Tak sangka blog saya ni sudah berusia12 tahun. Tulisan di dalam ni banyak manafaat bagi mereka yang suka membaca. Walaupun saya tidak ada menghasilkan buku, sekurang kurang ada laman yang ada ilmu saya kongsikan untuk dijadikan bekalan akhirat ,menulis yang baik baik, kata nasihat dan pengalaman hidup.
Monday, 10 January 2022
Saya Seorang Blogger
Tak sangka blog saya ni sudah berusia12 tahun. Tulisan di dalam ni banyak manafaat bagi mereka yang suka membaca. Walaupun saya tidak ada menghasilkan buku, sekurang kurang ada laman yang ada ilmu saya kongsikan untuk dijadikan bekalan akhirat ,menulis yang baik baik, kata nasihat dan pengalaman hidup.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 1/10/2022 09:58:00 pm 0 comments
Labels: Akhirat, Akhlaq, beramal jariah
Monday, 13 July 2020
Buat Orang Gembira
Buat Orang Gembira
.
Selesai ambik ubat di Farmasi Poliklinik Pakar HSA, terus naik grab ke UTC Kotaraya. Nak selesaikan urusan pendaftaran kelahiran Saed.
PKP semua urusan kena ikut SOP. Pintu laluan masuk ditetapkan pintu tertentu. Bukan semua pintu dibenarkan masuk.
Apabila masuk, sudah nampak panjang barisan untuk urusan JPN. Bila azan berkumandang, saya keluar barisan pergi ke Masjid AnNur. Solat zuhur. Rupanya operasi di JPN mula pukul 2.00 petang. Pukul 1 hingga pukul 2, waktu disinfeksi. Patut barisan tidak bergerak.
Selesai solat dan merehatkan tubuh, pukul 2.12 petang saya menuju ke JPN. Pengawal tidak membenarkan masuk, kena turun ke lobby untuk berbaris dan ambil nombor.
Pergi ke lif bertembung dengan seorang warga emas. Saya menyapa, “nak kemana?”
“ saya nak ke Pejabat Agama, mohon bantuan bayar denda. Kad pengenalan hilang. Dapat Bantuan PKP tapi tak boleh ambik. Jadi kena buat kad pengenalan dulu. Tapi kena bayar denda nak buat kad pengenalan. “
“ berapa kena denda bayar?”
“ RM 60.00”
“ jauh tu nak ke sana. “
“ itulah, dah kaki sakit.”
Saya salam dan menyelit sesuatu dalam gengaman. “ tak payah ke Pejabat Agama. Terus pergi semula ke pejabat pendaftaran tadi, bayar denda dan terus buat kad pengenalan. Penat nak ke sana sini. Nanti lambat siap kerja. “
“ eh, apa ni. Terima kasih. Moga Allah mudahkan urusan awak.”
Saya terus berlalu masuk lif dan turun nak berbaris semula. Sampai di lobby, nampak barisan tak bergerak. Saya maju ke kaunter untuk bertanya. Saya takde temujanji. Tunjuklah surat yang berkaitan. Terus diberikan nombor untuk naik ke JPN.
Segera naik lif. Berbaris di pintu masuk. Ini kali ke 4 saya di ambil suhu badan. Ada 36, 36.4, 36.1, 36.3.
Pergi sekali lagi ke kaunter pertanyaan. Cerita pendek. Di rujuk ke kaunter serahan. Cerita panjang dan tunjuk laporan polis.
Dipanggil semula untuk melengkapkan dokumen. Semasa menunggu serahan, eh ...bertemu sekali lagi dengan warga emas yang nak buat kad pengenalan hilang. Dia yang kenal saya. Saya ni memang tak ingat rupa.
Warga emas tu menegur saya. Masih ucap terima kasih tak berhenti henti. “ terima kasih ya , mudahkan urusan saya. Dah buat kad pengenalannya, tunggu serahan saja lagi. “
Dikeluarkan beberapa barang dari beg, berus gigi, ubat gigi dan bedak. Diberikan kepada saya. Baru beli.
“ eh kak, tak payah. Saya bukan nak balasan. Kakak perlukan barang ini, tak payah lah beri saya. Terima kasih. “
“ moga Allah panjangkan umur puan, dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan puan dan keluarga. Terima kasih ya.”
Berkali kali ucap terima kasih. Dah nak keluar pun ucap lagi. Saat seseorang amat memerlukan pertolongan , ia datang , maka amat dihargai.
Mengembirakan orang...
Mak Liza
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/13/2020 08:32:00 pm 0 comments
Labels: Baitus Solehah, beramal jariah, fardu kifayah
Saturday, 3 February 2018
Legasi Yang Ditinggalkan
Supaya yang menerajui Baitus Solehah tidak menghadapi masalah kewangan, saya buka akaun bersama. Setiap manusia pasti mati dan saya bersedia untuk meninggalkan dunia ini dengan tangan terbuka.
Akaun CIMB atas nama Baitus Solehah Caring Centre 8603089829
Kos operasi pengurusan Baitus Solehah sebulan mencecah RM 15,000.00.
Polisi kami tidak ada penyerahan anak angkat bagi setiap ibu ibu yang berlindung di Baitus Solehah.
Baitus Solehah menjaga kebajikan pelatih di sini tanpa sebarang bayaran. Tidak ada bayaran pendaftaran dan bayaran bulanan. Hidden charge pun tak ada. Cuma untuk urutan selepas bersalin menggunakan khidmat luar maka, mesti kena bayar sesiapa yang memerlukan .
Kami membantu mereka mereka yang benar benar memerlukan perlindungan dengan syarat bertaubat nasuha dan berusaha berubah menjadi insan yang Allah redha. Sebab tu anak kena jaga sendiri.
Semoga usaha usaha kecil kita mendapat keredhaan Allah. Kita tidak mampu selamatkan ramai yang tersasar, kita usaha menyelamatkan mereka yang rela hati mahu berubah dan bertaubat pun dah besar rahmatNya.
Yang menulis,
Munaliza binti Ismail
#BaitusSolehah
#SumbanganDanWakaf
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 2/03/2018 05:41:00 pm 0 comments
Labels: Baitus Solehah, beramal jariah, Sedekah
Monday, 6 February 2017
Postpartrum / Meroyan Selepas Melahirkan Anak
![]() |
| Meroyan Selepas Melahir |
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 2/06/2017 09:02:00 pm 0 comments
Labels: Baitus Solehah, beramal jariah, kisah, Ujian
Friday, 29 July 2016
Anak Dari Zuriat Sendiri
![]() |
| Anak Dari Zuriat Sendiri |
Antara anak sah taraf dengan anak tidak sah taraf. Kenapa ramai yang memohon anak angkat tidak sah taraf tetapi tidak berusaha mendapatkan anak dari sebuah perkahwinan yang sah. Anak yang jelas keturunannya. Sedangkan poligami itu dibenarkan oleh Islam.
Memanglah kita tidak tahu rezeki Allah tu ada atau tidak apabila berpoligami, sekurang kurangnya kita telah berusaha mendapatkan melalui jalan yang diredhai Allah. Yang dah memiliki, sila teruskan. Saya memberi pandangan pada yang akan ada sekarang. Tak perlu khuatir atau resah jika suami berpoligami kerana suami kita adalah pinjaman semata mata. Allah redha berpoligami tetapi Allah haramkan zina.
Usahalah dapatkan anak secara halal dijalan yang Allah redhai. Galakkan suami berpoligami jika benar benar mahukan anak supaya jelas keturunannya. Jika usaha ini tidak berjaya juga, redhalah dengan takdir yang telah tetapkan. Sunyi dan sepi tu indah jika kita banyak memanafaatkan dengan jalan yang benar. Rezeki Allah luas.
Baitus Solehah tidak menggalakan anak anak diserahkan kepada keluarga angkat kecuali kes terpencil. Biarlah ibu kandung memelihara sendiri. Fenomena anak angkat dibuang apabila meningkat remaja makin berleluasa. Sila rujuk laman web #WargaPrihatin. Cabaran mengasuh dan mendidik anak sangat besar, tambah tambah anak anak yang tidak jelas nasab dan keturunan. Itu sebab ada setengah ibu bapa angkat berusaha mendidik dengan menghantar mereka ke madrasah atau pondok pondok tahfiz dengan harapan iman, amal dan akhlak dapat dibentuk menjadi mukmin sejati. Ya, ada yang berjaya, ada yang terkandas.
Bukan mudah, bukan mudah. Yang terkandas, gagal akan merasa putus asa dan akhirnya dengan mudah mereka dilemparkan seperti sampah. Dan berulang semula keturunan zina dari pemuda tersasar, terabai yang dibuang oleh keluarga angkat. Bukan salah mereka menjadi begitu. Sedangkan orang yang tidak pernah mengenal islam pun boleh terpilih menjadi pemuda mukmin, bagaimana pula anak anak yang dilahirkan Islam menjadi pemuda yang tersasar.
Ibu kandung, walau apa pun jadi pada anaknya, dia tidak akan buang anak yang tersasar. Dia sedar dirinya pun pernah tersilap, dia akan selalu mendoakan anaknya, akan selalu bersabar dan selalu mengadu pada Allah. LAMBAT laun, rintihan hatinya akan didengar dan diberikan taufik dan hidayah kepada anaknya untuk berubah.
Wahai para isteri, jadilah serikandi memperjuangkan agama. Kita tidak mampu berdakwah, mengajak orang mengESAkan Allah, bantulah suami kita untuk mendapatkan zuriat secara yang halal. Para isteri kenal suami masing masing. Kenal masalah suami. Jika kepayahan mendapat anak kerana sperma suami tidak ada benih, takdelah saya mengalakkan poligami. Poligami bukan satu cara menyelesaikan masalah mendapatkan zuriat.
Namun suami boleh mendapatkan anak jika mengambil ibu tunggal yang mempunyai anak. Anak tiri boleh menjadi mahram, boleh diperlaku seperti anak sendiri. Jika anak angkat, tetap ada batas batas terutama jika anak itu tidal disusukan oleh isteri ketika masih bayi.
Maaf, jangan kecam atau hentam saya wahai para isteri. Saya sekadar memberikan pandangan, abaikan jika tidak setuju. Tidak usah sentap atau marah. Mohon maaf ya.
#saya fikir lebih 100 kali nak menulis dan post perkara ini, sekiranya ramai hentam dan kecam. Saya padam post ini.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 7/29/2016 09:50:00 pm 0 comments
Labels: Amanah, anakku, bait muslim, Baitus Solehah, beramal jariah
Thursday, 4 February 2016
Hukuman Paling Ringan Bagi Orang Yang Bertaubat
Allah yang menghendaki. Hukuman paling ringan semalam dijatuhkan ke atas pelatih ialah seperti yang tertera dalam kertas ini. Dibebaskan dengan jaminan dan perlu meneruskan penggajian untuk mendalami agama Islam di Baitus Solehah selama 50 jam lagi. Pihak Baitus Solehah akan terus memantau perkembangan sahsiah dan akhlak pelatih. Iman? Hanya diri sendiri yang tahu. Kita cuba boleh melihat perlakuan zahir. Namun perlakuan zahir akan tercerna dari hati yang murni.
Kita tidak punya daya upaya melainkan mengharap pertolongan Allah.
Wahai remaja di luar sana, bukan semua kamu bernasib baik dipermudahkan urusan dan diberikan keringan hukuman jika taubat kamu adalah taubat main main. Insaflah...
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 2/04/2016 11:01:00 pm 0 comments
Labels: Baitus Solehah, beramal jariah, Iman, taubat
Saturday, 4 April 2015
Terus menjadi insan dan tidak lagi terlibat dengan gejala kemaksiatan yang merosakkan
![]() |
| Ukhuwwah Baitus Solehah |
Untuk menjawap soalan ini, seperti mahu saya berikan beberapa nama pelatih yang mana saya bangga dengan penampilan mereka hari ini. 180 darjah berubah dari kehidupan lalu. Bagaimana mereka mampu berubah dengan pertolongan Allah jua, dan istiqomah dalam beramal, tetapi identiti mereka dirahsiakan dari umum. Mana-mana yang niat awalnya betul, mereka memang benar-benar berubah dan kami masih saling berhubungan antara satu sama lain. Ukhuwwah kami berterusan.
Sebenar, segala yang berlaku ada hikmahnya. Asbab mereka hamil tanpa suami, mereka tersentak dan sentap dan segera bertaubat. Rasanya jika tidak hamil, kemungkinan mereka masih hidup dalam kemaksiatan dan meneruskan perzinaan tanpa pengujung hinggalah ajal tiba.
Taufik dan hidayah iu adalah kurniaan Allah. Tidak ada sesiapa pun boleh mengetaui apa yang akan berlaku untuk memastikan seseorang itu terus istiqomah dalam beramal. Begitu juga pentarbiyahan yang diusahakan kepada pelatih pelatih Baitus Solehah selama mereka berada di sini.
Apakah ia terus diamalkan atau tidak, selepas mereka keluar dari sini, tidak dapat kita pastikan. Semuanya bergantung kepada niat tinggal di Baitus Solehah dan usaha untuk berubah.
Sekiranya mereka benar benar mahu kembali mentaati Allah dan Rasul, meneruskan kehidupan dalam redha Allah, mereka akan berusaha istiqomah dalam beramal dengan ilmu yang telah disampaikan.
Mereka telah melalui kehidupan yang pahit, berseorangan menghdapi azab dan kesakitan mengandung dan beranak tanpa orang yang disayangi. Mereka telah menyerahkan sepenuh hati kepada Allah. Kesan daripada peristiwa ini membuat mereka berhati hati menjalani kehidupan seterusnya.
Memulakan kehidupan baru dalam ruang dan peluang yang Allah redhai. Hidup dalam jemaah. Sekiranya dijemput keluarga, mendapat sokongan keluarga untuk memelihara anak, keluarga yang akan memastikan kehidupan anak mereka tidak tersasar lagi.
Antara usaha agar bekas pelatih tidak tersasar kembali atau menyimpang dari ajaran agama, pelatih digalakkan, bah disokong memelihara anak sendiri. Apabila mereka memelihara anak sendiri, masa mereka terisi dan berkualiti. Sebuk bekerja mencari rezeki, bila pulang ada anak untuk disayangi. jadi mereka tidak ada masa nak mengenang masa lalu, atau menghubungi rakan lama yang akan membuat mereka tersilap langkah semula. Dengan adanya anak, mereka tidak sunyi sebalik mereka merasa bertanggungjawap ke atas anak mereka.
Mereka rela memulakan kehidupan baru dengan status ibu tunggal. Terpulang kepada masyarakat mahu bersangka-sangka, yang penting mereka mahu meneruskan kehidupan di jalan yang Allah redha. Mereka mahu meneruskan kehidupan dalam lingkungan jemaah yang memahami kehidupan baru yang dilalui walaupun sukar tetapi menyenangkan.
Bekas pelatih saling berhubungan antara satu sama, saling bertanya khabar dan ingat mengingati antara satu sama lain. Dengan adanya teman atau sahabat begini, mereka mampu istiqomah untuk mengamalkan segala didikan yan diperolehi di Baitus Solehah.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 4/04/2015 12:39:00 am 1 comments
Labels: air mata / tangisan, Baitus Solehah, beramal jariah
Friday, 3 April 2015
Sedekah, Biar Sedikit Tetapi Berterusan
![]() |
| Sedekah, Biar sedikit asalkan Istiqomah |
Amalan Almarhumah mak mertua saya ialah suka bersedekah dengan duit rm 1 ni dimana dan kepada sesiapa sahaja. Walaupun almarhumah mak mertua saya ni bukan orang kaya, tapi dia kaya budi. Suka mengembirakan kanak kanak. Jumpa kanak kanak mana pun tak kira anak orang kaya atau miskin, dia akan sedekah rm 1. Kalau masjid atau rumah anak yatim tak usah ceritalah, jumpa masjid, masukkan rm 1, ada orang minta derma untuk anak yatim , tetap rm 1.
Almarhumah selalu ingat pesan dengan pesanan almarhum suaminya,"sedekah biar sikit tetapi berterusan. Selalu gembirakan orang biarpun kita sedih."
Kalau nak tunggu kita ada rm 50 dan rm100 baru nak sedekah, sampai bila bila pun kita tak mampu bersedekah. Akhirnya kita langsung tak bersedekah. Ada orang malu nak sedekah rm 1, pasal apa? Kita bukan nak bagitahu orang kita bersedekah tu.
Selalu dalam fb, orang muda, ada kerja pulak tu, berkira kira nak beri duit raya kat budak budak, bukan banyak pun, rm 1 saja, bubuh dalam sampul, pun merungut, budaya tak bagus katanya. Padahal budaya tu mendidik kita bersedekah dan budaya mengembirakan kanak kanak.
Kalau almarhumah, duit raya rm 1 bubuh dalam sampul tu yang diutamakan dulu. Bukan setakat hari raya, bah kan sepanjang masa ada duit rm 1 dalam sampul untuk diberikan kepada sapa saja kanak kanak yang dia jumpa atau yang datang ziarahi dia. Kanak kanak takde dosa, bagus kita gembirakan dia.
Setiap kita ada peluang dan ruang untuk bertaubat, membaiki iman, jiwa dan akhlak ke arah mulia. Samada kita nak berubah atau tidak. Kematian akan tiba bila bila masa tanpa kita duga dan bersedia.
Kita akan tinggalkan segala apa yang kita ada, milik kita di dunia ini. Yang kita bawa cuma amalan. Jika kita sudah sediakan tabungan untuk hidup selepas kematian, alhamdulillah. Sementara umur masih ada ni, selalulah ingat mati. Buat pelaburan, banyak banyak beli saham.
Lebih 20 tahun almarhumah mak mertua saya menyedia kain kapannya sendiri. Itu tanda almarhumah sentiasa mengingati mati. Benar benar dia bersedia. Ini cara almarhumah mak mertua saya.
Kita pun boleh membuat sesuatu perkara yang mengingatkan kematian. Bila mahu buat sesuatu fikirkan Allah redha atau tidak. Kit kot mati apa jadi. Setiap kali nak lakukan sesuatu, terus ingat jika aku mati waktu ni, macamana?
Istigfar jadikan senandung rindu di lisan. Kumandangkan setiap masa alunan selawat. Hati akan selalu tenang. Istiqomah bersedekah. Bila malam muhasabah, aku ada bersedekah atau tidak hari ini.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 4/03/2015 01:37:00 am 0 comments
Labels: beramal jariah, mak mentua, Sedekah, Tazkirah
Tuesday, 31 March 2015
Bapa Suruh Anak Jalani Ikat Peranakkan
![]() |
| Bapa SMS suruh Anak jalani Ikat Peranakan |
Oleh kerana tidak ada nama pengirim, hanya nombor yang tertera , saya balas sms, " Ini siapa?"
"Nordin, bapa Fina." (Nama-nama yang terpapar bukan nama sebenar)
Ulasan saya, " menerung punya bapak, seperti mengalakkan anak terus buat maksiat, macam nak kata lepas ni kalau nak berzina, teruskan aja dah tak risau mengandung lagi."
Sebelum ni pun ada seorang ibu memohon doktor pakar perbidanan untuk ikat salur folopian anaknya supaya tidak mengandung lagi. Doktor pakar sudi minta pandangan saya.
"Kenapa nak ikat? "
"Saya tak larat nak jaga dia, dia suka jalan jalan mana dia suka, dan orang suka ambik kesempatan atas kelemahan dia."
"Puan, nampaknya lepas ni puan dah tak kisah anak puan dijadikan pemuas nafsu lelaki, sesiapa pun yang tergerak nak guna dia, puan biarkan. Puan dah tak payah cari dimana anak puan berada, begitu ke?"
"Tidaklah sampai gitu."
"Habis tu, kenapa nak suruh ikat? Patutnya bila sudah terjadi macam ni, puan akan lebih prihatin terhadap anak puan, ambik tahu kemana dan dengan siapa dia keluar. Buat larangan dalam situasi win win."
Tunduk dan terdiam ibu tu memikir sesuatu. Tapi memang itulah tugas seorang ibu yang Allah amanah dan pertanggungjawapkan sehingga anak itu bernikah. Berat atau mudah kena redha dan terima tanggungjawap ni. Bukan boleh ambik mudah dan cari jalan mudah.
Kembali semula cerita sms dari bapa tadi tu, jika bapak tu dah serah anaknya kepada jagaan saya, maka dengan rendah diri, saya memohon pertolongan Allah, supaya dia istiqomah dalam beramal dengan ilmu yang dia dapat di Baitus Solehah. Saya pun takde sebarang daya upaya melainkan mengharapkan pertolongan Allah. Moga moga dia selamat dalam perjalanan menuju keredhaan Allah. Bapaknya tidak yakin anaknya boleh berubah untuk menjadi hamba yang mentaati Allah dan rasulNya. Biarlah, Baitus Solehah akan terus membimbing dia menjadi hamba Allah yang diredhai
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 3/31/2015 12:41:00 am 0 comments
Labels: air mata / tangisan, Baitus Solehah, beramal jariah
Monday, 30 March 2015
Apakah Yang Mendorong Untuk Saya Berkhidmat Untuk Ummah?
![]() |
| Makan Berjemaah Dalam Dulang |
Ketika saya merancang untuk bersara awal, langsung tidak terlintas dalam fikiran saya untuk mengasaskan Baitus Solehah atau berkhidmat untuk ummah. Saya membuat keputusan untuk bersara awal kerana keadaan kesihatan saya.
Sebelum membuat pilihan untuk bersara, 3 tahun berturut-turut saya mendapat cuti sakit selama 180 hari dalam tempoh satu tahun. Saya telah menjalani beberapa siri pembedahan sendi kaki dan masalah jantung.
Saya fikir, jika terus berada dalam perkhidmatan awam, tetapi selalu sakit, ia merugikan pihak lain terutama kerjaya sebagai pendidik, nama dalam senarai perjawatan tetapi sering cuti sakit. Adalah lebih baik saya bersara, kekosongan jawatan boleh diisi oleh orang lain.
Sebaik saya bersara, masa saya difokuskan sepenuhnya bersama laman sesawang halaqah.net. Di sini saya kasih dan sayang ditumpahkan. Menyantuni para pelayar halaqah.net yang terdiri dari pelbagai golongan. Setiap mereka mempunyai masalah dalam latar yang berbeza. Masalah para isteri bekerjaya, poligami, siswa siswi, pendidikan, ibadah, tauhid, akhlak, termasuk remaja.
Dalam selitan ribuan masalah yang dikongsikan ada remaja yang terlanjur. Mereka meluahkan kepada saya masalah yang dihadapi. Permulaan, saya mencadangkan mereka ke rumah perlindungan lain. Namun kebanyakkan rumah perlindungan agak tertutup dan selalu penuh. Ditambah pula untuk tinggal di rumah perlindungan mereka perlu membayar sejumlah kos.
Satu yang Allah lintaskan dalam hati saya, 'kenapa Allah beri hadiah kepada saya, dan saya nak berikan hadiah itu kepada orang lain?' Sebenarnya Allah datangkan masalah kepada remaja itu, dan ia diceritakan kepada saya untuk bantuan, adalah hadiah Allah kepada saya jika saya ada usaha membantunya. Dia datang berkongsi masalah dan meminta untuk dibimbing bertaubat. Jadi kenapa saya tak nak bantu dia?
Ini adalah sebahagian usaha dakwah juga. Usaha membimbing orang orang yang ingin bertaubat dan berubah. Ya, mereka dah melakukan kesilapan, mereka sudah terlanjur hamil, apakah pintu taubat sudah tertutup untuk mereka?
Jenuh kita berdakwah dengan pemuda pemudi dengan mengajak solat, mengajak tutup aurat dan sebagainya, tapi mereka tak nak sebab hati belum terbuka nak berubah. Sedangkan remaja yang sudah terlanjur ini, mereka yang dah insaf, tersedar akan salah silap mereka, mereka datang kepada kita, kenapa kita tak nak bimbing dan tarbiyah?
Apabila mereka datang kepada kita untuk minta dibimbing bertaubat dan berubah, sudah pasti kita akan mulakan dari akidahnya, fardhu ainnya dan akhlaknya. Kita tanam semula iman dalam jiwanya, kita ajar semula taharah, wudhuk dan solatnya. Kita ajar dia membaca al-quran agar jiwanya yang resah kembali tenang. Kita ajak dia untuk menutup aurat dengan sempurna dan kita cuci hatinya agar bersih bagi menghasilkan akhlak mulia.
Alangkah mudahnya jalan-jalan untuk saya berdakwah. Tanpa perlu saya keluar dari rumah. Atas peluang yang Allah beri inilah saya terima remaja terlanjur untuk dibantu dan dibimbing. Selain membantu menutup aibnya dan menjaga maruah keluarga.
Bermula dengan satu orang, dan satu orang sehingga dalam satu masa ada 3 orang menceritakan masalah yang sama. Saya pula suka menulis dan berkongsi kisah mereka untuk dijadikan iktibar kepada masyarakat. Saya berfikir, kenapa tidak saya war-warkan usaha untuk membantu lebih ramai remaja bermasalah begini? Dan nak buat kerja ini mesti ada ilmu dan pengetahuan. Saya mula bertemu beberapa pihak tertentu untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan kesihatan, makanan dan keselamatan penghuni Baitus Solehah. Kertas kerja penubuhan Baitus Solehah saya siapkan dengan mudahnya setelah mempunyai pengalaman awal sebelumnya.
Arus kehidupan zaman ini yang telah jauh menyimpang dari ajaran agama telah menggalakkan perzinaan. Lebih ramai remaja terlibat. Yang menanggung akibatnya perempuan, yang terlepas lelaki. Yang perempuan pulak, selagi tidak ada kesan dan akibat, sudah pasti berzina itu menjadi rutin dan santapan harian. Hanya kerana telah hamil, baru mereka sentap dan tersedar. Hamil tanpa suami adalah pengalaman paling kejam untuk mereka lalui. Apabila sudah hamil, fikiran mereka keliru, emosi bercelaru dan potensi untuk mereka bertindak luar biasa adalah tinggi. Mereka jadi takut dan mula sedar akan kesilapan. Mereka mula mencari iman.
Usaha atas iman inilah yang saya usahakan,menyelamat, membimbing mereka mereka yang telah tersungkur untuk bangun semula. Tak kan kita nak biar dia terus terguling setelah tersungkur tadi.Dan inilah peranan kita dalam ummah.
Kita mesti prihatin dan ambil peduli dengan ummah yang makin rosak, jika kita tidak bantu. Yang membuat jalan-jalan menghampiri zina ramai dan aktif, bermakna manusia makin ramai yang rosak, dan jika yang telah rosak kita tidak selamatkan bagaimana nanti dunia dipenuhi oleh mereka yang rosak sahaja.
Menyelamatkan, membimbing dan mentarbiyah mereka yang insaf dan sedar adalah salah satu usaha dakwah juga. Allah beri peluang untuk kita beramal soleh. Kenapa tak nak rebut? Ini sebenarnya jalan jalan menuju keredhaan Allah. Rebutlah peluang ini...
Sekelumit pun tidak ada rasa kesal dalam jiwa saya untuk membantu mereka yang ingin bertaubat dan berubah.
Kenapa saya usahakan Baitus Solehah tanpa sebarang bayaran? Ini memenuhi kehendak dakwah. Jika saya kenakan bayaran, bagaimana mereka yang tidak mampu biaya dan tidak ada duit? Bagi saya jihad saya kecil saja, saya tidak pertaruhkan nyawa di medan perang. Jihad saya cuma sedikit keselesaan dan privacy. Saya usahakan mengikut kemampuan, memanafaatkan segala sumber yang ada untuk membantu ummah.
Ini saja jalan-jalan mudah untuk saya menuju keredhaan Allah. Maka saya berharap Allah kurniakan kepada saya keelokkan pandangan kepada perkara-perkara yang membawa keredhaanNYA. Terhindar dari fitnah yang merosakkan dan mendukacitakan.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 3/30/2015 12:52:00 am 1 comments
Labels: air mata / tangisan, Baitus Solehah, beramal jariah, fardu kifayah, kewangan
Sunday, 29 March 2015
Bekas Pelajar Ma'ahad Tahfiz Hamil Tanpa Suami
![]() |
| Beranak Tanpa Suami |
Hari ni daftar masuk seorang lagi remaja. Dari air wajah, nampak ayu, sopan dan pendiam. Bila saya tanya latar belakang pendidikan, bekas pelajar sebuah Ma'ahad Tahfiz. Allahu akbar...
Seterusnya saya tanya akhlak, perangai sebelum, semasa dan selepas belajar di Ma'ahad Tahfiz. Ini kerana dalam benak fikirannya saya tidak mungkin seorang bakal hafizah sanggup berzina. Sudah semestinya dia tahu perlakuan yang dilarang Allah. Semestinya dia tahu zina itu dosa besar.
Saya tidak mahu kerana seorang dua bekas pelajar Ma'ahad Tahfiz telah berzina hingga hamil tanpa suami, merosakkan nama baik pelajar Maahad Tahfiz yang lainnya. Apakah benteng pertahanan iman mudah musnah walaupun al quran di dada? Selalunya apabila berada di Ma'ahad Tahfiz sudah pasti solatnya terjaga. Jadi kenapa benteng iman, solat boleh mencegah perbuatan mungkar itu musnah?
Rupanya ia bermula sebelum lagi masuk belajar di Ma'ahad Tahfiz. Ketika di tingkatan 1, tinggal bersama keluarga sudah mula berjinak jinak lepak dan keluar malam bersama kawan kawan lelaki. Duduk di pinggir bandar, perkampungan nelayan, suasana desa yang damai menjemput rasa sunyi di hati. Ransangan belajar tidak ada menyebabkan tidak ada keinginan meneruskan persekolahan. Yang ada cuma nak lepak lepak dengan kawan kawan.
Suatu malam ketika pulang dari melepak, dihantar menaiki motor oleh kawan kawan lelaki , terserempak dengan abang sulong. Apa lagi, satu penampar maut tertera di pipi dan esoknya terus dihantar ke sebuah Ma'ahad Tahfiz. Abangnya tahu sifat berlembut ibu ayah terhadap anak bongsu telah merosakkan adiknya. Adiknya bukan kurang kasih sayang atau kurang perhatian tetapi terlebih manja hingga berani bertindak melanggar larangan keluarga dan membantah cakap ibu ayah.
3 tahun berada di Ma'ahad Tahfiz, keluarga fikir, perangai dan akhlaknya berubah. Sebaliknya menjadikan dia lebih agresif dan menganggap keluarga telah menghukum dengan mengurungnya di Ma'ahad Tahfiz dimana dia tidak bebàs dan terkongkong.
Memang ada kebaikkan ketika berada di Ma'ahad, dari tak reti mengaji hingga boleh membaca quran dengan betul, tajwid dan mahraj danntelah berjaya menghafal beberapa surah pun. Tetapi dendam yang membara di hati merasa dihukum keluarga menyebabkan dia bertindak keluar Ma'ahad. Kononnya nak bekerja, cari duit dan nak bebas.
Namun sepak terajang dunia dia tak tahu. Dia cuma nampak bebas itu indah. Ada duit itu syurga. Dia tak tahu kesan dan akibat kerana syaitan telah membutakan mata hatinya. Permulaan sekali jadi ketagihan. Rasa nikmatnya sekali , nak lagi dan lagi hingga Allah menghidupkan janin dalam rahim. Mana nak sangka, buat dengan rakan sama kerja di tempat kerja, 15 minit pun selesai tanpa disyaki sesiapa. Maklumlah ketika hari raya, orang pun jarang ada, maka mudah meneruskan sandiwara.
Memang kebanyakkan remaja hamil yang lewat dikesan kehamilannya disebabkan kedatangan haid yang tidak tetap. Begitu juga remaja ini. Selepas sebulan berzina dengan teman lelaki satu kerja, dia berhenti kerja di tempat itu dan pindah kerja tempat lain yang lebih jauh dari keluarga. Memang di tempat kerja baru dia tidak berpeluang meneruskan aktivit lazimnya, dan merasa gembira dengan suasana kerja tempat baru.
Malangnya, dia merasa ada yang tidak kena dan tidak selesa dengan keadaan tubuh fizikalnya. 4 bulan berlalu dia menyedari perutnya buncit. Dia pun mula pakai bekung supaya perutnya tidak buncit. Namun buncit itu lama kelaman makin besar, saiz bra pun bertambah. Yang lama sempit.
Kebetulan ada hal dalam keluarga, dia dipanggil pulang ke rumah keluarga. Di situ berkumpul sekuruh ahli keluarga. Mulanya mereka tidak menyedari kenapa adik mereka sentiasa berbaju longgar,labuh dan sopan sehingga seorang kakak terlanggar perutnya. Terasa ada kelainan, adik itu diseret ke bilik dan diselak pakaiannya yang labuh dan longgar itu. Alangkah terkejutnya kakak apabila menyaksikan perut adiknya yang sedang meranum menunggu saat dan hari melahirkan. Dengan kain bekung membungkus perut agar tidak jelas kelihatan perut yang buncit. Kesian janin yang sedang membesar tu...
Sikit pun adik ni tidak bercakap, siapa yang melakukan. Diam seribu bahasa sehinggalah saat dia dihantar kepada rumah perlindungan. Apabila berdua , barulah dia bercerita, dia bukan dirogol sebaliknya memang melakukan zina suka sama.
Bagai terhempap kepala atas batu saya beristigfar, bila dia menyebut melakukan zina kerana suka sama. Seperti ada rasa kepuasan dan bangga. Mahu saja saya sepak mulut munggilnya berkata begitu. Saya perhatikan anak matanya yang meliar," Ya Allah, bantu aku mendidik dan mentarbiyah anak ini mentaati Mu." Hanya ini yang terdetik di hati saya saat ini. Saya serahkan kembali urusan hamba yang seorang ini kepada Allah. Moga taufik dan hidayah Allah menyinari hati sanubarinya.
Dari kisah latar belakang perangai dan pendidikan, maka bukan Ma'ahad Tahfiz tidak berjaya mentarbiyah tetapi kesan hitam hatinya telah bersalut sebelum masuk ke sana lagi. Ma'ahad Tahfiz cuma mampu mengawal keadaan dirinya semasa berada di situ saja, tidak lagi al quran mampu melindungi dirinya setelah keluar kerana niat awal masuk yang dipaksa . Tidak ada ikhlas belajar dan menghafal al quran. Dan keluarga bertindak menghantar sekadar melepaskan rasa tanggungjawap untuk mengawal sikapnya yang suka memberontak apabila keinginan tidak dipenuhi.
Ibu ayah budiman, apabila tidak mampu mengawal sikap anak yang suka membantah, memberontak jangan dianggap menghantar mereka ke Ma'ahad Tahfiz adalah selamat dan selesai masalah. Masuk ke situ jika bukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan membuat anak itu bertambah marah, agresif dan dendam. Jadinya usahalah cara berdisplin, dekati dengan kasih yang tegas bukan manja supaya dia tidak rasa kesunyian dan dihukum.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 3/29/2015 01:21:00 am 2 comments
Labels: Baitus Solehah, beramal jariah, fardu kifayah, Hamil Tanpa Suami, ilmu, kisah
Saturday, 28 March 2015
Dana Baitus Solehah
![]() |
| Kita Mulakan Dengan Ikhlas |
Sungguh, soalan ini bukan seorang dua yang bertanya, bahkan ramai. Dan jawapan saya tetap satu dan sama. Dana saya adalah takwa dan ikhlas orang ramai. Saya tidak meminta minta atau letak tabung dimana mana, saya cuma tawakal kepada Allah bahawa setiap manusia telah ditetapkan rezekinya walau dimana dia berada.
Jika Allah menghantar pelatih ke Baitus Solehah, tak kan rezekinya ditinggakan ditempat lain. Mesti setiap pelatih yang datang tu datang dengan rezekinya juga. Jadi kenapa saya nak fikirkan rezeki mereka yang dalam jaminan Allah. Kerja saya ialah bantu mereka yang niat mahu bertaubat dan berubah. Mereka dah usaha sampai ke Baitus Solehah, dengan harapan mendapat bimbingan dan tarbiyah untuk kembali mentaati Allah.
Jika kita tolong agama Allah, Allah akan bantu usaha kita selagi apa yang kita lakukan adalah perkara yang Allah redha.
Mana tidaknya, setiusaha tu terpanggil nak guna kalkulator nak tolong kira akaun pendapatan dan perbelanjaan Baitus Solehah. Saya kata ambiklah, jika rajin nak kira, selama ni saya tak nak kira sebab angka angka yang puan dapati tu menakutkan. Saya tak mahu fikir yang akan menyebabkan tidor saya terganggu. Sekarang ni saya tidor lena, letak aje kepala kat bantal terus lena.
Secara kasar, kita kira perbelanjaan dulu. Sewa rumah RM 1250.00, bil letrik dan air RM 1500, bil telefon RM 300.00, kos pengangkutan ke Klinik Kesihatan dan Hospital RM 500.00, makan minum 25 pelatih darap RM 400 dan lain lain persediaan untuk menyambut kelahiran bayi.
Pendapatan? Sumbangan, sedekah, infak, zakat bukan boleh dikira pendapatan tetap. Sekiranya ada, adalah, takde takde lah. Yang tetap adalah sumber dari poket zauj saya setiap hari untuk beli ikan ayam sayur dipasar dan beli buah buahan setiap minggu secara borong. Wang bersara saya yang berbaki RM 500 setelah ditolak hutang yang masih ada. Jadi saya nasihatkan, tak payahlah tolong kira perbelanjaan Baitus Solehah, melainkan ada usaha sama sama membangunkan agar lebih ramai insan tersasar dapat kita bantu.
Kenapa saya kata dana Baitus Solehah ni adalah takwa dan ikhlas orang ramai? Ini kerana orang yang takwa dan ikhlas saja akan membuat tabungan untuk akhirat. Mereka nampak keberkatan rezeki yang disedekahkan. Dan siapa mereka? Mereka adalah insan terpilih yang Allah sayangi, Allah yang mengerakkan hati mereka untuk bersedekah. Hati kita semua dalam gengaman Allah. Apa yang kita lakukan adalah dalam pandangan Allah. Walau sezarah kebaikkan yang kita lakukan akan dinilai Allah. Jadi apa yang dibimbangkan tentang rezeki?
Dari Umar bin Khotob radhiallahu’anhu, Rasulullah salallahu‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan kalian tawakal kepada ALLAH dengan sebenarnya nescaya ALLAH akan memberi rezeki kepada kalian seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang petang hari dengan perut kenyang” (Shahih Tirmidzi)
Tawakal burung adalah dengan pergi mencari makanan, maka ALLAH jamin dengan memberikan makanan kepada mereka.
Saya bangunkan Baitus Solehah hanya dengan bertawakal kepada Allah tanpa pernah memikirkan dana. Saya mana ada masa untuk fikir apatah lagi urus mencari dana kerana pengurusan pelatih sepenuh masa. Seluruh masa saya digunakan untuk mentarbiyah dan membimbing mereka mentaati Alah dan RasulNya. Saya benar benar bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam hal rezeki, keselamatan dan kesejahteraan seluruh penghuni Baitus Solehah.
Kepada Yang selalu menyumbang kepada Baitus Solehah samada tetap atau sekali sekala tergerak hati (sesungguhnya Allah yang mengerakkan hati), semoga Allah mengurniakan mereka kekayaan iman, kekayaan jiwa dan kekayaan harta dalam rahmat Allah Ta'ala.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 3/28/2015 01:07:00 am 0 comments
Labels: Akhirat, Amanah, Baitus Solehah, beramal jariah, kewangan
Saturday, 20 December 2014
Asbab Untuk Kita Melakukan Kebajikan
"Wa alaikum salam, ya , cari siapa?"
"Saya nak minta derma."
"Derma apa?"
" Saya Sakit nak buat dyalisis, takde duit tambang." Sambil tunjukkan surat rujukan pengesahan, beliau adalah pesakit buah pinggang.
"Kamu tinggal dimana? Mana keluarga kamu?"
"Ni kad pengenalan saya, saya tinggal di alamat ini, suami saya sudah meninggal dunia, anak-anak tinggalkan dengan ibu bapa saya, saya pula tinggal bersama mak mertua. Mak mertua saya juga adalah ibu tunggal, bapak mertua telah meninggal dunia juga."
"Saya tidak dapat bekerja, tak ada orang mengaji saya kerja sebab seminggu 3 kali saya kena buat dyalisis. Mak mertua pun tak kerja, dah tua. Ada wang pencen bapa mertua untuk sara hidup. Tapi tak banyak mana sebab bapa mertua dulu pun cuma pekerja am disektor awam."
"Kamu buat dylisis dimana?"
"Di Hospital Sultanah Aminah. Saya pergi naik bas. Hari ini saya cuma ada duit tambang pergi saja, duit tambang balik tak ada."
Setelah saya baca surat rujukan, belek-belek kad pengenalan yang diberikan, baca sijil kematian suaminya, saya mengajak dia balik ke rumah untuk bertemu mak mertuanya. Tujuan saya, nak mengesahkan ceritanya. Jika benar, dia tergolong dalam asnaf.
Sebelum naik kereta, anak-anak asuhan memasukkan ke dalam kereta segala barang keperluan harian seperti beras, gula, tepung, serbuk coklat, susu pekat manis, sos cili, sos tomato, kicap dan minyak masak.
Sampai di rumah mak mertua, ceritanya memang benar. Menitis air mata mendengar cerita mak mertua tentang dirinya. Keadaan rumah menguatkan lagi cerita mereka. Masa kami sampai, mak mertua sedang menanak nasi tanpa lauk.
Seminggu 3 kali nak ke hospital besar buat dyalisis. Pergi sendiri, naik bas. Tambang bas pergi balik RM 7.80. Duit untuk tambang hari tu cuma ada RM 4.00 sahaja. Mak mertua memang tahu dia nak ke hospital buat dyalisis dan duit tambang cuma ada RM 4.00, mak mertua nak beri, mak mertua pun tak ada duit. Malam sebelum tu memang nak pinjam duit jiran tetapi jiran kata belum gaji. Sama-sama susah. Itu sebab dia berjalan hingga sampai ke rumah saya untuk minta wang sekadar cukup tambang balik. Ini pettama kali saya melihat dia datang minta duit.
Sungguh, ada ramai lagi orang yang hidupnya kais -kais macam ayam. Daif. Dia mendapat bantuan sara diri dari Baitulmal sebanyak RM 300 sebulan. Jika kita kira, tambang pergi balik untuk sebulan saja hampir RM 150.00 . Makan minum cuma RM 150.00. CUKUPKAH untuk 30 hari? Bulan ni tak cukup duit tambang kerana minggu lepas dia masuk wad .
Rakyat marhaen yang miskin ramai, tergolong dalam golongan asnaf. Nak bekerja atau berniaga tidak ada kudrat. Badannya kurus kering, urut tangannya berbola-bola kesan jarum suntikan ketika buat dyalisis. Lemah aja. Begitulah secebis kisah dalam masyarakat marhaen.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 12/20/2014 07:48:00 am 0 comments
Labels: Baitus Solehah, beramal jariah, sakit, sakit dan penyakit
Thursday, 4 December 2014
Baitus Solehah Dalam Majalah Jelita
![]() |
| Selamatkan Dua Jiwa |
Antara isu yang dikongsikan,
1.Penyakit Sosial : Pesta Awal tahun Hujung Tahun Beranak
2. Rumah Perlindungan : Antara Kecaman dan Kemanusiaan
3. Daripada dibunuh Baik Saya Bantu
Dalam Artikel bertajuk Selamatkan Dua Jiwa yang disunting oleh Norashikin Md Nor, menceritakan latar belakang pengasas, penubuhan, pengurusan dan pelatih Baitus Solehah.
Beberapa perkongsian latar belakang terjebaknya gadis-gadis yang hamil tanpa suami dari permasalahan rumah tangga ibu bapa sendiri. Sesuai dibaca untuk menjadi panduan kepada gadis yang telah tersasar, ibu bapa dalam mendidik anak-anak remaja dan guru-guru yang membimbing pelajar di sekolah.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 12/04/2014 11:28:00 am 0 comments
Labels: Baitus Solehah, beramal jariah, kisah
Tuesday, 4 November 2014
Bukan Saja-Saja Dan Bukan Sia-sia
![]() |
| Bukan saja-saja dan bukan sia-sia |
Jika kita lakukan itu terkeluar dari garis yang kita telah tulis, akan ada persoalan. Walaupun yang terkeluar itu masih lagi kerja kebajikan dan patuh syariah.
Saya cuma ingat satu saja pesanan zauj, kayu ukur dalam kita melakukan sesuatu kebaikan itu ialah, 'adakah Allah redha atau tidak.' "Kenapa masalah ini diajukan kepada aku, kenapa dia bercerita kepada aku dan kenapa dia minta tolong dengan aku."
Bukankah semua itu atas rencana Allah. Allah yang menghendaki begitu. Allah mahu melihat kesungguhan hambaNya dalam mentaati Allah dan rasul. Semua kerja-kerja kebajikan yang Allah redha ada dinyatakan dalam al-quran. Cuma ia tidak dispecifikkan kerja yang bagaimana. Sebab itu zauj beri panduan, lihat kerja itu patuh syariat atau tidak.
Pagi tadi kami tadabur Surah Al-Imran ayat 160.
سُوۡرَةُ آل عِمرَان
إِن يَنصُرۡكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمۡۖ وَإِن يَخۡذُلۡكُمۡ فَمَن ذَا ٱلَّذِى يَنصُرُكُم مِّنۢ بَعۡدِهِۦۗ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١٦٠)
"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri."
Kita rancanglah apa pun, jika Allah tiak izinkan terjadi, tidak berlaku apa yang kita rancang itu. Dan jika Allah berkehendak, walaupun kita tidak suka, ia tetap terjadi. Tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang apa-apa jua yang Allah kehendaki.
Janji Allah adalah benar.
فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِ
" Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (159)
Allah mengasihi orang-orang bertawakkal kepadaNYA setelah ada usaha dan ikhtiar.
Jangan rasa rugi buat baik dengan orang, jangan ada rasa kesal menolong orang, jangan kedekut untuk bersedekah dan jangan rasa masa rehat kamu telah singkat kerena menolong orang lain. Allah itu Maha Adil dan Allah yang merencana perjalanan hidup kita ini.
Jika datang suatu masalah, jika datang seseorang meminta pertolongan, jangan fikir banyak dan bertangguh nak menolong atau pilih-pilih pertolongan yang nak diberi.
Sebenarnya, apabila ada orang mengadu masalah, selalu fikir, "kenapa dengan aku dia mengadu, kenapa dengan aku dia minta tolong kenapa tidak dengan orang lain?" Tahukah kamu bahawa dia membuka mulut mengadu dan minta tolong itu adalah atas kehendak Allah. Allah merencana untuk meningkatkan kualiti iman, Allah mahu melihat kesungguhan kamu untuk mentaati Allah dan kesungguhan kamu untuk melakukan kebaikkan.
Bukan saja-saja...dan bukan sia-sia.
Sekali kita memudahkan urusan orang lain, berkali-kali Allah memudahkan urusan kita. Subhanallah, MasyaAllah....
Ada aliran sendu di hujung mata yang tidak terungkap dengan kata-kata.
Semoga Allah merahmati semua penyumbang yang membantu Baitus Solehah dan penghuni. Hanya Iman dan Takwa orang ramai yang prihatin sahaja menjadi dana Baitus Solehah.
Kita bantu agama Allah, Allah bantu kita di dalam semua urusan di dunia dan akhirat.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/04/2014 12:10:00 pm 0 comments
Labels: Baitus Solehah, beramal jariah
Thursday, 14 November 2013
Walau Sezarah Usaha Kita
![]() |
| Kebumikan jenazah |
Dalam kereta dia bercerita, hari ini ada kursus pengurusan jenazah. Ustaz cerita, di sebuah kampung ada seorang yang suka sangat membantu orang memandikan jenazah. Dia bukan memandikan tetapi menyediakan air untuk memandikan jenazah.
Di kampung itu, belum ada bekalan air paip. Jadi sumber air dari telaga atau sungai. Dia akan membantu mengangkut air-air dengan baldi ke dalam rumah. Dimana-mana pun ada orang meninggal, dia akan datang membantu menyediakan air mandi untuk jenazah. Tidak kira jauh atau dekat.
Suatu masa, di kampung telah berlaku musim kemarau. Banyak air dalam telaga telah kering. Kematian tetap berlaku tidak kira musim. Jadi orang ini sanggup mengangkut air dari sebatang sungai yang jauh dari kampung. Tidak ada sesiapa yang sudi menolong.
Ada yang menganggap dia ni tiga suku kerana suka sangat buat kerja macam tu tanpa di suruh. Dia melakukan kerja mengangkat air ini kerana Allah semata-mata. Tidak pernah dia meminta upah walau pun kadang sehari tu berlaku 3 kematian dan mengangkat air begitu jauh sekali.
Ikut ikhlas orang sahaja, jika sudi memberikan sedikit wang saguhati atau sedikit makanan untuk hari itu.
Suatu hari dia pula meninggal dunia. Musim itu musim kemarau juga. Tak ada sesiapa yang sudi nak mengangkat air untuk memandikan dia. Orang kampung buat tak tahu saja akan jenazahnya dan dibiarkan terlantar hingga malam di dalam pondoknya.
Tiba-tiba ditengah malam, orang kampung melihat cahaya yang terang di rumahnya yang cuma seperti pondok. Cahaya terang itu seperti beralur dari sungai yang jauh hingga ke pondoknya. Apabila melihat cahaya terang, orang kampung merasa takut-takut berani untuk melihat apa ke bendanya yang terang benderang itu. Mereka menunggu hari siang.
Apabila siang mereka tidak melihat apa-apa pun yang pelik seperti waktu malam. Cuma mereka terus pergi menuju ke pondok yang menempat jenazah lelaki yang suka mengangkat air mandi untuk sesiapa yang meninggal dunia. Mereka ingat aluran cahaya terang itu dari sungai hingga ke pondok itu.
Sampai di pondok, mereka menjenguk ke dalam, mereka dapati jenazah lelaki itu telah siap dikapan seperti lepas dimandikan. Mereka berasa hairan, siapakah yang telah memandi dan mengkafankan jenazah lelaki itu?
Imam pun datang dan menyuruh jenazah yang telah dikafan, dibawa ke masjid untuk disolat dan dikuburkan. Jenazah itu ringan dan harum. Semua orang tertanya-tanya tetapi tidak siapa dapat memberikan jawapan, siapa yang memandi dan mengkafankan jenazah sebab tidak ada orang yang mahu mengangkat air.
Kita sendirilah fikirkan kerana tidak ada sesuatu yang mustahil bagi Allah untuk mengurniakan rahmatNYA ketika kematian dan sesudah kematian hamba-hambaNYA yang ikhlas berbuat kebajikan kerana Allah Ta'ala.
Sebenarnya sekecil mana pun usaha yang dilakukan semata-mata kerana Allah, mungkin kecil di mata manusia tetapi besar dalam pandangan Allah, ia tetap dirahmati. Sebab itu Allah sebut se'zarah'...dalam surah Al- Zalzalah, ayat 7 dan 8..." Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) (8)
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 11/14/2013 09:31:00 am 0 comments
Labels: Akhlaq, beramal jariah, Kematian, Rahmat Allah
Monday, 17 June 2013
Cabaran Dalam Menyampaikan Ilmu
![]() |
| Cabaran Dalam Menyampaikan Ilmu |
Kadang-kadang terlintas di hati untuk membatalkan kelas kerana didapati cuma 2 orang saja yang hadir. Mood nak menyampaikan ilmu terasa pudar. Begitulah kalau diikutkan hati dan nafsu ammarah.
Kita berusaha datang berjalan kaki 1 km dengan tujuan mahu menyampaikan ilmu. Ketika menyampaikan ilmu, ada yang menguap ngantok dan ada yang main-main. Berasa kecewa dan sakit hati dengan keadaan itu. Begitulah tabiat dan ujian dalam menyampaikan dakwah.
Moga usaha dan kegigihan ini menjadi teladan dan sempadan untuk terus kita berdakwah. Walaupun satu orang yang mengamalkan, itu sudah sangat bermakna kerana ia akan jadi ilmu yang bermanfaat dan berterusan aliran pahala ke barzakh.
Awal Agama Mengenal Allah
Dalam proses pentarbiyah, dalam baru mereka mengenal agama, perkara pertama yang diberikan ialah keyakinan tentang perkara ghaib. Ini kerana Allah, Malaikat dan akhirat adalah termasuk perkara ghaib.
Konsep bertuhan, yakin pada Allah, yakin pada malaikat, yakin pada Rasul, yakin pada kitab dan yakin pada hari kiamat.
Hari-hari kena suap mereka tentang syurga neraka, dosa pahala. Apabila mereka sudah hadam tentang syurga neraka, mereka ada rasa gentar tentang neraka, rasa suka pada syurga, maka dengan sendiri mereka dahaga untuk melakukan ibadah.
Bila sudah dahaga, mereka berusaha melakukan ibadah samada ibadah khusus atau ibadah umum. Mereka dengan sendiri berusaha untuk menyempurnakan ibadah dengan sempurna.
Itulah kaedah pentarbiyahan peringkat awal mengenal islam dan mendorong mereka melakukan ibadah. Bila mereka sudah dahaga, mereka akan melakukan ibadah tanpa perlu disuruh.
Pentarbiyahan ini berbeza mentarbiyah anak kecil yang sedang membesar. Semoga Allah mengurniakan hidayah dan nur kepada mereka.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 6/17/2013 08:05:00 pm 1 comments
Labels: Akhlaq, Amanah, Baitus Solehah, beramal jariah
Sunday, 16 June 2013
Istiqomah Untuk Tidak Berdusta
![]() |
| Epal atau Oren? |
Perkara yang paling sukar untuk dilakukan dalam kehidupan ini ialah istiqamah dalam bersikap jujur dan berkata sesuatu yang benar.
Kadang-kadang kita memilih untuk berdusta semata-mata ingin menutup aib diri, melepaskan diri dan sebagainya. Tabiat buruk ini sepatutnya dihindari kerana pendustaan yang pertama itu akan memerlukan kepada pendustaan yang seterusnya.
Hadis nabi ini yang bermaksud :
“Hendaklah kamu selalu jujur, kerana sesungguhnya jujur itu akan membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu akan membawa kepada syurga. Dan tidaklah seseorang selalu berkata jujur dan berusaha menetapi kejujuran, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang sangat jujur. Dan hendaklah kamu selalu menjauhi dusta, kerana sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada kemaksiatan, dan sesungguhnya kemaksiatan itu akan membawa ke neraka. Dan tidaklah seseorang selalu berkata dusta dan selalu memilih pendustaan, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang pendusta [ Imam Muslim ]
Bersama-samalah kita berusaha untuk sentiasa bercakap benar, sentiasa bersikap jujur dan cuba menghindari dari melakukan pembohongan dan pendustaan. Jangan sampai kita dicop sebagai pembohong atau penipu kerana pasti sikap negatif itu akan menjerumuskan kita ke lembah neraka.
Sentiasalah berkata benar walaupun kadang kala terpaksa menerima impak negatif. Ini sesuai dengan Pepatah arab :
قُلِ الحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا
Berkata benarlah walaupun pahit.
Semog Allah SWT membimbing dan merahmati kita semua dan memimpin kita kepada perkara yang diredaiNya.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 6/16/2013 07:59:00 pm 0 comments
Labels: Akhlaq, Amanah, beramal jariah
Friday, 14 June 2013
Pahala Yang Berterusan
![]() |
| Pahala yang berterusan |
سَبعٌ يَجرِي لِلعَبدِ أَجرُهُنَّ وَهُوَ فِي قَبرِهِ بَعدَ مَوتِهِ مَن عَلَّمَ عِلْماً أَو أَجرَى نَهراً أو حَفَرَ بِئراً أَو غَرَسَ نَخلاً أَو بَنَى مَسجِداً أَو وَرَّثَ مُصحَفاً أَو تَرَكَ وَلَداً يَستَغفِرُ لَهُ بَعدَ مَوتِهِ
Maksud : “Terdapat tujuh perkara yang pahalanya akan tetap mengalir bagi seorang hamba padahal dia telah berada di dalam kuburnya setelah kematiannya,
1- Orang yang mengajarkan ilmu,
2- Mengalirkan sungai,
3- Menggali telaga,
4- Menanam pokok kurma,
5- Membina masjid,
6- Mewakafkan mushaf( al-Quran)
7- Meninggalkan anak yang memohon keampunan untuknya setelah dia meninggal.”
Kita hendaklah berusaha untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang pahalanya berterusan. Semua amalan yang disebut di atas mampu dilakukan walaupun bukan semua.
Orang yang memiliki apa sahaja ilmu asalkan ilmu yang bermanfaat hendaklah berkongsi sebanyak mungkin untuk mendapat kelebihan ini kerana ia tidak memerlukan wang ringgit pun. Semua orang mampu melakukannya.
Ibubapa juga hendaklah mendidik anak-anak agar menjadi hamba Allah yang bertakwa, beramal soleh serta mengajar mereka agar sentiasa mendoakan untuk ibubapa walaupun mereka telah kembali kerahmatullah.
Sementara amalan mengalirkan sungai, menggali telaga, menanam pokok, membina masjid dan mewakafkan mushaf memerlukan perbelanjaan wang ringgit. Namun lakukanlah setakat yang kita mampu.
Semoga hadis ini bermanfaat untuk kita semua dan semoga Allah membimbing kita semua untuk berlumba-lumba mengejar pahala yang berterusan ini.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 6/14/2013 07:56:00 pm 0 comments
Labels: Akhlaq, anakku, beramal jariah
Friday, 31 May 2013
Kemana Mereka Mahu Pergi?
![]() |
| Bantulah mereka |
Kes 1
Seorang gadis bersekedudukan dengan teman lelaki. Bila tahu diri hamil, sedar telah buat salah, nak bertaubat. Jika masih duduk srumah dengan teman lelaki, sampai bila pun akan bergelumang dengan dosa.
Nak balik ke rumah, pasti dimarahi, tak ada ruang untuk bertaubat kerana mak ayah pun tidak pernah solat dan tidak ambil peduli tentang hal agama. Cuma rasa malu dengan jiran tetangga bila anak dah hamil tanpa nkah . Bukan malu kerana anak melakukan dosa besar.
Maka ada orang tunjukkan rumah perlindungan wanita yang boleh membimbing jalan yang lurus. Namun kena bayar. Sebulan RM 300.00. Walaupun rumah perlindungan itu adalah rumah perlindungan di bawah kelolaan Baitul mal.
Agak-agak teman lelaki gadis tu nak tolong bayarkan ke? Agak-agak keluarga nak tolong bayarkan ke?
Daripada perabis duit nak bayar masuk rumah perlindungan, keluarga suruh duduk aja di rumah tanpa ada bimbingan agama untuk taubat. Teman lelaki kata, tak payah la, duduk aja rumah sewa ni sama-sama.
Oleh kerana tak ada sapa nak tolong bayarkan mereka yang telah tersedar akan kesilapan tak mampu nak bertaubat dan diberikan bimbingan.
Kes 2
Seorang gadis kilang, dipulau keluarga sejak ibu meninggal dunia, ayah kahwin semula tinggal dengan ibu tiri seperti ibu tiri bawang putih bawang merah, adik-adik perempuan dah kahwin ikut suami masing-masing. Jadilah dia sebatang kara tidak diambik peduli oleh sapa-sapa.
Oleh kerana terlanjur, kemudian tersedar akan kesalahan, mahu cari rumah perlindungan. Kawan-kawan satu rumah di kilang dah tak suka, masing-masing ego konon kawan tu dah bawa sial. Kawan-kawan suruh keluar dari rumah. Bila dah begitu terpaksa berenti kerja. Kemana nak di tuju?
Cari rumah perlindungan semua kena bayar. Maka bila dalam keadaan binggung beginilah mereka ambik jalan singkat, buang bayi bila dilahirkan.
Kes 3
Seorang pelajar IPT, belajar menggunakan pinjaman PTPTN, duit cukup-cukup untuk sara diri dan bayar yuran penggajian. Sara diri tu pun lebih banyak kepada ikat perut makan maggi.
Supaya tidak dikenakan sebarang tindakan oleh IPT, gadis ambik keputusan mohon tangguh semester, cuti 1 sem dihujung kehamilan. Bila tanggung semester, pinjaman PTPTN tidak diberikan, kerja takde, macamana nak sara diri? Nak masuk rumah perlindungan kena bayar, maka ambik jalan singkat bila beranak buang bayi.
Atas kesedaran contoh-contoh kes di atas, maka Baitus Solehah di asaskan sebagai rumah kebajikan, tidak mengenakan bayaran kepada mana gadis yang terlanjur dan sukarela datang serah diri minta dibimbing.
Itulah permulaan kisah kenapa Baitus Solehah diasaskan sebagai rumah Kebajikan melindungi gadis terlanjur. Mana-mana gadis yang sukarela datang minta perlindungan dan minta bimbingan, memang hati mereka telah dikurniakan 'NUR'.
Mereka mudah dibimbing, mudah menerima ajaran dan pelajaran. Ini kerana pokok asasnya ialah ikhlas kembali ke jalan Allah.
Jadinya Baitus Solehah diasaskan dari taqwa dan ikhlas orang ramai. Sumbangan ikhlas yang menjadikan 'NUR' itu bersinar dan bercahaya. Moga-moga setiap yang menyumbang pembangunan Baitus Solehah dikurniakan kemurahan rezeki yang melimpah ruah , kekayaan harta dan kekayaan jiwa di dalam rahmat Allah Ta'ala. Bumi dan hari waktu kita memberikan sumbangan menjadi saksi diakhirat nanti atas apa yang kita lakukan semasa di dunia ini.
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 5/31/2013 06:00:00 pm 0 comments
Labels: Baitus Solehah, beramal jariah







pt.jpg)


kita%2Bmulakan%2Bdengan%2Bikhlas.jpg)









