BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 29 July 2016

Rumah Taubat



Rumah Taubat

Sekarang ni masalah sosial makin menjadi jadi. Rumah perlindungan khas untuk menangani kes remaja mengandung. Tetapi kini permohonan masuk mereka yang terlanjur atau yang hampir terjebak dengan zina meningkat. Mereka tidak mengandung tetapi ingin bertaubat dan mahu dibimbing dalam urusan agama, ingin dibimbing mendekatkan diri kepada Allah.


Saya mengalakkan sesiapa diluar sana bukalah tempat untuk membimbing mereka mereka ini. Membuka kelas bimbingan lebih mudah, macam bukan kelas penggajian pondok, boleh tetapkan tempoh masa tinggal bersama, sebulan, 2 bulan atau 3 bulan hingga rasa diri benar benar yakin dan bersedia untuk berhadapan dengan dunia luar semula. Tak perlu nak uruskan ke klinik atau hospital. Banyak beza dan mudahnya dari membuka rumah perlindungan untuk perempuan atau remaja mengandung.

Buat peraturan dan modul, mereka yang mohon masuk mesti datang dengan kerelaan hati untuk bertaubat dan berubah. Tidak perlu terima ramai ramai. Buat ikut kemampuan ruang dan kemudahan yang ada.
InsyaAllah usaha kita membimbing mereka akan meningkatkan amal kita juga, akan membantu kita istiqomah dalam beramal.

Marilah kita sama sama menyelamatkan ummah. Baitus Solehah tak berupaya menerima mereka kerana tempat kami selalu penuh. Sekira mahu khidmat nasihat dan modul, boleh berkongsi dengan kami. Saya sedia berkongsi segala galanya.


 Jomlah...saya kasihan dengan mereka mereka yang berharap untuk berubah ni. Mereka mahukan bimbingan. Saya tahu di luar sana ramai yang mampu dan boleh bimbing mereka. Nak mohon masuk pondok bukan mudah, ada macam-macam syarat dengan kekangan had umur, tempat dan lain lain procedur. Marilah bantu mereka ini...

Saya selalu upload gambar kelas kelas bimbingan di Baitus Solehah. Bukan perlu kerusi meja pun, cuma ada kitab untuk dirujuk untuk dijadikan panduan dalam beramal. Carilah yang boleh menyampaikan ilmu.

Saya membimbing anak angkat saya Muhammad Nur Iman, seorang mualaf. Saya latih beliau menjadi pendakwah. Setelah hampir 4 tahun, syukur sangat sangat Muhammad Nur Iman menjadi guru yang berwibawa dalam menyampaikan ilmu walaupun dia baru beragama Islam. ISLAM MESTI DIMULAI DENGAN KEYAKINAN, ILMU DAN AMAL.



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA,
 cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

2 comments:

Izrin Alias said...

Puan, boleh saye dapatkan emel puan? Saye nak meluahkan dan bertanyakan sesuatu dengan puan. Sulit utk diceritakan disini.

Unknown said...

salam ummi sy berminat nak cari anak angkat. tapi bayi tersebut tetap dibawah jagaan ibunya.saya nak tolong setakat yg saya mampu. mungkin saya boleh tlg dari segi pakaian dan kelengkapan baby tu. buat masa ni sy hanya mampu mula dgn seorang bayi. kalau boleh yg tinggal di negeri sembilan atau selangor supaya mudah sy nk berurusan dan melawat anak angkat sy tersebut. kalau ada yg memerlukan saya harap ummi dpt bantu.saya rasa tidak senang duduk selagi niat sy tidak tercapai.
. boleh hubungi saya 0194807212 - noor.