BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 31 March 2010

Dimana Jaminan Kebahagiaan

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kita berusaha siang malam malam mencari rezeki termasuk ada yang menggadai nyawa, tetapi mengapa ia tidak memberikan jaminan kebahagiaan?

Mengapa rumah besar dan megah, tetapi masih tidak gembira? Isteri cantik, suami tampan, tetapi rumah tangga masih berantakan.

Begitu juga, ilmu yang luas melaut mengapa tidak mampu mengangkat darjat, malah menghina diri?

Bahkan setengahnya antara kita bermati-matian mencari kebahagiaan dan ketenteraman, sedangkan apa yang diperoleh ialah masalah dan masalah. Apa sebabnya?

Antara sebabnya ialah apa yang kita memiliki itu tidak berkat. Rasulullah s.a.w mendoakan sahabatnya di majlis perkahwinan semoga rumah tangga berkat.

Malah, supaya dapat kaya, kekayaan yang berkat, sahabat yang ada ilmu berdoa ilmu berkat.

Berkat ialah pelbagai guna, bermanfaat di dunia dan akhirat. Kita tidak hanya boleh berbangga dengan apa yang kita miliki, tetapi yang patut dibanggakan ialah keberkatan menerima nikmat.

Jadi, bukannya kita patut takut tidak memiliki sesuatu, tetapi harus takut sesuatu yang dimiliki tidak berkat.


Berkat maknanya ialah subur, dengan kebaikkan, permohonannya diterima dan kebahagiaan. Jadi, keberkatan membawa ke syurga sebaliknya, tanpa berkat kita dibawa ke neraka.

Doa yang kita pinta ketika makan berbunyi: “Wahai Tu hanku berkatilah apa yang Engkau berikan pada kami ini dan selamatkanlah daripada api neraka.”

Maknanya makanan yang tidak berkat walaupun sesuap boleh bawa ke neraka. Apa lagi kalau harta bertimbun, apa lagi ilmu melaut. Begitu juga dengan deretan gelaran.

Menurut sejarah, Umar Abdul Aziz ketika menjalankan tugas pada malam hari di Baitulmal tiba-tiba anaknya mengetuk pintu.

Apabila dilihat anaknya yang ingin bertanya mengenai urusan rumah tangga, beliau terus memadamkan lampu.

Si anak bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu.”

Jawab Umar: “Kerana minyak lampu ini milik negara. Ia tidak layak untuk urusan peribadi.”

Inilah contoh keberkatan dalam erti kata yang sebenar. Keberkatan meliputi soal wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Wajib, mesti buat dan jika buat dapat pahala besar tetapi jika tidak buat dosa besar. Perkara yang harus diberikan pilihan, yang makruh patut dijauhi manakala yang haram mesti dijauhi.

Kunci kebahagiaan ialah sederhana di samping pengurusan yang pintar dan segala aktiviti mesti sesuai dengan syariat Allah s.w.t.

Contoh kecil yang dianggap remeh manusia hari ini ialah waktu solat. Mencari harta jangan sampai melupakan solat, mencari harta jangan sampai lupa kepada halal haram.


CARI wang tidak salah. Duit sebenarnya menjadi alat demi mentaati Allah. Dengan wang itu dapatlah kita membayar zakat, menunaikan haji, berjihad serta membantu mereka yang tidak berkemampuan. Islam meletakkan harta tempat yang mulia sekiranya diurus dengan cara yang berhemah. Yang kita bimbang kesibukan mencarinya sehingga melalaikan kita. Ada yang rela bekerja siang dan malam mencari harta hingga mengabaikan hak keluarga di rumah, anak mendapatkan pendidikan, hak Tuhan untuk disembah, bahkan yang paling parah hak anggota tubuh untuk beristirahat hanya demi harta yang nilainya tidak seberapa.

Dengan nilai wang RM10 ribu misalnya kita boleh dapat dan beli apa saja. Tetapi pernahkah kita fahami nilai dua rakaat solat sunat tahajud, nilai zakat, sedekah, membaca al-Quran, zikir? Adakah ia seimbang? Justeru, itu yang perlu kita perbetulkan segera. Wang adalah sebagai alat untuk membeli akhirat dan syurga. Ini kerana dengan kefahaman inilah mereka mencarinya dengan betul serta menggunakannya pun dengan cara yang betul.

Mencari untung patut dikerjakan sebanyak mungkin, tetapi apalah ertinya keuntungan jika membabitkan soal haram yang dimurkai Allah.

Pelajar sebagai contoh, apalah ertinya berjaga malam, bersengkang mata, belajar dan mengulangkaji, tetapi esoknya tidak mengerjakan solat Subuh.

Ilmu yang tidak berkat ialah ilmu yang ada di akal, ilmu dalam bentuk maklumat dan pengetahuan, tidak menjadi nur dan petunjuk.Apabila ilmu tidak berkat, ia hanya boleh berhujah, tetapi tidak boleh merubah mereka.

Lain pula halnya dengan kita, kadang-kadang kita sanggup melupakan amalan demi bentuk keduniaan. Bertambah hairan kita tidak rasa bersalah hanya demi membina dunia itu. Contohnya solat, apabila berkumandang azan menandakan sudah masuk waktu solat. Kaum lelaki sepatutnya berduyun-duyun segera menuju ke rumah Allah. Manakala wanita pula bersegera solat di awal waktu, tetapi apa yang terjadi adalah kita sibuk mengutamakan kerja dengan alasan mencari rezeki.

Sedangkan Allah menghubungkan rezeki itu sendiri dengan solat. Firman Allah yang bermaksud: "Perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Thaha: 132).

Betapa jauhnya fahaman kita berbanding dengan sahabat nabi. Mereka rela mewakafkan kebun kerana ia menjadi penyebab lalai dalam solat. Jika akhirat sahabat bergoyang, mereka sanggup lepaskan dunia mereka untuk meneguhkan akhirat. Kita pula terbalik, kita sanggup lepaskan akhirat demi hendak memperteguhkan dunia kita. Amat menghairankan kita tidak rasa bersalah pun melewatkan solat demi dunia kita, apatah lagi rasa bersalah disebabkan malas serta tidak fokus mengerjakan solat. Bagi menyedapkan hati, kita bandingkan pula diri dengan orang yang tidak bersolat. Maka jawapannya 'saya lebih baik dari mereka yang tidak solat'. Oh, betapa jauhnya kita.

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini amat sementara, sedangkan akhirat itu kekal abadi. Umur dunia mungkin panjang lagi, tetapi apa yang pasti umur kita tidak akan sepanjang umur dunia ini.

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 30 March 2010

Nota untuk anak-anak angkatku

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
وَلَـكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الايمَـنَ وَزَيَّنَهُ فِى قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ

Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kalian benci kepada kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan. Al-Hujraat, (49) :7

Berkasih sayang, memang ummi seorang yang penyayang, mudah menyayangi dan suka disayangi. Sekali ummi dah sayang dengan seseorang, akan ummi sayangi dia seumur hidup ummi.

Alhamdullilah, Allah tidak menguji ummi dengan menyayangi orang-orang yang boleh digelar kekasih sebelum bernikah. Ummi tidak pernah bercinta sebelum bernikah. Zauj yang ada sekarang inilah kekasih pertama. Menjadi orang yang dicintai selepas bernikah.

Rupanya, semakin lama berumah tangga, semakin anak-anak kandung ummi meningkat remaja, barulah ummi dipertemukan dengan insan-insan yang kemudian menjadi anak-anak angkat ummi. Mujur perasaan mengasihi mereka lahir setelah anak-anak ummi meningkat remaja.

Mungkin juga persekitaran ketika mengajar di sekolah menengah, ummi dilingkungi remaja yang suka diberikan perhatian ketika ummi mengajar di dalam kelas, maka mulalah lahir perasaan kasih dan sayang pada mereka. Lagi pun jarak usia dengan mereka memang jarak yang molek sebagai seorang ibu. Makanya perasaan yang lahir adalah perasaan sayang seorang ibu kepada anaknya.

Bermula dengan seorang gadis remaja yang sering bermenung di dalam kelas, ummi suka tanya keadaan pembelajarannya, sebab semasa di dalam kelas, nampak dia memberikan tumpuan tetapi ada masa tidak hadir sekolah. Bila tidak hadir kelas, pasti ummi cari. Naluri ummi seperti menyatakan anak ini mempunyai masalah.

Izatul Asyikin



Hari demi hari, ummi makin rapat dengan dia.Ambik berat dan perhatian, namun tidak pulak terungkap kata-kata untuk mengambil dia sebagai anak angkat. Namun dialah yang selalu menjadi tumpuan ketika di dalam kelas subjek Geografi.

Tahun itu, ummi buat rumah terbuka sempena hari raya adil fitri, oleh kerana ummi kekurangan tenaga kerja untuk membantu, ummi pelawa Izatul Asyikin dan Maizatul Ikmar datang membatu di rumah ummi. Mereka sudi datang bermalam. Selesai majlis rumah terbuka, ummi hantar mereka pulang ke rumah.

Maizatul Ikmar dan Mohd Hakim

Setahun berlalu, ketika mereka di tingkatan 4, setelah mendapat keputusan cemerlang PMR, Izat di tawarkan ke sekolah teknik dan Mai ke MRSM Muar. Tahun 2001, kebetulan pula, pelajar-pelajar lepasan PMR, suka melepak di bilik APD, dan di dalam bilik APD inilah pejabat ummi.

Segala pengurusan berkaitan Pusat Sumber Sekolah ummi uruskan dari bilik ini. Segala peralatan tanyangan, siaraya, Alat Pandang Dengar, Alat Bantu Mengajar dan bahan pengajaran & pembelajaran guru-guru ummi tempatkan di sini. Kiranya menjadi pusat berkumpulnya pengawas pusat sumber sekolah. Ada seorang pengawas sekolah yang tidak ummi kenali juga sering berada di dalam kumpulan ini. Kebanyakan pengawas pusat sumber memang rapat dengan ummi kecuali pengawas sekolah ini. Memang ummi tak kenal langsung siapa dia.

Shahrizal

Tapi dia ramah dengan ummi, suka menegur ummi. Ummi mula memberikan perhatian pada dia, apabila ummi selalu lihat setiap pagi di kala pelajar lain berhimpun di dataran kejat, dia buat kerja sekolah di bilik APD. Ummi mulai mendekati dia, dan memberikan perhatian terhadap pembelajarannya. Namanya Muhammad Iqbal, pelajar tingkatan 4 Sains. Tidak seperti Mai dan Izat, ummi tidak pernah mengajar Iqbal semasa dia berada di tingkatan 3.

Pada 8 Januari 2001, ummi nyatakan hasrat ummi untuk menjadikan dia anak angkat. Masa itu dia umurnya masih lagi 15 tahun. Iqbal adalah anak angkat ummi yang pertama. Iqbal mula rapat dengan ummi apabila ummi selalu mabik berat hal pembelajarannya tetapi dia bukan seorang yang suka bercerita hal keluarga. Ummi hanya tahu latar belakang keluarga Iqbal melalui kawan-kawannya sahaja. Dari situ, baru ummi tahu bahawa Iqbal mempunyai latar belakang keluarga yang kompleks.

Muhammad Iqbal
Pada 10 Januari 2001, Mai jumpa ummi pula, untuk pamit kerana dapat tawaran ke MRSM Muar. Entah kenapa, tiba-tiba ummi bertanya persiapan dan kewangan untuk memasuki ke sekolah asrama.Tiba-tiba Mai menangis dan bercerita latar belakang keluarganya. Timbul kasihan dan simpati keadaan dirinya yang ingin meneruskan pelajaran tetapi menghadapi masalah kewangan. Dan Mai ummi ambik sebagai anak angkat kedua serentak dengan Izat dengan tujuan untuk membantu pembiayaan pelajaran mereka. Masa itu Izat juga mendapat tawaran ke Sekolah Teknik. Kiranya, setelah menjadi anak angkat ummi, mereka berdua ini cuma ada seminggu sahaja masa bersama ummi.

Setelah seminggu bersama dengan ummi, mereka berpindah sekolah. Terasa sedih juga dengan pemergian mereka. Tak lama kemudian, 2 minggu selepas Mai dan Izat pergi, Iqbal pula membawa khabar sedih. Mulanya, hatinya berat untuk menyampaikan khabar pada ummi sebab bibit mesra anak ibu telah lahir dan banyak memberikan dorongan dan semangat untuk Iqbal belajar.Namun kerana memang menjadi cita-citanya, disampaikan berita, dia mendapat tawaran ke tingkatan 4 di SMS Kota Tinggi, Bandar Penawar. Ummi akur dengan kehendak dan cita-citanya, walaupun amat berat untuk berpisah.

Jay Suman
Iqbal sempat bersama ummi setiap hari persekolahan selama 2 bulan sebelum pergi ke SMS Kota Tinggi. Suatu jangka masa yang agak lama juga dibandingkan dengan Mai dan Izat. Walaupun Mai dan Izat hanya seminggu bersama ummi sebelum bepisah, tetapi mereka ini telah 1 tahun ummi kenali sebab, semasa di tingkatan 3 ES 1, ummi mengajar subjek geografi di kelas mereka bersama seorang lagi anak angkat ummi bernama Mohd Hakim. Berbeza dengan Iqbal, sejak mengenali Iqbal, dia terus diambil menjadi anak angkat, dan tempoh 2 bulan di sekolah Taman U,sebelum pindah sekolah,dia rapat dengan ummi sebagai anak dan ibu.


Yuni Nurani
Terlalu berat untuk berpisah, sedih dan sayu hati.Iqbal sendiri mengambil masa untuk membuat keputusan untuk menerima atau menolak tawaran itu. Setelah nasihat dan pandangan, maka akhirnya Iqbal menerima tawaran itu. Segala persiapan untuk memasuki asrama ummi sediakan termasuk segala wang pendaftaran. Untuk menghilangkan keraguan dan kemusyikalan ke atas mak Iqbal kerana Iqbal memberitahu semua persiapan telah disiapkan,maka ummi temui mak Iqbal dan berterus terang mengenai hubungan ummi dengan Iqbal. Mak Iqbal bersyukur kerana ada yang sudi membantu dia untuk menyekolahkan anaknya.

Pada hari pendaftaran ke asrama, ummi tidak dapat ikut kerana bukan mudah untuk mendapat pelepas keluar tanpa sebab-sebab yang munasabah. Iqbal pergi mendaftar ke asrama SMS bersama ibu kandungnya dan bapa saudaranya. Namun tak sampai 2 minggu, Iqbal sudah menyampaikan khabar untuk kembali semula ke sekolah Taman U. Dia tidak serasi dan tidak dapat menyesuaikan diri untuk terus berada disekolah berasrama itu. Puaslah dipujuk dengan memberikan peluang dan tempoh kepada Iqbal untuk bertahan. Hampir setengah tahun,barulah Iqbal dapat menyesuaikan diri di sekolah itu.


Mohd Fudzami
Bulan Mei, ummi ambik Hakim pula sebagai anak angkat. Sebenarnya Hakim rapat dengan ummi sejak tingkatan 3, tetapi dia yang ke 4 ummi anggap sebagai anak angkat. Hakim bersekolah sama dengan Mai di MRSM Muar. Semasa di MRSM ini, kadang kala Mai ingin menyampaikan pesanan ummi kepada Hakim atau Hakim ingin menyampaikan pesanan ummi kepada Mai. Mereka ini selalunya berselang hari menelefon ummi. Jadi bila perlu bercakap menyampaikan pesanan, ada kawan-kawan bertanya,apa hubungan mereka berdua. Terus terang mereka jawap, kami mempunyai ibu angkat yang sama. Antara Hakim dengan Mai, mereka berdua juga rajin menulis surat kepada ummi. Seronok rasanya zaman dulu-dulu kerana ada surat yang diterima melalui pos. Dan surat boleh dibaca berulang kali dikala rindu.

Elya Syazwani
Izat juga rajin menulis surat kepada ummi, selain itu, Izat rajin membuat kad yang kreatif. Sampai sekarang surat-surat dan kad kreatif Izat masih ummi simpan di dalam album. Sesuai dengan kekreatifan Izat,apabila mendapat peluang belajar di UTM, Izat mengambil jurusan senibina. Mai mengambil akaun, Hakim mengambil bidang kejuruteraan komputer dan Iqbal mengambil kejuruteraan komputer juga tetapi bersama ATMA. sekarang dikenali sebagai Universiti Pertahanan Malaysia. Di ATMA, Iqbal berminat di unit tentera udara.

Alhamdullilah 4 anak angkat pertama ummi ini ,masing-masing mempunyai kerjaya sendiri sekarang ini. Terasa seperti baru semalam berlalu bersama mereka, banyak kenangan pahit manis.

Helwa dan Norhidayah                                                                                                Nur Atiqah
Masa terus berlalu, tahun demi tahun, anak-anak angkat ummi makin bertambah. Setiap yang ummi temui ada cerita tersendiri yang menjadi nostalgia antara ummi dengan mereka. Selepas 4 yang pertama, diikuti dengan Nurhidayah(Pahang), Yuni Nurani (Johor),  Helwa (Johor), Nordiana(Kelantan) , Nur Atiqah( Perak), Nur Humaira' Lau (saudara baru,Sarawak), Nur Fatihah Nadarajan(saudara baru,Johor), Mohd Nasrum(Terengganu), Jay Suman(saudara baru,Terengganu), Shahrizal (Johor), Elya Syazwani (Perak), Siti Balqis( Perak), Siti Balqis (saudara baru, Johor), Mohd Fudzami (Perak) dan yang terkini Bro_mine.

NurFatihah
Dan sifat ummi sekali ummi dah sayang, maka ia telah tersemat di hati. Setiap orang mempunyai ruang-ruang tersendiri di dalam hati ummi. Ada kisah disemua pertemuan pertama ummi dengan mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu dan ingat kisah itu. Itu pun jika memang yang jenis prihatin. Kebanyakkan mereka telah mempunyai kerjaya sendiri dan ada yang telah berumah tangga. Sebagai ummi yang  kasih dan sayang pada mereka, kalau mampu jodoh mereka pun akan ummi carikan agar mereka bahagia di dunia dan akhirat. hakikatnya jodoh, rezeki, ajal dan usia adalah urusan tuhan, yang mampu ummi titipkan selalu hanyalah doa-doa di kala dinihari buat kesejahteraan mereka.

Jika yang masih ingat maka , syukur kepada Allah, jika mereka terlupa, pun ummi bersyukur kerana tanggungjawap mendidik kepada mereka telah ummi jalankan...semoga Allah memelihara mereka di dunia dan akhirat dan mereka menjadi anak-anak yang soleh solehah.

Ketahui anak-anak ummi, ummi sangat sayang kepada kamu semua...                 Siti Balqis

Tak mungkin dapat ummi lupakan satu pun detik kenangan antara kita yang terjalin samada ia kisah pahit, manis, sedih dan hiba. Dikala kamu atau ummi yang merajuk, betapa dekatnya kalian di hati ummi, walaupun bukan ummi yang mengandungkan kalian, kalian tahu dan ummi tahu bilakah hati ummi merajuk, marah, gembira dan sedih. Setiap orang pernah alaminya bila hati telah terikat kasih dengan ummi...

Nurhumaira'


Walaupun selalu rindu bertandang di hati, ia hanya ummi sebutkan di angin lalu...bisikan dikalbu, semoga Allah mengikat kasih sayang antara ummi dengan mereka hingga akhir hayat ummi. Mungkin ketika ummi telah tiada di dunia, baru mereka tersedar akan kehilangan seorang ibu...



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 29 March 2010

3 Hari Perjalanan bersama anak-anak


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat,19 Mac 2010, Selesai solat subuh, ummi dah kejutkan Omar, Abdullah dan Imran agar mandi dan bersiap-siap untuk bermusafir. Setelah mereka solat subuh, bersarapan dan terus masuk kereta untuk menuju ke Sabak Bernam.

Tujuan ummi ke Sabak Bernam adalah untuk menghantar Inang belajar kembali ke Institute Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) yang dikhaskan untuk mualaf baru mendalami ilmu-ilmu Islam disamping latihan pentarbiyyahan.

Tiba di R & R Ayer Keroh jam 8:30 pagi, anak-anak sebuk nak pergi ke bilik air.Aqbar dan Inang yang tidak sempat bersarapan di rumah, mencari makanan untuk mengisi perut. Ummi dengan zauj dan anak-anak hanya duduk berehat menanti mereka siap makan sebab kami semua masih kenyang lagi.

40 minit kemudian perjalanan diteruskan dan singgah di Bandar Seremban untuk menurunkan Aqbar yang ingin pergi ke Port Dickson, untuk menghantar surat kebenaran bernikah di luar kawasan ke rumah bakal mertuanya.. Proses pernikahan Aqbar hampir selesai, hanya menunggu tarikh majlis pernikahan dan walimah di rumah pihak perempuan berlangsung. Pihak perempuan telah menetapkan pada 22 May 2010 sebagai tarikh akad nikah dan walimah.

Kami meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam dan singgah sekejap di Shah Alam untuk menjemput Amiratun Nazihah yang sudah tamat menduduki peperiksaan akhir semester 2. Jam 1:00 tengah hari, kami tiba di Kuala Selangor dan berhenti di rumah abang Muhamad Razali untuk bersolat Jumaat. Kami yang perempuan berehat di rumah sahaja untuk mengerjakan solat jamak takdim zohor asar.

Kakak Jamilah masih sempat menyediakan makanan tengah hari buat kami sekeluarga. Rupanya rezeki kami di situ untuk tengah hari itu. Sedap dapat makanan ikan segar dari laut. Abang Muhammad memang suka membeli ikan segar terus dari nelayan-nelayan di kawasan sekitar Sg Besar. Lagi pun Kakak Jamilah memang dari kecik hanya makan ikan segar kerana bapanya seorang nelayan pantai.

Usai makan,perjalanan diteruskan hingga ke Sabak Bernam, dan berpandukan papan tanda kami cari dimana ILDAS. Rupanya ILDAS terletak jauh pendalaman di Sg Lang menuju ke laut pantai Laut China Selatan, masuk melalui Sg Ayer Tawar. Zauj kata, selama dia tinggal di Selangor, bersekolah di sekolah agama batu 38,Sabak Bernam pun dia tak pernah sampai ke Sg Lang ini. Tepat jam 5:00 petang kami sampai di kompleks ILDAS. Menuju ke asrama Fatimah Az-Zahra, di dapati masih belum berpenghuni. Pelajar lain belum balik lagi ke asrama. Jadi kami cuma turunkan barang-barang Inang dan masukkan kedalam bilik, lepas tu kami hantar Inang ke rumah seorang sahabat yang tinggal di Tebuk Mufrad. Jauh Tebuk Mufrad dengan ILDAS sekitar 20 km juga.

Setelah berpusing-pusing mencari rumah sahabat tu, baru kami jumpa dan turunkan Inang di situ. Keluarga tu akan hantar semula Inang ke ILDAS pada 21 Mac nanti ke asrama.Kami teruskan perjalanan balik ke KL semula.

Jam 6:30 petang, kami singgah di Parit 5 Barat, Sg Besar untuk jumpa mak mertua dan mak saudara yang tinggal di situ. Rumahnya di tengah-tengah sawah padi. Masalah, seronoknya, indah pemandangan waktu senja di tepi sawah padi. Bau harum padi lepas di tuai semerbak menghimbau dihidung kami. Ikan dalam parit yang kering airnya terlompat-lompat mencari air. Haruan besar 'berudak' kuat ditelaga.

Mak Ngah jemput masuk, tak lama duduk dah mak ngah ajak makan nasi berlaukkan ikan haruan bakar dan ikan haruan masak kicap. Anak-anak yang memang jarang jumpa ikan haruan, makan tanpa bunyi. Sedap sangat rasanya ikan haruan bakar tu di cecah dengan air asam jawa ,bawang dan cili api padi.

Oleh kerana esok, zauj mengajar dan anak-anak pun plan nak ke zoo negara, lepas makan terus berangkat balik ke KL. Sampai rumah Najdah hampir jam 10:30 malam. Nampak sangat zauj kepenatan kerana memandu dari jam 7:00 pagi lagi tanpa rehat.rasanya jika tak ada kelas hari Sabtu tu, mahu saja zauj dan ummi tidor di Sg Besar, di rumah mak ngah tengah sawah tu. Memang ummi suka tidor di situ.

Hari Sabtu, pagi lagi,ummi dah masak untuk sarapan anak-anak yang merancang pergi ke Zoo Negara. Najdah dan Nasrum yang teringin sangat nak bawa Omar, Abdullah dan Imran ke sana. Naimah pun ikut juga. Nu'man ummi minta ditinggalkan,buat teman ummi dan makton di rumah. Jadi tak lah kami sunyi sangat. Macam-macam pengalaman yang anak-anak dapat pergi ke zoo. Memang sejak anak-anak ni meningkat remaja, ummi tak pernah bawa ke zoo. sebabnya ummi tak larat nak jalan. Mujur ada abang dan kakak yang sudi bawa mereka. Mulanya Amiratun nak ikut juga pergi tapi, bila dia teringatkan ummi keseorangan, tu yang tak jadi.

Tengah hari tu , ummi masak ikan haruan yang mak ngah berikan semalam. Isinya ummi goreng je. Kepala ikan haruan tu ummi buat masak lemak cili api. Zauj tiba-tiba teringat nak makan sesangan kepala haruan.Lama tak makan lauk ni, sebab ikan haruan susah nak dapat. Berselera zauj ku makan masakan air tangan isterinya ini.

Selepas makan tengah hari zauj pergi ke kelas di Yayasan Selangor untuk mengajar.Kelas zaj mula dari jam 2:00 petang hingga 6:00 petang. Takutkan lewat tiba di kelas, zauj niat solat zohor di sana sahaja. Jam 2:00 petang anak-anak yang pergi ke zoo balik rumah. Nampak sangat mereka semua keletihan berjalan kaki. sampai di rumah kelaparan, tenaga banyak digunakan untuk berjalan melihat-lihat binatang.

Lepas solat zohor, makan, semuanya tidor. Ummi masak pula untuk makan malam. Kat rumah Najdah ni, ummi suka masak sebab dapurnya tak luas mana. Jadi ummi tak perlu bergerak jauh untuk memasak. Untuk makan malam, ummi masak kari kepala ikan siakap pula. Ikan-ikan ni semua ummi bawa dari rumah kat Johor semalam. Ikan tu dibekukan dan masukkan dalam kotak polistrin putih. Walaupun seharian diperjalanan, ikan tu tak cair pun,tetap keras dan beku. Jadi masih segar bila ummi nak masak.

Petang jam 5:00 anakku Ariff sampai untuk jumpa maknya. Dah seminggu Ariff tak jumpa ummi. Jadi bila ummi datang ke KL, dia pun datang untuk ziarah ummi di rumah Najdah. Ariff pula memang suka makan ikan haruan,dihidangkan ikan haruan,memang berselera Ariff makan. Rupanya semua anak-anak ummi sama je, suka makan masakan ummi.

Berbual-bual dan bercerita dengan ummi, adik-adik dan Naimah, dekat jam 10:00 malam baru Ariff balik ke rumahnya di Bangi.Sedih dan hiba pun ada dihati ni bila melihatkan Ariff yang hidup berseorangan tanpa sesiapa yang disayangi di sisi. Nak buat macamana, urusan jodoh adalah urusan Allah, tak ada manusia yang tahu apa yang telah Allah rancangkan untuk manusia. Hanya doa sahaja mampu ummi panjatkan setiap waktu agar Ariff di berikan keteguhan Iman, kesabaran dan kebersihan hati di dalam menjalani kehidupan ini.

Esok paginya, setelah sarapan, ummi dan zauj berangkat seklai lagi menuju ke Rawang, untuk menghantar Omar balik asrama. Cuti pertengahan penggal di bulan Mac dah habis. Naimah yang di ambil oleh ayahnya awal cuti hari tu pun ikut ummi balik Johor. Lepas Omar turun di asramanya, ummi pergi ke Shah Alam pulak. Singgah ambik barang-barang Amiratun yang dah tamat kelas Asasi Sains di UiTM.

MasyaAllah, punyalah banyak barang-barang Amiratun...puas menyusun agar muat dimasukkan ke dalam kereta Naza ni. dah siap semuanya terus berjalan balik ke rumah di JB. Sampai di Plaza Tol Skudai jam 4:15 petang. Berhenti di surau untuk solat jamak takhir zohor asar. Sampai di rumah jam 5:00 petang. Penatnya...

Zauj terus terlena kepenatan...3 hari perjalanan tanpa rehat memang melelahkan bagi ummi dan zauj yang usia makin meningkat . Stamina dah berkurang. Semoga kami terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran meniti usia -usia emas ini. Yang utama aqeedah mantap, iman sempurna dan meningkat , akhlak bertambah mulia, hati bertambah murni. Semoga rumah tanggaku sentiasa dikurniakan kerukunan, kedamaian, kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan hingga akhir hayat ku di dunia dan akhirat. Moga anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah termasuk anak menantu dan anakku Muhammad Ariff.


Gambar terbaru ummi stelah jalani pembedahan. 
Baru saja pandai bertatih guna 'walk frame'



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday 26 March 2010

Nikmat syurga tiada bandingan


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :


“Tidak akan masuk syurga orang yang ada didalam hatinya, seberat biji sawi, dari takabbur. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya seberat biji sawi dari Iman” (Muslim)

Setelah Allah SWT menerangkan perbuatan para pendusta, berikutnya Dia menerangkan pula dengan lebih lanjut kemenangan yang diperolehi oleh orang yang bertaqwa, iaitu syurga yang digambarkan kewujudan dan isinya. Dia menerangkan bahawa syurga tidak lain adalah kurnia Allah SWT.

Perkara ini merupakan pendorong hasrat yang tinggi dan mengajak mereka agar lebih bersungguh dalam melakukan amal kebajikan dan menambahkan kedudukan yang dekat kepada Allah SWT dan ketaatan kepada-Nya.

Ayat ini juga merupakan gambaran penderitaan bagi orang yang tersesat lagi pendusta.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.

Ibn Abbas dan al-Dahhak berkata: Iaitu, dalam keadaan suci sedangkan Mujahid dan Qatadah berkata: Mereka selamat dari api neraka.

Firman Allah SWT: (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur. Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya.

Inilah sebahagian kenikmatan syurga dengan makanan dan bidadari. Al-Maraghi berkata: Bernikmatan dengan bidadari menggambarkan kesenangan seseorang di dunia yang memperoleh kelazatan walaupun kita tidak mengetahui hakikatnya di akhirat kelak dan kita wajib beriman dengannya.

Jelas kenikmatan di sana melebihi kelazatan yang terdapat di dunia. Ini merupakan bentuk kesenangan di hari akhirat.

Firman Allah SWT: Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman. Ibn Abbas berkata: Ia terisi penuh dan berturut-turut dan Ikrimah berkata: Ia menjadi jernih.

Firman Allah SWT: Mereka tidak mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta.

Ibn Kathir berkata: Dalam syurga tiada perkataan yang tidak bermanfaat, malahan pula dusta dan dosa. Syurga merupakan tempat yang terjamin keselamatannya penuh dengan nikmat yang tidak terkira.

Firman Allah SWT: Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikan-Nya).

Syed Qutb berkata: Kita dapat melihat keindahan pengungkapan dan irama dalam pembahagian di antara jaza' (balasan) dan ata' (kurnia).

Keindahan itu dapat dilihat lebih kurang pada semua bunyi di akhir ayat. Inilah ciri yang nyata dalam keindahan seluruh juzuk ini.

Firman Allah SWT: Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata dengannya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu).

Ibn Kathir berkata: Allah SWT menjelaskan berkenaan dengan Keagungan dan Kemuliaan-Nya. Dialah Rabb yang hakiki sama ada di bumi atau di langit dan semua makhluk tidak mampu berbicara kecuali dengan izin-Nya.

Firman Allah SWT: (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

Ulama tafsir khilaf berkenaan dengan maksud roh di sini antaranya:

Roh-roh manusia seperti riwayat al-Aufi dari Ibn Abbas.

Anak cucu Adam AS seperti pendapat al-Hasan dan Qatadah.

Salah satu daripada makhluk Allah dalam bentuk seperti manusia tetapi bukan malaikat dan manusia. Keadaan mereka juga makan dan minum. Inilah pendapat Ibn Abbas, Mujahid, Abu Salih dan al-A'mash.

Iaitu Jibril a.s seperti pendapat Sya'bi, Said bin Jubair dan al-Dahak.

Para malaikat yang mulia dan hampir dengan Allah SWT seperti kata Muqatil.

Iaitu al-Quran. Inilah pendapat Ibn Zaid.

Salah satu malaikat dengan ukuran sebesar seluruh makhluk.

Ibn Kathir mentarjihkan pendapat kedua iaitu: Anak cucu Adam AS.

Firman Allah SWT: Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya, maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!

Hari Kiamat pasti berlaku dan hendaklah seseorang itu beramal soleh dan dapat mendekatkan kepada Allah SWT dengan memperolehi kemuliaan dan pahala, di samping itu dapat menjauhkan dari seksaan azab neraka.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), Iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau Aku menjadi tanah (supaya Aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

Ibn Kathir berkata: Pada hari itu orang kafir berangan-angan dengan menyatakan jika mereka dijadikan sebagai tanah dan bukannya makhluk yang wujud di muka bumi.

Ini kerana setelah diperlihatkan kepada mereka azab dari Allah SWT dan perbuatan buruk mereka yang telah dicatatkan oleh malaikat yang mulia.

OLeh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Thursday 25 March 2010

Bersyukur atas Nikmat yang dikurniakan Allah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga kita semua didalam Rahmat Allah dan kasih sayangNya.



NIKMAT dikurniakan Allah kepada manusia tidak terhitung, dapat disukat dan ditimbang banyaknya. Allah berfirman bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (Surah An Nahl: 18)

Imam Al Ghazali mendefinisikan nikmat sebagai setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup ukhrawi - hari akhirat yang kekal abadi. Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah dibahagikan kepada dua iaitu nikmat bersifat fitri atau asasi yang dibawa manusia ketika dilahirkan. Kedua, nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima atau dirasakan sewaktu-waktu. Nikmat bersifat fitri digambarkan Allah dalam firman bermaksud: “Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih.” (Surah An Nahl: 78)

Nikmat yang dianggap mendatang ialah segala kenikmatan, kelazatan dan kebahagiaan diterima manusia sepanjang perjalanan hidup termasuk isi alam daripada tanaman, binatang ternakan serta sumber asas yang boleh dimanfaatkan. Firman Allah bermaksud: “Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering). Kami hidupkan dan kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman yang sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur. Dan Kami pancarkan kepadanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur.” (Surah Yasin: 31-35)

Lumrahnya, manusia menyedari nikmat kurniaan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang (dicabut oleh Tuhan). Jika matanya rosak sebelah, kaki patah atau tangan kudung, barulah dia merasa nikmatnya mempunyai dua biji mata, kaki dan tangan yang tidak cacat.

Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit. Seseorang yang berkuasa atau berpangkat pula berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan.

Syukur ialah mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba adalah nikmat pemberian Allah. Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila ia gembira wujudnya nikmat pada dirinya yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil sahaja. Sesungguhnya, bersyukur kepada Allah wajib bagi setiap manusia. Firman Allah bermaksud: “Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh menyembah kepada-Nya.” (Surah An Naml: 144)

Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat pada tempat bertentangan tujuan penciptaannya adalah mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya. Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan dijadikan Allah untuk mempertahankan diri bukan mencederakan atau membinasakan orang lain.

Sikap syukur untuk keuntungan manusia sendiri. Allah tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur hamba-Nya. Sebaliknya, Allah juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan ingkar ditunjukkan manusia. Allah berfirman bermaksud: “Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia.” (Surah An Naml: 40)

Orang yang bersyukur, jiwanya menjadi semakin bersih. Dia bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar nikmat itu kurniaan Ilahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikkan sesama manusia.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday 24 March 2010

Hati ku

Tuesday 23 March 2010

Monologku

Wahai Tuhan ku  Yang Pengasih,
Bantulah aku untuk mengabdikan diri kepada MU,
Mentaati perintah MU,
Mensyukuri nikmat-nikmat MU,
Basahi hati dan lisanku dengan zikrullah.

Kurniakan aku iman yang sempurna,
Akhlak yang terpuji,
Pekerti yang mulia,
Jadikan aku hamba yang redha 
Dengan segala apa yang ENGKAU takdirkan buatku

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 20 March 2010

Alangkah Indah Hidup Berkasih Sayang

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
Sesiapa yang terbaca entri Anekdot Perjalanan Baitul Muslim, pasti telah tahu kenapa ummi hold semua pengurusan Baitulmuslim Halaqahnet. Ummi 'pause' buat sementara waktu sehingga ummi mampu menguruskan tanpa dikuasai oleh emosi dan perasaan.


Kesannya amat dalam, pedih dan terluka buat ummi. Walau sekuat mana pun ummi berusaha memagar diri agar jangan rebah, namun ummi tetap manusia yang memiliki kelemahan diri.


Ummi lemah dalam mengawal perasaan sedih , hiba, pilu, dan simpati. Kadang pula terbit rasa marah kerana tidak dihargai. Bila semua perasaan ini bergaul dalam hati, cepat-cepat ummi hold semua perkara kerana ummi tidak mahu apa yang ummi buat bercampur dengan emosi yang disulami oleh syaitan. Ummi selalu ingat,dalam marah ada syaitan. Kecuali jika kita marah Allah dan Rasullulah dihina.


Sebab itu perlu kita bezakan marah kerana Allah dan Rasullulah atau marah kerana perasaan kita dilukai? Banyak perkara yang membuat seseorang marah, tetapi selesaikah persoalan dengan marah? Ini juga ummi perlu ambik kira. Ummi tidak mahu tewas kerana perasaan marah yang pasti akan menyebabkan segala usaha dan ibadah ummi jadi sia-sia.


Ummi lebih suka hidup dalam kasih sayang. Ummi suka berkasih sayang. Ummi suka menyayangi dan disayangi. Jika kita suka disayangi, maka kita mesti menyayangi orang juga. Memberikan kasih sayang dengan jujur dan tulus.

KETIKA kita bertemu Allah di dalam sembahyang, kadang-kadang terasa air mata berlinang mengenangkan-Nya yang menciptakan kita. Air mata kerinduan dan air mata taubat yang memadamkan bahang api neraka di akhirat.

Air mata kasih sayang yang dititipkan kepada kita, akan memutihkan noda hitam dan menjadikannya suci bersih. Mungkin sebab itulah Allah SWT memilih bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran kerana kosa kata spiritualnya lebih kaya dan mendalam. Di samping itu Al-Quran sebagai mukjizat yang terbesar di sepanjang zaman.

KETIKA kita bertemu Allah di dalam sembahyang, kadang-kadang terasa air mata berlinang mengenangkan-Nya yang menciptakan kita. Air mata kerinduan dan air mata taubat yang memadamkan bahang api neraka di akhirat.

Air mata kasih sayang yang dititipkan kepada kita, akan memutihkan noda hitam dan menjadikannya suci bersih. Mungkin sebab itulah Allah SWT memilih bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran kerana kosa kata spiritualnya lebih kaya dan mendalam. Di samping itu Al-Quran sebagai mukjizat yang terbesar di sepanjang zaman.
Pemilik kasih sayang yang sebenarnya hanya Allah SWT. Hakikat kasih sayang-Nya yang tanpa syarat, berbeza dengan kasih sayang manusia yang mempunyai pelbagai syarat dan kepentingan. Kasih sayang tanpa syarat itu, pernah ditunjukkan Rasulullah SAW ketika Baginda dilemparkan batu oleh orang Taif. Rasulullah hanya tersenyum: “Aduh umatku, seandainya engkau tahu visi dan misi yang kubawa, engkau pasti tidak akan melakukan ini,” demikian bisiknya.

Bahkan ketika datang malaikat pengawal gunung Taif menawarkan bantuan untuk membalas perbuatan orang Taif itu, Nabi berucap: “Terima kasih, Allah lebih berkuasa daripada makhluk. Jangan diapa-apakan. Mereka hanya tidak tahu. Kelak kalau mereka sedar, mereka akan menyintaiku.”

Nabi Nuh pernah menyesal kerana ia mendoakan umatnya binasa. Selama 950 tahun beliau berdakwah mengajak kaumnya ke jalan Allah, namun hanya segelintir yang mengikuti ajakan dan seruannya. Yang lain ingkar sehingga Nabi Nuh berdoa kepada Allah agar dikirimkan bencana kepada kaum yang ingkar itu. Maka datanglah banjir besar yang menenggelamkan mereka, sedangkan Nuh dan pengikutnya sudah mempersiapkan diri dengan membuat kapal atau bahtera.

Banyak ulama mencapai darjat kasih sayang itu. Imam Syafie pernah memesan baju kepada tukang jahit. Lengan kanan baju itu lebih besar dibandingkan lengan kirinya yang kecil dan sempit. Imam Syafie bukannya mengadu dan marah kepada tukang jahit itu, malah berterima kasih. Kata Imam Syafie: “Kebetulan, saya suka menulis dan lengan yang lebih longgar ini memudahkan saya untuk menulis sebab lebih selesa bergerak.”
Indahnya hidup ini kalau tidak ada kebencian. Ini bukan bererti kita harus menahan marah. Yang kita lakukan adalah bagaimana menjadikan diri kita penuh kasih sayang sehingga potensi kemarahan berkurangan. Setiap orang mempunyai hak untuk marah, dan itu harus dengan cara profesional dan bersopan santun.

Banyak perkara yang membuat seseorang marah, tetapi selesaikah persoalan dengan marah?

Semakin meningkat kasih sayang maka semakin mesra pula belaian Allah SWT kepada kita. Bayangkan seorang bayi yang dibelai ibunya tersenyum, itu baru belaian makhluk, apa lagi belaian Allah kepada manusia. Roh sifatnya mulia dan tinggi serta cenderung dekat dengan Allah. Jasad sifatnya rendah dan jauh dengan Allah.

Ahli sufi mengungkapkan: “Wahai jasad, sibukkan dirimu dengan solat dan puasa. Wahai kalbu, sibukkan dirimu dengan bisikan munajat kepada Allah. Wahai jasad, ungkapkan iyyakana’budu. Wahai kalbu, ungkapkan iyyakanasta’in.”

Ta’abbud mendaki ke atas, sedangkan isti’anah turun ke bawah. Yang melakukan ta’abbud adalah hamba, sedangkan isti’anah adalah Allah. Siapa yang naik akan memetik yang di atas untuk turun menyambut.

Begitulah cubaan bagi manusia, semakin tinggi kedudukan seseorang maka cubaannya semakin berat. Namun cubaan itu jangan membuat orang berputus asa.


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday 17 March 2010

Anekdot Perjalanan Baitul Muslim


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Mesej pertama dalam memulakan ta'aruf Baitul Muslim.

"Assalamualaikum Inang..., apa khabar? Ini ummi Munaliza."
"w'salam ummi, inang baik. Ummi apa khabar?"
"Alahmdullilah, ummi sihat. Inang, ummi nak tanya, inang dah ada calon suami?"

Memang orang dah tahu kerjaya ummi, kalau seseorang itu dihubungi oleh ummi mesti berkaitan Baitul Muslim.Jadi ummi tidak perlu untuk memulakan mukadimmah atau berbasa-basi yang panjang lebar. Ummi akan terus kepada point utama seseorang itu dihubungi.

"Inang tak ada calon lagi lah ummi."
"Oh...belum ada calon, ok, sekiranya ummi ingin perkenalkan dengan seseorang lelaki yang ingin berkahwin, setuju ke?"
"Tak tahulah lagi ummi."
"Tak apa inang, inang boleh fikirkan dahulu samada nak berkenalan atau tidak, nanti hubungi ummi semula."

Selepas 2 hari pertanyaa ummi tu, Inang mesej ummi semula.
"Boleh ummi hantar gambar lelaki tu? Inang nak tengok dulu."
"Nak hantar melalui apa ya? Inang boleh terima email?"
"Inang tak ada laptop dan intenet, tak boleh lah melalui email, mms sahaja,ummi."
"Oh...hp ummi kokak je, tak boleh hantar gambar melalui mms, tak pe ,nanti ummi ikhtiarkan."

Oleh kerana hp ummi hp kuno, yang fungsinya hanya untuk membuat, menerima panggilan serta menulis mesej dan menerima mesej, maka tak dapat lah ummi hantar gambar melalui mms, hp ni orang dah tak pakai pun. Ummi pun hubungi semula Inang. Ummi namakan lelaki yang ingin berkahwin ini sebagai Fakir.

"Inang, macam ni lah, boleh ummi berikan nonbor hp inang pada Fakir, biar dia hantar sendiri gambarnya pada inang, inang tengok, dan buat keputusan, samada nak berkenalan atau pun tidak."
"Boleh, ummi boleh berikan nombor inang pada dia."

Hari berikutnya, Fakir menghubungi inang untuk berkenalan, walaupun ummi telah memberikan sedikit gambaran biodata ringkas dan akhlak Inang kepada Fakir. Dengan inang pun, ummi ada memberikan sedikit gambaran biodata ringkas Fakir dan akhlaknya kepada Inang. Kedua-dua calon yang ummi perkenalkan ini, ummi pernah jumpa dan tahu sedikit sebanyak mengenai diri mereka.

Bagaimana ummi mengetahui hal-hal peribadi dan akhlak mereka? Caranya ummi menghubungi orang rujukan yang mereka berikan. Ummi akan bertanya banyak perkara kepada orang rujukan yang dicatatkan dalam borang Baitul Muslim itu. Selepas itu, jika berpeluang, ummi juga menemui mereka dengan temujanji.

Dengan Fakir, semasa pertemuan pertama, ummi bukan bertemu dengan Fakir seorang diri sahaja, tetapi ummi temui juga dengan orang rujukan Fakir bersama keluarganya, iaitu, orang yang mengIslam kan Fakir 4 tahun yang lalu, ummi temui sahabat-sahabat Fakir yang mana merupakan warga kariah surau tempat tinggalnya. Ummi juga kerap berhubung Fakir melalui ym atau telefon untuk mengetahui idea dan pemikirannya apabila ummi membincangkan sesuatu isu mengenai Islam. Ummi mahu tahu sejauh mana pengetahun dan ilmu -ilmu Islam yang telah dipelajari dan diamalkan. Selain itu, ummi juga mahu tahu latar belakang dan perjalanan hidup Fakir sebelum Islam dan sesudah Islam.

Untuk mengenali Inang pula, ummi merujuk kepada sahabat-sahabat yang pernah tinggal bersama Inang selepas sahaja Inang memeluk Islam. Ummi juga kerap bermesej dan telefon Inang untuk mengetahui pemikirannya berkaitan sesuatu isu semasa, mendengar cerita perjalanan hidup inang termasuk latar belakang keluarga Inang.

Sehari selepas itu, fakir memaklumkan pada ummi bahawa dia sudah hantar gambarnya kepada Inang. Ummi hanya ada gambar Inang, dan ummi sudah tunjukkan gambar Inang pada Fakir. Itu sebab Fakir setuju untuk berkenalan dengan Inang.

"ummi, inang setuju untuk teruskan ta'aruf." Fakir memberikan khabar kepada ummi.

Seminggu selepas itu, Fakir mengkhabarkan lagi "ummi, ummi tahukan , saya berhubung dan berkenalan dengan Inang dengan niat untuk berkahwin. Saya telah nyatakan hasrat saya pada Inang, untuk berkahwin dengan dia. Inang dah setuju ,ummi. Sekarang apa proses seterusnya ummi?"

"tak pe, nanti ummi hubungi inang, untuk memastikan adakah keputusannya itu muktamad. Fakir pun kena tanya betul-betul, tak mahu hatinya berbolak balik dalam membuat keputusan. Ini melibatkan masa depan dirinya."

Setelah seminggu berlalu, berpuluh-puluh kali ummi bertanyakan inang akan keputusan nya untuk berkahwin dengan Fakir. Jawapannya konsisten, "Inang sudi berkahwin dengan abang Fakir,ummi."

Selain ummi, Fakir juga sentiasa bertanyakan Inang,adakah keputusannya berhenti belajar di Institute dan berkahwin itu adalah tetap? Inang menjawap tegas, bahawa dia sudi untuk berkahwin dengan Fakir.

Setelah jawapan yang menyakinkan dari Inang, dan setuju untuk berkahwin, maka Fakir setuju untuk menjemput Inang dari asrama dan membawa ke rumah ummi. Faqir datang menjemput Inang bersama kakak dan anak-anaknya yang juga merupakan jiran Fakir.  Semasa menjemput Inang, itulah pertama kali Fakir melihat Inang dan Inang melihat Fakir. Sebelum Fakir menjemput Inang menaiki keretanya, sekali lagi Fakir bertanya, "betul kan Inang mahu bekahwin dengan abang? Inang masih berpeluang untuk menolak sekiranya tidak berkenan pada wajah dan rupa abang." Inang tetap menjawap ,"ya, Inang nak kahwin dengan abang."

Maka Fakir pun mengangkat barang-barang Inang memasukkan ke dalam kereta. Sebelum Fakir keluar dari pagar pusat pengajian Inang, sekali lagi Fakir bertanya kepada Inang, "Inang betul nak kahwin dengan abang?" Inang menjawap, "ya".

Setelah keluar dari pagar pusat pengajian itu, Fakir terdetik di dalam hati, bahawa dia sudah tidak boleh berpatah balik, hati mesti mantap,Inang akan menjadi tanggungjawapnya mulai sekarang untuk dijadikan isteri.

Fakir terus memandu kereta menuju ke Johor Bharu, dan tiba di rumah ummi pada jam 3:30 pagi. Perjalanan yang lama disebabkan oleh terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Shah Alam hingga ke Bangi.

Oleh kerana sebelum pergi menjemput Inang, Fakir telah 2 hari tidak tidor malam dan berehat kerana berusaha menyiapkan kerja-kerja,maka semasa memandu pada malam itu, Fakir terlelap. Mujur, sewaktu terlelap itu, kereta yang dipandu laju di lebuh raya, hanya mengesel dinding pengadang jalan sebelah kiri pemandu. Kereta calar dari depan hingga ke belakang. Syukurnya tidak berlaku kerosakkan besar dan kemalangan disebabkan terlelap semasa memandu.

Kebetulan pula, sepanjang menanti ketibaan mereka , ummi tidak tidor langsung, risau dan runsing menunggu mereka datang. Kerap ummi menelefon Fakir, bertanyakan mereka telah tiba di mana. Namun sekitar jam 2:30 malam, ummi terlelap juga di sofa. Dalam lena yang sekejap itu, ummi bermimpi, melihat Inang telah tiba rumah ummi tanpa Fakir. Terus ummi dakap Inang dan bertanyakan mana Fakir? Tanpa sempat Inang menjawap, ummi lihat, polis yang mengiringi Inang datang ke rumah ummi. Polis menunjukkan ummi untuk melihat rangka kereta Fakir.Spontan ummi terkejut dan terjaga dari tidor. Dengan badan yang mengigil, tangan terketar-ketar, terus ummi menelefon Fakir. Rupanya ketika itu, Fakir juga terlelap semasa memandu dan mengesel pengadang jalan. Ketika telefon ummi berbunyi, Fakir sedang berhenti di sebuah stesen petrol Shell, untuk melihat kesan geselan dan calar pada keretanya. Mujur ada pengadang jalan itu, jika tidak sudah pasti keretanya terbabas masuk parit atau longkang di sebelah kiri jalan.

Selepas kejadian tu, ummi tidak mahu tidor lagi, dan berusaha sentiasa menelefon Fakir untuk mengetahui di mana kedudukan mereka setiap ketika. Apabila mereka sampai, terus ummi buka kan pintu pagar dan memeluk Inang. Betapa bersyukurnya melihat mereka selamat tiba walaupun berlaku sedikit kemalangan kecil.

Masuk sahaja ke dalam rumah, terus Fakir tertidor di sofa dan Inang tidor di dalam bilik tanpa mahu menjamah makanan. Hidangan nasi yang ummi sediakan tidak mahu mereka jamah disebab rasa mengantok dan kepenatan.

Awal pagi esoknya, mereka perlu bersiap-siap untuk menghadiri Kursus Perkahwinan yang di adakan di sebuah dewan di tempat ummi tinggal. Kursus ini dijalankan selama 2 hari, iaitu hari Sabtu dan hari Ahad. Pada petang Ahad, setelah kursus tamat dan Sijil Menghadiri Kursus Perkahwinan disampaikan.

Hari Isnin, ummi bersama Fakir dan Inang pergi ke pejabat agama di Johor Bahru untuk mengambil borang Kebenaran Bernikah untuk pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah membaca segala maklumat dan melengkapkan, barulah kami pergi berjumpa dengan Penghulu kawasan Mukim Gelang Patah. Sebelum Penghulu menandatangai surat dan borang pemastautin dan status diri akuan bujang, penghulu bertanya sekali lagi kepada Inang,"awak nak berkahwin dengan dia?" sambil tangan penghulu menunjukkan ke arah Fakir. Inang menjawap dengan tegas, "ya , saya mahu berkahwin dengan Fakir", sebutnya tanpa ragu-ragu.

Penghulu pun menandatangani borang itu dan memberikan kepada ummi untuk melengkapkan bahagian saksi lafaz akaun bujang tadi.

Setelah selesai urusan ini, bergegas kami balik ke rumah ummi untuk menunaikan solat zohor kerana jam 2 :00 petang ada temu janji dengan Pusat Kesihatan tampoi untuk pemeriksaan saringan HIV bagi pasangan pengantin. Oleh kerana ramainya orang, perlu juga mengambil nombor giliran. Jam 4:00 petang baru berakhir urusan di sini.

Seterusnya kami pergi menuju ke Mahkamah Syariah dan Kehakiman negeri Johor , bersebelahan dengan HSAJB. Urusan di sini adalah urusan permohonan untuk angkat sumpah bagi memohon wali hakim untuk pasangan pengantin perempuan. Oleh kerana saudara baru, maka wali yang layak menikahkan adalah wali hakim. Namun bukan semudah itu untuk terus mendapatkan wali hakim, ada prosedur-prosedur yang dilalui seperti penyediaan dokumen oleh peguam dan memohon tarikh perbicaraan di kamar hakim.

Ummi tiba di Mahkamah pada jam 4:30 petang, jika adatnya, waktu pejabat dah hampir mahu tutup, jarang pengawal membenarkan orang ramai membuat urusan lagi di dalam bangunan itu. Mungkin pekerja di dalam mahkamah hanya mahu, menyelesaikan kerja-kerja akhir sebelum balik ke rumah seperti mengemaskan data dan fail-fail.


Namun disebabkan ummi masuk ke kawasan mahkamah dengan menggunakan 'walk frame' pengawal tidak sampai hati melarang ummi masuk. Sebaliknya pengawal di situ bertanya, ummi mahu berjumpa dan berurusan dengan siapa? Ummi sebutkan nama pegawai berkenaan, terus pengawal itu masuk ke dalam bangunan mahkamah, untuk memastikan orang yang ummi mahu jumpa itu ada di dalam kamarnya. Alahmdullilah, ummi dapat naik hingga ke tingkat 4 bangunan mahkamah syariah dengan menggunakan lift dan bertemu beliau, bagi menguruskan tarikh bicara dan dokumen peguam bagi angkat sumpah berkaitan wali hakim. Perbicaraan ditetapkan pada hari Rabu, 10 mac 2010 , jam 2:00 petang.

Allahmdullilah, dapat juga ummi selesaikan urusan borang pernikahan pada hari ini mengikut jadual dan rancangan. Tinggal datang hari Rabu untuk bicara, selesai bicara, borang pernikahan dah boleh submit ke pejabat agama dan terus pasangan mualaf ini di temuduga.

Rancangan hari Selasa ialah untuk bershopping, bagi membeli keperluan bilik pengantin dan pakaian pengantin lelaki. Pakaian untuk pengantin perempuan telah ada dan telah dicuba sebelum ini.Hanya tinggal untuk mencari pakaian pengantin lelaki dan cadar untuk bilik pengantin. Telekung ummi dah beli pada hari Ahad lalu di Mydin, telekung sulam sebagai hadiah semasa akad nikah.

Ummi juga telah berbincang dengan Fakir bahawa, maskahwin untuk Inang adalah seutas rantai emas. Fakir setuju kerana dia mampu untuk menyediakan. Perancangan juga, sewaktu Majlis akad nikah pada 16 mac nanti, keluarga Inang (ayah, mak dan adik Inang) akan dijemput datang untuk menyaksikan pernikahan Inang. Semua kos kapal terbang dari Sibu ke JB, tiket pergi balik, Fakir yang tanggung. Fakir juga telah berjanji dengan ummi, akan memberikan sedikit wang belanja kepada ibu bapa Inang sebanyak RM 4000.00.

Hari Selasa, selepas solat zohor, ummi , Inang dan Fakir pun pergi menuju ke Jakel, untuk membeli cadar pengantin dahulu. Lepas itu baru beli pakaian dan rantai emas. Sewaktu memilih cadar, kebetulan ummi juga ingin membeli cadar untuk abang, angah dan Nazihah yang akan berkahwin pada bulan Jun ini, ada banyak pilihan warna. Ummi pilih warna gold dan creme. Inang ingin memilih antara ungu dengan hijau.

Inang memandang Fakir untuk bertanyakan pendapat. Tetiba, Inang bersuara, "abang, boleh kita tangguh dahulu beli cadar ni?" Terkejut Fakir, bila Inang bersuara begitu."Bila lagi nak beli, kesian ummi, takkan ummi dah susah payah datang hari ni, esok nak datang lagi. Beli sajalah hari ini." Jawap Fakir bertegas.

Tiba-tiba Inang mengajak Fakir pergi menjauh dari ummi, seperti ingin berbincang sesuatu dengan Fakir. Tapi tak lama, Fakir dan Inang datang semula ke tempat ummi duduk, dimana jurujual membuat demo memasang cadar-cadar dan warna cadar yang dipilih. Fakir berkata, " Inang nak minta tangguh bernikah." Ummi terus pandang Inang dan bertanya, "Minta tangguh atau Inang mahu berkahwin dengan Fakir atau dengan orang lain?" Soal ummi tegas juga kepada Inang. Inang pun menjawap dengan suara tegas dan yakin " saya nak kahwin dengan orang lain". MasyaAllah, bagaikan halilintar suara yang ummi dengar itu, walaupun suara Inang perlahan sahaja.

Terus Fakir bertanya, siapakah lelaki yang Inang nak kahwini itu? Rasa pelik sebab sebelum ini tidak timbul sebarang nama atau cerita untuk berkahwin dengan orang lain. Fakir meminta nombor telefon lelaki itu dari Inang.Inang pun terus mendailkan nombor lelaki itu dan diberikan kepada Fakir.Bila Fakir hello sahaja, kedengaran suara di telefon, " Ini fakir?, Saya mohon lepaskan Inang, boleh?" Terkejut Fakir dengan permintaan itu, dan Fakir terus menjawap," engkau nak kahwin dengan Inang kah?" " Ya" jawapan lelaki itu. Fakir kata "boleh,ambillah Inang." Fakir masih lagi dapat mengawal suara dan keadaan diri. Terus telefon itu diberikan kepada Ummi.

ummi pula yang berbicara dengan lelaki itu, "siapa nama saudara, dari mana, dan mengapa baru sekarang ini timbul , setelah Fakir dan Inang merancang akan bernikah pada minggu depan?" Lelaki itu pun menjawap dan menerangkan siapa dirinya. Rupanya lelaki itu adalah kekasih Inang yang lama. Tengah hari sebelum keluar untuk beli cadar, Inang ada hantar sms kepada lelaki itu untuk memaklumkan , bahawa dia akan bernikah. Tak sangka pula lelaki itu terus telefon Inang dan memujuk agar jangan bernikah kerana dia juga ingin bernikah dengan Inang nanti.(tapi belum tahu bila). Hati Inang pun terus bolak balik, antara mahu bernikah atau tidak. Sebab itu Inang minta tangguhkan dulu beli cadar pengantin.

Lelaki itu bercakap dengan ummi, bahawa dia nak kahwin dengan Inang. Ummi pun terangkan pada dia bahawa, urusan pernikahan Inang dan Fakir telah ummi uruskan hingga ke mahkamah Syariah. Macam dah tak boleh batalkan.Lelaki itu tetap mendesak, dan Fakir yang mendengar, terus rasa tawar hati dan kecewa, kerana Inang juga mengaku ingin berkahwin dengan lelaki itu,katanya kekasih pertamanya dahulu.

Tanpa banyak soal, ummi pun kata "sila bayar ganti rugi kewangan pada Fakir, tapi ganti rugi maruah akan ditanggung sampai mati, oleh dirinya." Ummi pun sudah tidak sanggup lagi berlama-lama di kedai itu, tak jadi beli cadar untuk Inang, jadi ummi cuma beli 2 pasang cadar sahaja, bayar dan masuk kereta.

Sepanjang perjalanan balik, Fakir, ummi dan Inang cuma mendiamkan diri, masing-masing berfikir,ummi macam tidak percaya dengan apa yang baru berlaku.

Sampai di rumah, terus ummi bersolat Asar dahulu. Sambil menenangkan fikiran dan memohon petunjuk dari Allah, manakah jalan terbaik untuk diikuti. Ummi benar-benar berada di dalam persimpangan. Setuju dengan pembatlan pernikahan atau meneruskan dengan paksaan?

Jika ummi setuju dengan pembatalan pernikahan ini, bermakna Inang berhutang maruah kepada Fakir, sebabnya sebelum Fakir datang ke rumah ummi dari tempat tinggalnya, semua kariah , jiran-jiran dan sahabatnya tahu yang Fakir datang ke Johor untuk bernikah. Ummi sebagai mak angkat yang menguruskan pernikahan itu.Maka jika dibatalkan, Fakir terpaksa balik semula ke tempat tinggalnya tanpa isteri dan di mana mahu dia letak maruah dirinya. Dia diminta melepas bakal isterinya hanya gara-gara kekasih pertama bakal isteri muncul semula setelah beberapa bulan mendiamkan diri tidak menghubungi Inang.Pasti dia rasa, maruah dirinya dipijak-pijak sesuka hati. Lagi pun Inang dikira tunangan nya sekarang tiba-tiba, datang seorang lelaki merampas begitu sahaja.

Dan sekiranya ummi meneruskan pula, seperti memaksa Inang bernikah dengan orang yang bukan dia cintai. Ummi takut pula berlaku sesuatu yang telah Fakir maklumkan awal-awal lagi bahawa jika telah bernikah, tidak boleh berhubung dengan mana-mana lelaki lagi. Takut juga ummi, mana tahu isteri tak sengaja berhubung semula kekasih lama tu walaupun sudah bernikah. Fakir tidak boleh terima apa-apa alasan jika dia dikhianati. Makanya ummi perlu membuat suatu keputusan yang tidak adil bagi kedua-duanya. Namun keputusan yang dicapaikan pasti melukakan banyak hati.

Setelah mengambil kira keputusan Inang sendiri yang menolak, menyebabkan Fakir jadi tawar hati, membatalkan adalah lebih baik. Sebaik keputusan membatalkan dibuat, terus ummi minta Fakir tinggal di rumah ummi sehari dua lagi, untuk tujuan memberikan ketenangan kepadanya.

Sebenarnya terlalu sukar untuk Fakir terima keputusan itu, seseolah ditewaskan, namun apakan daya jika Inang bukan mualaf, memang wali boleh memaksa, tetapi Inang adalah mualaf, maka secara tak langsung melibatkan aqeedah juga.

Dan selepas hari pembatalan pernikahan itu, ummi kurang ambil tahu hal Inang kerana, mungkin Inang tidak merasai apa-apa kerana telah dapat berhubung semula dengan kekasih lama, penangan yang dihadapi oleh Fakir yang sangat berat. Walaupun kelihatan Fakir tenang tetapi dia tidak boleh terima hakikat pembatalan pernikahan ini.

Setelah 2 hari berlalu bersama ummi di rumah, Fakir minta izin untuk balik ke rumahnya sendiri, kerana lambat atau cepat dia tetap kena hadapi dan berhadapan dengan masyarakat juga. Tambahan kawan-kawandan jiran Fakir telah menghubungi Fakir bertanyakan tarikh pernikahan, kerana mereka bercadang unuk datang hadiri majlis pernikahan seperti pada tarikh dirancang. Antara terpaksa Fakir menerangkan bahawa majlis pernikahannya dibatalkan. Semua kawan-kawan, jiran dan warga kariah surau tempat tinggal Fakir terkejut dengan berita itu.

Sebab itu Fakir perlu balik juga ke rumahnya, untuk menerangkan keadaan sebenar.Namun hakikatnya, Fakir juga mualaf dan apa yang ummi jangkakan akan berlaku, telah berlaku. Fakir dapat menerangkan sebab musabab pernikahan nya batal kepada jiran tetangga dan kawan-kawan. Dan mereka memberikan nasihat agar Fakir bersabar.

Namun, apa bila Fakir sendirian di dalam rumah, sedangkan masa dia keluar dari rumah, menuju rumah ummi hari itu dengan harapan bila dia balik ke rumah semula, ada isteri bersamanya, tetapi tidak jadi pernikahan itu, dan tiada siteri yang mengikutnya.

Apa yang ummi jangka memang terjadi. Fakir tidak mampu hadapi ujian dan dugaan ini. Aqeedahnya jadi goyang. Dia tidak mahu berhadapan dan berjumpa sesiapa.Di rumah, Fakir menangis sendirian dan mempersoalkan Tuhan. Fakir tanya Tuhan kenapa dia diberikan ujian seberat ini? Dia taat melakukan suruhan dan tinggalkan larangan, mungkin ada dosa-dosa yang dilakukan, tetapi bukan dosa besar, tetapi tuhan uji dia begini. Fakir bandingkan dengan orang lain, yang selalu tidak solat,tidak puasa tetapi ada keluarga bahagia, mudah untuk jalani hidup tanpa ada dugaan yang berat,tetapi Fakir lalui sehingga maruah diri mudah dipijak orang.

Fakir putus asa dengan rahmat Allah. Hari-hari Fakir bertanya, kenapa jadi begini, kenapa Tuhan berikan ujian ini kepada dia, bukan kepada orang lain. Fakir tidak mahu berdoa, Fakir memberontak. Terdetik dihati Fakir Allah tidak adil dengan dirinya. Bila keadaan ini berlaku, Fakir jadi lalai solat, Fakir banyak tidor untuk melupakan nasib diri. Apabila terjaga, Fakir tanya tuhan lagi. Fakir tidak mahu makan dan abaikan kesihatan diri.

Sejak keadaan Fakir begini, masa di rumah ummi, ummi sentiasa menemani Fakir di ruang tamu rumah ummi, ummi ajak berbual. Bila Fakir dah balik rumahnya, ummi sentiasa hubungi Fakir melalui telefon. Setiap masa ummi tanya keadaan Fakir, ummi mesej dan call Fakir. Fakir putuskan hubungan dengan kawan-kawannya, Fakir tidak berjemaah di surau lagi kerana dia tidak kuat untuk berhadapan dengan warga kariah surau yang pasti bertanya macam-macam. Hanya panggilan telefon dan mesej ummi saja Fakir jawap. Ini kerana Fakir masih hormat dan ingatkan ummi. Fakir anggap ummi seperti mak kandungnya. Kerana rasa hormat dan kasihnya ada ummi seperti mana kasihnya kepada mak kandung, Fakir tidak sampai hati membiarkan panggilan ummi dan mesej ummi tidak berjawap.

Fakir tahu ummi sentiasa menangisi dirinya, kasihankan dirinya dan menyanyangi dirinya. Namun untuk Fakir menerima nasihat ummi amat sukar kerana rasa marah dan putus asanya dengan rahmat tuhan.Bukan lah suatu yang mudah untuk ummi membina keyakinan pada diri Fakir tentang rahmat dan ujian Tuhan ini.Setiap masa ummi berikan peringatan, tazkirah untuk Fakir terima hakikat bahawa ini hanya ujian Allah bagi meningkatkan keimanan. Tapi Fakir hanya mendengar sambil lalu sahaja, kerana fikirannya telah kosong. Fakir jadi "Blank". Dia hanya mendeangar apa yang ummi kata tetapi tidka memikirkan apa-apa. Apa yang ummi nasihat, berlalu begitu sahaja. Siang malam Fakir hanya duduk bersandar di dalam rumah, merenung kosong dinding dan syiling rumah.

Ummi pulak, setiap kali bercakap dengan Fakir, pasti menangis,juga memberikan sedikit sebanyak tekanan pada Fakir, tetapi Fakir juga tak mampu berbuat apa-apa. Setiap kali waktu solat , ummi perlu ingatkan Fakir agar bangun untuk berwuduk. Ummi akan ulang tanya berkali-kali, adakah telah solat. Itulah kerja ummi selama seminggu ini. Walaupun ummi call, Fakir sebenarnya tidak berbual dengan ummi. Dia hanya letakkan telefon ditelinganya, sepatah ummi tanya, sepatah yang dijawapnya. Hanya rasa hormat dan kasih, Fakir tidak menutup telefon bila ummi call atau memutuskan panggilan bila ummi cakap banyak menasihatinya.

Ummi ajak Fakir berbual, meluahkan rasa kecewanya itu, tetapi Fakir tetap diam. Pada sangkaan ummi Fakir kecewa kerana Inang membatalkan pernikahan itu, rupanya Fakir kecewa bukan dengan Inang tetapi dengan Tuhan. Itu yang mneyebabkan ummi menangis, ummi takut aqeedah Fakir goyang dan runtuh. Dan itulah yang berlaku. Tidak putus-putus ummi berdoa kepada Allah, memohon dimantapkan aqeedah, dikuatkan iman dan diberikan kesabaran serta ketabahan kepada Fakir.Ummi tahu Fakir telah tidak mahu berdoa, Fakir tidak mahu mengadu kepada Allah sebaliknya Fakir menyoal Allah kerana tidak adil pada nya jadi siapa lagi yang mahu menolong Fakir? Maka ummi letakkan harapan hanya kepada Allah, sungguh-sungguh ummi berdoa mohon Allah menolong Fakir.

Hinggalah setelah satu minggu, ummi terus nasihati Fakir, Fakir katanya "kalau ummi kasihan kan dia, minta doakan agar Allah berikan penjelasan kenapa dia diduga begini?" Menangis lagi bila ummi mendengar permintaannya. Fakir kata, jika dia dapat penjelasan tu, mungkin dia akan bersemangat semula untuk teruskan hidup ini. Kalau tidak, beginilah dia seterusnya, hidup sebatang kara, tanpa sesiapa kecuali ada ummi yang sayangkan dia sebagai anak.

Dengan berkat doa dan kesabaran, apa yang dikehendaki, disampaikan Allah jua.Suatu malam sedang ummi bercerita, ummi sangka Fakir sudah jelas sebab-sebab Inang membatalan pernikahn itu. Rupanya, sejak menerima berita pada petang itu, dia seseolah telah 'blank' dan kosong. Hanya jasadnya saja ada bersama ummi, tapi fikirannya ke alam lain.Dan soalan "kenapa Allah mengujinya terlalu berat, dia mahu penjelasan dari Allah" yang sering bermain di fikirannya, tetapi tidak dia luahkan awal-awal pada ummi.

Malam itu ummi bercerita hikmah-hikmah pernikahan itu dibatalkan, cerita berkaitan, ujian dan dugaan Allah kepada manusia, barulah hatinya terbuka untuk terima. Genap 1 minggu Fakir tenggelam dalam dunia yang hampir menggugat imannya. Apabila tersedar, terus ummi ingatkan dia untuk bertaubat dan mohon ampun kepada Allah. Apabila Fakir telah dapat penjelasan yang memuaskan hati, barulah dia faham dan terima ujian dan dugaan Allah ini dengan redha. Barulah dia sedar akan "Benarnya Janji-Janji Allah".

Sebelum itu dia tidak mahu berdoa, ketika suatu dinihari terdetik di hatinya, "Ya Allah, aku mohon berilah aku penjelasan mengapa dugaan ini terjadi kepada ku". Dan selepas itu, barulah hatinya terbuka untuk mendengar nasihat dan cerita ummi. Alhamdullilah Fakir sudah boleh menerima hakikat bahawa Inang bukan dijodohkan buatnya. Ujian Allah ini adalah ujian untuk lebih memantapkan aqeedah dan meningkatkan keimanannya kepada Allah SWT. Kini Fakir telah tenang dan redha dengan perjalanan yang sedang dilaluinya.

Begitulah 1 anekdot dalam ummi menguruskan Baitul Muslim. Dugaan ini sangat berat juga buat ummi kerana ummi cuba menjodohkan mereka yang pada awalnya tidak ada sebarang masalah, namun, Allah yang lebih mengetahui apa yang terjadi di akhirnya. Suatu tamparan kepada ummi bahawa, manusia hanya mampu merancang,berusaha, berdoa akhirnya tawakkal kepada Allah dengan apa yang telah diusahakan. Segala usaha dan ikhtiar yang dilakukan nampak seperti di redhai Allah dengan doa dipermudahkan urusan berjalan dengan baik pada awalnya, namun akhirnya ini yang terjadi.

Semoga ummi, zauj dan anak-anak tetap berada di jalan yang Allah redha, dimantapkan aqeedah, di kuatkan iman, disucikan hati, dibersihkan jiwa, diberikan kekuatan untuk mengabdikan diri kepada Allah, mentaati segala perintah Allah, dapat mensyukuri segala nikmat-nikmat Allah dan sentiasa membasahkan lisan dan hati dengan zikrullah.

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Banding diri dengan orang lebih baik



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


CARI wang tidak salah. Duit sebenarnya menjadi alat demi mentaati Allah. Dengan wang itu dapatlah kita membayar zakat, menunaikan haji, berjihad serta membantu mereka yang tidak berkemampuan. Islam meletakkan harta tempat yang mulia sekiranya diurus dengan cara yang berhemah. Yang kita bimbang kesibukan mencarinya sehingga melalaikan kita. Ada yang rela bekerja siang dan malam mencari harta hingga mengabaikan hak keluarga di rumah, anak mendapatkan pendidikan, hak Tuhan untuk disembah, bahkan yang paling parah hak anggota tubuh untuk beristirahat hanya demi harta yang nilainya tidak seberapa.

Yang kita hendak bincang pada kali ini adalah bagaimana kesilapan kita dalam melihat nilai yang kita buru habis habisan.

Padahal nilai akhirat itu perlu kita perjuangkan. Ini tidak apabila sudah mendapat wang, kedekut ibarat tangkai jering.

Dengan nilai wang RM10 ribu misalnya kita boleh dapat dan beli apa saja. Tetapi pernahkah kita fahami nilai dua rakaat solat sunat tahajud, nilai zakat, sedekah, membaca al-Quran, zikir? Adakah ia seimbang? Justeru, itu yang perlu kita perbetulkan segera. Wang adalah sebagai alat untuk membeli akhirat dan syurga. Ini kerana dengan kefahaman inilah mereka mencarinya dengan betul serta menggunakannya pun dengan cara yang betul.

Dunia kita dapat, akhirat pun kita juara. Contohnya, sahabat nabi jika mereka tertinggal takbiratul di dalam solat berjemaah saja, mereka bersedih dan berkabung selama tiga hari seolah-olah mengalami kerugian yang amat sangat.

Lain pula halnya dengan kita, kadang-kadang kita sanggup melupakan amalan demi bentuk keduniaan. Bertambah hairan kita tidak rasa bersalah hanya demi membina dunia itu. Contohnya solat, apabila berkumandang azan menandakan sudah masuk waktu solat. Kaum lelaki sepatutnya berduyun-duyun segera menuju ke rumah Allah. Manakala wanita pula bersegera solat di awal waktu, tetapi apa yang terjadi adalah kita sibuk mengutamakan kerja dengan alasan mencari rezeki. Sedangkan Allah menghubungkan rezeki itu sendiri dengan solat. Firman Allah yang bermaksud: "Perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Thaha: 132).

Betapa jauhnya fahaman kita berbanding dengan sahabat nabi. Mereka rela mewakafkan kebun kerana ia menjadi penyebab lalai dalam solat. Jika akhirat sahabat bergoyang, mereka sanggup lepaskan dunia mereka untuk meneguhkan akhirat. Kita pula terbalik, kita sanggup lepaskan akhirat demi hendak memperteguhkan dunia kita. Amat menghairankan kita tidak rasa bersalah pun melewatkan solat demi dunia kita, apatah lagi rasa bersalah disebabkan malas serta tidak fokus mengerjakan solat. Bagi menyedapkan hati, kita bandingkan pula diri dengan orang yang tidak bersolat. Maka jawapannya 'saya lebih baik dari mereka yang tidak solat'. Oh, betapa jauhnya kita.

Jangan dibandingkan rohani kita dengan orang yang lebih rendah dari kita, tetapi bandingkan rohani kita dengan rohani sahabat nabi. Amatlah rugi jika kita hanya faham dunia dan kualiti ISO 9001 saja. Berusahalah ke arah mencapai kualiti rohani sebagaimana rohani sahabat nabi. Ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini amat sementara, sedangkan akhirat itu kekal abadi. Umur dunia mungkin panjang lagi, tetapi apa yang pasti umur kita tidak akan sepanjang umur dunia ini.

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 16 March 2010

Umur aset dipertanggungjawab di akhirat



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“JANGAN lupa ya ummi! Bulan ini birthday Abdullah, Abdullah nak bawa kek kat kawan-kawan di sekolah,” ujar anak ummi yang berumur lapan tahun.

Tersentak juga mendengar anak montel dan gebu itu mengomel. Yang tersentak sebenarnya bukannya sebab kena beli kek atau terlupa tarikh hari lahirnya, tetapi kerana mengenangkan umur serta tanggungjawab di sebalik sambutan hari lahir itu.


Umur anak kecil yang masih putih bersih bak kain putih seperti Abdullah itu sememangnya hanya tahu bergembira kerana mereka dirai, diingati dan disayangi. Namun, bagi kita yang sudah lama bermusafir di bumi Allah ini sepatutnya bermuhasabah diri kerana semakin umur kita semakin berkurangan umur.


‘Birthday’ yang biasanya diucap ‘selamat’ itu sebenarnya ‘bertambah kurang’. Seeloknya di samping bergembira, jangan lupa aspek manfaat dan kualiti amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita.

Hal ini sangat penting kerana di akhirat nanti, setiap individu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t. Sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.” (HR Tarmizi).


Dalam hidup manusia terdapat tonggak umur yang sangat penting, antaranya umur 40 tahun sebagaimana tertera dalam al-Quran (Al-Ahqaf: 15--16). Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Apabila seseorang sudah mencapai usia 40 tahun, sekiranya kebaikannya tidak mengatasi keburukannya, syaitan mencium di antara kedua-dua matanya dan berkata, ‘Inilah manusia yang sangat malang’.


Dalam riwayat lain, Nabi bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa umurnya sudah melebihi 40 puluh tahun sedang kebaikkannya tidak lebih banyak daripada kejelekannya, hendaklah ia mempersiapkan keberangkatannya ke neraka." Daripada dua hadis berkenaan, Nabi s.a.w menganjurkan umatnya untuk memeriksa amal perbuatannya setiap kali menyedari umurnya kian bertambah.

Umur aset yang akan dipertanggungjawabkan. Kita pasti ‘beruntung dan celaka’ dengan umur panjang kita. Semuanya bergantung pada amal yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu “Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya.

Sehubungan itu, kita perlu menggunakan sisa umur yang masih diberikan ini dengan amalan yang baik khasnya bagi mencapai ‘Husnul Khatimah’ iaitu penghabisan umur yang baik. Mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaiknya berada dalam kerugian dunia dan akhirat.


Hidup hanya sekali kerana peluang tidak datang berkali-kali. Hanya mereka yang terpimpin dengan al-Quran dan sunnah Nabi yang akan sentiasa berwaspada terhadap peringatan Allah s.w.t. Dalam surah al-’Asr yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“.


Kerana terkesan dengan masa serta kepentingannya Ibrahim bin Adham pernah menjawab ‘Umurku baru 10 tahun’ apabila ditanya berapakah umurnya. Terkejut orang yang bertanya. Bagaimana boleh jadi begitu, sudah tua lagi berjanggut tetapi mengaku baru berumur 10 tahun. Dengan hati yang rendah penuh keinsafan beliau menjawab, “Baru 10 tahun aku benar-benar berubah dan beramal dengan berkualiti”. Seorang lagi alim apabila ditanya berapa umur, beliau menjawab, “Umurku 15 ribu hari. Lagi kaget yang bertanya, kita biasanya mengingati umur bayi empat puluh hari, enam puluh hari dan sebagainya. Beliau sangat berkira saat-saat yang berlalu, katanya aku ingat umurku dalam jumlah hari supaya aku dapat bermuhasabah. Sekiranya setiap hari satu kali berbuat dosa bayangkan kalau sudah 15 ribu hari. Kalau buat dosa setiap hari 5 minit bayangkan kalau sudah 15 ribu hari.


Orang yang cerewet dengan masa pasti akan memanfaatkan dan mengisinya dengan membaca, berfikir dan berzikir.


Orang sebegini akan mendapat keberkatan umur daripada Allah s.w.t. Selain itu, walaupun hayatnya tidak lama, sumbangan mereka akan kekal selamanya, namanya sentiasa disebut serta dijadikan rujukan, hujah dan dalil. Sebagai contoh Imam Syafie, yang meninggal pada usia 50-an. Imam Ghazali dalam juga lingkungan sama manakala Imam Nawawi pula pada usia 43 tahun. Mereka meninggalkan khazanah ilmu dengan warisan kitab yang membina bukan sahaja kepada tamadun manusia malah menjadi penggerak tamadun material soleh.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Munafiqun ayat 9 hingga 11 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, Janganlah kamu dilalaikan oleh urusan harta benda kamu dan anak- pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan ingatlah, sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi. “Belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh“.


“Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.” Ketika menyanyikan lagu ‘Happy birthday to you’ janganlah kita lupa merenung hadis ini: “Rebutlah olehmu akan lima perkara sebelum datang lima perkara; hidup kamu sebelum mati, sihat kamu sebelum sakit, masa lapang kamu sebelum masa kesibukan kamu, muda kamu sebelum tua dan kaya kamu sebelum miskin..” (HR Hakim dan Baihaqi).


Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 15 March 2010

Menjaga Akhlak


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga kita semua didalam Rahmat Allah dan kasih sayangNya.
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian:
i) Islam adalah agama yang mengajar umatnya nilai peradaban yang tinggi serta sopan santun yang terpuji. Maka individu yang benar-benar beriman semestinya akan mengamalkan segala ajaran Islam untuk menjaga keselamatan dirinya iaitu dengan memelihara percakapannya demi menjaga hubungan baik dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabatnya sesuai dengan keadaan masing-masing.

ii) Sebelum berkata hendaklah berfikir terlebih dahulu, bila didapati tidak ada bahaya kerananya, berkatalah, tetapi jika sebaliknya diamlah kerana diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang yang terpuji melainkan jika diam dari mengatakan yang hak dan menegur sesuatu yang salah kerana diam seperti ini adalah diam yang dicela oleh agama.

iii) Setiap umat Islam hendaklah bertimbang rasa dalam pergaulan sesama jiran kerana jiran adalah orang yang paling dekat selain daripada sanak-saudara yang tinggal di sekeliling.

iv) Memuliakan tetamu pula maksudnya ialah melakukan kebaikan kepada mereka sebagai orang yang datang berkunjung ke rumah di mana selaku tuan rumah hendaklah melayan tetamu mereka dengan senang hati, sopan dan memberikan jamuan kepada mereka sesuai dengan keadaan dan kemampuan. Manakala bagi tetamu pula hendaklah sebaik mungkin tidak sampai menyusahkan tuan rumah.

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 13 March 2010

Apa Yang Ada Milik Allah



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَبِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

"…………Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang banyak bertaubat dan mengasihi orang2 yang mensucikan diri." (Al-Baqarah : 222)


Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari kita kecuali dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila kita bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapan-Nya.

“Barangsiapa Ku ambil dua kekasihnya (matanya) tetap bersabar, maka Aku akan mengganti kedua (mata)nya itu dengan syurga.” (Al-Hadits)

“Barangsiapa Ku ambil orang yang dicintainya didunia dan tetap mengharapkan redha(Ku), niscaya Allah akan menggantinya dengan syurga.” (Al-Hadits)

Yakni, barangsiapa kehilangan anaknya dan tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul Hamd (Istana Pujaan).

Maka kita tak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa , sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar.

Para waliyullah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cobaan akan mendapatkan penghormatan yang agung disyurga Firdaus. Itu tersirat di dalam firman-Nya,

“Selamat atasmu karena kesabaranmu, Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d: 24)

Betapapun, kita harus selalu melihat dan yakin bahwa dibalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berujung pada kebaikan kita. Dengan begitu, kita akan termasuk,

“Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah: 157)

Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.

Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga, barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak; dan barangsiapa hidup sengsara di dunia, ia akan hidup bahagia di akhirat. Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya mendambakan kenikmatan dunia saja dan lebih senang pada keindahan dunia.

Hati mereka akan selalu gundah gulana; cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai petaka besar yang meruntuhkankan. Mereka akan memandang setiap cubaan sebagai suatu yang gelap gulita selamanya. Ini adalah karena mereka selalu memandang kearah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang sangat fana dan tak berharga ini.

Wahai orang-orang yang tertimpa musibah; sesungguhnya tak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian. Kalian justeru beruntung, karena Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hamba-Nya dengan “surat ketetapan” yang disela-sela huruf kalimatnya terdapat suatu kelembutan, empati, pahala, ada balasan, dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola pikiran yang panjang. Dengan begitu, ia akan menyaksikan bahawa manis dari musibah itu adalah:

”Lalu diadakan diantara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan disebelah luarnya dari situ ada siksa.” (QS. Al-Hadid: 13)

Dan sesungguhnya apa yang ada disisi Allah itu lebih baik, lebih abadi. lebih utama, dan lebih mulia.[]


DR. 'Aidh Al-Qarni.

Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.