Tazkirah subuh ini, 03/06/14, mengingati mati yang disampaikan oleh Muhammad Nur Iman.
Sebelum 'Malaikat Maut' datang bertamu di sisi kita untuk mencabut nyawa, adakah kita mempunyai impian pada saat akhir kehidupan seperti merancang untuk menikmati kematian dengan tenteram, meninggalkan orang tersayang dengan reda dan paling penting kerinduan untuk bertemu Allah.
Mustahil bagi
manusia mengetahui empat hal ghaib, kelahiran dan kematian; rezeki; amal
dan kesudahan hidupnya sama ada celaka atau bahagia yang termeteri di
luh mahfuz. Empat rahsia itu tersimpan di bank data ciptaan Allah Yang
Maha Mengetahui dengan pengetahuan yang tidak terjangkau oleh akal
fikiran manusia biasa kerana manusia dicipta dengan akal fikiran yang
terbatas.
Penerokaan akal kita tak akan dapat menjawab
persoalan bilakah kelahiran dan kematian berlaku, supaya ketakutan dan
pengharapan kepada Allah sentiasa hadir pada nalurinya yang paling
tajam. Supaya kekuatan iradah menerusi elemen akal, jasmani dan rohani
terus bergejolak menyahut seruan Yang Maha Mencipta memandangkan adalah
dunia tempat bermujahadah untuk memenangi akhirat.
Dengan mengingati mati, hati akan tenang. Kita akan beramal dengan amalan yang mendatangkan rahmat Allah. Tidak ada rasa takut apabila kita berdepan dengan tanda-tanda kematian.
Umpamanya ada sekatan jalan raya oleh polis trafik. Jika kita tidak melakukan apa2 kesalahan adakah kita ada rasa takut? Kita telah memenuhi segala spec keselamatan, kita telah mematuhi segala peraturan , adakah kita rasa takut disaman? Tentu kita melalui sekatan itu dengan tenang.
Begitu juga apabila kita mematuhi segala peraturan Allah, mentaati Allah dan Rasul, jiwa kita tenang. Kita selalu rasa syukur dan bersabar. Tidak ada rasa resah gelisah atau rintihan apabila didatangkan ujian-ujian.
Dengan mengingati mati, kita akan rasa memaafkan sesama insan. Kita akan sering bertaubat dan kita akan bersabar untuk tidak melakukan samada perkara haram atau syubhah.
Orang yang tidak ingat mati akan malas beribadah, selalu melakukan perkara menurut nafsu, dan tidak kisah dengan perbuatan yang melanggar larangan Allah dan Rasul.
Bagaimana untuk kekal mengingati mati? DENGAN ILMU!
Dengan ilmu, kita mampu menahan nafsu, kita boleh bersabar dalam melakukan amal soleh kerana kita tahu dan sedar rasional setiap perlakuan dan tindakan kita.
Maka menangislah mata-mata yang tak pernah menangis (kerana takut pada Allah) dan ketakutan hati-hati yang tak pernah takut. Menggigil sekujur badan yang akan menanggung salah lakunya sendiri. Tidak pernah dalam satu hari pun kecuali pada hari itu ia berasa begitu menyesal dan berputus asa dengan keadaannya, malangnya peluang kedua sudah tiada lagi.
Sebahagian Intipati tazkirah subuh ini. Mulai hari-hari kita dengan tenang dengan mengingati Allah dalam apa jua keadaan.
Ini Jadual Saya Sendiri
2 years ago
0 comments:
Post a Comment