BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 31 January 2010

Sabar untuk mendapat redha Allah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Setiap manusia pasti akan menghadapi liku-liku putaran hidup bagaikan roda. Adakalanya kita berada megah di atas dan adakalanya kita berduka di bawah. Kedua-duanya sebenarnya merupakan ujian bagi kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini agar dapat dikenal-pasti siapakah di antara kita yang paling berkualiti amalnya menerusi cara kita menghadapi ujian-ujian tersebut. Firman Allah S.W.T.:

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2

Ujian daripada Allah S.W.T ini meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka. Malah ujian bagi hamba-hamba-Nya taat adalah lebih hebat berbanding dengan mereka yang engkar. Rasulullah s.a.w pernah di tanya:

Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian?

Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)

Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya. Firman Allah S.W.T.:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157

Rata-rata umat Islam di Malaysia hanya akan menyebut Innalillahi wa inna ilahirajiun apabila menerima berita kematian. Tapi menerusi ayat ini dapatlah kita fahami bahawa sekiranya kita ditimpa apa jua bentuk musibah atau mendengar orang lain didatangi bencana maka hendaklah kita mengucapkan kalimah tersebut.

Apakah itu sabar? Sabar adalah teguh dan tetap berada di atas landasan yang dikehendaki oleh agama apabila berhadapan atau menentang sesuatu pengaruh yang ditimbulkan oleh hawa nafsu baik ketika ingin mengerjakan perbuatan untuk mencari ketaatan Allah, melakukan perkara-perkara maksiat dan ketika ditimpa musibah. Manusia sentiasa berada di dalam situasi di mana pengaruh agama sentiasa berperang dengan hawa nafsu. Demi untuk menjamin hawa nafsu dapat ditewaskan maka sifat sabar itu perlu ada bagi setiap orang yang beriman. Hendaklah kita fahami bahawa ujian Allah boleh berada dalam bentuk nikmat kebaikan dan juga musibah yang berbentuk kesusahan. Firman-Nya:

Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. - al-Anbiya’ (21) : 35

Dari ayat di atas dapat kita nyatakan bahawa ujian yang perlu di hadapi oleh manusia ini terdiri dari dua bentuk.

PERTAMA: Perkara yang sesuai dengan hawa nafsu manusia seperti kekayaan, berjawatan tinggi, terkenal dan mengecapi semua nikmat dunia yang lain. Manusia ketika ingin mencapai nikmat dunia, mereka perlu untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh serta bersabar. Apabila nikmat tersebut telah dikecapi maka ujian yang datang darinya juga begitu hebat maka kesabaran memainkan peranan yang penting demi menjamin bahawa nikmat dunia yang diperolehi itu dipergunakan sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Sebagai contoh, kekayaan yang kita perolehi adakalanya menyebabkan manusia lupa daratan, menjadi angkuh dan menjauhkannya dari perintah Allah S.W.T.. Oleh itu hendaklah hawa nafsu itu diperangi menerusi sifat sabar agar kekayaan bukan sahaja akan menjadikannya insan yang beriman malah dibelanjakan hartanya itu sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Allah S.W.T. mengingatkan kita melalui firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. – al-Munaafiquun (63) : 11

KEDUA: Ujian dalam ketegori ini meliputi perkara-perkara yang tidak secocok dengan kehendak hawa nafsu manusia. Ianya boleh terjadi disebabkan perbuatan atau usaha manusia itu sendiri ataupun ianya datang di luar kawalan manusia seperti bencana yang tidak dapat dielakkan.

Ujian yang tidak selari dengan hawa nafsu kita tetapi terjadi disebabkan perbuatan manusia sendiri terbahagi kepada dua bentuk.

a) KETAATAN : Manusia memerlukan kesabaran tatkala hendak melaksanakan amalan-amalan yang berbentuk ketaatan. Ini adalah kerana ujian yang dihadapi oleh seseorang apabila hendak melaksanakan ibadah sekiranya tidak dihadapi dengan penuh kesabaran akan menyebabkan gagalnya perlaksanaan amalan tersebut. Sebagai contoh yang mudah apabila kita hendak melaksanakan solat tahajud atau subuh yang mana kita perlu menghadapi ujian malas untuk bangun awal dari tempat tidur kita. Sekiranya kita tidak sabar untuk menghadapi ujian tersebut maka akhirnya kita akan memilih tilam serta bantal yang empuk dari beribadah di atas sejadah. Firman Allah S.W.T.:

"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepada-Nya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding dengan-Nya?" – Maryam (19) : 65

Segala amalan yang boleh membawa kita ke syurga dilingkari oleh perkara-perkara yang tidak disenangi oleh hawa nafsu yang perlu kita hadapi agar perlaksanaannya menjadi realiti. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai (oleh hawa nafsu), sedangkan neraka dikelilingi oleh syahwat. Hadis riwayat Imam Muslim (no: 2823)

b) KEMAKSIATAN: Manusia juga memerlukan kesabaran yang tegar untuk menghindarkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan maksiat baik dari segi perbuatan, perkataan dan keinginan hatinya. Maksiat itu walaupun mempunyai daya tarikan yang kuat namun ianya sebenarnya tidak sesuai dengan kehendak hawa nafsu manusia kerana pada hakikatnya ia akan membawa keburukan kepada manusia. Kita ambil contoh melakukan seks bebas. Perbuatan tersebut sememangnya dapat memuaskan nafsu syahwat manusia, namun ia sebenarnya memusnahkan sistem kekeluargaan manusia, menyebarkan penyakit berjangkit serta membawa gejala sosial yang menghancurkan generasi masa hadapan. Lantaran itu Allah S.W.T. melarang perbuatan maksiat. Firman-Nya:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya. - al-Nahl (16) : 90

Ujian yang datang tanpa dapat dikawal oleh manusia dalam bentuk bencana mahupun musibah yang dihadapi juga terdapat dua bentuk.

a) Musibah yang melanda namun manusia mampu menghindarinya seperti penganiayaan sesama manusia, dipulaukan oleh masyarakat, dihina oleh orang ramai melalui perbuatan dan ucapan. Sebagai contohnya ujian yang dihadapi oleh para pendakwah yang dicemuh oleh masyarakat sekelilingnya yang jahil dan musuh-musuh Allah. Dia sebenarnya boleh meneruskan dakwahnya dengan cara yang penuh hikmah dan bersabar atas ujian tersebut tanpa melakukan apa-apa balasan yang akan memburukkan lagi keadaan. Firman Allah S.W.T.:

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. – al-Muzzammil (73) : 10

Walaupun begitu Allah S.W.T membenarkan kita untuk membalas kejahatan yang dilakukan oleh pihak lain tanpa melakukannya secara berlebih-lebihan namun bersabar itu adalah jalan yang lebih baik.

Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. – al-Nahl (16) : 126

b) Musibah yang melanda manusia dan dia tidak mampu untuk menghalangnya sama sekali. Contohnya seperti kematian, kemarau berpanjangan, kecacatan, wabak penyakit, banjir besar dan bencana-bencana alam yang lain. Apabila terjadinya musibah sedemikian rupa maka hendaklah kita menghadapinya dengan keredhaan dan penuh kesabaran. Firman Allah S.W.T.:

Demi sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. – al-Baqarah (2) : 155

Haruslah kita ingati bahawa musibah yang menimpa manusia itu ada hikmah yang tersembunyi. Sebagai contohnya bagi mereka yang berada dalam daerah yang dilanda wabak taun dan menghadapinya redha dan penuh kesabaran maka Allah S.W.T. akan memberinya ganjaran seperti seorang yang mati syahid.

‘Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang hal wabak taun, maka diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. bahawa wabak taun ialah satu bentuk siksa Allah yang dikirimkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, tetapi Allah menjadikannya sebagai rahmat bagi para hamba-Nya yang beriman. Maka seorang mukmin yang berada di daerah yang dijangkiti wabak itu jika sabar dan ikhlas kerana dia mengerti tidak akan terkena wabak itu kecuali kalau memang sudah ditakdirkan Allah baginya, maka Allah akan mencatat baginya sebagai ganjaran seperti pahala seorang yang mati syahid. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 3474)

Justeru itu dapatlah kita fahami bahawa semua umat manusia terdedah kepada pelbagai bentuk ujian daripada Allah S.W.T dan kenyataan ini memerlukan setiap orang menyemai sifat kesabaran yang hakiki dalam setiap gerak-geri hidupnya. Menyedari akan pentingnya sifat kesabaran ini maka Allah S.W.T. memberikan keutamaan yang besar bagi mereka yang sabar. Di antara keutaman-keutamaan tersebut adalah seperti berikut:

a) Sifat sabar menunjukkan seseorang itu memiliki keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.T.. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin sebab segala keadaan untuknya (dianggap) baik dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin. Jika mendapat nikmat dia bersyukur maka syukur itu lebih baik baginya. Dan bila menderita kesusahan dia sabar maka kesabaran itu lebih baik baginya. - Hadis riwayat Imam Muslim (no: 2999)

b) Mereka yang sabar akan menerima ganjaran pahala yang tidak terbatas dan memudahkannya untuk menjadi ahli syurga. Firman Allah S.W.T:

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. – al-Zumar (39) : 10

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Allah 'Azza wa Jalla telah berfirman: “Apabila saya menguji seorang hamba-Ku dengan buta kedua matanya, kemudian dia sabar, maka Aku akan menggantikannya dengan Syurga. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 5653)

c) Mereka yang sabar sentiasa dekat dengan Allah S.W.T. dan mudah untuk menerima bantuan-Nya bagi menghadapi kehidupan yang mendatang. Firman-Nya

Sesungguhnya Allah menyertai(membantu) orang-orang yang sabar. – al-Baqarah (2) : 153

d) Kesabaran termasuk dalam kategori amalan yang sangat baik dan dituntut untuk dikerjakan. Firman Allah S.W.T.:

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). – al-Syuura (42) : 43

e) Kesabaran menunjukkan seseorang untuk memiliki kekuatan yang hakiki. Sabda Rasulullah s.a.w.

"Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 6114)

Demikanlah beberapa keutamaan sifat sabar yang sempat  perturunkan. Semoga menjadi insan yang penyabar terutamanya ketika menghadapi pelbagai ujian daripada Allah S.W.T.. Apatah lagi hidup pada zaman yang serba moden ini kita semakin terdedah dengan ujian-ujian yang semakin getir yang memerlukan kita untuk memaksimumkan penyemaian sifat kesabaran dalam jiwa kita.

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 30 January 2010

Indahkan Tutur Katamu

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PENCIPTAAN manusia sebagai makhluk paling istimewa di sisi Allah dan khalifah di muka bumi mempunyai tujuan yang ditetapkan.

Antaranya, menilai sejauh mana ketaatan manusia kepada Allah yang mengakui sejak awal penciptaannya bahawa Dia sahajalah Tuhan yang layak disembah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana yang tidak pernah membiarkan hamba-Nya hidup tanpa panduan dan petunjuk. Al-Quran yang tiada sebarang keraguan di dalamnya, memaparkan panduan bagi membantu umat manusia mencapai kehidupan bahagia di dunia dan akhirat.

Oleh sebab itu, wajarlah setiap perbuatan manusia, kelak akan dihitung dan dinilai serta diperlihatkan dengan seadil-adilnya.

Firman Allah bermaksud: “Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8).

Secara sedar atau tidak, tutur kata adalah antara perlakuan sukar dikawal manusia.
Manusia boleh menuturkan apa saja bentuk kata-kata tanpa had berdasarkan dorongan hati, nafsu dan akal mereka. Tanpa iman yang mantap, kata-kata yang dikuasai nafsu yang mendorong kepada kejahatan dan hati yang lemah akan sentiasa membasahi lidah mereka.

Hakikatnya, dengan kata-kata, pelbagai perkara boleh terjadi serta mampu mengubah sesuatu keadaan sama ada yang baik atau sebaliknya. Keadaan umat Islam saling menghina dan memperlekeh sesama mereka, anak mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang tua dan keruntuhan moral di kalangan remaja.

Semuanya berpunca daripada lidah yang gagal dikawal. Sebagai manusia, kita harus ingat setiap apa yang kita katakan, ia tidak terlepas daripada catatan malaikat. Hal ini bukanlah bertujuan mencari kesalahan serta kesilapan manusia tetapi memberi peringatan kepada kita bahawa setiap perlakuan ada nilainya di sisi Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di sampingnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Surah Qaaf, ayat 18). Tutur kata yang baik dapat memberi kesan yang amat mendalam dalam diri pendengarnya. Dalam bidang dakwah misalnya, dengan hanya menggunakan kata-kata yang baik dan benar, masyarakat mudah terpikat dengan Islam.

Ini kerana Islam adalah agama fitrah yang ajarannya tidak bertentangan dengan naluri dan sifat semula jadi manusia. Hal ini jelas apabila Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun menemui Firaun sebagai satu cara menyerunya ke jalan Allah, lalu diperintah keduanya menuturkan kata-kata yang lembut dan tidak angkuh.

Firman Allah bermaksud: ” Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut” (Surah Toha, ayat 43-44).

Dakwah sedemikian tidak berjaya menambat hati Firaun, tetapi dengan perintah Allah, ia menunjukkan cara dan kaedah yang harus diikuti dalam proses dakwah hari ini. Selain itu, dalam al-Qur’an dengan jelas Allah menyatakan di antara ciri-ciri hamba-Nya yang cemerlang iaitu yang mendapat gelaran (‘ ibad ar-Rahman ) ialah mereka yang baik tutur katanya. Mereka yang apabila dihina atau dicerca orang yang jahil (tidak berilmu), mereka tidak membalasnya kecuali dengan kata-kata yang baik dan indah.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik” (Surah al-Furqan, ayat 63).

Justeru adalah amat menyedihkan jika dilihat orang-orang yang berilmu dan berpendidikan tinggi bersikap terlalu emosional, tidak berhikmah dalam menangani sesuatu isu dan yang lebih teruk lagi merasakan dirinya sahaja betul.

Sebagai orang yang dikurniakan Allah sekelumit daripada ilmu-Nya, kita harus berasa rendah diri dan memilih kata-kata yang terbaik apabila berhadapan dengan golongan yang tidak mengetahui atau kurang ilmunya. Dengan kata lain, bahasa yang digunakan haruslah bersesuaian dengan keadaan dan adat kelaziman khalayak pendengar.

Hal ini perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi di negara kita yang memiliki pelbagai bahasa dan budaya. Sesungguhnya tindak-tanduk dan perbuatan setiap anggota kita adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri ketika berhadapan dengan Allah di mahkamah keadilan-Nya kelak. Lidah yang berperanan penting dalam menuturkan kata-kata tidak akan terlepas daripada nilaian dan timbangan keadilan Allah. Jauhilah diri kita daripada terus menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah dan menyakiti hati dan perasaan orang lain. Sebaliknya, basahi lidah kita dengan ingatan yang tidak putus kepada-Nya pada waktu senang dan susah, Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: “Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram” (Surah al-Ra’d, ayat 28).

Semoga entri ini menyedarkan kita betapa perlunya berhati-hati di dalam mengeluarkan kata-kata atau penulisan di alam maya terutama ketika berinteraksi diruang forum atau chatbox umum. Nasihat ini bukan sahaja ditujukan kepada pembaca budiman yang sudi melayari laman ummi, tetapi utama ditujukan buat diri ummi sendiri sebagai peringatan di dalam mendidik diri agar terus berhikmah bila berinteraksi dengan orang lain.

Betapa lemahnya jiwa bila sedikit diberiakn ujian melalui kata-kata,hati dan jiwa terus mahu kecil hati dan merajuk. Ya Allah , sucikan hatiku dan bersihkan jiwaku,ikhlaskan aku melakukan apa sahaja kerana MU.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,

Thursday 28 January 2010

Mendidik hati Sendiri Untuk Bersabar


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Bijak untuk menasihati orang agar sabar, tabah dan cekal untuk hadapi ujian. Namun sedikit sahaja ujian ,perkara yang mengocak hati sudah merajuk dan mahu bawa diri. Kenapa mahu merajuk sampai lebih 18 jam jauh hati dengan seseorang hingga tak mahu log in Halaqah, padahal halaqah.net adalah nyawa dan kegembiraan hati sendiri.

Subuh ini selepas tahajud , ummi soal hati sendiri, di dalam doa mohon keselamatan dan kesejahteraan Halaqah.net agar sentiasa di dalam pemeliharaan dan rahmat Allah, ummi soal hati, lama mana mahu merajuk, mana mahu didahulukan? Hati atau agama?

Ada tanggung jawap terpikul di Halaqah.net. Ada amanah yang perlu dijaga di Halaqah.net. Jauh hati dengan tindakan seseornag itu adalah lumrah. Macam tidak biasa, ibarat kata seseorang " patutnya ummi dah kalis peluru". Tapi kena ingat juga hakikat bahawa ummi juga manusia, ada masa iman tinggi ada masa iman rendah. Terleka soal tanggungjawap bila hati rasa terguris.

Namun ketika berdoa di subuh hari, dengan linangan air mata ,hati rasa sebak kerana merajuk hati, membawa diri, tanggungjawap terabai, maka selesai bermunajat memohon diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran, log in semula dan buat maintance forum. Ada forumer yang suka-suka buka topik peribadi, itulah jika tidak dipantau, mahu berserabut forum dengan berbagai topik yang tidak berilmiah.

Bila mengingatkan diri akan tanggungjawap ini, benteng utama untuk ikhlas melakukan tugas ini ialah bersabar. Sabar dalam menghadapi karenah forumer yang memang kadang sengaja mencabar kesabaran dan secara tidak langsung mengganggu emosi dan pertimbangan akal.

Buat bacaan dan peringatan diri, ummi paparkan lagi peringatan tentang sabar. Ummi ambik peringatan ini dari artikel di Halaqah.net, artikel yang ummi terbitkan 2 hari lepas.

Kesabaran itu manis. Urusannya patut ditekadkan, dan orang-orang yang percaya saling mewasiatkannya kepada satu sama lain. Mereka yang bersabar dapat petunjuk, dan pertolongan Allah, untuk menjadi orang-orang yang menang, terutama di akhirat. Begitu kesudahan bagi orang-orang yang tabah menahan penderitaan, atau yang tidak terburu-buru tetapi tenang menghadapti cubaan.

Perkataan sabar atau kesabaran banyak disebut di dalam al-Qur'an. Banyak juga pengajaran yang didapati daripada ayat-ayat yang mengandunginya. Kali pertama disebut menyentuh memohon pertolongan berbunyi,

"Kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati," (2:45)

Pertolongan dipohon kepada Allah dengan sabar dan solat, yang menjadi berat bagi orang-orang yang sombong. Untuk solat pula, ahli keluarga disuruh melakukannya dengan sabar juga, seperti amalan lain dalam penyembahan kepada-Nya. Firman Tuhan,

"Dan suruhlah keluarga kamu bersolat, dan bersabarlah kamu padanya;" (20:132)

"Pemelihara langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya. Maka sembahlah Dia, dan bersabarlah kamu dalam penyembahan kepada-Nya;" (19:65)

Lantaran itu, terlihat tiga keadaan yang memerlukan kesabaran, dan mereka diringkaskan seperti di bawah:

*mohon pertolongan kepada Allah (2:45, 2:153, 7:128)
*dalam solat (2:45, 20:132)
*alam penyembahan kepada-Nya;" (19:65)

Ada banyak lagi contoh keadaan yang memerlukan kesabaran di dalam al-Qur'an. Antaranya disenaraikan dengan ringkas seperti berikut:

* atas apa sahaja yang menimpa (22:35)
* dalam kecelakaan, kesusahan, dan bencana (2:177)
* dalam debat untuk menyeru ke jalan Allah (16:125-127)
* dalam tiada kemewahan untuk mengahwini wanita-wanita merdeka (4:25)
* sesuatu yang tidak meliputi dalam pengetahuan (18:68)

Mengenai keadaan terakhir di dalam senarai, sebuah cerita yang bercangkuk diturunkan, merupakan kisah Nabi Musa dengan seorang yang dikenali umum dalam Islam sebagai Khidir. Baginda telah menemuinya lalu ingin mengikutinya dalam suatu perjalanan. Begini al-Qur'an menceritakannya:

"Berkata, 'Sesungguhnya kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku. Dan bagaimanakah kamu akan bersabar dengan apa yang kamu tidak meliputi dalam pengetahuan kamu?'

Berkata (Musa), 'Kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, bersabar; dan aku tidak akan menentang kamu dalam urusan.'

Berkata, 'Jika kamu ikut aku, maka janganlah menanyai aku sesuatu sehingga aku sendiri mengemukakan sebutan mengenainya kepada kamu.'

Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka naik di atas kapal, dia melubanginya. Berkata (Musa), 'Apa, adakah kamu melubanginya untuk menenggelamkan ahlinya? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang buruk.'

Berkata, 'Tidakkah aku mengatakan bahawa kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku?'

Berkata (Musa), 'Janganlah kamu mempertanggungjawabkan aku kerana aku lupa, dan jangan juga memaksa aku untuk membuat sesuatu perkara yang amat sukar.'

Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka bertemu seorang anak lelaki muda, dia membunuhnya. Berkata (Musa), 'Apa, adakah kamu membunuh satu jiwa yang suci, dan bukan kerana membalas untuk jiwa yang dibunuh? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang dahsyat.'

Berkata, 'Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku?'

Berkata (Musa), 'Jika aku menanyakan kamu mengenai sesuatu selepas ini, maka janganlah menemani aku lagi; kamu telah cukup memberi alasan kepadaku.'

Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka datang kepada penduduk sebuah bandar raya, mereka meminta makanan daripada penduduknya, tetapi mereka menolak untuk menerima mereka dengan layanan baik untuk tetamu. Kemudian mereka mendapati sebuah tembok yang hendak roboh, lalu dia menegakkannya. Berkata (Musa), 'Sekiranya kamu menghendaki, tentu kamu mengambil upah untuk itu.'

Berkata, 'Inilah perpisahan antara aku dan kamu. Sekarang aku akan memberitahu kamu interpretasi apa yang kamu tidak boleh bersabar dengannya. Mengenai kapal, ia kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut; dan aku menghendaki untuk merosakkannya kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil tiap-tiap kapal dengan paksa.

Mengenai anak lelaki muda, ibu bapanya orang mukmin; dan kami takut dia akan memaksa mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan. Maka kami menghendaki supaya Pemelihara mereka memberi mereka, dengan menukarkan yang lebih baik daripada dia, dalam zakat (kesucian), dan lebih dekat dalam kasih sayang.

Mengenai tembok, ia kepunyaan dua anak lelaki muda yang yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta simpanan kepunyaan mereka. Bapa mereka orang salih; dan Pemelihara kamu menghendaki supaya mereka sampai dewasa dan kemudian mengeluarkan harta simpanan mereka sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu. Aku tidak melakukannya daripada kemahuanku sendiri. Inilah interpretasi apa yang kamu tidak boleh bersabar dengannya.'" (18:67-82)

Oleh itu nyatalah bahawa kesabaran diperlukan untuk mendapat penjelasan bagi sesuatu perkara yang tidak diketahui, seperti ke atas sesuatu kejadian atau ayat daripada Allah.

Dalam kisah Nabi Yusuf pun ada cerita berunsur kesabaran. Baginda telah dihumban ke dalam perigi semasa kecil oleh saudara-saudaranya, ditinggalkan, tetapi bajunya di bawa pulang untuk ditunjukkan kepada bapa mereka sebagai bukti bahawa baginda telah dibaham seekor serigala. Senario itu dirakam di dalam Kitab seperti berikut:

"Mereka berkata, 'Ayah, kami pergi berlumba lari, dan meninggalkan Yusuf dengan barang-barang kami; lalu serigala memakannya. Tetapi kamu tidak akan menjadi mukmin pada kami, walaupun kami berkata benar.' Dan mereka mendatangkan bajunya dengan darah palsu padanya. Dia (Yaakub) berkata, 'Tidak, tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu menyifatkan.'" (12:17-18)

Saudara-saudaranya telah mendatangkan satu lagi berita buruk kepada bapa mereka, iaitu adik Yusuf telah ditahan oleh seorang pembesar kerana didapati mencuri, tanpa mengetahui bahawa kecurian itu adalah suatu helah daripada baginda. Ketika menerima berita tersebut bapa mereka berkata,

"Tidak! Tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk membuat sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka kesemuanya kepadaku; sesungguhnya, Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana." (12:83)

Sebelum cerita berakhir dengan seluruh ahli keluarga disatukan semula, saudara-saudara Yusuf telah menemuinya sekali lagi di mana baginda telah mendedahkan siapa sebenarnya dia kepada saudara-saudaranya, yang disambut dengan:

"Mereka (saudara-saudara Yusuf) berkata, 'Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?' Dia berkata, 'Aku Yusuf. Ini saudaraku (yang dituduh mencuri). Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.'" (12:90)

Orang-orang yang sabar dan bertakwa diterima Allah sebagai orang-orang yang berbuat baik. Daripada cerita tersebut, situasi yang memerlukan kesabaran dapat disimpulkan dengan frasa berikut:

* mendapat berita buruk (12:18)

Lagi cerita Nabi yang diketahui umum. Kali ini kisah pengorbanan Nabi Ibrahim ke atas anaknya, ketika baginda memberitahu apa yang dilihatnya dalam tidur. Firman-Nya, "Dan apabila dia telah sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, 'Wahai anakku, aku melihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?' Berkata, 'Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintahkan; kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, termasuk orang-orang yang sabar.'" (37:102)

Tergambar ketiadaan tindakan tergesa-gesa, tetapi terbit suasana yang tenang. Dalam cerita ini, keadaan yang memerlukan kesabaran adalah:

* atas keputusan Allah yang dikenakan (37:102)

Tidak ketinggalan untuk diceritakan ialah mengenai Nabi Muhammad yang kemunculannya tidak sabar ditunggu oleh sekumpulan manusia lalu mereka memanggilnya dari belakang bilik-bilik. Mereka seharusnya berbuat demikian di pintu depan di mana melaluinya rumah-rumah harus dimasuki. Ayat yang mengisahkan berbunyi,

"Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari belakang bilik-bilik, kebanyakan mereka tidak faham. Dan jika mereka bersabar, sehingga kamu keluar kepada mereka, itulah yang lebih baik bagi mereka; dan Allah Pengampun, Pengasih." (49:4-5)

Maka situasi yang memerlukan kesabaran di sini boleh disimpulkan dengan nota di bawah:

* dalam menunggu, seperti menunggu kemunculan Nabi (49:5)

Senarai keadaan yang memerlukan kesabaran dipanjangkan lagi dengan menyebut mengenai mengikuti ayat-ayat Allah. Ia diringkaskan seperti ini:

* mengikuti wahyu, iaitu al-Qur'an (10:109)

Mengikuti petunjuk al-Qur'an tidak menemui jalan mudah. Bangkangan sedia menunggu, dan orang-orang yang membangkang akan bertindak dengan tindakan-tindakan berikut, yang harus dihadapi dengan kesabaran:

* membuat muslihat (3:120)
* mendustakan dan menyakiti (6:34), menyakitkan (14:12)
* mendendami (7:126)
* mengata (20:130, 50:39, 73:10)
* menggelisahkan (30:60)

Permusuhan tercetus di kalangan umat manusia. Lontaran jahat dibaling, tetapi ditangkis dengan tangkisan yang baik. Dengan cara itu musuh boleh bertukar menjadi sahabat yang sedia. Firman-Nya,

"Tidaklah sama yang baik dengan kejahatan. Tangkislah dengan apa yang lebih baik, dan tiba-tiba, orang yang antara kamu dan dia dalam permusuhan, menjadi seakan-akan dia seorang wali (sahabat) yang setia.

Namun begitu, tiada yang menerimanya, kecuali orang yang bersabar; tiada yang menerimanya, kecuali orang yang mempunyai peruntungan yang besar." (41:34-35)

Pengajaran daripadanya atas tajuk kesabaran dicatat di bawah bersama bersabar atas putusan Allah terhadap musuh, yang tidak seharusnya diminta untuk disegerakan:

* bersabar dalam permusuhan (41:34-35)
* bersabar atas putusan Allah terhadap musuh (52:48, 76:24)

Kesabaran juga perlu terhadap orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang yang menimbulkan masalah. Sebarang bentuk penganiayaan terhadap mereka untuk mencari keuntungan dunia dilarang Allah. Kandungan ayat yang menjelaskannya dalam konteks kesabaran diringkaskan seperti di bawah ini:

* terhadap orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang (18:28)

Senarai keadaan di mana sifat sabar diperlukan diisi lagi dengan menyebut sebuah firman berbunyi, "Dan jika ada segolongan antara kamu yang percaya kepada apa yang aku diutus dengannya, dan segolongan yang tidak mempercayai, maka bersabarlah kamu sehingga Allah menghakimkan antara kita; Dia yang terbaik daripada para hakim" (7:87). Keadaan yang memerlukan kesabaran di sini ialah dalam:

* penghakiman antara dua golongan, percaya dan tidak percaya (7:87)

Manusia berada dalam dua golongan untuk menjadi cubaan bagi satu sama lain. Firman-Nya, "Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu para utusan melainkan bahawa mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami membuatkan sebahagian kamu menjadi satu cubaan bagi sebahagian yang lain, 'Mahukah kamu bersabar?' Pemelihara kamu melihat." (25:20). Maka kesabaran yang diperlukan kali ini adalah:

* atas cubaan hasil pembentukan dua golongan manusia (25:30)

Untuk mengenali kesabaran di samping mengenali perjuangan di jalan Allah manusia diuji-Nya. Ayat berkaitan berbunyi, "Dan sungguh, Kami akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang antara kamu yang berjuang dan yang sabar, dan Kami akan menguji berita kamu" (47:31). Contoh-contoh ujian yang dikenakan, yang memerlukan kesabaran, adalah:

* ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan (2:155)
* dalam harta, dan diri-diri, dan gangguan yang banyak daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum al-Qur'an, dan orang-orang yang mempersekutukan (3:186)
* dalam berita orang-orang terlibat (47:31)
* dan bagi kaum Tsamud, yang tidak percaya, dengan unta betina, yang harus diberi minum seperti yang lain (54:27)

Dalam perjuangan akan berlaku penghijrahan orang-orang yang dizalimi. Itu menimbulkan satu atau dua lagi keadaan yang harus disabarkan, dan dimasukkan ke dalam senarai seperti berikut:

* berhijrah kerana Allah, setelah dizalimi (16:41-42)
* berhijrah setelah dianiaya, kemudian berjuang (16:110)

Perjuangan di jalan Allah termasuk pergi berperang. Kedua-duanya bukan sahaja dimuatkan di dalam senarai keadaan yang memerlukan kesabaran (iaitu yang ke-29 dan 30), seperti dicatat di bawah, tetapi sebagai penutup bagi senarai tersebut:

* berjuang di jalan Allah (47:31)
* perang di jalan Allah (3:146)

Kesabaran dalam peperangan dikurniakan pertolongan daripada-Nya, misalan diturunkan malaikat-malaikat untuk membantu melawan tentera musuh yang lebih ramai. Janji tersebut terkandung di dalam ayat-ayat al-Qur'an bermaksud,

"Ia, jika kamu bersabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan segera, Pemelihara kamu akan membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang menyerang dengan pantas." (3:125)

"Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang yang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami." (8:65)

"Sekarang Allah meringankan untuk kamu, dengan mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan. Jika ada seratus antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seribu, mereka akan mengalahkan dua ribu, dengan izin Allah; Allah berserta orang-orang yang sabar." (8:66)

Allah berserta orang-orang yang sabar. Sebelum mereka pergi bertempur mereka berdoa macam dilakukan tentera Thalut yang melawan Jalut. Doa berkenaan terkandung di dalam sebuah ayat berbunyi "Maka, apabila mereka pergi kepada Jalut dan tenteranya, mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)'" (2:250). Peperangan itu menampilkan seorang hero bernama Daud (Nabi) yang berjaya membunuh Jalut.

Balasan ke atas orang-orang yang menentang, seperti orang-orang yang tidak mempedulikan perintah Tuhan, tidak dipohon supaya disegerakan. Meraka akan dimusnahkan Allah. Putusan yang dipohon kepada-Nya harus diikuti dengan kesabaran. Tiga ayat mengenainya diturunkan:

"Maka bersabarlah kamu, sebagaimana rasul-rasul yang mempunyai tekad bersabar. Janganlah minta disegerakannya untuk mereka - ia seakan-akan, pada hari mereka melihat apa yang mereka dijanjikan, mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari. Satu penyampaian! Dan tiadalah yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq." (46:35)

"Dan bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di bawah pengawasan (mata) Kami. Dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu ketika kamu bangkit," (52:48)

"Maka bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah mentaati seorang pun antara mereka, yang berdosa atau yang tidak percaya." (76:24)

Setiap orang yang bersabar, yang berterima kasih, mengambil sesuatu kejadian atau tanda kebesaran Allah sebagai ayat, atau sebagai suatu yang direnungkan, misalan ayat yang menyuruh Nabi Musa mengeluarkan kaumnya, direnung pada apa dan siapa yang dihadapinya, iaitu Firaun yang zalim:

"Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, 'Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah.' Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih)." (14:5)

Ayat-ayat lain yang menyebut orang bersabar menjadikan ayat atas sesuatu adalah:

"Tidakkah kamu melihat bahawa kapal-kapal berlayar di laut dengan rahmat Allah, supaya Dia memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih." (31:31)

"Tetapi mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami'; dan mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, maka Kami membuat mereka hadis, dan Kami menghancurkan mereka berkecai. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih." (34:19)

"Dan jika Dia mengkehendaki, Dia menenangkan angin, dan mereka tetap tidak bergerak di atas punggungnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, berterima kasih." (42:33)

Orang-orang yang bersabar dapat petunjuk kerana kesabaran mereka, dan mereka yakin terhadap ayat-ayat Allah. Mendapat petunjuk daripada Allah menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Ayat yang menyatakan mereka mendapat petunjuk berbunyi,

"Dan Kami melantik daripada kalangan mereka imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami apabila mereka bersabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami." (32:24)

Sifat yakin akan ayat-ayat Allah, dan bertakwa kepada-Nya yang terlebih dahulu disebut (3:125, 12:90) menjadi pasangan bagi orang-orang yang bersabar. Mereka juga dipasangkan dengan amalan membuat kerja-kerja kebaikan, dan apabila dirasakan kemakmuran setelah disentuh kesusahan, tidak membanggakan diri, seperti berkata "Keburukan telah pergi daripadaku" dengan sangat gembira (11:10-11).

Selain kerja-kerja kebaikan, orang-orang yang sabar melakukan solat, memberi nafkah, dengan diam dan terbuka, dan menolak kejahatan dengan yang baik. Firman-Nya,

"Orang-orang yang bersabar, dengan menginginkan Wajah Pemelihara mereka, melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang menolak kejahatan dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman muktamad," (13:22)

Dalam menolak kejahatan dengan yang baik orang yang bermusuhan boleh menjadi seorang sahabat yang setia. Tiada yang menerimanya kecuali orang yang bersabar, yang mempunyai peruntungan yang besar (41:34-35). Dan mereka juga mengampunkan orang lain, menurut ayat berbunyi,

"Tetapi sesungguhnya orang yang bersabar, dan mengampunkan - sesungguhnya itu urusan yang patut ditekadkan." (42:43)

Mereka adalah juga orang-orang yang berjuang di jalan Allah (3:142), dan percaya kepada ayat-ayat-Nya, membuat kerja-kerja kebaikan (disebut lagi), dan bertawakal kepada Pemelihara mereka. Firman-Nya,

"Dan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sungguh, Kami akan menempatkan mereka di bilik-bilik yang tinggi di Taman, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; sangat baiknya upah orang-orang yang beramal,Orang-orang yang bersabar, dan mempercayakan (tawakal) kepada Pemelihara mereka." (29:58-59)

Sifat-sifat lain yang dipasangkan dengan sabar disebut di dalam sebuah ayat agak panjang tercatat,

"Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim,
dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin,
dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh,
dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar,
dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar,
dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati,
dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah,
dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa,
dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga,
dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati
- bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar." (33:35)

Mereka yang bersabar adalah bersatu dengan orang-orang yang benar, orang-orang yang patuh, orang-orang yang menafkahkan, dan orang-orang yang meminta ampun pada waktu sebelum dinihari (3:17).

Pada Hari Kiamat, upah bagi orang-orang yang bersabar dibayar mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat, dan dibayar sepenuhnya tanpa perhitungan, serta diberi sebuah Taman. Tiga ayat bersangkutan berbunyi,

"Apa yang ada pada kamu akan habis, tetapi apa yang ada di sisi Allah kekal; dan sungguh Kami akan membalas orang-orang yang bersabar dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat." (16:96)

"Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar upah mereka sepenuhnya tanpa perhitungan.'" (39:10)

"Dan membalas mereka kerana mereka bersabar dengan sebuah Taman," (76:12)

Salam hormat bagi mereka pada hari itu ialah "'Salamun alaikum, kerana kamu telah bersabar.' Sangat baiknya tempat kediaman muktamad" (13:24). Salam tersebut dalam bahasa asal berbunyi salaamun alaikum bimaa shabartum, diberi setelah segala amalan yang dibuat di dunia diperhitungkan. Terdapat pula golongan yang gelisah apabila ia menjadi salam hormat yang dilontar kepada mereka, kerana kitab amalan mereka belum ditutup lagi dan mereka tidak tahu apa yang akan dilakukan esok, misal hilang kesabaran. Namun jika terdapat golongan yang tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan ingin menggunakannya jua, di dunia ini, maka tiada siapa yang akan cuba menghentikannya kecuali orang yang tidak memahami kebebasan dalam membuat pilihan, yang diberi Allah kepada manusia.

Bersabar adalah antara urusan yang ditekadkan. Yang lain turut ditekadkan adalah bertakwa, atau takut kepada Tuhan (3:186), melakukan solat, menyuruh yang baik, melarang yang mungkar, dan bersabar atas apa sahaja yang menimpa (31:17) dan mengampunkan orang lain (42:43).

Urusan bersabar disuruh Allah, ditambah dengan suruhan berlumba-lumba di dalamnya bagi orang-orang yang percaya, dan ia menjadi wasiat pula kepada satu sama lain di kalangan mereka. Firman-firman-Nya,

"Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah, dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung." (3:200)

"Kemudian dia termasuk antara orang-orang yang percaya, dan saling berwasiat untuk bersabar, dan saling berwasiat untuk menjadi yang berpengasihan." (90:17) dan,

"Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar." (103:3)

Lalu ia menjadi seruan di hujung halaman yang menyuarakan dua firman Allah sekali gus menjadi Peringatan terakhir diturunkan di sini berbunyi,

"Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang manis." (70:5)
"Dan bersabarlah untuk Pemelihara kamu." (74:7)



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday 27 January 2010

Karat Besi dan Karat Hati


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Tetapi hakikat karat besi dan karat hati manusia jauh berbeza. Karat besi boleh dibuang dan dicat semula untuk dibaikpulih. Namun karat hati hanya melalui satu cara.

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.” Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.

Kita lihat disekeliling kita, mereka solat, mereka puasa, tetapi maksiat dalam masyarakat kita masih berleluasa. Bukankah telah jelas dalam ayat Allah ” sesungguhnya solat itu dapat menghindarkan kamu daripada perbuatan yang keji dan mungkar”.

Mungkinkah karat hati yang menyebabkan manusia terhijab daripada mendapat keberkatan, kebaikan daripada amal mereka sendiri? Tepuk dada tanya iman…


Rasulullah bersabda : “Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong.” Riwayat At Tirmizi.

Dalam Al Qur’an A Al Hajj 46 dengan jelas dinyatakan bahwa hati  itu berada dirongga dada ( mungkin jantung?).


Bermaksud: "Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." ( Al Hajj 46)

Rasulullah mengatakan bahwa didada manusia ada segumpal darah, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh manusia itu jika dia buruk maka manusia itupun menjadi buruk pula.

Didalam hati manusia terdapat empat ruangan iaitu:

   1. Yang diinginkan.

    * Ingin senang, kaya, bahagia, sukses, aman , nyaman, nikmat, serba cukup, sehat, kuat.

  2. Yang di takuti

    * Takut mati, miskin., susah, sengsara, melarat, hina, sakit, lemah.

   3. Penyakit hati

    * Musyrik, kafir, dengki, hasud, dendam, ria, sombong, takabur, malas, khianat.

   4. Kekuatan hati

    * Iman, Taqwa, Ikhlas, sabar, jujur, amanah, santun, syukur, ridha, pemaaf, pemurah, penyayang.

Manusia ingin bahagia, kaya, senang, sejahtera dan takut mati, miskin, sengsara ataupun melarat. Untuk mencapai yang diinginkan dan menjauh dari yang ditakuti manusia dirongrong oleh penyakit hati yang berupa kemusyrikan, kafir, sombong, dengki, ujub, takabur, ria sifat ini ditiupkan oleh syetan kedalam hati manusia.

Jika sifat buruk yang ditiupkan syetan itu merajalela dalam hati dan hati mejadi busuk penuh penyakit maka manusia akan gagal mencapai yang diingini bahkan sebaliknya akan terjerumus kelembah yang ditakuti tersebut.

Sebaliknya jika hati dipenuhi kekuatan Iman, taqwa, tawakkal sabar, iklas, jujur, amanah dan sifat lainnya yang mendapat ridha Allah niscaya ia akan menemui apa yang diinginkan yaitu bahagia, kaya, senang, aman sejahtera.

Hati atau Qolbu adalah bagian penting dari manusia yang tetap berfungsi sejak hidup didunia sampai terus di akhirat kelak. Fungsi hati atau Qalbu tidak berhenti atau putus akibat datangnya kematian. Bagian tubuh lain seperti mata, telinga, otak dan seluruh tubuh tidak berfungsi lagi setelah datangnya kematian. Namun hati akan tetap berperan dialam barzakh, dihari berbangkit sampai dihari berhisab kelak. Hati yang jernih dan bersih akan membawa kita pada kehidupan yang sejahtera dan kekal selamanya di sisi Allah baik didunia maupun diakhirat. Hati yang kotor, busuk dan penuh penyakit akan membawa kita kepada kesulitan dan kesengsaraan abadi selama hidup didunia dan di akhirat kelak.

Perhatikan do’a Nabi Ibrahim yang didalam S. As Syu ‘ara ayat 87-89


87- dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan,

88- (yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,

89- kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih


Nabi Ibrahim memohon kepada Allah agar jangan dihinakan pada hari berbangkit, dihari yang tiada bermanfaat harta dan anak anak, pangkat dan jabatan, karib dan sanak famili, kecuali orang yang datang menghadapNya dengan hati yang bersih. Disini tergambar bahwa hati tetap memegang peranan penting sampai dihari berbangkit kelak, dikala bumi telah lenyap dan diganti dengan kehidupan lain diakhirat kelak.

Orang yang hatinya busuk, kotor penuh penyakit juga akan merasakan akibat kekotoran hatinya itu kelak diakhirat, seperti digambarkan Allah dalam S Al Baqarah ayat 10 dan An Naazi’aat 6-9:


10- Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. ( Al Baqarah 10)



Dari beberapa keterangan diatas jelas bahwa hati tetap memegang peranan sampai dihari berbangkit kelak. Fungsi hati tidak berhenti dengan datangnya kematian. Ia tetap memegang peranan selama hidup didunia, setelah datang kematian, dialam barzakh, dihari berbangkit bahkan sampai hari berhisab kelak. Karena itu jagalah hati jangan sampai dipenuhi penyakit dan kebusukan yang akan mencelakakan kita didunia dan akhirat kelak. Bersihkan hati dari kotoran dan penyakit, tanamkan Iman, Taqwa, Tawakkal dan berbagai sifat baik lainnya didalam hati, hingga dapat dicapai berbagai kebaikan selama hidup didunia dan di akhirat kelak.

Merawat dan Memelihara Hati

Hati yang bersih dan jernih adalah hati yang selalu ingat pada Allah, setiap saat melakukan komunikasi dengan Allah, sehingga selalu berada dalam bimbingan dan hidayah-Nya. Matanya dibimbing oleh hatinya untuk selalu memandang kebesaran Allah, telinganya dituntun oleh hatinya untuk selalu mendengar kan nasihat dan ayat ayat Allah. Hatinya selalu terbuka untuk menerima nasihat dan ajaran kebaikan.

Beberapa cara untuk menjaga dan merawat hati agar tetap bersih dan jernih antara lain

1. Selalu ingat pada Allah dimanapun berada

2. Selalu memuji kebesaranNya

3. Selalu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan Allah

4. Selalu bertasbih mensucikanNya

5. Selalu mohon ampun atas kekhilafan dan dosa yang dilakukan

6. Selalu mohon perlindunganNya dari godaaan Syetan dan tipu daya dunia yang melalaikan

7. Selalu mohon bimbingan dan tutunan Allah dalam menjalani kehidupan ini

8. Selalu membaca atau mendengarkan ayat suci Al -Qur’an dan mentadabburinya setiap hari

9. Melatih hati untuk bersifat Taqwa, tawakkal, sabar, ikhlas, jujur, amanah,ridho,kasih sayang menahan amarah, menahan nafsu dari keinginan rendah dan lain sebagainya

10. Bersihkan hati dari penyakit Kafir, musyrik, sombong, takabbur, riya, dengki, dendam, khianat, kikir,loba dan tamak, memperturutkan hawa nafsu dan lain sebagainya

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 26 January 2010

Tidak Jemu Untuk Beramal

 


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.


Allah SWT dengan limpahan sifat kemurahan dan kasih sayang-Nya mengurniakan kepada hamba-hamba-Nya pelbagai amalan ketaatan untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

"Tatkala Allah mengetahui timbul dari diri kamu perasaan jemu, Dia mempelbagaikan untuk kamu amalan ketaatan."

"Tatkala Dia mengetahui di dalam diri kamu wujud kerakusan, maka Dia mengehadkannya ke atas kamu pada waktu-waktu tertentu untuk menjadikan keinginan kamu itu mendirikan solat bukannya mengadakan solat. Tidak semua yang solat itu mendirikan solat".

Islam itu unik, indah dan sempurna. Maka sudah tentulah apa yang terkandung di dalamnya juga penuh dengan keunikan, keindahan dan kelebihan. Namun, tidak semua keindahan dan keunikan itu dapat dilihat dengan mata kasar.

Ada di antaranya yang perlu diselami dengan mata hati yang hanya dimiliki oleh insan-insan yang sentiasa menjaga hatinya dari titik-titik hitam, menggilap hatinya dengan zikrullah dan disinari hatinya dengan makrifatullah.

Ini kerana Allah mengetahui hamba-Nya akan jemu jika melakukan sejenis ketaatan kerana menjadi tabiat nafsu merasa jemu dengan mengulang-ulang perkara yang sama.

Seorang penyair pernah mengungkapkan: "Nafsu tidak akan dapat diperbaiki apabila ia ditadbir (diatur); melainkan dengan memindahkannya atau mengalihkannya dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain". Seperti konsep tenaga, tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh bertukar dari satu bentuk tenaga kebentuk yang lain. Dari tenaga keupayaan berubah ke tenaga kinetik atau ke tenaga haba dan  tenaga cahaya. Begitu juga nafsu, tidak boleh dibuang atau dimusnahkan...

Dengan adanya pelbagai amalan ketaatan yang disediakan, apabila seseorang itu jemu melakukan solat sunat maka dia boleh beralih melakukan amalan zikir. Apabila dia jemu berzikir dia boleh membaca al-Quran, berpuasa, bersedekah dan sebagainya. Zikir itu pula mempunyai bermacam-macam jenis.
Sheikh Zarruq r.a berkata: Dipelbagaikan amalan ketaatan bagi hamba kerana tiga sebab:

1. Rahmat daripada Allah untuk merehatkan dan memberi peluang kepada hamba-Nya menggilir-gilirkan atau menukar ganti amalan ketaatan dari satu amalan kepada satu amalan.

2. Sebagai hujah ke atas mereka kerana tidak ada alasan lagi bagi mereka untuk meninggalkan amalan ketaatan.

3. Dengan adanya pilihan akan menetapkan mereka dengan pelbagai amalan yang melayakkan mereka mendapat kemuliaan tertentu dari amalan-amalan tersebut dan memudahkan mereka beramal.

Orang yang jemu beramal, akan bersikap tergopoh-gapah melakukannya kerana tiada penentuan waktu beramal. Oleh itu, dibataskan pula amalan itu pada waktu-waktu tertentu, sebagaimana disebut dalam Hikam: "Tatkala Dia mengetahui di dalam diri kamu wujud kerakusan, maka Dia mengehadkannya pada waktu-waktu tertentu".

Bergegas-gegas dalam melakukan amalan, akan menatijahkan tiga kerosakan: Meninggalkan amal apabila dilakukan secara berterusan, berasa jemu sekalipun dia tidak meninggalkan amalannya dan berlaku banyak kecacatan dalam melaksanakan amal.

Mengehadkan waktu-waktu tertentu bagi suatu amal, mendatangkan tiga faedah: Mengelakkan kerakusan beramal, menghalang daripada penangguhan amal dan teguh beramal.

Jika tiada penentuan waktu, akan menyebabkan amalan tersebut dikerjakan secara sambil lewa, bertangguh-tangguh dan tidak dijaga kerana dikuasai oleh dorongan nafsu.

Tujuan pembatasan waktu adalah membentuk keazaman yang tinggi melakukan amal dengan yakin dan bernilai seperti disebut: "Untuk menjadikan keazaman kamu itu mendirikan solat bukannya mengadakan solat".

Rahsia dibataskan solat pada waktu-waktu tertentu bagi melahirkan perasaan rindu kepada solat tersebut. Dengan adanya kerinduan ini, akan terhasillah dalam solat tersebut rasa khusyuk, hadir hati dan ketenangan atau disebut sebagai penyejuk hati.

Berbeza jika solat itu dilakukan secara berterusan, maka tidak akan ada perasaan rindu kepadanya. Bahkan mengundang perasaan jemu dan mengakibatkan amalan yang dilakukan tidak sempurna.

Maksud yang dikehendaki dalam melakukan solat ialah pergerakan hati dan bukannya pergerakan jasad semata-mata: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada luaran kamu, atau amalan zahir kamu, tetapi Dia memandang kepada hati kamu".

Selain itu, rahsia penentuan waktu solat adalah membentuk keazaman mendirikan solat dengan melaksanakan hak-hak zahir dan batin, dan bukan sekadar mengadakan solat. Solat sedemikian bagaikan bangkai yang busuk dan ia lebih dekat kepada azab Allah.

Umar ibn Abdul Aziz r.a menulis kepada para pekerjanya: "Sesungguhnya pekerjaan kamu yang terpenting padaku adalah solat. Sesiapa yang memelihara dan menjaganya maka amalan yang lain akan lebih dipeliharanya. Sesiapa yang mengabaikannya, maka dia akan lebih mengabaikan amalan yang lain".

Di dalam Hikam seterusnya disebut: "Tidaklah semua orang yang solat itu mendirikan solat. Iqamah atau mendirikan dari sudut bahasa bermaksud menyempurnakan dan meneliti. Dikatakan, si fulan telah mendirikan rumahnya, apabila dia telah menyempurnakan rumahnya dan melengkapkan segala keperluan di dalamnya. Maka orang yang mendirikan solat ialah orang yang meneliti solatnya".

Tidak semua orang yang solat itu mendirikan solat. Berapa ramai orang yang solat tidak mendapat apa-apa dari solatnya melainkan penat lelah.

Membanyakkan zikir 

Di dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solatnya tidak menegahnya daripada melakukan perkara keji dan mungkar, maka tidak bertambah apa-apa pahala baginya dari Allah melainkan semakin jauh daripada-Nya".

Di dalam hadis lain disebut: "Apabila seseorang hamba itu mengerjakan solat tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan khusyuknya, maka solatnya itu direnyuk seperti mana merenyuk baju yang lusuh, kemudian dicampakkan ke mukanya".

Sheikh Abu Abbas al Mursi r.a berkata: "Di dalam al-Quran, setiap ayat yang menyebut tentang orang yang mengerjakan solat yang dipuji, disebut dengan lafaz iqamat (mendirikan) atau yang seerti dengannya.

Misalnya, firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 3: Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan solat.

Doa Nabi Ibrahim a.s dalam surah Ibrahim ayat 40: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat.
 
Allah juga berfirman: Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan solat, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. (al Hajj: 35)

Disebut orang yang melakukan solat dalam keadaan lalai dengan kalimah "Orang yang solat", seperti firman Allah: Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya. (al-Maa'un: 4-5) dan tidak disebut: Maka celakalah bagi orang-orang yang mendirikan solat.

Ketahuilah, khusyuk di dalam solat mempunyai tiga martabat:

1. Khusyuk dengan merasakan gerun, rendah diri dan hina diri. Iaitu khusyuk bagi ahli ibadah dan orang yang zuhud.

2. Khusyuk dengan merasakan kebesaran, kehebatan dan keagungan Allah. Iaitu khusyuk bagi Ahli Muridin dan Salikin.

3. Khusyuk dengan merasakan kegembiraan dan penghadapan hati kepada Allah. Ini adalah khusyuk bagi Ahli Wasilin di kalangan 'arifin. Inilah yang dinamakan Maqam Qurrah al 'Ain (penyejuk mata hati).

Ulama berkata: Tidak diterima solat seorang hamba melainkan setakat yang hadir hatinya. Maka ada kalanya diterima seperempat sahaja dari solatnya, ada kalanya setengah sahaja dan sebagainya mengikut kadar kekhusyukkannya.

Perkara yang boleh membantu untuk mendapatkan khusyuk adalah zuhud di dunia. Inilah ubat yang terbesar kerana mustahil jika ada di sisimu anak perempuan iblis, bapanya tidak datang menziarahi anaknya.

Kamu tidak akan terlepas daripada pelbagai lintasan selagi ia berada di dalam hati kamu; dan ia mengikut banyak atau sedikitnya ia berada di dalam hati kamu.

Mustahil, pohon dunia berada di dalam hati kamu, dan kamu boleh terlepas daripada lintasan-lintasannya. Burung-burung pasti hinggap dan berkicau di atas pohon itu. Setiap kali kamu menghalaunya, ia akan pergi. Tetapi ia akan kembali selagi kamu tidak menebangnya.

Di antara perkara lain yang membantu mendapatkan khusyuk adalah membanyakkan zikir dengan hati dan juga lidah serta sentiasa berada dalam keadaan suci kerana zahir itu amat berkait dengan batin.

Semoga solat kita ialah solat yang diterima oleh-Nya. Sesungguhnya solat itu adalah pembersih hati dan tempat munajat serta penghubung hamba-hamba Allah yang kerinduan terhadap Kekasihnya.

Bukalah dan bersihkanlah hati kita untuk mengenal Pemilik dan Pencipta diri kita, maka kita akan menjadi orang yang paling bahagia kerana telah dikurniakan syurga 'ajilah di dunia sebelum dianugerahkan syurga di akhirat iaitu pertemuan dengan-Nya di alam yang kekal abadi.  

Wallahu 'alam.
Sumber



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 25 January 2010

Antara batu dan pasir


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Memulakan penulisan hari ini teringat ketika berjalan-jalan dengan anak-anak di Batu Layar, dah lama tak pergi pantai selepas Ahamad Baihaqi sakit hari itu,dah serik untuk ke pantai. Namun sampai bila pula tidak ke pantai nanti anak-anak lain tidak kenal dan tahu pantai.

Pada cuti hujung minggu, bawa anak-anak jalan-jalan di Pantai Batu Layar. Pantai ini berpasir dan ada kawasan berbatu. Sambil berjalan ajak anak melakar tulisan di atas pasir. Bila datang ombak tulisan itu larut dan hilang dihapuskan oleh ombak. Jemu menulis di situ, ajak anak mengukir nama atas batu dengan menggunakan duit syiling.Bila mereka berjaya mengukir nama di atas batu, datang ombak,nama itu masih ada terpahat atas batu.

Dengan penuh kasih sayang ummi nasihati anak-anak,
"Ketika seorang  melukai hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar ‘ombak kemaafaan’ akan datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan apabila sahabat kita melakukan sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas ‘batu hati’ kita, agar tetap terus dikenang tidak hilang ditiup waktu.

Sahabat-sahabatku, anak-anak ummi sekalian, dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Marilah kita belajar menulis di atas pasir dan mengukir di atas batu.

Begitu bermakna sekali bait-bait ayat di atas. Dalam menjalani hidup dan kehidupan kita memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan , keterlanjuran kata atau tindakan. Pada orang yang terkena,pasti mereka akan berasa kecil hati dan merajuk. Jadi sebagai manusia, kita imbas semula apa yang kita bicara , apa tindakan yang menyakitkan hati itu. Sekira benar kata-kata itu dari lisan kita , tindakan kita,maka tidak keberatan untuk kita yang memulakan ucapan maaf dan berjabat salam.


Sekira apa yang kita nyatakan itu benar, hanya mungkin intonasi, kaedah penyampaian tidak berhikmah, maka kita juga perlu memulakan maaf. Tidak rugi kita memohon maaf kerana mengalah untuk hubungan silaturahim bukan bererti kita kalah. Buangkan sifat ego dan mengatakan aku benar jika hubungan silturahim jadi taruhan. Utamakan perkara yang Allah redha dari menjaga hati sendiri. Jika seseorang itu merajuk hingga menggugat hubungan silaturahim sesama insan bermakna dia mengutamakan soal hatinya dari mendapat redha Allah. Ingat menjaga silaturahim adalah satu perbuatan yang Allah redha...


Hanya ini entri yang dapat ummi tuliskan hari ini,semoga bermanafaat untuk kita semua.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday 24 January 2010

Masa Ku Lebih Bernilai dari Permata



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.


 "Maha suci Engkau Ya Allah, dalam aku berduka,masih ada bonus yang Engkau kurniakan pada aku." Akhir-akhir ini,ummi  makin sibuk dihimpit oleh masa. Masa bersama Halaqah.net. Kadang-kadang tugas ummi untuk membaca artikel yang dikirimkan oleh halaqian, untuk diterbitkan pun tidak sempat. Apatah lagi jika artikel itu perlu diedit kerana kesalahan ejaan, singkatan perkataan, tidak ada tanda bacaan atau tidak menggunakan huruf besar diperkataan yang sepatutnya. Agaknya jika ummi mohon kerjaya sebagai EDITOR Penerbitan Majalah atau Akhbar Tabloid,pasti mudah diterima. Namun bukan dunia yang ingin ummi beli, sebaliknya dunia ini ummi jual,akhirat yang ummi beli.

Sekarang ini ummi bagaikan kaunselor tidak bertauliah. Saban hari ummi akan dirujuk dengan berbagai masalah yang minta pandangan, minta bimbingan , minta nasihat dan soalan yang memerlukan jawapan. Syukur ilmu yang diperolehi melalui pengalaman, melalui pembacaan, melalui pemerhatian, masalah dan persoalan yang diajukan dapat diuruskan dengan baik. Nasihat, bimbingan, pendapat,pandangan dan jawapan dapat diberikan.

Ada berbagai jenis masalah dan persoalan secara persendirian yang dirujuk kepada ummi samada melalui email, private mesengge di Forum Halaqah.net atau ditelefon.Dari sekecil masalah berkaitan kaedah belajar, menguruskan rumah tangga,masalah suami isteri, hinggalah perkara berkaitan aqeedah. Itu belum masuk lagi urusan Baitul Muslim Halaqah.net yang kena sentiasa di kemas kini.

Dalam 2 hari ini sahaja, ummi di ajukan 3 kes saudara baru yang mohon bimbingan. Ada yang telah jatuh cinta dengan Islam,mahu memelok Islam, namun hatinya masih terikat dengan kasih ibu bapa, ada yang telah 'convert', tapi tidak tahu bagaimana cara untuk memaklumkan pada ibu bapa. Ada seorang lagi tu , baru 2 tahun mengenali Islam, masih belum mantap, ada pula orang Islam lain yang mencelarukan pemahamannya berkaitan Islam. Jenuh juga untuk membimbing mereka ini. Namun kerana Allah telah memilih ummi untuk dirujuk oleh mereka, maka menjadi amanah buat ummi melaksanakannya.

Ada satu kes tu, seorang muslimin mahu berkahwin dengan seorang muslimat saudara baru, keluarga sudah tetapkan tarikh pernikahan, tiba-tiba hati muslimat ini berbolak balik. Sedangkan masa berta'aruf, selepas berta'aruf, tidak ada masalah dan urusannya mudah. Ummi diminta untuk membimbing muslimat ini. Muslimat ini bukanlah berada dekat dengan ummi, nun jauh di Malaysia Timur,maka hubungan ummi hanya melalui telefon. Namun jodoh pertemuan adalah kuasa Allah, sebagai manusia kita hanya dapat merancang, selebihnya adalah urusan Allah, adakah itu jodohnya,
Wallahu A'lam. Ummi hanya mampu menasihati dan memberikan pandangan sahaja. Padahal, samada muslimin atau muslimat , kedua-duanya tidak ummi kenali. Syukur, Allah memberikan mereka petunjuk untuk merujuk masalah mereka kepada ummi.

Yang ini kes lain pula, masih belum memeluk Islam, namun hatinya sangat cinta kepada Islam.Ummi kongsikan luahan hatinya kepada pembaca laman ummi, agar mendapat pengalaman apa yang dirasainya.


Mencintai Agama Islam  1
Salam sejahtera...

saya bukan muslim tetapi saya meminati agama islam. Dan aku percaya akan kewujudan Allah. Bukti semua dapat nampak dalam Al-Quran. Ia mendahului sains maka Nabi Muhammad S.A.W. bukan lah seorang pelayar (Ar Rahman[19]Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Ar Rahman [20] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. Al Qiamat[38] Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? Setahu saya zaman Nabi belum wujudnya saintis, malah sejak Al Quran wujud, kandungan tidak berubah 1 ayat pun, berbanding kristian mempunyai kitab lama dan baru, mempunyai pecahan seperti roman katolik, SIB, methodist dan setiap cara sembahyang nya juga lain amalannya. kadang kadang saya bersembahyang dalam gereja mesti terkilan dan berfikir bagaimana Yesus di anggap anak Tuhan boleh makan, dapat merasa sakit, letih.Setiap kali saya membaca Al Quran membuat saya ingin mengetahui dgn lebih dekat dgn Agama Islam. Masalahnya sekarang saya di bantah oleh keluarga memasuki Agama Islam. Saya amat menghormati Ibu bapa saya tetapi...SAYA AMAT MENCINTAI AGAMA ISLAM DAN PERCAYA AKAN KEWUJUDAN ALLAH MAHA KUASA. Saya amat berharap mungkin tidak sekarang tapi masa akan datang dapat memeluk islam. Adakah saya boleh menghafal Al Quran walaupun saya belum mualaf? Mengenali ayat jawi atau mempelajari cara sembahyang. Ini kerana saya mahu bersedia sebelum memasuki Islam.


Mencintai Agama Islam 2
Salam Sejahtera Ummi,

betapa terkejut dan gembira apabila Ummu membalas mesej saya..macam tak percaya. Sebak dada & terharu kerana masih ada manusia yang ingin membantu tanpa wang ringgit sebagai balasan.Pelbagai cara mencari ruangan seperti ini (secara ikhlas) sampaikan saya mencari teman internet tiada yang ingin membantu (Mungkin saya orang kafir). Saya amat menghargai niat ummi untuk membantu saya...may Allah bless you.


Mencintai Agama Islam 3
Salam Sejahtera Ummi,

Saya lelaki, saya tahu maksud "ummi", saya di besarkan dalam suasana kemelayuan kerana saya di besarkan di perkampungan melayu di Miri. Malah saya pernah di tangkap ustaz kerana makan dalam bulan puasa.Terkejut ustaz apabila melihat kad pengenalan bahawa saya non muslim dan meminta maaf.Pernah juga ustaz-ustaz berjumpa dgn saya untuk melakukan ibadah di surau. Bapa saya pagawai Kastam dan kami diam di flat berhadapan dgn perkampungan melayu. Malah arwah abang kepada mak saya juga seorang mualaf. Saya ingin bertanya:

A) Jika saya muslim, saya melawat keluarga saya, adakah saya dapat memakan hidangan yang di buat oleh mak saya..tiada babi tapi pinggan mangkuk tersebut pernah di gunakan utk hidangan babi.

Jawapan ummi:
1. Makan masakan emak boleh, tetapi kena pastikan makanan di masak itu halal dan bekas nmemasaknya juga adalah bersih.Kena sertu dengan air tanah juga pinggan dan bekas masakan tu. Kena ingat, span cuci pinggan pun dah kena najis berat,maka tak boleh gunakan span itu. senang saja, bila balik rumah, belikan span cuci pinggan , saudara ambik pinggan dan peralatan memasak tu cuci /sertu dulu sebelum mak gunakan untuk memasak. Maka sucilah barang-barang tu,dan awak boleh makan bersama mereka sebab tidak ada lagi hidangan yg haram untuk saudara  makan.

B) Adakah orang non muslim boleh mempelajari @ hafal Al-quran..untuk persediaan awal.
Jawapan ummi :
2. Boleh belajar baca Al Quran sebelum masuk Islam.


C) Adakah susah bagi seorang mualaf mempelajari Al quran..maklum lah saya tengok huruf khat tu pun agak complicated. Nampak susah je.

Jawapan ummi:
3. kalau beri tumpuan boleh kenal huruf dalam seminggu, boleh sambung dan baca perlahan-lahan dalam masa seminggu lagi, nak sampai lancar dan sedap bacaan mengambil masa sebulan atau lebih bergantung kesungguhan. .


Saya memang dah nekad memeluk Islam tapi biar masa menentukannya. Ambik hati ibu bapa dahulu secara beransur-ansur kerana saya percaya setiap kebaikkan akan dibalas secara baik. Pernah bapa saya berkata " aku akan buang kau dari keluarga, masa itu kau akan menyesal!! tiada seorang dari kami dan saudara mara melihat kamu berkahwin dan menziarahi kau"..saya masih berdegil juga dan mencari gadis muslim sebagai kekasih. Secara langsung saya menyatakan yang saya menyintai gadis itu dgn bapa saya. Ini kerana bapa saya faham sifat dunia percintaan. Tapi msh ada lagi masalah kerana kekasih saya msh muda. Buat masa sekarang saya akan membuat rujukan dari internet, sahabat, dan juga Ummi. Harap Ummi sentiasa ada semasa saya memerlukan ummi Wallahuallam..Seronok nya hati berjumpa Ummi..Happy sangat sangat..



Mencintai Agama Islam 4
Salam Sejahtera Ummi,

Sebenarnya beberapa Ustaz telah sudi membantu untuk mengislamkan saya bila2 masa. Ini pun saya telah mencuba pelbagai cara mencari kaunselor agama. Pagi tadi pun tidak sengaja kerana saya ingin mencari tentang sejarah ka'abah dan Imam Mahdi..ternampak ruangan halaqah jadi cuba jer surf, jumpa ummie..Allah Maha Bijaksana & Maha mengetahui..tekan2 je dapat pula berjumpa kaunselor agama.Sebelum tu, saya surf Dr. Fadzillah Kamsah..Alaaaa guna duit la pulak...

Jadi secara langsung berdikari sendiri surf internet dan print out Al Quran versi melayu dan tentang islam untuk di baca di rumah waktu malam. Ingin saya ceritakan pengalaman saya, sewaktu tu saya berumur 12 tahun. Saya bermimpi berjumpa dgn lelaki berjubah putih dan berserban. Muka nya samar2 tak nampak wajahnya. Dia menyatakan kepada saya "saudara, mahukah saudara pergi ke suatu tempat yang indah?" Jadi saya menjawab "ya"..di pendekkan cerita saya dah sampai destinasi. Orang itu lalu berkata "inilah tempat yang d maksud oleh ku". Agak terkejut kerana di depan mata saya menunjukkan Sebuah Masjid Besar di sebuah taman bunga2, berawan awan pemandangannya di jemput oleh orang laki yang sempurna parasnya dan gadis2 cantik..pelik kan? saya kan kristian?


Mencintai Agama Islam 5
Salam Sejahtera Ummi,

Sorry Agak sibuk director manager datang tadi..ya saya dari usia remaja lagi mengetahui hal itu. Dan saya tidak akan sia siakan peluang itu untuk bertaqwa kepadanya. 1 sebab lagi adalah saya masih belum stabil dgn kehidupann dan masih pulang ke rumah bersama mak bapa saya. Jika saya masuk islam sudah tentu saya tiada tempat bergantung dan bermanja. Tambahan saya kesian pula mengenang mereka kerana saya anak sulung dalam keluarga, anak lelaki tunggal pulak tu, rumitkan? Malah hutang di kolej bapa saya langsai bayar, biar ikat perut asal saya berjaya..ish alahai..

Plan saya ingin memeluk islam selepas saya berjaya dan dapat membalas budi dan jasa mereka. Khalimah syahadat salinannya sentiasa saya bawa. Jika ada kemungkinan saya akan mati. Entahlah ummie? kenapa kadang kadang agama lain tidak dapat menerima islam terutama orang bidayuh agama kristian adalah agama rasmi. Belum lagi membuka Al Quran dan membaca isinya dah membangkang bahawa kristian pihak yang benar tanpa menggunakan akal dan fikiran. Macam saya mempelajari 2 agama islam dan kristian..logik lebih kpd islam..paling saya benci orang memasuki islam demi cinta kepada kekasih..apabila bercerai menjadi murtad..saudara mara banyak memasuki islam tapi salah seorang daripada mereka murtad..malah ajak lagi bininya memakan babi..saya ternganga melihatnya. Tapi kini sudah cerai. Tak pasti lah bagaimana keadaan istri nya sekarang dah lost contact.


Mencintai Agama Islam 6
Salam Sejahtera Ummi,

Kadang2 saya imagine..indahnya syurga kan?
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik(Ar-Rahman ayat 54).

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah(Ar-Rahman ayat 76)

Tapi kadang takut juga kerana ajal ni tak kira saat dan waktu..mati dalam tido pun ada. Kan bagus sekiranya orang tua saya berfikiran terbuka mengenai agama.

Begitulah luahan hati seorang yang mencintai Islam.Memang terpanggil kepada ummi untuk memberikan bimbingan walaupun sekadar di alam maya. Ummi nasihati "Jangan bimbang, masuklah Islam, insyaAllah, moga Allah akan mudahkan, berkat kesungguhan dia."

Dan ini pula kes ke 3 yang berkaitan mualaf juga...

Mohon Nasihat 1

assalamualaikum ya ummi....

adapun saya ingin meminta sedikit nasihat..
saya seorang mualaf,dah convert 3 thn,masih bujang dan tinggal seorang diri..
adapun saya ini sangatlah rapat dgn ibu saya,jadi saya sangat selesa sekiranya setiap masalah saya dapat berbincang dengan seorang wanita...adapun masalah ini tidaklah dapat saya bincangkan dengan ibu saya sebab ini memeng masalah dengan ibu saya...

masalah saya, saya teringin sangat nak bgtau ibu saya yang saya dah convert,tapi takut sangat,saya sayang dia,,tak sanggup tengok dia menangis,ummi ada cadangan, macam mana saya nak bagitau dia? sy tiada idea,,,,,,,,,,

elok la ibu sy tak perlu tau sampai bila2...

Jawapan Ummi:

Tak boleh mcm tu...
saya ada seorang anak angkat India, buat permulaan 3 tahun pertama dia tak beritahu ibu ayah, dalam masa tu, dia tetap balik ke rumah mereka. Oleh kerana dia muslimah, bila balik rumah dia terpaksa buka tudung. Bukan kerana dia munafik,(berpura-pura) tetapi kerana untuk kemaslahatan dirinya. demi menjaga hati mereka ,maka dia bertahan. dia melayan mereka dengan baik.


Selepas dia tunjukkan contoh yg baik,bila dia berterus terang sebnarnya dia dah islam selama 3 tahun, dan dia tanya pada mak ayah,adakah perbezaan dalam layanan kasih sayang dan perhatiannya selama ini pada mereka, mereka kata tidak. lepas tu dia bagitahu,sebenarnya dalam Islam seorang anak,tetap perlu taat dan kasih pada ibu bapa walaupun berlaian agama.


mak ayahnya boleh terima, juga cuma ambk masalah. Memang ibu bapa mana pun,mula-mula akan marah dan terasa hati.Tapi lama-lama bila kita tetap tunjukkan contoh yang baik, mereka akan terima.


Begitu juga anak angkat cina sarawak. Dia tetap buat baik dgn ibunya. Ibunya marah, namun dia tetp balik rumah,layan dia mcm biasa walaupun ibu disarawak dia di semenanjung. lama-lama ibunya terima,masa kahwin ibunya datang dan masa bersalin ibu nya datang sama ke rumah saya ,tolong teman jaga anaknya itu.


seorang lagi anak angkat india+cina lelaki, setelah 5 tahun dia convert,baru dia bagitahu ayahnya. masa mak nya masih hidup,dia tak bagi tahu pun dia dah convert,tapi gerak ahti maknya, sebelum meninggalmak dia kata 'mak tahu kau dah islam'. Ayahnya tak tahu sehinggalah baru-baru ini dia bagitahu.




Mohon Nasihat 2
kes saya lain mcm sket..abg sy dah lama convert..waktu ibu sy mula2 tau,,betapa seksanya dia,,
sy tak sanggup tengok ibu sy mcm tu,,abg sy mmg gagal tunjuk contoh yg baik....apa yg bt sy paling sedih bila ibu sy dah pesan awal2,jgn ko masuk islam,aku tak halalkan semuanya dr ko kecik sampai skrang,,,,,sy tak heran langsung klu org lain ckp mcm tu...ini ibu sendiri...

sy tak mampu nak bgtau rasanya...rasanya terima sajalah sebgai ketentuan illahi.

Nasihat Ummi:
Kena bagitahu juga. sebab saya juga ad kes, anak perempuan convert dulu, mak dia marah sangat, sampai nak bunuh anak perempuan tu, masa tu abang belum convert,maka dengan abg lah mak mengadu segalanya...tapi 2 tahun lepas tu, abg pula convert, mak tak boleh kata apa. mula memang mak marah dan halau abg tu,namun bila dia fikirkan semula dia cuma ada 2 anak sahaja, dan dua-dua dah islam, maka dia terima mereka semula ,lagipun mereka tak lari bawa diri kemana,jadi mereka balik rumah jaga mak.


Kalau saudara tak bagitahu mak,jika meniggal dahulu pada mak,mahukah saudara dikebumikan secara agama mak?


Ummi nasihati dia agar maklumkan juga pada ibunya supaya tidak terjadi perebutan jenazah jika dia meninggal dahulu dari ibunya.


Mohon Nasihat 3
kalau sy mati dulu? sy dah mati..apa nak di kisahkan lg,,itu ujian utk org yg masih hidup,,org yg tau, sy dah islam takkan nak biarkan sy diuruskan cara buddha?

ok,,skrang nak bgtau mcm mana?


Nasihat Ummi:
Bagitahulah, saya dah convert,saya dah memilih Islam sebagai agama. Saya nak hidup cara islam. Tapi,walaupun saya dah islam, saya tak tinggalkan mak. Dalam Islam ajar,anak mesti taat dan baik dgn ibunya walau berlainan agama. saya tetap jaga mak sampai bila-bila.


Beginilah setiap hari ummi dirujuk dengan berbagai permasalahan dan luahan hati. Ini tidak termasuk soalan rumah tangga pada yang telah berkahwin, masalah tiada pasangan bagi yang belum berkahwin.Semoag Allah mengurniakan ummi kekuatan, ketabahan, kesabaran dalam melalui liku-liku hidup ini.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 23 January 2010

Redha dengan Ketentuan Allah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga kita semua didalam RahmatNya dan kasih sayangNya.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :-

“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Hari ini ummi ditanya perkara berkaitan redha.Seorang gadis melontarkan rasa sedihnya apabila kawan-kawan memberikan kad undangan menjemput dia hadir bersama pasangan. Dia merasa sedih, kerana dia belum berkahwin dan rasa terpukul dengan undangan itu. Lalu ummi jawap keluhan hatinya.





Jawapan Ummi : Redha dengan Ketentuan Allah "Sebenarnya jika kita redha dengan apa yang telah Allah tetapkan , perasaan sebegini tidak timbul. Jika kita ingat bahawa jodoh itu adalah ketetapan Allah,maka kita tidak akan bersedih .

Kawan tu tak ada hasrat nak sindir pun. Memang bila didalam mana-mana kad undangan pun, dah tercatat, dijemput datang bersama pasangan.Kad tu dah 'ready made' tercetak macam tu, takkan nak pinda kot. Nampak tak cantik nak di potong perkataan pasangan.

Tapi bila hati selalu berprasangka,maka syaitan dan iblis berlebih-lebih pula merangsang minda awak berfikiran negatif. semua ini adalah mainan syaitan bila sudah mengetahui awak lemah di sisi ini. Maka banyakkan lah berdoa, dan baca quran. itu sahaja penawar kepada hati yang resah gelisah dan membunuh syaitan. Usahalah...




Luahan hatinya...
saya faham apa yg ummi cuba sampaikan.. ummi camner dengan konsep redha terutama dalam kes saya ni... memang mudah menyatakan redha pada ketentuannya, semudah berkata di bibir, tetapi implimentasi tu cukup susah...


apa cara untuk saya redha dan terima dengan sepenuh hati...? bukan senang ummi.. bukan senang...
orang lain boleh memberi pendapat, tapi saya yg pedih untuk implementkan.. saya cuba dan terus mencuba...





Jawapan ummi :Redha dengan Ketentuan Allah.Redha maksud disini, terima apa yang telah Allah tetapkan. Kalau tidak terima pun, macam tu juga ketetapan Allah tapi lebih derita rasa hati kerana menentang apa yang Allah tetapkan.

Jika sekarang belum ada jodoh, nak buat camana? Nak paksa diri cari lelaki? Nak paksa diri berkahwin tanpa ada calon? Perkara ajal ,jodoh dan rezeki bukan kita yang tetapkan. Kalau kita boleh tetapkan, senanglah, pilih saja mana-mana lelaki, kahwin. Atau jika tak redha dengan sakit, baik mati, mati macamana jika ajal belum sampai? biar jatuh bangunan 10 tingkat, kalau belum ajal, tak mati juga.

Macam tu juga dengan jodoh, ada orang dah berjanji nak nikah sekian haribulan, tiba seminggu lagi,hati bolak balik, tak jadi juga. Sebab bukan jodohnya. Ada yang dah suka sama suka, bila datang meminang, sebelah perempuan minta duit hantaran 10 ribu, tak jadi juga, undur diri sebab tak mampu. Sebenarnya itu bukan jodohnya, sebab tu ada je sebab tak jadi.

Maka kita kena terima. Macam kita terima keputusan periksa. Semua orang nak nombor 1, tapi tak dapat, nak buat apa? Terima jugakan? Tak ada pula nak keluh kesah? itulah redha yg sebenar, bukan susah pun. Anggap saja soal jodoh ni macam kita nak periksa target nombor 1 ,tapi tak dapat. Atau kita nak dapat keputusan SPM capai 10A, tak dapat, ada ke kita rasa gelisah, resah dan sakit hati? redhakan?




Rintihan hatinyaokey, be a positive thinker... saya akan anggap jodoh juga seperti amik spm.. cuma target berbeza..

jika dulu saya boleh redha terima keputusan spm yg ala-ala selepas berusaha dgn tekun, kali ini saya juga akan terima apa juga keputusan yg ALLAH beri ttg jodoh saya...


ummi, terima kasih sebab brainwash saya ari ni.. saya ini meneruskan semangat seperti mana saya nak amik spm dulu.. saya telah banyak berusaha (antar borang baitulmuslim, minta kawan carikkan), saya terima keputusan Allah seadanya...

sesungguhnya siapa saya untuk melawan ketentuan Allah.




Rintihan hatinyaummi, saya minta maaf sgt2. mesti ummi tension kan jawab segala pernyataan saya.. dan mesti ummi cam kecewa kan ada halaqian yg lemah hatinya cam saya ni..


inilah masalah saya....


saya sedang cuba baiki diri.. setiap hari saya nak baiki diri agar jadi yg terbaik sebagai hamba allah, sebagai umat nabi muhammad saw, sebagai anak yg solehah, sebagai komuniti islam yg memperjuangkan agama..


saya minta maaf sekali lagi pada ummi.. terima kasih atas pandangan ummi.. saya juga rasa terpukul dengan apa yg ummi katakan tapi saya amik ia sebagai sesuatu yg positif...





Jawapan ummi :Redha dengan Ketentuan Allah.Apa yang ummi katakan , itu adalah kenyataan. Kenapa masa ambik SPM, setelah kita bertungkus lumus berusaha, tapi tak capai target kita, kita boleh redha? tak ada pun kita lemah semangat? kenapa boleh pun kita teruskan hidup seadanya dengan redha?

Adakah lepas dapat result dulu, saudari rasa kecewa dan lemah semangat? sebab itu ummi ambik contoh yang telah kita pernah lalui suatu ketika dulu...


Begitulah sedikit sebanyak,kata-kata nasihat yang ummi siramkan di hatinya yang susah untuk redha dengan apa yang Allah tetapkan. Bagaimana ummi ada kekuatan untuk redha dengan segala yang Allah tetapkan kepada ummi?

Kekuatan ummi adalah sumber dari doa ini,yang ummi hafal dan baca setiap hari, berkali-kali...


Wahai Allah,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku nyatakan
dan apa yang aku rahsiakan,
Semoga Engkau terima keuzuranku,
Engkau mengetahui hajatku,
Semoga Engkau kabulkan permohonanku,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diriku,
Kerana itu aku mohon keampunan Mu,

Wahai Allah,
Aku meminta kepadaMU,
keimanan yang kukuh dihatiku,
dan keyakinan yang benar-benar,
sehingga aku mengetahui tidak ada apa yang menimpa diriku
kecuali apa yang telah ditakdirkan untuk diriku,
dan semoga Engkau jadikan diriku
selalu meredhai apa yang ditakdirkan kepadaku,
Wahai Tuhan Yang maha Besar dan Maha Mulia.


Impianku menjadi isteri solehah,mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.