BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 7 March 2013

Berakhir Sudah Riwayat Hidup Di Dunia



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Jenazah di tanah perkuburan
“Ya Allah, kurniakanlah kami nikmat iman. Nikmat kesihatan. Nikmat kelapangan masa. Akhirilah hidup kami dalam Islam dan Iman. Ampunilah kami. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana!”


Tiada sesiapa menduga dan mengetahui bila ajal seseorang itu tiba. Allah rahsiakan saat kematian supaya manusia tidak lalai atau lupa dalam mentaati Allah dan RasulNYA.


Kenapa Allah rahsiakan kematian? Ini merupakan antara rahsia-rahsia Allah. Seperti firman Allah,

Surah Luqman ayat 34, "Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."


Cerita saya tentang bekas suami wanita buta yang saya bantu telefon 999 untuk memohon ambulan datang ke rumah kerana ada orang sakit yang tidak mampu berjalan. Selepas di masukkan ke wad barulah dikesan mengalami diabetes kronik yang telah merosakkan organ dalaman tubuh dan saraf sehingga akhirnya kaki kanan yang bengkak terpaksa dipotong buang .


Selepas pembedahan potong kaki, keadaan menjadi tidak stabil dan ditempatkan di wad CSSU selama seminggu. Terus berada di dalam keadaaa tidak stabil sehinggalah diberitakan oleh doktor tidak punya harapan untuk meneruskan kehidupan. Maka saya dan zauj pun datang berziarah buat beberapa kalinya.


Malam tadi (hari Selasa, 5 Mac 2013) saya menziarahi bekas suami wanita buta yang kritikal di Unit rawatan Rapi, CSSU Barat di HSAJB.

Sebelum kami tiba jantung telah berhenti seketika. Kami sampai bernafas menggunakan mesin pernafasan, masih berlaku pendarahan hati. (menurut pakar, pendarahan bahagian hati tak mahu berhenti).

Zauj saya membaca surah Yassin dan saya sentiasa melafazkan kalimah syahadah ditelinganya. Pada kahir bacaan Yassin nampak gegaran pernafasan sehingga kedengaran agak kuat dan bergegar katil. MasyaAllah... agak dalam 5 mminit kembali tenang...

Mohon doa rakan-rakan untk dihadiahkan kepada dia agar diampun segala dosa dan dilimpahi rahmat Allah ke atasnya.

Kita tak tahu bagaimana takdir kita, akhiran hidup kita, maka dengan kita mendoakan dia , moga saat sakaratul maut kita nanti dipermudahkan.

Takdirnya, pagi tadi jam 8.32 pagi (7 Mac 2013) telah pun meninggal dunia di wad CSSU. Jenazah di uruskan oleh pihak hospital. Selesai dimandi dan dikafan, jenazah dibawa ke Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti untuk disolatkan selepas zohor.


Selepas itu dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Alif untuk dikebumikan. Tamatlah kisahnya lelaki yang saya temui terlantar sakit di rumah pada 22 Februari bersamaan hari Jumaat. 13 hari di rawat di HSAJB, terus meninggal dunia.

Teringat saya kali pertama bertemu, pada 22 Februari 2013, ketika saya melihat arwah terbongkang kesakitan di ruang tamu dan saya datang mendekat untuk melihat keadaan kakinya yang bengkak, saya ada mendengar dia menyebut, "saya dah nak mati". Saya pujuk supaya dia mahu menerima rawatan di hospital, tetapi dia menolak. Akhirnya saya telefon ambulan HSAJB supaya datang mengambil pesakit. Sejak di masukkan ke wad, keadaannya semakin parah dan kritikal dan akhirnya meninggal dunia.


Setelah dimasukkan ke wad saya datang menziarahi (23 Februari)  dan bertanya keadaannya, dan sebelum balik saya bermaaafan dengan dia. Kali ke dua (27 Februari) saya datang ziarah ketika dia berada di wad CSSU setelah pembedahan potong kaki. Datang kali ini, saya mengingat dan membimbing dia agar mengingati Allah dengan mengucap syahadah. Saya suruh dia ikut lafaz syahadah dalam bahasa arab dan bahasa melayu. Saya ingatkan dia agar selalu menyebut nama Allah. Dia sebut berulang kali Allahu akbar. Sebelum balik pun, sekali lagi saya bermaaafkan dengan dia. Ketika itu dia masih lagi mengenali suara saya. Matanya sudah kabur dan tidak jelas melihat kerana saraf mata telah rosak.


Kali ketiga  (5 Mac 2013) dia tinggal di wad, saya datang sekali lagi dengan zauj pulak kerana anaknya mengkhabarkan ayahnya berada dalam kritikal. Kali ini, keadaanya sudah tidak sedar. Namun saya tetap melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab berulang-ulang kali sepanjang saya berada di sisinya sementara zauj membacakan surah Yassin.


Dan hari ini,(7mac 2013)  dia telah dijemput Allah ke hadiratNYA. Tidak kira siapa pun dia, selagi dia beriman, masih melafazkan syahadah maka dia tetap seorang muslim. Berdoalah untuk dia kerana janji Allah, ketika kita mendoakan kebaikkan untuk seseorang, maka ketika itu malaikat juga mendoakan untuk kita sama dengan doa kita untuk orang itu.

Jadi jika kita doa agar dia mati dalam iman dan rahmat Allah, maka malaikat juga mendoakan kita agar kita mati dalam iman dan rahmat Allah.

Moga disaat kematiannya dia pergi dalam keadaan tenang di dalam rahmat Allah Ta'ala. Maka tamatlah kisah yang saya mulakan. Berakhirlah sudah riwayat seorang hamba Allah di dunia ini. Bagaimana perjalanan seterusnya di alam barzakh adalah bergantung kepada bagaimana perjalanan kehidupan kita ketika di dunia ini.








Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: