Kiranya ummi memang insan terpilih dianugerahkan Allah hidup dikalangan orang berilmu. Apa yang ummi ada pada hari ini pun ,diperolehi dari pengalaman.
Di kampung ummi dibesarkan di kalangan orang-orang yang menuntut ilmu secara tidak formal just orang kata menadah kitab tapi tidak khatam, menuntut ilmu agama secara menadah kitab dengan seorang guru tua, seawal usia remaja ummi.Walaupun ketika itu tidak ada gadis sunti yang turut serta, hanya ummi seorang sahaja hadir berada di kalangan orang-orang tua.
Begitu juga ketika memasuki alam persekolahan,ketika kawan-kawan seronok memakai uniform skirt kembang, ummi berbaju kurung dan bertudung, dimarahi dan diejek langsung tidak peduli,semua itu adalah ilham Allah pada akal ummi yang tak tahu pun apa-apa. Ummi tidak bersekolah agama,tapi ummi mampu membaca tulisan jawi, begitu juga bila ummi ke sekolah menengah, kawan-kawan terkejut ummi tetap juga memakai baju kurung dan bertudung sedangkan mereka amat seronok kerana sekolah di bandar boleh bergaya sedangkan ummi ni tetap ortodok, kuno,tetap macam mak nenek kat kampung,pakai tudung ikat dagu. Ye lah masa tu mana ada jual brooch, kerongsang ,yang ada cuma emas,mahal, sedangkan ummi dibesarkan dalam keadaaan kemiskinan, papa kedana,pakai lampu minyak tanah,mandi air parit,petang-petang kena pergi sawah padi. Lumpur dan pacat adalah mainan ummi seharian. Belum lagi cerita, kena cari kayu api, angkut air parit untuk kegunaan dalam rumah, tadah air hujan untuk kegunaan memasak makanan dan minuman harian.
Thursday, 7 May 2009
Kisahnya bermula di sini 1
Posted by Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita at 5/07/2009 09:46:00 pm
Labels: kisah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment