BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 28 February 2013

Utara Selatan di Taman Kami Bertemu





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saya bersama Kakak Masadah

Selain beriman kepada Allah, berbuat baiklah sesama makhluk Allah. Banyak rahmat Allah kepada yang selalu berbuat kebaikkan dan kebajikan dengan makluk Allah tanpa mengira siapa pun dia. Begitu juga dalam bersilaturahim sesama manusia. Suka saya berkongsi sebuah hadith yang bermaksud;



Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. (Riwayat: Bukhari dan Muslim)\


Huraian Hadith:

1.Hubungan silaturahim menjamin rezeki yang berlipat ganda daripada Allah dan dipanjangkan umur.

2.Silaturahim adalah merupakan sifat yang mulia yang dituntut oleh Islam.

3.Hadis ini menunjukkan kelebihan silaturahim dengan keberkatan hidup, murah rezeki, menjaga kesihatan, meninggalkan nama yang baik selepas mati, keturunan yang soleh, mendapat dorongan untuk beribadah dan memelihara waktu dan sebagainya.

4.Maksud diluaskan rezeki dan panjang umur dalam hadith ini ialah bertambah berkat kedua-duanya.


Bukanlah saya mengharap pahala, tetapi saya suka mengeratkan silaturahim dengan menzarahi antara satu sama lain, bertemu wajah untuk melahirkan bibit kasih sayang dan kemesraan. Ini adalah perkara yang Allah suka dan Allah redha. Jadi saya lakukan kerana Allah suka.


Saya gembira bila saya berpeluang membina ukhuwwah melalui halaqah.net dan fesbuk yang mana ia telah membawa banyak kebaikkan di dunia dan di akhirat. Walaupun ramai yang masih saya tidak bekesempatan bertemu, insyaAllah saya akan cuba dan berusaha bertemu dengan qudrat dan iradat Allah suatu hari nanti. Selalu saya usahakan untuk bertemu seberapa ramai anak-anak atau rakan di halaqah.net dan fesbuk tidak kira di mana saya pergi dan berada.


Pada 28 Februari 2013, tanpa sesiapa duga bahawa perancangan Allah itu sungguh cantik dan indah, saya merancang dan berhasrat (hasrat dah bagitahu pada tuan diri) yang akan berziarah ke rumah beliau insyaAllah pada 21 Mac 2013 nanti di Merbok, Kedah.


Rupanya kehendak Allah, perancangan Allah, mahu pertemuan itu dilakukan dengan lebih awal lagi. Siapa sangka saya di selatan, Kakak Masadah Sajadi di utara, di Taman Ungku Tun Aminah kami bertemu pada petangnya.


Kiranya Kakak Masadah dengan saya baru saja menjadi rakan fesbuk lebih kurang sebulan lebih ketika saya sebuk-sebuk nak Isu Pelarian Rohingya.


Kiranya kerana minat yang sama untuk berbakti kepada ummah yang menghubungkan kami sebagai rakan fesbuk. Perbincangan kami di fesbuk pun hanya berkisar tentang ummah, jarang bercerita atau langsung tidak bercerita hal-hal peribadi atau keluarga.


Bersama adik beradik kakak Masadah
Alhamdullilah pertemuan petang itu telah melahirkan perasaan kasih sayang yang lebih erat sesama saudara. Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat” (Surah Al Hujuraat ayat 10.)


Pesanan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang mana baginda telah mengatakan, antara tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya pada hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri ialah dua orang yang saling mencintai kerana Allah yang mana mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah).


Saya bertemu dengan satu tujuan untuk menghubung silaturahim kerana Allah Ta'ala. Saya ketahui kakak Masadah dalam perjalanan ke JB subuh tadi apabila membaca status fesbuknya. Segera saya menelefon, ketika itu kakak Masadah masih berada di dalam bas baru memasuki negeri Melaka , perjalanan dari Kedah ke Johor.


Tengah hari tu, selepas saya selesai berurusan di Majlis Berkuasa Tempatan, saya telefon Kakak Masadah untuk bertanyakan, adakah urusan -urusan keluarganya telah selesai. Dan saya membuat temujanji untuk bertemu.


Selepas menguruskan anak bongsu ke sekolah agama, terus saya berkunjung ke TUTA. Berdasarkan alamat yang diberikan , tempat tu saya belum pernah jelajah, namun saya usaha pergi juga.


Alhamdullilah, saya tidak sesat atau tersalah jalan, seseolah tempat tu seperti saya pernah kunjungi. Padahal saya belum pernah sampai tempat tu sejak bermastautin di Johor Bahru. Itulah pertolongan Allah, selalu memudahkan urusan hambaNYA.


Moga-moga dengan niat hanya kerana Allah, rakan-rakan, sahabat handai dan saudara mara di alam maya ini juga selalu dipermudahkan segala urusan-urusan di dunia dan akhirat. Hanya Allah yang kita sembah dan kepadanya kita mohon pertolongan.






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Ziarah ke Unit Rawatan Rapi



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Saya, Kak Midah bersama Roslina
Awal keluar petang ni pergi HSAJB bersama dengan kawan sekerja , Hamidah Mohd Mokhtar. Kak Midah datang jemput di rumah. Kak Midah jarang memandu jauh kecuali rumah ke sekolah.Jadi sayalah yang memandu kereta Kak Midah.

Tiba ke HSAJB, singgah sekejap ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Rumah Perlindungan. Syukur sesangat Ketua Jabatan yang baik hati dan banyak memberikan kerjasama menerang procedur penubuhan.

Tidak ramai yang perasan, ada satu jabatan yang dipanggil Jabatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital Negeri. Saya agak setiap hospital negeri mempunyai jabatan tersebut. Kalau di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB), ia terletak di sebelah kiri apabila kita melewati pengawal keselamatan, dan bersebelahan dengan Bank atau Tabung Darah.


Sembang lama sangat sebab banyak yang perlu diketahui dari segi perundangan sehingga waktu mencecah 5.18 minit petang. Segera saya dan Kak Midah beredar keluar.

Takut terlewat , kami singgah di surau sebelah Jabatan Kerja Sosial Perubatan dibangunan induk dahulu untuk mengerjakan solat asar.

Unit Rawatan Rapi (CSSU)
Pukul 5.40 petang baru kami bergerak naik menziarahi bekas suami wanita buta itu. (saya namakan ayah Faris). Menonong mulanya kami ke wad tingkat 2 Barat. Dipertengahan jalan, wanita buta itu menelefon kami memaklumkan ayah Faris telah dipindahkan ke wad CSSU di tingkatan 1 Barat , katil 15. Unit Rawatan Rapi Jantung.

Pelawat yang dibenarkan cuma 2 orang dalam satu masa. Bila sampai di depan pintu, kami menunggu giliran pelawat yang berada di dalam keluar. Bila mereka keluar, barulah saya dan Kak Midah boleh masuk.



Memang peraturan tidak boleh ambil photo ketika berada di wad. Namun mampukah arahan itu dipatuhi kerana kecanggihaan teknologi masa kini, mengambil photo tidak lagi menggunakan kamera.

Cuma saya saja yang masih menggunakan kamera. Pergi sana -sini bawa kemera. Jika staf perawatan lihat saya ambil gambar guna kamera, pasti mereka datang mendekati dan memadam gambar yang telah diambil. (pengalaman yang pernah dilalui ketika tinggal di wad kelas 1 )

Tapi zaman ini, kebanyakkan pengguna menggunakan smart phone atau Ipad atau notepad. Semua tab atau smart phone telah dilengkapi kamera. Sapa pun tak akan perasaaan jika seseorang itu mengambil gambar kerana kelihatan seperti sedang membaca dan menaip sms.

Maka saya pun yang tak punya sebarang tab, teruja untuk mengambil gambar dalam CSSU secara curi-curi , tapi dari jauh. Tak berani juga nak ambik dekat-dekat, mana tahu nanti ada yang perasan dan dirampas notepad tu. Saya suka ambik gambar kerana bila bercerita dan menulis, gambar itu akan menyokong lagi kekuatan cerita saya. Bahawa cerita saya bukan cerita rekaan atau fiksyen.

Ini gambar dalam CSSU, kelihatan ayah Faris dihujung sekali dibelakang sekumpulan staf perawat Unit Rawatan Rapi.



Ditempatkan katil  nombor 15, kedudukan paling tepi. Di ruangan itu ada tidak kurang 5 orang staf yang bertugas. Mereka sentiasa monitor pesakit yang berada di ruangan itu. Ketika kami masuk cuma ada seorang pesakit saja iaitu ayah Faris.

Katil hujung paling tepi


Saya datang menghampiri dibahagian kepala tepi katil dan memberikan salam. Ayah Faris telah sedar. Bila saya bertanya, dengan mendekatkan wajah saya (padahal berniqab) bertanya adakah dia masih ingat akan saya. (pertama kali jumpa ketika saya call ambulance hari Jumaat lepas).

Ayah Faris kata masih ingat. Saya tanya, ingat wajah atau suara. Wajah katanya .(mungkin dia nampak saya pakai niqab warna hitam, pandang kabur cuma berbalam-balam warna hitam). Saya perhatikan matanya yang sudah tidak ada cahaya lagi.

Saya ajak dia sebut nama Allah. Dia ikut sebut, dan sambung sebut Allahu Akbar. Kemudian saya ajak dia ikut sebut kalimah syahadah. Dia dapat ikut. Saya sebut terjemahan kalimah syahadah, dan dia dapat ikut.

Saya pesan dia, supaya ingat Allah, Tuhan kita. Kemudian dengan menggunakan sarung tangan, saya usap kepalanya perlahan-lahan, dan letak tapak tangan atas ubun-ubun sambil memohon agar Allah ampunkan segala dosa-dosanya.

Saya tanya keadaan dirinya, apa yang dirasai sekarang. Dia jawap, rasa lebih baik sikit. Hidung dan mulutnya masih ditutup dengan corong oksigen. Ada tiub di hidung dan dan mulut.

Beralih ke bahagian kaki, saya minta izin untuk lihat bahagian kaki yang dipotong. Kaki kanan. Dia kata ada rasa bisa.

Saya picit-picit kaki kiri dan bertanya, adakah dia rasa picitan pada kaki kiri. Dia kata ada rasa. Beralih kepada lengan pula, dia dapat rasa picitan. Alhamdullilah, deria sentuhan dapat dirasainya.

Oleh kerana tidak dibenarkan lama berada diruangan itu, sebelum beredar, saya memberikan salam, dan dijawap salam itu.

Alhamdullilah... dia masih sedar. Harapan saya dia telah bertaubat atas segala dosa lalu samada disedari atau tidak disedari, sengaja atau tidak sengaja.

Saya bertanya bekas isterinya, adakah telah memaafkan ayah Faris? Bekas isteri jawab, saya telah redha dengan takdir saya, dan saya telah memaafkan segalanya. Begitu juga dengan keluarga saya, semua telah memaafkan.

Syukurnya dan nimatnya orang sakit ini, sebenarnya Allah beri peluang untuk bertaubat, peluang minta ampun pada Allah dan minta maaf pada manusia lainnya.

Ramai juga kawan-kawan ayah Faris yang datang ziarah. Sudah tentu setiap yang datang ziarah itu akan bermaafan antara satu sama lain.

Hikmatnya seseorang itu diuji dengan kesakitan, selain dapat peluang bertaubat, peluang bermaaf-maafan , dosa juga akan berguguran. Setiap kali rasa sakit, dosa akan gugur.

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasullulah lagi yang Maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munafik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sakit juga merupakan ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita utk bermuhasabah dan melihat kembali segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Sekiranya kita berjaya melihat ruang dan peluang ini, langkah seterusnya ialah berubah dan terus melakukan perubahan ke arah kebaikan buat diri ini.

Surah Al-Baqarah, ayat 284, yang bermaksud:

"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua. Semoga Allah menyembuhkan diri kita dari segala bentuk penyakit2 fizikal mahupun penyakit2 hati dan ruhani kita. Moga Iman kita bertambah kuat.

Jangan terkejut, saya paparkan kaki yang telah dipotong, kemudian dikebumikan. Untuk diambil pelajaran dan pengajaran.



Kaki dipotong



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Wednesday 27 February 2013

Sebungkus Tisu dan Sepasang Stokin



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Makan di warung bersama wanita buta
Pada 22 Februari , saya telah memaparkan cerita ini di fesbuk saya.

Kita sedang duduk dimeja sebuah restoren, makanan depan mata ialah ikan siakap kukus, udang goreng tepung , tomyam dan kailan goreng ikan masin.

Sedang kita makan, datang seorang buta bawa tisu, tisu tu harganya seringgit saja, apa yang kita buat?

"ishk...tak senang nak makan, asyik nak meminta saja"

Cuba bandingkan harga tisu tu cuma RM 1 je dibandingkan harga makanan yang kita kena bayar . Rugikah RM 1 yang kita keluarkan untuk beli tisu tu?

Adakah kita tahu, mungkin orang buta tu memang didatangkan oleh Allah untuk menguji keimanan kita? Adakah kita lupa tanggungjawap kita untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sebab tu orang kaya suka makan tempat elit-elit supaya tidak diganggu oleh pengemis atau budak2 minta derma.

Tahukah kamu budak-budak tu bukan suka buat kerja tu, tetapi Allah memang dorongkan mereka untuk menguji kekayaan yang kamu miliki. Adakah saja-saja orang nak datang menyuap tangan untuk dapat sesuap nasi.

Masih terungkap dalam fikiran saya suatu nasihat, nak buat kerja amal kena ada dana sendiri?

Baik, jika saya kena buat bisnes untuk membolehkan saya buat kerja amal, tentu saya fokus dalam bisnes supaya untuk dapat keuntungan, habis siapa nak fokus dan uruskan kerja kebajikan?

Jadi apa salahnya saya fokus buat rumah perlindungan, dan anda bantu dari segi dana. Bukan banyak pun, jika ramai sumbang sedikit, jadi banyak juga. Dan anda tetap dapat saham yang dilaburkan tu diakhirat sana. Adakah anda fikir Allah tak pandang sumbangan anda tu? Sikit pun jika ikhlas, ia akan jadi gunung diakhirat sana.

Saya pun tak suka meminta-minta tapi saja nak ajak anda sama-sama lakukan kebajikan ikut ukuran yang mampu walaupun 10 sen saja. Ingatlah harta yang kita miliki tetap ada hak orang lain.


Dan kerana cerita di atas ini yang berlaku semalam.


Oleh kerana tulisan di atas adalah ilmu yang saya kongsikan, yang saya taip sendiri,olah sendiri maka saya ingat. Cerita perihal ketika kita makan di restoren atau warung, dengan hidangan siakap kukus, udang goreng tepung , tomyam dan kailan goreng ikan masin terhidang atas meja, tiba-tiba didatangi seorang buta menjual tisu. Tisu tu cuma RM 1 saja.

Apakah tindakan ramai orang apabila berlaku situasi begitu?. Yang rasa terganggu dengan kehadiran mereka pasti ada yang merungut, " iskh..nak makan pun tak senang",atau "takpe tisu masih banyak, lagi pun tisu disediakan kat sini."

Cubalah bandingkan dengan harga makanan depan mata tu dengan harga tisu, apalah sangat dengan RM1 , walaupun tisu dah belambak kat dalam begtangan atau poket. belilah...Tak nak tisu tu, boleh beri pada orang atau letakkan dalam kereta, mana tahu boleh juga lap apa yang tertumpah dalam kereta.

Belilah , cuma RM 1 saja. Mereka bukan hina datang meminta-minta, mereka berniaga, menjual sesuatu barangan.

Mereka mencari rezeki halal, mereka cuma ada modal kecik, jadi cuma mampu menjalankan perniagaan jual tisu. Apa salahnya kita bantu beli dagangan mereka. Kalau saja-saja beri RM1 tentu mereka tak nak terima duit RM 1. Makanya baiklah beli tisu tu dulu, ada akad, dan selepas tu tak mahu ambik tisu tu, berikan dengan hormat pada mereka dengan kata, saya sedekahkan tisu ni.

Inilah namanya bantu membantu sesama muslim.

Kiranya baru 4 hari lepas saya menulis, hari ni saya diuji dan alhamdullilah saya tersedar kerana teringat tulisan saya ini.

Ketika saya duduk menunggu pekerja mencuci kereta NAZA milik suami di sebuah 'car wash' datang seorang lelaki dengan beg besar sandang di bahu, ditangan terdapat beberapa helai stokin.


6 pasang berharga RM 10
Dia datang mendekati saya dan menawarkan stokin dengan harga 6 pasangn RM 10. Mulanya saya nak jawap, masih banyak stokin di rumah, tetapi saya teringat akan tulisan tentang penjual tisu, saya beristigfar, masyaAllah...aku diuji dengan apa yang aku sampaikan pada orang lain.


Terus saya beli stokin tu 6 pasang RM 10. Apalah dibandingkan nilai RM 10, jika dia datangkan atas perintah Allah untuk menguji aku. Dia datang berniaga cara betul.


RM 10 dibandingkan aku sedang mengupah orang cuci kereta NAZA. Dan juga aku baru pergi bank bayar hutang rumah. Aku baru keluarkan duit dari ATM. Sebelum tu lagi awal pagi aku pergi klinik untuk menerima suntikan, satu dos harganya RM 85. Semua yang dikeluarkan adaalh untuk keperluan diri, maka dimana duit yang aku belanjakan untuk orang lain?

Cuci kereta


Rasa tersandung hati . Jika saya tak beli stokin tu, nescaya berhari-hari saya akan rasa tak tenang kerana hari ni aku tidak membantu seseorang yang sedang mencari rezeki halal.

Dan sebagai denda untuk diri kerana hampir tewas dengan sifat bakhil, nak berkira sangat duit RM 10 tu, segera saya balik rumah. Masak lauk dan hantar hidangan tengah hari kepada 3 orang pekerja Indon sedang mengecat di rumah sebelah.

Begitulah cara atau kaedah untuk melawan sifat bakhil selain beristigfar, mohon ampun kepada Allah.

Ini sama juga bagaimana untuk memupuk sifat ikhlas dalam apa jua perbuatan dan tindakan kita. Lagi rasa tak ikhlas, lagi kita lakukan dimana akhirnya tujuan kita akan berjaya.

Rasa bersyukur kerana ALlah masih sayang dan beri peluang untuk cepat tersedar dari bisikan syaitan. Jika Allah tak sayang dan tak pandang, boleh jadi kita akan terus lalai dari melakukan kebajikan.

Kerana ada iman, maka kita suka dan cinta melakukan berbanyak-banyak kebaikkan dan kebajikan.

Itulah kesinambungan ayat-ayat di dalam al-quran , sering digandingkan "beriman dan beramal soleh ( melakukan kebajikan)".






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 26 February 2013

Adegan Ketika Menemani Pesakit



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kad laporan kesihatan pesakit



Dah berapa hari ni saya asyik mengunjungi Pusat Kesihatan kerana menguruskan beberapa pesakit yang tidak sihat. Beberapa adengan yang buat tersenyum sendiri kerana sifat alpa sebagai manusia.



Situasi 1

Doktor A sedang memeriksa seorang wanita buta. Doktor bertanya,
"dah berapa hari demam? "
"Dah seminggu."
"Ada batuk?"
"Ada."
"Ada kahak?"
"Ada."
"Kahak warna apa?"
"Saya tak nampak doktor."



Situasi 2

Doktor B memeriksa perut wanita buta yang kelihatan buncit. Dianosis hati bengkak.
"Ada buang air besar?"
"Ada."
"Najis Warna apa?"
"Hitam."
"Hitam kelabu atau hitam pekat?"
"Tak tahulah hitam kelabu atau hitam, saya nampak sama sebab saya buta."



Menunggu giliran



Situasi 3

Bila tiba giliran nombor dipanggil untuk bertemu doktor, saya menolak kerusi roda pesakit ke dalam dan menghampiri meja doktor. Kad rekod dan laporan keadaan awal pesakit di bilik rawatan kecemasan ada di atas meja doktor.
Sambil merenung muka dan mata pesakit, doktor bertanya,
"sakit apa? sakit mata ke?"
saya jawap , "tu ada ditulis keadaannya tadi dalam laporan tu"
"oh.."
"sekarang dah ok kan?"
Saya jawab, kalau dah ok, saya bawa balik lah. Tapi baik doktor baca apa yang dicatat dalam tu oleh doktor sebelum ni tulis. Doktor A kata sepatutnya warded, tapi pesakit ni tak nak, lepas tu doktor A kata, boleh balik selepas buat ujian urine. Ujian urine dah buat, slip laporan urine pun ada di situ.(Dalam hati kata, aku ke doktor atau dia?)

Keputusan ujian darah dan urine
"Adakah keputusan ujian darah dan urine tu mengizinkan dia ni dibawa balik ke rumah? Bacaan gula dia macamana?" (ada ke aku pulak yang buat analisis laporan ujian darah dan urine tu)

Doktor B kata,"kalau gitu admit wad sekaranglah"

Pesakit kata, "saya akan masuk wad jika cikgu muna pun masuk juga teman saya di wad."

Dah pulakkk...

Akhirnya memang saya bawa balik pesakit ke rumah. Lebih mudah saya merawat di rumah dari saya sama-sama tinggal di wad.


Bukan tak mahu temankan di wad, saya juga masih ada komitmen dan tanggungjawap lainnya. Walaupun  jika saya minta izin, pasti zauj akan izinkan tetapi saya kena fikirkan hal-hal lain yang bersangkutan penghuni Baitus Solehah lainnya. Saya belum ada sesiapa pun membantu dalam urusan Baitus Solehah. Lagi pun sebelum ni dah pernah bincang dengan zauj, zauj izinkan saya bawa balik rumah pesakit buta ini ke rumah agar memudahkan perawatan dan penyediaan makanan serta urusan lainnya.






Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 25 February 2013

Antara 2 Darjat



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Pergi menziarahi pesakit di hospital wad kelas 3 jauh berbeza keadaannya dengan wad kelas 1. Jauh sangat bezanya dari segi kemudahan dan layanan. Memanglah perbezaan tu kerana kos yang dibelanjakan untuk tinggal di wad satu dengan wad kelas 3. Yang saya bicarakan ,yang ajak berfikir ialah dari segi bicara dan layanan para perawat. Dari segi perkhidmatan perubatan tidak ada masalah dan perbezaan.

Wad kelas 1, makanan dihidangkan, boleh pilih menu Melayu atau barat
Makanan yang disediakan pun tak sama, cara hidang juga tak sama,bekas hidangan pun tak sama. Makanan di wad kelas 3 dihidangkan dalam tray, nasi putih atau bubur, ikan yang direbus, sayur dan sepotong buah. Di Wad kelas 1, boleh pilih menu makanan malaysia atau barat. Makanan dihidang dalam pinggan, menggunakan set hidangan, nasi putih, ikan atau ayam atau daging yang dimasak enak , sayur yang ditumis sempurna dan sop. Ada puding atau aiskrim atau buah-buahan.

Minuman samada coklat, susu, teh , kopi atau oren. Tetapi di wad kelas 3 cuma skyjus, kopi o atau teh o.

Ruang terbuka,katil disusun rapat-rapat



Di wad kelas 3, susunan katil rapat-rapat, ruang terbuka, ramai orang , kipas jauh dari katil pesakit dan suasana yang hiruk piruk dan menyebabkan ketenangan pesakit terganggu. Bilik airnya jauh di hujung sana.

Di wad kelas 1, dalam sebuah bilik samada seorang , berdua, bertiga atau berempat. Bilik air dalam bilik. Ada pendingin hawa, tenang dan sunyi. Ada TV dan sofa.

Yang heran kenapa sifat staf juga berbeza? Apakah dengan pesakit di kelas 3 sewenang-wenang untuk ditengking, diherdik dan dimarahi jika mereka tersilap kerana mereka tak tahu dan biasa dengan peraturan di wad. Contoh jika mereka terpaksa menggunakan soket untuk charge bateri telefon. Apakah tidak boleh bercakap lembut memaklumkan akan larangan tu.

Di wad kelas 1, layanan dan bicara semuanya lembut dan bersopan.

Suasana wad kelas 1


Padahal ketika belajar dan dalam kursus pengajian pasti ilmu yang disampaikan tu sama.

Apakah semasa dalam kursus ada subjek , membezakan adap, cara bercakap kepada pesakit di wad kelas 3 dan wad kelas 1?

Apapun terima kasih diucapkan kepada mana-mana staf perubatan dan perawatan yang mengamalkan etika 5 S. Bekerja dengan penuh beretika, dedikasi tanpa membezakan kelas wad pesakit.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Sunday 24 February 2013

Antara Ibu dengan Bapa



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kaki yang bengkak
Tak tahu dimana nak mulakan setelah saya melawat dan menziarahi lelaki, bekas suami wanita buta tu hari ini. Terkedu dengan laporan perkembangan pesakit yang kini ditempat di wad lelaki 2 Barat, HSAJB.

Hati membengkak, jantung mengembang, kegagalan fungsi buah pinggang dan saraf mata telah pecah. Mata semakin kabur dan makin gelap. Semalam masih segar dan berupaya berbicara, tetapi hari ini seperti hidup dalam awang-awangan. Nak kata mamai pun tidak tepat.

Kaki yang bengkak tu rupanya dipenuhi nanah dan air. Sel-sel saraf kaki dah mati dan mula menghitam. Menurut doktor kemungkinan akan dipotong.


Situasinya begini, Ayahnya baru saja buta. Sedang menerima rawatan sakit kronik di wad. Dengan keuzuran pelbagai, kaki bengkak, tak boleh digerakkan terlantar atas katil. Makanan dan minum perlu disuapkan kerana masih belum biasa dengan keadaan yang gelap gelita. Sangat memerlukan perhatian dari seseorang terutama bab istinjak dan wudhuk.

Ibunya dah lama buta.Keadaan ibu walaupun buta, boleh berjalan tetapi keadaan ibu selalu tidak stabil, (kadang hypo, kekurangan gula dalam darah, hemoglobin darah yang rendah, anemia)  perlu menjalani hemodialisis 3 kali seminggu, perlu disuntik insulin setiap hari dan makan ubat sehari 3 kali, ubat yang berbeza antara siang dan malam.

Perlu disediakan makanan untuk ibu, ibu  boleh uruskan diri sendiri seperti ke bilik air tanpa bantuan bagi laluan yang sama setiap hari ditempat yang sama. Ini berpanduan kebiasaan yang telah tercerna dalam minda.

Ibu ini seorang yang penyayang dan lembut dengan anaknya. Terukir apabila dia berkata-kata dengan anak dengan kata-kata yang dilafazkan penuh kasih sayang. Bapanya pula sering mengeluarkan kata makian dan sumpah seranah yang menyakitkan hati kepada anaknya. Tidak menghargai pertolongan anak, tetapi segala perbelanjaan sara hidup , bapa yang tanggung.

Anak mereka cuma satu orang, lelaki.

Antara Ibu dengan Bapa
Antara ibu dan bapa, siapa yang wajib diutamakan dalam keadaan di atas?



Bapa tu ada kerja, ada gaji. Takde kerja, tak ada gaji. Dah 2 minggu terlantar. Ibu lagilah tak ada sebarang pendapatan. Si bapa diletakkan di wad di hospital yang jarak dari rumah 25 km. Si ibu di rumah. Tak ada pengangkutan ulang alik kecuali pengangkutan awam. Umur anak 16 tahun ++.

Bapa dari keturunan Iban yang hanya diri sendiri yang beragama Islam. Semua keluarga bukan Islam. Jadi keluarga tak peduli kepada sibapa kerana murtad kristian.


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sambungan kisah seteruskan antara ibu, bapa dan anak.

Ujian buat si anak. Malam tadi kaki bapa selamat dipotong, itu rawatan terakhir yang perlu diambik demi ikhtiar menyelamatkan. Ajal maut adalah ketentuan Allah, dan tidak ada siapa tahu bagaimana perancangan Allah seterusnya.

Saya yang terlibat, merasakan terlalu pantas perkara ini berlaku didepan mata. Hari Jumaat, tindakan diambil, dengan menelefon 999 , minta hantar ambulance, hari ini, Isnin, kaki sudah selamat di potong dan akan dikuburkan pagi ini.

Hari ni pulak, petang nanti, sianak akan ke Hospital Mata pulak, untuk rawatan mata esok hari di KL.

Ujian kepada si anak, siapa wajib diutamakan?

Bapa baru kena potong kaki, baru buta, keadaan kronik dengan lain-lain penyakit, terlantar di hospital.

Si ibu buta, perlu jalani hemodailisis 3 kali seminggu, perlu suntikan insulin setiap hari dan makan ubat tertentu siang malam.

Maha Suci Allah berilah kekuatan kepada anak ini menerima ujian yang telah ditakdirkan untuk dia dalam usia muda.Sesungguhnya benar-benar dia insan terpilih.



Kita? apa peranan kita sebagai muslim yang bersaudara? Apakah cukup hanya doa dan memandang perkara ini sebagai satu dari ribuan cerita-cerita untuk dibaca.

Bekas isteri masih sayang, masih ambik berat. Datang menziarahi setiap hari dari hari dimasukkan ke wad. Semalam, setelah kaki dipotong, masih lagi sudi menemankan anak untuk menuntut  kaki yang dipotong di rumah mayat dan menguruskan pengkebumikan.




Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Saturday 23 February 2013

Setelah Diceraikan




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hari ini dah rancang dengan beberapa orang kawan, insyaAllah mahu pergi ziarah lelaki semalam tu dalam kisah  Cash AND Carry  bersama bekas isterinya petang ini. Walau bagaimana pun penganiyaan yang dilakukan terhadapnya, bekas isteri tetap memaafkan dan mahu menziarahinya.

Walaupun dia tak nampak, dan lelaki tu pulak dah 'ditidorkan' oleh Allah, maka tiada biacara yang disambut, hati kecilnya tetap sayu dan sedih.

Semalam ketika di Pejabat Agama, setelah Sijil Perceraian berada ditangannya, dia menangis dalam pelukan saya. Dia rasa sedih dan rasa seperti kehilangan. Dan sahlah bahawa dia ibu tunggal.

Sijil Perceraian


Sesiapa pun dengan status Ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), menjalani hemodailisis , mengambil suntikan insulin setiap hari akan merasa sangat sedih dan hiba.

Saya nasihatkan dia, ada hikmah Allah uji dia dengan ujian yang begitu berat. Allah tidak akan bebankan suatu bebanan yang tidak mampu seseorang itu pikul. Allah tahu dia mampu hadapi.

Surah Al-Baqarah ayat 286, "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

Semoga nur Allah melimpahi ibu tunggal ini.
Dengan status ibu tunggal ada kelebihan, sekurang-kurang ada bahagian dari baitulmal untuk dia, kerana dia termasuk dalam 8 asnaf untuk menerima zakat dan fidyah. Tidak ada pendapatan untuk sara hidup , tak punya harta dan upaya untuk bekerja. Semalam pun, semasa saya berurusan di Baitulmal, mereka dah beri sedikit wang fidyah untuk dia. sekurang-kurangnya dapat dia beli makanan untuk beberapa hari.

Yang paling utama saya nasihatkan ialah, redha suami. Dengan kehilangan upaya dan penyakit, dia tak upaya melakukan tugas-tugas seorang isteri, maka telah menyebabkan kemarahan dan ketidak redhaan suami, maka baiklah suami melepaskan dia dalam reda dan kemaafan. Masa diceraikan dia dah kata memaafkan semua salah silap isteri. Itu dah sangat berharga.

Saya kata , "Allah mahu memudahkan baki-baki akhir hidupnya tanpa perlu memikirkan hal-hal dunia , dan tanggungjawap sebagai isteri. Moga-moga nanti bila dijemput oleh malaikat Izrail, dapat mati dalam iman yang sempurna."

Dia sudah tak payah fikir, hari ini nak makan apa, ada duit atau tidak kerana semua itu telah diletakkan hak ke atas orang-orang kaya dan memiliki harta.

Allah nak beri peluang dia benar-benar mengabdikan diri kepada ALlah, sentiasa duduk berzikir dan mengingatiNYA.

Dan yang utama memberikan peluang kepada ramai orang  untuk rebut peluang menziarahi dia, menolong dia dalam apa jua bentuk pun.

Jadi terpulanglah kepada sesiapa yang membaca cerita saya ni samada nak rebut atau tidak peluang yang Allah beri ini.

Terus terang saya sarankan, bila ziarahi wanita ni, picitlah tubuhnya yang sentiasa rasa sakit, lenguh-lenguh. Usaplah tangan dan pipinya.

Ambillah pelajaran dan pengajaran dari kisah yang saya cerita, bahawa jika kita rasa susah dan tak berdaya, rupanya ada lagi orang yang susah dan hilang upaya.


Dan satu lagi kita wajib saling ingat mengingatkan jangan menzalimi orang lain. Doa orang yang teraniya tidak ada hijab di sisi Allah.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Friday 22 February 2013

Cash AND Carry



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bila keluar saja dari rumah, maka banyaklah perkara yang dilihat dan akan ditulis untuk dijadikan iktibar. Hari ini saya mula keluar rumah pukul 8.41 pagi untuk membawa seorang wanita OKU, masalah penglihatan (buta) untuk urusan di Pejabat Agama dan Temujanji Di Pusat Kesihatan T.

Oleh kerana panjang cerita yang mahu ditulis, saya akan bahagi-bahagikan mengikut lokasinya. Saya bukan menulis cerita perihal wanita buta itu semata-mata tetapi beberapa karenah insan-insan lain yang  berurusan dan ditemui.

Pertama , kisahnya... cash and carry kat dunia lagi.

Ketika saya menjemput wanita buta tu di rumah kediaman anaknya didapati pagar berkunci. Wanita tu dapat buka pintu grill rumah dan berjalan memagar dengan dinding kereta menuju ke pintu pagar. Ingatkan dia bawa anak kunci mangga di pagar, rupanya dia tak ada kunci tu. Anaknya tinggal bersama ayahnya setelah menceraikan ibunya. Oleh kerana tempoh layak tinggal di  Pusat Perlindungan Wanita J cuma 3 bulan, maka selepas keluar dari Pusat Perlindungan Wanita J dia menumpang untuk sementara di rumah bekas suaminya dan tinggal sebilik dengan anaknya.

saya diluar, wanita tu disebalik pagar
Sebenarnya dia pesan pada anak sewaktu anaknya nak ke sekolah, supaya tidak mengunci pagar tu agar saya boleh masuk untuk menjemput dia masuk ke kereta. Oleh kerana berkunci saya tak dapat masuk. 

Dia kata ada anak kunci satu lagi di rumah tapi dia tak tahu letak di mana. Dalam rumah tu ada seorang lelaki, bekas suaminya sakit kaki dan tidak boleh berjalan. Saya fikir, mungkin kakinya cuma luka saja.

Saya mengetuk pagar rumah sebelah untuk minta pertolongan memanjat pagar dan ambil anak kunci tu. Alhamdullilah, jiran yang berbangsa cina tu mahu membantu. Dengan memanjat pagar, dan masuk ke dalam rumah untuk ambil anak kunci.

masuk kereta
Bila pagar telah dapat dibuka, wanita buta tu dipimpin masuk dalam kereta. Saya pula masuk semula ke dalam  untuk  mengunci pintu grill rumah.

Tergerak hati saya untuk menjenguk ke ruang tamu. MasyaAllah, saya melihat ada seorang lelaki terbuntang di atas sofa tak berdaya bergerak. Saya tanya wanita buta tu, siapa dia, wanita tu jawap bekas suaminya. Wanita ni memang tak tahu keadaan sebenar bekas suaminya dan tahap kesakitan yang dideritanya sebab dia tak melihat. Dia cuma tahu sakit kaki dan tak boleh berjalan.

Saya pun melangkah ke dalam ruang tamu tu untuk melihat kakinya yang membengkak seperti kaki gajah dari hujung jari hingga paras betis. Berkilat tanda sangat bengkak dan sakit sehingga dia tak mampu mengerakkan. Teringat nak ambik gambar tetapi takut pulak disumpah seranah kerana keadaannya yang begitu. Lagi pulak saya menjaga hak peribadinya yang pasti tak mahu diambil gambar dalam dia berkeadaan begitu.

Saya tanya adakah itu gout? Dia kata tidak. Habis tu kenapa bengkak? Dia cuma kata kena mesin. Tapi tak kelihatan sebarang luka. Sakit tu dah 2 minggu tapi tak ada sapa tahu sebab wanita tu pun mana nampak. Lagi pula, jika lelaki tu duduk di ruang tamu, wanita tu duduk dalam bilik. Jika lelaki tu di dalam bilik, barulah wanita tu keluar dari bilik untuk ke bilik air dengan memagar dinding rumah. Dia dah faham laluan ke bilik air.

Keadaan lelaki tu langsung tak boleh bergerak. Cuma memakai lampin pakai buang. Apa pun tak tutup. Agak bersopan juga bila saya datang melihat kakinya lebih dekat, cepat-cepat dia capai tuala untuk menutup aurat terbuka walaupun tidak sempurna. Melihat keadaannya begitu, kesakitan yang parah, saya menawarkan untuk menghantar ke hospital. Kaki tu perlu dirawat segera,  sebab sudah terlalu bengkak dan mengerikan.

Dia menolak, sebaliknya menyumpah-menyumpah perkataan yang tidak sepatutnya disebut. Saya abaikan sebab niat nak menolong tanpa memilih siapa pun. Bila dia menolak, saya bertanya apa yang telah dimakan. Atas meja kopi tu cuma ada semangkuk oat, boleh jadi disediakan oleh anaknya pagi tadi sebelum ke sekolah. Ada satu mug air nescafe.

Saya tanya dah berapa lama lampin pakaibuang tu tak tukar? Dia jawap sejak semalam. 

Saya masuk ke ruang dapur ambilkan air mineral dan satu mug lain sekiranya dia rasa nak minum. Saya ambik satu plastik recycle, dan bawa ke depan letak di sofa. Ambik bungkusan lampin pakai buang yang masih belum guna dan letak di sisinya. Saya kata, sat lagi saya dah keluar, awak tukarlah lampin tu, dan masukkan dalam plastik. Nanti saya datang tengah hari tolong buangkan. 

Sebelum saya keluar saya tanya, mahu makan apa tengah hari ni. Dia kata nak makan bubur. Saya kata tunggu saya balik dari buat urusan bekas isterinya baru saya bawakan bubur.

Saya mula meninggalkan rumah itu jam 9.30 pagi dan pergi menuju ke Pejabat Agama JB untuk urusan wanita buta tu dengan Baitulmal. (akan saya cerita dilain topik).

Di pertengahan jalan saya teringat lelaki tadi dan rasa simpati. Saya takut terjadi sesuatu yang lebih buruk, maka saya pun menelefon nombor 999.

Jawapan segera dijawap  dengan menyebut nama saya.

"Ya Puan Munaliza Binti Ismail ada apa-apa yang boleh dibantu?"

Eik...saya belum kenalkan nama, pihak 999 sudah tahu nama saya? Pelik...bermakna mereka telah rekod nombor telefon saya dalam Pengakalan Data Panggilan Kecemasan. Sebelum ni saya memang pernah buat panggilan ke 999 menggunakan nombor yang sama untuk bantuan kecemasan polis. Maklumat pemanggil ketika itu agaknya yang mereka telah rekodkan.

Berbalik semula ke panggilan 999 tadi, setelah menyatakan secara ringkas sebab panggilan, saya terus dihubungkan dengan Bahagian Kecemasan di HSAJB. Saya melaporkan yang ada orang sakit, tak boleh bergerak di alamat sekian-sekian. Setelah lengkap maklumat yang diperlukan talian dihentikan.

Saya meneruskan perjalanan ke PAJB. Berpusing saya cari ruang letak kereta OKU, tak jumpa. Maka saya parking kereta di lapangan awam. Agak jauh dan susah untuk memimpin seorang wanita buta dan seorang budak lelaki yang aktif berjalan menuju ke pejabat yang terletak di Aras 2.

Sedang saya berurusan, saya dapat panggilan dari petugas yang datang bersama ambulan ke rumah lelaki tadi. Mereka tak boleh masuk jika tidak ada sesiapa yang membuka pintu. Saya kata saya dah berada di Johor Bahru jauh dari rumah itu 25 km. Saya sudah bagitahu pagar tidak berkunci dan grill rumah juga tidak berkunci, cuma agak ketat sedikit untuk dibuka. Tetapi mereka terikat dengan ETIKA tidak boleh masuk jika tidak pengiring atau pemanggil kecuali ada bantuan polis. 

Maka mereka pun menghubungi Balai Polis berdekatan dan melaporkan perkara itu. Tidak berapa minit kemudian, seorang pegawai polis menelefon saya dah bertanya beberapa maklumat agar mereka boleh masuk.

Apabila selesai urusan di Bahagian Baitulmal , terus kami bergerak menuju ke Skudai. Memang pun tujuan nak singgah Pusat Kesihatan T untuk ambik keputusan darah. Tetapi ketika dalam kereta, wanita itu merasa kepanasan melampau sehingga mula buka tudung. Sebelum tu ketika berurusan di Baitulmal , dia kesejukkan melampau hingga badannya menggigil-gigil menahan sejuk.

Saya segera ke ruang kecemasan dan menurunkan wanita itu. Disambut oleh seorang staf, dan terus dibawa ke ruang rawatan kecemasan. Sementara tu saya mencari tempat untuk memakir kereta . Dah turun, terpandang tempat duduk belakang, Nu'man sudah terlentang ketidoran kerana kepenatan membuat ulah dan aksi di pejabat agama tadi. Semua janji terlerai dek kerana kebosanan menunggu.

Bila sudah jemu, dia baring berguling atas karpet, dia memanjat mana-mana tempat di pejabat agama tu. Kuasa ingin tahunya tinggi. Saya tak sempat nak ambil gambar sebab kamera tertinggal dalam kereta.

Tawakal pada Allah, saya tinggalkan Nu'man dalam kereta, buka tingkap supaya tidak kepanasan. Maklumlah masa tu jam 12.30 tengahari. Ramai staf dah balik, orang pun dah tak ramai. Moga Nu'man dalam perlindungan Allah Ta'ala.

Makmal darah dan urine
Masuk ke ruang rawatan kecemasan, seorang staf perubatan sedang mengambil suhu, bacaan awal ialah 37.1. Dia kata tak demam pun. Saya tanya kenapa badannya panas. Lepas tu ambik tekanan darah dan tekanan agak rendah. Ambik pulak sample darah. Terus diarahkan saya untuk tolong hantar ke makmal dan dapatkan keputusan ujian.

Di makmal saya bertembung dengan seorang bayi comel yang dilahirkan seberat 4.5 kg. Kena jaundis , tu yang juga tunggu keputusan darah. Bayi itu dilahirkan secara pembedahan.

Setelah dapat keputusan dari makmal darah, segera saya kembali ke ruang rawatan kecemasan. Tunjukkan rekod laporan ujian darah. Di dapati hgb darah rendah cuma sekitar 6.4.

Saya telah dimaklumkan sebenarnya pusat kesihatan dah tutup, tak ada doktor untuk merawat dan kena tunggu 2.45 petang nanti baru ada doktor datang.Masa tu jam baru menunjukkan 12.45 tengahhari. Saya terdiam saja.

Kebetulan lalu seorang doktor perempuan yang telah siap membawa bekal makanan untuk keluar makan. Bila melihat ditangan saya ada kad perubatan dan laporan dari makmal darah, dia berhenti melihat. Terus doktor wanita tu tanya di mana pesakit berada. Saya memaklumkan pesakit berada di bilik rawatan dan staf situ kata suhunya cuma 37.1 darjah C, tak demam pun tetapi heran kenapa badanya panas.

sedang dirawat
Doktor pun masuk ke bilik rawatan bersama saya dan memeriksa pesakit. Benar, suhu badanya panas dan doktor mengambil semula bacaan suhu dengan alat yang sama. Suhu tercatat ialah 40 darjah C. Saya cakap pada doktor tu, tadi staf A dah buat, dia kata 37.1, dan sindir kat saya, "haah demamlah sangat suhu dia cuma 37.1 saja." Ni kenapa sampai 40 darjah C tak kan suhu naik mendadak?

Doktor tu jawap, boleh jadi ralat kot, katanya, lagipun klinik dah tutup, mereka nak keluar rehat.

Oleh kerana saya menghargai keprihatinan doktor itu, saya tidak mahu membangkitkan ketidakpuasan hati saya terus-terusan yang melibatkan ETIKA PERUBATAN terhadap staf-staf di situ. 

Memanglah waktu rehat, tetapi jika ada kecemasan bagaimana? Staf tadi boleh kata, dia ni bukan kanak-kanak yang kita perlu risau jika suhu badannya tinggi. Mengingatkan diri bahawa mengawal marah itu lebih baik, maka saya diam saja, kerana saya memerlukan pertolongan mereka.

Setelah diberikan PCM, dan disuntik insulin, lagi pula suhu bilik yang berhawa dingin tu telah meredakan keadaan suhu wanita buta itu. Minum sedikit air (dia tak boleh banyak minum air kerana menjalani hemodialisis) Saya suruh dia tidor di katil bilik rawatan dahulu sementara saya mahu mengerjakan solat zohor.

Doktor tu kata, mengikut bacaan darah ni, dah kena masuk wad. Kena admit wad di HSAJB. Tetapi bila wanita buta tu dengar kena masuk wad, dia merayu supaya jangan dimasukkan wad. Dia rasa tidak frenly layanan diwad terhadap perempuan buta sepertinya.Dia tak ada sesiapa yang boleh menemani di wad.Lagi pula dia cuma ada seorang anak lelaki saja.

Ketika di bilik rawatan tadi saya melihat seorang staf buat 'dressing' pada kaki seorang wanita India. Kakinya bengkak dan kulit luar telah dilapah (dikuliti) hingga kelihatan daging sebelah dalam dari paras buku lali ke betis. Ngeri saya lihat dengan darah dan nanah, dan wanita india itu mengeliat-liat menahan sakit.

Tak lama selepas itu 'dressing' pada kaki wanita india tu selesai dan dia berjalan terlompat-lompat menggunakan sebelah kaki yang tak sakit. Saya menyapa, "mau pergi mana aci?"

"mau balik la."
"balik naik apa?"
"bas"
"mana rumah?"
"Taman Perling?"
"Jalan apa?"
"Undan."
"aci boleh tunggu? nantilah saya hantar balik, saya mahu solat dulu."

Dia pun tunggu di kerusi depan bilik rawatan kecemasan tu. Tiba-tiba saya teringatkan Nu'man yang ditinggalkan di kereta. Segera saya pergi menjenguk dahulu sebelum mengerjakan solat. Saya lihat dia sudah terjaga dan duduk diam dalam kereta. Mujur dia tak menangis atau buka pintu untuk keluar. Agaknya baru terjaga kerana panas keterikan matahari ditengahari. Alhamdullilah selamat...tak ada dalam sangkaan saya akan diculik atau dibawa lari oleh orang kerana tinggal Nu'man tidor dalam kereta tidak berkunci. Yang terdetik ketika meninggalkan Nu'man hanya doa dan berserah kepada Allah atas tak keupayaan saya untuk serentak menguruskan dua insan.

Oleh kerana waktu itu ramai staf keluar, banyak ruang parkir yang kosong, maka saya alihkan kereta ke kawasan paling hampir dengan porch lobby pusat kesihatan supaya nanti mudah nak balik. Kereta dikunci dan saya bawa Nu'man masuk ke dalam surau.

Ketika melintasi aci di depan bilik rawatan kecemasan, Aci tu tanya, "lama lagikah?" 
"Sekejab aci, saya mahu solat dulu."
"tak apalah, saya sudah lama sini, mahu balik rumah."

Nu'man solat di surau PKT
Saya pujuk suruh tunggu tapi dia tak mahu, (dalam hati berkata, ko nak cepat balik apa pasal? bukan nak solat pun) maka saya pun biarkan dia berjalan terlompat2 tu ke perhentian bas depan sana. Mungkin juga dia naik teksi ke, saya tak nampak.

Dalam ruang solat ada tempat wudhuk. Mudahlah saya berwudhuk,dan bila Nu'man lihat saya berwudhuk , dia pun berwudhuk seperti gambar dalam album Nu'man Al-Farisy di Pusat Kesihatan T. Macam-macam aksi dan gaya di situ bila sudah bangun tidor. Semua perjanjian dengan Nu'man ketika di rumah dan saman terlerai. Dia buat apa yang dia suka dan ingin tahu.

Aksi rasa ingin tahu Nu'man
Saya biarkan saja, asal jangan sampai melakukan perbuatan yang merbahaya. Puas dia keluar masuk bilik rawatan kecemasan tu. Saya pun dah tak upaya nak melarang.

Selepas solat zohor, saya masuk semula ke bilik rawatan untuk melihat keadaan pesakit yang saya bawa tadi. Keadaannya sudah stabil. Ingat nak bawa balik, tapi doktor tu pesan nak periksa air kencing pulak. Selepas kita tengok laporan bacaan urine jika tidak ada apa-apa baru boleh bawa balik atau daftar masuk wad.

Kali ini saya memang kena menunggu sehingga 2.45 petang untuk dokotr sessi petang datang.

Saya pun menunggu sambil menahan mata terlelap. Menjelang hampir 2.45, saya bawa pesakit ke bilik air dengan menggunakan kerusi roda. Walaupun agak sukar kerana bilik air tu dibina tidak standard untuk pengguna OKU. Langsung tidak mesra OKU.

Menunggu giliran untuk bertemu doktor
Apabila keputusan urine telah di keluarkan saya diarah untuk membawa pesakit bertemu doktor semula.Saya pun menunggu lagi mengikut nombor giliran. Doktor yang dikatakan akan masuk menyambung tugas semula pada  pukul 2.45 petang hanya menjelma pada pukul 3.15 petang. Ramai sangat dah orang menunggu termasuk saya dan wanita buta tersebut.

Pukul 3.30 petang baru dapat bertemu doktor . Di depan doktor tu ada kad laporan dan rekod pesakit. Tapi boleh dia tanya, "apa kes? sakit apa?" Saya jawab, tu ada dicatat dalam kad tu, baru sekejab tadi ada doktor merawat dan catat apa seteruskan doktor kena buat. Terdiam doktor tu dan terus membacanya.

Dalam tu ada catatan kena admit wad setelah melihat bacaan ujian urine. Maka doktor tu pun kata memang kena masuk wad. Tapi wanita buta ni tak nak masuk wad. Dia merayu-rayu agar tidak masuk wad. Rayuan tidak mahu masuk wad diterima. Wanita tu memikirkan jika masuk wad, dia tak ada waris yang boleh jaga ketika tinggal di wad. Payah nak mandi kerana mengharapkan ihsan jururawat yang memang sentiasa sibuk sedangkan dia tak mampu berbuat apa-apa dengan mata yang tak nampak dan badanya yang lemah.

Menunggu hidangan
Setelah ambik ubat, kami pun bergerak balik. Rupanya perut sudah terlapar kerana tidak makan sejak pagi. kami singgah warung tepi jalan di Seri Skudai dan makan.  

Masa depan doktor tadi dah rancang, jika tak mahu masuk wad, wanita ini kena ikut saya balik rumah, zauj dah beri kebenaran. Ini memudahkan untuk saya menjaga dan merawatnya.

Jadi lepas makan, kami balik ke rumahnya dahulu untuk ambik beberapa helai pakaian. Sampai di rumah baru kami tahu yang bekas suaminya telah dibawa ke hospital oleh ambulance pagi tadi. Yang ada cuma anaknya menunggu kepulangan maknya.

Anaknya tak beri maknya dibawa ke rumah saya. Dia kata , dia sanggup jaga , lagipun Sabtu Ahad ni cuti, dia boleh beri perhatian. Bila anaknya dah janji nak jaga maknya, maka saya tak jadi bawa balik rumah, tetapi saya pesan dianya agar pergi melawat ayahnya di wad lelaki di HSAJB. Carilah sendiri dimana ayahnya ditempatkan dengan bertanya di Unit Pertanyaan.

Tiba di rumah saya tepat jam 5.50 petang. Terus solat asar dan berehat kelehanan.

Alhamdullilah... saya berharap moga-moga Allah kurniakan saya kesihatan yang baik agar dapat membantu lebih ramai ummah yang memerlukan pertolongan.


Malam ini saya dapat panggilan telefon dari seorang rakan bekas suami wanita buta itu. Memang telah dibawa ke hospital dan kini sedang dirawat di ICU. Pakar perubatan telah mendapati organ dalaman seperti buah pinggang, jantung, hati telah membengkak dan  tidak berfungsi . Kandungan darah telah menjadi toksid dan dikata darah beracun. Sekarang ni tidak sedarkan diri.

MasyaAllah...sekejab sangat Allah memperlihat sesuatu untuk dijadikan iktibar kerana menganiya bekas isterinya.

Saya tanya bekas isterinya, wanita buta itu, adakah dia mengerjakan solat?

Bekas isterinya kata, sejak memeluk Islam, dia tidak mahu belajar solat. Jadi memang dia tidak mengerjakan solat.

Saya terdiam. Dan saya menasihati bekas isterinya agar memaafkan segala kesalahanya, dan menghadiahkan bacaan yassin(wanita buta ini hanya hafal surah yassin) serta zikrullah.

Moga-moga Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan dia sempat memaafkan saya  jika saya salah dan menyebabkan dia marah kerana memandai-mandai telefon ambulance suruh bawa dia ke hospital.




Malam ini saya dapat panggilan telefon dari seorang rakan bekas suami wanita buta itu. Memang telah dibawa ke hospital dan kini sedang dirawat di ICU. Pakar perubatan telah mendapati organ dalaman seperti buah pinggang, jantung, hati telah membengkak dan tidak berfungsi . kandungan darah telah menjadi toksid dan dikata darah beracun. Sekarang ni tidak sedarkan diri. MasyaAllah...sekejab sangat Allah memperlihat sesuatu untuk dijadikan iktibar kerana menganiya bekas isterinya.

Saya tanya bekas isterinya, wanita buta itu, adakah dia mengerjakan solat?

Bekas isterinya kata, sejak memeluk Islam, dia tidak mahu belajar solat. Jadi memang dia tidak mengerjakan solat.

Saya terdiam. Dan saya menasihati bekas isterinya agar memaafkan segala kesalahanya, dan menghadiahkan bacaan yassin(wanita buta ini hanya hafal surah yassin) serta zikrullah.

Moga-moga Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan dia sempat memaafkan saya jika saya salah dan menyebabkan dia marah kerana memandai-mandai telefon ambulance suruh bawa dia ke hospital.



Kenapa saya cerita kisah-kisah ini dengan tujuan untuk membangkitkan semangat dan motivasi agar banyak-banyak kita lakukan kebajikan sebelum dijemput Allah. Ada banyak cara untuk kita lakukan kebajikan mengikut keupayaan diri masing-masing , ingatlah Allah sentiasa perintah kita untuk menjadi orang beriman dan melakukan kebajikan.


Cukup 2 surah ni jika kita amal, Allah akan bagi hidayahnya.

Surah Al-Asr :
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)

Dalam surah At-Tin :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6)



Sebenarnya ada cerita yang saya skip. Cerita saya pergi sekolah untuk jumpa anaknya, untuk ambil kunci mangga gate sebelum saya suruh anak jiran sebelah tu memanjat pagar.

Setelah saya wanita tu kata anaknya kesekolah dan anak kunci gate ada pada dia, saya pun pergi sekolah anaknya. Nak jumpa anaknya dan ambik anak kunci. Malangnya anaknya tidak ada di sekolah. Menurut kawan-kawan, sudah berapa hari tidak datang ke sekolah, sedangkan menurut emaknya, anak tu pergi sekolah. Habis tu kemana dia pergi?

Kebenaran tetap terbuka. Ada hikmahnya pagar berkunci menyebabkan saya usaha datang sekolah cari anaknya. Selama ni mak ayah tidak tahu kemana anak tu pergi, mereka sangka dia ke sekolah. Dari sekolah saya balik semula ke rumah tu,  terus saya suruh minta tolong anak jiran sebelah panjat pagar. Rupanya jiran tu baru 2 bulan pindah situ, tak tahu pun yang wanita ni  buta. Keluarga cina tu baik dan mereka dah tahu keadaan wanita ini akan jadi lebih prihatin terhadap jiran.

Petang semalam , cadang nak ambik pakaian tu, wanita tu telefon cari dimana anaknya, dia suruh anaknya balik rumah nak jumpa sebelum ikut saya balik rumah  sebab dia tahu anaknya tak ada duit nak makan.Cadangnya nak tinggalkan sikit duit buat belanja makan. Jadi saya sempat berjumpa anaknya. saya tanya kemana dia pergi dan kenapa ponteng sekolah.Sempat saya pesan  dan nasihatkan anaknya.

Rupanya sejak ayahnya sakit, ayahnya tak henti-henti maki hamun dan bahasa melucah kat anak tu. Anak tu sedih dan terluka,jadi dia pergi tidor rumah kawan. Malam-malam ayahnya sakit, dia tak tidor uruskan ayahnya. Tapi ayahnya taksedar-sedar akan kebaikkan anak, tetap juga memaki hamun sumpah seranah dengan perkataan tak sewajarnya.

Masa saya nak tolong semalam pun, bahasa makian dia tu hebat. Saya sempat lah juga nasihat ayahnya supaya tak boleh panggil anak begitu dan mencela anak begitu, mulutnya macam bertih.

Dalam keadaan sakit tu pun sempat kata, "tengoklah nanti, dia balik saya tibai dengan kayu golf, biar mampus."

Ayahnya cerita pagi dia terjatuh di bilik air, jenuh jerit minta tolong takde sapa tolong sehinggalah anaknya balik tengahari bersama kawan. Bekas isteri takde juga pagi tu, pergi buat hemodialisis. Tu yang dia marah sangat.

Anak tu jadi stress dengan kata-kata ayahnya. Dia jaga mak ok saja, sebab maknya bercakap dengan kasih sayang.

Itu sebab saya tak tergamak menjauhkan anak dengan mak selagi anaknya janji sanggup jaga mak. saya pun tak duga sebaik dibawa ke hospital, dan menerima rawatan, rupanya penyakit tu dah kronik dan kini ditempatkan di ICU tingkat 2 barat. Allah 'tidorkan' seketika supaya dah tak maki hamun sapa-sapa.Tentu staf dan misi-misi pun tak larat nak dengar maki hamunnya itu. Padahal menurut bekas isterinya, lelaki ini sihat, jarang sakit dan tidak mengidap sebarang penyakit. Siapa sangka tiba-tiba keadaannya jadi begitu dalam sekelip mata.


Ambillah iktibar dan pelajaran dari kisah yang saya paparkan ini bahawa sekali kita berbuat kejahatan, Allah tetap akan balas diakhirat sana melainkan jika bertaubat. Kadang-kadang balasan tu terima masa kat dunia lagi.



Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.


Wednesday 20 February 2013

Beriman dan Beramal Soleh



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

surah At-Tin
Apa rukun Iman? Salah satunya ialah percaya kepada kitab.Zaman kita guna kitab apa? Al-quran. Jadi apabila disuruh percaya, seperti percaya pada Allah, kita beriman kepada Allah,begitu juga dengan Al-quran, merupakan kalam Allah, maka kenalah beriman kepada apa yang Allah telah firmankan dalam al-quran tu.


Jom kita periksa adakah telah sempurna rukun iman kita?  Adakah kita benar-benar yakin dan percaya apa yang telah Allah firmankan di dalam quran? Bila yakin dan percaya kita amalkan.

Cuba kita tengok, 2 surah saja dulu, ayat-ayat yang menyuruh kita beramal soleh. Surah ni kita kerap baca. Tak payah lah tau banyak-banyak tapi tidak amal.

Cukup 2 surah ni jika kita amal, Allah akan bagi hidayahnya. Allah akan beri faham untuk belajar lebih banyak lagi.

Surah Al-Asr kata apa?

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)

Dalam surah At-Tin kata apa?

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6)


Kita toksah baca quran banyak-banyak tapi tidak beriman langsung sebab tak faham apa yang dibaca. Belajarlah untuk faham dan beriman dengan ayat-ayat al-quran tu.


Apabila seseorang mengadu masalah, syariat menyuruh memperbaiki iman dan beramal soleh. Maka itu yang sering orang tak boleh terima.

Ini kerana dia melihat masalahnya berpunca dari orang lain, jadi apa yang dia boleh lakukan terhadap orang itu untuk dia tidak berada dalam masalah.

Masalah, walau dari mana datangnya, untuk menghadapinya hanya dengan beriman dan beramal soleh.

Apakah maksud beriman. Skopnya memang luas, tetapi disempitkan, itu sebab ramai orang kata itu bukan cara penyelesaian masalah.

Bagi saya hanya beriman dan beramal soleh saja apa-apa permasalahan dapat dihadapi dan ada jalan keluarnya.

Bersih sebahagian dari iman, sifat malu sebahagian dari iman,menjaga hati dari sifat mazmumah sebahagian dari iman.

Memiliki akhlak terpuji merupakan iman. Sabar, redha, tenang, tidak dengki, berlapang dada dan berbudi pekerti mulia adalah iman.

Apa pulak amal soleh? Melakukan perkara sunat yang Allah dan RasulNYA suka. Luas skop amal soleh ni. Bersadaqah, berdoa, membantu orang sedang kesulitan, memberikan makan anak yatim, menyediakan tempat tinggal orang teraniya adalah antara skop amal soleh.

Maka bila kita sebuk menjadi orang beriman dan mengerjakan amal soleh, masih adakah masa untuk memikirkan masalah? Bukankah Allah yang menunjukkan jalan keluar setiap masalah itu.





Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Tuesday 19 February 2013

Kisah Seorang Ibu Dan Bayinya




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"Hello, boleh saya bercakap dengan Nora?"
"Saya Nora. "
"Saya munaliza, dari Johor. Saya terbaca suatu komen nora dalam satu laman blog kata Nora nak beri anak pada orang. Anak dah beri pada orang ke?"
"Belum. Masih ada pada saya."
"Berapa umur anak tu?"
"14 hari, 4 Februari hari tu saya bersalin."
"Anak lelaki atau perempuan?"
"Perempuan."
"Berapa beratnya?"
"3.2 kg."
"Bersalin di mana?"
"Kat Hospital Swasta."
"Kenapa nak beri pada orang?"
"Saya nak anak saya dapat didikan sempurna, saya ni hidup pun tak tentu arah. "
"Nora kerja apa?"
"Saya kerja kerani kat syarikat pelancongan. Ni saya ambik cuti tanpa gaji 2 bulan. 1 Mac dah mula kerja, tak tahu nak letak mana anak ni. Jadi baik saya beri pada orang yang boleh dan mampu berikan pendidikan sempurna pada dia."
"Nora duduk dengan siapa sekarang ni?"
"Saya duduk sorang-sorang, beranak sorang, pembedahan pulak tu. Duit pun dah takde."
"Ok Nora, jaga diri baik-baik, nanti saya call Nora lagi ya."

Mula -mula yang terfikir nak usaha cari orang lain untuk ambik anak Nora. Lepas tu terfikir, kot lambat proses pencariannya. Saya bincang dengan zauj. Zauj kata, lambat-lambat nanti Nora stress dia lempar anaknya dari apartmen yang duduk tu.


Terus saya call semula, bagitahu, saya sanggup ambik anak dia. Saya nasihatkan Nora agar tenang, jangan stress atau berfikiran negatif. Sementara ni harap susukan anak tu dengan susu ibu.

Saya fikir daripada diluar kawalan Nora,dia lempar anak ke bawah, baik saya ambik dan selamatkan. Moga ada rahmat Allah kepada anak itu.

Ini saya post di status fesbuk pada 9.05 pagi pada 18 February 2013

Dan catatan di bawah saya post di status fesbuk jam 6.15 pagi 19 February 2013.

Selepas saya memaparkan perbualan di atas di laman fesbuk saya, ramai yang memberi respon, sehingga ada beberapa pasangan menawarkan diri untuk menziarahi nora. Untuk tidak menghilangkan kepercayaan Nora terhadap saya, saya hanya memberikan maklumat tempat tinggal Nora kepada sepasang  suami isteri untuk menziarahinya.


Tidak mahu menimbulkan rasa kebimbangan pada Nora kerana saling antara kami  saling tidak mengenali , sekadar berbual di telefon sahaja, maka saya berikan maklumat pasangan yang akan datang menziarahi Nora dan teman lelaki nora yang menjemput pasangan itu menuju rumah Nora tinggal.


Ikuti coretan yang saya sambung selepas dapat maklumat pasangan suami isteri ini ketika hadir menziarahi Nora. Mereka pergi pada malamnya , tarikh yang sama 18 February 2013.


Anak Nora sedang menyusu
Tentu ramai yang ingin mengetahui kisah seterusnya Nora dan anaknya. (Gambar menunjukkan bayi Nora dengan suami pasangan yang menziarahinya malam tadi, menyusu dalam dakapan hingga terlena)


Pendedahan kisah Nora semalam telah membukakan rasa kasihan, kasih sayang sesama saudara seagama terutama rakan-rakan fesbuk .


Ada antara yang ingin menghulurkan bantuan dan pertolongan segera. Dan sepasang suami isteri bersama anaknya telah sanggup meredah kesesakkan lalulintas di bandaraya Kuala Lumpur malam tadi yang kebetulan hujan pada petangnya. Sampai saja di rumah, mengerjakan solat maghrib dan mereka keluar semula menuju rumah Nora.


Mereka bawa sedikit keperluan bayi termasuk lampin pakai buang dan mandian bayi.


Mereka tiba di rumah Nora lebih kurang pukul 10.00 malam. Berada disebuah rumah flat kos rendah, rumah itu kosong tanpa perabut atau barang-barang kecuali sebuah peti sejuk lusuh yang mungkin ditinggalkan oleh penghuni sebelum nora masuk dan sebuah sofa.


Peralatan untuk bayi juga tiada. Sebab itu wajah Nora agak ceria bila ternampak lamping pakai buang dan mandian bayi ada bersama-sama barang keperluan lain.


Ketika tiba, bayi menagis dengan kuat kerana kelaparan. Saya di rumah juga mendengar dengan jelas suara bayi menangis. Pasangan suami isteri ini telah memasang loud speaker ketika bercakap dengan saya ditelefon sebaik mereka tiba di rumah Nora.


Memberikan sedikit panduan dan tunjuk ajar untuk merawat pusat bayi yang agak berair.


Sebaik tiba isteri, Mohamad Siss M Jamil, cik Kiah ( Zakiah Zakaria ) telah memangku anak tersebut. Tuan Siss pula terus memeluk bayi dan memberikan susu. Bayi itu benar-benar kelaparan, minum susu hingga sendawa dan lena.


Alhamdullilah saya dikurniakan ramai rakan-rakan yang prihatin terhadap permasalahan ummah.


Ini hanya secebis kisah dalam masyarakat yang kita tahu. Sebenarnya diluar sana masih banyak yang kita tidak tahu. Maka jadilah kita masyarakat yang peduli ummah. Jangan apabila telah terjadi sesuatu barulah kita sebuk nak menuding jari kesana kemari.


Setelah berbual dan memberi sokongan moral kepada Nora, Nora telah mengambil keputusan untuk memelihara sendiri anaknya. Maka kita kenalah juga ambik port untuk membantu Nora samada dari segi kewangan dan sokongan moral.


Sekiranya sesiapa yang ingin menziarahi Nora, nampaknya selepas pasangan suami isteri datang, Nora bersedia menerima kunjungan. Sebelum ini, Nora rasa keberatan takut didatangi oleh pihak berwajib yang mahu mengambil tindakan ke atasnnya.


Moga kita semua bersatu hati mendoakan yang baik-baik untuk ummah dan tunjukkan bahawa Islam itu bersaudara.


Persaudaraan Islam itu indah, saling ziarah menziarahi dan ambik tahu. Terima kasih kepada pasangan suami isteri yang telah datang menziarahi Nora , semoga hidup kalian sekeluarga sentiasa di rahmati Allah Ta'ala.


Sebenarnya saya tahu dan mendedahkan kisah Nora dan anaknya ini pun apabila saya menjumpai komen Nora di sebuah blog. Saya terpanggil untuk menelefon Nora untuk mengetahui keadaan anaknya. Rupanya ia telah menjadi asbab untuk kita membantu.


Alhamdullilah kerana Allah membuka rasa untuk kita peduli hal-hal ummah.


Ini coretan Nora yang saya terpanggil untuk menelefon dan ambik tahu kisah dirinya.

"MamaLuvBaby said...

Salam..Saya baru melahirkan seorg baby perempuan pada malam kelmarin.Saya ingin meminta jasa baik kepada pasangan yg masih belum mempunyai cahaya mata untuk mengambil anak saya sebagai anak angkat.Ini kerana saya merupakan wanita yg terlanjur dan melahirkan anak tidak sah taraf.Tetapi ada satu masalah yg ada pada bayi saya dimana dia dilahirkan cacat fizikal yg mana telinga dibahagian kirinya tidak mempunyai cuping dan juga lubang telinga dibahagian kanan sempurna.Tapi doktor mengesahkan yg telinga itu masih boleh disembuhkan sebelum baby ini membesar.Jadi kepada yg sudi mengambil bayi ini diharap dapat menjaga dan menolong untuk melakukan treatment utk bayi ini..Ini kerana saya sendiri tidak mampu utk menjaga kerana saya melahirkan bayi ini melalui kaedah pembedahan..Jika sudi menolong dgn ikhlas sila hubungi saya di nombor berikut 017-xxxxxxx.Saya Nora..
February 5, 2013 at 7:24 PM "


Betapa sedikit keprihatinan kita kepada Nora telah menyelamatkan anak Nora dari berpisah dengan ibunya. Nora sayang anaknya dan mengambil keputusan bijak tidak jadi beri anaknya pada orang lain.


Anak Nora



Hari  ini ramai yang menyatakan kesediaan untuk memberikan pertolongan pada Nora. Ada yang ingin menyumbang keperluan bayi dan keperluan ibu selepas bersalin. Alhamdullilah...


Ada yang telah merancang untuk menziarahi Nora untuk memberikan tunjukajar penyusuan bayi melalui payudara. Nora hanya memerah susunya ke dalam botol dan memberikan kepada bayi. Dia kata bayi tak mahu hisap payudaranya. Bagi saya kemukinan besar Nora tidak tahu teknik penyusuaan yang betul.


Hari ni, nora telah membawa anaknya bertemu doktor, dan doktor pakar telah menguji tahap pendengaran bayi berikutan kecacatan fizikal bayi tidak mempunyai cuping dan lubang telinga sebelah kiri. Pendengaran ditelinga sebelah kanan sempurna , sebelah kiri masih perlu dilakukan beberpa ujian lagi.


Saya memberikan nasihat agar Nora sabar hadapi ujian dan yang penting insaf, ambik iktibar dan bertaubat nasuha. Nora telah dapat menerima kunjungan dan pertolongan orang yang memang benar-benar ingin membantunya.


Semoga kita semua terus menjadi antara orang-orang yang peduli saudara dan masyarakat. Semua orang Islam adalah saudara kita, Sebesar mana kesilapan dan dosa yang dilakukan,  jika dia bertaubat. Allah tetap mengampunkan. Maka sebagai ummah seakidah kita harus bersaudara, saling ingat mengingati dan saling berpesan dengan kesabaran.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.