BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Anekdot Makkah Madinah. Show all posts
Showing posts with label Anekdot Makkah Madinah. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

Kenapa kita perlu menjaja usaha dan kebajikan yang dilakukan?


Bekerjasama membentang karpet di Masjid Nabawi
Kenapa saya suka kongsi cerita keluarga saya? Dulu, ketika usia saya 35 tahun, sudah mempunyai 7 orang anak dan yang paling kecil ialah Abdullah, umur Abdullah Mubarak baru setahun, saya mendapat jemputan Allah untuk mengerjakan rukun Islam ke 5, ibadah haji di Makkah.

Saya terima tawaran jemputan itu tanpa fikir panjang, saya doa, usaha, ikhtiar dan tawakal titipkan 7 orang anak yang masih kecil dengan pembantu rumah Indonesia dan adik. Anak sulung baru berumur 15 tahun dan anak nombor dua 13 tahun berada di Madrasatul Quran, Kubang Bujuk. Bermakna ada 5 orang anak lagi yang masih kecil berumur 11, 9, 7, 3 dan 1 tahun ditinggalkan di rumah.

Zaman ini belum canggih lagi, telefon cuma ada sebuah, ditinggalkan di rumah untuk kegunaan yang mengasuh anak-anak. 40 hari berada di Tanah suci, cuma sekali sahaja saya buat panggilan telefon untuk mengkhabarkan tarikh tiba di lapangan terbang, minta dijemput.

Nekad saya meninggalkan anak-anak yang masih kecil dengan adik dan pengasuh Indonesia telah menjadi motivasi kepada seorang kawan untuk mengerjakan haji. Anaknya cuma 3 orang, berusia 10, 12 dan 14 tahun. Mula-mula mendapat tawaran dari Tabung Haji, dia seperti mahu menolak kerana anak-anak anggapannya masih kecil. Tetapi hasrat menolak tawaran itu batal, apabila dia teringat kisah saya yang nekad pergi mengerjakan haji walaupun ada anak yang masih menyusu.

Katanya, "jika muna nekad pergi dengan meletakkan pengawasan keselamatan anak-anak kepada Allah beserta doa usaha ikhtiar tawakal, kenapa dia tidak boleh?"

Cerita saya itu menjadi motivasi dan mendorong untuk dia menerima jemputan mengerjakan haji pada tahun itu. Sebab itu perlu juga kita cerita aoa kita lakukan supaya ia menjadi motivasi dan panduan kepada orang lain. InsyaAllah.


Kenapa kita perlu menjaja usaha dan kebajikan yang dilakukan?


Kebaikkan yang diceritakan itu bergantung kepada niat. Jika niat untuk mengajak orang ikut sama melakukannya ia menjadi perlu, contoh kita mengajak orang solat , berzakat, atau mengajak orang menyelamatkan ummah. Kita perlu cerita apa program yang dirancang supaya ramai ikut serta.

Kita tidak mampu melakukannya sendirian. Bak kata muafakat membawa berkat. Lidi sebatang tidak mampu menyapu sampah tetapi penyapu berjaya membersihkan sampah-sampah.

Bagaimana nak jadi penyapu, jika orang tidak tahu program apa yang kita sedang lakukan. Sebab itu kebaikkan yang kita sedang lakukan perlu dikongsi dengan orang lain, perlu diceritakan juga, dijaja dalam fb adalah media paling mudah pada zaman ini. Gunakan kemudahan berfb untuk jaja kebaikkan untuk membantu ummah yang makin nazak.

Ibarat sebuah kapal yang belayar, bolehkah kapal belayar sendiri tanpa nakhoda dan kelasi? Nakhoda perlu mewar-warkan dia dalam perjalanan ke Tanjong Harapan untuk menyelamatkan orang yang terkena tsunami. Perlu kelasi dan pasukan smart juga agar tujuannya kebajikan itu dapat dilakukan.

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 19 April 2014

Selagi Baitul Maqdis di Bawah Kekuasaan Israel

Suatu masa saya sangat bercita-cita untuk ke Masjidil Aqsa untuk mencukupkan kouta menziarahi 3 masjid yang diberkahi. Dua masjid, Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi sudah pernah sampai, Masjidil Aqsa belum lagi. Namun apabila  sedar bahawa untuk sampai ke Masjdil Aqsa perlu jejak kaki melalui Israel, hasrat dan keinginan itu tertutup semula.  InsyaAllah saya akan ke sana apabila melalui Gaza, apabila negara Palastine mendapat kemenangan dan menguasai kembali Baitul Maqdis.

Rupanya apa yang terfikir di minda saya telah pun ditulis oleh AQSA SYARIF.

Lawatan ke Masjidil Aqsa? Fikirkan.

Semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Kini agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.

Ia sedikit menghairankan.

Kenapa?

Tahukah anda bahawa Masjid al-Aqsa berada dalam wilayah Baitul Makdis (Jerusalem)?

Dan tahukah anda bahawa Baitul Makdis telah berada di bawah pendudukan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?

Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu! Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan dan penguasaan Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin mengakses masjid ini.

Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:

"Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali.....

ISRAEL!!!"

Tidakkah anda merasa curiga? Mengapa ya?

Jawapannya mudah. Kerana kita datang sebagai pelancong!

Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan berdamai dengannya pada tahun 1994? Lalu apabila anda berkunjung ke Masjid Al-Aqsa anda secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan menyatakan kesediaan untuk berdamai dengannya!

Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah saban tahun. Dan ya, keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan membiayai keperluan tentera Israel!

Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang cuba dimainkan oleh Israel. Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Israel ingin memperbaiki imejnya di mata dunia dengan menggalakkan kunjungan ramai 'pelancong'.

Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah mereka meraikan. Tetapi jika anda datang sebagai pejuang atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.

Israel mempunyai perancangan yang licik. Mereka berjaya mengaburi pandangan kita dengan menjadikan tindakan kita yang salah seakan-akan benar dan tiada masalah. Kita tertipu bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk mengimarahkan masjid ketiga termulia dalam Islam itu dan merebut pahala menjejakkan kaki ke sana sebagai salah satu langkah membebaskan Masjid al-Aqsa daripada penjajahan Israel.

Jika seribu kali pun anda berfikir...

Jika seribu kali pun anda berfikir, anda tidak boleh melawan kekuatan ketenteraan dan politik Israel dengan melakukan rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Akhirnya, apa yang berlaku ialah anda sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu. Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang mahal demi sebuah kepuasan peribadi.

Namun begitu,

jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya (ie. berjihad) atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan pulang dengan semangat yang tinggi untuk merancang STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun! Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar 'imarah' sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya (material dan moral).

Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.

Berfikir selangkah kehadapan,
agar tidak terus ditipu amal peribadi,
sedang umat menderita,
musuh tertawa,
dan kemenangan terpaksa ditunda,
untuk kesekian-kalinya.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday, 9 April 2013

Tinggalkan Perkara Yang Melalaikan



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Ketika santai-santai menunggu jemaah lain berkumpul di lobby untuk program ziarah luar di Jabal Noor (ada Gua Hira'), Jabar Thur (ada Gua Thur, tempat Rasullulah transit sebelum berhijrah ke Madinah), Mina, Arafah dan lain-lain, sempat saya membuka al-quran dan membaca surah sad.

Tertarik dengan kisah Nabi Sulaiman.


Jika kita minat sesuatu hingga apa yang kita minat itu telah melalaikan kita dari mengingati Allah. Kita jadi khayal dan asyik dengan kesukaan kita itu. Apa tindakan kita supaya ia tidak berterusan lalai dan asyik?

Nabi Sulaiman suka kepada kuda, asyik dengan kuda sehinggalah matahari terbenam. Bila dia sedar akan hal itu, dia minta dibawakan kuda itu kepadanya. Nabi Sulaiman mengambil pedang dan memenggal leher dan kaki kuda tersebut.

Kalau kita bagaimana? Jika asyik dengan internet hingga lalai mengingati Allah, adakah kita sanggup potong line internet?

Kisah Nabi Sulaiman di atas ada diceritakan dalam Surah Sad,ayat 31 hingga ayat 35.

"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (29)

Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman dia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat). (30)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari. (31)

(Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam. (32)

(Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): Bawa balik kuda itu kepadaku; maka dia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor). (33)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian dia kembali (merayu kepada Kami): (34)

Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya. (35)


Bukanlah semua perkara boleh melalaikan contohnya internet ni. Ini cuma contoh saja.

Allah suruh kita berfikir, mana baik-mana tidak. Internet jika kita guna untuk mengajak kebaikkan, mengajak mengingati Allah dan mengajak orang melakukan amal soleh, ia bukan sesuatu yang melalaikan.Tetapi jika hingga malas bangun awal untuk solat subuh kerana asyik berchatting hingga lewat malam, lalai solat kerana asyik dengan games... itu yang patut kena potong aja line tenet atau jika ada bb, patut kena terminated.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Doa Penawar Sakit



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Selepas solat isyak, dalam perjalanan keluar Masjid Haram menuju ke hotel, bertembung 2 orang jemaah perempuan yang sakit.

Jemaah 1

Orang Pakistan (berdasarkan pakaian) terbaring di dataran luar masjid. Saya berhenti tanya kenapa. Guna bahasa isyarat saja sebab mereka tak faham bahasa inggeris. Jemaah sakit tu dalam keadaan mengigil kesejukan. Saya duduk dan peluk dia agar haba panas saya meresap ke tubuhnya yang mengigil.

Sambil tu saya menyuruh orang ramai yang menggelilingi jemaah sakit tu beredar agar bagi memberi ruang udara. Ada seorang jemaah lelaki , boleh berbahasa Arab dan inggeris membuat panggilan kecemasan ke unit kecemasan masjid haram.

Sementara tunggu bantuan, datang seorang lelaki membawa air zam-zam dan saya memangku kepala jemaah sakit dan meminumkan air zam-zam sambil berdoa dengan doa penawar syifa seperti dalam imej di paparkan.



Tak lama kemudian bantuan tiba dan jemaah perempuan itu diiringi teman-temannya dibawa pergi ke unit kecemasan haram.

Jemaah 2

Setelah jemaah 1 yang sakit dibawa pergi, saya teruskan perjalanan, tak berapa langkah, bertemu lagi dengan seorang jemaah perempuan yang sakit, duduk tersandar di bahu kawannya. Saya bertanya dengan bahasa insyarat kenapa.

Dia menunjukkan bahawa dia sakit kepala dan sakit dada.

Oleh kerana saya ni memang langsung tak reti berbahasa arab sedangkan perempuan depan ni ialah perempuan arab Mesir tak reti berbahasa Inggeris pulak. Saya tekap dada yang sakit tu dan baca dengan kuat doa syifa seperti dalam gambar ini. Bila saya baca kuat, teman-temannya juga terus ikut saya baca doa tu ramai-ramai.




Tujuan saya baca doa tu adalah sebagai tanda prihatin saya dan moga sembuh. Tak lama, ada seorang jemaah lelaki juga datang bawakan air zam-zam dan saya minumkan sambil baca doa tu. Picit tangan dan bahunya agar rasa lega. bila sudah nampak agak pulih, datang seorang teman lain bawa kerusi roda.

Di dudukkan jemaah sakit atas kerusi roda , dan mereka pun beredar. Sebelum tu berulang kali mereka mengucapkan 'syukran' kepada saya. Hanya itulah perkataan yang saya faham.

Ini sebahagian catatan anekdot perjalanan pergi balik ke masjid haram, Makkah Mukaramah.

Gambar tak berani nak snap kerana menghormati privacy insan.

Mari kita sama-sama amalkan doa syifa ini, saya memang dah kerap amalkan ketika sakit dengan keyakinan Allah yang akan menyembuhkan. Tekap mana-mana bahagian yang sakit dan baca doa ini berulang kali dengan mohon Allah yang akan menghilangkan rasa sakit itu. InsyaAllah...





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 8 April 2013

Masa mana nak berdoa?



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Ya Allah, ampunkan dua ibu bapaaku dalam rahmatMU
Keadaan di sana berbeza dengan kampung kita Malaysia. Imam tak baca doa dan zikir ramai-ramai lepas solat. Lepas solat fardhu, solat jenazah dan bersurai.


Masa mana nak berdoa?

Di sana masa antara azan dan iqamah sangat lama , lebih kurang 30 minit. Maka berdoalah ketika ini. 30 minit tu, lama masa dan banyak doa boleh dibaca. Masanilah munajat sungguh-sungguh, mohon segala -galanya kepada Allah. Mengadulah isi hati, mintalah apa saja, sola dapat atau tidak , itu urusan Allah. sebagai hambaNYA, kita kena rendahkan diri untuk minta apa saja yang kita mahu. Masa ni gunakan untuk doakan kesejahteraan sesiapa pun. Tak sempat nak sebut, kadang terlupa, sebut aja, kawan-kawan fesbuk, kawan-kawan kerja, adik beradik , anak-anak angkat, anak menantu, anak-anak kawan, anak-anak buah, anak-anak jiran dan warga halaqahnet. Maka sapa yang ada dalam kumpulan tu akan turut kita doakan.



Contohnya, kalau nak kaya, doa macam ni, "Ya Allah, jadikan anak menantu aku, anak-anak jiran aku, anak-anak kawan aku, anak-anak saudara aku, anak-anak halaqah aku , anak-anak kawan fesbuk aku jadi jutawan yang memiliki kekayaan harta dan kekayaan jiwa dalam rahmatMU."

Jangan lupa "dalam rahmatMU" dalam apa jua doa kita supaya apa yang kita dapat tu berkat. Jika kaya, kita tidak terfitnah dengan harta itu. Dan harta tu digunakan untuk tujuan kerja kebajikan. Rezeki dan harta tu dari sumber  yang halal, maka bertambah-tambah akan kekayaan tu dikurniakan Allah.

Jangan sekali-kali bercakap antara azan dengan iqamah, selesai saja solat sunat sebelum solat tu, penuhi masa dengan berdoa, berdoa, berdoa...

Adakah doa itu makbul, itu urusan Allah, jangan tanya urusan Allah? Urusan kita hanya berdoa...




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday, 7 April 2013

Keimanan dan Keazaman



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Di luar masjid haram
Subuh itu dalam perjalanan ke masjid haram, bertembung dengan seorang perempuan tua yang berjalan menggunakan tompang ketiak. Bila saya pandang ke bawah, cuma ada satu kaki. Dalam hati padanlah guna tompang ketiak dikedua-dua belah. (gambar tak sempat nak snap kerana kekaguman pada keupayaan dia melangkah)


Laju berjalan dari masjid haram, bertelekung putih dan berkain batik. Samada orang Indonesia atau Malaysia. Yang buat saya kagum ialah keimanan yang ada dalam dirinya. Dalam serba kekurangan pun masih mampu melakukan sesuatu untuk bukti keimanan pada Allah dan rasulNYA.

Ini yang membuat saya juga berazam kuat untuk melangkah. Keupayaan kaki untuk melangkah tak kuat mana, kaki cuma mampu diseret dan digerakkan, jarak 400 meter antara hotel dengan masjid kena ambik masa 30 minit.

Kadang kala kaki terhenti nak menapak tapi bila terimbau semula perempuan tua yang cuma ada sebelah kaki boleh ke masjid haram kerana ketaatan pada Allah, maka ia jadi kuat semula.

Jika bukan keazaman yang kuat, hotel lebih menarik dan melambai, nikmat tidor atas tilam empok dan berhawa dingin. Kat rumah mana ada semua tu.

Keazaman bangun jam 1.30 malam, bersihkan diri, jam 2.00 pagi dah menapak selangkah demi selangkah ke masjid haram seorang diri. 2.30 pagi baru sampai. Azan pertama jam 4.00 pagi dan azan kedua jam 4.50 pagi. Hanya kerana Allah ia mampu dilakukan.

Selesai solat israk selepas 10 minit waktu syuruk, kir-kira 6.30 pagi baru bangun balik semula ke hotel untuk sarapan pagi.

Jam 7.30 pagi sementara tunggu dhuha, tidor seketika lebih kurang 1 jam. Jam 9.15 mula menapak semula ke masjid haram sehingga zohor pada pukul 12.30 tengahari. Tak suka berebut dan berasak di pintu masuk, maka biarkan masa berlalu 30 minit selepas solat baru bangkit untuk menapak pulang ke hotel untuk makan tengahari. Makan perlu untuk kekuatan tubuh.

Asar masuk pukul 3.40 minit. Maka jam 2.30 sudah perlu menapak semula ke masjid haram. Walaupun panas ketika pulang selepas zohor tadi masih terasa, tetap melangkah juga. Balik kerana 2 sebab saja, makan, buang air dan baharui wudhuk.

Maka dari jam 3.00 menunggu asar sehinggalah isyak, melangut lagi di masjid haram. Santai-santai berkhalwat dalam masjid lebih nikmat dari tidor atas tilam empok kat hotel.

Itulah rutin setiap hari. Lepas isyak balik, makan malam dan tidor. Seawal jam 10.00 malam sudah lena, kerana nanti jam 1.30 pasti terjaga. Siapa yang kejutkan bangun, hanya Allah yang tahu. Tak ada alarm pun. Dalam bilik ada TV tapi tak pernah buka. Kat lobby ada wifi, tak terfikirpun nak online walaupun pikul laptop ni sampai ke sana.

Orang tanya, lama iktikaf dalam masjid, tak batal wudhuk? Saya kata tak. Bagaimana? Minta dengan Allah, kan sini masjid haram tempat makbul doa, mintalah, "Ya Allah, peliharalah wudhuk aku sehingga aku sudah berangkat keluar masjid."

Orang tanya tak mengantuk? Saya jawap, "ada masa ngantuk juga, tapi mana mata nak lelap kalau asyik menangis saja. Air mata dok mengalir, mata jadi segar."

Orang tanya tak lapar? "lapar juga, tapi air zam-zam ada. Ambik air zam-zam , minum sambil doa, minta dengan Allah, jadikan air zam-zam ini penawar kepada lapar dan dahagaku." Kenyang dan lapar tu dari Allah, maka mintalah dengan Allah agar dikenyang semula, minum air zam-zam tu cuma usaha.

Lakukan lah apa-apa pun atas dasar iman, atas dasar kerana Allah. InsyaAllah banyaklah pertolongan Allah yang datang.

Pastikan jalan lurus, lakukan kerana Allah, segalanya mudah.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 6 April 2013

Nikmat Sebagai Muslim




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Depan Kaabah
Jika bukan kerana kamu muslim, kamu tidak akan dapat sampai ke Baitullah, menjadi umat Muhammad SAW dan dapat bertemu Allah SWT suatu hari nanti.

Sungguh, bagaimana untuk bercerita dan menggambarkannya betapa nikmatnya berada di Masjidil Haram. (menangis)

Jika ini suatu nikmat, bagaimanakah lagi rasa nikmat dapat bersama-sama dengan Rasullulah di akhirat nanti dan bagaimanakah lagi rupa nikmat dapat bertemu Allah.

Maka berusahalah kita mentaati Allah dan mengamalkan sunnah. Mentaati Allah dalam hal suruhan dan larangan. Taat melakukan apa yang disuruh, dan taat meninggalkan larangan.

Ketaatan kepada Allah dan mengamalkan sunnah tidak akan terjadi jika tidak ada iman. Maka memiliki iman adalah suatu nikmat terbesar untuk kita bertemu Allah pada suatu ketika nanti.

Maka ada banyak jalan-jalan untuk kita bertemu Allah. Pilihlah jalan yang Allah suka dan Allah redha.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday, 5 April 2013

Anekdot Makkah Madinah-Kedudukan Imam Ketika Solat Zohor




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kedudukan imam  ketika solat fardhu di Masjid Haram.

Kecuali waktu zohor, kedudukan iman adalah di penjuru Hajar Aswad berhampiran Kaabah. Waktu zohor yang panas , imam berada di dalam masjid haram. Maka depan imam tak bolehlah ada sebarang makmum. Sebab itu direntang tali merah dipepenjuru Yamani dengan Penjuru Hajar Aswad.

Seperti di dalam gambar ni.





Gambar menunjukkan pesatnya pembangunan untuk perluasan kawasan saie dan sekitar kota Makkah tetapi tetap ada ruang untuk menyempurnakan ibadah tawaf dan saei.

Tidak mungkin ada sesiapa mampu melarang penutupan Masjdil Haram dan melarang sesiapa dari mengerjakan tawaf. Tidak ada masa orang tidak bertawaf di Baitullah kecuali saat solat fardhu didirikan.


Gambar juga diambil ketika selepas azan zohor menunggu qamat, para askar cuba menyuraikan jemaah untuk mengosongkan kawasan depan imam. Ini kerasan ketika solat zohor, imam berada di dalam Masjidil Haram bukan di depan kaabah. Maka kawasan depan imam mesti dikosongkan dari makmum. Ambik masa 30 minit juga untuk benar-benar dapat dikosongkan dengan rentangan tali merah.

mengawal para jemaah yang sedang tawaf untuk persediaan solat zohor



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 4 April 2013

Anekdot Makkah Madinah- Dalam Perjalanan



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Peta perjalanan

Bermula dalam penerbangan pergi KLIA ke  Jeddah, 8 jam perjalanan tanpa henti dimanafaat masa sebaik-baiknya.

Ada skrin depan mata disetiap penumpang. Ada berbagai channel boleh pilih. Pilihan atas diri sendiri. Nak berhibur, nak bershopping atau nak apa-apa sajalah.

Sebelum ke KLIA pada 2 April tu, subuh lagi dah bangun, seawal jam 3.00 pagi untuk persiapan diri. Jam 5.30 sudah berada di Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai.Di mulakan safar dengan solat subuh berjemaah di masjid ini.

Jam 6.30 berkumpul di depan warung, dan jam 7.00 pagi bas bergerak ke KLIA. Tiba lebih kurang jam 12.00 tengahari. Perjalanan dalam kumpulan, ada warga tua menyebabkan banyak berhenti untuk keperluan qada hajat.

Sampai KLIA, terus urusan bagasi, dan jam 1.00 petang chek in. Solat jamak takdim zohor asar di Musallah bahagian berlepas KLIA dan masuk kapal terbang. Jam 3.00 petang berlepas ke Jeddah. Apa nak buat 8 jam perjalanan? Tidor? Tadi dalam bas dah tidor.

Godak channel, jumpa holy quran. Ini buat saya tersenyum. Ada headphone, dan dalam beg tangan memang ada quran kecik terjemahan. Pasang quran juzuk ke 30, maka telinga mendengar bacaan ayat-ayat , mata membaca terjemahan. Alhamdullilah...
AL-Quran dan Terjemahan

Dan terjumpa beberapa terjemahan ayat-ayat yang berkaitan "beriman dan beramal soleh( buat kerja kebajikan)".

Sungguh, Allah yang memahamkan atas usaha kita dan hidayah Allah.

Mungkin selama ni ni kita baca beratus kali tapi tak faham apa yang kita baca.

Bermula dengan surah Al-Asr, "Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)"

Surat At- Tin, " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (4) Kemudian Kami kembalikan dia ke serendah-rendah kejadian, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6)

Surah Al-Bayyinah, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. (7)"

Surah Insyiqaq, "Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus. (25)"

Surah Al Buruj, "Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). (10) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (11)

Surah Maryam, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. (96)"

Surah Al-Kahfi, "Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (109) Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (110)

Maka bukti apa lagi untuk saya ajak rakan-rakan semua supaya kita sama-sama buat kerja kebajikan (amal soleh). dalam firman Allah di atas sudah menunjukkan beberapa suruhan agar kita melakukan amal soleh selepas kita beriman kepada Allah.

Kita wajib lakukan amal makruf nahi mungkar kerana ia merupakan kerja kebajikan yang Allah tuntut. Kita tak boleh biarkan ummah binasa kerana sikap tidak ambik peduli kita atas kerja-kerja kebajikan. Banyak cara untuk kita lakukan kerja kebajikan untuk ummah. Maka pilihlah mana satu yang kamu suka, kamu mampu asalkan Allah redha.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday, 3 April 2013

Anekdot Makkah Madinah-Pergi Dalam RahmatNYA




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pergilah ke Baitullah dengan izin Allah dalam rahmatNYA, menjadi tetamu yang diundang dengan beribu-ribu rahmat kerana ada juga yang sampai ke sana dengan izin Allah dalam murkaNYA.

Apabila pergi dengan menggunakan tipu daya untuk dapat visa umrah apabila larangan kesana tanpa mahram diengkari, pasti ada kesannya kepada diri apabila sekembali ke tanah air. Ada juga yang dapat cash prize ketika di sana. Semua tu dalam nilaian Allah walaupun kita rasa syukur dan nikmat dapat sampai ke sana.


Kisahnya, seorang gadis telah mengeluh kepada saya 3 bulan lalu merasa sedih kerana hajat nak ke Baitullah terpaksa dibatalkan kerana visa umrah tidak diluluskan kerana tidak ada mahram. Tiba-tiba sebulan lalu dia dengan gembiranya memberitahu kepada saya, bahawa dia telah kembali dari mengerjakan umrah.

Terus saya bertanya, bagaimana pulak boleh dapat ke sana, bagaimana visa umrah boleh lulus? Katanya, dengan tipu daya, submit  permohonan visa dia dengan bermahramkan abang kandungnya. Jadi bila visa lulus, bolehlah dia pergi tetapi abang memang tak pergi. Jadi kemukakan permohonan visa abang semata-mata supaya adik dapat visa, padahal abang tidak ada rancangan dan niat nak pergi ke sana.

Maka pergilah adik bersama rombongan. Alhamdullilah, tak ada apa-apa cerita di sana kat saya. Cumanya, selepas beberapa minggu, saya terperanjat apabila gadis ni upload gambar tidak menutup aurat di fesbuk. Gambar profile pulak tu. Mula saya ingat gambar ni privacy untuk kawan perempuan saja tengok, tetapi public. MasyaAllah... inikah kesan dari kembalinya dia dari Baitullah?


Jadi usahlah kita nak pergi buat ibadah tetapi dengan jalan yang tidak lurus. Kesannya akan ada juga. Bagaimana nak dapat umrah mabrur jika jalanya sudah tidak betul.


Ada sebab kenapa Allah mensyariatkan pergi haji atau umrah bersama mahram, bukan saja-saja kerajaan Arab Saudi kuatkuasakan atas alasan peluasan kawasan Masjdil Haram.

Setiap perkara ada hikmah, kadang -kadang Allah perlihatkan pada orang lain, bagi yang berfikir dan mahu menjadikan iktibar.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday, 2 April 2013

Anekdot Makkah Madinah - 2 Hajat Utama



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Menjadi tetamu ALlah adalah pilihan, dan peluang ni saya gunakan untuk membuat dua pengaduan. Pengaduan untuk kesejahteraan ummah.

Di depan Baitullah, dipanjatkan rayuan untuk kesejahteraan Baitus Solehah dan Baitulmuslim. Dua hajat besar dan sangat besar dinyatakan pengaduaan kepadaNYA.

Semoga sesiapa yang membantu, bekerja dan menginfakkan harta kepada Baitus Solehah sentiasa didalam rahmat Allah Ta'ala.

Setiap insan telah ditetapkan jodohnya oleh Allah Ta'ala, ia menjadi rahsia Allah, sebagai hamba dan pengendali Baitusmuslim, memohon Allah mempermudahkan jalan untuk mereka dipercepatkan jodoh pada saat mereka perlukan di dalam rahmat Allah Ta'ala.

Baitus Solehah dan Baitulmuslim ada dua perkara yang berkaitan kesejahteraan ummah yang selalu di dalam pemikiran saya siang malam dan kedua-duanya merupakan jalan-jalan yang berupakan kerja kebajikan yang Allah redha.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.