BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 27 May 2010

R&R di dalam Perjalanan



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah Ta’ala dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Allah akan memberikan kepada kamu rezeki sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung. Berpaginya(burung) dalam keadaan lapar dan pada petangnya pulang dalam kekenyangan”
Hadis Riwayat Imam Tirmizi R.A: Hadis Hasan Sahih



Sudah lebih 27 tahun, ummi sering berulang alik dari Johor Bahru ke Parit Buntar,Perak. Perjalanan yang jauh dan memenatkan, namun kerana rindu dan kasih kepada ibu bapa, maka  kepenatan dan keletihan itu menjadi imun dan  lumrah setiap kali balik ke kampung untuk menemui mereka.

Letih dan penat itu masih tidak setanding bila mengingatkan betapa susah payahnya mereka membesarkan ummi dan adik-adik. Bila kenangkan perasaan mereka yang pasti rindukan anak-anak dan cucu, maka keinginan untk balik kampung menziarahi  mereka pasti segar. Ibu bapa mana yang tidak rindu pada anak-anaknya. Tambahan pula semasa dalam perjalanan banyak tempat rehat boleh singgah untuk bersolat atau melepaskan hajat.

Sekarang ini dah ada lebuh raya untuk memendekkan masa perjalanan walaupun kosnya tinggi, ada tempat yang di kenali sebagai R & R , Rehat dan Rawat, ada Hentian Rehat bagi berhenti seketika ketika memandu di lebuh raya.

Setiap pengguna lebuh raya datang dan pergi, apabila ada hajat dan keperluan mereka akan singgah di R&R, jika tiada keperluan apa-apa mereka melewati begitu saja.Perjalanan tetap diteruskan menuju ke destinasi.

Begitu juga perumpamaan hidup ini. Dunia ini ibarat sebuah R&R sahaja. Bukan boleh dijadikan tempat untuk bermukim atau bermastautin. Kalau ada yang cuba-cuba untuk menjadikan R&R sebagai tempat bermastuatin, pasti akan dihalau keluar oleh PLUS walaupun asalnya tanah sebelum pembinaan R&R itu adalah tanah pusaka milik dirinya.

Manusia tinggal di dunia hanya untuk waktu yang singkat. Di sini, ia akan diuji, dilatih, kemudian meninggalkan dunia menuju kehidupan akhirat di mana ia akan tinggal selamanya. Harta benda serta kesenangan di dunia, walaupun diciptakan serupa dengan yang ada di akhirat, sebenarnya memiliki banyak kekurangan dan kelemahan karena harta benda dan kesenangan tersebut ditujukan hanya agar manusia mengingat hari akhirat.

Akan tetapi, orang yang ingkar tidak akan mampu memahami kenyataan ini sehingga mereka berperilaku seakan-akan segala sesuatu di dunia ini miliknya. Hal ini memperdaya mereka karena semua kesenangan di dunia ini bersifat sementara dan tidak sempurna, tidak mampu memuaskan manusia yang diciptakan untuk keindahan kesempurnaan abadi, yaitu Allah. Allah menjelaskan betapa dunia merupakan tempat sementara yang penuh dengan kekurangan,

“Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (al-Hadiid: 20)

Seperti yang tertulis dalam Al-Qur`an, orang-orang musyrik hidup hanya untuk beberapa tujuan, seperti kekayaan, anak-anak, dan berbangga-bangga di antara mereka. Dalam ayat lain, dijelaskan tentang hal-hal yang melenakan di dunia,

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).

Katakanlah, ‘Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikurniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Ali Imran: 14-15)

Sebenarnya, kehidupan di dunia tidak sempurna dan tidak berharga dibandingkan kehidupan abadi di akhirat. Untuk menggambarkan hal ini, dalam bahasa Arab, dunia mempunyai perumpamaan “tempat yang sempit, peperangan dan kotor." Manusia menganggap usia 60-70 tahun di dunia sangat panjang dan memuaskan. Akan tetapi, tiba-tiba kematian datang dan semua terkubur di liang lahad. Sebenarnya, ketika kematian mendekat, baru disadari betapa singkatnya waktu di dunia. Pada hari dibangkitkan, Allah akan bertanya kepada manusia.

“Allah bertanya, ‘Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?' Mereka menjawab, ‘Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.' Allah berfirman, ‘Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.' Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? ( al-Mu'minuun: 112-115)

Mengabaikan Allah dan tidak mempedulikan kehidupan akhirat, sepanjang hidup mengejar keserakahan dunia, berarti hukuman abadi di dalam api neraka. Orang-orang yang berada di jalan ini digambarkan Al-Qur`an sebagai “orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat . Bagi mereka, Allah memutuskan, “Maka tidak akan diringankan siksa mereka dan mereka tidak akan ditolong.(al-Baqarah: 86)

“Sesungguhnya, orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. (Yunus: 7-8)

Bagi mereka yang lupa bahwa dunia merupakan tempat sementara dan mereka yang tidak memperhatikan ayat-ayat Allah, tetapi merasa puas dengan permainan dunia dan kesenangan hidup, menganggap memiliki diri mereka sendiri, serta menTuhankan diri sendiri, Allah akan memberikan hukuman yang berat. Al-Qur`an menggambarkan keadaan orang yang demikian,

“Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). (an-Naazi'aat: 37-39)

Semoga kita berusaha membina impian dan wawasan dan menyegarkan ingatan kita kembali, tentang pentingnya mempersiapkan bekal untuk perjalanan hidup yang selanjutnya...



Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang ,
Sumber kekuatan di akan datang.



Wednesday 26 May 2010

Kenangan lalu,kini anakku sudah berkahwin


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Mengimbau kenangan lalu,
Rindu-rindu di jalanan,
kini anakku sudah berkahwin (bahagian 2)

Camana nak bersalin ni, tanda-tanda nak bersalin dah ada. Darah dah keluar, sakit dah makin kerap, tapi masih belum buat keputusan di mana nak bersalin. Masih di rumah lagi. Kebetulan hari tu, lepas maghrib, ada usrah di rumah. Zauj tak sempat nak batalkan usrah tu, maka kawan-kawan zauj datang selepas maghrib.


Ummi dengar dari dalam bilik mereka memulakan bacaan zikir al-mathurat. Selepas itu solat isya' berjemaah dan diringi bacaan quran membuka majlis. Mungkin sakit ummi hanya datang sekejap-kejap ummi sempat terlena.

Tiba-tiba jam 10:30 malam,ummi tersedar apabila terasa banyak air keluar dari rahim ummi.Segera ummi khabarkan pada zauj. Zauj pun turun ke bawah, dan berbual dengan seorang pomen yang tinggal di depan pangsapuri ummi. Rumah pomen itu cuma rumah setinggan dan mempunyai 10 orang anak yang kecik-kecik. Zauj tanya, selalu isterinya bersalin di mana? Beliau cadangkan bersalin melalui khidmat bidan terlatih yang telah bersara bernama Mak Pah, tinggal di Ampang.

Zauj pun pergi dengan pomen tu menjemput bidan Mak Pah. Mujur Mak Pah ada di rumah. Terus Mak Pah mahu ikut datang ke rumah ummi. Sebenarnya ummi dan zauj tinggal di asrama Kolej Kedua UTM , Kg Baru sebagai warden asrama. Sekarang pangsa puri tu merupakan pangsa puri yang telah berusia lebih 30 tahun. Terletak di tepi Sg Ampang. Kawasan sini kerap dilanda banjir termasuklah rumah pomen tu. Bila rumah mereka di naiki air, ummi akan ajak mereka tinggal di rumah ummi sementara air banjir surut.

Bila Mak Pah sampai di rumah, terus Mak pah buat pemeriksaan dan di dapati memang sudah masa untuk ummi bersalin. Mak Pah tiba di rumah jam 12:30 malam. Malam itu adalah Ahad malam Isnin. Kiranya dah masuk hari Isnin, 23 September 1985. Sakitnya tidak terkira, contractions makin kerap berselang 5 minit sahaja.

Air yang ummi rasai sehingga terjaga dari tidor jam 10:30 malam tadi adalah air ketuban(water bag) yang telah pecah. Sebab itu sakit makin kerap dan kuat. Menunggu detik-detik terbukanya jalan untuk melahirkan anak amatlah sakit. Menitis air mata ummi menahan kesakitan tu. Ditambah pula sakit diiringi darah. Darah makin banyak keluar tetapi bayi belum kelihatan.

Sambil ummi baring di bilik tidor, zauj masak air untuk persiapan memandikan bayi nanti. Yang ada ketika itu cuma mak, zauj dan Mak pah sahaja. Mak Pah sentiasa disebelah ummi. zauj juga ada disebelah ummi, membaca doa dan menenangkan ummi. Walaupun ummi langsung tidak bersuara merintih kesakitan, tetapi zauj tahu ummi berada di dalam keadaan yang amat sakit kerana dipenjuru mata ummi, airmata sentiasa meleleh. Zauj kesat air mata ummi sambil berbisik agar ummi tidak lepas dari berzikir memohon pertolongan Allah.

Menjelang jam 3:30 pagi, dengan satu tarikan nafas, dengan sepenuh tenaga, ummi dapat melahirkan anak lelaki seberat 3.1 kg. Semasa kepala bayi dah kelihatan, Mak Pah panggil zauj, dan tunjukkan cara untuk sambut bayi lahir. Kiranya anak sulong ummi ini zauj sendiri yang sambut dengan tunjuk ajar Mak Pah. Sebaik terdengar saja suara tangisan bayi, ummi terasa amat lega dan seluruh kesakitan kerana melahirkan anak hilang sekelip mata.

Zauj bungkus bayi dengan kain pelikat, Mak Pah potong tali pusat, bersihkan darah dari tubuh, dan bawa bayi kepada ummi. Zauj tunjukkan bayi kepada ummi sementara Mak Pah menunggu uri keluar. 10 minit selepas itu barulah uri keluar bersama darah nifas. Tali pusat bayi agak panjang. Mak Pah bagitahu, syukur ummi dapat melahirkan bayi ini secara normal kerana bayi menghadapi masalah tali pusat terlilit dileher dan tali pusat itu terselimpang dari bahu kepunggung bayi. Jika tidak bijak atau tidak mahir kaedah mengeluarkan bayi , kemungkinan leher bayi akan terjerut dengan tali pusat dan lemas semasa lahir.

Alhamdullilah, ummi dapat melahirkan bayi ini dengan selamat.Memang semasa di dalam kandungan,ummi tidak pernah putus-putus berdoa, moga dipermudahkan melahirkan anak ini. Membaca quran menjadi amalan ummi tidak kira surah apa pun. Ummi tidak mengkhususkan bacaan surah tertentu seperti yang selalu orang lain amalkan. Bagi ummi, semua surah adalah Kalam Allah maka bagus dibaca tidak kira masa.

Selepas Mak Pah mandikan bayi,barulah zauj azankan bayi di depan ummi menghadap qiblat. Apabila bayi telah diazankan, Mak pah membersihkan ummi dari kesan-kesan darah. Zauj terus ambik nasi panas, dikepal-kepal dan suapkan nasi ke dalam mulut ummi. Tujuannya agar tenaga ummi cepat pulih kesan dari kepenatan dan keletihan berjuang untuk melahirkan zuriatnya. Setiap kepalan nasi, zauj bacakan selawat ke atas Rasullulah. Selepas itu zauj minumkan air suam agar ummi dapat berehat dan lena.

Menjelang subuh, zauj solat dan mengajikan quran di sisi ummi dan bayi seketika sebelum menghantar Mak Pah pulang ke rumah. Selepas itu zauj mandikan ummi dengan air panas. zauj pimpin ummi ke bilik air dan mandikan dengan air suam. Ummi terasa segar. Selepas mandi, berpakaian dan zauj suapkan nasi lagi. Masih juga nasi panas putih yang dikepal-kepal. Zauj bawa bayi pada ummi supaya ummi belajar menyusukan anak.

Ummi tanya zauj, nak namakan apa anak ini? Dan zauj sebut nama Ahmad Ali Aqbar. Ahmad yang terpuji, Ali yang tertinggi dan Aqbar yang besar. Sebab itu kini, adik-adiknya memangil Aqbar sebagai abang besar.

Suatu peristiwa yang lucu dan menjadi iktibar ialah membersihkan uri dan menanamnya.  Selepas uri dibersihkan dari kesan-kesan darah, dan zauj bungkus dengan kain putih.  Apabila hari telah siang, oleh kerana kami  berdua ini memang tidak berpengalaman, tinggal di pangsapuri pula, tak ada kawasan untuk tanam uri, zauj terfikir tanam uri dalam pasu besar yang ada di balkoni rumah kami. Selepas ditanam dalam tanah, atasnya zauj tanam dengan pokok kakus yang berduri. Seminggu lepas itu, kami tercium bau hanyir yang tidak menyenangkan. Zauj cari punca bau dan di dapati dari pasu bunga itu.

Zauj bertanya pada seorang orang tua, dan orang tua tu bagitahu,  pindahkan uri tu ke tanah, jangan tanam dalam  pasu kerana dalam tempoh proses pereputan, memang mengeluarkan bau yang tidak enak. Tak kan kami nak cium bau tu. Itulah iktibarnya, jika tidak bertanya,  bagaimana cara menanam uri yang betul.

Rasa macam baru semalam melahirkan Aqbar, hari ni ummi hadiri majlis nikahnya. Dengan sekali lafaz sahaja, akad nikah mereka sah.Suara Aqbar menyambut lafaz nikah dengan terang dan jelas sekali.Mereka dinikahkan sendiri oelh ayah Azyla. Dah kahwin rupanya anakku ini, anak yang aku lahirkan 25 tahun lalu di rumah Kg Baru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebaik selepas akad nikah selesai, terus Aqbar menyalami dan mencium pipi ummi. Diringi oleh Azyla, isteri Aqbar.

Sambungan nanti bagaimana pendidikan dan pengasuhan Aqbar ketika ummi masih belajar. Masalah Aqbar tidak mahu menyusu menggunakan botol susu dan puting tiruan...

Jangan putus dari mengharap rahmat Allah, sentiasa membantu manusia sebagai jalan mudah beramal jariah.



Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.


Tuesday 25 May 2010

Kenangan lalu,kini anakku sudah berkahwin

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mengimbau kenangan lalu,
Rindu-rindu di jalanan,
kini anakku sudah berkahwin (bahagian 1)

Terasa baru sangat ummi melahirkan Aqbar. Selepas sahaja bernikah, ummi terus tak datang haid dan disahkan hamil pada minggu ke 5 apabila ummi dapati telah lewat seminggu haid tidak datang. Kiranya ummi dikatakan bunting pelamin, walaupun ummi berkahwin tak ada pelamin.

Perkahwinan ummi pun kira sempoi sahaja, ringkas dan mudah. 3 bulan selepas bertunang ,terus ummi bernikah dengan zauj sekarang. Ummi tidak pernah kenal siapa zauj ummi sebelum bertunang. Ummi hanya diperkenalkan semasa majlis ta'aruf untuk melihat wajah dan mengetahui serba sedikit maklumat keluarga.

Seminggu selepas ta'aruf,zauj datang merisik kepada keluarga ummi. Seterusnya keluarga zauj datang meminang.  3 bulan selepas  bertunang, kami  bernikah, abah dan mak buat majlis walimah dengan menjemput kaum keluarga dan sahabat handai beberapa kampung.

Walaupun sudah bernikah, hamil lagi, ummi tetap teruskan pengajian di UTM. Memang sukar juga untuk ummi memanjat tangga sebab bangunan kuliah di UTM Jalan Gurney 27 tahun yang lalu berbeza dengan bangunan UTM CityCampus , Jalan Semarak sekarang ini. Dulu bangunan 4 tingkat tidak disediakan lift, maka jika ada kuliah di tingkat 4, ummi perlu mendaki dengan perut memboyot.  Lepas itu duduk kerusi yang ada meja lipat,  lagilah tak boleh lipat meja tu ke depan sebab sangkut perut.

Bila kandungan ummi memasuki 9 bulan, ada sahabat yang pernah tinggal serumah dengan ummi dan zauj pada awal perkahwinan mengadakan walimah di Melaka. (Masa mula kahwin, ummi dan zauj masih lagi tinggal serumah dengan kawan-kawan bujangnya, sebab kami tak mampu nak sewa rumah sendiri, maklumlah duduk di Kuala Lumpur, sara hidup tinggi.)  Kerana dia sahabat baik, maka ummi dan zauj pergi ke Melaka dengan kereta cadet kami yang buruk itu. Alhamdullilah, selamat pergi dan balik dari Kuala lumpur ke Merlimau, Melaka.


Petangnya kami balik ke Kuala Lumpur. Bila sampai di Kuala Lumpur, oleh kerana kandungan sulong, ummi bercadang nak bersalin di Perak, rumah mak abah ummi. Kereta cadet buruk tu zauj dah tak berani bawa jalan jauh, balik ke Perak antar ummi. Maka ummi dengan zauj naik keretapi malam itu juga sekembali dari Melaka,  dari Kuala Lumpur ke Parit Buntar.

Seminggu di kampung, di mana date dua bersalin sepatutnya 15 September 1985,tapi tidak juga bersalin, zauj datang semula jemput ummi bawa balik Kuala Lumpur. Tak mampu ummi nak berjuahan dengan zauj,walaupun sebab nak bersalin. Maka zauj kata, biarlah sakit senang kita bersama-sama di rantauan. "Jom balik rumah kita "

Seminggu di rumah ummi, masa itu ummi tinggal di Kampung Baru,Kuala Lumpur, barulah ada tanda-tanda nak bersalin. Tapi tak mahu pergi ke klinik atau hospital. Baru terfikir, nak bersalin dimana? Nak ke pusat bersalin swasta,tak mampu sebab bayaran mahal, sedangkan duit simpanan tak pernah ada. Nak ke hospital pula,tak pernah buat pemeriksaan antenatal di klinik kerajaan. Kalau pergi , pasti kena bebel dan dimarahi. Camana ya...



Aku hidup dalam kenangan, 
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.

Sunday 23 May 2010

Hati Yang Terluka dari jari Yang tidak bersuara

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



MENJAGA LIDAH Rasulullah bersabda: “Siapa yang beriman Kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam.” ( Hadist riwayat Bukhari dan Muslim )



Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar (Al-Qur`an: Al-Ahzab ayat 70)




Umat Islam dituntut menjaga lidah


Imam al-Ghazali banyak sekali mengupas mengenai bahaya lidah. Dalam kitabnya lhya Ulumuddin, beliau memberikan tumpuan khusus mengenai bahaya lisan, atau perihal Iidah. Melalui keupayaan akal, manusia berucap atau mengeluarkan kata-kata melalui perantaraan lidah.

Lidah bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah s.w.t, malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara. Tanpa pancaran iman dan nilai etika, menurut Imam al-Ghazali, menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.

Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan seseorang individu dan menganggap orang yang paling mulia akhlak itu adalah orang yang paling tinggi darjat keimanannya. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Hendaklah kita menjauhi perkataan-perkataan dusta.” (al-Hajj: 30)

Peribahasa lama Melayu menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut (lidah) badan binasa” memberikan satu ingatan yang tegas.

Untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana melaluinyalah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya Iebih bersopan. Sikap suka berbohong bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada Si pembohong itu sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau berbalah.”

Malah tabiat suka berbohong termasuk dalam kategori dosa-dosa besar setelah “syirik” menyekutukan Allah dan durhaka terhadap kedua ibu dan ayah. Ini ditegaskan dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu wahai Rasulullah, Rasulullah menjelaskan: Mensekutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya (ada lagi) iaitu perkataan dusta.” (Muttafaq ‘Alaih)

Jelaslah betapa besarnya pengaruh lidah dalam kehidupan manusia. Manusia yang dapat mengawal lidahnya, tidak mengucapkan kata-kata yang boleh menyebabkan kemarahan orang lain bukan sahaja disanjung malah dianggap mempunyai budi pekerti yang mulia.

Buah fikirannya akan tetap harum semerbak malah menjadi bahan renungan yang mendalam, sebagaimana kita menghormati buah fikiran Buya Hamka, meskipun dituangkannya lebih setengah abad lalu. Katanya:

“Sesekali bukan merdeka seorang yang tidak menjaga kehormatan dan tidak tahu harga diri. Yang tidak mempertahankan pendirian yang timbul dan fikiran sendiri, dan akal yang telah menimbang busuk dan baik. Kalau bertemu suatu perkara yang berlawanan dengan akalnya, tidak juga dinyatakannya keyakinan, alamat kemerdekaannya telah hilang.”

Demikian juga untuk mengenali ciri-ciri munafik ke atas seseorang ialah di mana bila bercakap ia berbohong. Daripada Abdullah bin Amru bin al-Aas, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ia mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan, iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkir, apabila berkelahi dia kejam.” (Muttafaq ‘Alaih)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Qaaf: 30)

lngatlah bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucapkan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan-perkataan yang diredai Allah akan dicatat, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian Allah akan dicatat atas kemurkaan-Nya sampai hari kiamat.

Nabi Muhammad s.a.w memberi amaran menerusi dua buah hadis yang bermaksud:

“Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dengan barat.” (Riwayat Muslim)

“Seseorang sudah cukup disebut dusta (bohong) jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang didengar.” (Riwayat Muslim)

Daripada Muaz, katanya, Rasulullah s.a.w memegang tanganku sambil berjalan lalu bersabda (yang bermaksud):

“Wahai Muaz! Aku wasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah dan bercakap benar menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan khianat dan mengasihi anak-anak yatim, memelihara jiran tetangga, mengawal kemarahan dan lembut percakapan, menyebarkan salam dan taat setia terhadap pemimpin, bertafakur memahami al-Quran, kasih akan akhirat, takut hari hisab, pendek angan-angan, baik amalan. Aku larang kamu daripada memaki-hamun orang Islam atau mempercayai pembohong atau mendustakan orang yang benar atau menderhakai raja yang adil atau melakukan kerosakan di muka bumi. Wahai Muaz! lngatlah Allah pada setiap pokok dan batu, dan bertaubatlah setiap dosa yang sabit secara sulit, yang terang secara terang.” (Riwayat Baihaqi)

Rasulullah s.a.w pernah menghadapi dilema dan mengganggu perasaannya ketika menghadapi fitnah atau pembohongan golongan munafik mengenai isterinya yang paling dicintai dikatakan telah berbuat serong dengan sahabat Rasulullah s.a.w yang masih muda bernama Safawan. Namun Allah Taala sendiri yang membersihkan Aisyah daripada tuduhan yang hina itu menerusi wahyunya dalam surah an-Nur, ayat 11 hingga 23.

lnilah tipu daya dan kerosakan serta kejahatan yang datang dari golongan munafik dalam mana-mana masyarakat dan adalah kewajipan untuk menjaga daripada kemudaratannya serta daripada fitnah dan pembohongan yang dilemparkan untuk memecahkan perpaduan umat Islam

Sekarang zaman IT, bukan lidah sahaja perlu dijaga,tapi jari-jari yang menaip di papan kekunci juga perlu dijaga. Jari-jari yang tidak punya hati,menaip dari garapan idea yang tercetus dari fikiran tuannya. Jari-jari itu bisa melukakan hati-hati yang sedang berduka dan tambah melukakan.

Jika tidak bisa memahami perasaan orang lain dikala berduka,tidak perlu untuk menambahkan lukanya. Cukup sekadar membaca,tanpa perlu menambah perisa.

Jika perisa itu mendatang keenakkan tidak mengapa, sebaliknya perisa itu menambah kepahitan sedia ada. Menjarakkan hubungan yang telah berdarah. Pilu dan sendu kian terasa.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 22 May 2010

Detik-Detik Yang Memilukan

Butiran embun


Seawal 2:53 am  mak tersedar dari tidur dan bersegera menjenguk lappy yang sleep kerana tidak aktif. Mak lihat FB,  mak lihat forum halaqahnet,  mana tahu ada nama anak mak dalam senarai user online. Semunya tak ada.


Mak menunggu embun menitis di tangan mak dinihari, tapi tak ada. Embun yang jadi penawar rindu di hati mak. Rupanya hari ini hujan lebat, tak sempat embun terbit dan menitis dihujung daun...


Wahai anak mak, janganlah dilukakan tangan mu itu, telah banyak parut-parutnya terjadi. Jangan siksa badan anak mak, cukuplah ia berparut dihati. Parut di hati tiada siapa yang nampak, tapi parut ditangan itu kelihatan sampai bila-bila.


Mak faham, tujuan anak mak melukakan kulit, setiap kali teringatkan 'bidadari' maka anak mak akan lukakan tangan sebagai peringatan bahwa cinta tu sakit. Dan usaha untuk anak mak melupakan 'bidadari'. Walaupun sakit ditangan tu tak sama sakit di hati.

Berhentilah anak mak melukakan tangan tu, kerana sakitnya di rasai di 3 tempat. Walaupun mak jauh, tapi mak rasa kesakitan tu, hati mak sakit, tangan anak mak sakit dan hati anak mak lagilah sakit.

Inilah yang dikatakan perjalanan takdir yang anak mak kata kita perlu percaya pada qada dan qadar Allah SWT. Kata-kata akhir anak mak semalam...

(21/5/2010 8:10:11 AM): "8:30 nak shutdown"
(21/5/2010 8:30:05 AM): "doakan sy"
(21/5/2010 8:31:57 AM): "masa dah sampai"
(21/5/2010 8:32:03 AM): "sy nak berubah"
(21/5/2010 8:32:27 AM): "sy berserah segalanya pd Dia"
(21/5/2010 8:32:34 AM): "baik atau buruk sy terima"
(21/5/2010 8:32:55 AM): "assalamualaikum"
(21/5/2010 8:33:09 AM): "n"
(21/5/2010 8:33:14 AM): "asm"

Detik perpisahan ini amat memilukan, dipenuhi dengan air mata dan sedu yang panjang. Tak tahu bilakan akan dipertemukan oleh Allah lagi. Anak mak pergi berjalan menuju Allah dengan berserah kepada takdir NYA. Hanya doa yang mak titipkan bersama-sama anak mak. Dipenjuru dunia mana pun anak mak berada, ingatlah selagi hayat masih ada, hubungi mak, anakku...


Selagi nyawa mak masih ada, selagi roh bersama jasad, mak tidak akan lupa mendoakan anak mak ini. Semoga kita dapat bersama-sama di dalam Rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan berlindung di bawah panji syafaat Nabi Muhammad SAW. Anak mak pernah janji nak duduk bersama mak di akhirat nanti tidak kira di mana mak berada. Maka anak mak berusahalah agar perjalanan kita menuju Allah di bawah redhaNYA.

Friday 21 May 2010

Tangisan sendu seorang anak

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ajal adalah satu ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah. Tarikh, tempat, detik waktu, dan bagaimana cara adalah hak mutlak urusan Allah. Setiap orang telah ditulis tempoh ajalnya secara tepat pada pengetahuan Allah, tidak boleh dikemudiankan dan didahulukan walaupun sesaat. Penentuan dan ketetapan itu adalah hak mutlak milik Allah dan tidak ada seorang pun boleh melarikan diri dari ketentuan kematiannya apatah lagi mengelak atau menukarkan kepada orang lain. Allah berfirman:

"Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (al-A’raf : 34)




Tangisan sendu seorang anak,  Jam 8:24 am, 21 May 2010


Here today, gone today
Hurry up and wait
I'm never there for you or me
Can't you read the story of our lives
Death to me and life for you
...Something isn't right
And I need some space
To clear my head, to think about my life


And I can't be alone

I just need some space
To clear my head, to think about my life
With or without you

We fight it out
We work it out
Give me some time to unwind
We fight it out
We work it out
Give me some time to unwind

I must confess
I'm falling apart
Breaking your heart
Crying with you on the phone
We're walking on thin ice
I hope it doesn't break

And I need some space to
Clear my head to think about my life

With or without you

We fight it out
We work it out
Give me some time to unwind
We fight it out
We work it out
Give me some time with or without you

Mile over mile we are farther apart
Now it's one empty bottle
And two broken hearts
Night after night we are falling apart
Now it's two broken bottles
And four empty hearts

Decompression
Depression period

And I need some space
To clear my head, to think about my life
With or without you

I'm never there for you or me
Can't you read the story of our lives



Mak tak berdaya, mak lemah, mak pasrah dengan ketetapan dan kehendak Allah SWT. Anak mak tetap anak mak dunia dan akhirat. Semoga Allah yang peliharan aqeedah dan iman anak mak walau dimana anak mak berada. (anak mak ibarat embun pagi yang mak sentiasa tunggu kehadiranya disetiap dinihari.)

Thursday 20 May 2010

Duka dan sayu seiringan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berat ujian untuk anak mak hadapi. Mak hanya memandang, anak mak yang memikulnya. Hati mak mana tidak menangis melihat beratnya ujian yang anak mak hadapi.

Siapa dan dimana muslimah ikhlas untuk diperisterikan? Buat teman berjalan menuju kepada Allah Taala. Perjalanan yang panjang penuh ranjau dan duri. Apa yang mak mampu, hanyalah doa. Mak akan terus berdoa...

Cepat atau lambat doa itu disampaikan adalah urusan Allah.Sebagai makhluk, mak cuma boleh berdoa. Untuk berusaha dan berikhtiar, mak tak tahu jalan mana lagi untuk ditempuh. Anakku, redhalah dengan qada dan qadar Allah.

Mak yakin dengan janji-janji Allah. Tabahlah anakku,sabarlah anakku...

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah,ayat 186 bermaksud :

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."


Mak amat takut dengan clip video yang anak mak paparkan kat wall FB anak mak tu. "A convert's regret" by Malaysia Kini.Com. Kisah seorang mualaf bernama Faizal Wong yang menyesal memeluk Islam kerana perlu menempuh hidup sunyi dan sendirian dipulau keluarga dan saudara.


"A convert's regret"
www.youtube.com
Ten years ago, Faizal Wong Abdullah became a Muslim. He ways because of the influence of his friends, but at the expense of his family who effectively disowned him. Now he wants out. He wants to revert and filed an application to do so in March... ...


Mak takut sangat...

Janganlah kerana besarnya badai dan gelombang yang perlu anak mak hadapi, anak mak tergadai iman yang secebis cuma. Jangan anak mak. Kerana Allah sayang, anak mak diberikan berbagai ujian dugaan. Hidup sendiri , sunyi, sepi tanpa saudara kandung dan muslimah yang bergelar isteri. Anak mak masih ada mak...

Janganlah anak mak menyesal memilih jalan ini. Allah pelihara anak mak dari kecil lagi. Dari usia yang muda, anak mak dipilih Allah untuk menempuh berbagai dugaan dan cubaan hidup. Semuanya anak mak telah lalui, dan mampu hadapi dengan tabah dan sabar. Jadi bukanlah, hanya bila bertemu mak, anak mak diberikan ujian ini.

"jgn ym sy lg"
" sy akan buat apa saja"
"sy nak hidup mcm sebelum kenal mak"
" mak yg bawak mcm2 ujian utk saya"
" mak dah bunuh jiwa saya"
" mak beri harapan"
"mak kecewakan saya"
"sy tak layak jd anak mak"

Anak mak dah ceritakan semua perjalanan hidup anak mak dari kecik hingga kini. Banyak yang pilu,sendu, sayu dan duka. Banyak yang pahit dari ceria sehingga anak mak dipilih Allah untuk menerima hidayahNYA. Alhamdullilah, jika ketika sebelum itu anak mak mampu menempuhnya sendirian, jadi apalah bezanya kini dengan dugaan yang datang. Tambahan kini anak mak tahu, bahawa sesiapa yang sering diduga itu,tanda Allah sayang. Jadi  TIDAK  BENAR anak mak kata,   bila jumpa mak, baru anak mak sering mendapat ujian.

Dan ingatlah Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah , ayat 286 bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."


Walaupun mak ini tidak mampu untuk bertindak lebih dari berdoa dan bertawakkal. Mak pun tidak tahu bagaimana usaha dan ikhtiar lagi untuk mencari calon isteri untuk anak mak. Mak mengharap anugerah Allah mengurniakan anak mak isteri solehah yang qanaah, hidup seadanya. Mengharapkan hadir seorang isteri yang mendambakan syurga bersama anak mak.

Benar, ramai yang mimpikan keindahan dunia. Dunia ini penuh dengan tipu daya. Di mana mak nak cari muslimah yang cintakan akhirat kerana kebanyakkan hanya bijak berbicara dan berkata seindah purnama. Maafkan mak...

Maha Suci Allah, aku mengharap belas kasih MU, ampun kan aku...aku mengharap limpah kurnia MU, sampaikan lah hajatku, perkenankan lah doaku....


Mak pun tak tahu,bila air mata mak ini akan berhenti mengalir melihat anak mak yang sentiasa sayu,pilu dan berduka begini. Patutlah mak sentiasa tersedu samada dalam tidur atau jaga, kerana rupanya hati mak menangis setiap masa tanpa mak sedar.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday 19 May 2010

Sabar hadapi ujian bukti insan beriman


Halwa dan madu buat diriku sendiri dalam menjalani kehidupan dan berjalan menuju kepada Allah yang Maha Pengasih. Allah yang menciptakan setiap kejadian di alam ini. Dengan keagungan dan kebesaranNYA ada hikmah disebalik setiap penciptaan dan kejadian itu.



MENGUNGKAP perkataan sabar, tenang, jangan marah, jangan ikut hati, jangan gopoh dan reda kepada orang lain memang mudah. Itulah kata-kata azimat sebagai tanda simpati dan nasihat kepada individu berdepan musibah atau keadaan memerlukan kesabaran untuk menghadapinya.

Namun, ternyata amat payah untuk diri sendiri mengamalkan sikap sabar. Ketika menghadapi musibah atau keadaan yang mengatasi daya ketahanan fizikal dan mental, memang amat sukar untuk bersabar. Sebab itu, individu dalam keadaan sedemikian memerlukan sokongan emosi daripada orang lain.

Sabar bererti menahan diri ketika mengalami penderitaan, musibah, keadaan tidak diingini dan kegagalan. Sifat sabar juga diperlukan agar tidak mengikut kehendak hati atau perasaan mendorong melakukan perbuatan mendatangkan keburukan.

Tanda sabar juga ialah apabila sanggup melakukan perkara sukar demi untuk mendapat kebaikan. Istiqamah dan kesungguhan yang tinggi, serta sanggup menghadapi tempoh panjang dalam melakukan sesuatu tugas juga termasuk dalam erti sabar.



Dari sudut agama, sabar dikategorikan kepada tiga perkara.

Pertama, menahan diri daripada perkara disukai, tetapi dilarang oleh agama.

Kedua, menahan diri daripada keadaan tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi.

Manakala ketiga, dalam melakukan perintah Allah.

Sifat sabar amat dituntut dalam Islam. Banyak kebaikan diperoleh oleh mereka yang bersabar. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan amalan hamba-Nya yang bersabar dengan diganjar kebaikan di dunia dan akhirat.

Banyak perbuatan disukai manusia tetapi ditegah oleh agama. Perbuatan itu tentunya mendatangkan keburukan jika dilakukan. Islam menetapkan peraturan hidup agar menjauhkan perbuatan mendatangkan keburukan.

Nafsu manusia mudah tertarik kepada perbuatan mendatangkan kepuasan sementara. Bisikan syaitan menyebabkan nafsu cenderung melakukan perbuatan yang ditegah. Individu yang tidak melakukan perbuatan itu akan terasa rugi, sedangkan orang lain menikmatinya dengan rasa puas.

Justeru, sifat sabar penting untuk menghalang diri turut terbabit perbuatan mendatangkan keburukan itu. Kesabaran dalam kategori ini ada manifestasi kepada tanda bertakwa, yakini takut melakukan perbuatan yang ditegah.

Bersabar dalam kategori kuat menghadapi musibah banyak situasinya. Perkara yang menyusahkan keadaan fizikal dan rohani kerap dihadapi silih berganti. Kematian, penyakit berbahaya, kerugian harta benda dan kejadian tidak menyenangkan mesti dihadapi dengan sabar.

Kesabaran menghadapi ujian dapat memberi ketenangan menerima ujian daripada Allah. Banyak kebaikan terselindung di sebalik sesuatu kejadian. Terimalah itu sebagai qada dan qadar ditentukan oleh Allah.

Namun, kita wajib berusaha mengelak daripada ditimpa perkara buruk. Melakukan tindakan pencegahan adalah sebahagian daripada usaha yang mendapat balasan kebaikan. Kita tidak boleh berserah kepada takdir semata-mata. Dikatakan takdir hanya selepas usaha dilakukan.

Musibah antara cara Allah menguji kesabaran hamba-Nya. Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Individu memiliki iman yang teguh, nescaya tidak rasa keluh kesah menerima ujian Allah. Mereka tenang dan bersabar atas apa yang menimpa. Pada masa yang sama usaha untuk mendapat kebaikan diteruskan tanpa jemu.

Dari situ, Allah memberi balasan yang lebih baik. Bahkan, banyak individu yang bersyukur menyatakan kebaikan diperoleh hasil usaha selepas pernah menerima musibah sebelumnya.

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala lebih baik daripada apa dikerjakan oleh mereka.” (Surah an-Nahl, ayat 96).

Orang sabar sentiasa mendekatkan dirinya di sisi Allah. Iman dan takwanya semakin teguh. Hatinya tabah berserah kepada Allah. Dalam hatinya tetap beriktikad dan yakin bahawa apapun yang dialaminya tidak sekali-kali menyebabkan dia menyekutukan Allah.

Individu bersabar tetap memohon pertolongan dan doa kepada Allah, tanpa sedikit berpaling mencari pertolongan kepada lain. Hal demikian tidak sia-sia kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang sabar.

Segala apa terjadi ketentuan daripada Allah. Hamba bertakwa sentiasa melakukan perkara disuruh dan menjauhkan apa dilarang.

Sesungguhnya Allah menggantikan sabar dan takwa dengan pertolongan tidak disangka-sangka. Sesuatu keburukan mungkin berlaku akan digantikan oleh Allah dengan kebaikan atas sifat rahmat-Nya.

Kategori sabar dan tekun melakukan sesuatu tugas juga penting dijadikan amalan. Kebanyakan usaha memerlukan masa yang lama, baru mencapai apa diingini. Kesabaran amat perlu ketika berdepan dengan kegagalan. Ia dapat mengelak diri daripada berputus asa dan tidak mahu meneruskan perjuangan.

Individu yang bersabar menerima setiap kegagalan sebagai satu cabaran untuk berusaha lebih gigih. Sikap itu membuka peluang untuk berjaya dengan lebih cemerlang. Usaha untuk berjaya dilakukan dengan fikiran lapang dan lebih berhemah.

Mengapa mesti marah dengan kegagalan? Sepatutnya kegagalan dijadikan perangsang untuk berusaha lebih gigih secara konsisten. Kejayaan hasil usaha lama dan menghadapi kesukaran lebih bermakna dan dihargai.

Kejayaan tokoh ternama dalam bidang masing-masing dicapai hasil daripada sikap sabar dan tekun dalam usaha yang dilakukan. Mereka terpaksa menghabiskan masa dan tenaga untuk mencapai apa dihajati.

Individu yang tidak bersabar sesungguhnya menjadi rakan syaitan yang sering mencetuskan kerosakan dengan api kemarahan. Syaitan menggalakkan sikap tidak sabar untuk merosakkan kehidupan manusia.

Wallahu aklam.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Redha Dengan Apa yang Telah Allah Berikan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kita seharusnya menyedari dengan keyakinan yang hakiki bahawa kita TELAH mempunyai segalanya pada masa ini, kerana hanya dengan menghayati apa yang kita miliki pada waktu ini barulah kita dapat membuatkan kehidupan kita sepertimana yang kita impikan. Kita mesti belajar untuk menerima dan redha terhadap kehidupan kita pada masa ini. Kita hidup di dunia yang serba cukup walaupun majoriti dari manusia mempelajari bahawa dunia ini kejam dan sentiasa tidak cukup.



Sebenarnya, anugerah Allah adalah tidak terbatas merangkumi perkara-perkara baik, perkara-perkara yang indah dan pengalaman. Segalanya adalah mencukupi bagi semua makhlukNya, sentiasa cukup. Selama ini kita telah tertipu, kita telah dipengaruhi oleh pendapat yang tidak benar yang mengajar kita bahawa hidup ini penuh derita, sengsara dan sumber-sumber yang terhad. Hakikat yang sebenarnya ialah kehidupan kita serba cukup dan kita mampu memiliki apa yang kita mahukan.

Hasan al Bashri ditanya tentang rahsia zuhudnya. Ia menjawab: “Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, karena itulah qalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat diambil oleh orang lain karena itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, karena itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, karena itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."

Ramai dari kita berfikiran bahawa siapa kita, apa yang kita ada, apa yang kita lakukan adalah tidak mencukupi. Ini adalah satu pendapat yang silap. Kita telah belajar tentang Hukum Tarikan, dan bilamana kita masih secara tanpa kita sedari, masih beranggapan bahawa kita masih belum bercukupan dalam hidup, kita masih lagi menarik frekuensi ketidakcukupan kedalam hidup kita.

Jika kita merasakan bahawa diri kita tidak sempurna, ini adalah betul dan benar, tetapi jika kita merasakan bahawa apa yang kita miliki tidak masih tidak cukup, maka kita akan berterusan menerima keadaan ketidakcukupan.

Maka inilah masanya untuk kita menyedari hakikat bahawa kita adalah dalam keadaan sentiasa cukup. Kita mesti mengakui bahawa diri kita pada saat ini adalah cukup sempurna sebagai manusia dalam konteks kesempurnaan seorang hamba. Kita cukup sempurna, sebagaimana diri kita sekarang ini.

Sekiranya kita tidak mahu mengakui hakikat ini, kita akan sentiasa merasa tidak puashati dengan apa yang kita ada dan hati kita akan menjadi susah untuk bersyukur dan mensyukuri nikmatNya.

“Barang siapa yang mengira lenyapnya kasih sayang Allah dari ketetapan (Qodar) Allah, maka yang seperti ini adalah karena dangkalnya pandangan iman.”

Menduga duga tentang pemberian Allah, terutama berburuk sangka kepada-Nya atas nikmat nikmat-Nya adalah perbuatan dosa. Seorang hamba dilarang menduga bahwa Allah telah mengurangi kasih sayang dan pemberian-Nya karena sesuatu bencana yang sedang dialami oleh si hamba.


Jadi, bilakah kita akan merasa berpuashati? Bilakah kita akan bersyukur? Adakah setelah kita dapat menurunkan berat badan sebanyak 10kg? Atau setelah memiliki wang simpanan sebanyak RM1 juta? Atau setelah menemui pasangan kekasih yang ideal? Apakah selagi kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, kita tidak mahu bersyukur? Bagaimana kita membuat ukuran untuk berasa puashati dengan hidup dan seterusnya bersyukur?

Kita tidak perlu menunggu sehingga segala impian kita tercapai untuk dapat menikmati dan menghayati rasa kecukupan dalam hidup ini kerana jika kita berfikiran begini, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan ini dan kita tidak akan berupaya untuk berasa ikhlas dalam mengucapkan syukur kita kepada Allah.

Apa kata jika kita selarikan fikiran dan perasaan kita dengan rasa serba cukup? Kamu adalah sempurna sebagai seorang manusia, kamu adalah seorang yang mempunyai segalanya dari segi rohaniah, jiwa dan semangat, yang membolehkan kamu untuk memiliki apa yang kamu inginkan dalam kehidupan kamu dan mencapai cita-cita dan matlamat hidup kamu.

Kamu ada segalanya yang kamu perlukan dalam jiwa kamu, untuk mendapatkan pekerjaan yang kamu sukai, pasangan yang kamu impikan, dan juga cita-cita kamu. Kamu sentiasa mempunyai segala yang kamu perlukan. Berpuashati dan bersyukurlah dengan apa yang kamu telah miliki sekarang ini.

Katakan pada dirimu " Aku berpuashati dengan apa yang aku telah miliki, dengan segala yang telah dikurniakan Allah kepada ku selama ini, Kasih sayang, kebahagiaan, perlindungan keselamatan segalanya ada padaku, anugerah dari Allah yang Maha Kaya Raya, Maha Suka Memberi, Maha Pemurah, Maha sebaik-baik pelindung"

Mulakan dari sekarang, pada saat ini, dengan apa yang telah ada pada kita pada saat ini. Tetapkan matlamat kita, kenalpasti apa yang kita inginkan, yakini bahawa kita pasti akan dapat mencapai matlamat dan apa jua impian kita dan cuba rasakan bahawa kita telah pun mencapainya.

Allah telah berfirman : "Aku mengkabulkan semua doa, mintalah padaKu, jangan minta pada yang lain, nescaya akan Aku makbulkan."

Apabila kita memohon dengan penuh HusnulDzon, dengan hati yang penuh rasa syukur kerana telah dapat menghayati rasa cukup dalam hidup, Insya Allah, doa kita akan cepat dimakbulkan. Kerana inilah, kita perlu memahami Hukum Kecukupan, bukan sahaja memahami Hukum Tarikan.

Jika Allah mengabulkan doamu maka Dia mencintaimu,Jika Allah belum mengabulkan doamu,maka Dia sedang mengujimu,Jika Allah tak mengabulkan doamu,maka Dia merencanakan sesuatu yang lebih baik untukmu.

Firman Allah: "Ini adalah kuniaan Tuhanku untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau sebaliknya dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya kembali kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah." (An-Naml-40)

Manusia itu diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian, sesempurna kesempurnaan seorang manusia yang diberi tugas besar sebagai Khalifah dimuka bumi ini, maka Allah telah membekalkan kepada manusia keistimewaan2 dan kelebihan berbanding dengan makhluk Allah yang lain. Antara keistimewaan dan kelebihan kita yang dibekalkan Allah adalah bumi ini diciptakan serba cukup mewah . Kita perlu menselarikan fikiran dan perasaan kita dengan keadaan persekitaran kita didunia ini yang pada hakikat sebenarnya adalah serba cukup dan mewah.

Hayatilah apa yang Allah mengingatkan kita dalam surah: Ibrahim, Ayat 31-34

Allah telah menciptakan langit dan bumi, menurunkan air hujan dari langit, dengannya dikeluarkan buah-buahan yang boleh menjadi rezeki bagi kamu. Ia memudahkan bagi kamu kapal untuk belayar di lautan dengan perintahNya dan memudahkan kamu menggunakan sungai dan memudahkan untuk kamu matahari dan bulan yang terus beredar atau di sungai-sungai. Semuanya itu dengan perintahNya. Allah memudahkan bagi kamu dengan putaran malam dan siang. Dia memberikan kamu setiap perkara yang kamu pohon. Kiranya kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah tidaklah terkira, tetapi manusia itu zalim dan ingkar tidak berterima kasih.

Kita dihidupkan dalam satu keadaan dimana diri kita ini adalah bersambung dengan aliran tenaga. Apabila kita telah membuat keputusan untuk merubah cara minda kita berfikir kepada sentiasa cukup, maka kita telah menarik tenaga2 sentiasa cukup itu dalam hidup kita. Kecukupan/kesempunaan bukan bermakna hanya cukup-cukup, tetapi tetapi mewah dan tidak putus-putus. Segala yang kamu inginkan, kamu boleh perolehi dengan jumlah yang maksima.

Kita boleh lihat bukti dengan melihat beberapa manusia yang kita selalu panggil dengan gelaran manusia cemerlang, yang mana mereka ini sebenarnya faham akan apa itu Hukum Kecukupan dan Hukum Tarikan. Kerana itu, kita dapat melihat, mereka hidup dalam keadaan yang mereka impikan. Penuh kasih sayang, Pasangan yang sempurna, Anak-anak yang membahagiakan dan berjaya, Kerjaya yang mereka minati, ekonomi yang stabil, dan juga gaya hidup yang bersih, gembira, taqwa dan penuh kesyukuran. Air muka yang sentiasa tenang dan bersih.

Kita sebenarnya selalu mengikutkan hawa nafsu yang memang tidak pernah merasa puas, tetapi cepat muak. Selalu tidak pandai untuk menghayati apa yang kita perolehi, tidak bersyukur dan kadangkala tidak perasan dengan nikmat yang ada dihadapan kita. Oleh sebab inilah, maka kita berterusan hidup dalam keadaan sering tidak cukup, merungut dan tidak puas hati, kerana secara kita tidak sedari, mengikut Hukum Tarikan, kita akan sentiasa menarik frekuensi serba tidak cukup dan tidak puashati dalam hidup kita.

Kebahagiaan yang sebenarnya bukanlah diukur dari berapa banyak wang yang kamu ada, atau berapa besar rumah kamu, atau berapa mahalnya kereta kamu, tetapi kebahagiaan yang sebenarnya adalah apabila kamu betul-betul merasakan kebahagian pada hati kamu dengan apa yang telah kamu miliki, dan juga apabila kamu mendapati hati kamu berasa tenang, aman dengan apa yang kamu ada pada hari ini. (tidak merasakan lagi aku perlu itu, perlu ini, baru aku boleh senyum).

Apabila kita telah berjaya mengajar diri kita untuk mendapat kebahagiaan dalaman (jiwa/rohani) barulah kita dapat menarik kebahagiaan material (luaran ) kedalam kehidupan kita (semak Hukum Tarikan dan frekuensi positif)

Maka, terapkan dalam hati kita sekarang ini. Aku syukur dan bahagia dengan apa yang Allah kurniakan padaku selama ini, "I have plenty" . Bersyukurlah dan berbanggalah dengan apa yang kamu ada dan dengan pencapaian kamu sekarang, maka dari situ, kamu akan dapat menambahkan lagi apa yang kamu belum capai.

Firman Allah: Sesungguhnya, kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia telah bersyukur bagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha kaya lagi Terpuji (Luqman:12)

Bagaimanakah caranya untuk membebaskan diri kita dari prasangka tidak cukup dan membawa diri kita kearah menghayati Hukum Kecukupan? Ada beberapa langkah yang mudah, yang tidak memerlukan masa atau wang anda, cuma perlukan perubahan pada sikap anda.

1. Hargailah dan Syukurilah setiap sesuatu yang kamu miliki. Ia tidak semestinya harta dan material, ia juga mencakupi kesihatan kamu, usia kamu yang masih hidup hingga hari ini, setiap hari masih ada makanan untuk kita makan, masih ada orang yang mahu menegur kita, masih ada orang yang mengucapkan "selamat pagi, atau salam sejahtera, atau assalamualaikum". Syukurilah segala nikmat Allah dari sekecil-kecil yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tak dapat kita sebut kan satu persatu akan nikmat Allah pada makhluknya yang bernama MANUSIA ini.

Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara2 yang kamu tidak miliki, tetapi, luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk bersyukur sekurang2nya pada 5 perkara yang kamu perolehi pada hari itu. Ketika memikirkan 5 perkara ini, hayatilah betul-betul dan rasainya kedalam perasaanmu.

Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali, yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak-kanak itu tidak menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak-kanak itu?

Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu, mengucapkan terimakasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya? Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada kanak-kanak itu?

Begitulah perbandingan antara Tuhan dan hamba-hambanya. Firman Allah: "Barang siapa yang mensyukuri nikmatKu, maka Aku akan menambahkan lagi nikmat Ku kepadanya"

Oleh itu bersyukurlah, berterimakasihlah, dan Allah akan menambahkan lagi apa yang kamu ada.

Jika dalam Hukum Tarikan, kita belajar bahawa mewujudkan keinginan itu amat penting, maka dalam Hukum Kecukupan, kita mempelajari bahawa Mensyukuri dan Menghargai nikmat itu amat penting. Kedua dua perkara ini saling berkait antara satu dengan yang lain.

2. Wujudkan suatu persekitaran, kekuatan atau vakum pada diri kita, dimana semua perkara yang baik sahaja berada disekeliling kita.

Jangan isikan hidup kita dengan perkara2 yang sebenarnya kita tidak betul-betul perlukan. Ini adalah pembaziran. Walau pun kamu seorang jutawan, tidak bermakna kamu boleh membazir. Ingat! Membazir adalah sifat syaitan dan perlu dijauhi.

Tanya diri kamu setiap kali kamu keluar untuk berbelanja, apakah barangan yang ingin kamu beli itu, benar-benar kamu perlukan atau tidak. Kecukupan bukan bermakna diri kita penuh dengan barangan 2 yang kita tidak perlukan.

Kecukupan dalam hidup adalah dengan mencari dan memperolehi perkara2 dan pengalaman yang benar-benar berguna untuk diri kamu yang benar-benar kamu. Contohnya, kadangkala kita membeli sesuatu barangan kerana kita diberitahu oleh kawan, bahawa kita perlu ada barangan tersebut, mungkin bagi kawan kita, barangan itu memang berguna untuk dirinya, tetapi tidak pada kita. Maka elakkanlah perkara ini dari berlaku. Kenalpasti keinginan sendiri.

Mulakan membersihkan persekitaran peribadi sendiri, bilik tidor dari benda-benda yang tidak digunakan lagi atau yang tidak diperlukan. Isikan wardrobe dengan pakaian2 yang relevan dan diperlukan, yang memang tidak akan dipakai, sedekahkan pada orang yang memerlukannya. Kemas meja dari nota-nota atau kertas yang lebih merupakan sampah sahaja. Kemaskini dokumen2 dengan sistem fail yang tepat dan kemas. Bersihkan longkang dirumah , atau kosongkan tong sampah. Berdisiplinlah dengan hidup ini. Buang semua cara berbelanja yang membazir. Bebaskan pemikiran , cara bercakap, apa yang dipercaya, tindakan-tindakan yang selama ini berasaskan tidak cukup dan tidak puas.

3. Bersedekah dan berderma. Jadilah seorang yang pemurah. Kita sentiasa inginkan agar Allah menunjukkan sifat PemurahNya pada kita, tetapi adakah kita seorang yang pemurah dengan kemampuan diri yang ada pada kita? Dalam Islam " Satu sedekah ganjarannya adalah Sepuluh kali ganda" maksudnya setiap satu sedekah yang ikhlas dari kita, maka Allah akan membalas balik dengan sepuluh kali ganda dari apa yang kita sedekah.

Dalam Hukum Tarikan, amalan bersedekah amat disarankan kerana dengan bersedekah, kita menghantar frekuensi bahawa kita mempunyai lebihan wang, maka kita menarik tenaga kecukupan pada diri kita. Sedekah juga mengajar hati kita menjadi bersih, ikhlas, dan dapat menghayati dan memahami kesusahan orang lain. Maka jadilah dermawan..senyum juga satu sedekah. Bersedekahlah dengan apa yang anda miliki, tak semestinya wang, anda juga boleh berdoa untuk kesejahteraan orang lain, menyedekahkan tenaga dan sebagainya dengan ikhlas.

Rezeki dalam bentuk apa juapun adalah tenaga, sebagaimana yang kita semua faham bahawa seluruh alam ini termasuk diri kita adalah terdiri dari zarah-zarah atom yang merupakan tenaga. Tenaga bergetar dan bergerak dalam satu aliran-aliran yang tersendiri.

Cuba kita lihat pergerakkan udara (angin) dalam sebuah bilik yang tertutup, hanya tingkapnya sahaja yang terbuka. Kebarangkalian untuk angin mengalir masuk melalui tingkap adalah amat sedikit walaupun masih ada cukup udara dan oksigen. Sekarang, kita buka pintu bilik itu, anda akan dapat rasakan angin bertiup mula masuk melalui tingkap itu dan keluar melalui pintu kerana sudah ada aliran untuk udara keluar masuk.

Begitu juga lah dengan rezeki dan kecukupan diri kita. Rezeki akan datang melimpah ruah andainya kita sedia berkongsi apa yang kita perolehi (bersedekah/murah hati) dengan orang lain. Tidak semestinya wang, ilmu juga jika disimpan, tidak diamalkan dan tidak disampaikan, ianya tidak akan bertambah malah menjadi semakin malap.

4. Maafkan semua perkara yang menyakitimu. Bebaskan hatimu dari dendam. Apabila masih menyimpan kemarahan, tak kira atas alasan apa pun, sebenarnya, hanya menyakiti dirimu, bukan menyakiti orang yang dimarahi. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari semalam, dimana hari kita berasa disakiti, ini hanya akan menyulitkan kita untuk maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang baik. Let it go..let it go...release it..let it go...

Antara cara terbaik untuk menghilangkan kemarahan, ialah menulis sepucuk surat, atau senarai yang kamu boleh tulis segala apa yang kamu marahkan dalam hidup kamu selama ini. Tulis lah semuanya, hingga kamu akan dapat merasakan kemarahan kamu telah pun berpindah keatas kertas itu..dan kemudian, bakarlah kertas itu.

Maafkan sesiapa yang telah melukakan kamu, bersalah denganmu.Luangkanlah dalam 10 minit sehari dengan mengucapkan:
"Aku maafkan dan bebaskan ...............dan aku harap mereka bahagia dan mereka akan pergi dari ku."

Antara kebaikan yang akan anda rasai apabila memaafkan seseorang:

1.Hati akan menjadi bersih/suci

2.Fikiran menjadi tenang

3.Penyakit rohani dan jasmani mudah sembuh

4.Wajah lebih cantik/tampan kerana wajah adalah cermin hati

5.Suntikan hidayah akan memasuki jiwa anda

6.Rezeki akan dipermudah dan mula melimpah ruah

7.Mula dapat merasai kehadiran kasih sayang yang banyak dari berbagai sudut

8.Diri akan menjadi lebih produktif kerana anda lebih bertenaga dan bersemangat

9.Doa cepat dimakbulkan

10.Kemampuan tenaga zahir dan batin akan meningkat


Praktikkan cara-cara ini, semoga anda akan dapat menukar minda anda kepada manusia yang berfikiran Serba Cukup, maka dengan mengamalkan Hukum Kecukupan ini, semoga Hukum Tarikan yang anda amalkan akan mudah dimenifestasikan.

Semoga kita semua beroleh Rahmat dan Petunjuk dari Allah S.W.T sentiasa. Ingatlah, hidup ini adalah indah, apabila kita benar-benar bersyukur. Segala terletak pada hati/perasaan dan fikiran/minda kita. Kita harus melihat pemberian Allah dengan mata rohani, sehingga mampu merasakan kekayaan rohani yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah.

Keselamatan, kesehatan, ketenangan, keyakinan iman dan banyak lagi lainnya adalah kekayaan rohani yang sangat mahal harganya. Allah Ta’ala tidak pernah melupakan hamba hamba-Nya, manusialah yang lupa kepada-Nya. Karena sedikit sekali manusia yang bersyukur kepada pencipta-Nya.

Sabda Rasullullah S.A.W : Pada anggota manusia itu, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka akan baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan daging itu adalah hati/perasaan.

Wallahuaklamubissawab






Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 18 May 2010

Biar Kasihku Bersemi Bersama Airmata

Kasih dan sayang yang telah bersemi tidak mungkin berlalu begitu sahaja,

Wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Jadikan aku hamba yang redha dengan apa yang telah ENGKAU takdirkan buatku,
ENGKAU mengetahui apa yang aku nyata dan apa yang aku rahsiakan, maka terimalah keuzuranku, aku lemah,tak berdaya,  pasrah pada wahai Tuhanku Yang Maha Agung.

 Biarkan airmata yang mengalir  dan sedu terus beralunan seirama dengan hembusan nafasku ini.

MENYAYANGI TIDAK BERERTI MEMILIKI,
MEMILIKI TIDAK BERERTI MENYAYANGI...



Kasih sayang Itu Tidak Memerlukan Sebarang Syarat.Kasih Itu Adalah Apabila Kita Dilihat ‘indah’ Dimata Org Yg mengasihi Kita Ketika Org Lain Tidak Tahu Di Mana Letaknya Keistimewaan Kita…..

Kasih Itu Juga Adalah Suatu Keinginan Untuk Melihat Org Yg Kita kasih Itu Bahagia Dan Gembira Walaupun Dia Sendiri Tidak Menyedari Akan Kewujudan Kita….

Adakalanya Kita Begitu Mencari Kaish Yg Jauh Sehingga Terlupa Akan kasih Yg Sebenarnya Selama Ini Ada Dihadapan Kita…Memberikan Segala Sokongan….Mengambil Berat Akan Hal Kita….Tapi Sudah Menjadi Adat Manusia…Yg Jauh Asyik Teringat….Yg Ada Di Depan Mata Langsung Tak Terpikat .....


Kasih Itu Tidak Menuntut Kita Menjadi Org Lain….Tetapi Menjadi Diri Sendiri.Kasih Yg Suci Tidak Menuntut Perubahan Atau Pengorbanan Yg Besar Demi Org Yg Kita Kasihi…



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 17 May 2010

Mengasihi Diri Sendiri

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Untuk menjadikan diri kita seseorang yang sentiasa berfikiran positif, adalah amat penting untuk kita menyedari kepentingan menyayangi diri kita sendiri. Kita perlu menghargai kesudian Allah untuk menciptakan kita sebagai salah seorang manusia yang pernah lahir dimukabumi Allah ini. Tanpa kesudian atau kehendakNya, kita tidak akan hadir dibumi ini untuk merasai segala apa yang telah kita rasakan selama ini. Kadangkala kita lupa dan tidak menyedari akan hakikat ini. Dengan menyedari bahawa penciptaan Allah terhadap diri kita adalah satu anugerah, maka dengan itu, wajiblah kita berterimakasih kepada Allah diatas anugerah kehidupan yang diberikanNya ke atas diri kita.

Dengan keizinan dan kemahuanNya, maka kita dapat merasai suka, duka, sedih, gembira, lapar, dahaga, kenyang, membuat pilihan, merasai perasaan cinta, kecewa, dan pelbagai macam lagi nikmat-nikmat yang tak terkira dan tak terhitung oleh kita. Sepertimana yang diulang oleh Allah sebanyak 31 kali didalam Surah Ar-Rahman:

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman: 13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77)

Maka salah satu daripada cara kita berterimakasih atau bersyukur kepada Allah ialah dengan cara menyayangi diri kita sendiri. Kita mesti menghargai setiap segi dari apa yang ada pada diri kita sama ada dari segi fizikal mahupun rohani. Kita harus berbangga dengan diri kita, bangga yang dimaksudkan disini bukan riak atau takjub dengan diri kita sendiri sehingga memandang rendah pada orang lain. Tetapi kita mesti berbangga dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah untuk diri kita dan dimasa yang sama kita mesti juga menghargai dan menyayangi makhluk ciptaan Allah yang lain.

Firman Allah " Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"

"Seseorang yang beriman itu adalah seseorang yang mana manusia lain selamat dari tangannya dan perkataannya.

Tetapi, bagaimanakah kita ingin menyayangi seseorang, sekiranya kita sendiri tidak tahu untuk menyayangi diri kita? Oleh itu, mulai saat ini, mulakanlah satu hubungan cinta dengan diri anda. Berbanggalah dengan paras rupa anda, dengan rambut anda, dengan bentuk tubuh fizikal anda, terimalah diri anda seadanya. Berikan perhatian pada diri anda seperti mana anda memberikan perhatian kepada orang yang anda cintai atau kasihi.

Hargai setiap saat jangka hayat anda yang masih Allah panjangkan. Islam adalah ugama yang syumul, ianya adalah Cara Hidup. Kita diajarkan membaca doa ketika bangun tidur, bersyukur dan senyum. Ini menunjukkan bahawa Allah telah memerintahkan kita supaya mengambil tindakkan positif sejurus kita bangun untuk memulakan hari yang baru. Maka dengan membaca doa bangun tidur, bersyukur dan senyum, anda sedang menghantar gelombang positif yang akan menarik tenaga positif kepada anda diawal pagi lagi. Ramai yang tidak menyedari hakikat ini, malah ada yang menyumpah atau merungut apabila dikejutkan supaya bangun untuk bersolat Subuh tanpa menyedari bahawa mereka telah menarik tenaga negatif kepada mereka untuk memulakan hari itu. Dan apabila situasi dan persekitaran realiti kehidupan mereka pada hari itu mengalami kesukaran, umpamanya dengan tiba-tiba tayar kereta pancit, atau tertinggal dompet, datang lewat ke pejabat, dimarahi ketua jabatan, komputer diserang virus, kerja yang dilakukan semalam semua terpadam, dan sebagainya, mereka merungut lagi, menyumpah lagi dan terus-terusan menarik tenaga-tenaga negatif kedalam realiti hidup mereka.

Oleh itu, janganlah merungut dan menyumpah lagi diawal pagi, ubahlah tabiat-tabiat buruk kita yang akhirnya memakan diri kita sendiri. Jagalah makanan, pemakaian dan penampilan diri anda, kebersihan diri dan jiwa, sediakan tempat tidur yang bersih dan selesa sepertimana yang selalu anda sediakan kepada tetamu yang bermalam dirumah anda. Jangan anda biarkan diri anda tidur dengan selimut yang berbau hapak, cadar dan sarung bantal yang kopam kerana jarang dibasuh, kerana ini bererti anda tidak menghormati diri anda.

Mengapa apabila kita ingin keluar berjumpa dengan seseorang yang kita sukai, contohnya seperti pergi dating dengan teman wanita, kita betul-betul menjaga penampilan diri kita? Tetapi, persoalannya disini, adakah penampilan yang anda lakukan itu adalah untuk membuat teman wanita anda selesa, ataupun kerana memang itulah diri anda. Mengapa bila bersendirian, kita tidak mengambil kira soal ini? Ini bermakna, kita tidak menghormati dan menghargai diri kita sendiri.

Rasulullah S.A.W sendiri memakai wangian, tak kira ketika solat, ke mesjid atau berziarah, dan malaikat sukakan wangian. Pelajari sirah Rasulullah dan anda akan mendapati banyak perkara yang dilakukan oleh baginda dalam menjaga penampilan dan kebersihan diri. Baginda memakai minyak rambut, membungkus rambut dengan kain sebelum memakai serban supaya serban tidak terkena minyak, baginda tidak memakan bawang putih dalam waktu-waktu yang dekat untuk solat kerana tidak mahu mulut berbau ketika bersolat menyembah Allah. Banyak lagi akhlak dan adab yang ditunjukkan oleh baginda yang menjurus kepada menghargai diri dan kehidupan sebagai anugerah dari Allah.

Manjakanlah diri anda dengan cara yang anda mampu dan tidak melampaui batas, gosoklah gigi setiap hari - berbicara soal bersugi ini, Rasulullah S.A.W pernah bersabda mahfumnya : "sekiranya aku tidak memikirkan perkara ini akan memberatkan umatku, pasti aku akan memohon supaya Allah mewajibkan bersugi keatas umat ini " Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya amalan bersugi/memberus gigi dalam Islam.

Tetapi ramai antara kita termasuk saya sendiri, mengambil remeh tentang soal ini. Semoga Allah mengampunkan kita semua. Diriwayatkan juga, pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab, suatu ketika, baginda sedang memimpin pasukan tentera islam berperang dengan musuh islam. Tetapi setelah beberapa hari bertempur, pihak musuh masih ampuh, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Maka Khalifah Umar memeriksa barisan tentera Islam untuk melakukan muhasabah. Baginda mendapati pasukan tentera Islam tetap melakukan aktiviti ketenteraan mengikut adab Islam yang betul, iaitu umpama singa disiang hari, tetapi umpama abid dimalam hari. Tentera islam tidak meninggalkan solat, tetap melakukan amal dan qiam diwaktu malam dan sebagainya. Setelah pemeriksaan dan post mortem dijalankan satu persatu, maka didapati, ramai tentera Islam yang meringankan salah satu sunnah, iaitu bersugi. Maka tanpa berlengah lagi, Khalifah Umar memerintahkan seluruh pasukan tenteranya bersugi beramai-ramai. Dengan izin Allah, setelah itu, pasukan tentera Islam mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut.

Syampukanlah rambut selalu, jaga kesihatan diri anda, bersih kuku anda (lakukan pada hari-hari yang disunatkan memotong kuku, umpamanya pagi isnin, khamis dan jumaat - percayalah, ada hikmah dan penjelasan saintifik dari segi kesihatan disebalik waktu-waktu yang disunatkan ini). Usahakan supaya diri anda tinggal dalam rumah atau bilik yang bersih, tersusun rapi dan selesa. Walaupun anda seorang yang miskin, ini tidak bermakna anda perlu hidup dalam rumah yang berselerak, kotor dan berserabut. Bukankah menjaga kebersihan diri itu satu tuntutan dalam Islam, tak terkecuali sesiapa pun.

Bersihkan minda dan hati anda dengan perkara-perkara yang positif dan menambah keyakinan diri anda. Dapatkan info-info dan bahan-bahan pembacaan yang berkaitan. Ingat! Akal fikiran juga adalah bahagian dari diri anda yang paling terpenting sekali! Jangan biarkan diri anda selalu didalam keadaan bersedih, hiba dan berduka walaupun ketika anda sedang dilanda masalah kehidupan seperti kekecewaan dalam percintaan, karier , pelajaran dan musibah yang lain. Tentang musibah ini akan kita bicarakan dengan lebih lanjut didalam bab Memahami Musibah.

Apabila kita telah mula menjalinkan hubungan cinta dengan diri kita sendiri, satu situasi positif yang selama ini jarang kita rasakan, akan dapat kita rasai. Anda akan mendapati hidup anda lebih tenang, bersemangat, berkeyakinan dan kadangkala kita sendiri tidak tahu dari manakah datangnya semangat baru ini. Ini adalah kerana anda telah menarik banyak tenaga positif berbentuk kasih sayang kepada diri anda. Anda akan dapat merasainya sendiri. Suasana persekitaran anda akan menjadi lebih damai dan positif. Urusan-urusan seharian anda akan menjadi lebih teratur dan terasa mudah. Anda juga akan merasakan satu suntikan semangat untuk beribadah yang kuat dan tanpa anda sedari, anda akan merasakan dekatnya anda dengan Pencipta anda.

Seperkara yang paling menarik apabila fikiran dan minda anda menjadi semakin positif ialah, hati anda secara ikhlas akan merasa jelek untuk melakukan perbuatan yang berdosa dan seakan ada kekuatan yang jitu pada diri anda yang dapat mengelakkan anda dari berbuat perkara-perkara yang keji dan memudaratkan diri anda sendiri.

Segala perkara baik yang anda rasakan ini, sebenarnya adalah satu lagi nikmat Allah keatas hambaNya yang bersyukur. Dalam konteks ini, kita telah menjadi orang yang bersyukur kerana telah menyedari kepentingan menyayangi dan menghormati diri kita sebagai salah satu nikmat dari Allah.

Firman Allah: Sesungguhnya, kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia telah bersyukur bagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Terpuji (Luqman:12)

Mulai saat ini, mulakan hari baru dengan rasa cinta yang mendalam terhadap diri anda sendiri, lakukan secara perlahan-lahan kerana cinta itu datang dengan ikhlas, cinta itu tidak boleh dipaksa, biarlah cinta itu hadir dengan ikhlas.

Pepatah mengatakan : 'Tak kenal maka tak cinta". Oleh itu sebagai permulaan, kenalilah diri anda, apakah sebenarnya citarasa anda yang betul, maka penuhilah citarasa anda itu. Walau siapa pun manusia itu, pasti akan ada kebaikan dalam dirinya yang selama ini tidak disedari olehnya. Sentiasa terapkan dalam diri anda bahawa anda adalah satu anugerah penciptaan Allah yang sangat beruntung kerana manusia itu adalah penciptaan yang diciptakanNya dengan sebaik-baik kejadian.

Berusahalah untuk menukar segala apa tabiat buruk yang ada pada diri anda sedikit demi sedikit. Ingatlah, Allah sentiasa akan membantu hambaNya yang ingin berubah.

Firman Allah:

إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ Ar-Ra'd [13:11]

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Firman Allah ini jelas dan terang sekali menyeru kita bahawa sekiranya kita inginkan nasib kita berubah, situasi kewangan kita berubah, kesihatan kita berubah, keluarga kita berubah, pasangan kita berubah, masyarakat kita berubah, negara kita berubah, ( segalanya menjurus kepada perubahan dari keadaan buruk kepada keadaan yang baik) maka kita perlu melakukan PERUBAHAN itu sendiri bermula dengan diri kita, dan perubahan yang pertama-tama sekali yang perlu anda lakukan ialah: perubahan pada cara anda berfikir. Berfikirlah dengan kaedah husnuzzon (Bersangkabaik/Berfikiran Positif)




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday 16 May 2010

Siapa yang akan merubah?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


بِأَنَّ اللّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِّعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَى قَوْمٍ حَتَّى ذَلِكَ

يغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ وَأَنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Al-Anfal [8:53

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui


إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ Ar-Ra'd [13:11]

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya

. من رأي منكم منكرا فاليغيره بيده ….

Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah diubahnya dengan tangannya….


Segala puji bagi Allah yg telah memuliaakan orang-orang yang taat dan menghinakan orang-orang yang maksiatm Dia-lah Tuhan yg Maha mulia dan Maha bijaksana. Dan aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah yg telah menurunkan kitab yg jelas dan mengutus Rasul-Nya kepada kita.

Shalawat dan salam semoga tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW utusan Allah sebagai rahmat bagi seluruh alam. Allah berfirman di dalam Al-Qur’an,




إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ Ar-Ra'd [13:11]


“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum sehingga mereka mau merubah diri mereka sendiri.”

Dulu ketika umat islam masih berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan sunnah Nabi, aqidah mereka masih bersih, perbuatan dan akhlaknya masih terjaga, norma-norma agama masih terjunjung tinggi, ketika itulah Allah eratkan tali persaudaraan mereka Allah muliakan mereka sehingga mereka dihormati dan ditakuti musuh pada saat itulah mereka mampu menguasai dunia .

Keadaan ini sangat jauh berbeza dgn kaum muslimin sekarang, aqidah mereka sudah tercemar, akhlak dan perbuatan mereka rosak terhadap urusan agama dan dunianya.

“Tiadalah Allah telah menzalimi mereka akan tetapi merekalah yg telah menzalimi diri mereka.”

Penyebabnya adlah tidak lain kerana umat islam berpaling dari kitab Allah serta menyeleweng dari petunjuk Rasulullah lalu menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan yg mereka anut dan patuh di bawah perintahnya. Tidak hanya sampai di situ mereka juga mahu ditipu oleh kebudayaan. Semua kemajuan palsu dgn dalil “ini adlah modern” sehingga budaya serba boleh dianggap kemerdekaan mereka tidak mau lagi diatur oleh norma agama lalu mencampakkannya dianggap kemajuan.

Maka tidak heranlah kalau Allah marah lalu Ia turunkan azabnya berupa musibah yg melanda kaum muslimin atau Allah kirmkan musuh utk menyerang mereka kalau tidak Allah jadikan bagi mereka pemimpin yg zhalim sehingga mereka selalu hidup dalam penderitaan.

“Berikanlah peringatan kepada orang-orang yg selalu menyalahi perintah Allah bahwa Allah akan timpakan kepada mereka fitnah atau Allah siksa mereka dgn siksaan yg sangat pedih.”

Sungguh kita telah merasakan bagaimana getirnya penderitaan akibat musibah fitnah dan huru hara yg menimpa kaum muslimin. Bagaimana pahitnya kehinaan akibat dari pepecahan dan pertentangan sehinagga dgn mudahya musuh memecahbelah kaum muslimin lalu menyerang kita dari dalam.

Ini semua tidak lain adlah buah dari ketidak istiqomahan kita dalam melaksanakan agama. Akibat dari penyelewengan kita dari jalan yg lurus jalan yg telah digariskan Allah Tuhan yg menguasai langit dan bumi. Maka hanya Allah-lah tempat kembalinya semua perkara.

Walaupun demikian kita belum juga sedar dari lalai. Kita belum juga bangun dari tidur kita. Kita tidak kesal dgn musibah yg menimp,a tidak mahu mengambil pelajaran dari kejadian -kejadian disekitar kita. Maka jika kita masih punya pendengaranm penglelihatan dan hati maka kesedihan dan penderitaan itu akan membangunkan kita dari lena yang panjang.

Agama Islam adlah aqidah yg bersih, ibadah yg benar, hubungan yg baik dan harmonis, akhlaq yg mulia dan adil. Lalu sudah benarkah akidah kita, sudah luruskah ibadah kita, sudah muliakah akhlak kita ? Sudah sesuaikah perbuatan dan keadaan kita dgn tuntunan agama? Ataukah kita masih jauh dari tuntunan agama dan melencong darinnya.

Apakah dikatakan berislam orang yg masih suka berbohong, berkhianat, sombong dan menyalahgunakan amanat? . Apakah dikatakan berislam orang yg menyengsarakan anak-isterinya atau ia durhaka kepada orangtuanya lalu ia memutus tali silaturahim dan selalu menyakiti tetangganya?

Apakah dikatakan seorang muslim orang yg tidak tergerak hatinya utk membantu saudaranya yanng miskin, anak-aanak yatim dan orang yg tertimpa musibah?

Tentulah semua itu tidak sesuai dgn tuntunan Islam dan tidak lah baik bagi seorang muslim utk bersikap seperti itu.

Allah berfirman di dalam Al-qur’an “Sembahlah Allah dan janganlah menyekutukannya dgn sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu.”

Sabda Rasulullah SAW “Seorang muslinm yg baik adlah orang yg tidak menyakiti tetangganya baik melalui tangan ataupun lidahnya.”

Maka kerosakan akhlaq dan moral bukanlah ciri masyarakat yg berdasarkan kepada Al-Qur’an dan sunnah Rasul akan tetapi itu adlah ciri dari tercampaknya ajaran agama dari masyarakat tersebut. Maka yakinlah tidak ada yg menyampaikan kita kepada kemulian dan kebahagiaan kecuali hanya dgn Islam .Karena islam membebaskan manusia dari kekuatiran penderitaan yg akan dialami manusia baik di dunia dan akhirat.

“Barang siapa mencari selain Islam sebagai agama maka tidak akan diterima amal perbuatannya dan di akhirat kelak termasuk orang-orang yg merugi.”

Rasululah bersabda “Berhati-hatilah agar jangan engkau terjatuh dalam perbuatan yg haram maka engkau termasuk orang yg paling abid diantara manusia. Redhalah dgn apa yg Allah kurniakan kepadamu maka engkau termasuk orang yg paling kaya dan berbuat baiklah terhadap tetnggamu maka engkau termasuk orang yg beriman dan cintailah orang lain seperti engkau mencintai dirimu sendiri maka engkau termasuk orang yg selamat” .

Tidak ada yg boleh membebaskan umat ini dari berbagai kesulitan dan kemelut ini kecuali dgn sama -sama kita memperbaiki hati kita menanamkan azam ke dalam sanubari kita. Keteguhan untuk istiqomah dalam berbuat amal sholeh yaitu dgn kembali melaksanakan perintah-perintah agama dan menghidupkan sunah Rasul.

Sabda Rasulullah SAW “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara jika kalian berpegang teguh kepadanya sekali-kali kalian tidak akan tersesat kitabullah dan sunnah Rasulullah.”


" Demi masa, sesungguhnya manusia ini adalah di dalam kerugian., Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."


Punca masalah adalah manusia itu sendiri yang berpenyakit. Maka rawatannya ialah dengan merawat penyakit yang ada di dalam diri manusia. Penyakit keimanan, penyakit perasaan tidak mahu kepada Islam, perasaan tidak takut kepada Allah, tiada perasaan berhutang budi kepada Allah, tiada perasaan untuk berterima kasih kepada Allah.

Nafsu ammarah telah mengotori cermin jauhari diri manusia. Allah telah nyatakan; apapun masalah yang menimpa manusia maka puncanya adalah kekotoran yang berada di dalam diri manusia.

Ketika nabi datang dipermulaan Islam, Jahiliah menguasai alam, jahiliyyah aqidah, jahiliah akhlak, jahiliah sistem, jahiliah neraca nilai, budaya dan adab resam. Nabi telah dipandu oleh Manhaj Rabbani dengan merubah manusia. Nabi telah berjaya. Apakah ijtihad kita lebih hebat daripada Allah sehinggakan kita meninggalkan manhaj yang telah berjaya ini dengan mencuba manhaj baru yang kita tidak yakin. Na`uzubillah min zalik.

Islam mempunyai manhaj sendiri dalam meggerakkan proses perubahan. Lantaran itu reality jahiliyyah hari ini bukan asas ijtihad yang mewajibkan kita melakkan perubahan hanya menggunakan cara jahiliyyah itu sendiri.


Dakwah Islam adalah amal soleh. Amal soleh adalah ibadah dan ibadah tidak sah kecuali dengan syarat niat yang ikhlas dan cara yang mengikut syarak. Berdakwah mengikut syarak ialah dengan mengikut sunnatullah dan sunnaturrasul.

Dakwah nabi secara berjamaah bagai bangunan yang tersusun rapi, ada matlamat jauh, ada matlamat dekat, ada strategi, ada fasa, setiap fasa ada agenda tersendiri, setiap fasa gerakan menjadi asas fasa berikutnya, setiap aktiviti berasaskan keizinan Allah, izin dan taklif Allah sentiasa meraikan kemampuan jamaah nabi (realiti kemampuan manusia) untuk melaksakannya dan Allah tidak mentaklifkan umat Islam dengan sesuatu taklif jika umat mereka belum mampu dan belum bersedia.

Memang kita wajib melaksanakan Islam keseluruhannya, tetapi sebahagian sistem Islam menuntut kita memiliki kekuasaan dan pemerintahan jadi kita perlu memiliki kekuasaan itu. Cara nabi beramal dan berkerja untuk mendapat kekuasaan adalah cara dakwah yang wajib dicontohi. Oleh itu sebelum kita berijtihad menggunakan idea kita kita wajib mengkaji bagaimana Allah menggerakkan proses perubahan dizaman nabi selama 23 tahun dan memahami seluruh aspek agenda perubahan tersebut. Imam Syahid Hassan al-Banna telah berijtihad. Marilah kita belajar daripada madrasahnya sehingga kita sampai darjat ijtihad lepastu BERIJTIHADLAH.






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.