BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 3 February 2018

Legasi Yang Ditinggalkan

 

nombor akaun Baitus Solehah



Supaya yang menerajui Baitus Solehah tidak menghadapi masalah kewangan, saya buka akaun bersama. Setiap manusia pasti mati dan saya bersedia untuk meninggalkan dunia ini dengan tangan terbuka.

 
Sebelum ini Baitus Solehah cuma ada satu akaun pemilikan tunggal.

 
Atas kesedaran ini, saya membuat persediaan yang lebih baik untuk peneraju menguruskan Baitus Solehah di masa akan datang.

 
Akaun Maybank atas nama Baitus Solehah 551306513550

Akaun CIMB atas nama Baitus Solehah Caring Centre 8603089829

Kos operasi pengurusan Baitus Solehah sebulan mencecah RM 15,000.00.

Polisi kami tidak ada penyerahan anak angkat bagi setiap ibu ibu yang berlindung di Baitus Solehah.

Baitus Solehah menjaga kebajikan pelatih di sini tanpa sebarang bayaran. Tidak ada bayaran pendaftaran dan bayaran bulanan. Hidden charge pun tak ada. Cuma untuk urutan selepas bersalin menggunakan khidmat luar maka, mesti kena bayar sesiapa yang memerlukan .

Kami membantu mereka mereka yang benar benar memerlukan perlindungan dengan syarat bertaubat nasuha dan berusaha berubah menjadi insan yang Allah redha. Sebab tu anak kena jaga sendiri.

Semoga usaha usaha kecil kita mendapat keredhaan Allah. Kita tidak mampu selamatkan ramai yang tersasar, kita usaha menyelamatkan mereka yang rela hati mahu berubah dan bertaubat pun dah besar rahmatNya.

Yang menulis,

Munaliza binti Ismail

#BaitusSolehah

#SumbanganDanWakaf



Impianku menjadi isteri solehah, 
selepas Allah dan RasulNYA, 
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: