BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 31 January 2011

Solluhi Qadim

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.




Hari Rabu, 19 Januari, zauj memang selalu sebuk dengan menghadiri beberapa siri mesyuarat dari pagi sampai ke petang. Lepas solat asar, jam 5.00 petang hingga 8.00 malam disambung dengan kelas UHW untuk pelajar master dan Ph.D


Jadi petang itu, zauj minta ummi menjemput Imran balik dari kelas agama di SA UTM. Disebabkan Nurin pun balik jam kerja hari tu jam 5.30 petang,maka ummi ambik Imran selepas solat asar. Mujur Imran tidak merayau kemana-mana sebab lambat ambik dia balik kelas yang berakhir jam 3.30 petang.


Ummi tiba di sekolah agama, hampir jam 5.00 petang. Masih ada 30 minit nak tunggu Nurin balik kerja, ummi bawa Imran dan Naimah ke cafe. Nak pujuk Imran yang merungut lewat dijemput, ummi belanja makan kentang goreng. Selesai makan,hampir 5.30, masuk kereta dan jemput Nurin pula.


Sampai rumah, buka pakaian, terus ke dapur untuk menyediakan makanan makan malam. Oleh kerana zauj balik 7.30 malam, zauj mengajar tanpa henti selama 2 jam 30 minit. Berhenti awal 30 minit untuk mengerjakan solat maghrib. Sampai rumah,ummi berjemaah dengan zauj dan Imran.   ( anak yang dirumah pun memang Imran saja).

Ntah apa yang tak kena, habis salam saja, ummi terasa amat mengantok. Dengan telekong masih menyalut di badan, ummi berbaring atas katil di dalam bilik belakang. Bilik belakang ni menjadi bilik operasi harian ummi.


Ada laptop, ada katil untuk berehat, ada meja untuk menggosok pakaian, ada bakul yang berisi pakaian bersih baru yang di angkat dari jemuran. Banyak masa seharian ummi dihabiskan di bilik kecik ini, kedudukan bersebelahan dapur. Mudah untuk ummi bergerak depan belakang dan ke dapur.


Agak 30 minit ummi tertidor, ummi terjaga bila zauj ajak makan. Siap berhidang, semua makan. Siap makan, masa cuci pinggan disink dapur, jiran yang bertentangan dapur ummi bagitahu, dia nampak seorang lelaki melompat keluar dari pagar belakang rumah ummi. Dan terus berlari.


Lepas jiran bagitahu tu, ummi jenguk juga ke dalam bilik tu untuk melihat-lihat apa-apa yang tidak kena. Tak nampak sebarang perubahan dan perbezaan.


Hari Khamis, ada rombongan kawan-kawan kelas angah datang berziarah. Petang tu, ummi sibuk memasak makanan untuk makan malam seramai 60 orang. Ummi masak mudah dan simple sahaja menjamu mereka makan malam.


Nasi jagung, ayam masak merah dan dalca sayur. Mereka sampai lebih kurang 8.30 malam. Mereka memahami, ummi tak ada pembantu, cuma ada menantu, isteri along dan Nurin sahaja. Mereka dengan sukarela turun ke dapur untuk mencuci segala pinggan mangkuk yang digunakan selepas makan. Berkemas dan menyimpan semula ke dalam kabinet.


Hampir pukul 10.00 malam, mereka minta diri untuk meneruskan aturacara lawatan mereka. Selepas mereka balik, ummi pun merehatkan diri.


Esok paginya, seperti biasa, ummi bangun awal. Selepas solat subuh, baru ummi ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk Imran. Sejak 18 tahun lalu, menjadi rutin setiap pagi menyediakan sarapan pagi untuk zauj dan anak-anak. Semua anak akan bersarapan di rumah sebelum pergi ke sekolah dan membawa bekal dari rumah untuk makan waktu rehat.


Setelah zauj dan Imran pergi,cepat-cepat ummi berkemas rumah. Kepenatan semalam telah beransur reda. Mengemaskan periuk-periuk yang digunakan. Tiba-tiba ummi teringat nak membeli barang di kedai. Ummi cari beg tangan yang selalu ummi letakkan di bawah meja di bilik kecik tempat ummi selalu menjalankan opersi segala urusan harian.


Cari punya cari dibawah meja, dicelah katil dan almari, ummi tidak jumpa beg tangan itu. "Eh...mana beg tangan ni, selalu kat bawah meja ni saja", hati ummi berkata-kata. Ummi minta tolong semua ahli rumah yang ada masa itu, along, menantu, nurin mencari beg tangan ummi. Seluruh rumah digeledah, namun tidak jumpa. Ummi jadi pelik dan kehairanan.


Ummi teringat kata-kata 'aso' jiran belakang 2 malam lepas yang dia nampak ada orang menceroboh kawasan pagar belakang rumah ummi. Dia nampak seorang lelaki melompat keluar dari kawasan berpagar rumah ummi ke jalan raya sambil ditangannya memengang barang. Lantas ummi teringat agaknya yang dapat diambilnya dari tingkap itu ialah beg tangan ummi.


MasyaAllah...


Teguran Allah atas kecuaian ummi. Dalam hati berdoa, moga Allah memelihara beg tangan dan isi kandungan beg itu dan dengan keluasan rahmat Allah, beg itu bersama dengan isi kandunganya selamat kembali kepada ummi.


Tidak semestinya doa itu segera dimakbulkan. Perlukan usaha dan ikhtiar. Ummi minta Baihaqi mencari di dalam semak dan belukar sekitar taman perumahan. Ummi sendiri pun mencari hingga di kawasan sunyi dan di dalam longkang-longkang besar.


Namun tidak ditemui. Petang Jumaat tu, baru ummi telefon CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam dan EON Bank untuk menyekat sebarang transaksi. Sebelum itu, ummi minta mereka menyemak adakah sebarang transaksi dalam tempoh 48 jam lalu. Alhamdullilah... tak ada dilakukan transaksi.


Esoknya jiran yang hujung itu menyampaikan khabar, seminggu sebelum ini, dia nampak ada seorang lelaki muda yang asyik berjalan kaki berulang alik dilaluan belakang rumah ummi. Kecuaian,  ummi buat tak kesah akan khabar yang jiran sampaikan.


Hari Sabtu dan Ahad masih lagi ummi anak beranak berusaha mencari beg tangan itu di dalam kawasan semak dan longkang. Akhirnya akur, belum izin Allah untuk ditemui.


Hari Isnin, jam 9.00  ummi ke Balai Polis Taman Univerisiti, untuk membuat laporan polis akan  kehilangan dokumen - dokumen penting. Ummi bukan kisahkan beg tangan itu  atau wang yang di dalamnya, tetapi dokumen yang ada di dalam beg itu lebih bermakna dan bernilai.


Menyenaraikan dokumen yang terkandung di dalam beg itu dan lesap bersama dengan beg tangan, hinggakan pegawai tu tersenyum geleng kepala, "mak oii...banyaknya".


"Saya bukan hilang dompet, saya hilang beg tangan."


Sudah pasti banyak benda yang ummi sumbat dalam beg tangan itu. Selain emas, perak, besi tembaga, batu permata, tentulah dokumen yang memudahkan ummi untuk mengendalikan beberapa urusan seperti kad-kad ATM, kad-kad kredit, kad SSPN  anak-anak, buku-buku akaun bank dan tabung haji, kad pengenalan, lesen memandu, kad kerja, kad pesara, pen drive, modem broadband  dan yang penting ialah buku catatan urusan-urusan harian dan data-data. Bila senaraikan   dari huruf a  hingga  huruf  z. Buku  akaun,bukan buku  akaun ummi seorang,sebaliknya buku akaun anak-anak, pembantu rumah dan buku akaun zauj. Urusan untuk mendapatkan semua dokumen ini, bukan mudah.


Apakah ummi merungut? marah, geram, memaki hamun kepada yang mengambil beg  itu?


Tidak sekali. Ummi mengambil ini sebagai peringatan, sebagai teguran Allah kepada ummi. Mungkin ummi cuai, lalai dari melaksanakan tugas sebagai hamba, lalai mengingat Allah. Ummi redha dengan apa yang telah Allah tentukan ini.


Sebaliknya hanya doa yang ummi panjatkan semoga Allah memelihara  beg tangan dan isi kandunganya... dan dengan keluasan rahmatNYA beg dan isi kandungannya akan dipulangkan semula kepada ummi suatu saat nanti.


Inilah ketentuan Allah. "solluhi qadim", salah satu sifat takluq Allah. Sebagai orang mukmin, kita wajib menyakininya.

"solluhi qadim"...ketentuan atau kesesuaian yang telah ditentukan Allah SWT kepada kita . Contohnya berlaku sesuatu kejadian seperti "seorang itu hanya ada seorang anak sahaja" maka dia redha dengan ketentuan Allah itu,dan ini dipanggil "takluq solluhi qadim" iaitu "ketentuan sifat IlmuNya"

Secara umum sesuatu yang menyebabkan kesakitan, penderitaan dan kesusahan adalah sengsara. Sengsara adalah lawan bahagia.

Apabila seseorang mengalami kesengsaraan pastilah akan datang perasaan keluh kesah. Keluh kesah menimbulkan sifat ketidak sabaran. Dan akhirnya timbullah protes dari dalam bathin akan kesengsaraan yang dihadapinya.

Islam mengatakan kesengsaraan yang dialami oleh manusia itu tidak semestinya kesengsaraan dalam erti sebenar. Ada kalanya seseorang itu mengalami kesengsaraan sebagai pengajaran hidup. Jika seseorang itu hidupnya mewah dan menggunakan kemewahannya untuk kejahatan, jika dia tiba-tiba menjadi papa ertinya ia adalah supaya dia sedar akan kealpaannya selama ini. Demikian juga sengsara dengan penyakit, ia adalah sebagai peringatan supaya muhasabah diri apakah hidupnya yang lalu taat atau derhaka. Ertinya disini, sabar akan kesengsaraan adalah dituntut. Kemudian diiringi dengan redha dengan kesengsaraan itu iaitu sedar akan kekuasaan ALLah Taala dan sedar kelemahan diri.

Redha dengan kesengsaraan yang tiba-tiba dialami adalah sifat terpuji. Orang yang redha akan dijanjikan ALLah Taala tempat yang tinggi di syurga. Ertinya sengsara di dunia akan dibalas dengan kesenangan di akhirat dengan syarat redha akan segala Ketentuan yang pasti dalam IlmuNya.

'Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.' (QS. at-Talaaq : 3).

Panjang muqadimmah penutupnya, semoga bermanafaat  dan menjadi iktibar kepada semua pembaca.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Sunday 30 January 2011

Musibah Di Maahad Tahfiz Darus Syifa'

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



Ujian dan dugaan tidak akan putus-putus datang sebagai ujian kepada orang beriman. Adakah redha dan ikhlas dalam menerima ujian yang diberikan. Memang sudah ketentuannya datang sebagai ujian orang beriman.


Selepas solat isya' , 29 Januari 2011,pelajar asrama pondok Maahad tahfiz Darus Syifa dikejutkan dengan musibah apabila sebuah bangunan asrama yang menempatkan pakaian dan barang-barang keperluan peribadi pelajar termasuk tilam bantal terbakar.


Bangunan ini merupakan sebuah bangunan kayu 2 tingkat yang terletak di hadapan bangunan kelas dan pengajian bangunan batu 3 tingkat Maahad Tahfiz tersebut. Punca kebakaran belum diketahui. Pihak bomba masih menjalankan siasatan. Anggaran kerugian juga belum dapat ditaksirkan.


Bangunan ini adalah bangunan wakaf yang terletak atas tanah wakaf juga. Diseberang jalan bangunan ini adalah masjid Kg. Kolam, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Api marak dapat dipadamkan oleh piha kbomba yang mengambil masa sekitar 30 minit sahaja dari merebak ke bangunan lain.


Bangunan yang terbakar


Bangunan lain yang berhampiran asrama ini ialah rumah mudir Maahad Tahfiz itu ustaz Ahmad Syarifuddin atau dikenali sebagai ustaz Din al-hafiz.


Bangunan yang terbakar
Merupakan bangunan 2 tingkat,bahagian atas daripada kayu.
Merupakan asrama  lelaki pelajar tahfiz


Alhamdullilah, lain-lain bangunan disekitar asrama yang terbakar selamat. Inilah ujian orang beriman. Pelajar yang menginap di asrama tersebut adalah seramai 40 orang.


Sebenarnya kejadian asrama pondok atau sekolah agama terbakar adalah perkara biasa. Ialah dianggap sebagai teguran agar menjadi ingatan dan iktibar. Allah mendatangkan musibah untuk melihat keimanan orang mukmin, bagaimana penerimaan jika didatangkan kesukaran dan malapetaka.


Allah datangkan ujian sebagai tanda Allah kesah dengan perjalanan hamba-hamba yang taat kepadaNYA. Jika tiada sebarang masalah dan kesusahan dalam hidup ini bermakna Allah tidak mengindahkan atau memberikan teguran dan membiarkan mereka terus leka,lalai dan alpa.


Sekiranya mereka yang dipermudahkan jalan, diberikan sentiasa nikmat-nikmat, dan bersyukur, maka redha Allah bersama-samanya. Tapi bagaiman jika terus hanyut tanpa mempedulikan halal haram ketika berjalan di mukabumi ini, adakah Allah kisah dengan hidup mereka? Bermkana Allah tidak pandang mereka itu. Allah tidak kisah kepada sesiapa yang menzalimi diri sendiri. Amat sedihkan?



Allah berfirman dalam al-Quran :“Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)


Oleh yang demikian, jika kita ditimpa musibah dan cubaan, maka bersabarlah dan mintalah pertolongan daripada Allah…

Ya Allah…Ya Rahman… Ya Rabbi Ya Ilahi...
Curahkan rahmat dan kasihmu...
Ya Allah... Dengarlah pintaku...
Kabulkan doa harapanku...
Agar ku dapat kirimkan tujuan akhir jalan hidupku...


"Saat kekalahan itu bermula bila kamu lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu." (Sayyid Qutb)

Kepada sesiapa yang sudi menyumbang untuk meringankan beban untuk pondok dan pelajar-pelajar yang tinggal sehelai sepinggang boleh menyalurkan sumbangan dan bantuan melalui akaun ini :


Ma'ahad Tahfiz Darus Syifaa'
Ahmad Syarifuddin Bin Ibrahim @ Muda
CIMB 13010004944202



Setiap kali kita berbicara berkenaan dengan dugaan orang yang beriman, kita seringkali diberitahu dugaan orang yang beriman cukup berat. Lalu kita diberikan contoh-contoh dugaan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Kita ditanamkan terus dengan cerita-cerita bahawa alim ulama sebelum kita terpaksa bersusah payah menghadapi dugaan mereka.


Cerita-cerita dugaan orang yang beriman ini sedikit sebanyak menanamkan satu persepsi di dalam fikiran kita bahawa kita juga pasti akan diduga dengan dugaan yang berat jika kita ingin menjadi orang yang beriman. Tidak kurang juga ramai yang tidak mahu beriman kerana bimbang dengan dugaan yang berat yang bakal menimpa.


Kesilapan bertahun-tahun di atas persepsi ini membuatkan beriman itu seolah-olah menyusahkan iaitu pasti akan menempuh dugaan yang besar. Namun realiti dan hakikatnya tidak begitu.


Kita terlupa atau tidak sedar bahawa sebenarnya kehidupan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda cukup bahagia dan tenang. Baginda dan sahabat tidak pernah mengeluh dengan semua dugaan yang dihadapi kerana keyakinan kepada Allah SWT cukup kuat dan kukuh.



Persepsi yang selalu dikatakan hanyalah persepsi kepada yang melihat. Kita melihat dugaan orang yang beriman adalah cukup hebat dan berat. Tetapi bagi orang yang beriman itu, hakikatnya mereka menghadapi dugaan dengan cukup tenang dan dugaan itu tidak langsung memberikan apa-apa masalah dalam kehidupan mereka.


Seharusnya kita melihat hal ini dari persepsi orang yang beriman itu sendiri. Maka sebenarnya dugaan yang dihadapi oleh orang yang beriman itu sebenarnya hanyalah kecil atau langsung tidak dinamakan dugaan bagi orang yang beriman itu. Semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang kita perlu lalui dengan berserah, pasrah dan redha.

Maka tidak perlulah kita bimbang dengan dugaan yang datang apabila setiap hari kita ingin berada dekat dengan Allah SWT. Semakin kita hampir dengan Allah SWT, semakin kukuh keyakinan kita kepada ketentuan Allah SWT. Kita akan berasa semakin ringan dugaan yang menimpa walaupun mereka yang melihat dugaan yang kita hadapi merupakan dugaan yang besar.

Semoga setiap saat, iman kita semakin bertambah. Amin


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 18 January 2011

Biarlah Menjadi Gelas

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Hidup dan kehidupan kita adalah amanah yang akan kita pertanggungjawabkan kelak di hadapan Allah, sebagaimana penciptaan kita dan seluruh makhlukNya yang penuh makna dan nilai ( tidak sia-sia ) ketika diciptakan oleh Allah di muka bumi ini. Maka hal yang kita lakukan adalah berusaha menepati amanah Allah dengan senantiasa terus berusaha mencintai kebaikan dan perintahNya dan menjauhi laranganNya.


Kerana amanah dan tanggungjawap,maka sejak masuk saja tahun 2011, bermula 1hb Januari, kesibukan yang datang bagaikan tidak cukup tangan untuk ummi kejar.


Urusan persekolahan bertembung dengan buka semester IPT. Sibuknya urusan sama rancaknya laju aliran tunai mengalir keluar dari poket. Setiap orang anak memerlukan perbelanjaan hampir RM 1 ribu seorang. Omar Abdul Aziz,Abdullah Mubarak dan Muhammad Imran. Itu yang bersekolah. Yang sedang belajar di IPT pun sama juga.


Walaupun sudah berkahwin, angah masih belajar dan tidak mendapat mana-mana tajaan. Hanya isteri angah saja yang mendapat tajaan. Jadi angah masih lagi ditanggung sepenuhnya pengajian oleh ayah ummi. Kebetulan semester 2 buka serentak hari dengan pendaftaran awal tahun pelajar-pelajar sekolah. Memang lajulah aliran duit tunai.


Ummi tidak kisah tentang kewangan, sebab setiap manusia memang telah Allah tetap rezekinya. Selalu ummi ingatkan zauj bahawa memang itu rezeki anak-anak atau siapa sahaja, kita hanyalah pengantara atau asbab rezeki itu dikurniakan. Hanya ummi keletihan menguruskan hal-hal persekolahan anak-anak ini. Dari pendaftaran masuk tingkatan 1, yuran, pembelian peralatan sekolah, buku-buku dan pakaian sekolah.


Syukurnya semua anak-anak yang masih bersekolah ini lelaki, maka mudahlah untuk mencari pakaian di kedai. Beli aja yang sudah siap berjahit, tidak payah sibuk menempahnya. Lainlah jika anak perempuan dulu, Najdah dan Nazihah. Semua pakaian mereka ummi yang jahitkan. Baju kurung, kain sarung dan tudung. Awal cuti sekolah, ummi dah mula sibuk.


Masih ingat lagi, kalau dulu, masa ramai-ramai masih sekolah, along, angah, najdah, nazihah dan Baihaqi, ummi beli kain putih satu kayu. Buat baju kurung untuk anak perempuan,paling kurang seorang 3 pasang, baju kurung (melayu) anak-anak lelaki untuk pakai bersekolah agama, seorang 2 pasang. Hmm....memang satu kayu. Nanti dipertengahan tahun,kena buat seluar panjang lelaki,sebab seluar dah tak nampak seluar, koyak dan singkat.


Bab menjahit pakaian, bukan untuk anak-anak dan diri sendiri sahaja, baju melayu (kurung cekak musang) zauj pun ummi jahit sendiri. Dah berpuluh pasang baju melayu zauj ummi yang jahit sejak dari mempunyai 2 orang anak lagi. Masa itu,tinggal di Paya Jaras,sedang hamilkan najdah, zauj panggil seorang tukang jahit datang ke rumah,minta dia tunjuk ajar cara-cara membuat baju melayu cekak musang. zauj tunggu sampai ummi pandai menjahit dan jahitan kemas dan diiktiraf oleh dia. (lelaki, kalau jahitan selekeh, tak mahu pakaian itu dipakai, apatah lagi dipakai waktu pejabat). Tambahlah kini zauj sebagai TD di Fakulti Tamadun Islam, lagilah menjaga etika berpakaian kemas.


Setiap kali bila menjahit pakaian zauj, zauj akan tunggu dan belek-belek teliti, tak mahu ada kekurangan yang jelas kelihatan pada jahitan pakaiannya. Kalau tersilap, zauj akan suruh buka semula. Ketelitian zauj ini sebenarnya memahirkan ummi dibidang jahitan. Itu yang menjadi warisan kepada anak-anak. Namun kesibukkan belajar, menjadi kekangan untuk anak-anak mengusahakan kerjaya dibidang jahitan. Menjahit hanyalah sekadar untuk pakaian sendiri sahaja.


Amat berbeza dengan adik beradik ummi. Arwah mak mahir dibidang jahitan.Menjadi tukang jahit pakaian dikampung. ramai yang datang menempah pakaian kepada arwah mak. Kami anak-anak tak ada belajar secara terus dengan arwah. Melihat dan menyambil menolong-nolong sahaja. Rupanya bakat itu diwarisi kepada 5 daripada 9 orang anaknya. Selain ummi yang hanya menjahit pakaian keluarga sendiri dan juga keperluan rumah tangga seperti langsir , cadar, alas meja, adik-beradik ummi yang lain, menjadikan jehitan sebagai kerjaya. Ada yang mejadi tukang jahit profesional. Sebagai suri rumah sepenuh masa, pendapatan tambahan adalah melalui jahitan.


2 adik lelaki, seorang kakak dan seorang adik perempuan tu memang tidak ada minat untuk mejahit. Selain bakat yang diwarisi, minta juga perlu ada untuk menjahit pakaian. Ketekunan dan kesabaran untuk mendapatkan hasil dan mutu yang berkualiti adalah kunci kejayaan dibidang jahitan.


Berbalik kepada pengurusan anak-anak yang bersekolah, bermula 27 November, Abdullah dikehendaki hadir untuk sessi Temuduga Kemasukan Tingkatan 1 di SBPI Rawang, 27 Disember, pembelian buku-buku untuk Muhammad Imran, 1 Januari, mendaftarkan Abdullah Mubarak ke tingkatan 1 di SMKTUN (setelah keputusan dukacita untuk ke SBPI Rawang, tetapi masih menanti panggilan kedua), hari yang sama ke sekolah Muhammad Imran untuk pembayaran yuran dan pelbagai.


3 Januari ke JPNJ untuk mengisi borang rayuan ke SMKA, itu pun mujur pendaftaran untuk Omar Abdul Aziz ke tingkatan 2 di SBPI Rawang dibantu urus oleh angah. Pada 2 Januari, angah tolong hantar Omar ke asrama dan membuat bayaran pendaftaran. Sebab itu, ummi tak dapat untuk menghantar Muhammad Nur Iman mendaftar di PUSPA, Sg Petani Kedah pada 2 Januari.


Walaupun Nur Iman ummi hantar jauh belajar asas agama Islam di Kedah sana, tetapi kami sentiasa berhubung. Ummi tidak abaikan Nur Iman begitu sahaja setelah membimbing selama 1 tahun melalui alam maya. Sekarang Nur Iman belajar secara berguru. Inilah yang amat baik buat pencari ilmu.


6 Januari, pegawai JPNJ bahagian pendidikan Islam telefon pula, memaklumkan sessi Temuduga Kemasukan Tingkatan 1 ambilan kedua di SMKA Bandar Penawar pada 10 Januari. Adoh...bertembung dengan urusan lain pula di KL. Maka ummi minta pertolongan along untuk bawakan Abdullah ke SMKA Bandar Penawar.


8 hingga 10 Januari ummi ke KL atas urusan lain pulak. Isnin malam Selasa baru balik. Abdullah pula sudah selesai sessi temuduganya di SMKA Bandar Penawar. 13 Januari, pegawai JPNJ bahagian Pendidikan Islam telefon sekali lagi memaklumkan minta ambil surat tawaran ke SMKA Bandar Penawar. Abdullah berjaya memasuki sekolah tersebut. Pendaftaran pada 17 Januari.


Petang tu, 13 Jnauari, ummi dan zauj ke JPNJ, untuk ambik surat tawaran. Ada borang-borang yang perlu di isi. Senarai barang keperluan yang perlu dibeli. Balik dari JPNJ,terus singgah Plaza Angsana untuk membeli pakaian sekolah Abdullah. Singgah Badan Cemerlang untuk membeli kamus Bahasa Jerman untuk Nurafifah. Cari Buku Malaysia Law System ,Lee Mei Pheng tak ada pulak. Kehabisan stok di Badan Cemerlang. Sampai rumah apa lagi, berjalan melebehi had, sakit kaki. Mulanya Baihaqi urutkan kaki ummi dan Abdullah urut kaki zauj. Lepas tu dalam ummi sudah lena, Abdullah datang memicit-micit kaki ummi. Selagi tidak diurut dan dipicit kaki ummi untuk melancarkan perjalanan darah,selagi itu lah kesakitan berlarutan.Hanya akan lega bila sudah dipicit dan disapu minyak panas/bam panas.


14 Januari, Jumaat, pagi tu pergi ke Gaint, membeli barang-barang keperluan lain untuk dibawa ke asrama. Petangnya, lepas habis waktu sekolah agama Muhammad Imran, bertolak ke Desaru. Zauj ada bengkel selama 2 hari 2 malam. Pergi menemankan zauj ke sana. Peranan seorang isteri dan ibu tetap dipikul dimana jua. Menemankan zauj untuk menguruskan makan dan pakai zauj dan anak-anak di Lotus Resort,Desaru. Balik hari ahad, 16 Januari. Tiba di rumah jam 4.00 petang.


Bila sampai rumah, seminit pun tak sempat nak berehat, terus mula berkemas pakaian dan barang-barang yang akan dibawa oleh Abdullah ke asrama keesokkannya. Melipat pakaian,memasukkan ke dalambeg,melengkapkan borang-borang dan meneliti keperluan lain yang akan dibawa. Mujur ada along untuk bawa Abdullah bergambar. Ummi terlepas pandang akan gambar ni dari awal. Mujur masih ada masa sebelum kedai gambar tutup. Yang zauj pula, sebuk buat pengesahan salinan-salinan dokumen pengenalan diri, walaupun zauj masih kepenatan.


Malamnya, zauj tidor awal, ummi masih lagi berkemas pakaian kotor untuk dicuci setelah 2 hari berada di Desaru. Subuhnya bangun awal, 17 Januari,bersiap untuk hantar Abdullah ke SMKA Bandar Penawar. bergerak awal pagi, hantar Muhammad Imran ke SKTU 3, dan terus ke Bandar Penawar. Naimah pun tak sempat dimandikan.


Sampai SMKA tepat jam 9.01 pagi. Pendaftaran baru bermula. Selesai pendaftaran, pembayaran yuran, buku, koperasi dan lain-lain, terus naik ke dorm pula. Mengemaskan pakaian Abdullah ke dalam locker, menjahit lencana yang baru dapat. Menjelang pukul 12.15 baru selesai urusan Abdullah. Selepas Abdullah bersalam , berpelukan dan mencium pipi, barulah kami bergerak balik. Singgah makan tengah hari sekejap sebab ummi langsung tidak sempat bersarapan pagi kerana menguruskan pendaftaran tadi tu.


Muhammad Imran sepatutnya balik pada pukul 1.10 tengah hari, tapi pagi tu ummi dah pesan, jika lewat tiba dijemput, jangan kemana-mana, duduk sahaja di kantin sekolah. Tiba SKTU 3 jam 2.03 minit petang, laju zauj memandu sebab tak mahu Imran lama berseorangan di sekolah. Sekolah tu cuma 1 sessi, takut dah tak ada orang di sekolah.


Akhirnya tiba di rumah pada pukul 2.27 petang. Haah...lega, baru terasa lega yang teramat. 2 minggu yang sangat sibuk menguruskan persekolahan anak-anak sambil dalam masa yang sama merawat hati yang duka. Ada anak lain yang menjauhkan diri.


Tak tahu apa punca, apa sebab, dia merajuk dan terasa hati. Yang ini hanya doa yang dititipkan moga silaturahim tidak putus kerana kasih itu telah terpahat disanubari. Walaupun sesibuk mana ummi ini, anak yang seorang ini tidak pernah dilupankan walau jauh di depan mata tetapi kekal ingatan di dalam hati. Harap tidak lama rajuk anak mak kali ini...



"Maha Suci Mu Ya Allah,peliharalah diriku dan keluargaku dari api neraka"


"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat2 yang kasar dan keras, yang tidak derhaka pada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (surah at-Tahrim : 6)





Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Monday 17 January 2011

Cinta Tidak Bermusim

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



Kini telah separuh menjejaki bulan Safar. Bulan Rabiul Awal akan menjelang tidak beberapa hari lagi, bulan indah penuh nostalgia bagi semua umat Islam. Tapi hanya bagi mereka yang merasai manisnya iman yang sebenar.

Perarakkan, selawat, ceramah, bacaan rawi dan makan-makan antara keraian umat ini dalam memperingati seorang kekasih yang sekian lama meningggalkan kita.

Anda punyai seorang kekasih, apakah yang pasti dilakukan agar cinta yang tersemi makin segar dan mekar indah? Saya yakin bagi yang ber'couple' lebih memahami pendekatan terbaik agar tasbih cinta makin rancak zikirnya.

Hal yang sama perlu kita fikirkan bila mengaku Rasulullah saw sebagai kekasih hati.


Cinta yang segar, cinta tanpa musim.

Seorang suami yang menyayangi isterinya secara bermusim, setahun sekali. Mampukah cinta sebegini dinobatkan sebagai cinta sejati?

Setahun sekali melafazkan ayat-ayat cinta.

Setahun sekali menurut segala kehendak si isteri.

Setahun sekali keluar melancong.

Semuanya digambarkan sehari dalam setahun.

Bagitu juga halnya dengan cinta kepada Rasulullah saw

Setahun sekali selawat dialunkan

Setahun sekali sunnah diamalkan

Setahun sekali .......


Adakah ini cinta sebenar?

Saya yakin sekiranya rumahtangga yang terbina dengan keindahan setahun sekali, ianya mungkin indah dipandang dari luar namun ibarat rumah yang dimamah anai-anai. Menanti sebuah keruntuhan.

Tuntasnya, cinta bermusim kepada Rasulullah saw seolah-olah cinta tanpa isi.
Tidak salah Rabiul Awal dijadikan medan penyebab mekarnya sayang Rasul, namun jadikan ianya anjakan untuk cinta itu terus menerus subur dalam dakapan jiwa nurani.



Berbalaskah sebuah cinta?

Mana mungkin sebuah perasaan kasih hanya daripada sebelah pihak. Mungkin sebab itu istilah Bahasa Melayunya ‘kasih sayang' lebih menjelaskan maksud yang dalam pengertiannya.

Cinta juga kasih dan sayang adalah kesan akibat daripada dua perasaan yang berhubungan. Mudah sekali melafaz kata-kata cinta, tapi untuk mendapat balasannya sesuatu yang masih belum kepastiannya.

Mana ada yang mengaku tak sayang kepada Rasulullah saw. Tapi yang banyaknya tidak lebih daripada sebuah lafaz. Mungkinkah cinta kita dengan Rasul saw masih bertepuk disebelah tangan?

Cinta sejati pastinya bersyarat. Ada bezanya antara cinta suami dan isteri, anak dan ibubapa bila dibandingkan dengan cinta kepada Rasulullah saw. Syaratnya lebih mudah namun pelaksanaanya memohon korban. Korban nafsu dan semangat mujahadah.


Syarat sebuah cinta

Tiga golongan yang mampu mengecapi kemanisan iman :


Allah dan Rasul lebih sayangi daripada segala-galanya
Tidak dia mengasihi seseorang kecuali semata-mata kerana Allah
Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya untuk dicampakkan ke jurang neraka. (Mafhum Hadis)

Syaratnya cukup mudah. Sayang mesti lebih daripada yang lain. Sayang Allah dan Rasul lebih daripada sayang ibubapa, isteri, suami, anak-anak, harta, pangkat dan segala-galanya.

Sayang bukan sekadar lafaz, namun buktinya pada gerak laku seharian. Hidupkan sunnah nabi saw daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang terbesar.

Bukan hanya bersugi dan solat berjemaah, atau beeselawat maupun beramar maaruf. Sunnah nahi mungkar, berekonomi, berpolitik, bernegara, bermuamalat, hubungan antarabangsa, berkeluarga, berjiran, berjihad, ......

Tanda kasih sayang kepada Rasullullah saw juga ialah mengekang nafsu dalam perkara haram dan makruh. Juga wara' walaupun pada perkara yang halal.

Cinta tanpa rukun dan syarat pastinya cinta yang kudus.

Tidak pelik untuk mencintai, namun hebat bila dicintai.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.







Saturday 15 January 2011

Yakin Pada Perkara Ghaib

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Apabila kesakitan dan rindu beradun menjadi satu, jiwa terasa sayu, irama dan lagu bernada kaku. Kenapa gerangan menjadi begitu?


Adap dan akhlak tetap perlu dipelihara, walau ke mana kaki melangkah, di mana bumi dipijak maka di situ langit dijunjung.


Islam agamaku, akhlak ada diriku. Jika mengambil islam, bukan sekadar mngESAkan Tuhan yang menciptakan langit dan bumi ini, tetapi mengambil seluruh cara kehidupan yang Islam telah syaratkan.


Sebab itu Allah ciptakan syurga neraka, ada hisab dan mizan, kerana apabila kita menganut agama Islam, kita tidak mahu sekadar menjadi muslim, tetapi menjadi mukmin.


Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu rukun Iman. Percaya kepada syurga neraka, hisab dan mizan adalah termasuk perkara-perkara ghaib sebab kita tidak melihat atau bertemu ketika ini. Kita cuma mendengar. Sebagai seorang mukmin, perlu yakin akan adanya perkara ghaib. Bila kita dengar, kita taat. Jangan tanya banyak-banyak jika kita yakin , kita ini bertuhankan ALLAH.


Satu lagi perkara termasuk perkara ghaib, ialah yakin akan jodoh dan rezeki yang Allah telah tetapkan. Tidak ada sesiapa pun dapat meramalkan siapa jodohnya selagi dia belum berijab kabul dan tidak siapa tahu apa rezekinya ketika itu selagi belum ditelan masuk ke perut. Bila bernikah itulah suaminya, itulah isterinya. Itu jodoh yang Allah berikan. Panjang atau pendek jodohnya, bahagia  atau  derita rumahtangganya  juga memang telah tersurat sejak azali. Namun semuanya itu memerlukan sebab.


Yakin pada apa yang telah tersurat itu adalah hakikat, menjalankan kehidupan menurut syariat adalah ibadah. Jadi apa yang kita lalui, memelihara iman, berakhlak dan pekerti mulia merupakan ibadah yang kita persembahkan kepada Allah agar rahmat dan berkat sentiasa melimpah ke atas diri dan keluarga kita.


Perkara inilah selalu menyebabkan keimanan seseorang tergugat.Tidak yakin dengan rezeki Allah. Selalu orang membandingkan antara bekerja sendiri dengan bekerja dengan sesuatu badan, samada badan kerajaan atau swasta. Banyak orang beranggapan jika kerja sendiri tu, akan kebuluran. Kalau dikahwinkan anak perempuan dengan orang yang kerja sendiri ini, ibarat menghantar anak ke Somalia.


Tak tahulah kenapa masih ada ibu bapa yang berfikiran begitu. Langsung tidak ada keyakinan terhadap rezeki yang telah Allah tetapkan kepada setiap mahkluk yang Dia ciptakan. Semoga kita bukan di dalam golangan mereka yang berfikiran begini.


Peliharalah iman agar sempurna, peliharalah iman agar terasa kemanisannya. Sebab itu bukan semua muslim itu mukmin, tetapi semua mukmin adalah muslim. Bila dengar kita patuh dan taati...

سَمِعْنَاوَعَصَيْنَا

"Kami dengar dan kami taat"

(2:285)  Rasul telah beriman kpd Al Qur'an yg diturunkan kpdnya dr Tuhannya, demikian pula org2 yg beriman. Semuanya beriman kpd Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab2-Nya & rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): Kami tidak membeda-bedakan antara seseorgpun (dengan yang lain) dr rasul-rasul-Nya", & mereka mengatakan: "Kami dengar & kami ta'at." (Mereka berdo'a): "Ampunilah kami ya Tuhan kami & kepada Engkaulah tempat kembali.



(5:7)  Dan ingatlah karunia Allah kpdmu & perjanjian-Nya  yg telah diikat-Nya dgn kamu, ketika kamu mengatakan: "Kami dengar & kami ta'ati". & bertakwalah kpd Allah, sesungguhnya Allah Mengetahui isi hati(mu). 

Difirmankan dua tempat dalam al-quran tentang  "bila kami  dengar, kami taat"  iaitu   dalam Surah al-Baqarah  ayat 285 dan al-Maidah ayat 7.

Jadi kenapa menyoal lagi benda-benda yang disampaikan di dalam Al-Quran, kenapa dengar tetapi tidak taat?  Ragu-ragu?


(4:136)  Wahai org2 yg beriman, tetaplah beriman kpd Allah & Rasul-Nya & kpd kitab yg Allah turunkan kpd Rasul-Nya, serta kitab yg Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yg kafir kpd Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab2-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kemudian, maka sesungguhnya org itu telah sesat sejauh-jauhnya.

Allah telah berfirman, di dalam al-quran , soal rezeki, jodoh dan ajal adalah di dalam rahsiaNYA, kenapa lagi  mahu berdolak  dalih jika kita seorang mukmin?


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


Thursday 13 January 2011

Sehati Sejiwa,Berdansa Seirama

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Untuk jadi orang sabar, memang memerlukan kesabaran. Belajar menjadi penyabar. Bersabar untuk bersabar. Atas didikan masa, seseorang boleh menjadi penyabar. Dan ini dibuktikan apabila diuji dengan perlbagai koleksi dugaan di dalam perjalanan menuju Allah ketika di dunia ini.


Hanya satu destinasi kita yang boleh kita pilih, diakhir destinasi ini,kita boleh menentukan sendiri tempat mana yang mahu kita duduk bersantai. Semuanya berdasarkan apa yang kita buat semasa di dalam perjalanan ini.


Namun, naluri seorang ibu, ummi, emak, mama ialah ingin sentiasa bersama-sama dengan orang yang disayanginya walau dimana dia berada.


Hari-hari apabila celik mata, teringat dimana anak-anaknya, bila masak,teringat anak-anaknya suka makan apa,orang ini suka makan apa. Bila nak suap makanan pun, masih teringatkan anak-anaknya.


Sebab itu hati anak-anak juga telah diikat. Melalui doa kudusnya setiap saaat, detik dan masa, diseru nama setiap anak-anaknya. Itulah yang mengikat hati anak-anaknya dengan dia. Itu saja,bukan ada tali, bukan ada gam untuk hati mereka saling melekat antara satu sama lain. Ibarat hati itu menjadi satu, tetapi bukan begitu. Hati mereka bukan bersatu. Ia cuma berdekatan. Gerak irama hati yang sebelahnya turut di rasakan oleh hati yang satu lagi.


Sebab itu naluri seorang ibu dapat baca,dapat tahu akan gerak irama hati anak-anaknya, walaupun beribu batu jauhnya. Jasadnya jauh,namun hatinya bersebelahan sahaja. Itulah sehati sejiwa. Bukan hanya untuk pasangan berkasih tetapi terjalin antara ibu dengan semua anak-anaknya samada sedarah atau tidak sedarah. Bila  perasaan telah sehati sejiwa, maka seringlah mereka berdansa seirama.


Sebab itu seorang ibu mampu untuk bersabar dengan segala karenah anak-anaknya. Banyak mana pun anaknya, ibu tetap dapat merasai getar irama hati setiap anak-anaknya. Siibu akan turut berdansa seirama dengan rentak ayunan hati anak-anaknya.


Seorang ibu dapat merasakan hati anak yang mana sedang gembira, anak yang mana sedang berduka, anak yang mana sedang berwalahan, hati anak yang mana sedang kerinduan. Sebab itu seorang ibu boleh menyelami hati anak-anaknya dan ketika anak-anak pula amat memerlukan keberadaan ibunya, ibunya dapat hadir walaupun jauh. Hati ibunya hadir tanpa jasad. Dalam hati anaknya merasakan kehadiran siibu itu.


Seorang ibu dapat menyelami hati anak-anaknya, dapat membaca hati anak-anaknya, tapi mampukah seorang anak membaca hati ibunya?




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.





Wednesday 12 January 2011

"Atok tengok tu, opah dah hidup

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



Tiba-tiba pagi tadi sewaktu ummi berhenti menulis dan memasak di dapur, ummi diserang angin ** sehingga sakit dada. Oleh kerana hampir dengan bilik air, perlahan-lahan ummi berjalan ke bilik air dan berwuduk.


Sambil duduk, solat dhuha 2 rakaat, terus baring sambil zikir. Airmata ni mengalir lesu sambil menahan sakitnya. Datang Naimah menangis dan memeluk, "opah, jangan lah mati", "kakak sayang opah"...


Sekejap Naimah masuk bilik datang ke katil , sekejap Naimah keluar mendapatkan atoknya sambil berkata " atok, nanti opah mati, atok hantar kat kubor tau, opah sakit, kakak sayang opah." Terdengar ummi akan kata-kata Naimah kepada atoknya.

Kemudian datang lagi, " opah, sapa nak jaga kakak?" "opah janganlah mati."


Bila terdengar saja azan zohor, ummi gagah diri untuk solat. Sebaik salam, terus baring semula dan senyap. Naimah datang semula, "opah dah mati ke?", "opah nganga kejap, kakak nak tengok mulut opah."


Selepas satu jam berlalu waktu zohor, barulah ummi cuba untuk duduk bersandar. Suka Naimah tengokkan, terus Naimah keluar bilik dan terdengar dia ajak atoknya masuk bilik. " Atok, kejap tok, kejap tok, masuk bilik."

"Atok tengok tu, opah dah hidup." Suka Naimah tengok ummi dah dapat duduk. "Opah dah tak mati."

Kemudian Naimah ke dapur ambik kan nasi. Lepas tu Naimah juga yang suapkan ummi nasi berlaukkan ikan goreng dan tempe, hingga habis. Tersentuh hati ummi melihat kprihatinan seorang anak kecik berusia 3 tahun melayan ummi. Di ambilkan air minum, dan disuakan gelas tu ke mulut ummi, sama seperti disuapkan nasi ke mulut ummi.


Begitulah, jika kita tulus melayan mereka dari bayi, tak diduga baru usia 3 tahun sudah bijak melayan orang sakit. Bijak berkata-kata dan berusaha. Zauj pun kata, "bersungguh Naimah menjaga opah, takut sangat dia, kalau opah mati."


Ummi kena usaha ceritakan pada Naimah tentang mati dan kematian lepas ni, agar dia faham dan bersedia menerima keadaan tu.


** serangan angin = sama macam serangan jantung.

Di dalam dunia medik , istilah angin duduk seperti yang digambarkan dengan gejala-gejala dibawah mengarah pada penyakit jantung yang disebut Sindroma Koroner Akut (SKA). Gejala awal dari penyakit ini adalah nyeri dada yang disebut angina pectoris. Angina pektoris ialah suatu sindrom klinis berupa serangan nyeri dada yang khas, antara lain :

· seperti ditekan atau terasa berat di dada tembus belakang.

· Rasa diremas-remas, menjalar ke leher, lengan kiri dan kanan, serta ulu hati.

· Rasa terbakar dengan sesak napas

· keluar keringat dingin.

· Keluhan nyeri ulu hati dan kembung yang sering disangka sakit .

· Memberat keluhan tersebut aktifitas, dan berkurang dengan istirahat.

Itulah tanda serangan angin ummi hari ini.Jutaan manusia mengalami serangan jantung di seluruh dunia. Sayangnya kadang masih dianggap sebagai penyakit angin duduk semata. Ini yang pada mulanya ummi sangkakan. Ummi terlupa , telah genap setahun ummi telah jalani angiogram, genap setahun sudah ummi tidak mengalami serangan jantung.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 11 January 2011

Lain Cerita,Lain Yang Jadi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Pernahkah kita terfikir kenapa ada peribahasa "seekor lembu bawa lumpur, habis terpalit sekawan lembu"? Apak makna tersirat dalam peribahasa ini?


Itu peribahasa zaman dulu. Kalau zaman ini, ramai yang cerdik pandai. Ramai yang bijak berkata-kata. Kalau se ekor lembu tu badannya penuh lumpur, mudah saja, tangkap dan sembelih. Jangan biarkan dia masuk kandang.


Begitulah ibaratnya, jika seorang dapat 'chicken pork' atau istilah melayu cacar air di badan dia, adakah kita mahu biarkan dia hidup dalam kumpulan orang-orang sihat? tentu tidak kan? Mesti dia kena kuarantin kalau dia seorang pelajar di sebuah sekolah berasrama. Tak mahu ramai pelajar yang terkena penyakit ini juga kerana penyakit ini adalah penyakit berjangkit yang mudah tersebar hanya melalui udara. Namun penyakit ini tidak lah lama benar deritanya.Seminggu dua sembuh lah.


Tetapi bagaimana jika seseorang itu ada virus Hep B? Adakah kita perlu kuarantin juga? Berapa lama perlu tunggu penyakit ini akan sembuh? Dan dalam kajian ilmu perubatan pun ada menyebut, belum dijumpai penawar untuk virus ini. Virus ini pula mudah untuk mengenai orang lain secara senyap. Samada udara, air, darah hatta bekas makanan yang digunakan oleh pembawa virus ini. Jadi, adakah mereka ini perlu dipulaukan selamanya kerana ikut dengan peribahasa, seekor lembu bawa lumpur?


Wahai umat Islam yang beriman,

Yakinlah kepada apa yang Allah janjikan. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.


Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Abu Daud)



Huraian

1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.

2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.

3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.

4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.

5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.



Rumusan atau iktibar yang perlu kita ambil perhatian ialah:

~ Setiap penyakit yang diturunkan ada penawarnya. Manusia haruslah berusaha untuk mencarinya.

~ Setiap penyakit yang diturunkan ada hikmahnya. Manusia wajiblah bertawakal kepada Allah SWT.

~ Hidup atau mati adalah ketentuan Allah SWTjua.



Manusia menjadi lebih matang dan mantap selepas diuji. Tanpa ujian potensi dirinya tidak akan terserlah. Justeru kita sepatutnya bersyukur apabila mendapat ujian. Imam Al-Ghazali menjelaskan kepada kita bagaimana hendak melihat sesuatu ujian secara positif. Bagi setiap ujian duniawi ( kemiskinan, kesakitan, ketakutan dan malapetaka), terdapat 5 perkara yang sepatutnya disyukuri.




Ujian Menurut Imam Al-Ghazali



Kelima-lima perkara itu mengikut Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin ialah,

~ Musibah dan kesakitan bukanlah kuasa yang akan menentukan jalan hidup kita. Kuasa yang menentukan jalan hidup kita ialah Allah, justeru segala ujian yang menimpa adalah kecil berdepan dengan kekuasaan Allah yang menentukan segala-galanya.

~ Musibah yang menimpa adalah ringan kerana ia tidak berkaitan dengan agama. Imam Sahl bin Abdullah berkata, “Bersyukurlah kepada Allah kerana jika syaitan memasuki hatimu dan merosakkan tauhidmu maka apakah yang hendak kamu lakukan?” Omar Al-Khattab berkata, “Jika aku mendapat ujian duniawi aku bersyukur kerana terdapat padanya empat nikmat, (1)ujian itu tidak berkaitan dengan agama. (2)ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. (3)aku akan mdapat keredaanNya dengan ujian itu dan (4)aku mgharapkan pahala daripadanya.”

~ Berbanding akhirat, azab di dunia adalah ringan dan sekejap. Tambahan pula ujian di dunia dapat dikurangkan dengan pelbagai cara sedangkan hal ini tidak dapat dilakukan berhubung dengan azab di akhirat.

~ Penderitaan itu adalah sebahagian daripada ketetapan Allah. Lantas apabila ketetapan itu berlaku akan berkuranganlah ujian keatasnya dan mungkin juga akan datang selepas itu kesenangan dan kebahagiaan.

~ Ujian-ujian di dunia ini adalah jalan untuk mencapai kebahagiaan di akhirat. Ujian di dunia boleh diumpamakan seperti ubat yang pahit yang bakal mendatangkan kesejahteraan di akhirat.




Kelebihan dan Kebaikan Ujian

Umat Islam adalah umat yang hebat kerana mereka dididik untuk menerima ujian dalam hidup sebagai satu perkara biasa. Lebih dari itu mereka menyedari ujian dalam kehidupan akan mendatangkan banyak kelebihan dan kebaikan pada mereka.

~ akan dinaikkan darjat di sisi Allah. Imam Abu Daud meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Seseorang lelaki ada baginya satu darjat di sisi Allah yang dia tidak akan mencapainya dengan amal tetapi hanya akan mencapainya dengan ujian yang menimpa ke atas tubuh badannya.”

~ akan menyebabkan dosa2 mereka diampunkan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi bersabda, “Tidak ada satu pun musibah yang menimpa ke atas seseorang Muslim, sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat baginya dari dosa2.”

~ Allah memberi jaminan, kesusahan adalah jambatan kepada kejayaan. Dalam surah  (QS. Al-Insyirah :  5-6),
سُوۡرَةُ الشَّرح
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦)
Allah berfirman, “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.” Hal ini diperkukuhkan melalui sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud, “Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan ialah kesenangan.”

Sebenarnya ada lagi ulasan berkaitan peribahasa di atas tu, tetapi tiba-tiba pagi tadi sewaktu ummi berhenti menulis dan memasak di dapur, ummi diserang  angin **  sehingga sakit dada. Oleh kerana hampir dengan bilik air, perlahan-lahan ummi berjalan ke bilik air dan berwuduk.


Sambil duduk, solat dhuha 2 rakaat, terus baring sambil zikir. Airmata ni mengalir lesu sambil menahan sakitnya. Datang Naimah menangis  dan memeluk, "opah, jangan lah mati", "kakak sayang opah"...


Sekejap Naimah masuk bilik datang ke katil , sekejap Naimah keluar mendapatkan atoknya sambil  berkata " atok, nanti opah mati, atok hantar kat kubor tau,  opah sakit, kakak sayang opah." Terdengar ummi akan kata-kata Naimah kepada atoknya.

Kemudian datang lagi, " opah, sapa nak jaga kakak?" "opah janganlah mati."


Bila terdengar saja azan zohor, ummi gagah diri untuk solat. Sebaik salam, terus baring semula dan senyap. Naimah datang semula, "opah  dah mati ke?",  "opah nganga kejap, kakak  nak tengok mulut opah."


Selepas satu jam berlalu waktu zohor, barulah ummi cuba untuk  duduk bersandar. Suka Naimah tengokkan, terus Naimah keluar bilik dan terdengar dia ajak atoknya masuk bilik. " Atok, kejap tok, kejap tok, masuk bilik."

"Atok tengok tu, opah dah hidup." Suka Naimah tengok ummi dah dapat duduk. "Opah dah tak mati."

Kemudian Naimah ke dapur ambik kan nasi. Lepas tu Naimah juga yang suapkan ummi nasi berlaukkan ikan goreng dan tempe, hingga habis. Tersentuh  hati ummi melihat kprihatinan seorang anak kecik berusia 3 tahun melayan  ummi. Di ambilkan air minum, dan disuakan gelas tu ke mulut ummi, sama seperti disuapkan nasi ke mulut ummi.


Begitulah, jika kita tulus melayan mereka dari bayi, tak diduga baru usia 3 tahun sudah bijak melayan orang sakit. Bijak berkata-kata dan berusaha. Zauj pun kata, "bersungguh Naimah menjaga opah, takut sangat dia, kalau opah mati."


Ummi kena usaha ceritakan pada Naimah tentang  mati dan kematian lepas ni, agar dia faham dan bersedia menerima keadaan tu.


** serangan angin = sama macam serangan jantung.

Di dalam dunia medik , istilah angin duduk seperti yang digambarkan dengan gejala-gejala dibawah mengarah pada penyakit jantung yang disebut Sindroma Koroner Akut (SKA). Gejala awal dari penyakit ini adalah nyeri dada yang disebut angina pectoris. Angina pektoris ialah suatu sindrom klinis berupa serangan nyeri dada yang khas, antara lain :

· seperti ditekan atau terasa berat di dada tembus belakang.

· Rasa diremas-remas, menjalar ke leher, lengan kiri dan kanan, serta ulu hati.

· Rasa terbakar dengan sesak napas

· keluar keringat dingin.

· Keluhan nyeri ulu hati dan kembung yang sering disangka sakit .

· Memberat keluhan tersebut aktifitas, dan berkurang dengan istirahat.

Itulah tanda serangan angin ummi hari ini.Jutaan manusia mengalami serangan jantung di seluruh dunia. Sayangnya kadang masih dianggap sebagai penyakit angin duduk semata. Ini yang pada mulanya ummi sangkakan. Ummi terlupa , telah genap setahun ummi telah jalani angiogram, genap setahun sudah ummi tidak mengalami serangan jantung.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


Monday 10 January 2011

Hakikat Perjalanan Kehidupan Kita

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Maha suci Allah yang mengurniakan keindahan dalam bersabar apabila diberikan ujian dan dugaan untuk meraih kemanisan iman dan tanda tulus beriman dengan NYA.


Tidak ada yang lebih nikmat melainkan tulusnya hati dalam redha menerima ujian dari NYA. Dikala ujian datang, syahdunya doa , lembutnya hati dan basahnya lisan untuk sentiasa ingat pada keagungan dan kebesaranNYA.


Dan kadang-kadang ada perkara yang tidak mampu untuk dikongsi dan diluahkan melalui kata-kata, maka hati hanya berupaya berbicara di dalam dada. Sesungguhnya Allah yang merencana apa yang terjadi. Perjalanan menuju Allah dipenuhi onak dan duri.


Dalam pada itu wajibnya kita sentiasa memohon kepada Allah agar ditetapkan perjalanan itu sentiasa dijalan yang lurus. Onak dan duri itu bersepah pada jalan yang lurus itu mendatangkan manafaat juga kepada kita, supaya kita berupaya menambah amal dengan mengutip duri duri itu dan membuang dari jalanan. Ini memudahkan orang-orang selepas kita berjalan menuju kepada destinasi yang kekal abadi tanpa halangan lagi.


Biarpun di dalam perjalanan itu lebih banyak bertemankan airmata duka. Kerana kasih , kerana sayang kepada sebuah perhubungan, perhubungan yang telah termetrai dalam kalam Allah. Sedaya upaya akan dipertahankan walau besar manapun ribut taufan yang datang melanda. Sagala khilaf segala alpa adalah fitrah manusia. Maka kata maaf sentiasa diberikan tawaran agar perhubungan itu boleh dibawa ke syurga. Selagi tidak dalam  izinNYA, tidak dalam Qudrat dan IradatNYA, buat lah apa saja, pasti tidak akan  berjaya.


Kehidupan insan, sebentar sahaja sebenarnya.


Adakah kita merasakan perjalanan hidup kita ini panjang atau pendek?


Mungkin, kebanyakan kita hanya mengetahui kependekan umur kita, hanya apabila kita dijemput pulang oleh ALLAH SWT. Tetapi, ketika kita sedang melaluinya, kita terasa seperti umur kita sangat lama dan panjang.


Sebab itu, bila kita diarahkan untuk taat kepada peraturan ISLAM, dan hidup mengikut perintah yang ALLAH telah tetapkan, kita terasa seperti hidup kita yang panjang itu telah menjadi sukar. Hal ini kerana, kita terasa seperti perlu lama duduk di bawah kongkongan.


Ya kah?


Sebenarnya selepas kehidupan di dunia ini,kita akan melalui 3 alam lagi yang kita tidak ketahui berapa lama masanya. Kalau semasa kehidupan di dunia ini,paling lama, katakan lah 100 tahun. Selepas itu tamatlah kehidupan di dunia apabila berpisahnya roh dengan jasad. Berapa lamakah masa di alam barzakh? Masa selepas di tiup sangkakala untuk dihisab dan menunggu giliran melalui titian sirat. Selepas itu baru berada kekal samada di syurga atau neraka.



“ Masa kita untuk bersusah payah, beramal, tunduk taat kepada ALLAH, hanya sebentar sahaja di dunia ini. Itulah dia semasa kita berada di alam kehidupan sebagai manusia. Kemudian kita akan mati, dan melalui alam barzakh. Kehidupan di alam barzakh inilah yang bergantung kepada amal kita di dunia. Panjang alam barzakh tidak kita ketahui.




Seterusnya Israfil akan meniupkan sangkakala kedua ketika hari kebangkitan, dan kita akan berada di hari perhitungan. Hari itu, amal kita di dunia akan diperhitungkan dengan hitungan seketat-ketatnya. Lamanya hari itu, tidak kita ketahui. Amalan kita di dunia lah yang akan menentukan sama ada kita melepasi sirat atau tidak. Jika kita melepasi titian sirat, maka kita akan ke syurga. Jika kita tidak melepasi sirat, maka kita akan ke neraka. Semuanya ketika itu adalah bergantung kepada amal kita di dunia.”



Kita ini sebenarnya, beramal sebentar sahaja. Susah payah kita taat kepada ALLAH, perjuangan kita menentang kepuasan hawa nafsu serakah shahwat, memerangi tamak haloba dan perbuatan maksiat, menghadapi kesukaran menyebarkan ISLAM dan menyampaikan kebenaran, semuanya hanya sebentar sahaja. Sekitar dalam 100 tahun sahaja.


Tetapi, kehidupan kita selepas itu, kehidupan kita di alam barzakh, kehidupan kita di Padang Mahsyar semasa hari perhitungan, dan kehidupan kita yang mempunyai dua kemungkinan tempat akhirnya yakni syurga dan neraka, semuanya bergantung kepada kehidupan kita yang dalam 100 tahun itu.


Baik kita di dunia, maka baiklah kita di akhirat.


Dibandingkan dengan tiga lagi alam yang menanti selepas alam kehidupan manusia, dengan alam yang terakhir bersifat kekal abadi, ternyata amal kita selama dalam sekitar 100 tahun itu adalah sedikit sahaja jika hendak dibandingkan dengan balasan yang akan kita dapati pada tiga alam seterusnya.


Jika kita baik di dunia, maka kehidupan kita di barzakh akan dipermudahkan. Kehidupan kita di hari kebangkitan semasa perhitungan ALLAH sedang berjalan turut akan disenangkan. Dan pengakhiran kita adalah syurga, yang kekal abadi selamanya. Semuanya dalam kesenangan dan kelapangan, dan kali ini ia berbentuk abadi, dan tidak akan dirampas pergi.


Jika kita buruk di dunia, maka kehidupan kita di barzakh akan disempitkan. Malaikat bersedia mengazab dari alam barkzakh lagi, dan dibukakann pula lubang-lubang neraka memanaskan alam barzakh kita. Seterusnya, di hari perhitungan kita akan dibangkitkan dalam keadaan telanjang, di dalam lautan peluh dengan matahari dekat sejengkal di atas kepala.


Kemudian kita akan dimasukkan ke dalam neraka, yang panasnya walau hanya terpercik kecilan apinya ke dunia, dunia akan hancur, dan di dalam neraka dashyat itu, kita akan kekal selama-lamanya di sana. Semuanya berbentuk kesusahan dan kesempitan, kesengsaraan dan kesedihan sahaja.


Maka wajarlah kini, kita sedar dan insaf dengan kehidupan dan pengakhiran hidup. Sebentar sahaja rupanya kita hidup. Sebentar sahaja rupanya kita beramal. Kalau hendak dikira 100 tahun, dengan kehidupan di dalam tiga alam, kemudian dengan kehidupan terakhir yang berbentuk abadi, memang boleh dikatakan bahawa 100 tahun itu teramat pendek. Kita beramal sedikit, tetapi ALLAH ternyata hendak memberikan kita banyak.


Benarlah bahawa, siapa yang berbuat kerosakan di atas muka bumi sepanjang kehidupannya, menentang agama ALLAH dan membelakangkan perintahNya sepanjang kehidupannya, maka dia benar-benar manusia bodoh yang melontarkan dirinya sendiri di dalam kerugian. Hal ini kerana, dia menganggap kehidupan pendek inilah untuk bersuka ria, dan diisi dengan dosa kebanyakannya. Ternyata, dia gembira sementara, kemudian merana selamanya. Alangkah rugi.


Melihat kependekan masa beramal ini jugalah, ummi jadi teringat dengan Surah Al-‘Asr. Betapa benarnya firman ALLAH SWT di dalam surah pendek itu. Sungguh menginsafkan.


“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

Dan terdapat satu surah yang patut kita selalu baca agar ingat akan perjalanan kehidupan ini, yakni Surah Ali-Imraan ayat 185,

“ Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, dan di akhirat kelak balasan kamu akan disempurnakan, barangsiapa yang diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah berjaya. Sesungguhnya tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya”


Bagaimana kita?


Tidakkah sedikit sahaja masa kita beramal?


Apa yang kita tunggu lagi?


Masih hendak mensia-siakan waktu?





Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.




Saturday 8 January 2011

Jangan Dikaburi Ilusi


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



Jika diletak satu titik hitam di atas sehelai kertas putih bersaiz A4 dan kita tunjuk pada orang, lalu kita tanya, "apa yang kamu nampak? "

Pasti ramai yang menjawab;

“ Saya nampak titik hitam di atas kertas putih itu.”

Pasti tidak ramai yang menjawab;

“ Saya lihat kertas A4 putih dan di atasnya ada titik hitam.”


Mengapa? Sebab mata kita selalu tertumpu kepada benda yang tidak banyak. Benda yang bukan kebiasaan. Begitu juga dalam hidup dan kehidupan. Manusia sering menilai yang sedikit berbanding yang kebiasaan. Manusia mudah melihat yang negatif berbanding yang positif.



Adakah ini dikatakan ilusi optik?


Adakah pandangan manusia kepada kehidupan seperti ilusi optik?


Sama juga kita dalam bersahabat. Kadang-kadang kita tak selesa dengan kawan kita dan kita bertindak diluar jangkaan. Bertindak mengikut nafsu yang meronta memaksa diri bertindak sebaliknya. Kita sering menilai sahabat sebaliknya. Hari-hari yang kita lalui yang penuh saat manis bersama mampu kita lupakan hanya dengan rasa sakit hati dan tak puas hati. Sungguh tak wajar.


Begitu juga yang selalu terjadi di dalam masyarakat hari ini, katakan ada seorang individu yang banyak melakukan kebajikan, kebaikkan, namun disebabkan oleh satu kesilapan yang mungkin tidak disengajakan, orang akan hanya suka menyebut-menyebut kesilapan yang satu itu sahaja dan melupakan ribu-ribu kebajikan yang selalu dia lakukan. Adilkan kita menilainya begitu?


Ini menunjukkan manusia lebih selesa mencari salah orang lain daripada menghargai kebaikkan yang dibuat. Sama seperti mana mata kita sering tertipu dengan pandangan satu titik hitam di atas sehelai kertas A4 warna putih.


Oleh itu jangan sekali-kali kita tertipu dengan pandangan mata. Ibarat lagu yang selalu kita dengar, nyanyian kumpulan Hijjaz.



Pandangan Mata Selalu Menipu
Pandangan Akal Selalu Tersalah
Pandangan Nafsu Selalu Melulu
Pandangan Hati itu Yang Hakiki
Kalau Hati itu Bersih


Hati Kalau Terlalu Bersih
Pandangannya Kan Menembusi Hijab
Hati Jika Sudah Bersih
Firasatnya Tepat Kehendak Allah
Tapi Hati Bila Dikotori
Bisikannya Bukan Lagi Kebenaran


Hati Tempat Jatuhnya Pandangan Allah
Jasad Lahir Tumpuan Manusia
Utamakanlah Pandangan Allah
Daripada Pandangan Manusia.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


Wednesday 5 January 2011

Berkebun di dunia,Menuai di Akhirat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Didalam melayari bahtera kehidupan ini, adakala pelayaran itu tenang, ada kalanya terdapat gelombang dan ada kalanya dilanda taufan dan badai. Hanya kapal yang teguh dan nakhoda yang pintar sahaja dapat mengendalikan pelayaran yang sedang dilanda badai itu. Kesabaran...



Ilmu dan kesabaran...

Kesabaran dalam mentaati suruhan Allah dan RasulNYA. Kita kat dunia ni adalah musafir, jadi ibaratkan lah pelayaran tu sebagai kita bermusafir. Perjalanan hidup ini sedang menuju ke suatu  destinasi yang  kekal.


Dunia sebagai tempat persinggahan untuk kita bercucuk tanam. Berkebun untuk menuai hasil bila sampai destinasinya nanti. Namun ummi mahu tanaman kita di sini mendapat hasil yang berganda-ganda. Ibarat sebutir gandum mengeluarkan 7 tangkai gandum. Itulah pelaburan namanya.


Walaupun payah, berkeringat untuk mencangkul, menggali lubang untuk bercucuk tanam, tetap diusahakan juga. Tanah yang keras, haiwan perosak, rumput yang bersaing, itu semua hanyalah ujian dan rintangan yang perlu kita sabar menanganinya.


Dugaan dan rintangan itu sebenarnya mendidik, mendidik untuk jadi penyabar, mendidik untuk menjadi tabah, mendidik untuk bersifat amanah  dan mendidik untuk mentaati Allah dan RasulNYA. Mentaati ada 2 keadaan, mentaati untuk melaksanakan apa yang disuruh, mentaati untuk meninggalkan apa yang dilarang.


Ada orang dalam dia berkebun, untuk dapat hasil yang berganda, mungkin dia mendapatkan benih dengan cara yang salah, atau dia menzalimi haiwan lain yang akan merosakkan tanamannya. Ada banyak rintangan yang tujuan Alah datangkan adalah untuk melihat keimanan kita. Menguji kesabaran dalam diri.


Kalau bertanam tanpa banyak rintangan, hasilnya baik, tetapi tidak berganda sebab tak banyak ganjaran untuk bersabar. Laluannya mudah sahaja...


Begitulah kias ibarat dalam entri ummi hari ini. Makin hari, makin Allah datangkan ujian di dalam diri ini. Ujian dari berbagai sudut dan penjuru. Kalau nak tepis, tidak tertepis kerana datangnya tanpa signal dan amaran. Terus terpa...


Hanya sabar, doa dan zikir sahaja pengubat segala dugaan itu. Kadang-kala terasa amat berat, dan di kala itu hati tidak lepas dari memohon :

"Ya Allah, tunjukkan aku jalan keluarnya masalah ini. Aku tidak mengadu kepada manusia, ENGKAU yang Maha tahu apa yang aku nyatakan dan apa yang aku rahsiakan , maka terimakah keuzuranku, perkenankan hajat dan permohonan ku ini."


Semalam, batuk ini makin kuat. Batuk yang disertai kahak. Sakit dada bila batuk. Kalau dah mula batuk, susah nak berhenti. Zauj ajak pergi klinik, ambik ubat. Ubat yang ambik minggu lepas tu dah habis. Masa di Langkawi hari tu  pun, sampai angah terpaksa belikan ubat di farmasi. Dah habis ubat tu di minum.


Sampai di rumah, keesokkannya terus ke Pusat Kesihatan UTM untuk bertemu doktor. Gabungan migrain dan batuk amat menyiksakan. Sepanjang perjalanan malam itu, dari Perlis ke Johor Bahru, tekak sakit dan kering.


Itu yang doktor berikan ubat cafergot(ergotamin)1 mg, synflex (naproxen) 500 mg, antibiotik zinnat (Xorimax) 250 mg, shinoxol (amboxol) 30 mg dan ubat penawar batuk Benadryl (bena expectorant). Kiranya dah lebih 1 minggu, tapi batuk masih lagi belum berkurangan.


Memang tidor terganggu dengan batuk yang bersahut-sahutan ini, namun apa daya, usaha dan ikhtiar telah pun dilakukan, penyembuhnya dari Allah Ta'ala. Tak mahu zauj terganggu tidornya kerana zauj selalu kepenatan setelah memerah minda di siang hari, ummi tidor berseorangan bertemankan laptop. Kalau mata tak boleh lelap, ummi mengadaplah laptop ini. Jika mata mahu lena tanpa gangguan batuk, ummi biarkan saja laptop ini online sepanjang malam. Dah lebih 5 bulan batuk berlarutan. Batuk dengan kahak.


Subuhnya ummi akan bangun awal. Seusai solat subuh, bersegera ummi ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk Imran. Tahun ini, hanya Imran seorang sahaja yang bersekolah pagi. Bila seorang, menyediakan pun mudah saja. Samada sihat atau tidak, ummi tetap berusaha untuk menyediakan makanan untuk zauj dan anak-anak.


Selepas zauj pergi kerja sambil lalu menghantar Imran ke sekolah, ummi sepantas mungkin akan bersegera membuat kerja rumah. Menggosok pakaian, mencuci pakaian, mengemas ruang depan dan ruang dapur. Sambil pada itu, akan menjenguk halaqahnet sekali sekala.


Sekarang Abdullah masih bersekolah di SMKTUN disebelah petang, ummi perlu masak awal. Abdullah akan makan sebelum ke sekolah dan bawa bekal juga. Itu dah jadi rutin anak-anak, suka bawa bekal makanan dari rumah. Tak suka mereka membeli makanan di kantin sekolah.


Tengahari zauj akan balik makan selepas menjemput Imran dari sekolah. Zauj pun jarang makan di luar. Zauj lebih suka makan apa yang isteri masak. Masaklah apa pun,zauj dan anak-anak pasti suka makan, terutamanya nasi dan lauk pauk.


"Ya Allah panjangkan usiaku dalam ketaatan kepada MU dan RasulMU supaya dapat aku terus berbakti kepada suami dan anak-anakku dan masyarakat. Aku kasih kepada anak-anakku dan anak-anak angkatku."





Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.



Tuesday 4 January 2011

Kisah Sekolah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Sejak malam tadi lagi, halaqahnet mula mengalami kelembapan semula.Dengan loading yang lambat dan terasa berat. Siangnya lagilah lambat seperti orang tua berkaki 3 kerana ramainya halaqian yang daftar masuk untuk berforum.


Hanya kesabaran dapat menyabarkan diri ini. sabar di dalam menangani masalah kelembapan 'speed bandwith' yang disekat sekali lagi. Atas dasar 'kasihku pada halaqah hingga hujung nyawa' dan jangan berkira demi Islam tercinta, maka berulang kali lah ummi buat panggilan ke EmbunServer.Com.


Menghantar email di 'client Area' pada webEmbun, dan berbincang dengan mereka mengenai kelembapan loading web halaqahnet. Kerana cinta Islam, kerana agama Islam adalah agama Allah, maka sanggup saja ummi lakukan apa saja.


Seharian hari ini, ummi hanya duduk menghadap laman web Halaqahnet. Sambil tu sempatkan juga pergi ke sekolah Muhammad Imran di SKTU3, Taman Universiti. Hari Sabtu, 1 Januari, ummi dah pergi sekolahnya, untuk membeli buku tulis. Atas kecuaian ummi juga, sewaktu membeli buku, dah menyerahkan bayaran, tidak menyemak bilangan buku yang diberikan.


Padahnya hari ini kena pergi kedai buku sekolah SKTU 3, untuk mengambil buku yang tidak disertakan di dalam beg semasa pembelian hari tu. Balik dari sekolah, ummi singgah kedai harian untuk membeli bahan masakan. Hari ni, sambil memantau laman web halaqahnet, sambil ummi memasak makanan tengah hari.


Ringkas saja masakan hari ini, masak lomak cili api ikan parang campur nanas, kerang goreng dan sayur terung tumis telor. Sarapan pagi pun mudah saja,bubur nasi putih,ikan bilis dan kicap. Alhamdullilah...ada rezeki untuk hari ini.


Semalam, waktu petang, selepas zauj balik makan tengah hari, ummi dan zauj pergi ke JPNJ di Jalan Tun Razak , Johor Bahru untuk membuat rayuan ke SMKA. Abdullah belum dapat tawaran ke mana-mana sekolah berasrama.


Ummi memang mengalakkan terutama anak lelaki bersekolah asrama. Tujuannya adalah mendidik mereka berdikari, berdisplin, mematuhi peraturan dan pentarbiyahan yang selalunya diadakan oleh guru-guru atau warden asrama.


Belajar dengan teratur, kerana ada waktu 'prep', solat berjemaah kerana semua pelajar di wajibkan solat di surau sekolah. Kena cuci pakaian sendiri,kemas katil dan menjaga barang-barang peribadi dengan selamat.


Sebelum ke JPNJ,ummi dah hantar email dan menelefon pejabat berkenaan. APa yang yang dimaklumkan, rayuan pengambilan pelajar ke SMKA kali kedua telah ditutup. Mereka sedang memproses borang-borang yang telah diterima sebelum 30 Disember lalu. Dalam hati ummi, jika tempat itu memang diberikan kepada Abdullah, ummi kena usaha. Sistem ini hanyalah manusia yang uruskan. Dengan doa dan tawakkal, ummi yang ajak zauj ke JPNJ. Ini hanya usaha dan ikhtiar ummi memohon agar rayuan ke SMKA di terima walaupun telah melepasi tarikh tutup.


Memang segalanya dalam rancangan dan urusan Allah. Sewaktu tiba di pejabat berkenaan, hujan gerimis mula turun. Dengan bersopan,ummi tanya dimanakah sektor bahagian Pendidikan Islam dan Swasta. Bersopan pegawai tu menjawap dan mengarahkan ummi ke Bangunan Blok A, Tingkat 1.


Ummi dan zauj naik tangga dan terus menuju ke bahagian yang dimaksudkan. Di kaunter,kami maklumkan mahu bertemu pegawai yang berkenaan. Alhamdullilah, dapat bertemu dan berbicara menerangkan atas sebab-sebab kelewatan membuat rayuan.


15 minit berbicara dan mengisi borang rayuan, kami pun minta diri beransur pulang. Hati terasa lega kerana urusan dipermudahkan Allah. Usaha, doa dan tawakkal bersatu di dalam membuat rayuan itu.


Dari JPNJ, terus menuju ke sekolah agama UTM pula.  Sekolah kayu bekas pejabat pemaju universiti. Hujan turun dengan selebat-lebatnya. Namun kerana ada urusan, ummi turun juga dari kereta,berjalan perlahan dalam hujan lebat menuju ke bangunan sekolah. Tidak kiralah lebat mana pun hujan turun. Kebetulan tempat letak kereta jauh, jadi zauj tidak dapat menemani ummi. Dalam hujan lebat begitu, ummi tetap perlu berhati-hati melangkah, tidak berani langsung untukberlari, takut tergelincir atau terjatuh. Sesuatu yang ummi perlu elakkan demi kesejahteraan tulang kaki ini.


Pergi lihat nama dalam senarai yang terpapar, Muhammad Imran ditempatkan dalam kelas 3 AL-Aziz. Cari kelasnya di atas, jumpa guru kelas, dan jumpa pembantu tadbir, untuk membayar duit buku tulis. Hujan masih lebat, tak mahu lagi bersesak-sesak dengan ramainya ibu bapa dan murid yang datang dan balik, terus ummi berjalan menuju ke kereta.


Masih dalam waktu pejabat, zauj terus masuk ke pejabat semula. Ummi pun mengodak komputer zauj di atas meja. Mana mungkin ummi boleh berdiam diri tanpa melakukan sesuatu sementara menunggu 5.30 petang, waktu Nurin balik kerja. Jemput Nurin dari hadanah, barulah ummibalik ke rumah.


Sampai rumah, barulah terasa letih dan penatnya berjalan. Langkah kaki ni ada limitnya, jika melebehi limit,maka terasalah sengal -sengal dan sakitnya. Ditambah dengan sejuknya hujan ini...


Maha suci Allah, berikan aku kekuatan di dalam mengharungi onak dan duri dan berikan aku jalan keluar setiap permasalahan ku.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.