BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Rahmat Allah. Show all posts
Showing posts with label Rahmat Allah. Show all posts

Tuesday, 2 July 2019

Tarikh Lahir Si Bongsu

2 Julai 2002, 02/07/02 adalah tarikh lahir anakku yang bongsu, Muhamad Imran. Hari ini, 02/07/2019, genap usianya 17 tahun.


Ketika umurnya 12 tahun 6 bulan, saya tinggalkan Imran di Tanah Jawa untuk menuntut ilmu setelah tamat belajar sekolah kebangsaan dan mendapat 5A dalam keputusan UPSR. Jika orang lain berlumba lumba membuat permohonan masuk ke MRSM, SPB atau SMKA, Imran tidak sebuk dengan semua itu.


Dari umur 10 tahun, sudah diingatkan , nanti lepas UPSR, Imran akan teruskan belajar di pondok. Pondok pun asrama penuh, bukan asrama harian. Bukan duduk di rumah emak ayah. Saya bercita cita mahu Muhamad Imran menguasai bidang agama dan dapat menyampai ilmu kepada masyarakat suatu hari nanti.


Kesinambungan legasi Baitus Solehah diteruskan oleh orang orang yang mempunyai ilmu dan mengamalkan supaya ummah dapat diselamatkan.

Imran, anak bongsu mesti rapat dengan emak. 12 tahun, sejak lahir tidor di sebelah emak. Tidak pernah berpisah dan berjauhan dengan emak. Siang malam berkepit dengan emak. Tiba tiba dihantar ke Tanah Jawa yang beribu ribu batu jauhnya menyeberangi laut.


Hati emak tak usah ceritalah dukalara berendam air mata. Begitu juga dengan Imran. Dalam perjalanan pulang, saya masih berada di Bandar Udara Juanda, Surabaya, Imran sudah pinjam telefon kawan, telefon emak sambil menangis.


Jadi emak mesti kuat, emak tak boleh menangis bila anak menangis di dalam telefon. Emak kena tegas dalam percakapan, dalam memujuk lembut.

" Imran, sekolah dekat atau jauh, Imran tetap tak boleh terus duduk dengan ummi. Imran kena belajar untuk berpisah dengan ummi. Imran tetap berjauhan dengan ummi ketika menuntut ilmu. Jarak bukan menjadi ukuran. Imran tetap di hati ummi dan ummi sentiasa doakan Imran menjadi anak soleh yang sentiasa sabar. Ingatlah, tuntut ilmu kerana mencari redha Allah. Ummi sayang Imran."


Selepas habis berbicara dalam telefon, barulah saya menangis tanpa henti. Ketika dalam penerbangan pulang terasa hati saya tertinggal di Pondok Pesantren Lirboyo tempat Imran menuntut ilmu.


Masa terus beredar, sedar tidak sedar, kini Imran sudah masuk kelas aliyah, setaraf sarjana muda jika di Malaysia. Kelebihan belajar di Pondok Pesantren Lirboyo yang diiktiraf oleh kebanyakan institusi pengajian tinggi di dunia terutama negara negara Timur Tengah dan Asia Barat.


Sekarang Imran jauh lebih matang. Bercakap berdasarkan pengalaman hidup yang dilalui di alam remaja, walaupun ketika alam kanak kanak Imran tidak pandai menunggang basikal hingga kini. Alih alih, cuti panjang baru baru ini, ayah ajar Imran memandu kereta. Sesungguhnya orang berilmu cakapnya tidak sia sia.


Bila ditanya, berapa lama lagi Imran mahu menuntut ilmu,

" hingga ke liang lahat" katanya. Selagi kita hidup, selagi itulah kita terus menuntut ilmu. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita tidak tahu. Akhirnya menjadikan belajar suatu keseronokan yang tidak membebankan.


Imran, suatu hari nanti Imran akan terjumpa catatan ummi ini, ketahuilah bahawa kasih sayang emak sentiasa mengharap keredhaan dan Rahmat Allah agar kita dapat bersama sama di syurga dan kerinduan ummi pada Imran tidak pernah ada sempadannya. Siang malam ummi rindukan anak anak ummi. Maka ummi sentiada redha berjauhan dengan anak anak ummi demi ilmu.

.

Catatan Ummi Untuk Imran ketika usia Imran 17 tahun. Tarikh yang ummi tidak pernah lupa kerana Imran seorang sahaja anak yang dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 11 February 2017

Mutiara Yang Tersembunyi

Mutiara Yang Tersembunyi
Mutiara ini saya sembunyikan selama 2 tahun. Ibarat mutiara yang disimpan di dalam tiram. Tidak siapa yang tahu. Walaupun sekali sekali saya dendangkan kecantikannya, tetapi tidak detail. Saya cuma berkata sudah memiliki baru kamu tahu nilainya. Dan sangat tidak rugi memilikinya. Saya sendiri tercari cari siapakah yang layak memiliki mutiara ini.

Suara alunan zikirnya, selawatnya, apatah lagi alunan bacaan qurannya masih saya rindui. Selama bersama saya di bawah satu bumbung, setiap hari pasti terdengar suara alunan zikir, selawat dan bacaan qurannya. Rindu dengan suara itu. Selalu, bahkan saban hari saya mendoakan biarlah Allah kurniakan dia jodoh terbaik disisi Allah. Wajah ayunya cantik dan menarik, tubuhnya langsing, suara gemersiknya. Nak dengar suara marah tu payah sekali. Akhlaknya yang indah buat lelaki akan terpesona.

Saya sendiri bimbing tersalah orang saya serahkan. Saya sendiri memilih calon suami untuknya. Saya juga beristikharah ketika menetapkan pilihan. Walaupun bukan darah daging saya, tetapi kasih sayang itu tumbuh tanpa syarat. Hubungan ini pasti sampai ke akhirat.

Dia sedih saya juga berduka. Dia ketawa , saya senyum gembira. Tapi bukan selalu kami dapat tersenyum melalui hari hari di Baitus Solehah yang penuh ranjau pada awal perjalanannya.

Selepas melahirkan anak, ketika umur anaknya 5 bulan, waris menjemput pulang ke rumah. Cuma 2 bulan saja dia betah berada di rumah waris. Terasa kosong dan sunyi walaupun ada anak bersama. Dia rindu untuk berada di Taman Taman Syurga semula. Saya dapat menebak apa yang tersirat di dalam hatinya.

Saya tawarkan , "mahu balik semula duduk dengan ummi?"

Bagai orang dahaga disuakan air, "boleh ke ummi? Nak sangat duduk dalam Taman Taman Syurga, duduk sini rasa kosong dan sunyi."

"Kamu mahu dipenjara semula?"

"Dipenjara tetapi hati riang di Taman Syurga lebih baik dari duduk di sini boleh terbang tetapi kosong jiwa."

Maka datang dia dihantar waris semula bersama anaknya. Banyak kemahiran rumah tangga dipelajarinya. Disamping boleh membantu pelatih lain membaca al Quran.

Sekali lagi apabila ditawarkan pekerjaan berada di luar, dia terima untuk mencuba kehidupan baru dengan anaknya. Ketika itu umur anak sudah 1 tahun lebih. Itupun cuma sebulan. Tak mampu dia menjalani kehidupan yang jauh dari Taman Syurga. Genap sebulan, balik semula.

"Ummi, saya tak kuat berada di luar sana. Jiwa saya kosong apabila jauh dari Taman Syurga."

"Baiklah, tak payah kamu keluar lagi, tinggal aja dalam sini."

Perancangan Allah lain rupanya. Tidak lama selepas ini, ada yang merisik. Bulan berikutnya meminang dan bertunang. 3 bulan selepas itu, saya adakah majlis akad nikah. Ketika akad nikah dilafazkan, saya menitiskan air mata, terasa suatu tanggungan diturunkan dari kepala. Sehari selepas majlis akad nikah, terus suaminya sebagai waris menandatangani daftar keluar Baitus Solehah.

3 bulan selepas bernikah, walaupun selalu berwhatsapp, saya bertanya, "macamana kehidupan rumah tangga?"

"Ummi, terima kasih, Alhamdulillah, hidup saya terasa lengkap dan sempurna. Maha Suci Allah, indah hidup bersyariat, ada yang menyanyangi dan melindungi. Saya tidak impikan apa apa lagi kecuali syurga yang Allah hantar kepada saya ketika di dunia ini."

Ini adalah tanda taubat diterima. Taubat nasuha yang bersungguh sungguh dengan niat yang betul. Kehidupan seterusnya mencari redha Allah. Sejak melangkah awal dahulu masuk Baitus Solehah. Berusaha mendidik hati untuk redha dengan takdir dan bersyukur dengan nikmat iman yang Allah kurniakan. Hatinya kosong apabila jauh dari majlis ilmu.

Kini suaminya imam, dia dan anak anak menjadi makmum. Suaminya tahu apa yang saya sembunyikan dahulu adalah suatu nikmat yang dirasai kini. Mudahkah mencari isteri yang taat dan patuh pada zaman ini? Kek yang terbentuk sangat indah dari acuan dan design menarik.

Susah senang sama sama dirasai. Bukan emas permata yang didambakan, cukuplah kebahagiaan jiwa, kekayaan iman melingkari kehidupan kini. Anak pun bertambah, sepasang kini. Alangkah bahagia apabila syariat Allah kita taati.

Doakan moga moga rumah tangga mereka hingga ke syurga.

Nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?

Buat pendosa diluar sana, berusahalah untuk melakukan taubat nasuha. Betulkan niat untuk menuju keredhaan Allah, nikmat iman itu sangat indah dan dirasai kemanisannya. Hidup kita hanya sementara, bukan selamanya. Biar pun kita pendosa, ketahuilah pintu taubat sentiasa terbuka, Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

Admin,

Muna liza binti Ismail

#BaitusSolehah

Monday, 22 December 2014

Trauma Dan Takut

 "Ummi, saya takut ummi."

"Takut kenapa?"

"Saya berjubah, jubah saya longgar, saya bertudung pun masih ada lelaki yang menggangu, masa saya ke tempat letak kereta, ada lelaki tu datang terus pegang tangan saya. Dia kata saya sombong tak nak layan dia, saya takut ummi. Adakah Allah nak uji saya kali kedua?"

"Habis tu camana boleh lepas?"

"Saya jerit, saya sepak kakinya kemudian lari. Sambil lari saya menangis. Macamana ni ummi, saya masih trauma dengan kejadian lalu, dah stabil, saya di duga lagi, saya takut ummi."

Saya turut berfikir, kenapa ramainya lelaki berhati syaitan di luar sana. Bagaimana lagi mereka nak meneruskan kehidupan jika lelaki jalang berleluasa nak membaham mangsa. Sentiasa mencari peluang.

Lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung tetapi menjadi harimau untuk menelan mangsa.

Zaman fitnah, apakah harus perempuan keluar rumah untuk mencari nafkah buat menyara diri dan keluarga?

Langkah berhati-hati sudah dilakukan, aurat ditutup sempurna, masih ada lagi lelaki jalang bermata keranjang yang bernafsu sarakah syaitan nak meragut maruah perempuan yang lemah, yang terpaksa keluar rumah mencari rezeki.

"Ya Allah, bantulah kami, peliharalah keselamatan iman dan maruah kami di dalam rahmat Mu."

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 2 June 2014

Taubat seorang Sultan.



Sebelum ini kita banyak mendapat maklumat yang telah dimanupulasi oleh orang-orang yang berkepentingan. Saya tertarik untuk berkongsi cerita taubat seorang sultan ini. Kita tak perlu nak menilai, samada taubat diterima atau tidak oleh Allah, kerana itu urusan Allah dengan hambaNYA, tetapi saya tertarik dengan peluang taubat yang Allah berikan disaat hujung usia baginda. Bukan semua manusia diberikan peluang itu. Samada benar atau tidak, tidak perlu kita pertikai dan bersangka-sangka. Ambik iktibar dan pengajaran. Tidak ada siapa dapat menjangka dan menentukan bilkah ajal itu datang.

Ikutilah catatan seorang wartawan yang bersama baginda di saat akhir usia.

Taubat Almarhum Sultan Perak Di Masjidil haram....."Aku Tak Minum Arak Lagi,Aku Minum Teh Cina"

Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang minum-minum.

Disebabkan adanya orang politik yang memusuhi Sultan tersebut,maka cerita yang tak betul itupun disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.

Cerita sebenarnya, mengenai Sultan ke Mekah dan bertaubat tidak pula disebutkan.

Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.

Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.

Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.

Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar – beliau mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.

“Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.

“Saya tau saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.

“Allahu Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat semuanya,” titah Sultan lagi.

“Saya syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,” tambahnya.

Demikian suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.

Saya dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar terasa sedih dan pilu dalam diri saya.
Ketika saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam, seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu saya dalam bilik di tingkat atas.

“Ada siapa bersama baginda?” saya bertanya.
“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.
Sebaik baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam hati saya.

“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.

Sebagai penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana Perak di Kuala Lumpur.

Sebaik-baik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku yang dah nak mati ni pun tak ingat.”

“…Tuanku belum nak mati, umur Tuanku panjang,” saya berkata sambil menghulurkan dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.

“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.

Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.

“Nah, minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil mengunjuk gelas kosong kepada saya.

Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.

“Tuanku sihat di Makkah?”
“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.
“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?” saya bergurau.

“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.

Saya sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada yang menghafal ayat tersebut.

“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu, di Makkah aku lupa ayat tu,” titah Sultan.

“Tak tuntut ayat tu, Tuanku, patik tuntut ayat lain,” saya berkata serius.

“Aku lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku banyak buat maksiat, doa…,” Titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah Al-Quran kepada saya.

“Allah tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.

“…tapi aku menyesal, aku bertaubat dalam masjid Haram, aku menangis kerana insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.

“Tuanku usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil senyum.

“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi…aku hanya minum air teh China macam you…” titah baginda.

Dalam pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana supaya melarang orang masuk ke biliknya.

Di tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang minum-minum dan menari kata mereka bersyukur keranaSultan telah kembali ke tanahair.

Baginda bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.

Saya menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.
“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”Sultan bertanya.

Mendengar soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata, “…Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta kali ganda dari hangat api yang ada ini.”

“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.

“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.

“You lainlah, you tak minum arak, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku…?” Tanya Sultan.

“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,” kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.

“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.

Sesuai dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu ada sehelai sejadah.

Baginda bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda tinggal tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di dalam Masjidil Haram.

Saya tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.

Baginda tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.

Lalu saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan dan alim ulama dan orang Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan yang soleh.

“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.

“Demo tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.

Saya hampir ketawa waktu itu kerana sebai-baik saja saya mendengar titah baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.

Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.

Sayang apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri Perak mengetahuinya.

Waktu saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan bertitah “Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa tulis yang kita cakap tu.”

Beberapa hari kemudian baginda meninggal dunia sebelum meneguk air teh China dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.

Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh China untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.

Oleh sebab anika jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka air teh China dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman keras juga.

Baginda meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut.saya mendapat tahu sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar dengan isteri yang ke dua.

Sultan Perak mengidap sakit jantung disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, maka fitnah terhadap baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana banyak minum minuman keras.

Marilah kita semua menghadiahkan ‘Al-Fatihah’ ke atas roh baginda dan mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan kita mohon kepada Allah agar meletakkan rohnya bersama orang-orang yang soleh.Amin Ya Rabbul Alamin.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday, 4 February 2014

Eratnya Ukhuwwah



Kreatif Kek dari Sahabat
MasyaAllah, begitu ramai yang memberikan ucapan dan mendoakan saya ditarikh ulang tahun kelahiran. Terasa dekat dan erat ukhuwwah persahabatan di sini walaupun tidak pernah bertemu wajah. Kita kenal hanya setakat di laman ini saja, tetapi saya merasa semuanya dekat di hati.

Saya mengajak dan selalu mendoakan agar kita semua dapat bersama-sama di padang Mahsyar nanti di bawah naungan panji Nabi Muhammad SAW, Rasul kita dalam rahmat Allah Ta'ala.

Hari ni dalam kesibukan saya menguruskan pelatih, bertemu pesuruh jaya sumpah kerana ibu tidak ada buku rekod rawatan ketika hamil, mendaftarkan kelahiran bayinya, menjemput anak-anak yatim pulang dari sekolah, bila sampai di rumah, terhidang kek keju berhiasa kreatif dari sahabat saya. Suka saya melihat dan memakannya, berkongsi dengan semua pelatih dan anak menantu, alhamdullilah. Mana-mana pelatih yang mengidam nak makan kek keju, terasa enak sekali menikmatinya.

Kek keju leleh lagi yang ingin saya jamah, tetapi belum berkesempatan untuk mencarinya. Hari tu ada pelatih mengidam kek coklat, alhamdullilah, ada orang hantar kek coklat ke rumah anak yatim Raudahtul Maryam, sesuku di hantar ke kami untuk pelatih berkongsi menjamahnya. Sikit sorang sikit, banyak sama adil, itulah konsepnya hubungan kekeluargaan kami di Baitus Solehah.

Terima kasih sahabat-sahabat semua, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan ditempatkan bersama-sama golongan para Rasul dan nabi-nabi, orang-orang yang benar, para solihin dan para syuhada dalam rahmat Allah Ta'ala.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 3 February 2014

Luahan Rasa Seorang Abah

Cinta
Buat renungan, ingatan dan kenangan. Menangis sekarang, peluk dia sekarang sementara masih ada peluang. Gambar ini hiasan sahaja.

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."


Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 23 January 2014

Bila Kiamat Makin Hampir

Apabila roh dan jasad berpisah
Hari ini, ramai yang menyatakan kiamat makin hampir. Udara makin sejuk, ada tempat yang tidak pernah dilanda salji, salji turun dengan lebatnya. Ada tempat yang kontang kini makin subur.

Mereka tahu kiamat makin hampir, sebuk mengira akan bila datangnya kiamat, tetapi mereka terlupa untuk menyediakan bekalan apabila kiamat tiba. Mereka yang terlupa ini pasti tidak percaya akan adanya kehidupan kedua yang kekal selamanya.

Jika mereka percaya mereka tidak sempat nak menyibuk akan bila hari kiamat berlaku kerana tarikh kiamat berlaku itu adalah urusan Allah, sebaliknya, mereka sebuk untuk berbuat amal kebajikan, beribadah untuk mengharap rahmat Allah Ta'ala. Mereka akan berusaha mentaati Allah dan RasulNYA dalam semua urusan kehidupan harian.

Mereka takut untuk melakukan kemungkaran kerana kiamat kecil boleh terjadi bila-bila masa tanpa ada tanda-tanda. Apakah kiamat kecil?

Kiamat kecil ialah saat kematian. Tidak da seorang pun tahu bilakan ajalnya tiba. Sewajarnya ini yang perlu kita persiapkan dahulu, risau dan sebukkan diri. Adakah kita mati dalam keadaan yang Allah redhai atau mati dalam kehinaan?

Banyakkan istigfar...


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday, 6 December 2013

Bekalan Untuk Bermusafir

Mak Mertua
Apabila bermusafir, kita memang selalu menyiapkan bekalan paling kurang beg berisi pakaian. Begitu juga ibu mertua saya ini. Kemana pergi, tak kiralah samada rumah anak pertama, anak kedua, anak ketiga , anak keempat , yang bongsu atau yang lain-lain, mak mertua saya tak pernah lupa membawa beg ini.

Beg ini mengandungi segala persiapan kematian. Dalamnya ada sepasang telekung untuk dipakaikan bersama kain kapan, ada kain batik panjang untuk dipakai ketika orang memandikannya, ada tuala untuk mengelap selepas mandi, ada tudung putih untuk tutup wajahnya sebaik roh berpisah dengan jasad.

Semua anak menantu telah dipesan, apabila meninggal saja dirinya, bukalah beg itu, semua perkakasan mandi, kapan sudah ada. Mak mertua saya tak mahu menyusahkan anak menantu mencari itu ini bila tiba saat kematiannya. Dimana dia meninggal, di situlah dia dikuburkan. Mak mertua saya ini sentiasa ingat mati, tidak pernah bila bercerita dia sesuatu yang tidak dikaitkan dengan kematian.

Mak mertua saya sentiasa menunggu-nunggu untuk kembali ke hadirat Allah Ta'ala. Menunggu Malaikat Izrail datang memberi salam. Dia sentiasa rindu untuk bertemu Allah Subhanahuwata'ala. Sebab itu tak pernah saya lihat jari berhenti dari mengentel tasbih, bibirnya melafaz zikir.

Setiap kali lepas solat saya peluk mohon ampun, dia juga memohon ampun kepada saya, dia akan kata, "mak dah redha semuanya, dah maafkan semua anak cucu cicit".

Memang jelas diwajahnya tergambar kerinduaan tak terucap untuk bertemu Khaliqnya yang Maha Agung dan Maha Perkasa.

Itulah mak mertua saya, semoga rahmat Allah melimpahi atasnya sebelum, semasa dan sesudah kematiannya.

Arwah suaminya pergi sangat mudah, sebelum berpisah roh dan jasad, siap berpesan, "maknya, saya nak pergi jauh ni, ni jam tangan saya, ni duit buat belanja awak, saya nak pergi sorang-sorang aja kali ni, awak tinggallah dengan anak-anak ya, saya redha dan maafkan segala salah silap awak. Saya pun minta maaf dengan awak ya."

Arwah suaminya pergi selepas salam solat isya' dipangkuannya. Itulah mak dan ayah zauj saya.


Beg mak mertua yang berisi persiapan kematian

Mereka sentiasa mempersiapkan bekalan untuk bermusafir. Mereka sudah menanam pohon-pohon dan sedang membina mahligai di sana untuk mereka kembali tinggal bersama-sama dibawah naungan panji Nabi Muhammad SAW. Adakah kita juga begitu?



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 14 November 2013

Walau Sezarah Usaha Kita

Kebumikan jenazah
Semalam saya sibuk 2 kali pergi ulang ke hospital menguruskan pelatih, tetapi Allah tetap beri saya peluang dan ruang untuk menjemput anak bongsu, Muhammad Ali Imran, balik dari sekolah agama.

Dalam kereta dia bercerita, hari ini ada kursus pengurusan jenazah. Ustaz cerita, di sebuah kampung ada seorang yang suka sangat membantu orang memandikan jenazah. Dia bukan memandikan tetapi menyediakan air untuk memandikan jenazah.

Di kampung itu, belum ada bekalan air paip. Jadi sumber air dari telaga atau sungai. Dia akan membantu mengangkut air-air dengan baldi ke dalam rumah. Dimana-mana pun ada orang meninggal, dia akan datang membantu menyediakan air mandi untuk jenazah. Tidak kira jauh atau dekat.

Suatu masa, di kampung telah berlaku musim kemarau. Banyak air dalam telaga telah kering. Kematian tetap berlaku tidak kira musim. Jadi orang ini sanggup mengangkut air dari sebatang sungai yang jauh dari kampung. Tidak ada sesiapa yang sudi menolong.

Ada yang menganggap dia ni tiga suku kerana suka sangat buat kerja macam tu tanpa di suruh. Dia melakukan kerja mengangkat air ini kerana Allah semata-mata. Tidak pernah dia meminta upah walau pun kadang sehari tu berlaku 3 kematian dan mengangkat air begitu jauh sekali.


Ikut ikhlas orang sahaja, jika sudi memberikan sedikit wang saguhati atau sedikit makanan untuk hari itu.

Suatu hari dia pula meninggal dunia. Musim itu musim kemarau juga. Tak ada sesiapa yang sudi nak mengangkat air untuk memandikan dia. Orang kampung buat tak tahu saja akan jenazahnya dan dibiarkan terlantar hingga malam di dalam pondoknya.

Tiba-tiba ditengah malam, orang kampung melihat cahaya yang terang di rumahnya yang cuma seperti pondok. Cahaya terang itu seperti beralur dari sungai yang jauh hingga ke pondoknya. Apabila melihat cahaya terang, orang kampung merasa takut-takut berani untuk melihat apa ke bendanya yang terang benderang itu. Mereka menunggu hari siang.

Apabila siang mereka tidak melihat apa-apa pun yang pelik seperti waktu malam. Cuma mereka terus pergi menuju ke pondok yang menempat jenazah lelaki yang suka mengangkat air mandi untuk sesiapa yang meninggal dunia. Mereka ingat aluran cahaya terang itu dari sungai hingga ke pondok itu.

Sampai di pondok, mereka menjenguk ke dalam, mereka dapati jenazah lelaki itu telah siap dikapan seperti lepas dimandikan. Mereka berasa hairan, siapakah yang telah memandi dan mengkafankan jenazah lelaki itu?

Imam pun datang dan menyuruh jenazah yang telah dikafan, dibawa ke masjid untuk disolat dan dikuburkan. Jenazah itu ringan dan harum. Semua orang tertanya-tanya tetapi tidak siapa dapat memberikan jawapan, siapa yang memandi dan mengkafankan jenazah sebab tidak ada orang yang mahu mengangkat air.

Kita sendirilah fikirkan kerana tidak ada sesuatu yang mustahil bagi Allah untuk mengurniakan rahmatNYA ketika kematian dan sesudah kematian hamba-hambaNYA yang ikhlas berbuat kebajikan kerana Allah Ta'ala.


Sebenarnya sekecil mana pun usaha yang dilakukan semata-mata kerana Allah, mungkin kecil di mata manusia tetapi besar dalam pandangan Allah, ia tetap dirahmati. Sebab itu Allah sebut se'zarah'...dalam surah Al- Zalzalah, ayat 7 dan 8..." Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) (8)



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday, 17 May 2013

Disebalik Berlangsungnya Akad Nikah

Ijab dan kabul

Disebalik berlangsungnya majlis akad nikah semalam, ada cerita awalnya yang struggle dan  pertolongan Allah yang Maha Pengasih dan Belas Kasihan. Itu doa yang tidak putus-putus dipanjatkan agar semua urusan untuk hari ini dipermudahkan oleh Allah, dilembutkaan hati untuk semua yang terlibat.




Tak pernah dibuat orang, menguruskan permohonan pernikahan dapat diselesaikan dalam satu hari hingga akad nikah dilaksanakan. Pasangan calon penghuni Baitus Solehah, baru tiba di Johor Bahru dinihari tadi jam 2.00 pagi. Saya sudah sediakan sebuah homestay untuk dia dan keluarganya menginap.

Calon suami baru nak buat permohonan bernikah. Jadi subuh-subuh saya online untuk mengisi e-ncr, borang permohonan nikah secara online bagi seluruh negeri Johor. Saya isikan mana-mana maklumat yang saya tahu.

Jam 7.35 minit pagi saya bersama calon suami terus menuju ke Pejabat Agama Daerah Johor
pasangan pengantin ditemubual oleh kadhi
Bahru untuk mengambil borang saringan HIV dan mencetak borang permohonan yang telah dilengkapkan. Buat semula temujanji dengan Tuan Kadhi untuk bernikah jam 12.00 tengahari.

Selesai mengambil dan mencetak borang terus kami menuju ke Kg Melayu Lima Kedai, Gelang Patah untuk bertemu Ketua Kampung bagi mendapat surat pengesahan akuan pemastautin dan status diri calon suami. Sebelum datang saya sudah buat temujanji untuk datang ke rumahnya jam 10.00 pagi.

Sempat Ketua Kampung bertanya, "bila nak nikahnya?"

"Hari ni, jam 12.00 di Pejabat Agama, dah janji dengan Tuan Kadhi."

"Ujian Saringan HIV dah buat? Sekarang dah pukul berapa, 10.25 pagi, sempat ke Pusat Kesihatan nak buat? Selalunya mereka buat ujian saringan HIV di sebelah petang."

"InsyaAllah dengan qudrat dan iradat Allah, dengan pertolongan Allah, moga-moga Allah mempermudahkan dengan menunjukkkan jalannya."

"Pergilah, moga usaha kamu berhasil. Allah suka kepada orang yang berusaha dan melihat kepada usaha."

Kami pun segera menuju ke Pusat Kesihatan Taman Universiti untuk menjalani ujian saringan HIV. Dalam hati sentiasa berdoa, moga-moga ALlah melembutkan hati, menjinakkan hati dan membuka hati staf bahagian pengambilan darah untuk menolong dan memudahkan. Terkenang pulak , hari ni hari Khamis, hari pemeriksaan ibu-ibu hamil. Tentu ramai orang di Pusat Kesihatan. "Ya Allah, mudahkanlah urusan ini"

Sampai di Pusat Kesihatan jam 10.45 pagi. Terus berlari-lari anak masuk ke dalam klinik dan menuju bilik 16, unit pengambilan darah. Unjukkan borang dan kad derma darah. Rupanya, calon lelaki ini adalah penderma tetap darah untuk Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Setiap 3 bulan dia akan pergi untuk mendermakan darahnya. Jika lambat hadir, pihak Bank Darah sendiri akan telefon mengingatkan. Ini kerana calon suami ini memilik darah group AB. Group darah yang selalu kekurangan dalam Bank Darah.

Melihat tarikh akhir derma darah ialah 9 Mei 2013, staff bahagian darah setuju untuk melengkapkan borang saringan HIV tanpa perlu melakukan ujian darah. Dalam hati saya berkata, "keajaiban apakah yang Allah nak perlihatakan agar urusan ini mudah dan cepat?" 15 minit saja selesai urusan melengkapkan borang ujian saringan HIV.

Minggu lepas pun sama, ketika melengkapkan borang ujian saringan HIV penghuni Baitus Solehah, (calon isterinya) cuma ambik masa 15 minit juga , ini kerana sehari sebelumnya darah telah diambil untuk semua ujian bagi pemeriksaan antenatal ibu hamil. Keputusan ujian telah pun keluar, maka staf bertugas cuma perlu melengkapkannya saja lagi.

Jam 11.05 minit pagi terus kami pulang semula ke Baitus Solehah untuk bersiap dan menjemput wali , calon isteri dan saksi pernikahan. Dengan 2 buah kereta, kami bergerak semula ke Pejabat Agama Daerah Johor Bahru untuk menyerahkan borang permohonan Nikah yang telah lengkap. Alhamdullilah, kami dapat tiba sebelum jam 12.00 tengahari.

Dibenarkan bernikah pada hari ini juga
Sampai di kaunter serah borang dan masuk ke Bilik Tuan Kadhi. Oleh kerana anak sulong, dan wali tidak dapat menyertakan Sijil Pernikahannya dahulu, maka tuan kadhi menemubual wali dan isteri bagi memastikan anak sulong mereka ini benar-benar anak sah taraf. Ini sangat penting kerana mahu mewalikan pernikahan anaknya.

Sampai di sini semua berjalan lancar. Namun kerenah birokrasi memang tiada siapa dapat mengelakkannya. Akad Nikah tidak dapat dijalankan pada waktunya kerana beberapa procedur borang yang perlu diproses dan pembayaran di kaunter. Semua staf berehat makan tengahari pada jam 12.30. Semua kaunter telah ditutup. Kena tunggu pukul 2.15 petang pulak. Nak kata apa? Kenalah juga tunggu.

Sementara menunggu, saya terus menuju ke musalla yang disediakan untuk menunggu masuknya waktu zohor. Solat berjemaah dengan seorang staf perempuan yang datang awal ke musalla. Selesai solat saya pergi ke bahagian Baitulmal untuk membuat semakan permohonan Bantuan Sara Hidup cik lina. (Cik Lina ialah ibu tunggal yang buta). Menunggu jam 2.15 membuatkan saya sempat lena di kerusi tanpa mempedulikan orang ramai yang ada di situ.

Hati saya berkata, kaunter untuk permohonan bantuan dari Baitulmal cuma ada 2 saja, sedangkan kaunter untuk pungutan zakat, fidyah dan wakaf ada 6. Jelas di sini, Baitulmal cuma meraikan orang mengeluarkan duit (mereka terima duit) tetapi tidak untuk orang ramai yang meminta bantuan. Sebab itu kaunter punggutan selalu lenggan , jarang ada orang, dan kaunter disediakan ada 6 pulak tu. maklumkan kaunter untuk orang kaya.

Berbeza dengan kaunter mohon bantuan yang sempit dan sentiasa ramai orang. Jelas di sini, kaunter yang selalu orang ramai datang, orang yang datang tu miskin, kekurangan cuma ada 2 saja. Mereka tidak diraikan!

Kembali semula kisah borang cik lina, maka terkial-kiallah staf di kaunter nak menuding kepada siapa, borang permohonan belum diproses. Ini adalah kali kedua saya datang buat semakan bagi pihak cik lina. Borang permohonan Bantuan sara hidup ni pun saya yang isi dan lengkapkan dan saya sendiri yang hantar. Maka saya mempunyai nombor rujukan borang telah diterima. Ini bermakna juga, telah 3 kali saya datang ke kaunter bahagian permohonan bantuan. Kali pertama datang bawa cik lina yang buta, dengan susah payah nak pimpin cik lina naik tangga dan berjalan, tetapi mereka takde nak buat siasatan atau temubual bagi mempercepatkan bantuan untuk cik lina. Hari ni pulak mereka boleh tanya, cik lina datang ke?

Apa lagi saya jawap, "hari tu saya datang, kenapa tak nak temubual, suruh balik dulu, ingat senang ke saya nak pimpin cik lina ke sini "

Masih saya ingat, masa pimpin cik lina naik tangga, dengan tak ada pemengang tangga, hampir saya dan cik lina jatuh tergolek. Mujur masa tu ada seorang penghuni Baitus Solehah yang menemankan sempat merangkul kami berdua dari jatuh. Padahal penghuni tu pun sedang hamil, tak kuat juga. Sebenarnya ada pertolongan ALlah di situ menyebabkan kami tidak jatuh.

Agaknya supaya nampak ada tindakan, mereka panggil saya masuk ke kaunter lain disebelah dalam dan buat akujanji, nanti hari Isnin ,20 Mei 2013 akan datang buat ziarah dan siasat ke rumah cik lina.

"Baiklah , saya tunggu."

Selepas selesai urusan di sini, segera saya menuju ke Bilik Tuan Kadhi semula bagi memastikan akad nikah sudah dapat dijalankan. Malangnya tuan kadhi masih sibuk dikunjungi oleh tetamu. Maka bersabarlah kami menunggu. Ini pejabat orang, rumah orang, mana boleh nak mengamuk dan marah-marah akan kelewatan ini.

Dari 2.30 telah berganjak ke 3.30 petang, masih belum berlaku akad nikah. Terus menunggu sampai Naimah naik boring, dia berkata,"opah , apa pasal kenduri kat sini takde air?" Siap naimah mengadu pada atoknya dalam telefon, " kenduri kat sini apa pun tak ada tok, air takde, nasi takde, ayam goreng pun takde."

Saya yang tak sempat makan dan bersarapan, atau makan tengahari lagilah lapar. 3.45 baru nampak muka kadhi dengan staf pengiringnya tiba ke ruangan yang telah disediakan hamparan karpet dan pelamin. Maka berlangsunglah akad nikah yang dimulai dengan bacaan al-fatihah dan khutbah nikah. Istigfar dan al-fatihah sekali lagi.

Ada 3 pasangan yang akan dinikahkan serentak. Pasangan dari Sabah dan pasangan dari Pasir
lafaz cerai taklik oleh suami
Gudang. Sebaik akad nikah selesai, pasanagn pengantin dah boleh bersalam dengan pasangan dan mertua.

Jika nak buat kenangan, boleh bergambar sanding di pelamin tanpa dilihat orang ramai. Seelsai bergambar, jam menunjukkan 4.35 petang, dan kami semua bernasur pulang ke Baitus Solehah.

Begitulah coretan hari ini perihal kisah bernikah di pejabat agama. Lepas ni, tak mahu saya cadangankan pernikahan sesiapa saja dilakukan di pejabat agama kerana tidak dapat memenuhi tuntutan masa dijanjikan . Di Pejabat ada ramai orang yang datang dengan berbagai masalah untuk diadukan kepada tuan kadhi.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 1 April 2013

Bagaimana untuk mendapat rahmat Allah?


بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bagaimana untuk mendapat rahmat Allah? Sebenarnya rahmat Allah diperoleh dengan melakukan amalan-amalan harian dalam kehidupan. Amalan-amalan hidup di sini ialah bagaimana sikap kita dalam menjalani hidup ini.

Antaranya, yang telah jelas seperti disebut berbuat ikhsan sesama manusia, sama ada dengan ucapan, perbuatan, harta dan kedudukan, dan mengasihi makhluk-makhluk Allah sama ada manusia mahupun binatang.

Dari pagi sebuk dengan pelbagai urusan. Setelah selesai urusan dengan Sang Khalik, mula berurusan dengan makhluk Allah yang lainnya. Sepotong paha ayam , sepiring kepala ikan yang digoreng dan sepinggan nasi yang sudah direndam untuk santapan anjing, kucing dan burung-burung. Itu adalah rutin setiap pagi.

Makhluk Allah ini hidup yang penuh tawakal, bangun seawal pagi mencari rezeki. Tak tahu dimana sebenar anjing, kucing dan burung-burung ni tidor. Tahu-tahu je, bila saya buka tingkap dapur, mereka sudah sedia menunggu rezeki.
Kucing, anjing dan burung sama-sama menjamah makanan

Ada burung gagak, burung merpati dan burung ciak rumah. Agaknya mereka sudah tahu ada rezeki mereka di situ maka berpagian mereka menunggu.

Ni 2 minggu tak ada, kemana agaknya mereka mencari rezeki,tetapi saya tak risau kerana rezeki mereka dalam jaminan Allah. Tak ada di situ, mereka akan usaha mencari ditempat lain.

Tak apa kesan pun samada mereka dapat makan di sini atau disana. Yang ada kesan ialah pada kita. Kita beri makan, kita yang Allah pandang. Dapatlah kita bonus. Allah dah janji, jika kita pemurah, maka ALlah lagilah pemurah.

Cumanya setiap apa kita usahakan itu tidak sia-sia dalam pandangan Allah. Jadi buatlah banyak-banyak amal soleh tidak kira pada manusia atau makhluk Allah yang lainnya.

Saya selalu perhatikan, kadang-kadang anjing, kucing dan burung boleh share makanan. Istilah bagai kucing dengan anjing bila bertemu akan bergaduh tak ada pun kelihatan. Mereka tetap damai memilih rezeki yang diberikan sesuai dengan kelaziman. Sepiring kepala ikan tongkol tu bukan ikan mentah, ikan tu direbus dulu supaya lembut dan kemudian digoreng untuk lebih enak. Kucing pun seperti kita, tahu beza ikan rebus dengan ikan goreng.


Oleh kerana esok seawal jam 5 .00 pagi dah keluar dari rumah memulakan safar, maka hari ni sempatkan juga menziarahi wanita buta di wad Cempaka 4 HSAJB.

DI masukkan ke wad sejak jari Jumaat, tapi petang Ahad baru dimaklumkan kepada saya. Mengajak zauj menemankan kerana ketika hari bekerja, waktu melawat tengahari payah nak dapat tempat meletak kereta. Jika ada pun jauh juga.

Tepat jam 12.30 tengahri tiba, terus masuk ke wad Cempaka yang terletak di aras 4, katil 14. Keseorangan. Dia cuma ada seorang anak lelaki tunggal yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini.

Ketika saya tiba anaknya berada disekolah setelah sebelum ini kerap tidak hadir ketika menjaga bapanya sakit hingga meninggal dunia. Keadaan kesihatan ibunya pun kurang stabil. Perlu menjalani hemodylisis seminggu 3 kali, suntikan insulin setiap hari. Keadaan darah tidak stabil, suhu tubuh yang sekejab tinggi, muntah-muntah tanpa sebab telah menyebab dia ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut.

Takdir Allah, tidak siapa dapat menjangkakan. Keadaan diri ibu yang uzur, lebih setahun lalu, tetapi yang meninggal ialah bapanya. Penyakit datang bagai taufan, cuma beri ruang masa dalam seminggu sedar, seminggu bawah sedar sebelum Allah menjemput kembali ke hadiratNYA. Siapa sangka orang sihat, tiba-tiba jatuh sakit terus meninggal dunia.

Nasib kita ni bagaimana agaknya?

Walaupun saya sebuk dengan berbagai-bagai urusan nak disettlekan hari ni, (sebelum ke HSAJB, saya pergi bank dulu untuk buat penghantaran melalui westren union ke Indonesia, lepas tu berurusan dengan pemilik rumah corner lot untuk disewa sebagai Baitus Solehah) bila teringatkan rahmat Allah bagi yang menziarahi orang sakit, berebut juga saya kesana walaupun cuma tak sampai 30 minit saya bersama pesakit.

Sebenarnya rahmat ALlah tu banyak dan dimana-mana , cuma nya samada kita ni diberi peluang nak rebut atau tidak. Kenapa tak nak jadi seperti masa kita kanak-kanak dulu, acara rebut gula-
cuba kita jadi seperti kanak-kana merebut rahmat Allah
gula. Orang lempar gula-gula kita berebut-rebut nak kutip. Itu gula-gula, bagi kanak-kanak ibarat rahmat la.

Bila makin dewasa, kenapa kita tak nak jadi seperti kanak-kanak, sedangkan rahmat Allah tu akan jadi saham dan kekal hingga ke akhirat yang akan jadi bekalan untuk kehidupan abadi.

Ayoh...jom kita rebut rahmat Allah tak kira apa cara sekali pun seperti mana kita rebut gula-gula zaman kanak-kanak dulu.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday, 31 March 2013

Rahmat Allah Cuma 1 ketika hidup 99 selepas Kematian


بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ketika kita hidup di dunia ni, kita cuma diberikan 1 rahmat oleh Allah Ta'ala, 99 lagi setelah kita mati.

Sembahyang kita belum menjamin masuk syurga kecuali setelah mendapat rahmat Allah. Hanya dengan rahmatNya sahaja kita boleh masuk syurga. Tanpa rahmatNya, walau banyak mana sekalipun sembahyang kita, janganlah mengharap untuk dimasukkan syurga. Kerana itu kita harus berusaha agar mendapat rahmat Allah s.w.t.

Kita tahu bahawa rahmat Allah yang satu bahagian telah pun diturunkan dalam bentuk adanya alam ini, dengan segala ketentuannya. Dan, kepada manusia, Allah menyediakan segala keperluan untuk kebahagiaan, keselamatan dan kesihatan hidupnya. Inilah rahmat Allah yang satu bahagian itu, yang sudah disediakan untuk kita. Dan kita sudah pun mula mengecapi segala nikat itu sehingga kita berada seperti adanya kita hari ini.

Namun itu hanyalah sekadar nikmat sementara kita hidup di atas muka bumi ini. Sebagai seorang yang beriman, percaya akan adanya hari kemudian, di sana nanti ada syurga dan neraka, tentunya kita mengharap tempat yang baik iaitu syurga.

Tetapi kita sudah diingatkan, untuk masuk syurga, rahmat Allah sahaja yang menentukan. Pada masa yang sama kita diingatkan bahawa sembahyang kita tidak menjamin untuk masuk syurga kecuali setelah mendapat rahmatNya. Maka rahmat yang mana pula yang hendak dicari? Maka apakah cara untuk mendapat rahmat Allah.

Tetapi kita masih diperingatkan agar mencari rahmatNya.

‘Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat.’ (al-Imran, 132)

Secara tersirat, ayat ini menunjukkan ada lagi rahmat selain daripada yang satu bahagian itu. Maka rahmat Allah yang mana pula yang kita cari-cari?

Kita dilahirkan dan hidup dalam keadaan seperti adanya kita hari ini. Dengan segala nikmat yang disediakankan, dapat hidup sihat, berkeluarga, bermasyarakat, dan lain-lain. Jadi, sementara kita hidup di dunia ini, maka itulah rahmat dan nikmat Allah yang dapat kita kecapi.

Untuk ini kita mengharap satu lagi rahmat Allah yang dapat membawa kita ke tempat yang diharapkan. Jadi bagaimanakah cara hendak mendapat rahmat Allah berikutnya. 99 rahmat lagi hanya akan diberikan setelah kematian kita.

Adakah setelah kita mati kelak akan diterima Allah dan mendapat rahmatNya? Dan dengan rahmatNya kelak kita akan dimasukkan ke syurga? Ini bergantung kepada apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita di dunia.

Sebelum ini, kita telah diperingatkan bahawa menyempunakan segala perintah seperti yang terkandung dalam rukun Islam dan rukun Iman sahaja belum memadai untuk mengharap rahmat Allah yang seterusnya kecuali setelah melakukan amal soleh. Dengan kata lain ada sesuatu yang lain yang harus kita lakukan untuk mendapat rahmat Allah yang dimaksudkan tadi.

Apakah dia amalan-amalan yang dinamakan amal soleh itu. Apakah tindak-tanduk dan perlakuan yang dinamakan amal soleh itu? Apakah program yang dapat kita lakukan untuk amal soleh? Selain amal soleh, apakah lagi yang harus kita lakukan agar mendapat rahmatNya.

Meraih rahmat Allah adalah matlamat hidup bagi setiap orang yang beragama, sama ada yang beragama Islam, majusi, buddha, mahupun Hindu. Cuma barangkali, tidak disebut sebagai rahmat Allah. Objektifnya satu, iaitu untuk mendapat tempat yang terbaik di akhirat nanti iaitu syurga. Syurga adalah tempat yang diimpi-impikan oleh setiap orang yang beragama. Inilah realitinya, kecuali bagi mereka yang tidak beragama.

Sebab-sebab turunnya rahmat Allah diringkaskan seperti berikut:

1) Berbuat ikhsan atau berbuat baik kepada manusia, dengan ucapan, perbuatan, harta, dan kedudukan.
2) Bertakwa dan beriman dengan ayat-ayat Allah s.w.t., dan mengikuti RasulNya;
3) mengasihi makhluk-makhluknya baik manusia mahupun binatang.
4) Beriman, kemudian berhijrah, dan berjihad;
5) Mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan taatlah kepada Rasul;
6) Berdoa minta petunjuk yang lurus dalam urusan kami
7) Mengamalkan ajaran-ajaran al-Quran
8) Mentaati Allah dan RasulNya
9) Mengamati ayat-ayat al-Quran
10) Memohon keampunan



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 18 March 2013

Mualaf Yang Komited Menjaga Solat Berjemaah



بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Solat berjemaah
Hikmah yang utama saya nak catatkan ialah rasa seperti duduk atas bara bila waktu solat telah hampir tetapi belum bersedia menuju ke surau atau masjid.

Muhammad Nur Iman, genap 2 tahun 4 bulan menganut agama Islam. Dia turut ikut saya untuk hadir ke program Himpunan Tanah Rakyat dan Kenduri Rakyat. Saya ajak dia pergi untuk mendapat ilmu dan penjelasan berkaitan politik tanah air.

Ketika menjelang waktu zohor, dia sudah gelisah, duduk tak kena gaya, mengharap keluar dari majlis untuk menuju ke mana-mana surau berhampiran. Saya memang faham, kerana dari hari pertama selepas mengucap syahadah, dia tidak mahu meninggal solat fardhu berjemaah. Dan ini dapat beliau lalui sejak dari awal lagi. Apa ujian, apa halangan dia tak kira asalkan tidak terlepas untuk solat awal waktu dan berjemaah.

Melihat dia sudah gelisah, saya cuba bertanya, sesiapa yang boleh tolong hantarkan dia ke surau berhampiran. Namun tidak ada pertolongan yang datang sebaliknya,tiba-tiba hujan turun dengan lebat.

Bila hujan turun lebat, saya mengajak beliau makan dahulu sebelum balik. Waktu itu dah masuk waktu. Nak jalan kaki pun hujan sangat lebat. Kami makan seadanya.

Usai makan , saya telefon zauj, minta dijemput balik. Zauj dan Imran sudah mengerjakan solat berjemaah di masjid berhampiran rumah. Nur Iman sudah risau, nak solat dengan siapa.

Masuk rumah, saya cari Ahmad Baihaqi, tanya dia samada sudah bersolat zohor atau belum. Rupanya Baihaqi belum solat kerana baru lepas cuci kereta. Alhamdullilah... dapat Nur Iman solat berjemaah berdua dengan Baihaqi.

Begitu sekali komitmennya Nur Iman dalam mengerjakan solat fardhu. Sedangkan ramainya orang Islam tidak pun ambik endah hal mengutamakan solat diawal waktu dan solat fardhu berjemaah. Begitulah jika seseorang itu berhijrah kerana Allah Ta'ala dan hidayah yang dikurniakan itu dipelihara sebaik-baiknya.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday, 11 March 2013

Solat Malam Mengubati penyakit kronik



بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Dengan bangun malam, mengerjakan solat ia menjadi pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba dulu, baru tahu. Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua. (Testimoni berlaku dengan qudrat dan Iradat Allah Ta'ala)



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday, 28 February 2013

Utara Selatan di Taman Kami Bertemu





بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saya bersama Kakak Masadah

Selain beriman kepada Allah, berbuat baiklah sesama makhluk Allah. Banyak rahmat Allah kepada yang selalu berbuat kebaikkan dan kebajikan dengan makluk Allah tanpa mengira siapa pun dia. Begitu juga dalam bersilaturahim sesama manusia. Suka saya berkongsi sebuah hadith yang bermaksud;



Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. (Riwayat: Bukhari dan Muslim)\


Huraian Hadith:

1.Hubungan silaturahim menjamin rezeki yang berlipat ganda daripada Allah dan dipanjangkan umur.

2.Silaturahim adalah merupakan sifat yang mulia yang dituntut oleh Islam.

3.Hadis ini menunjukkan kelebihan silaturahim dengan keberkatan hidup, murah rezeki, menjaga kesihatan, meninggalkan nama yang baik selepas mati, keturunan yang soleh, mendapat dorongan untuk beribadah dan memelihara waktu dan sebagainya.

4.Maksud diluaskan rezeki dan panjang umur dalam hadith ini ialah bertambah berkat kedua-duanya.


Bukanlah saya mengharap pahala, tetapi saya suka mengeratkan silaturahim dengan menzarahi antara satu sama lain, bertemu wajah untuk melahirkan bibit kasih sayang dan kemesraan. Ini adalah perkara yang Allah suka dan Allah redha. Jadi saya lakukan kerana Allah suka.


Saya gembira bila saya berpeluang membina ukhuwwah melalui halaqah.net dan fesbuk yang mana ia telah membawa banyak kebaikkan di dunia dan di akhirat. Walaupun ramai yang masih saya tidak bekesempatan bertemu, insyaAllah saya akan cuba dan berusaha bertemu dengan qudrat dan iradat Allah suatu hari nanti. Selalu saya usahakan untuk bertemu seberapa ramai anak-anak atau rakan di halaqah.net dan fesbuk tidak kira di mana saya pergi dan berada.


Pada 28 Februari 2013, tanpa sesiapa duga bahawa perancangan Allah itu sungguh cantik dan indah, saya merancang dan berhasrat (hasrat dah bagitahu pada tuan diri) yang akan berziarah ke rumah beliau insyaAllah pada 21 Mac 2013 nanti di Merbok, Kedah.


Rupanya kehendak Allah, perancangan Allah, mahu pertemuan itu dilakukan dengan lebih awal lagi. Siapa sangka saya di selatan, Kakak Masadah Sajadi di utara, di Taman Ungku Tun Aminah kami bertemu pada petangnya.


Kiranya Kakak Masadah dengan saya baru saja menjadi rakan fesbuk lebih kurang sebulan lebih ketika saya sebuk-sebuk nak Isu Pelarian Rohingya.


Kiranya kerana minat yang sama untuk berbakti kepada ummah yang menghubungkan kami sebagai rakan fesbuk. Perbincangan kami di fesbuk pun hanya berkisar tentang ummah, jarang bercerita atau langsung tidak bercerita hal-hal peribadi atau keluarga.


Bersama adik beradik kakak Masadah
Alhamdullilah pertemuan petang itu telah melahirkan perasaan kasih sayang yang lebih erat sesama saudara. Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat” (Surah Al Hujuraat ayat 10.)


Pesanan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang mana baginda telah mengatakan, antara tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya pada hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri ialah dua orang yang saling mencintai kerana Allah yang mana mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah).


Saya bertemu dengan satu tujuan untuk menghubung silaturahim kerana Allah Ta'ala. Saya ketahui kakak Masadah dalam perjalanan ke JB subuh tadi apabila membaca status fesbuknya. Segera saya menelefon, ketika itu kakak Masadah masih berada di dalam bas baru memasuki negeri Melaka , perjalanan dari Kedah ke Johor.


Tengah hari tu, selepas saya selesai berurusan di Majlis Berkuasa Tempatan, saya telefon Kakak Masadah untuk bertanyakan, adakah urusan -urusan keluarganya telah selesai. Dan saya membuat temujanji untuk bertemu.


Selepas menguruskan anak bongsu ke sekolah agama, terus saya berkunjung ke TUTA. Berdasarkan alamat yang diberikan , tempat tu saya belum pernah jelajah, namun saya usaha pergi juga.


Alhamdullilah, saya tidak sesat atau tersalah jalan, seseolah tempat tu seperti saya pernah kunjungi. Padahal saya belum pernah sampai tempat tu sejak bermastautin di Johor Bahru. Itulah pertolongan Allah, selalu memudahkan urusan hambaNYA.


Moga-moga dengan niat hanya kerana Allah, rakan-rakan, sahabat handai dan saudara mara di alam maya ini juga selalu dipermudahkan segala urusan-urusan di dunia dan akhirat. Hanya Allah yang kita sembah dan kepadanya kita mohon pertolongan.






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday, 29 December 2012

Aku Orang Kampung



بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




sawah hijau menyegarkan
Aku orang kampung, berasal dari kawasan yang mengusahakan sawah padi. Sawah padi cuma di belakang rumah saja, sesayup mata memandang. Hijau menawan menyegarkan pandangan.


Kehidupan masa kecik yang payah tanpa sumber air bersih, tanpa bekalan eletrik dan tanpa perhubungan jalan raya.


kepok padi
Perhubungan telefon? Jauh ikan dari pemanggang. Rata-rata taraf kehidupan orang kampung zaman itu sama saja, miskin kais ikut musim, bukan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerja ikut musim, bila habis menunai, padi disimpan dalam gudang atau kepok, di jual bila diperlukan terutama ketika awal tahun persekolahan.


Tapikan, masih dalam ingatan, yuran persekolahan RM 3 , pun masih payah nak dibayar kerana tidak mampu. Seorang anak RM 3, 4 orang anak bersekolah, RM 12. Besar nilainya pada masa itu. Pergi sekolah cuma bawa bekal duit 5 sen aja. Ntah tak tahu untuk beli apa. Hari-hari pergi sekolah bawa bekal nasi dan air sejuk dari rumah.


Bekalan untuk memasak dan minuman harian bersumberkan air tadahan hujan yang ditakung dalam tempayan. Mandi , mencuci pinggang mangkuk dan pakaian pula menggunakan air dari telaga atau air parit yang mengalir di depan rumah.


lampu gasoline


pelita yang aku guna untuk study
Sumber cahaya di waktu malam cuma menggunakan pelita dan lampu gas. Gasoline. Puas aku belajar waktu malam bertemankan pelita bersumbu tali guni. Berjelaga hitam dalam lubang hidung. Tidor dalam kelambu bila habis study. Tak sanggup tidor tanpa kelambu kerana bilangan nyamuk sama dengan bilangan semut menghurung gula. Masa belajar puas bertepuk tampar dengan nyamuk. Selalunya waktu senja dah hidupkan bara supaya berasap, nyamuk akan menjauhi rumah. Dah lewat malam, bara habis, asap takde, nyamuk datang menghurung.


Jalan perhubungan cuma batu blok sekeping di susun melintang. Seluas lalaun rel keretapi tu saja. nak tunjuk gambar pun dah takde tempatnya nak diambil. Anehnya, semua orang kampung cekap berselisih ketika berbasikal tanpa perlu berhenti macam sekarang pandu kereta dan berselisih dengan kereta lain dilaluan sempit.

berbasikal di ban tali air

Yang tak cekap, cuma aku saja, selalu jatuh dalam parit dengan basikal. Seperti luncai terjun dengan labunya. aku terjun parit dengan basikal , dengan beg sekolah dan berpakaian sekolah. Bila dah kuyup begitu, alamatnya tak dapat ke sekolah. Sorong basikal balik rumah.


Untuk ke sekolah, dari rumah kena berbasikal sejauh 3 km, hingga ke tepi jalan raya. Lepas tu kena tunggu bas. Jadinya mesti keluar rumah seawal jam 6 pagi , cahaya fajar masih berbalam-balam, selepas saja solat subuh. Itu bila dah tingkatan 3 , persekolahan sessi pagi. Ketika tingkatan 1 dan 2, persekolahan sessi petang, pergi jam 10.30 pagi, balik pulak jam 7 .15 malam. Dah gelap kena berbasikal. Basikal tak pernah ada lampu, namun mata masih dapat melihat jalan dalam rembang senja. Alhamdulllilah Allah mengurniakan ketajaman pandangan mata dalam remang senja  dan  fajar subuh yang berbalam-balam.

dipanggil atang kayu sebagai tempat memasak

Masak, masih menggunakan kayu api. Aktiviti harian, kena angkut kayu api ke ruang dapur rumah. Masih menggunakan atang untuk memasak makanan. Debu , bara dan arang adalah mainan ketika itu bila nak memasak makanan. Dari kecik, tak kira anak lelaki atau perempuan memang kena rajin cari kayu api, angkut air guna baldi untuk memasak dan cuci pinggan mangkuk. Aktiviti hujung minggu ialah mencari kayu. Ambik pelepah kelapa kering, daun kering disasap orang banjar kata "nyasap daun nyiur" ulah umpan api. Pelepah kering untuk gagas api menyala. Tempurung dan sabut untuk bara.


aksi di sawah padi
Zaman dulu memang takde rasa takut atau menjadi penakut. Berani aja keluar rumah malam-malam untuk ke telaga berwudhuk atau subuh-subuh gelap untuk mandi. Lagi pun mana ada TV zaman tu nak siarkan cerita seram. Setakat orang cerita tanpa ada gambaran wajah, takde nya rasa takut. Zaman aku kecik TV dah ada, tapi kat rumah orang kaya. Rumah aku mana ada TV atau radio.


Umur 7 tahun dah kena pergi sawah, bantu mak abah. Paling mampu dibuat ialah kena menarik puntalan rumput dibawa ke perenggan supaya sawah jadi lapang. Bila sawah dah lapang takde rumput, barulah boleh ditanam semai/anak padi.

Jika diberikan sekeping tanah sawah, memang aku mampu melakukannya dari menabur benih ditapak semaian  hingga menuai. Zaman dulu semuanya dilakukan secara manual menggunakan kudrat tulang 4 kerat.

Jentera membajak tanah

Zaman dah berubah, dah takde lagi orang mengerjakan sawah padi secara manual. Semua guna jentera pembajak untuk gembur tanah, guna mesin tabur benih dan mesin tuai. Air pula dari sumber tali air. Zaman dulu guna air hujan saja untuk mengerjakan sawah. Ada taliair tapi tidak sepenuhnya kerana masih bergantung hujan juga di Kolam Takungan Bukit Merah. Jika Empangan Air di Kolam Bukit Merah surut airnya, macamana pintu air nak dibuka dan dari mana air nak dialirkan masuk dalam tali air.



laluan kerikil yang ditar nipis cukup untuk laluan satu lorong kereta

Semuanya tinggal kenangan. Namun  jalan di kampung masih lagi batu kerikil dan laluannya cuma boleh lepas satu kereta saja. masih lagi berlopak sana sini kerana keadaan struktur tanah yang mudah mendap. Jika kereta nak berselisih, sebuah kereta kena berhenti dahulu di mana-mana laman rumah orang, tunggu kereta di hadapan melepasi laluan.
jambatan merentasi tali air menghubungkan orang hujung dengan orang pangkal


Perhubungan telefon dah ada tapi lebih kepada telefon tangan saja. Sebabnya vadalisme pulak. Sekejab ketika arwah mak masih ada, boleh guna line telefon ke rumah. Lepas tu  kabel telefon asyik kena curi, Telekom dan malas nak sambung mana-mana kabel yang dicuri. Pasal depa tak nak curi kabel eletrik ya?


berkubang dalam tali air
Baru-baru ni balik kampung, seronok anak-anak tengok taliair penuh dengan air. Apa lagi berkubang lah jawapnya. Dari situlah juga kenapa aku cekap berenang dan anak-anak juga mahir berenang. Berenang di tali air. Tak payah berbayar. Terjun aja. Kuak lentang, kuak kupu-kupu atau mengapungkan diri, semuanya reti. Memang pun anak-anak dari usia 2 tahun dah biasa mandi di talir air dan di ajar berenang.

Berenang berbagai gaya



seronok tak terkira dapat berkubang dalam tali air

Anak bongsu tu, lebih cekap berenang dari naik basikal. Imran dah berusia 10 tahun, tapi masih tak reti berbasikal. Berenang? Sangatlah mahir.


anak ayam jadi mangsa buat mainan


Bila balik kampung, anak-anak tak pernah rasa jemu. duduk sebulan pun mereka takde rasa bosan walaupun takde TV. Sebabnya aktiviti harian mereka ialah tangkap belut, pancing ikan,  kejar ayam , main layang-layang atau main kejar-kejar di sawah padi. Anak-anak dah biasa survival hidup di kampung. memancing tak kira tempat bukan kolam berbayar sebaliknya di sungai, di sawah padi, di tepi telaga atau parit. Pendek kata, asal ada air je mereka terus tahan unjun atau pancing.


ayah yang ajar anak-anak memancing

Amat jauh berbeza dengan kehidupan kanak-kanak zaman ini. Duduk dalam rumah, hanya lakukan senaman jari. Lagi canggih yang guna touch screen, hanya guna satu jari saja. Langsung tak de aktiviti yang menyihatkan tubuh badan supaya keluar peluh.  Rasa tak best langsung jadi kanak-kanak zaman ini.

petang-petang boleh rehat dalam buai bawah pokok

Itulah sedikit catatan dari orang kampung. Anak-anak masih merasai kehidupan cara kampung hingga kini. Kampung aku masih tidak jauh berubah walaupun zaman berubah sekian dekad.


1972 hingga 1977 bersekolah kebangsaan. 1978 - 1982 bersekolah menengah. 1983 dapat masuk IPTA. 1984 bertemu jodoh, kahwin. Masa kahwin tu masih lagi tiada perhubungan jalan raya di kampung, masih guna bekalan air hujan untuk masak dan minum, masih lagi gunakan pelita untuk menerangi waktu malam. 1987 , rumah pusaka arwah mak abah terbakar, tinggal sehelai sepinggang saja lagi.  Rumah kayu beratap zink buruk yang reput dan  atap nipah. Mudah sangat terbakar ketika musim kering yang berangin. Hilang lenyap segala kenangan bila semua benda terbakar hangus kecuali al-quran yang elok terletak atas tunggul-tunggul kayu yang telah jadi arang.


Macamana tak habis terbakar, macamana jentera bomba nak datang  sampai ke rumah ,  lalaun jalan untuk kereta pun tak ada, cuma boleh lalu  atas ban taliair saja, ahli bomba berjalan kaki angkut jentera pam air , dan pam air secara manual. Kesukaran lagi ketika itu musim kering, aras air dalam parit cetek,  nak ambik sumber air dari mana  nak dipancut padamkan api? Tengok ajalah sampai rumah tu habis terbakar jadi arang. Bomba cuma boleh buat laporan saja datang tengok api dan mengawal kebakaran dari merebak ke rumah lain. Nak merebak apanya, rumah di kampung sebuah-sebuah, jauh pulak jaraknya. Takdelah sempat api tu nak merebak ke rumah lain.



menikmati keindahan alam  di tepi sawah padi


Oh..banyak kenangan nak ditulis buat bacaan anak cucu, tunggulah opah ada idea nak menulis lagi. Kemiskinan bukan untuk diwarisi bagi yang sentiasa rajin berusaha, doa,  yakin dan tawakal pada rahmat Allah Ta'ala.


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.