BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 21 June 2010

Catatan Perjalanan dan Ziarah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bermula 22 hb Mei,setiap minggu ummi sibuk menguruskan walimah anak-anak. Selesai sahaja pernikahan setiap anak-anak, ada  lagi  majlis walimah yang ummi hadiri.


Selama 5 minggu ini hingga semalam, baru ummi terasa keuyuhannya. Selesai majlis sambut menantu di rumah Zubairy, menantu lelaki anak perempuan ummi di lekir Perak,barulah ummi terasa lega.


Syukur kepada MU Ya Allah, memberikan aku kekuatan untuk aku melaluinya dengan mudah. Memang aku tidak pernah putus di dalam hati dari berdoa, agar segala urusan-urusan yang dijalankan mendapat pertolongan Allah dan dipermudahkan.


Bermula dari 15 Jun, Selasa pagi, kami telah bersiap-siap menuju Port Dickson. zauj ada Bengkel Penulisan Modul anjuran Fakulti. Selama 3 hari 2 malam kami di sana. Semua anak menantu pergi bercuti dan tinggal di hotel yang sama.

Telatah anak menantu
Ramai-ramai kat dalam bilik, ada yang tengok CD, 
ada yang menjahit...


Memang ummi suka bercuti beramai-ramai dengan anak-anak. Kali ini bertambah ramai, apabila 3 menantu, adik ummi bernama Saleha dan 3 orang anak-anaknya turut serta. Yang tak ada cuma Nazihah dan suaminya. Mereka tak ada sebab suami Nazihah tak dapat ambik cuti,lagi pun majlis sambut menantu di Lekir belum di adakan lagi. Mereka tengah sibuk membuat persediaan.

Kat kolam renang, sesuai untuk yang berumur 4 hingga 8 tahun





Walaupun bilik hotel ini kecil,kami tetap tinggal bersama-sama dalam satu bilik. Kami tak ambik bilik extra, kerana pada waktu malam,oleh kerana rumah besan menantu sulong tinggal berhampiran dengan hotel jadi apabila waktu malam,Aqbar dan isteri, mak teh saleha dan anak-anak tidor di sana.

Yang tinggal tidor di bilik hotel cuma ummi,zauj dan anak-anak yang kecil. Bila siang mereka akan datang ke bilik hotel untuk bantu ummi sediakan makanan. Anak-anak ummi dan anak Saleha akan mandi di kolam renang seharian. Bila penat dan lapar,baru mereka naik dari kolam untuk makan dan solat.

Jemu berenang di kolam mandi,mereka akan pergi ke pantai pula, tetapi mesti ditemani oleh abang atau angah atau Baihaqi. Ada orang dewasa yang ikut serta untuk awasi mereka yang berenang di laut.


Ummi, Saleha dan isteri Mahfuz pula sentiasa berasa di bilik untuk menyediakan makanan. Ummi bawa periuk nasi,periuk serbaguna dan bahan-bahan untuk memasak. Hari pertama, ummi masakan ayam sambal. Pasti terkejut orang dengar, duduk hotelboleh masak-masak. Memang ummi buat begitu, tiap kali ikut zauj bekerja dan anak-anak bercuti di mana-mana hotel sekali pun. Tak kiralah samada hotel 2 bintang atau hotel 5 bintang.


Pasti ummi akan sediakan makanan sendiri untuk zauj dan anak-anak. Ummi tak suka membeli makanan di luar. Jika sekali sekala makan di luar sempena meraikan sesuatu, tak mengapalah. Tetapi jika untuk makanan hari-hari, rutin setiap waktu, ummi memang tak suka. Biarlah makanan itu seringkas seperti menyediakan ikan bilis goreng dan nasi putih, tetap anak-anak suka.


Dalam kepala ummi ni memang banyak idea masakan ringkas yang anak-anak suka dan gemar. Anak-anak amat suka makan masakan dari air tangan ibu mereka.


Cuti kali ni agak berbeza sedikit kerana, kebetulan besan tinggal di Port Dickson,maka 2 hari sarapan pagi,mereka sediakan. Pagi petama ,nasi lemak dan pagi kedua,bihoon goreng. Petangnya popia basah. Untuk hari kedua Mak teh masah ayam kicap. Dan ummi pula sediakan spaggethi bolgsana. Hari ketiga sebelum balik masak telor dadar, ikan sadin serta ulam timun. Memang amat menyelerakan anak-anak dapat makan makanan ringkas begini.


Hari Khamis, 17 Jun, selepas solat jamak takdim,kami teruskan perjalanan ke Perak. Melalui lebuh raya Plus Utara Selatan, kami singgah di rumah sepupu di Pekan Bidor. Setelah berbual selama 1 jam, kami teruskan perjalanan ke Bagan Serai, Perak.


Kami menziarahi mak saudara ummi, adik perempuan abah tok yang baru balik umrah. Tujuan ummi menziarahi mereka adalah untuk memperkenalkan menantu perempuan, isteri along dan angah yang merupakan orang baru dalam keluarga ummi. Ummi mahu anak menantu kenal orang-orang tua yang menjadi saudara dekat di dalam keluarga.


Tiba di rumah arwah mak ummi di Kg Parit Haji Tahir , jam mencecah 10:30 malam. Baru terasa penatnya. Setelah membersihkan diri, masing-masing mencari tempat untk beradu. Seronoknya bila tiba di kampong, tak ada sapa pun sibuk nak cari bilik, mudah saja tidor di ruang-ruang mana yang lapang samada depan TV, ruang solat atau ruang makan. Selalunya rumah di kampong ,luas dan lapang, tak sesak dengan perabot jadi amat selesa nak bergolek di mana-mana. Bilik selalunya hanya diberikan kepada anak-anak gadis dan orang perempuan sahaja.


Hari Jumaat 18 Jun, kami ke Relau, Sg Bakap. Kawasan dusun durian dan petai. Seronok pula ke kampong ini sebab kawasan berbukit yang sentiasa sejuk dikelilingi dengan pokok-pokok buah-buahan dan pokok getah. Musim durian gugur...




Hari Sabtu, 19 Jun, bersarapan di Pekan Batu 5, makan nasi lemak orang kampong di warung. Sedap beras baru, murah pulak tu. Sebungkus cuma 40 sen sahaja. Tehnya pun sedap,sebab tu agaknya orang tua-tua kat kampong suka minum teh di gerai dan warung-warung. Ada gulai sembilang juga. Ikan sembilang segar yang baru di ambil dari sungai dan di masak gulai. Sedapnya tidak terkira.


8:30 pagi,kami meneruskan perjalanan ke Lekir, Setiawan. Kami tidak lalu jalan lebuh raya. Kali ini, nak tunjukkan anak-anak jalan-jalan melalui dusun,ladang getah dan kampong-kampong. Kami teruskan perjalanan melalui Jalan Trong, Pekan Beruas, Ayer Tawar, Setiawan, Manjung dan akhirnya Lekir.


Bila melalui jalan perbandaran, had laju hanya sekitar 60 - 90 km sahaja. Tak berana nak pandu laju, sebab banyak sekatan jalan raya. Begitu juga perangkap had laju yang tidak diketahui dimana-mana dipasang oelh polis trafik.


Jam 12 : 00 tengah hari kami sampai di rumah ibu bapa Zubairy. Bila lihat sahaja taman perumahan itu, dengan bumbung rumah ala minangkabau, ummi teringat masa anak-anak masih kecik, ummi sering melalui jalan ini apabila berulang alik dari Tg.Karang ke Parit Buntar. Masa dulu-dulu,lebuh raya belum ada.


Tak sangka jodoh Nazihah di situ, kawasan perumahan yang ummi sering lalui semasa Nazihah kecil dahulu. Hanya bila ayah mertua sudah meninggal, lebuh raya telah ada, ummi tidak lagi melalui jalan ini bila berulang alik dari Tg.Karang ke Parit Buntar. Hampir 10 tahun juga ummi tidak melalui jalan ini.


Walaupun Nazihah lahir di Johor,ummi selalu kata Nazihah orang Perak, sebab selalu setiap tahun Nazihah akan ikut ummi balik ke Perak dan Selangor bertemu saudara mara terutama bila hari raya dan cuti sekolah. Bila dah temu jodoh, tak sangka dengan orang Perak juga.


Kami tiba terus disambut oleh pihak pengantin lelaki dan diiringi makan di meja santapan. Ummi janggal nak makan di meja khas macam tu,tapi menghormati tuan rumah,ummi duduklah juga di situ, sebelah pengantin lelaki. Makan beradat bersama pengatin. Rasa segan dan malu. (ummi makan tak banyak , sebab malu)


 Bergambar dengan Nazihah dan suami


Selepas tu, masuk ke rumah untuk acara bergambar bersama keluarga. Berbual dan beramah mesra dengan keluarga pihak lelaki. Jam 3 :30 petang, teruskan perjalanan ke Sg Besar, Selangor.


Kami bercadang untuk bermalam di sana, rumah mak saudara zauj yang terletak di tepi tali air di tengah sawah. Seronoknya... pemandangan hijau sawah padi.

Sawah padi

Pagi Ahad, 20 Jun,kami teruskan perjalanan ke selatan, dan singgah di rumah mak saudara zauj di Pekan Tanjung Karang. Memang niat ummi untuk memperkenalkan menantu kepada saudara mara belah zauj pulak. Semua saudara mara belah ummi telah diperkenalkan semasa di Perak hari semalamnya.






Selepas di Tg Karang,kami singgah lagi di Kuala Selangor, rumah abang zauj. Dalam perjalanan,jumpa sejenis molaksa bernama mentarang. Oleh kerana anak-anak tak penah merasi sedapnya mentarang ini, zauj beli 5kg mentarang di gerai tepi jalan. Harga sekilo lebih kurang RM 8. Sampai rumah abang, zauj masak mentarang dan tunjukkan pada anak-anak cara makan mentarang ni. Memang sedap,manis sebab masih segar,baru diambil di tepi laut.


Jam 3:30 petang meneruskan perjalanan ke Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor. Singgah rumah mak saudara zauj yang bongsu pula. Memperkenalkan menantu dan minum petang. Lepas tu hantar Omar ke asrama di SBPI, Rawang.




Lepas hantar Omar, barulah kami meneruskan perjalanan balik ke JB. Oh..penatnya tidak terkira, bermusafir selama 6 hari ni. Tiba di rumah jam 10 :30 malam selepas berhenti solat jamak takhir di Plaza Tol Skudai.


Moral cerita ummi ini ialah,jika anak-anak lepas berkahwin,bawa mereka menziarahi kaum keluarga untuk diperkenalkan. Tujuannya ialah memelihara dan mengeratkan silaturahim. Adat ini telah ramai ibu bapa dan pengantin baru,  tinggalkan. Bagi ummi adat ziarah menziarahi ini ada dalam syariat, maka ummi didik anak-anak agar meneruskan. Utamakan menziarahi saudara-saudara yang telah tua, mohon doa dan keberkatan dari mereka.

Semua mak-mak saudara zauj yang ummi ziarahi ini berusia dalam lingkungan 60- 75 tahun. Mereka dah tua dan dengan anak-anak ummi,pangkat datuk saudara.


Sekian entri kali ini,sebagai panduan dan merupakan sebuah catatan perjalanan keluarga.





Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan di akan datang.



3 comments:

Bakawali Gunung said...

Jauh berjalan luas pengalaman...

Ratu Pari said...

Sedikit penyelidikan, ada beberapa perkara menarik mengenai mentarang ni. Sebelum ini dikatakan banyak di pantai Perlis. Tetapi sejak tsunami melanda pada Disember 2004, mentarang atau nama saintifiknya Pholas Sp. boleh didapati di sekitar pesisir pantai di kawasan Jeram, Kuala Selangor hingga ke Tanjung Karang dengan banyaknya. Mentarang di dalam lumpur sedalam 50 cm dari permukaan dan biasanya didapati pada jarak 300 meter hingga setengah batu dari pesisir pantai. Untuk memperolehinya terpaksa dengan mengorek lumpur tersebut apabila bila air laut surut.


Kehadiran mentarang dikatakan menjadi petunjuk bahawa rupabumi dasar laut telah berubah setelah kejadian tsunami yang meranapkan Acheh. Di sebalik kesengsaraaan akibat tsunami, nampaknya ianya memberikan rezeki kepada para nelayan atau pencari mentarang.

AnakMuda said...

Salam kepada admin. saya betul2 berminat dengan gambar admin di sawah padi. sungguh cantik. saya minta izin untuk saya save gambar itu dan letakkan di blog saya. terima kasih..