بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Surah Al-Balad,ayat 17
Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
Alhamdullilah, hingga hari ini, aku masih bernyawa, masih mampu untuk mengukir senyuman dan masih mampu untuk duduk dengan sempurna dihadapan laptop dan menaip huruf-huruf bagi membina perkataan.
Setiap dinihari aku pasti dihidupkan semula selepas dimatikan buat sementara waktu bagi memberikan jasad dan roh aku berehat. Selepas 24 jam berlalu, pada waktu yang sama samada alarm dipasang atau tidak, aku tetap tersedar dari lena.
Syukur Ya Allah, Yang Menghidup dan Mematikan makhluknya. Kenapa Allah akan menyedarkan aku seawal dinihari, kerana kasih sayang Allah kepada aku. Allah tidak mahu aku rasa menyesal nanti kerana terlewat bangun untuk berkhalwat denganNYA. Tidak ada waktu yang paling syahdu untuk berkhalwat tanpa gangguan melainkan waktu dinihari, subuh sepi tanpa bunyi.
Ketika takbiratul ihram ditegakkan, pasti perasaan betapa Allah sayangkan aku ini menyelinap disanubari. Indah sangat perasaan tu, perasaan disayangi dan perasaan diberikan perhatian.
Ketika siangnya, sebuk dengan pelbagai aktiviti dan agenda, kesabaran tetap ada walaupun diuji berbagai rasa. Memang setiap manusia mudah diserang emosi tanpa ketahuan, namun Allah didik aku dengan membisu seribu bahasa agar lidah terpelihara. Hanya monolog dalam jiwa berkata-kata memohon keampunan dari Allah dan memohon agar dipermudahkan urusan.
Indah rupanya bila dimarahi dan kita mendiamkan diri sehingga sesiapa yang memarahi turut terdiam juga bila syaitan yang menyapa dia tidak dapat membina bara. Itulah hikmat mendiamkan diri apabila dimarahi.
Kepada anak-anak, untuk membina jiwa yang kental, sebenarnya bukan sehari dua, tetapi dari tarbiyah diri bertahun-tahun lalu. Kesusahan dan kesukaran masa lampau, masa silam itulah tarbiyah yang terbaik bagi membina jati diri. Maka jika hari ini, kamu sering diuji, anggaplah tanda Allah sedang mentarbiyah kamu untuk menjadi hampaNYA yang terbaik.
Allah bukan saja-saja memberikan kamu kesusahan dan kesukaran melalui hidup ini, atau mendatangkan masalah kepada kamu tanpa ada jalan keluarnya, tetapi Allah prihatin dengan kamu agar kamu selalu berharap dan memohon kepadaNYA jalan keluar permasalahan itu. Allah mahu kamu selalu mengangkat tangan menadah doa, sellau berbicara denganNYA dan menyampai pengaduan gundah hatimu itu.
Nanti lama- kelamaan kamu akan merasai bahagia itu. Bahagia disayangi dan diberi perhatiaan oleh Allah. Oleh itu, wahai anak-anakku, janganlah mengeluh bila kamu sering diuji, atau keingina kamu belum tercapai, hajat kamu belum tertunai. InsyaAllah dengan kudrat dan iradatNYA,Janji NYA benar, pasti tiba masanya akan tercapai. Maka bersabarlah....
Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.
3 comments:
Tersentuh hati bila baca ni..
Assalamu'alaikum,
Terima kasih ummi atas posting ini..sungguh ia memberi kesan kepada saya..alhamdulillah kerana Allah telah memberikan saya peluang untuk membacanya..
Semoga Allah memudahkan urusan ummi sekeluarga, semoga Allah mengurniakan kekuatan, ketabahan, kesabaran dan keredhaan kepada ummi sekeluarga dalam menempuhi apa jua ujianNya....sungguh Allah tak akan mensia-siakan apa jua amalan baik yang dilakukan oleh hamba2Nya, lelaki dan perempuan...
Post a Comment