BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 19 April 2014

Selagi Baitul Maqdis di Bawah Kekuasaan Israel

Suatu masa saya sangat bercita-cita untuk ke Masjidil Aqsa untuk mencukupkan kouta menziarahi 3 masjid yang diberkahi. Dua masjid, Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi sudah pernah sampai, Masjidil Aqsa belum lagi. Namun apabila  sedar bahawa untuk sampai ke Masjdil Aqsa perlu jejak kaki melalui Israel, hasrat dan keinginan itu tertutup semula.  InsyaAllah saya akan ke sana apabila melalui Gaza, apabila negara Palastine mendapat kemenangan dan menguasai kembali Baitul Maqdis.

Rupanya apa yang terfikir di minda saya telah pun ditulis oleh AQSA SYARIF.

Lawatan ke Masjidil Aqsa? Fikirkan.

Semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Kini agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.

Ia sedikit menghairankan.

Kenapa?

Tahukah anda bahawa Masjid al-Aqsa berada dalam wilayah Baitul Makdis (Jerusalem)?

Dan tahukah anda bahawa Baitul Makdis telah berada di bawah pendudukan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?

Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu! Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan dan penguasaan Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin mengakses masjid ini.

Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:

"Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali.....

ISRAEL!!!"

Tidakkah anda merasa curiga? Mengapa ya?

Jawapannya mudah. Kerana kita datang sebagai pelancong!

Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan berdamai dengannya pada tahun 1994? Lalu apabila anda berkunjung ke Masjid Al-Aqsa anda secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan negara haram Israel dan menyatakan kesediaan untuk berdamai dengannya!

Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah saban tahun. Dan ya, keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan membiayai keperluan tentera Israel!

Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang cuba dimainkan oleh Israel. Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Israel ingin memperbaiki imejnya di mata dunia dengan menggalakkan kunjungan ramai 'pelancong'.

Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah mereka meraikan. Tetapi jika anda datang sebagai pejuang atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.

Israel mempunyai perancangan yang licik. Mereka berjaya mengaburi pandangan kita dengan menjadikan tindakan kita yang salah seakan-akan benar dan tiada masalah. Kita tertipu bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk mengimarahkan masjid ketiga termulia dalam Islam itu dan merebut pahala menjejakkan kaki ke sana sebagai salah satu langkah membebaskan Masjid al-Aqsa daripada penjajahan Israel.

Jika seribu kali pun anda berfikir...

Jika seribu kali pun anda berfikir, anda tidak boleh melawan kekuatan ketenteraan dan politik Israel dengan melakukan rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Akhirnya, apa yang berlaku ialah anda sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu. Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang mahal demi sebuah kepuasan peribadi.

Namun begitu,

jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya (ie. berjihad) atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan pulang dengan semangat yang tinggi untuk merancang STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun! Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar 'imarah' sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya (material dan moral).

Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.

Berfikir selangkah kehadapan,
agar tidak terus ditipu amal peribadi,
sedang umat menderita,
musuh tertawa,
dan kemenangan terpaksa ditunda,
untuk kesekian-kalinya.




Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

1 comments:

Anonymous said...

Salam kepada dunia nama saya Dora dari Sepanyol , saya mahu memberi keterangan mengenai kerja-kerja baik Dr Smith, yang telah membantu saya dalam mencapai apa yang saya fikir saya tidak pernah mendapat lagi. Saya mempunyai hubungan tiga tahun dengan seorang lelaki dan saya mempunyai seorang anak untuk dia, saya fikir dia mencintai saya lebih daripada apa-apa di dunia selepas beberapa ketika saya melihat beberapa perubahan kepadanya, perkara-perkara yang saya tidak sedar mula berlaku , jadi saya tahu ada sesuatu yang salah saya cuba sila kepadanya dalam beberapa cara tetapi masih tiada keputusan. Saya mula menyedari bahawa dia telah melihat satu lagi gadis yang cuba untuk membuat dia faham bahawa dia mencintai -Nya lebih baik. Satu hari, saya membaca saksi kes yang sama , bukti seseorang yang Dr smith membantu untuk menyelesaikan masalah yang sama, tetapi saya fikir saya tidak yakin dengan rakan saya, jadi saya menghubungi beliau dan dan kami meneruskan kerja ejaan saya di tiga hari onec dia melalui dengannya semua baik . Kekasih saya menghubungi saya dan dia mengemis seriusly kerana dia mahu saya kembali , Alhamdulillah kini kita masih bersama dan bahagia berkahwin. Dr smith memberitahu saya bahawa dia juga merawat masalah-masalah lain seperti
(1) mahu kembali bekas anda.
( 2) Adakah anda mahu menjadi kaya .
(3) untuk dipromosikan di pejabat anda.
(4) mahu wanita / lelaki untuk menyukai anda.
(5) Ingin kanak-kanak
(7) Penyembuhan bagi apa-apa penyakit
Dalam dia saya jamin ia akan membantu anda dengan cara yang sama dia lakukan kepada saya , hubungi e-mel beliau : smithjamesdsolution@gmail.com
Dan diberkati