BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 22 September 2015

Sirna Cahaya Bahagia



Entah bila dukanya akan berakhir. Menyoroti kisah hidupnya membuah simpati berganda ganda. Dari kecil hidup dalam keluarga yang porak peranda. Mama dan papa bercerai setelah mempunyai anak 3. Ketika umurnya baru 3 tahun. Adiknya masih menyusu susu ibu. Kegawatan ekonomi negara telah menyebabkan papanya diberhentikan kerja. Banyak kilang perusahaan terpaksa berhenti operasi atau mengecilkan kos operasi.

Kehilangan pekerjaan membuatkan papanya mencari kerja di tempat baru. Namun suasan tempat baru tidak sesuai dan mendatang ketegangan dalam pemikiran. (stress)

Mamanya pula berhadapan masalah papa yang cemburu kerana mama tidak dibehertikan kerja. Papa mula main kasar dengan membuat ancaman terhadap keluarga sekiranya mama terus keluar bekerja. Sedang mama perlu bekerja setelah papa tidak dapat menyesuaikan diri ditempat kerja baru dan sering cuti.

Papa mula mengasah pisau depan mama. "kalau kita mati, baik kita mati bersama sama."
Mama takut dengan ancaman papa. Tanpa memikirkan sebarang risiko, mama lari dari rumah dan pulang ke kampung meninggal anak anak bersama papa.

Apabila mama pulang ke kampung, papa juga pulang ke kampung menjejak mama. Di kampung mereka bergaduh dan akhirnya papa menceraikan mama.

3 orang anak, papa tidak benarkan diserah kepada mama, sebalik papa serah kepada nenek sebelah papa untuk dipelihara.

Membesarlah 3 beradik ini dibawah asuhan nenek. Suatu kesilapan besar, apabila nenek mengasuh mereka dengan manja yang berlebihan. Ikut saja kehendak cucu. Malas sekolah dibiarkan. Tidor sampai tengahari dibiarkan hinggalah mereka menginjak remaja. Apa kerja rumah pun nenek suruh mereka tak buat, nenek biarkan. Nenek dah tua, tidak ada upaya mahu memaksa.

Apabila nenek merasa ajalnya makin hampir, nenek mencari mama mereka. Nenek menyerahkan semua anak anak kepada mama. Nenek kata, "papa telah berkahwin dengan orang Kedah, selepas berkahwin, tak pernah pulang dan ambik tahu hal anak anak. Jadi,kamu ambiklah anak anak kamu ni, cek rasa nak mati."
Benar, sebulan selepas menyerahkan anak anak kepada mama, nenek meninggal dunia.

Tinggallah anak anak dengan mama. Mama juga telah berkahwin tetapi status isteri kedua. Bukan mudah mama melalui kehidupan berpoligami.

Anak anak yang lebih 10 tahun tidak diasuhnya menjadi remaja yang liat, tidak mendengar kata dan manja tidak bertempat. Selama dengan nenek, minta apa saja , boleh dapat. Nenek pula tidak ada upaya mahu melarang apa yang mereka suka buat. Dengan mama, perbelanjaan sangat berhemah. Mama cuma kerja sebagai penjaja kuih. Pendapatan mama kecik. Anak anak memberontak apabila apa yang mereka mahu tidak dapat. Bapa tiri pulang sekali sekala , tidak dapat membantu mama mengasuh anak anak yang degil dan tidak dengar kata.

Mama mula rasa sangat tertekan. Anak anak dibiarkan tidak bersekolah. Ketika itu yang sulung berumur 15 tahun, yang nombor dua berumur 13 tahun dan yang kecil 11 tahun. Yang paling bermasalah, degil dan tidak dapat dibentuk ialah yang nombor dua. Remaja perempuan. Cuma bersekolah hingga tingkatan 1. Umur 14 tahun sudah tidak mahu bersekolah, suka merayau kemana suka. Suka menonton TV dan berilusi kehidupan yang mewah.

Tidak mahu sekolah, apa lagi belajar sembahyang. Nama saja muslim tetapi kehidupan seperti tidak bertamadun. Pakai baju apa suka, cakap mencarut maki hamun saja. Pengaruh dari filem filem yang ditonton.
Bekerja dimana mana pun tidak pernah lama. Sikap panas baran dan tidak berdisplin menyebabkan majikan pun tak mahu mengupah kerja lama lama.

Ketika umur 18 tahun, zina yang sering dilakukan telah membuahkan hasil. Remaja ini mengandung tanpa suami. Pelaku tak mengaku itu anaknya. Memang tidak ada sesiapa yang sudi bertanggungjawap atas dirinya. Melihat perubahan dirinya ketara, mama berusaha mencari rumah perlindungan. Mama mahu remaja ini sedar kesilapannya. Mama mahu dia berubah. Mama tahu, mama tidak berupaya mendidik anak taat kepadanya kerana ketika saat kanak kanak yang haus kasih ibu mereka terpisah. Mama kesal. Jadi mama mahu tebus kesilapan lalu dengan mencari rumah perlindungan. Mama mengharap rumah perlindungan mampu mentarbiyah anak mama yang degil ini.

Remaja ini dihantar ke rumah perlindungan dengan harapan yang tinggi. Rumah perlindungan dapat mendidik anaknya menjadi anak solehah dan mendisplinkannya untuk taat mengerjakan suruhan agama.

Sebulan yang pertama anak ini nampak jinak dan nampak mahu berubah. Walaupun ada juga beberapa buah perlakuan yang tidak disenangi, rumah perlindungan bertindak mendiamkan dahulu. Yang penting, anak ini boleh menyesuaikan diri terlebih dahulu. Masuk bulan kedua, anak ini mula buat cerita.Ada orang selongkar almari pakaiannya. Dia merasa, bila orang berbual, orang itu mengata dirinya. Dia rasa ada orang mengalihkan barang barangnya.Dan dia mula rasa mama membuangnya apabila mama jarang menelefon tanya khabar dirinya. Dia merasa kawan kawan tak suka dirinya. Dia merasa ada orang pilih kasih. Dan berbagai bagai tanggapan negatif mula bermain dalam fikiran yang telah mempengaruhi emosi.

Benar benar mencabar. Selama ini dia hidup bebas melakukan apa saja, tetapi bila berada di rumah perlindungan, dia terkurung. Tak boleh kemana mana, takde handphone, takde gadjet dan takde TV. Jiwa dalaman memberontak.

Hinggalah suatu hari dia dapat bercakap dengan mama, minta mama membawa dia pulang semula ke rumah. Mama cakap tidak boleh. Mama mahu dia berubah. Mama mahu dia sedar kesalahan dan kesilapannya selama ini.

Dia jadi marah. Esoknya mama sudah tidak mahu bercakap dengannya ditelefon. Dia memberontak. Emosinya terganggu hingga hilang kawalan. Menggunakan pisau mengupas bawang, dia mahu menikam perutnya. Dia merasa marah, kerana anak dalam kandungan, dia terkurung. Dia tak mahu anak itu.
Perlakuannya mahu menikam perut disedari rakan. Usaha menenangkan keadaan membuatkan tindakan mencederakan diri sendiri terhenti. Bila sudah tenang, dia dibawa ke ruang rehat. Di ruang rehat, kawan baiknya menasihati supaya bertenang. Mungkin kawan ini banyak cakap, orang yang bingung, hati telah tertutup merasa marah. Dicekiknya tudung kawan tu sampai pucat lesi. Rontaan kawan tu untuk melepaskan diri tidak berjaya. Cengkamannya sangat kuat. Kuat kerana syaitan sudah bersatu memberikan kuasa. Cara apa nak pulihkan orang yang sudah kerasukkan syaitan?

Beri penampar saja supaya dia tersedar. Syaitan perlu dijauhkan. Istigfar dan takbir tidak dihiraukan. Penampar berhemah perlu diberikan, bukan penampar yang diselungi rasa marah. Bukan menampar untuk mencederakan. Jaga jaga...ilmu mesti ada untuk menyedarkan orang yang sudah kerasukan syaitan. Waktu pulak benar benar antara siang dengan malam, waktu syaitan sedang berkeliaran. Penampar ketiga, menyebabkan dia lemah, dan melepaskan cengkaman. Kemudian dia duduk membatu diri dan menangis. Menjerit jerit "mama, mama, nak mama"

Apabila mula agresif, polis dipanggil. Terus peronda bertindak membawa ke Balai Polis untuk menenangkan keadaan. Satu malam bermalam di Balai Polis, dengan laporan polis yang dibuat membolehkan dia dirujuk ke hospital jabatan Psikiatri. Warisnya adalah mama. Mama adalah waris tunggal . Dalam hal begini, hak penjagaan sementara penjaga rumah perlindungan telah luput sebaik laporan polis dibuat. Mama dihubungi mohon beri kerjasama untuk diambil keterangan. Malam berikutnya baru mama tiba di Johor Bahru.

Esoknya mama beri keterangan kepada pegawai perubatan dan pakar psikiatri. Mama dan dia bertemu kaunselor. 2 hari diberikan kaunseling. Mulanya pihak hospital beranggapan dia sudah stabil dan dibenarkan pulang. Mama minta tangguh dahulu. Mama belum habis fikir. Walaupun begitu, mama telah datang ke rumah perlindungan untuk mengambil semua barang barang anaknya dan menandatangani dokumen daftar keluar. Apabila mama sudah tanda tangan daftar keluar rumah perlindungan, penjaga rumah perlindungan sudah tidak ada hak apa apa lagi ke atas anaknya.

Tetapi mama tidak mahu membawa pulang ke rumah mama. Mama tidak sanggup menghadapi sebarang risiko sendirian. Mama mahu dia berada dimana mana rumah perlindungan lainnya. Mama tidak berani berhadapan dengan risiko kerana selama ini jika dilarang sesuatu perkara dia akan membuat ancaman. Itu yang dia sudah mula membuka pekungnya selama ini. Teserlah sudah sikapnya selama ini terhadap mama yang menyebabkan mama tidak berjaya mengasuhnya. Dia suka mengugut untuk mencederakan dirinya atau orang lain. Sikap ini tidak mampu dia sorok, dan akhirnya terbuka juga. Inilah antara risiko mama tidak berani membawa dia pulang ke rumah. Apatah lagi mama kerap tinggal sendirian dirumah. Mama mahu dia dimasukkan semula kemana mana rumah perlindungan, tetapi dia menolak. Mama minta tangguh dahulu untuk membawa pulang. Dalam diam, mama pulang ke rumah di Selangor. Meninggalkan perkara ini tergantung tanpa keputusan.

Pihak hospital pun tidak boleh memaksa mama bawa pulang jika memang dia berisiko. Maka dalam mesyuarat pagi yang dihadiri beberapa jawatan kuasa yang pakar, mereka memutuskan dia yang tidak mahu kemana mana rumah perlindungan agar terus menetap di wad psikiatri hingga melahirkan anak. Allahu Akbar...keputusan yang sungguh menyebab derita jiwa lahir batin.

Musibah hamil tanpa suami sudah berat, tinggal di rumah perlindungan akan membawa ketenangan dan merupakan jalan keluar untuk menjaga maruah keluarga dan menutup aib diri. Dibimbing bertaubat, diberikan ilmu untuk berubah menjadi lebih baik. Dapat meneruskan kehidupan dijalan yang Allah redha. Tetapi apabila terpaksa tinggal di wad rawatan jiwa, musibah apakah ini? Solat belum tentu terjaga, tidak ada yang menyampaikan ilmu dan pembimbing untuk mendidik hati dan iman.

Ambilah iktibar dan pengajaran, selepas suatu musibah berlaku, jangan diberatkan lagi musibah itu. Mohonlah pertolongan Allah. Betulkan niat untuk berubah kerana Allah semata mata. Allah tahu siapa yang terpesong niatnya. Allah akan membolak balikkan hati dan membuka aibnya kerana niat yang tidak bersih semata mata kerana Allah. Alangkah duka, hilang sinar bahagia.

Inilah kisah yang duka, apabila telah ditimpa suatu musibah, bertaubatlah dan sungguh sungguh mohon ampun kepada Allah, minta kepada Allah kekuatan untuk menghadapinya dan jangan musibah itu berterusan dan bertambah sukar.

Penting bersyukur apabila musibah itu sudah nampak jalan keluar. Jangan ditambah-tambah sukar keadaan.
Orang lain hanya mampu berusaha menolong, namun segala yang berlaku atas kehendak Allah atas sikap diri sendiri juga.

Kepada ibu bapa diluar sana, jika mahu bercerai pun, fikirkanlah nasib anak anak... emosi, perasaan, penjagaan dan pengasuhan. Bukan setakat nak beri makan minum untuk anak membesar tetapi jiwanya yang lara, kosong dan kesanya. Untuk apa kita melahirkan anak jika kita sendiri mengabaikan dan mementingkan diri sendiri. sekali kita tersilap langkah jangan ulangi . Tebus kembali bila ada peluang untuk memperbaiki keadaan. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Astagfirullah ha Ghafururahim.

‪#‎BaitusSolehah‬ bersedia membantu membimbing kepada mereka yang niatnya benar benar mahu bertaubat nasuha dan berubah.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA,
 cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Nak MInta Anak Orang, Cakap Baik Baik


Sekiranya kita ni nak ambik anak orang, mahu jadikan anak angkat, cakaplah elok elok, baik baik. Jangan dihina, dikecikan hati ibu tu.

Ini cakap macam macam...

"Sat lagi orang hina anak hang sebab takde bapak."

"Nanti anak ni malu, mak dia belum bernikah, orang kata anak haram."

"Susah bela anak ni sorang sorang, degil tak dengar kata, baik bagi kat kami. "

"Macamana nak kerja, anak sapa nak jaga."

"Cukup ke duit nak sara anak, nanti nak pi sekolah. Hang bagi je anak ni kat kami, lepas ni hang boleh kerja."

Saya rasa macam nak cili mulut orang yang bercakap manis bagai semata mata nak tunjukkan kat orang yang dia pun boleh dapat anak, walaupun anak angkat.

Kita nak anak orang, kenalah beradap. Kena jaga lidah tu dari berkata kata yang menyakitkan hati. Sebab itulah saya tak benarkan mana mana pasangan yang memohon anak angkat datang melawat.
Mulut tu, belum dapat pun dah bagai racun, kalau dah dapat semua aku janji terbang ke laut.

Aku janji dengan ibu kandung dalam borang permohonan anak angkat, tidak memutuskan hubungan ibu dan keluarga ibu kandung dengan anak kandung, mengizinkan ibu dan keluarga ibu kandung datang beremu anak pada bila bila masa setelah dipersetujui.

Takde ibu kandung sanggup dan rela menyerahkan anaknya kepada orang lain. Hanya keadaan yang tidak mengizinkan membuatkan mereka terpaksa menyerahkan kepada keluarga angkat. Harapan mereka mendapat keluarga angkat yang baik, berbudibicara dan bertolak ansur. Tapi kalau mulut racun berbisa macam kat atas tu, saya sendiri pun yang memudahcara dalam urusan ini rasa terkilan dan sentap akan kata sorry, tak ada bayi mahu diserahkan, ibu kandung nak pelihara sendiri anak mereka.

Hati mereka sudah sedia sedih akan nasib anak mereka, ditambah tambah kesedihan tu lagi dengan bahasa kurang akhlak. Mereka memang sedar semua tu, payah nak besarkan anak sendirian tanpa sokongan keluarga, tak ada duit dan tempat tinggal. Jangan lupa, mereka ada Allah. Mereka sudah ditarbiyah untuk yakin dengan rezeki setiap manusia dalam jaminan Allah. Mereka sudah belajar untuk redha dengan takdir yang telah Allah tetapkan atas mereka.

Tidak ada sesiapa pun yang tahu bagaimana nasib seseorang walau sesaat akan datang. Tak ada sesiapa tahu bagaimana keadaan dan bila kematian kita. Jadi janganlah perlekeh dan mempertikaikan takdir seseorang. Takdir kamu tidak ada anak kandung tu tidak pulak kamu memikirkan. Kamu pun tidak tahu nasib diri kamu seminit akan datang. Apakah kamu mampu mendidik anak orang dengan baik dan sempurna, apakah kamu ada wang dan harta yang cukup nak menyara diri kamu dan anak orang. Apakah kamu masih ada tempat tinggal pada hari esok. Semuanya kita tidak tahu, jadi usah nak laser berkata tentang ibu ibu dan anak mereka.

Ini peringatan untuk semua, samada terasa atau sentap, moga kita perbaiki amalan, indahkan bahasa percakapan dan tinggikan budipekerti kita sesama insan.

‪#‎BaitusSolehah‬ akan menyokong mana mana ibu kandung untuk memelihara anak mereka sendiri, InsyaAllah.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 4 April 2015

Terus menjadi insan dan tidak lagi terlibat dengan gejala kemaksiatan yang merosakkan

Ukhuwwah Baitus Solehah
Saya pernah diajukan soalan begini, "Bagaimanakah puan memastikan setiap pelatih yang pernah tinggal di Baitus Solehah terus menjadi insan dan tidak lagi terlibat dengan gejala kemaksiatan yang merosakkan."

Untuk menjawap soalan ini, seperti mahu saya berikan beberapa nama pelatih yang mana saya bangga dengan penampilan mereka hari ini. 180 darjah berubah dari kehidupan lalu. Bagaimana mereka mampu berubah dengan pertolongan Allah jua, dan istiqomah dalam beramal, tetapi identiti mereka dirahsiakan dari umum. Mana-mana yang niat awalnya betul, mereka memang benar-benar berubah dan kami masih saling berhubungan antara satu sama lain. Ukhuwwah kami berterusan.

Sebenar, segala yang berlaku ada hikmahnya. Asbab mereka hamil tanpa suami, mereka tersentak dan sentap dan segera bertaubat. Rasanya jika tidak hamil, kemungkinan mereka masih hidup dalam kemaksiatan dan meneruskan perzinaan tanpa pengujung hinggalah ajal tiba.

Taufik dan hidayah iu adalah kurniaan Allah. Tidak ada sesiapa pun boleh mengetaui apa yang akan berlaku untuk memastikan seseorang itu terus istiqomah dalam beramal. Begitu juga pentarbiyahan yang diusahakan kepada pelatih pelatih Baitus Solehah selama mereka berada di sini.

Apakah ia terus diamalkan atau tidak, selepas mereka keluar dari sini, tidak dapat kita pastikan. Semuanya bergantung kepada niat tinggal di Baitus Solehah dan usaha untuk berubah.

Sekiranya mereka benar benar mahu kembali mentaati Allah dan Rasul, meneruskan kehidupan dalam redha Allah, mereka akan berusaha istiqomah dalam beramal dengan ilmu yang telah disampaikan.

Mereka telah melalui kehidupan yang pahit, berseorangan menghdapi azab dan kesakitan mengandung dan beranak tanpa orang yang disayangi. Mereka telah menyerahkan sepenuh hati kepada Allah. Kesan daripada peristiwa ini membuat mereka berhati hati menjalani kehidupan seterusnya.

Memulakan kehidupan baru dalam ruang dan peluang yang Allah redhai. Hidup dalam jemaah. Sekiranya dijemput keluarga, mendapat sokongan keluarga untuk memelihara anak, keluarga yang akan memastikan kehidupan anak mereka tidak tersasar lagi.

Antara usaha agar bekas pelatih tidak tersasar kembali atau menyimpang dari ajaran agama, pelatih digalakkan, bah disokong memelihara anak sendiri. Apabila mereka memelihara anak sendiri, masa mereka terisi dan berkualiti. Sebuk bekerja mencari rezeki, bila pulang ada anak untuk disayangi. jadi mereka tidak ada masa nak mengenang masa lalu, atau menghubungi rakan lama yang akan membuat mereka tersilap langkah semula. Dengan adanya anak, mereka tidak sunyi sebalik mereka merasa bertanggungjawap ke atas anak mereka.

Mereka rela memulakan kehidupan baru dengan status ibu tunggal. Terpulang kepada masyarakat mahu bersangka-sangka, yang penting mereka mahu meneruskan kehidupan di jalan yang Allah redha. Mereka mahu meneruskan kehidupan dalam lingkungan jemaah yang memahami kehidupan baru yang dilalui walaupun sukar tetapi menyenangkan.

Bekas pelatih saling berhubungan antara satu sama, saling bertanya khabar dan ingat mengingati antara satu sama lain. Dengan adanya teman atau sahabat begini, mereka mampu istiqomah untuk mengamalkan segala didikan yan diperolehi di Baitus Solehah.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday 3 April 2015

Sedekah, Biar Sedikit Tetapi Berterusan


Sedekah, Biar sedikit asalkan Istiqomah
Satu yang saya nak kongsikan dengan semua, amalan kecil yang boleh kita amalkan. Kita takde harta berjuta, tak mampu nak bina masjid, kita juga tak de ilmu yang nak disampaikan, tapi kita ada duit rm 1 dan rm 1 dalam dompet. Ini duit yang selalu kita ada dalam dompet atau dalam poket.

Amalan Almarhumah mak mertua saya ialah suka bersedekah dengan duit rm 1 ni dimana dan kepada sesiapa sahaja. Walaupun almarhumah mak mertua saya ni bukan orang kaya, tapi dia kaya budi. Suka mengembirakan kanak kanak. Jumpa kanak kanak mana pun tak kira anak orang kaya atau miskin, dia akan sedekah rm 1. Kalau masjid atau rumah anak yatim tak usah ceritalah, jumpa masjid, masukkan rm 1, ada orang minta derma untuk anak yatim , tetap rm 1.

Almarhumah selalu ingat pesan dengan pesanan almarhum suaminya,"sedekah biar sikit tetapi berterusan. Selalu gembirakan orang biarpun kita sedih."

Kalau nak tunggu kita ada rm 50 dan rm100 baru nak sedekah, sampai bila bila pun kita tak mampu bersedekah. Akhirnya kita langsung tak bersedekah. Ada orang malu nak sedekah rm 1, pasal apa? Kita bukan nak bagitahu orang kita bersedekah tu.

Selalu dalam fb, orang muda, ada kerja pulak tu, berkira kira nak beri duit raya kat budak budak, bukan banyak pun, rm 1 saja, bubuh dalam sampul, pun merungut, budaya tak bagus katanya. Padahal budaya tu mendidik kita bersedekah dan budaya mengembirakan kanak kanak.

Kalau almarhumah, duit raya rm 1 bubuh dalam sampul tu yang diutamakan dulu. Bukan setakat hari raya, bah kan sepanjang masa ada duit rm 1 dalam sampul untuk diberikan kepada sapa saja kanak kanak yang dia jumpa atau yang datang ziarahi dia. Kanak kanak takde dosa, bagus kita gembirakan dia.

Setiap kita ada peluang dan ruang untuk bertaubat, membaiki iman, jiwa dan akhlak ke arah mulia. Samada kita nak berubah atau tidak. Kematian akan tiba bila bila masa tanpa kita duga dan bersedia.

Kita akan tinggalkan segala apa yang kita ada, milik kita di dunia ini. Yang kita bawa cuma amalan. Jika kita sudah sediakan tabungan untuk hidup selepas kematian, alhamdulillah. Sementara umur masih ada ni, selalulah ingat mati. Buat pelaburan, banyak banyak beli saham.

Lebih 20 tahun almarhumah mak mertua saya menyedia kain kapannya sendiri. Itu tanda almarhumah sentiasa mengingati mati. Benar benar dia bersedia. Ini cara almarhumah mak mertua saya.

Kita pun boleh membuat sesuatu perkara yang mengingatkan kematian. Bila mahu buat sesuatu fikirkan Allah redha atau tidak. Kit kot mati apa jadi. Setiap kali nak lakukan sesuatu, terus ingat jika aku mati waktu ni, macamana?

Istigfar jadikan senandung rindu di lisan. Kumandangkan setiap masa alunan selawat. Hati akan selalu tenang. Istiqomah bersedekah. Bila malam muhasabah, aku ada bersedekah atau tidak hari ini.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 31 March 2015

Bapa Suruh Anak Jalani Ikat Peranakkan

Bapa SMS suruh Anak jalani Ikat Peranakan
Pukul 11.29 malam, terdengar sms masuk. Saya buka dan baca. " Salam puan, Fina dah bersalin, belum? Kalau belum, minta doktor ikat. Sebab dah 4 kali bersalin, dan Fina tu saya cadangkan tinggal terus di rumah puan, jadi pembantu. Kalau tidak, perkara yang sama akan berulang."

Oleh kerana tidak ada nama pengirim, hanya nombor yang tertera , saya balas sms, " Ini siapa?"

"Nordin, bapa Fina." (Nama-nama yang terpapar bukan nama sebenar)

Ulasan saya, " menerung punya bapak, seperti mengalakkan anak terus buat maksiat, macam nak kata lepas ni kalau nak berzina, teruskan aja dah tak risau mengandung lagi."

Sebelum ni pun ada seorang ibu memohon doktor pakar perbidanan untuk ikat salur folopian anaknya supaya tidak mengandung lagi. Doktor pakar sudi minta pandangan saya.

"Kenapa nak ikat? "

"Saya tak larat nak jaga dia, dia suka jalan jalan mana dia suka, dan orang suka ambik kesempatan atas kelemahan dia."

"Puan, nampaknya lepas ni puan dah tak kisah anak puan dijadikan pemuas nafsu lelaki, sesiapa pun yang tergerak nak guna dia, puan biarkan. Puan dah tak payah cari dimana anak puan berada, begitu ke?"

"Tidaklah sampai gitu."

"Habis tu, kenapa nak suruh ikat? Patutnya bila sudah terjadi macam ni, puan akan lebih prihatin terhadap anak puan, ambik tahu kemana dan dengan siapa dia keluar. Buat larangan dalam situasi win win."

Tunduk dan terdiam ibu tu memikir sesuatu. Tapi memang itulah tugas seorang ibu yang Allah amanah dan pertanggungjawapkan sehingga anak itu bernikah. Berat atau mudah kena redha dan terima tanggungjawap ni. Bukan boleh ambik mudah dan cari jalan mudah.

Kembali semula cerita sms dari bapa tadi tu, jika bapak tu dah serah anaknya kepada jagaan saya, maka dengan rendah diri, saya memohon pertolongan Allah, supaya dia istiqomah dalam beramal dengan ilmu yang dia dapat di Baitus Solehah. Saya pun takde sebarang daya upaya melainkan mengharapkan pertolongan Allah. Moga moga dia selamat dalam perjalanan menuju keredhaan Allah. Bapaknya tidak yakin anaknya boleh berubah untuk menjadi hamba yang mentaati Allah dan rasulNya. Biarlah, Baitus Solehah akan terus membimbing dia menjadi hamba Allah yang diredhai

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 30 March 2015

Apakah Yang Mendorong Untuk Saya Berkhidmat Untuk Ummah?


Makan Berjemaah Dalam Dulang
Apakah Yang Mendorong Untuk Saya Berkhidmat Untuk Ummah? Adakah Saya menyesal dengan Keterlibatan ini?

Ketika saya merancang untuk bersara awal, langsung tidak terlintas dalam fikiran saya untuk mengasaskan Baitus Solehah atau berkhidmat untuk ummah. Saya membuat keputusan untuk bersara awal kerana keadaan kesihatan saya.

Sebelum membuat pilihan untuk bersara, 3 tahun berturut-turut saya mendapat cuti sakit selama 180 hari dalam tempoh satu tahun. Saya telah menjalani beberapa siri pembedahan sendi kaki dan masalah jantung.

Saya fikir, jika terus berada dalam perkhidmatan awam, tetapi selalu sakit, ia merugikan pihak lain terutama kerjaya sebagai pendidik, nama dalam senarai perjawatan tetapi sering cuti sakit. Adalah lebih baik saya bersara, kekosongan jawatan boleh diisi oleh orang lain.

Sebaik saya bersara, masa saya difokuskan sepenuhnya bersama laman sesawang halaqah.net. Di sini saya kasih dan sayang ditumpahkan. Menyantuni para pelayar halaqah.net yang terdiri dari pelbagai golongan. Setiap mereka mempunyai masalah dalam latar yang berbeza. Masalah para isteri bekerjaya, poligami, siswa siswi, pendidikan, ibadah, tauhid, akhlak, termasuk remaja.

Dalam selitan ribuan masalah yang dikongsikan ada remaja yang terlanjur. Mereka meluahkan kepada saya masalah yang dihadapi. Permulaan, saya mencadangkan mereka ke rumah perlindungan lain. Namun kebanyakkan rumah perlindungan agak tertutup dan selalu penuh. Ditambah pula untuk tinggal di rumah perlindungan mereka perlu membayar sejumlah kos.

Satu yang Allah lintaskan dalam hati saya, 'kenapa Allah beri hadiah kepada saya, dan saya nak berikan hadiah itu kepada orang lain?' Sebenarnya Allah datangkan masalah kepada remaja itu, dan ia diceritakan kepada saya untuk bantuan, adalah hadiah Allah kepada saya jika saya ada usaha membantunya. Dia datang berkongsi masalah dan meminta untuk dibimbing bertaubat. Jadi kenapa saya tak nak bantu dia?

Ini adalah sebahagian usaha dakwah juga. Usaha membimbing orang orang yang ingin bertaubat dan berubah. Ya, mereka dah melakukan kesilapan, mereka sudah terlanjur hamil, apakah pintu taubat sudah tertutup untuk mereka?

Jenuh kita berdakwah dengan pemuda pemudi dengan mengajak solat, mengajak tutup aurat dan sebagainya, tapi mereka tak nak sebab hati belum terbuka nak berubah. Sedangkan remaja yang sudah terlanjur ini, mereka yang dah insaf, tersedar akan salah silap mereka, mereka datang kepada kita, kenapa kita tak nak bimbing dan tarbiyah?

Apabila mereka datang kepada kita untuk minta dibimbing bertaubat dan berubah, sudah pasti kita akan mulakan dari akidahnya, fardhu ainnya dan akhlaknya. Kita tanam semula iman dalam jiwanya, kita ajar semula taharah, wudhuk dan solatnya. Kita ajar dia membaca al-quran agar jiwanya yang resah kembali tenang. Kita ajak dia untuk menutup aurat dengan sempurna dan kita cuci hatinya agar bersih bagi menghasilkan akhlak mulia.

Alangkah mudahnya jalan-jalan untuk saya berdakwah. Tanpa perlu saya keluar dari rumah. Atas peluang yang Allah beri inilah saya terima remaja terlanjur untuk dibantu dan dibimbing. Selain membantu menutup aibnya dan menjaga maruah keluarga.

Bermula dengan satu orang, dan satu orang sehingga dalam satu masa ada 3 orang menceritakan masalah yang sama. Saya pula suka menulis dan berkongsi kisah mereka untuk dijadikan iktibar kepada masyarakat. Saya berfikir, kenapa tidak saya war-warkan usaha untuk membantu lebih ramai remaja bermasalah begini? Dan nak buat kerja ini mesti ada ilmu dan pengetahuan. Saya mula bertemu beberapa pihak tertentu untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan kesihatan, makanan dan keselamatan penghuni Baitus Solehah. Kertas kerja penubuhan Baitus Solehah saya siapkan dengan mudahnya setelah mempunyai pengalaman awal sebelumnya.

Arus kehidupan zaman ini yang telah jauh menyimpang dari ajaran agama telah menggalakkan perzinaan. Lebih ramai remaja terlibat. Yang menanggung akibatnya perempuan, yang terlepas lelaki. Yang perempuan pulak, selagi tidak ada kesan dan akibat, sudah pasti berzina itu menjadi rutin dan santapan harian. Hanya kerana telah hamil, baru mereka sentap dan tersedar. Hamil tanpa suami adalah pengalaman paling kejam untuk mereka lalui. Apabila sudah hamil, fikiran mereka keliru, emosi bercelaru dan potensi untuk mereka bertindak luar biasa adalah tinggi. Mereka jadi takut dan mula sedar akan kesilapan. Mereka mula mencari iman.

Usaha atas iman inilah yang saya usahakan,menyelamat, membimbing mereka mereka yang telah tersungkur untuk bangun semula. Tak kan kita nak biar dia terus terguling setelah tersungkur tadi.Dan inilah peranan kita dalam ummah.

Kita mesti prihatin dan ambil peduli dengan ummah yang makin rosak, jika kita tidak bantu. Yang membuat jalan-jalan menghampiri zina ramai dan aktif, bermakna manusia makin ramai yang rosak, dan jika yang telah rosak kita tidak selamatkan bagaimana nanti dunia dipenuhi oleh mereka yang rosak sahaja.

Menyelamatkan, membimbing dan mentarbiyah mereka yang insaf dan sedar adalah salah satu usaha dakwah juga. Allah beri peluang untuk kita beramal soleh. Kenapa tak nak rebut? Ini sebenarnya jalan jalan menuju keredhaan Allah. Rebutlah peluang ini...

Sekelumit pun tidak ada rasa kesal dalam jiwa saya untuk membantu mereka yang ingin bertaubat dan berubah.

Kenapa saya usahakan Baitus Solehah tanpa sebarang bayaran? Ini memenuhi kehendak dakwah. Jika saya kenakan bayaran, bagaimana mereka yang tidak mampu biaya dan tidak ada duit? Bagi saya jihad saya kecil saja, saya tidak pertaruhkan nyawa di medan perang. Jihad saya cuma sedikit keselesaan dan privacy. Saya usahakan mengikut kemampuan, memanafaatkan segala sumber yang ada untuk membantu ummah.

Ini saja jalan-jalan mudah untuk saya menuju keredhaan Allah. Maka saya berharap Allah kurniakan kepada saya keelokkan pandangan kepada perkara-perkara yang membawa keredhaanNYA. Terhindar dari fitnah yang merosakkan dan mendukacitakan.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta, kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday 29 March 2015

Bekas Pelajar Ma'ahad Tahfiz Hamil Tanpa Suami


Beranak Tanpa Suami

Hari ni daftar masuk seorang lagi remaja. Dari air wajah, nampak ayu, sopan dan pendiam. Bila saya tanya latar belakang pendidikan, bekas pelajar sebuah Ma'ahad Tahfiz. Allahu akbar...

Seterusnya saya tanya akhlak, perangai sebelum, semasa dan selepas belajar di Ma'ahad Tahfiz. Ini kerana dalam benak fikirannya saya tidak mungkin seorang bakal hafizah sanggup berzina. Sudah semestinya dia tahu perlakuan yang dilarang Allah. Semestinya dia tahu zina itu dosa besar.

Saya tidak mahu kerana seorang dua bekas pelajar Ma'ahad Tahfiz telah berzina hingga hamil tanpa suami, merosakkan nama baik pelajar Maahad Tahfiz yang lainnya. Apakah benteng pertahanan iman mudah musnah walaupun al quran di dada? Selalunya apabila berada di Ma'ahad Tahfiz sudah pasti solatnya terjaga. Jadi kenapa benteng iman, solat boleh mencegah perbuatan mungkar itu musnah?

Rupanya ia bermula sebelum lagi masuk belajar di Ma'ahad Tahfiz. Ketika di tingkatan 1, tinggal bersama keluarga sudah mula berjinak jinak lepak dan keluar malam bersama kawan kawan lelaki. Duduk di pinggir bandar, perkampungan nelayan, suasana desa yang damai menjemput rasa sunyi di hati. Ransangan belajar tidak ada menyebabkan tidak ada keinginan meneruskan persekolahan. Yang ada cuma nak lepak lepak dengan kawan kawan.

Suatu malam ketika pulang dari melepak, dihantar menaiki motor oleh kawan kawan lelaki , terserempak dengan abang sulong. Apa lagi, satu penampar maut tertera di pipi dan esoknya terus dihantar ke sebuah Ma'ahad Tahfiz. Abangnya tahu sifat berlembut ibu ayah terhadap anak bongsu telah merosakkan adiknya. Adiknya bukan kurang kasih sayang atau kurang perhatian tetapi terlebih manja hingga berani bertindak melanggar larangan keluarga dan membantah cakap ibu ayah.

3 tahun berada di Ma'ahad Tahfiz, keluarga fikir, perangai dan akhlaknya berubah. Sebaliknya menjadikan dia lebih agresif dan menganggap keluarga telah menghukum dengan mengurungnya di Ma'ahad Tahfiz dimana dia tidak bebàs dan terkongkong.

Memang ada kebaikkan ketika berada di Ma'ahad, dari tak reti mengaji hingga boleh membaca quran dengan betul, tajwid dan mahraj danntelah berjaya menghafal beberapa surah pun. Tetapi dendam yang membara di hati merasa dihukum keluarga menyebabkan dia bertindak keluar Ma'ahad. Kononnya nak bekerja, cari duit dan nak bebas.

Namun sepak terajang dunia dia tak tahu. Dia cuma nampak bebas itu indah. Ada duit itu syurga. Dia tak tahu kesan dan akibat kerana syaitan telah membutakan mata hatinya. Permulaan sekali jadi ketagihan. Rasa nikmatnya sekali , nak lagi dan lagi hingga Allah menghidupkan janin dalam rahim. Mana nak sangka, buat dengan rakan sama kerja di tempat kerja, 15 minit pun selesai tanpa disyaki sesiapa. Maklumlah ketika hari raya, orang pun jarang ada, maka mudah meneruskan sandiwara.

Memang kebanyakkan remaja hamil yang lewat dikesan kehamilannya disebabkan kedatangan haid yang tidak tetap. Begitu juga remaja ini. Selepas sebulan berzina dengan teman lelaki satu kerja, dia berhenti kerja di tempat itu dan pindah kerja tempat lain yang lebih jauh dari keluarga. Memang di tempat kerja baru dia tidak berpeluang meneruskan aktivit lazimnya, dan merasa gembira dengan suasana kerja tempat baru.

Malangnya, dia merasa ada yang tidak kena dan tidak selesa dengan keadaan tubuh fizikalnya. 4 bulan berlalu dia menyedari perutnya buncit. Dia pun mula pakai bekung supaya perutnya tidak buncit. Namun buncit itu lama kelaman makin besar, saiz bra pun bertambah. Yang lama sempit.

Kebetulan ada hal dalam keluarga, dia dipanggil pulang ke rumah keluarga. Di situ berkumpul sekuruh ahli keluarga. Mulanya mereka tidak menyedari kenapa adik mereka sentiasa berbaju longgar,labuh dan sopan sehingga seorang kakak terlanggar perutnya. Terasa ada kelainan, adik itu diseret ke bilik dan diselak pakaiannya yang labuh dan longgar itu. Alangkah terkejutnya kakak apabila menyaksikan perut adiknya yang sedang meranum menunggu saat dan hari melahirkan. Dengan kain bekung membungkus perut agar tidak jelas kelihatan perut yang buncit. Kesian janin yang sedang membesar tu...

Sikit pun adik ni tidak bercakap, siapa yang melakukan. Diam seribu bahasa sehinggalah saat dia dihantar kepada rumah perlindungan. Apabila berdua , barulah dia bercerita, dia bukan dirogol sebaliknya memang melakukan zina suka sama.

Bagai terhempap kepala atas batu saya beristigfar, bila dia menyebut melakukan zina kerana suka sama. Seperti ada rasa kepuasan dan bangga. Mahu saja saya sepak mulut munggilnya berkata begitu. Saya perhatikan anak matanya yang meliar," Ya Allah, bantu aku mendidik dan mentarbiyah anak ini mentaati Mu." Hanya ini yang terdetik di hati saya saat ini. Saya serahkan kembali urusan hamba yang seorang ini kepada Allah. Moga taufik dan hidayah Allah menyinari hati sanubarinya.

Dari kisah latar belakang perangai dan pendidikan, maka bukan Ma'ahad Tahfiz tidak berjaya mentarbiyah tetapi kesan hitam hatinya telah bersalut sebelum masuk ke sana lagi. Ma'ahad Tahfiz cuma mampu mengawal keadaan dirinya semasa berada di situ saja, tidak lagi al quran mampu melindungi dirinya setelah keluar kerana niat awal masuk yang dipaksa . Tidak ada ikhlas belajar dan menghafal al quran. Dan keluarga bertindak menghantar sekadar melepaskan rasa tanggungjawap untuk mengawal sikapnya yang suka memberontak apabila keinginan tidak dipenuhi.

Ibu ayah budiman, apabila tidak mampu mengawal sikap anak yang suka membantah, memberontak jangan dianggap menghantar mereka ke Ma'ahad Tahfiz adalah selamat dan selesai masalah. Masuk ke situ jika bukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan membuat anak itu bertambah marah, agresif dan dendam. Jadinya usahalah cara berdisplin, dekati dengan kasih yang tegas bukan manja supaya dia tidak rasa kesunyian dan dihukum.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Ini menakut dan mengusarkan. Pertahanan bagaimana lagi untuk menepis syaitan dan iblis dalam menyesatkan keturunan Adam. Zina yang berleluasa akan mewujudkan satu generasi. Generasi yang bagaimana bentuknya, Allahu a'lam.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 28 March 2015

Dana Baitus Solehah

 Kita Mulakan Dengan Ikhlas
Semalam saya diziarahi oleh sebuah NGO. Setiausahanya telah menemubual saya berkaitan dana. Soalannya 'bagaimana saya memperolehi kekuatan untuk meneruskan Baitus Solehah tanpa sebarang dana yang tetap.'

Sungguh, soalan ini bukan seorang dua yang bertanya, bahkan ramai. Dan jawapan saya tetap satu dan sama. Dana saya adalah takwa dan ikhlas orang ramai. Saya tidak meminta minta atau letak tabung dimana mana, saya cuma tawakal kepada Allah bahawa setiap manusia telah ditetapkan rezekinya walau dimana dia berada.

Jika Allah menghantar pelatih ke Baitus Solehah, tak kan rezekinya ditinggakan ditempat lain. Mesti setiap pelatih yang datang tu datang dengan rezekinya juga. Jadi kenapa saya nak fikirkan rezeki mereka yang dalam jaminan Allah. Kerja saya ialah bantu mereka yang niat mahu bertaubat dan berubah. Mereka dah usaha sampai ke Baitus Solehah, dengan harapan mendapat bimbingan dan tarbiyah untuk kembali mentaati Allah.

Jika kita tolong agama Allah, Allah akan bantu usaha kita selagi apa yang kita lakukan adalah perkara yang Allah redha.

Mana tidaknya, setiusaha tu terpanggil nak guna kalkulator nak tolong kira akaun pendapatan dan perbelanjaan Baitus Solehah. Saya kata ambiklah, jika rajin nak kira, selama ni saya tak nak kira sebab angka angka yang puan dapati tu menakutkan. Saya tak mahu fikir yang akan menyebabkan tidor saya terganggu. Sekarang ni saya tidor lena, letak aje kepala kat bantal terus lena.

Secara kasar, kita kira perbelanjaan dulu. Sewa rumah RM 1250.00, bil letrik dan air RM 1500, bil telefon RM 300.00, kos pengangkutan ke Klinik Kesihatan dan Hospital RM 500.00, makan minum 25 pelatih darap RM 400 dan lain lain persediaan untuk menyambut kelahiran bayi.

Pendapatan? Sumbangan, sedekah, infak, zakat bukan boleh dikira pendapatan tetap. Sekiranya ada, adalah, takde takde lah. Yang tetap adalah sumber dari poket zauj saya setiap hari untuk beli ikan ayam sayur dipasar dan beli buah buahan setiap minggu secara borong. Wang bersara saya yang berbaki RM 500 setelah ditolak hutang yang masih ada. Jadi saya nasihatkan, tak payahlah tolong kira perbelanjaan Baitus Solehah, melainkan ada usaha sama sama membangunkan agar lebih ramai insan tersasar dapat kita bantu.

Kenapa saya kata dana Baitus Solehah ni adalah takwa dan ikhlas orang ramai? Ini kerana orang yang takwa dan ikhlas saja akan membuat tabungan untuk akhirat. Mereka nampak keberkatan rezeki yang disedekahkan. Dan siapa mereka? Mereka adalah insan terpilih yang Allah sayangi, Allah yang mengerakkan hati mereka untuk bersedekah. Hati kita semua dalam gengaman Allah. Apa yang kita lakukan adalah dalam pandangan Allah. Walau sezarah kebaikkan yang kita lakukan akan dinilai Allah. Jadi apa yang dibimbangkan tentang rezeki?







Dari Umar bin Khotob radhiallahu’anhu, Rasulullah salallahu‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan kalian tawakal kepada ALLAH dengan sebenarnya nescaya ALLAH akan memberi rezeki kepada kalian seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang petang hari dengan perut kenyang” (Shahih Tirmidzi)


Tawakal burung adalah dengan pergi mencari makanan, maka ALLAH jamin dengan memberikan makanan kepada mereka.  


Saya bangunkan Baitus Solehah hanya dengan bertawakal kepada Allah tanpa pernah memikirkan dana. Saya mana ada masa untuk fikir apatah lagi urus mencari dana kerana pengurusan pelatih sepenuh masa. Seluruh masa saya digunakan untuk mentarbiyah dan membimbing mereka mentaati Alah dan RasulNya. Saya benar benar bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam hal rezeki, keselamatan dan kesejahteraan seluruh penghuni Baitus Solehah.


 Kepada Yang selalu menyumbang kepada Baitus Solehah samada tetap atau sekali sekala tergerak hati (sesungguhnya Allah yang mengerakkan hati), semoga Allah mengurniakan mereka kekayaan iman, kekayaan jiwa dan kekayaan harta dalam rahmat Allah Ta'ala.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday 15 January 2015

Pondok Lirboyo : Mensyukuri Nikmat Allah dan Faedahnya



Kuliah Hikam
Sebak. Ketika kuliah hikam subuh tadi, syarah kalam hikmah Al-Imam Ibnu Athaillah Askandary yang ke 64, " Cara Mensyukuri Nikmat Allah dan Faedahnya", Dr Othman tiba tiba berhenti seketika, tidak dapat meneruskan bicara kerana sebak dan menangis. Terkenang kembali kehidupan santri di Pondok Pasentren Lirboyo.

Sebenarnya ketika kami ke Pondok Pasentren Lirboyo, banyak perkara yang membuat diri merasa insaf dan kerdil. Tertanya tanya dimana syukur yang kita sering lafazkan? Melihat kehidupan para santri dan pak kiai yang qanaah dibandingkan kehidupan harian kita yang sentiasa cukup dan berlebihan.

Dalam zaman kita yang maju, yang moden, masih bertahan satu pusat pembelajaran yang mengekal kaedah penggajian secara tradisi. 1 abad, 100 tahun lebih pusat penggajian ini berkembang yang mempertahankan kaedah klasik yang berlandaskan sunnah. Tidak ada percampuran lelaki dan perempuan. Para santrinya redha dengan kehidupan yang dilalui.

Sebuah tempat yang damai dari hiruk pikuk kota, kehidupan luar hanya terpisah disebalik tembok. Menjadi santri yang hidup seadanya. Banyak syukur dari mengeluh. Tidak ada sekelumit rungutan akan peraturan yang ditetapkan, bahkan mereka melihat ia satu kebaikkan dan kemudahan dalam menuntut ilmu agar diberkati.

Mandi dari air kolah, tidor berlantai simen, tidak ada tilam empuk jauh sekali katil. Kebanyakan santri berkaki ayam ke sana sini. Mudah. Menjadikan kaki lima bangunan bersih. Ada tempat mencuci kaki sebelum naik atau masuk ke kelas. Bangunan batu konkrit dua tingkat, dalam kelasnya santri belajar duduk bersila menadah kitab. Kitab dibaca ayat demi ayat, baris demi baris dalam bahasa arab dan diterangkan dalam bahasa jawa halus.

Keberkatan dan keihklasan pengasasnya menjadikan ia pusat penggajian ribuan santri. Masih bertahan dengan kaedah klasik zaman penubuhan 1910, hingga hari ini.

Hanya mereka yang kuat , bersedia menjalani hidup qanaah mampu berada di sini. Yang mengharap keselesaan, yang mengharap privacy, yang mengharap dilayan tidak layak. Semua benda hak bersama. Seorang beli sepinggan nasi 5000 rupiah, makannya 3 orang padahal nasinya cuma sejemput berlauk tauhu dan tempe. Inilah yang dikatakan keberkatan. Lapar sama sama , kenyang sama sama. Tidak ada yang pentingkan diri sendiri.

Sungguh, balik Malaysia, berada di rumah sendiri, rasa hipkroritnya syukur kita kepada Allah kerana kita tidak pun sangguh melalui kehidupan begitu. Kita sering merungut atas layanan yang tidak ikut spec. Lauk tak sedap, bantal keras, cuaca panas, kipas angin tak laju, jalan jem, kena jalan jauh dari tempat letak kereta. Kita payah nak bersyukur dengan nikmat Allah berikan hari ini.

Sebenarnya kita tidak akan mampu menghitung nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita apabila kita tidak melihat kehidupan qanaah orang lain. Maka hidupkan hati supaya ada rasa syukur dengan melihat kehidupan daif orang lain. Akan terbit rasa kerdilnya diri ini dibandingkan santri santri yang melalui mujahadah kehidupan penuh kesabaran.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA,
 cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tazkirah : Bekalan Untuk Masa Depan

Beri perhatian kepada anak-anak
Hari ini ramai antara kita sebuk membuat persediaan masa depan samada untuk diri sendiri atau untuk anak-anak dengan menghambat mereka agar belajar-belajar dan kejar cita-cita untuk mejadi orang yang berjaya. Berjaya yang bagaimana? Berjaya dengan memperolehi kejayaan cemerlang, gemilang dibidang akademik dan meminggirkan persediaan akhirat. Ada yang sanggup mencutikan anak-anak yang akan ambik UPSR atau sewaktu dengannya dari menghadiri sekolah agama agar lebih fokus kepada peperiksaan akademik.

Ingatlah, masa depan yang kita sediakan itu paling utama ialah masa depan di alam barzakh. Berapa ramai antara kita menyediakan bekal untuk diri kita dan anak-anak kita bekalan masa depan di alam barzakh?

Jadi jika kita mahu anak-anak kita berjaya, masukkan juga persediaan masa depan mereka selain masa depan kat dunia tetapi masa depan di alam barzakh. Berjaya kebaikkan di hujung nyawa, maka berjayalah di alam barzakh. Bahagia alam barzakh adalah tanda bahagia kekal abadi di akhirat sana.

Pondok Lirboyo : Panduan Untuk Ibu


Wajah yang di rindu
 Panduan untuk ibu-ibu yang akan berjauhan dengan anaknya kerana tuntutan mencari ilmu. Tidak ada ibu yang tidak berhati rawan dan hiba apabila anaknya berada jauh dari depan mata. Memang jika boleh nak anak sentiasa depan mata, tapi sampai bila?

Mahu atau tidak, suatu hari nanti kita kena lepaskan juga anak tu menjalani kehidupan realiti berada jauh dari kita kerana menuntut ilmu. Samada usia masih remaja atau pemuda, tetap kena pergi juga. Cepat atau lewat.

Dan kita sebagai ibu ni bagaimana? Hiba memang hiba. Tidak kiralah ada anak seorang atau ada anak sepuloh. Tidak kira juga anak pertama atau anak kesepuloh. Hiba dan rawannya sama saja. Gundah gulananya sama saja. Saban wantu, menangis teringatkan anak tu. Ingat segalanya. Tengok tuala mandinya, tengpk bajunya, nampak seluar track yang selalu dipakainya akan menyebabkan air mata hiba mengalir tanpa diminta. Bak untaian mutiara yang terputus, jatuh berderai satu persatu dan mengalir laju.

Zaman dulu takde laman yang boleh kita kongsikan pengalaman. Cuma catat dalam dairi atau terbitkan buku. Zaman ini ada laman web yang boleh kita kongsikan sebagai panduan.

Jika orang kata saya ni ibu yang gembeng, memang ya. Menangis tak henti-henti sebaik balik meninggalkan anak di pasentren semalam. Dalam kereta menuju airport saya menangis sepanjang perjalanan. Niqab saya basah lencun. Di airport saat menunggu tu saya menangis. Saat nak tinggalkan bumi Surabaya. Dalam kapal terbang, waktu kapal terbang mula terangkat. lagi saya menangis. Sepanjang penerbangan saya menangis sampai terlena seketika. Terjaga semula saya menangis tersedu-sedu.

Turun kapal terbang menangis, naik kereta balik rumah menangis, sampai di rumah lagilah menangis hiba dan sayu. Nak makan menangis, solat menangis, nak tidor menangis lagi. pagi ni pun menangis lagi tengok almari pakaiannya, tengok barang-barangnya termasuk bila terlihat berus giginya yang tersusun rapi dalam almari.

Apa saya buat waktu menangis tu? Adakah saya merintih duka? TIDAK. Dalam hati saya sentiasa berdoa , bermunajat dan bermonolog. Saya berbicara dengan Allah. Allah Tuhan yang saya sembah, yang anak saya sembah, Tuhan yang satu agar mendamai dan menenangkan anak saya dalam kasih sayang Allah. Saya sentiasa memohon keampunan untuk diri saya dan dirinya, memohon anak saya dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menuntut ilmu. Memohon Allah mengurniakan hikmah, kebijaksanaan, kecerdikan, mudah faham, mudah ingat dan mudah hafal setiap ilmu yang dipelajari dalam rahmat Allah. mohon Allah pelihara keselamatan dan kesejahteraan iman dan dirinya walau dimana berada. Mohon dijauhi segala perkara mungkar dan maksiat yang berada dimana-mana. Tidak ada sesiapa yang dapat melindungi dirinya dari terjebak melainkan Allah jua.

Berdoalah dalam penuh harapan, dalam juraian air mata kerana kita tidak punya daya upaya melainkan mengharap pertolongan Allah. Jiwa anak kita resah, rindu dan hiba juga, maka kita minta Allah tenang dan damaikan dia. Kita tidak mampu nak peluk dia, maka kita mengharap Allah membelai dan mendakap dalam kasih sayangNya. Sungguh, dengan begini saya dapat mengubati hati kita yang rawan ini. Jangan disembunyikan tangis kita, jangan ditahan air mata kita, biarlah kita menangis sepuasnya sambil kita bermunajat kepada Allah. Jadi ibu, jangan sekali-kali kita lalai dan lupa Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah, moga-moga ALlah jaga segala-galanya untuk kita.

Hingga bila mahu menangis? Hingga bila-bila, kerana kita punya hati basah yang sarat dengan kasih sayang.

 Panduan saya satu saja, jadi ibu mesti kuat, barulah anak kuat dan kita tak boleh cepat mengalah dengan apa jua alasan jika tidak memudaratkan.

Anak tu muda lagi, banyak yang dia hadapi, kejutan budaya, kejutan persekitaran, kejutan bahasa , jadi kita sebagai ibu tak boleh lemah apabila dia kata nak balik rumah, nak duduk rumah.

Padahal kemana pun kita hantar anak, samada jauh atau dekat, anak mesti belajar untuk meneroka kehidupan sendiri dengan panduan, bimbingan kita dari jauh.

Banyakkan baca kisah sirah, kisah teladan ibu ibu yang melahirkan ulama' hebat.

Jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga kita, anak kita dan keluarga kita dalam rahmatNya.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 12 January 2015

Pondok Lirboyo : Sebak dan Hiba

Malu
Malu disnap gambar apabila air mata anak pun tumpah jua. Sayu pilu menghambat jiwa lara. Hati ibu, tak payah dicerita. Kerana ilmu, mahu menjejak ibu Imam Shafie, melepaskan anaknya yang berusia 12 tahun menuntut ilmu. Ilmu ada dimana-mana, tarbiyah itu yang utama.

Bak kata Pak Kiai, ta'alim di dalam kelas itu cuma 2 jam aja, tetapi tarbiyah itu 24 jam. Bermula dari bangun tidor hingga tidor kembali. Bagaimana kehidupan yang membentuk akhlak Islami yang diamalkan dari ilmu yang dipelajari.

Ilmu tanpa amal tidak menjadikan kita berguna, amal tanpa ilmu menjadikan kita buta.
Qanaah itu harus dilalui bukan sekadar menjadi sebutan. Biarlah tidornya atas lantai, tidak enak tetapi penuh kudratnya mampu bangun malam daripada enak tidor dikasur empok, leka hingga matahari menjenguk sinar.

Kucupan ibu yang dalam hatinya sentiasa berdetak, "Ya Allah jadikan anakku ini anak yang dirahmati dan diberkati di dunia hingga akhirat. Permudahkan ia menuntut ilmu, jadikan dia seorang yang sabar dan tabah dan permudahkan jalan jalan menuju redhaMu."




Pagi dah hantar Imran ke biliknya, dah tinggalkan semua bagasi, dah jumpa kawan kawan sebilik Imran dari Malaysia, jumpa seorang anak pak kiai, dah lihat bilik dan kehidupan santri santri di sini. Dah banyak pesanan dititipkan pada Imran.

Dah kucup, peluk Ali Imran , dah basah niqab dengan air mata. Lepas tu terus pergi tinggalkan Imran memulakan kehidupan sebagai santri.

Petang tadi ajak zauj pergi tengok Imran. Naik bas pendek ( macam bas tahun 70an di Malaysia) kemudian jauh menapak jalan kaki. Jauh berjalan pun sanggup, nak tengok permata hati jalani kehidupan baru.
Dapat jumpa Imran, jalan selamba berkaki ayam, berpelikat macam di rumah. Senyum senyum...

Dah boleh suaikan diri, dah rasa best. Takde tilam, takde bantal cuma dibekalkan sehelai selimut yang Imran selalu gunakan di rumah. Saya dah tak menangis, cuma cium Imran lama lama. Tiba ayah Imran, wah...ayah pulak yang sayu. 


‪#‎sapa kata ayah tak sedih, cuma tak tunjuk saja.

Selepas melawat Imran petang itu, kami menginap di sebuah hotel berhampiran. Esok pagi sudah mahu berangkat pulang jadi, mungkin tak jumpa lagi.

 

 
 Terasa malam yang panjang. 2, 3 kali terjaga, lihat jam baru pukul 10.38, 11.50 dan 12.45. Rasa macam lama dah tidor. Tanpa disedari, telah terbetik kerinduan. Bagaimana sang ibu mahu meneruskan kehidupan di hari hari seterusnya? Seperti bumbung atap yang tiris, bantal ini basah!

#malam pertama Ali Imran tidak ada disebelah sejak dilahirkan. Jika sebelum ini,saya yang pergi bermusafir sehari dua tidak terasa apa apa, kali ini usianya menginjak remaja, perjuangan dalam menuntut ilmu, perjalanannya menuju keredhaan Allah bermula.


Tidor yang lena



 Ketika menunggu keberangkatan balik ke Malaysia di Lapangan Udara Juanda , Surabaya.




 Benar jangkaan hati, jadi ibu mesti kuat. Dah sampai airport Juanda Surabaya, nampak miscol dari Ali Imran mengunakan telefon umum di biliknya. Saya col back. Apa yang didengar ialah sedu sedan tangisan Imran.

Hati ibu, bila dengar tangisan si anak mesti airmatanya berderai jatuh. Jika tidak kuat, rasanya mahu patah balik semula ke Kota Kediri untuk jumpa Imran dan bawa balik. Tapi ia bukan jalan keluar. Imran bukan anak manja.

Dia mesti dilatih agar kuat dan tabah. Ini pertama kali dan hari pertama masuk kelas. Mesti terasa kejutan budaya terutama bahasa dan cara belajar. Tidak ada sesiapa pun yang tidak gementar melalui hari pertama yang luar dari kebiasaaan.

Sedangkan Rasulullah pun kali pertama di datangi malaikat Jibrail, Jibrail memeluk dan menyuruh ' bacalah', rasa gementar sehingga berbaring dalam selimut apabila pulang ke rumah.

Apatah lagi kita ini manusia biasa. Maka ia menjadi pengalaman indah yang akan jadi bahan sendaan suatu hari nanti. Anak lanang menangis hiba.

Disinilah peranan ibu yang tidak boleh lemah, sayu pilu hiba yang menghambat jiwa menyebabkan dengan mudah termakan pujuk rayu dan mengalah. Dan kita tidak akan kuat jika tidak ada penyerahan diri kepada Allah.

"Ya Allah hingga di sini pengasuhan terhadap amanah yang Engkau anugerahkan kepada aku, dengan doa dan tawakal kepada Mu mengharap rahmat dan kasih sayangMu memelihara kesejahteraan Imran walau dimana pun Imran berada."
 




 
Berdua diairport ketika baru tiba hari sebelumnya.

 Setelah dipujuk-pujuk tangisan Imran redha di telefon dan saya mohon pamit berangkat naik pesawat. Tiba di Lapang terbang Senai pukul 4.10 petang. Malamnya hati ini menjadi rawan semula. Petang tadi ketika sampai, sudah menangis.




Rawannya hati seorng ibu, tidak siapa dapat mengubatinya melainkan Allah. Hanya dengan mengingati Allah, jiwa yang gundah menjadi tenang. Mengadulah kepada Allah, luahkan dalam munajat dengan Nya yang Maha Mengasihani.

‪#‎dah‬ mula melihat lihat tiket ke Surabaya. " Tenang dan damaikan jiwa puteraku didalam rahmatMu."








Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Pondok Lirboyo : Perjalanan


Dalam Pesawat
 Sepanjang perjalanan, bermula bimbingan dan tunjuk ajar. Tunjuk ajar cara-cara chek in bagasi, chek in diri, pemeriksaan diri sebelum naik pesawat, menaiki pesawat, aturan di pesawat, turun pesawat untuk isi borang pemeriksaan imegresen, sehinggalah tuntutan bagasi.

Ambik tiket untuk menaiki teksi. Pengalaman dan bimbingan ini penting untuk akan datang bila Ali Imran mahu pulang sendiri dari Surabaya ke Johor Bahru. Begitu juga untuk makan. Melihat menu yang sesuai terutama dari segi kesihatan dan kebersihan warung.

Itu belum lagi cerita tukaran ringgit malaysia ke rupiah. Jenuh ummi dia bercakap satu persatu...ibu adalah guru pertama kepada anak-anaknya.

‪#‎anak‬ bongsu yang meruntun jiwa ibu apabila berjauhan.






 Ketika dalam pesawat, kami duduk bersebelah tingkap berdekatan dengan sayap kapal terbang. Ketika melihat sayap pesawat, saya ingin menenrangan pelajaran fizik berkiatan bagaimana kapal terbang boleh terbang.

Pelajaran fizik, ingat nak cerita tentang bagaimana fungsi pendoling, bentuk aero scape boleh mengangkat kapal tetbang kepada Ali Imran, kunun kunun nak ulang ingat semula subjek yang saya kibati suatu ketika dulu, sekalinya Imran yang cerita semula kepada saya siap dengan daya daya yang bertindak ke atas kapal terbang, daya tujah oleh enjin, daya angkat, daya graviti, dan lain lain.

Bila says tanya, "macamana Imran tahu?" Jawapnya, " Baca buku, tengok you tube."

Ha...budak umur 12 tahun, boleh fikir dan terangkan semula konsep fizik yang diaplikasi dalam kehidupan harian. Oleh itu, ibu bapa mesti selalu pantau apa bahan yang anak baca dan tonton agar ia adalah ilmu bermanafaat. Mungkin tidak digunakan waktu itu, tetapi kita tak sangka dia difikirkan dan disimpan dalam memori hingga satu saat ia diperkatakan.

Sayap kapal terbang



Dalam perjalanan ke Pondok Lirboyo, naik kereta dari Surabaya ke Kota Kediri mengambil masa 4 jam. Jaraknya cuma 100 km lebih, jalannya seperti jalanraya persekutuan di Malaysia. Paling laju boleh dipandu cuma 60-80 km/j.

Masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk putera bongsu bermanja. Titis-titis airmata telah berjuraian.


Terlena di bahu  ummi dalam perjalanan dalam kereta dari Surabaya ke Kota Kediri

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday 11 January 2015

Pondok Lirboyo : Permulaan Rancangan



 Segalanya bermula  pada 26 November 2014, selepas keputusan UPSR diumumkan.

"Apa hadiah ummi nak beri pada An?" tanya Ali Imran apabila mengetahui keputusan peperiksaan UPSRnya.

"Tiket kapal terbang."

"Pergi mana?"

"Mana-mana destinasi yang an suka nak pergi."

"Dengan ummi ke?"

"Ummi dan Ayah sekali."

‪#‎yang‬ sebenarnya tiket kapalterbang nak pi Guntor.

13 orang pelajar dari SKTU 3 mendapat 5A. Terima kasih kepada semua guru-guru SKTU 3 yang dedikasi mendidik anak-anak murid mengenal Allah dan taat kepada suruhan dan larangan Allah.




13 orang mendapat 5A dalam UPSR 2014 di SKTU 3

Tahniah kepada semua, bilangan A atau B atau C hanyalah huruf dan angka sahaja, kejayaan sebenar adalah apabila seseorang itu berjaya taat kepada Allah dan RasulNYA

Namun cadangan saya nak hantar ke Guntor telah dinasihatkan oleh seorang santri dari Pasentren Kencung yang kini telah menyambung pelajaran peringkat PhD di Moroko.

Raden Mooks ~ " Saya cadangkan lebih sesuai pondok traditional macam Lirboyo, Temboro, Payaman, dan lain2, bukan pondok Modern. Kalau modern tu sama je mcm masukkan dia di Ma'ahad Muhammadi. Btw, Gontor tidak bermazhab khusus. Kitab Soleh Fawzan Wahabi pun jadi silibus akidah mereka. Wallahu a'lam."

Dan pada  1 December , 2014 , saya bersama zauj ke Jabatan Imigresen KULAIJAYA untuk membuat passport Imran.  Passport dah siap, tunggu surat tawaran dan buat visa, lepas tu baru beli tiket kapal terbang, hadiah seperti yang dijanjikan , dapat 5A dalam UPSR.

Kenapa saya pilih Imran belajar di Pondok Pasentren Lirboyo kerana displin ilmu yang ada di situ. Kitab penggajian adalah Kitab Turas (kitab klasik warna kuning). Penggajian secara bertalaqqi. Baca kitab depan guru. Seperti mana kata seorang kiai di sana, KH. M. Anwar Manshur, Lirboyo.

"Kalau belum bisa BACA Ihya' tidak boleh pulang! ! Kalian pulang harus jadi SIROJUL UMMAH (tempat rujukan dan pemberi petunjuk umat). Karena zaman sekarang SEDIKIT sekali orang yang mahu mengaji."



 Mulai saat itu saya sudah mula merasa hiba. Mula menyediakan hati untuk berjauhan dengan permata hati yang bongsu. Sudah terasa bibit pilunya.

Saya mula membina kekuatan dalaman dengan sering mencari kata-kata hikmah yang memotivasikan diri.

“seorang imam telah meninggal dunia dan lahir pula seorang imam yang lain.. Maka berterusanlah usaha kita untuk melahirkan imam-imam."

Saya imbas kembali cerita-cerita lama ketika berjauhan dengan anak sulong.

16 tahun dulu, ketika permata hati yang sulong baru berumur 12 tahun lebih, kali pertama berjauhan, 3 bulan saya menangis dalam diam. Tengok selipar menangis, tengok baju menangis, tengok seluar menangis, tengok apa juga barang-barangnya saya menangis. Bila menangis automatik mendoakan kesejahteraan agar menjadi anak soleh.

Saya jadikan kisah ibu Imam Syafie sebagai panduan. Pengorbanan hati berjauhan dengan anak.Lama saya tidak masak makanan kesukaannya.

Hanya 11 bulan selepas itu baru saya dapat bertemu. Ketika itu sistem pondok cutinya setahun sekali. Maka selepas daftar masuk bulan Syawal, akhir Ramadhan tahun berikutnya baru cuti sebulan. Puas saya menangung rindu, sehingga mendapat adik baru pun dia tak tahu.

Sudahlah ketika itu hubungan telefon bukan macam zaman ini. Telefon public hanya boleh digunakan seminggu sekali, itu pun jika tidak rosak. Maka seperti pungguk rindukan bulan saya menunggu suara anak ditalian telefon.

Ada yang buat saya tersenyum, bila saya belikan shampoo, dia tanya, "ummi nak shampoo , rambutnya mana?"

Semua pelajar pondok rupanya dibotakkan kepalanya, sebelum mula sessi pengajian menghafal al-quran.



Walaupun berat dan payah, motivasi dan cita-cita mahu mentarbiyah anak menjadi orang berilmu, cita-cita mahu anak menjadi pewaris imam yang ada hari ini akan pergi ke alam baqa, maka hati ibu mesti lebih kuat dari hati anak. Ini penting kerana, anak itu akan jadi kuat dengan doa ibunya.

Ya Allah,jadikanlah kami dikalangan hambaMu yang sentiasa taat dan patuh kepada perintahMu.

Permintaan Ali Imran malam tadi, "nak tidor sebelah ummi, boleh?" Malam akhir Imran di rumah, tidorlah dia dengan lena sebelah umminya. Lepas ni ntah bila lagi peluang ni dia dapat.

Jika orang tanya, "berapa tahun Imran, duduk memondok?"

"13 tahun"

"uiks...lamanya."

Perjuangan...perjuangan...mujahadah menjadi hamba yang Allah redha. Cita-cita yang mengharap keredhaan Allah.


Jadi ibu mesti kuat, walaupun menangis dalam senyap. Air mata sentiasa bertakung, hati sayu dan pilu disembunyikan dari pandangan.


‪#‎saat‬ Imran naik kereta menuju ke airport, bibik menangis hiba dahulu. Bibik mengasuh Imran dari usia Ali Imran satu tahun. Kini usia Imran 12 tahun, nanti Julai 2015 baru 13 tahun.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.