BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 30 December 2012

Risalah Untuk Para Pesakit



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Pesan Badiuzzaman Said Nursi kepada pesakit (Risalah Untuk Para Pesakit)

Terlantar sakit di wad HSAJB
Kepada pesakit yang kebuntuan/ Kritikal

Janganlah anda gelisah. Bersabarlah! Penyakit yang anda hadapi bukanlah penyakit buat anda, tetapi ia adalah sejenis penawar.


Usia menjadi panjang disebabkan penyakit, sehingga diungkapkan: “Aduhai alangkah panjangnya masa musibah dan pendeknya masa kemewahan”.


Kepada pesakit yang kurang sabar!

Bersabarlah! Bahkan bersyukurlah! Sakit yang anda alami boleh menukarkan beberapa minit umur anda menjadi beberapa jam ibadat. Ini adalah kerana . Seseorang yang ditimpa musibah penyakit akan meminta perlindungan kepada Allah s.w.t., mengharapkan pertolonganNya dan memohon bantuanNya.. Dengan tadharru’ tersebut dia akan memperolehi suatu ibadat maknawi yang ikhlas dan bersih suci daripada sebarang perasaan riak.


Terdapat beberapa riwayat sahih yang mengatakan umur seseorang mukmin yang bercampur dengan sakit adalah dianggap sebagai ibadat, dengan syarat tidak berkeluh kesah dan tidak berputus asa terhadap rahmatNya. Ada juga riwayat mengatakan satu minit kesakitan yang dihadapi oleh orang-orang yang bersyukur dan sabar adalah dianggap menyamai satu jam ibadat yang sempurna.


Kepada pesakit yang tidak mampu bersabar!

Tujuan manusia dihidupkan ke dunia ini bukanlah untuk berseronok dan bersedap-sedap. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang muda akan menjadi tua.


Manusia datang ke dunia ini bukan untuk menghabiskan kehidupan dalam keadaan mewah, bahkan kedatangannya ke dunia ini bertujuan agar dia memperolehi kebahagiaan hidup yang kekal dan abadi.. Jika tidak mengalami sakit, seseorang itu akan hidup dalam keadaan alpa kerana sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat.


Kepada pesakit yang mengadu kesakitan!

Ketahuilah bahawa anda tidak berhak untuk mengadu. Bahkan anda berkewajipan untuk bersyukur dan bersabar sahaja. Kerana anggota tubuh badan luaran dan dalaman anda, bahkan diri anda sendiri bukanlah milik anda. Anda tidak membuat sendiri. Anda juga tidak membelinya daripada mana-mana syarikat atau kilang. Oleh itu, ia adalah milik pihak lain. Pemiliknya boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakinya terhadap barangan miliknya.


Kepada pesakit yang sedang diuji!

penyakit yang dihadapi oleh segolongan manusia merupakan satu bentuk ihsan Ilahi dan hadiah dari Maha Pemurah.


“Wahai saudaraku! Saya tidak menentang penyakit yang anda hadapi. Saya juga tidak merasa kasihan terhadap anda atas penyakit yang anda hadapi sehingga membolehkan saya melakukan doa untuk anda. Mudah-mudahan anda terus bersabar dan teguh pendirian menghadapi penyakit ini hingga akhirnya anda sembuh dan kembali sihat walafiat. Kerana selepas penyakit ini selesai menjalankan tugasnya, al-Khaliq al-Rahim, Tuhan yang Maha Pencipta lagi Maha Penyayang itu pasti akan menyembuhkan anda, insyaAllah”.


Oleh itu, sebenarnya penyakit anda adalah ibarat kesihatan bagi anda. Manakala kesihatan yang sedang dinikmati oleh sebahagian manusia pula adalah seperti penyakit buat mereka”.



Kepada pesakit yang mengadu kesakitan!

Saya bertanya kepada anda tentang hari-hari lalu yang bahagia lagi penuh kenikmatan Sudah pasti anda akan melepaskan nafas kelegaan seraya berkata “Alhamdulillah, syukur”.


Apabila terkenang penyakit dan bencara yang anda hadapai maka hati atau lidah anda akan berkata: “Alangkah sedihnya! Alangkah dukacitanya!”.


Oleh kerana kelazatan selama satu hari yang diperolehi melalui jalan yang tidak syar’ie kadang-kadang akan menyebabkan seseorang berada dalam keadaan kesakitan maknawi selama setahun genap. Begitu juga kesakitan yang terhasil daripada penyakit sementara yang dialami selama sehari akan membuahkan kelazatan maknawi selama beberapa hari, kerana ia dicelahi oleh balasan pahala. Ia juga membuahkan kelazatan maknawi yang lahir daripada kesembuhannya daripada penyakit tersebut. Oleh itu, anda hendaklah benar-benar ingat akan natijah daripada penyakit sementara yang anda alami. Fikirkanlah tentang besarnya balasan pahala yang diharapkan terhasil melalui celah-celah penyakit yang anda hadapi. Bersyukurlah , bukan mengadu kesakitan. Katakanlah: “Ya Allah! Setiap keadaan akan berubah…”.



Sumber Abdul Latip Talib | Penulis Novel Sejarah






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 29 December 2012

Aku Orang Kampung



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




sawah hijau menyegarkan
Aku orang kampung, berasal dari kawasan yang mengusahakan sawah padi. Sawah padi cuma di belakang rumah saja, sesayup mata memandang. Hijau menawan menyegarkan pandangan.


Kehidupan masa kecik yang payah tanpa sumber air bersih, tanpa bekalan eletrik dan tanpa perhubungan jalan raya.


kepok padi
Perhubungan telefon? Jauh ikan dari pemanggang. Rata-rata taraf kehidupan orang kampung zaman itu sama saja, miskin kais ikut musim, bukan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerja ikut musim, bila habis menunai, padi disimpan dalam gudang atau kepok, di jual bila diperlukan terutama ketika awal tahun persekolahan.


Tapikan, masih dalam ingatan, yuran persekolahan RM 3 , pun masih payah nak dibayar kerana tidak mampu. Seorang anak RM 3, 4 orang anak bersekolah, RM 12. Besar nilainya pada masa itu. Pergi sekolah cuma bawa bekal duit 5 sen aja. Ntah tak tahu untuk beli apa. Hari-hari pergi sekolah bawa bekal nasi dan air sejuk dari rumah.


Bekalan untuk memasak dan minuman harian bersumberkan air tadahan hujan yang ditakung dalam tempayan. Mandi , mencuci pinggang mangkuk dan pakaian pula menggunakan air dari telaga atau air parit yang mengalir di depan rumah.


lampu gasoline


pelita yang aku guna untuk study
Sumber cahaya di waktu malam cuma menggunakan pelita dan lampu gas. Gasoline. Puas aku belajar waktu malam bertemankan pelita bersumbu tali guni. Berjelaga hitam dalam lubang hidung. Tidor dalam kelambu bila habis study. Tak sanggup tidor tanpa kelambu kerana bilangan nyamuk sama dengan bilangan semut menghurung gula. Masa belajar puas bertepuk tampar dengan nyamuk. Selalunya waktu senja dah hidupkan bara supaya berasap, nyamuk akan menjauhi rumah. Dah lewat malam, bara habis, asap takde, nyamuk datang menghurung.


Jalan perhubungan cuma batu blok sekeping di susun melintang. Seluas lalaun rel keretapi tu saja. nak tunjuk gambar pun dah takde tempatnya nak diambil. Anehnya, semua orang kampung cekap berselisih ketika berbasikal tanpa perlu berhenti macam sekarang pandu kereta dan berselisih dengan kereta lain dilaluan sempit.

berbasikal di ban tali air

Yang tak cekap, cuma aku saja, selalu jatuh dalam parit dengan basikal. Seperti luncai terjun dengan labunya. aku terjun parit dengan basikal , dengan beg sekolah dan berpakaian sekolah. Bila dah kuyup begitu, alamatnya tak dapat ke sekolah. Sorong basikal balik rumah.


Untuk ke sekolah, dari rumah kena berbasikal sejauh 3 km, hingga ke tepi jalan raya. Lepas tu kena tunggu bas. Jadinya mesti keluar rumah seawal jam 6 pagi , cahaya fajar masih berbalam-balam, selepas saja solat subuh. Itu bila dah tingkatan 3 , persekolahan sessi pagi. Ketika tingkatan 1 dan 2, persekolahan sessi petang, pergi jam 10.30 pagi, balik pulak jam 7 .15 malam. Dah gelap kena berbasikal. Basikal tak pernah ada lampu, namun mata masih dapat melihat jalan dalam rembang senja. Alhamdulllilah Allah mengurniakan ketajaman pandangan mata dalam remang senja  dan  fajar subuh yang berbalam-balam.

dipanggil atang kayu sebagai tempat memasak

Masak, masih menggunakan kayu api. Aktiviti harian, kena angkut kayu api ke ruang dapur rumah. Masih menggunakan atang untuk memasak makanan. Debu , bara dan arang adalah mainan ketika itu bila nak memasak makanan. Dari kecik, tak kira anak lelaki atau perempuan memang kena rajin cari kayu api, angkut air guna baldi untuk memasak dan cuci pinggan mangkuk. Aktiviti hujung minggu ialah mencari kayu. Ambik pelepah kelapa kering, daun kering disasap orang banjar kata "nyasap daun nyiur" ulah umpan api. Pelepah kering untuk gagas api menyala. Tempurung dan sabut untuk bara.


aksi di sawah padi
Zaman dulu memang takde rasa takut atau menjadi penakut. Berani aja keluar rumah malam-malam untuk ke telaga berwudhuk atau subuh-subuh gelap untuk mandi. Lagi pun mana ada TV zaman tu nak siarkan cerita seram. Setakat orang cerita tanpa ada gambaran wajah, takde nya rasa takut. Zaman aku kecik TV dah ada, tapi kat rumah orang kaya. Rumah aku mana ada TV atau radio.


Umur 7 tahun dah kena pergi sawah, bantu mak abah. Paling mampu dibuat ialah kena menarik puntalan rumput dibawa ke perenggan supaya sawah jadi lapang. Bila sawah dah lapang takde rumput, barulah boleh ditanam semai/anak padi.

Jika diberikan sekeping tanah sawah, memang aku mampu melakukannya dari menabur benih ditapak semaian  hingga menuai. Zaman dulu semuanya dilakukan secara manual menggunakan kudrat tulang 4 kerat.

Jentera membajak tanah

Zaman dah berubah, dah takde lagi orang mengerjakan sawah padi secara manual. Semua guna jentera pembajak untuk gembur tanah, guna mesin tabur benih dan mesin tuai. Air pula dari sumber tali air. Zaman dulu guna air hujan saja untuk mengerjakan sawah. Ada taliair tapi tidak sepenuhnya kerana masih bergantung hujan juga di Kolam Takungan Bukit Merah. Jika Empangan Air di Kolam Bukit Merah surut airnya, macamana pintu air nak dibuka dan dari mana air nak dialirkan masuk dalam tali air.



laluan kerikil yang ditar nipis cukup untuk laluan satu lorong kereta

Semuanya tinggal kenangan. Namun  jalan di kampung masih lagi batu kerikil dan laluannya cuma boleh lepas satu kereta saja. masih lagi berlopak sana sini kerana keadaan struktur tanah yang mudah mendap. Jika kereta nak berselisih, sebuah kereta kena berhenti dahulu di mana-mana laman rumah orang, tunggu kereta di hadapan melepasi laluan.
jambatan merentasi tali air menghubungkan orang hujung dengan orang pangkal


Perhubungan telefon dah ada tapi lebih kepada telefon tangan saja. Sebabnya vadalisme pulak. Sekejab ketika arwah mak masih ada, boleh guna line telefon ke rumah. Lepas tu  kabel telefon asyik kena curi, Telekom dan malas nak sambung mana-mana kabel yang dicuri. Pasal depa tak nak curi kabel eletrik ya?


berkubang dalam tali air
Baru-baru ni balik kampung, seronok anak-anak tengok taliair penuh dengan air. Apa lagi berkubang lah jawapnya. Dari situlah juga kenapa aku cekap berenang dan anak-anak juga mahir berenang. Berenang di tali air. Tak payah berbayar. Terjun aja. Kuak lentang, kuak kupu-kupu atau mengapungkan diri, semuanya reti. Memang pun anak-anak dari usia 2 tahun dah biasa mandi di talir air dan di ajar berenang.

Berenang berbagai gaya



seronok tak terkira dapat berkubang dalam tali air

Anak bongsu tu, lebih cekap berenang dari naik basikal. Imran dah berusia 10 tahun, tapi masih tak reti berbasikal. Berenang? Sangatlah mahir.


anak ayam jadi mangsa buat mainan


Bila balik kampung, anak-anak tak pernah rasa jemu. duduk sebulan pun mereka takde rasa bosan walaupun takde TV. Sebabnya aktiviti harian mereka ialah tangkap belut, pancing ikan,  kejar ayam , main layang-layang atau main kejar-kejar di sawah padi. Anak-anak dah biasa survival hidup di kampung. memancing tak kira tempat bukan kolam berbayar sebaliknya di sungai, di sawah padi, di tepi telaga atau parit. Pendek kata, asal ada air je mereka terus tahan unjun atau pancing.


ayah yang ajar anak-anak memancing

Amat jauh berbeza dengan kehidupan kanak-kanak zaman ini. Duduk dalam rumah, hanya lakukan senaman jari. Lagi canggih yang guna touch screen, hanya guna satu jari saja. Langsung tak de aktiviti yang menyihatkan tubuh badan supaya keluar peluh.  Rasa tak best langsung jadi kanak-kanak zaman ini.

petang-petang boleh rehat dalam buai bawah pokok

Itulah sedikit catatan dari orang kampung. Anak-anak masih merasai kehidupan cara kampung hingga kini. Kampung aku masih tidak jauh berubah walaupun zaman berubah sekian dekad.


1972 hingga 1977 bersekolah kebangsaan. 1978 - 1982 bersekolah menengah. 1983 dapat masuk IPTA. 1984 bertemu jodoh, kahwin. Masa kahwin tu masih lagi tiada perhubungan jalan raya di kampung, masih guna bekalan air hujan untuk masak dan minum, masih lagi gunakan pelita untuk menerangi waktu malam. 1987 , rumah pusaka arwah mak abah terbakar, tinggal sehelai sepinggang saja lagi.  Rumah kayu beratap zink buruk yang reput dan  atap nipah. Mudah sangat terbakar ketika musim kering yang berangin. Hilang lenyap segala kenangan bila semua benda terbakar hangus kecuali al-quran yang elok terletak atas tunggul-tunggul kayu yang telah jadi arang.


Macamana tak habis terbakar, macamana jentera bomba nak datang  sampai ke rumah ,  lalaun jalan untuk kereta pun tak ada, cuma boleh lalu  atas ban taliair saja, ahli bomba berjalan kaki angkut jentera pam air , dan pam air secara manual. Kesukaran lagi ketika itu musim kering, aras air dalam parit cetek,  nak ambik sumber air dari mana  nak dipancut padamkan api? Tengok ajalah sampai rumah tu habis terbakar jadi arang. Bomba cuma boleh buat laporan saja datang tengok api dan mengawal kebakaran dari merebak ke rumah lain. Nak merebak apanya, rumah di kampung sebuah-sebuah, jauh pulak jaraknya. Takdelah sempat api tu nak merebak ke rumah lain.



menikmati keindahan alam  di tepi sawah padi


Oh..banyak kenangan nak ditulis buat bacaan anak cucu, tunggulah opah ada idea nak menulis lagi. Kemiskinan bukan untuk diwarisi bagi yang sentiasa rajin berusaha, doa,  yakin dan tawakal pada rahmat Allah Ta'ala.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday 28 December 2012

Mendidik Anak Secara Fitrah



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Terbaca ayat ini di status seorang rakan facebook, Pendidikan Anak Menurut Fitrah Islami.


"Seorang ibu perlu mendidik anak-anaknya dengan ilmu terutamanya ilmu fardhu ain dan pengurusan rumah tangga agar mereka mempunyai cukup persiapan untuk menghadapi alam berumah tangga apabila dewasa kelak."


Walau apa  pun,  seorang ibu wajar mentarbiyah perkara pengurusan diri terlebih dahulu kepada anak-anak sebelum perkara fadhu ain dan pengurusan rumah tangga searas usia mereka.


Apa yang pertama nak ajar mereka lakukan? Mandi sendiri, ambik pakaian sendiri, pakai pakaian sendiri, lepas mandi sidai tuala mandi, masukkan pakaian kotor dalam bakul. Bila usia meningkat sedikit, ajar mereka menggunakan bilik air dengan betul supaya bab taharah terjaga dan terpelihara.


Seingat ummi, memang sejak anak mumaiz lagi, seawal usia 4 tahun sudah dididik dengan pendidikan fardhu ain dan pengurusan rumah tangga. Didik anak adap sopan dan hal-hal aurat.


Sebab itu mana-mana anak yang lidahnya agak tajam /laser boleh terungkap perkataan ini, bila suatu hari jiran yang berusia dalam 30an datang bertandang ketika waktu tengah hari,  "ummi kata,  waktu tengah hari tak boleh datang rumah orang." Terkesima saya dan jiran tu. Terus jiran tu minta diri balik rumah semula. Anak-anak pulak, mereka ingat setiap adap peraturan yang telah kita tetapkan.  Larangan ini saya katakan pada anak-anak supaya mereka tahu adap berziarah ke rumah jiran atau kawan untuk bermain.



Waktu tengah hari , waktu sebuk nak sediakan makanan, nak hidang makanan, nak makan dan lepas tu nak solat bersama keluarga.  Jadi saya larang mereka ke rumah jiran , tak mahu jiran rasa kurang selesa dengan kehadiran anak-anak kita yang asyik nak bermain saja. Sekalinya sedap aja anak ni aplikasikan dalam kehidupannya dengan menasihati orang lain. Cumanya anak ni tak tahu kepada siapa patut dikatakan ayat larangan itu samada rakan sebaya atau orang tua.


Najdah dan Amiratun berusia 4 dan 6 tahun ketika dalam keretapi

Yang kedua, ayat laser seorang anak bila mana, seorang perempuan tidak menutup aurat dengan sempurna datang ke rumah, masih saya ingat masa itu umur anak saya tu 6 tahun, "dah besar kenapa tak pakai tudung?"  Adoiii... teguran ikhlas seorang budak! Kesannya, esoknya terus perempuan itu memakai tudung. Tidak pernah lagi saya melihat perempuan itu samada di rumah atau keluar rumah tidak bertudung. Agaknya hidayah Allah untuk dia berubah melalui seorang anak kecil.

cari pengalaman naik keretapi dengan ayah di Perak

Memang kita ajar anak perempuan tentang aurat seawal usia 4 tahun pun. Ajar pakai seluar panjang, ajar pakai tudung, ajar malu mandi tak tutup pintu. Zaman dulu ketika saya mendidik anak-anak memakai tudung ikut keadaan ketika tu. Mana ada tudung comel macam zaman ini. Tetapi anak-anak tetap mahu pakai dan mereka sendiri cari tudung apabila nak keluar rumah.

Usia najdah 8 tahun dan Amiratun 6 tahun di Terengganu

Usia Najdah 3 tahun

Belakang sekali, Amiratun berusia 7 tahun
Najdah berusia 7 tahun
Ini adalah antara gambar lama zaman anak-anak kecil dulu, bertudung ikut zaman itu. Bermakna walau zaman berubah, tudung tetap bertudung, aurat tetap ditutup.


Begitu juga dalam bab bersuci, menggunakan air mutlak untuk berwudhuk dan berintinjak. Tidak boleh buang air di lantai bilik air, takut tidak bersih cuci kaki, akan menyebabkan najis di bawa merata-rata dalam rumah. Saya didik mereka buang air di dalam mangkuk tandas. Jika tandas duduk, saya sediakan bangku kecil untuk mereka pijak berdiri dan duduk di mangkuk tandas.  Mesti cuci kami sebelum keluar tandas. Semua ini perlukan kesabaran dan tunjuk ajar yang betul.


Ajar anak beristinjak sendiri menggunakan paip getah supaya bersih


Bila bab bersuci telah diamalkan, barulah masuk bab wudhuk. Tunjuk ajar cara berwudhuk. Ada ibu bapa kata, tunggu nanti dah sekolah cikgu ajar la. Bagi saya, sapa yang ajar, dia dapat saham. Ilmu yang diajar jika digunakan akan jadi ilmu bermanafaat dan sampai dibarzakh nanti. Jadi kenapa nak tunggu ustazah sekolah ajar? atau ustaz ajar? Kitalah guru pertama yang patut ajar. Duduk sama-sama dalam bilik air, tunjuk cara berwudhuk yang betul. Hari ni tak ingat, esok ulang lagi. Lama-lama dia ingatlah. Bila bab berwudhuk lepas, barulah masuk bab solat.


Pernah kamu sebagai ibu bapa duduk dibelakang anak, ketika anak sedang solat untuk mempastikan pergerakkan tangan , kaki  dan cara yang betul rokok, sujud, tama'ninah, duduk antara 2 sujud dan duduk tahiyat akhir?


Semua ni kena didik dan pastikan betul seawal usia ketika memperkenalkan solat. Dan dari masa ke semasa kena cek dan lihat adakah betul atau tidak kedudukan kaki, jari dan sebagainya. Ada orang belikan buku, ada orang tayangkan cd atau video, tapi jika tidak ada pemantauan tak jadi juga. Kena lihat sama-sama, baca sama-sama dan perhatikan bila mereka melakukan.


 Alhamdullilah... anak menurut didikan cara tu.


Bila bab fadhu ain lepas, barulah masuk dalam urusan rumah tangga. Bila dan bagaimana? Kemas rumah, sapu lantai, sidai pakaian, angkat dari jemuran, lipat dan susun pakaian dengan kemas. Kena sabar sebab sambil kita ajar, mereka tetap dengan naluri nak bermain. Macam-macam idea mereka dapat ketika kita sama-sama melakukan kerja tu.


Saya ajar anak memasak nasi ketika itu saya sedang berpantang. Selepas melahirkan anak ke 6, Omar Abdul Azin. Amiratun Nazihah baru berusia 6 tahun. Saya ajar dia dari mula menyukat beras, cuci beras dan menyukat air. Selepas itu cara menggunakan periuk elektrik untuk masak nasi. Tunjukkan satu persatu dengan anak tu yang melakukan.


Ini kira kerja praktikal terus bukan ada teori. Sejauh manalah anak kecik 6 tahun boleh ingat jika ajar masak nasi secara teori. Ajar masak nasi secara prkatikal lebih berkesan. Cepat dapat dan ingat. Sama seperti kita ajar anak-anak solat, terus kepada praktikal lebih berkesan dari teori dahulu.


Sebelum-sebelum tu, telah tunjuk juga dan ajar buat minuman. Paling asas, cara membuat minuman coklat sendiri. Ajar cara makan sendiri, supaya tidak bersepah atau bertarabur.


Oh...jika mahu ditulis teliti banyak  yang ingin dikongsi. Nanti-nantilah pulak saya sambung ya...




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Wednesday 26 December 2012

Pemuda Unik Dan Istimewa



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



airmata yang bukan sia-sia
Pemuda unik ialah pemuda istimewa yang Allah angkat darjatnya apabila mampu bangun di malam hari untuk mengerjakan solat 2 rakaat. Pemuda yang mampu mengalirkan air mata di kala sujud yang panjang menghadap Ilahi.


Pemuda yang cinta kepada solat berjemaah, mengutamakan solat berjemaah di surau atau masjid. Pemuda yang mampu menghadap TuhanNYA di awal waktu dengan mengenepikan apa jua pekerjaan di ketika itu.


Sebaik mendengar seruan dari TuhanNYA, pemuda itu mampu bangkit dan bersegera melangkah ke masjid atau surau. Pemuda yang bersiap sedia awal -awal untuk bertemu kekasihnya jika jauh dari masjid. Pemuda yang sanggup merempuh panas dan dingin untuk menemui Tuhannya.


Dan lebih unik dan dicemburu jika mendengar  suara esakkan ketika solat dan mampu menangis ketika sujud. Alangkah indah rasa itu.


Ini bermakna airmatanya bukan airmata yang sia-sia. Pastinya airmata itu mampu mendinginkan tubuhnya dari bahang panas ketika di mahsyar nanti. Saya juga bercita-cita moga-moga ada zuriat saya menjadi seperti pemuda ini. Pemuda unik yang istimewa. Mungkin tidak perlu tahu ketika hidup, tetapi saya merasi nikmatnya di barzakh sana.


Pemuda Unik yang Istimewa
Masih adakah pemuda yang begini zaman ini. Ya , masih ramai dari jutaan makhluk Allah. Disebabkan adanya pemuda ini, maka bumi masih makmur dan mujahidin yang mencintai syahid sentiasa ada. Allahu Akbar!


Tertarik dengan catatan Dr Zainur Rasyid ketika dia bermusafir ke Scodland, saya kongsikan catatannya di sini. Catatn ini ditulis ketika Dr Zainur Rasyid diberikan peluang berinteraksi dan berkongsi pengalaman dengan lebih dekat bersama 160 orang anak muda mahasiswa Malaysia yang belajar di Eropah di dalam program Jalinan Musim Sejuk (JUMS 2012) di Edinburgh.




Pemuda yang ku hormati, pemuda yang ku cemburui...

Aku mengambil keputusan untuk menuruti kehendak sang mata yang tidak mampu ku lawan lagi. Apatah lagi suhu sejuk semakin mencengkam tubuhku yang telah biasa dengan kenikmatan cuaca di bumi Malaysia yang begitu merehatkan.


Aku tidur dengan agak lena miski pun kedinginan udara bumi Scotland masih tetap dirasa. Ketika lampu masjid dipadamkan satu persatu untuk memberikan ruang kepada para pemuda ini merehatkan tubuh dan mindanya, aku dikejutkan dengan rasa hangat yang menyelimuti tubuhku. Rupa-rupanya ada seorang anak muda yang menyelimutkanku dengan ‘dovet’ (selimut tebal). Alhamdulillah, nikmat sunnguh beradu dalam kesejukan dan diselimutkan pula dengan kelengkapan sedemikian. Cuma yang menjadi pertanyaan di kepalaku ialah ‘siapakah anak muda’ yang begitu baik hati ini. Ya, aku sangat menghormatimu  wahai anak muda dengan ukhuwah yang kau tunjukkan…..


Aku meneruskan kehendak sang mata sehinggalah ianya segar kembali. Tidak mengejutkanku apabila secara tiba-tiba sang mata mula terjaga seawal pukul 3.30 pagi dan berdegil tidak mahu meneruskan sesi ‘beradu’. Apa peliknya, sistem biologi ini masih mencintai jam di bumi yang telah menunjukkan pukul 11.30 pagi. (8 jam perbezaan waktu Malaysia dengan UK).


Sang mata bertegas untuk bertugas miski pun masih berbaki 3 jam sebelum masuk waktu subuh di Scotland ini. Ada baiknya untuk aku memanfaatkan masa keemasan ini untuk bersolat malam dan mendampingi naskhah al Qur’an yang ku bawa bersama dari Malaysia.


Dalam kesamaran penghujung malam yang dinginnya mencengkam, ku dapati beberapa anak muda bangkit meredahi  kesejukan bagi mendambakan dirinya kepada Rabbul Izzati. Subhanallah, hebatnya beberapa pemuda istimewa yang terpilih ini.


Aku meneruskan tugasanku untuk menghayati keindahan pengajaran daripada surah ar Rahman, di antara surah dalam al Quran yang kerap aku damping. Sayu hatiku dan sebak dadaku ketika menghayati inti pati daripada surah ar Rahman ini. Lelehan air mata hangat mengalir sedikit demi sedikit bersama keinsafan diri.


Saat paling hampir dengan Allah
Hati yang syahdu ini dikejutkan oleh suara seorang anak muda yang sedang menahan tangisannya di dalam solatnya. Namun tangisan derasnya semakin sukar dibendung ketika dia bersujud merendahkan diri kepada Ilahi. Entah mengapa secara tiba-tiba lelehan hangat air mataku berjurai deras membasahi pipi ini.


Subhanallah, inilah di antara saat-saat manis yang sangat aku cemburui dalam hidup ini.


Apakah rahsianya apabila seorang pemuda ini mampu untuk bangkit di awal pagi sambil meredahi kedinginannya yang mencengkam tulang untuk bersolat tahajjud? Apakah rahsia hatinya apabila pemuda ini mampu menyatakan rasa cinta yang tidak berbelah bagi bersama ‘Kekasih’nya ketika insan-insan lain sedang memenuhi keperluan diri?


Subhanallah, aku menghormati dan sangat mencemburuimu wahai pemuda...


Semoga Allah mengurniakan kita zuriat dan pewaris yang sentiasa menyejukkan hati dengan kecintaan yang tidak berbelah bagi kepada perjuanganNya dan sentiasa berkorban untukNya.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 24 December 2012

Buat Aja Perkara Baik



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Masjid Tenggaroh 5, Jemaluang

Masjid dan surau adalah tempat mulia yang Allah angkat darjat ke dua-duanya menjadi tempat perhimpunan 5 kali sehari semalam.

Perhimpunan dengan mengerjakan solat berjemaah, bersama-sama mengagung dan menyembah dan mengESAkanNYA.Sepatutnya tempat murni dan bersih.

Kenapa mall yang jadi tumpuan manusia boleh bersih tetapi tidak dengan masjid atau surau?

Kita boleh jawap , mall ada cleaner yang cuci, ada orang membayar upah kepada pencuci dan memang ada sejenis perkhidmatan dalam bidang pekerjaan yang diperakui untuk mengendalikan kebersihan.

Masjid? Tak ada cleaner nak bersihkan. Sedangkan sebenarnya jika sapa-sapa yang melakukan pembersihan, menjaga kebersihan di masjid dan surau upah yang diperolehi jauh lebih tinggi bayarannya kerana Allah itu Maha Kaya.

Bersih itu sebahagian dari Iman, jika sebahagian ini dilakukan kita tinggal nak top up sebahagian lain dengan ibadah khusus yang diwajibkan saja.

Jom moga-moga kita pertingkatkan iman dan amal dalam meraih rahmat Allah Ta'ala. Kerja yang kita lakukan tak besar mana, manusia tak pandang pun, tetapi Allah pandang dan ada nilai di sisi Allah Ta'ala.

Semalam kebetulan pergi meminang di Felda Tenggaroh, singgah solat zohor di Masjid Tenggaroh 5. Kami tiba awal sebab rancangannya sebaik selepas solat zohor terus ke rumah yang dihajatkan.

Alhamdullilah, ada tempat untuk meluruskan urat saraf yang kejang kerana lamanya perjalanan dari Skudai ke sana.

Inilah jariah kecik 
Selepas menggunakan bilik air, bersegera saya ke kedai hardware berhampiran mencari saluran getah paip dan pengikatnya. Teringat di rumah masih ada baki saluran getah paip lebihan hari tu, tetapi tak ingat di bawa kerana ada di dalam kereta toyota hilux. Hari ni bermusafir guna kereta Naza.

Segalanya dipermudahkan Allah. Tak jauh dari masjid tu ada kedai hardware, beli getah 5 meter dan pengingkatnya supaya saluran getah tidak mudah tertanggal dari muncung kepala paip.

Sangat bersyukur kerana Allah masih memberikan peluang untuk melakukan sedikit jariah di masjid yang lebih jauh dari rumah. Akan datang dipastikan setiap kali bermusafir, ada bekalan saluran getah paip dibawa supaya dapat dipasang mana-mana masjid atau surau yang disinggahi.

Moga kita semua digolongkan dalam kumpulan hamba-hamba yang berada di jalan yang benar dalam redha Allah Ta'ala.

Ingat , apa kita buat dan war-warkan adalah tujuan mengajak orag lain buat sama, kerana perkara baik elok dikhabarkan bukan di rahsiakan, samada ikhlas atau tidak itu urusan Allah. Yang utama kita lakukan bukan untuk mendapat pandangn manusia.

Biarlah apa orang nak kata. Jangan hairaukan ujian dan mulut yang lain di luar sana ya. Ingatlah setiap kejian (kutukan) mereka itu pun pahala untuk kita. Suka tidak?.

Kalau tidak percaya tidak mengapa. Buat aje...




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 11 December 2012

Peta Luka Dunia Islam


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Kita di Malaysia, boleh terus ikuti perkembangan umat di Palestin, Syria, Rohingya, dan sebagainya tetapi jangan kita lupa dan tanya diri apakah usaha aku untuk membantu mereka.


Sejauh mana sekali pun risau dan prihatin perihal isu Gaza, pastikan berkemampuan untuk berjuang mengangkat selimut di awal pagi bagi menggarap pertolongan dan kasih sayang Ilahi...


Yang penting, setiap malam jangan lupa berwudhu sebelum tidur, bangun di awal pagi dan solat subuh berjamaah.


Ya, berjihad untuk bersolat subuh berjamaah di masjid wahai teman...

Dari Abu Hurairah ra, menyatakan bahwa Rasulullah bersabda, yang artinya ,” Seorang hamba sangat dekat dengan Tuhan-nya saat ia sujud. Karena itu perbanyaklah berdoa saat itu ,” (Hadith riwayat Imam Muslim)


Kita akan termasuk di kalangan orang yang rugi miski pun sangat bersemangat untuk berjuang sekiranya gagal bangkit awal untuk mendekatkan diri denganNya...


Apabila bermunajat kepada Allah swt, seelok-eloknya kita meluaskan skop hajat kita untuk kebaikan kepada diri sendiri, ahli keluarga, sahabat dan masyarakat, negara sendiri dan juga kepada umat sejagat.


Isu Palestin adalah isu perdana umat di abad dan di saat ini. Namun sertai sama doa kebaikan untuk umat islam di Syria, Rohingya dan di dunia antarabangsa lainnya serta di watan sendiri.

Semoga kita dipilih Allah swt sebagai pencinta kebaikan dan pendokong kebenaran sebagaimana generasi yang unggul di zaman awal kemunculan cahaya al haq.


Isu Gaza dan Palestin bukanlah sekadar pemasalahan kekejaman dan kezaliman Israel kepada penduduk Gaza semata-mata.


Banyak perkara lain yang boleh dikongsikan selain daripada anak-anak dan wanita yang terkorban mahu pun masjid dan kemudahan awam yang dibom.


Dalam usaha beberapa NGO pergi ke Gaza, masih ada juga suara-suara sinis yang mempertikaikan.  Ini saya paparkan ayat-ayat tersebut buat kita renung dan fikirkan.


Isu mempertikaikan kenapa  pergi ke Gaza


Bagi saya isu Gaza ini adalah isu sejagat, isu umat yang mengaku dirinya Islam. Palestin bukanlah isu bermusim, bukanlah isu biasa tetapi Palestin adalah isu saudara kita, isu saudara seakidah kita, isu kita bersama.


Misi Solidariti Gaza
Semua pergi sana dengan duit poket sendiri, jadi kenapa mahu dipersoalkan. Bukan guna duit  sapa-sapa. Ini di tulis sendiri oleh salah seorang peserta yang pergi bersama NGO Aman Palestine.


Adakah kamu ingat aktivis yang pergi ke Palestine tu ditanggung oleh persatuan, NGO atau duit sumbangan orang ramai?  Jangan ada sesiapa terfikir duit sumbangan Bantuan Palestine tu untuk biaya aktivis ke sana. Aktivis yang pergi ke sana bayar sendiri tau. Setiap peserta Misi Solidariti Gaza menggunakan wang sendiri.

Seperti baru-baru ini ( pada 6 disember 2012), 120 aktivis pergi bersama Aman Palestine. Mereka pergi dari KLIA  transit di Bangkok sebelum tiba di Kaherah. Kos yang mereka belanjakan setiap seorang ialah RM 7500.


Ini tulisan seorang aktivis yang ikut serta, kenapa perlu bayar sebanyak RM 7500, kenapa duit tu tak disedekahkan saja terus ke rakyat Palestine.

Ada yg bertanya kenapa perlu bayar rm7500. Kan lebih baik sedekah jer. Ini jawapan saya sendiri, pandangan saya yg tak seberapa:-

1) biarlah kita bayar sendiri jika ingin berjihad. Walhal kalau bercuti ke luar negara lebih dpd 7500 kita peruntuk & belanjakan. Jgn diminta NGO yg bayar. Nauzubillah.

2) bantuan utk Palestin bukan sekadar dgn wang ringgit. Tekanan politik antarabangsa adalah salah satu caranya. Biar Israel tahu penuh satu kapal terbang kami datang. Kami adalah suara rakyat Malaysia. The more the louder. Any political science student/graduate can explain further. Please. Silakan perjelaskan dgn terminologi anda. Cth mesir, Tunisia, Libya. Same concept. Cuma di dlm.konteks ini, ianya kebangkitan suara dunia. 

3) terlalu ramai yg pohon hendak pergi. Termasuk pakar spt doktor dll. They have the money. I know some of the participants even donated further, more & beyond rm7500. Allahuakbar. 

4) RM 7500 termasuk penerbangan, pengangkutan darat, makan& minum & penginapan hotel. Ya kami tidur hotel! Jgn ada yg gatal nak cakap lebih baik tidur dlm khemah. Inilah waktunya hotel hotel di Gaza beroperasi. Sewaktu lawatan bulan April lepas, hanya kami sahaja menghuni. Selepas kami pulang hotel itu kembali ditutup, tidak berpenghuni, sepi berdebu. Tersenyum Israel bila Palestin tiada cara membangunkan ekonomi. Kenapa negara spt Perancis, England, Australia bahkan Malaysia dll (termasuklah negeri melaka) sibuk berbelanja sakan utk mempromosikan negara masing masing? 

This is a no brainer. Takpelah saya jawab juga. Sebab, pelancongan adalah kaedah menjana ekonomi negara. Gaza terletak di tepi pantai. Cukup indah. Buka tingkap hotel kami boleh melihat ombak ombak kecil yg menghempas pantai.

Orangnya lembut dan baik lebih lebih lagi terhadap org Malaysia. Mereka bukan sahaja sayang malah cintakan kita. Antara bantuan yg tercepat tiba selalunya dari Malaysia. Juadahnya sedap & enak. Bagaikan masakan ibu.

Bayangkan majoriti rakyat di sana menghafal al quran. Sungguh berkat masakan air tangan mereka. 

Jadi yg ke sana, belanjalah sebanyak mungkin. Jgn mintak kurangkan harga. Bayar jer. Gunakan dobi mereka, cuci, seterika. Tutup jer mata. Beli & bawa balik bakhlava/hallawiat mereka. The best in the world. Im NOT kidding. Terbaek. Lets get their economy going & moving. InsyaAllah kita jadi sebuah bata kecil yg menyumbang memesatkan ekonomi negara Palestin.

5) nothing beats the 'human touch'. Saya tak sabar nak bersalaman, berpelukan dgn saudara (saudari) di Palestin. Saya nak katakan sendiri yg orang Malaysia tidak akan biarkan mereka melawan musuh gergasi berseorangan. Walaupun kami kecil (org malaysia kan comel sizenyer cthnya Heliza helmi yg super cute & super bersemangat) tapi InsyaAllah kami bagaikan burung ababil.

Kembali komen saya dengan saudara yang mempertikaikan mereka yang pergi ke Gaza.


Samakah berkirim salam dengan berziarah? Apa sunnah Rasullulah SAW? Galakkan menghubung silaturahim, galakkan saling berziarah dan galakkan bantu membantu.


Cuba ambil contoh yang baik, ambik yang sangat-sangat bermanafaat untuk membina generasi akan datang.


Bila kita pergi ke Gaza, kita akan dapat lihat cara kehidupan mereka di sana, kita akan bersemangat untuk membina generasi itu. Generasi bagaimana? Adakah generasi yang asyik main game, mengadap komputer setengah malam, setengah hari atau generasi yang suka merayau-rayau di shopping kompleks?


Anak-anak Gaza sedang menghafal Quran
Bila kita pergi ke sana kita dapat lihat sendiri bagaimana al-quran tu menjadi bertih dimulut. Kita jarang jumpa dimana-mana bahagian dunia yang ramai para Huffaz melainkan di sana. Generasi mereka unik. Anak-anak dari kecik lagi sudah disajikan dengan al-quran untuk dihafal. Mereka adakah program cuti musim panas untuk menghafal Al-Quran. Ada yang boleh menghafal quran dalam tempoh 2 bulan.

Ini tulisan seorang aktivis yang kerap pergi ke Gaza. Misi kali ini, beliau tidak dapat pergi, dan dihantarnya dua orang anak beliau bernama Zaid. Dua Zaid ke sana mengikut MSG bersama Aman Palestine.

Dr Zainur Rashid Zainuddin ~ Rahsia dari Gaza.....
Di antara sebab saya mewakilkan anakanda Zaid ke Gaza adalah untuk dia menyaksikan sendiri situasi yang ada di bumi istimewa ini.

Rahsia 1 :
Pada musim panas tahun 2011, kira-kira 15,000 remaja dan para pemuda telah menyertai program tahfiz musim panas (3-4 bulan). Sebahagian daripada mereka (kira-kira 3,000+) telah berjaya menghafaz 30 juzuk al Qur'an dalam tempoh tersebut (3-4 bulan).

Rahsia 2 :
Anakanda Zaid telah bertemu dengan pemuda sebaya dengannya yang bernama Yusof (19 tahun) yang telah menyertai program tersebut. Yusof amat berbangga dengan sistem pendidikan yang ada dan beliau sendiri telah menghafaz 30 juzuk al Qur'an dalam tempoh 2 bulan (beliau menghafaz 10 muka surat al Qur'an sehari)

Tambahan - Anda harus faham bahawa remaja dan anak muda di Gaza ini juga adalah pelajar-pelajar menengah atau universiti yang mempelajari bidang akademik yang lain (bukan hanya tahfiz al Qur'an).

Mereka bukan sahaja menghafaz al Qur'an dan hadith semata-mata bahkan mereka menghayati ajaran-ajaran al Quran dalam kehidupan nereka.


Satu perkara lagi yang dapat diperhatikan  di Gaza ialah orang-orang lelaki,pemuda dan remaja  menunaikan solat fardhu berjemaah. setiap waktu.

Di negara kita ni, kat sini berapa ramai yang mahu solat berjemaah tiap waktu walau rumah depan surau?


Berapa saf solat yang dapat didirikan oleh para jemaah di  surau dan masjid tiap waktu? Samakah keadaan kita kat sini dengan kat sana?

Janji Rasulullah
Nabi s.a.w telah memberikan berita gembira kepada kita tentang kemuliaan tempat ini. Antaranya dalam satu hadith baginda yang bermaksud “ Akan berterusan ada sekolompok dari umatku yang berjuang diatas kebenaran dan mereka tidak dapat dikalahkan oleh golongan musuh”. Para sahabat bertanya dimanakah mereka wahai Rasulullah. Baginda menjawab “ Mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.

Hadith ini telah mendorong generasi dahulu berjuang untuk membebaskan Al Quds dan bumi Palestin keseluruhannya dan ia juga telah memberi kekuatan untuk mereka di Palestin menjadi barisan hadapan umat ini berjuang mempertahankannya. Mereka juga berharap agar saudara-saudara mereka yang berada diluar Palestin berusaha memahami hadith ini dan tidak membiarkan mereka bersendirian berjuang menentang penjajahan Israel yang sedang berlaku sekarang.


Siapa saudara mereka di luar Palestine? Bukankah kita ini, saudara seakidah? Adakah kita sanggup biarkan mereka sendirian berjuang pembebasan al-Quds? Atau sebenarnya ramai tak tahu isu, hak dan tanggungjawab untuk membebaskan al-Quds yang ada terqalam dalam al-quran.

Kita kata kita jadi al-Quran dan sunnah sebagai rujukan, nah ini memang yang terqalam dan al-Quran dan dalam sabda Rasullulah. Ini adalah isu sejagat...isu universal...


Kalau nak tahu lebih banyak rahsia tentang Gaza ... jom kumpul duit untuk ke Gaza pada misi-misi akan datang ye !



Sumber rujukan:  Dr Zainur Rashid ZainuddinAman Palestine, Farrah Adeeba , Aman Palestine Mesir


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 4 December 2012

Anak Soleh Aset Ke Syurga



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




anak menantu mak abah yang angkat 
Semalam menjelang 11.00 malam masih lagi belum melelapkan mata. Masih lagi menghadap laman web halaqahnet. Tiba-tiba saya nampak seorang forumer menghantar post yang baik untuk perkongsian bersama dengan pelayar halaqahnet.


Topik yang bertajuk  Anak Soleh sebagai Aset ke Syurga. Yang dipaparkan ialah sebuah video klip syarahan Ustaz Don Danial. Saya klik video tu, apabila mendengar saja suara hiba Ustaz Don menghuraikan hadith nabi tentang lahirnya anak. Terus jiwa saya terusik. Hadith tu seperti di bawah,

Rasulullah SAW bersabda; "Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah dan kedua orang tuanya lah yang menyahudikan, atau mengkristiankan atau memajusikannya."



Kita ini Islam, maka adakah kita telah mengislamkan anak kita dengan ajaran agama Islam yang benar. Inilah maksudnya hadith Rasullulah di atas, memastikan anak kita benar-benar seorang Islam. Anak ini fitrah, maka kitalah yang memastikan anak kita seorang Islam yang tulin, menjadi muslim yang mukmin.


Jika ikutkan ramai ibu bapa yang berjaya didik anak-anak, tapi apakah indikator keberjayaan ibu bapa dalam mendidik anak-anaknya? Adakah bila mana anak itu berjaya menjadi doktor, guru, tentera, menteri, jurutera atau apa saja yang memberikan gaji lumayan dikira ibu ayah yang berjaya mendidik anaknya?


Orang bukan Islam pun ajar anak mereka agar berakhlak mulia, tidak berbohong, rajin belajar, tak hisap dadah dan tidak buang masa sia-sia. Jadi apa beza anak mereka dengan anak orang Islam?


Bagi saya, indikator keberjayaan ibu bapa itu ialah apabila mereka dapat mendidik anak-anak mereka mengerjakan solat 5 waktu berjemaah,  dapat bangun malam menunaikan solat tahajud dan solat dhuha.


Perkara ini tidak boleh dilakunkan,tidak boleh sekadar menunjuk-nunjuk atau buat-buat saja kerana memerlukan komitmen yang berterusan. Apabila berjaya mentarbiyah anak-anak melakukan solat berjemaah 5 waktu, maka syariat yang lain bukanlah susah lagi untuk dididik.


Contohnya, seperti dalam klip video ustaz Danial Don menegaskan adakah anak-anak kita hari ini mampukah memandikan, mengkapan, mensolat dan mengkebumikan kita apabila kita mati nanti.





Mampukan kita memastikan yang anak-anak kita nanti,  bersedia untuk memandikan, memakaikan kain kapan, mensolat dan mengebumikan kita nanti.

Pastikan anak kita yang mengimamkan solat dan mengetuai bacaan doa untuk kita bila kita telah berangkat ke sana nanti.


Jadi masih belum terlewat untuk kita mengingatkan, mentarbiyah dan mendidik mereka untuk menjadi anak soleh.


Sapa-sapa yang dengar vidoe klip ustaz Don tentang Anak Soleh Aset ke Syurga pasti akan tersentuh jiwanya. Kalau tak ada rasa apa-apa dalam hati tu, baik segera melakukan pemeriksaan kesihatan, mana tahu hati tu dah keras, dah jadi batu.


tarbiyah solat ketika masih kecil
Dalam urusan mendidik anak ni sebenarnya banyak terletak ditangan ibu. Terus terang saya katakan, walaupun ketika  saya uzur syarie,  saya tidak berpeluang untuk bangun lewat disubuh hari. Tetap saja saya kena bangun awal untuk mengejutkan anak-anak agar bersolat subuh berjemaah dengan ayah mereka. Ibu yang kena tegas. Anak-anak ni, jika ayahnya bersuara setakat kejutkan dengan cara panggilan, " Imran, bangun...solat subuh" takdenya terjaga. Tambahan cuma sekali aja. (orang lelakikan memang tak suka membebel dan bercakap berulang kali). Kalau Abdullah dan Omar memang akan menyahut,  "ya" tetapi masih juga tak bergerak dari pembaringan.


Jadi sebagai ibu, kena bersuara agak kuat, berulang kali agar anak tu bangun. Saya memang tak jemu panggil mereka selagi mereka belum duduk dan bergerak ke bilik air.


Alhamdullilah, memang saya sendiri yang tekad , cuti panjang ni saya mahu anak-anak melakukan solat berjemaah 5 waktu sehari. Maka sayalah yang kena menjaganya. Moga-moga apabila telah biasa ia akan menjadi rutin yang tidak payah disuruh dan diingatkan lagi.


Jadi ibu memang kena sabar, kena tabah dan kena kuat. Redha siapa yang kita cari, melainkan redha ALlah jua. Saya nak pastikan anak-anak yang memandikan , memakaikan kain kapan, menjadi imam solat jenazah dan mengkuburkan saya.


Seorang ibu mampu memandikan anak-anaknya sejak lahir hingga usia cecah 6 tahun, sehari 2 kali paling kurang, adakah seorang anak mampu memandikan ibunya cuma sekali sahaja, itupun ketika dah tak bernyawa. Semasa bayi, bagaimana lemah lembutnya seorang ibu memandikan bayi, menyabun , membersihkan dengan belaian kasihsayang. Moga-moga begitulah juga nanti anak-anak memandikan saya.


Masih terbayang di ruang mata,  saat berangkatnya mak abah ke alam barzakh. Alhamdullilah mak abah mempunyai 7 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki. Semua pulak dah berkahwin, maka ada 7 menantu lelaki dan 2 menantu perempuan. Dan dikurniakan anak cucu yang ramai.


ketika memasukkan jenazah dalam van
Ketika mak meninggal dunia, saya adik beradik yang memandikan mak. Kami sabunkan mak dengan lemah lembut seperti membelai seorang bayi. Cukup berhati-hati. Tak nak jenazah mak merasai kesakitan atas kekasaran perbuatan kami. Setelah bersih segala najis, sudah siap dibilas dengan air mutlak, barulah mak diwudhukkan.


Selesai memandikan , anak-anak lelaki dan menantu lelaki angkat jenazah mak ke ruang lapang untuk dipakaikan kain kapan. Segera kami bergerak ke sana untuk memakaikan mak kain putih. Kamu buat dengan lemah lembut. Salut dulu mak dengan kapas , selepas itu balut badan mak dengan kain putih. Akhir sekali baru mak kami pakaikan telekung.


Sebelum lapisan kain putih terakhir di ikat bahagian kepala, semua adik beradik, anak cucu cicit ambik peluang  mencium pipi mak. Ketika mencium, dipesan jangan sampai ada air mata menitik pada wajah mak.


menuju ke perkuburan
Selesai memakaikan kain putih, bahagian kepala mak diikat, terus mak diiringkan arah kiblat. Semua adik beradik, anak cucu, menantu mengerjakan solat jenazah. dengan 4 takbir dan 4 salam. Selesai solat, masing-masing kami mendoakan mak agar dirahmati Allah dibarzakh sana.



Selepas tu barulah anak lelaki dan menantu lelaki, angkat mak letakkan dalam keranda. Mereka pun sama, lakukan dengan perlahan dan hati-ahti, terasas eperti mengangkat sesuatu yang rapuh/ fragile. Diusung masuk ke van jenazah dengan iringan  bacaan al-fatihah disetiap langkah.




para jemaah selepas menunaikan solat jenazah
Sampai di masjid Batu 5. sudah ramai para jemaah menanti untuk mengerjakan solat jenazah sekali lagi, Selesai solat barulah dikuburkan bersebelahan arwah atok nenek. Anak-anak lelaki dan menantu lelaki mak yang lakukan semuanya.  Kami sentiasa iringkan doa kepada mak.




Saya pulak, selama dengan mak sejak mak jatuh sakit tak sampai 24 jam, langsung tidak menitiskan air mata walaupun sangat hiba melihat keadaan mak ketika di hospital. Tetapi sebaik jenazah dibawa keluar dari rumah untuk dibawa ke tanah perkuburan,. Barulah airmata saya tumpah tanpa henti. Barulah saya menangis penuh hiba dan rasa kehilangan.



Selagi mak dirumah, walaupun tidak bernyawa, saya takde rasa hiba tu lagi, sebab  terasa mak masih ada. Bila nak dibawa ke tanah perkuburan, baru saya menangis.


anak menantu yang angkat jenazah
Begitu juga dengan arwah abah. Malam terkahir arwah abah di rumah, saya tidor disebelah abah sepanjang malam tu. Saya bisikan zikrullah di sisi abah. Saya kata inilah malam terakhir saya dapat baring sebelah abah, lepas ni dah takde peluang ni. Langsung saya tidak bangun kemana-mana tinggalkan abah di ruang tamu walaupun ada ramai orang lain.


Kali ini anak lelaki , menantu lelaki dan cucu lelaki yang berpeluang memandikan abah. Saya cuma lihat dan perhatikan saja. Saya lihat mereka lakukan dengan lembut dan berhati-hati. Nampak macam dibelai saja waktu menyabunkan abah.


Seterusnya hingga selesai dikuburkan. sama seperti arwah mak dulu kami lakukan.


Setelah selesai segala urusan pengebumian arwah abah, barulah kami adik beradik duduk berhalaqah berbincang semua hal dan urusan. Bincang hal kewangan pengkebumian, hal hutang, hal harta tanah, rumah dan sebagainya. Kami bincang tanpa meminggirkan adik kami dari ibu lain.


rumah arwah mak abah
Sepakat dan sebulat suara, rumah arwah mak abah itu kami serahkan kepada adik perempuan nombor 8 kerana ketika arwah mak masih hidup, mak pernah hibah rumah tu pada dia. Adik ini tidak pernah berjauhan dengan mak sejak dari kecil. Selepas berkahwin pun adik dan suami serta anak-anaknya ini tetap tinggal bersama mak , atas permintaan mak kerana anak-anak perempuan lain semua mengikut suami. Begitu juga dengan anak lelaki, apabila telah berkahwin masing-masing tinggal ditempat berhampiran telaga rezeki. Namun tetap mereka kerap balik menziarahi mak abah. Hanya saya yang jauh ni saja yang cuma dapat balik setahun 2 kali.



Namun saya dapat anugerah dari Allah, berpeluang bersama-sama dengan mak di saat akhir hingga mak berangkat ke alam barzakh. Saya dapat peluang berdua dengan mak menaiki kereta jenazah dari Hospital Ipoh hingga ke rumah di Baru 5. Jika ikut uruf, saya yang paling jauh tinggal, yang lain-lain dekat saja. Mereka yang telah bersama mak sehari sebelum mak meninggal. (mak meninggal pada 12 Zulhijjah, hari tashrik ke 2).Saya tak balik rumah mak ketika itu sebab melaksanakan ibadah korban di  Skudai,Johor . Tetapi Allah tak beri peluang tu pada mereka walaupun pada adik yang tinggal serumah, begitu juga dengan abah.


semua tu anak menantu mak abah
Allah pilih saya yang mengikrarkan syahadah ditelinga mak hingga mak berangkat ke barzakh dengan iringan kalimah syahadah. Walaupun saya sangat sedih saat akan berpisah dengan mak,  saya tetap menahan air mata agar tidak tumpah. Saya tak mahu menangis depan mak. ketika tu cuma saya seorang saja yang bersama-sama mak. Maka saya nak mak pergi menemui tuhannya dengan damai. Memang pun wajah mak tenang dan berseri-seri.





Dan saya amat berharap juga Allah beri peluang ini kepada anak-anak saya. Allah pilih anak-anak saya untuk memandikan, memakaikan kain putih, mengimamkan solat dan mengkuburkan saya dan suami nanti. Biar anak-anak saya insan terakhir yang meninggalkan kami di rumah kecil. Moga anak-anak yang membacakan doa dan diaminkan oleh sahabat handai dan saudara mara lain.



anak lelaki arwah mak abah membacakan doa





Tak ada lain yang saya pohon dan pinta dari Allah melainkan semua, saya, suami, anak menantu, anak angkat yang kasihi, cucu-cucu mati dalam Islam, Iman yang sempurna, akhlak terpuji dan pekerti mulia. Kembali kehadirat Allah Ta'ala dalam Redha dan RahmatNYA.







Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Kata-kata Sekadar Hiasan



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Seperti inikah api yang membakar nanti?
Herannya, ramai tulis status di laman sosial yang mengambarkan takut akhirat. Namun hakikat kehidupan harian tidak berubah juga. Masih lagi tidak ada perubahan menuju ke akhirat dengan membuat beberapa bekalan. 


Hati rasa gerun dan ngeri takut-takut tak sempat nak perbaiki keadaan sementara peluang dan ruang masih ada ini. 


Maha Suci Engkau Ya Allah, berilah mereka hidayah untuk berubah. Takut-takut status yang mereka tulis tu cuma hiasan cantik di dinding rumah. Cuma perhiasan yang tidak dijadikan amalan dan iktibar.


Berkata yang sia-sia, borak entah apa-apa masih juga perkara biasa. Masih juga memaparkan rahsia diri untuk tontonan umum. 


Dan yang paling duka bila melihat mereka melancong ke sana sini sedangkan kewajiban sebagai seorang muslim, menunaikan rukun Islam yang ke5 masih tertangguh dengan alasan tak cukup simpanan.


Apakah tidak berkemampuan itu sebagai alasan jika perbelanjaannya untuk ke sana tidak ditabung? Jika alasan pergi melancong tu pakejnya murah aja, tak banyak mana. Menabung memanglah bermula dari sikit dulu. Lama-lama jadi bukit.


Tapi jika bukit tu belum sempat jadi busut, dah tarah sana -sini, bila nak jadi bukitnya? Takutnya...


"Ya Allah berilah hidayah MU kepada mereka,kurniakanlah mereka kesedaran untuk mengabdikan diri kepada MU,mencintaiMU dan merasai kasih sayangMU."




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 3 December 2012

Oh! Dinginnya Subuh



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.


Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.


Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.


Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.


Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.


Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.



Ketika rombongan syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan shalat Subuh di salah satu mesjid dekat perbatasan (Al-Hudud) tiba-tiba seorang tentara Israel berhenti dan melihat sebentar ke arah dalam masjid.

Lalu tentara Israel itu langsung pergi, maka syaikh Maulan Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya, "apa yang kamu  lakukan tadi?"  

Jawap tentera Israel itu, "saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir shalat Subuh di masjid." 

Syaikh Maulana Tariq Jamil merasa keheranan dan bertanya: "kenapa ?"  

Tentara Israel pun menjawab: " di dalam kitab kami (kitab Taurat) ada tertulis. Jika di seluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk shalat Subuh berjama'ah di masjid sama banyak dengan jumlah jama'ah shalat Jum'at,maka, saat itu Israel akan hancur. tetapi  tadi saya lihat di masjid tadi, jumlah orang Islam yang datang untuk shalat Subuh berjama'ah masih sedikit. Maka, hati saya tenang, karena ummat Islam pasti tidak akan dapat kalahkan kami." 




Allah swt akan memberi perlindungan bagi mereka yang bersolat subuh. RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari


Indahnya fajar yang terbit di subuh hari
Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.


Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.


Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.


Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.


Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)


Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?


Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).


Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)


Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.




Anak-anakku….Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki….


Wahai anak-anakku ! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu muslim pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.


Dan solat subuh berjemaah secara istiqomah juga menjadi indicator untuk menempatkan diri dalam barisan tentera mujahidin di Palestine.


Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.




سُوۡرَةُ الفَجر

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡفَجۡرِ (١)







Sumber dan Sumber ini.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.