Allah jua. Moga rahmat Allah melimpahi rumah ini.
Semoga usaha kecil kita semua dipandang Allah. Terima kasih kepada semua yang membantu.
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
0 comments:
Post a Comment