BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 28 April 2012

Perjalanan Menuju Iman dan Taqwa 2


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mimpi cuma warna-warna di dalam tidor. Terjadinya mimpi tanpa kita duga dan ketahui. Tidak ada kena mengena dengan emosi dan perasaan diri ketika itu atau ketika siangnya.


Mimpi yang kita alami tidak perlu untuk ditafsir kerana kita ini bukan siapa-siapa yang dianugerahkan petunjuk melalui mimpi jika amal yang dilakukan jauh dari amalan orang-orang soleh. Tapi ramai orang suka menjadi ahli nujum, bertanya sana -sini tafsir mimpi yang dialami. Jika ahli sufi, tak mengapalah, mungkin mimpi mereka ada kebenarannya.

Namun bagaimana suatu cerita lama, kisah lama bertandang semula dalam mimpi. Dengan hadirnya mimpi itu telah membuka suatu ruang mengintai kenangan lama. Kenangan lama yang duka dan memedihkan.



Jika aku mampu mengulang kembali, tidak ingin aku mencebur diri ke peristiwa itu. Mahu aku padam dari terjebak. Kekesalan yang panjang dan dan ditangisi.


Maka itu Allah berikan jalan jika suatu ketika dulu kita pernah terjebak di dalam perkara mungkar yang tidak ada dalam rencana perjalanan hidup , ada pintu taubat. Allah berikan peluang untuk hambaNYA yang terpilih menyesal dan kembali di jalan yang lurus. Ini juga merupakan hidayah. Hidayah untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.


Bukan semua manusia akan diuji dengan ujian yang berat. Dan bukan semua manusia terpilih untuk bertaubat. Bila telah bertaubat, kekesalan yang berpanjang akan menghuni dalam jiwa. Namun penyesalan itu adalah taubat sebenar.

Sabda Nabi saw: “ Penyesalan itu adalah taubat”. (Riwayat Al Hakim dan Ibnu Majah -  sanad sahih)Kenapa kita perlu sangat mewar-warkan soal penyesalan ini? Jawapannya kerana ia memang sangat perlu. 

 Imam Al Qusyairi rahimahullahu Ta’ala menukilkan dari sebahagian ulama satu kenyataan yang berbunyi: “penyesalan sudah memadai untuk terlaksananya taubat”. Apa tidaknya. Dari penyesalan yang bersungguh-sungguhlah nanti akan menumbuhkan buah ‘keazaman’ dan ‘peninggalan’, iaitu dua rukun lain yang bakal menyusul sesudahnya.

Amat mustahil sekali sekiranya seseorang yang sudah ‘benar-benar menyesal’, berazam tetap mahu melakukan semula perkara yang sudah disesalinya itu.
 

Penyesalan adalah  perasaan atau pun emosi batiniah (rohaniah) seseorang yang menggambarkan kekecewaan lantaran keterlanjurannya melakukan dosa sama ada terhadap Allah(Penciptanya), atau makhluk-Nya atau pun terhadap dirinya sendiri. 


Empat langkah yang perlu dilakukan oleh orang yang ingin bertaubat: (1) Menyesali perbuatan salah yang telah dilakukan. (2) Memohon keampunan kepada Allah. Ini dilakukan dengan solat sunat taubat sebagaimana hadis yang diriwayatkan dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 406.

(3) Berhenti melakukan kesalahan tersebut dan (4) Berusaha untuk memperbanyakkan amal shalih seperti kerja-kerja sukarelawan yang bermanfaat untuk agama dan masyarakat. Langkah keempat adalah penting supaya orang yang bertaubat berterusan dengan taubatnya. Jika dia memperlekehkan amal shalih, kemungkinan besar dia akan kembali melakukan kesalahan yang awal.


Ya Tuhanku! Ampunkanlah diriku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima taubat dan Maha Pemberi rahmat”. (H/R Turmizi.  Hadis hasan sahih )


Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

Monday 23 April 2012

Perjalanan Menuju Iman dan Taqwa 1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Payah dan sukar untuk diluahkan apa yang tersirat dan tersurat di dalam hati ini.Perasaan bersalah yang menguasai diri. Hanya kerana ikrar melakukan sesuatu kerana mencari redha Allah, maka diri ini masih kuat dan tabah melalui liku-liku hidup yang masih bersisa ini.




Perjalanan menuju iman dan taqwa memang sukar dan payah. Penuh duri dan sembilu.Namun tetap kita kena harungi jika Allah matlamatnya.


Saya ada target dalam perjalanan menuju iman dan taqwa ini. Melakukan sebanyak-banyakkan kebaikan dan kebajikan, namun saya tidak mahu dalam perjalanan itu ada hati-hati yang terluka. Adakah hati yang mudah terasa dan terluka itu merupakan ujian buat saya


Semoga Allah mengurniakan aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam perjalanan menuju iman dan taqwa ini.






Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.