BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 30 March 2013

Baitus Solehah : Rumah Perlindungan Wanita



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Baitus Solehah adalah sebuah rumah perlindungan untuk menempatkan gadis-gadis terlanjur yang telah hamil. Kita wajib selamatkan mereka dari berterusan melakukan dosa besar.


Rumah ini terbina dari rasa keibuan mendalam, naluri seorang wanita terhadap wanita lain yang yang diuji keimanan oleh Allah Ta'ala. Moga usaha dan kerja kebajikan ini didalam pandangan dan rahmat Allah Ta'ala.


Perlindungan yang diberikan bukan sekadar menyediakan makan minum , tempat tinggal tetapi membimbing dan mentarbiyah mereka untuk taubat nasuha, menjalani kehidupan sebagai muslimah di landasan yang lurus dan benar dan mengutamakan pengukuhan iman dan beramal soleh.


Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.


Sehubungan itu, Baitus Solehah diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. Baitus Solehah berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.


Dengan memberikan bimbingan untuk bertaubat nasuha, mentarbiyah kembali asas-asas fardhu ain dan membersihkan aqidah, mengukuhkan akidah mereka moga-moga mereka menjadi muslimah yang diterima Allah.


Oleh itu jika anda tahu, atau bertemu atau sesiapa yang menghadapi masalah dan memerlukan perlindungan tempat tinggal dan bimbingan sila berhubung mana-mana Moderator Halaqahnet atau email atau sms pada nombor yang dipaparkan atau boleh juga dihubungi melalui laman facebook Mak Liza


Kepada sesiapa yang sudi membantu, Maka bantulah kami, kerana Baitus Solehah berorientasikan kebajikan, mereka yang menyerah diri untuk ditarbiyah dan dibimbing tidak dikenakan sebarang bayaran.


Mendidik kepada yang inginkan bimbingan, ingin kembali ke jalan yang lurus akan sentiasa mendapat rahmat Allah Ta'ala. Setiap orang, walaupun sezarah yang dia usahakan dalam membantu kerja dakwah, akan Allah nilai dicatat dalam buku amalan , dihisab dan ditimbang di Mahsyar nanti.


Jom kita lakukan, usahakan ikut kemampuan kita.


Sebarang sumbangan untuk Rumah Perlindungan Wanita, Baitus Solehah boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank : 551306513550 atas nama Baitus Solehah.

Emailkan : baitus_solehah@yahoo.com, atau sms 0197799682 atau boleh juga dihubungi melalui inbox di Mak Liza

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan tidak terhingga dari sumber yang tidak diketahui, memudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kepada semua penyumbang dan keluarga.

Untuk bacaan lanjut baca di sini, Bekalan ke Barzakh

Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

4 comments:

Unknown said...

hanya allah sahaja yang dapat membalas jasa umi...kerana cuba selamatkan orang islam dari terlanjur dalam maksiat...niat tu hanya allah saja yang tahu...

Unknown said...

Assalamualaikum admin.....Sy sedang mencari bby utk dijadikan ank angkt.....x kisah Bby boy@ girl,sah taraf atau tidak....Sy sedia terima..

Sy dh kawin 5 tahun...tggl kt kedah.bkerja di rumah sbg tailor,umur 28.
Suami kja government,umur 30.
Boleh cll @ wassap no sy 019-4277491

Unknown said...

Assalam,boleh saya tahu rumah perlindungan ni di mana?

Anonymous said...

SALAM ,
Sekiranya ada sebarang masalah boleh hubungi saya
Muhammad 0173442448 insya allah saya Bantu
dari Rumah Perlindungan wanita Darul Hidayah