Semasa di Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarah
1985, seluruh pusat pengajian tinggi awam Malaysia telah gempar dengan kejutan pengantungan pelajar-pelajar berpurdah. Salah seorangnya adalah aku. Ketika itu aku sedang cuti bersalin di rumah selepas melahirkan anak sulungku, Ahmad Ali Akbar. Yang paling gempar adalah pelajar UTM, aku bersama 15 orang lain digantung dari meneruskan penggajian kecuali sanggup membuka purdah. Kebanyakkan mereka yang berpurdah adalah dari jemaah Al-Arqam, hanya aku sahaja yang bukan dari jemaah Al-Arqam. Aku mula berpurdah sebaik selepas bernikah.Selepas saja bernikah, aku amat gemar sekali bersolek, dengan memakai lipstik merah dan eyeshadow. Seusai solat subuh, aku akan berdandan serapinya, kerana zauj aku suka jika bibir ku sentiasa merah dan mataku ada pembayang warna. Maka hari-hari aku bersolek. Mula-mulanya lepas kahwin, lepas bersolek, cuma duduk dalam bilik, jadi tak kisah la, tak ada sapa yang tengok selain zauj, tapi bila nak keluar rumah, aku terpaksa membasuh semua mekap di muka. Pertama kali aku keluar dengan bibir merah, zauj terus tegur, "amboi, merahnya bibir, nak tunjuk kat sapa?" Lepas tu, dah tak berani aku keluar terus dari rumah dengan bibir merah bak delima merekah macam tu.
Suatu hari aku ternampak ramai pelajar kumpulan Al-Arqam berpurdah, dan aku teringat sebenarnya aku pun ada juga purdah, tapi tak ingat dah, dimana aku simpan. Purdah ni aku pernah pakai ketika aku pergi menghadiri kuliah mingguan Al-Arqam di Sg Pencala. Masa sebelum bernikah, aku memang rajin mengikuti dimana-mana jua kelas pengajian ilmu, tidak kira jemaah mana yang anjurkan. Bagi aku, ilmu boleh dituntut dari ustaz mana-mana pun. Kalau hari Ahad , aku pergi kuliah pemurnian hati menggunakan buka Minhajul Abidin (karangan Imam Al-Ghazali)di Kg Baru, KL (rumah Pak Yazid) dan kuliah Feqah Islam. Aku juga mengikut usrah di bawah JIM. Namun kini sebaik lepas bernikah, atas didikan zauj, fikrah ku bersama-samanya...secara tidak langsung aku aktif di sana pula sehingga bertahun-tahun aku terlibat dalam dewan muslimat terutama menggerakkan Dewan Muslimat kawasan Gelang Patah yang dikuasai oleh pihak pemerintah. (peritnya kami bergerak di dalam kawasan yang dikuasai UMNO)
Kembali ke cerita purdah tadi tu, aku mula pakai purdah semula tujuan untuk menutup wajah aku yang sentiasa bersolek dengan bibir merah. Lagi pun lepas bernikah, kau tidak lagi tinggal bersama-sama kawan-kawan, aku tinggal dengan zauj dan pergi kuliah naik kereta.
Jadi selama aku hamil, aku amat senang berpurdah ke sana ke mari. Namun ketika aku dikehendaki menjalani latihan mengajar, aku ditempat di sekolah berhampiran rumah ku, iaitu SMK Titiwangsa, KL. Masa itu memang tidak ada apa-apa peraturan yang dikeluarkan mengenai etika perpakaian, cuma kami dimaklumkan bahawa, kakitangan kerajaan tidak dibenarkan berpurdah semasa sessi taklmat di UTM oleh Fakulti Sains. Maka aku pun pergi mendaftar diri di sekolah itu, bil masuk saja pagar sekolah, aku pun bukalah purdah. Kebetulan pula aku rupanya ditempatkan mengajar di sekolah itu bersama 2 orang lagi pelajar pendidik dari jamaah Al-Arqam. Mereka ni, bila dah sampai pejabat baru buka purdah dan pengetua sekolah sempat tengok. Masa terima kehadiran kami tu, pengetua tu tak cakap apa-apa, kami dialu-alukan sebagai orang pelatih baru, penolong kanan pun berikan kami jadual mengajar.
Namun keesokan nya aku mendapat "surat segera" arahan ditukarkan 24 jam , kena mengajar di sekolah lain yang jauh. Mula-mula aku terpinga-pinga, kenapa jadi begitu? Kami dipanggil oleh dekan dan diberikan penerangan, bahawa pengetua SMK Titiwangsa tidak mahu menerima kami sebagai guru pelatih kerana kami berpurdah! Maka sebagai timun, kami akur akan keputusan ditukarkan tempat menjalani latihan mengajar d isekolah yang lebih jauh dan dipisahkan antara satu sama lain . Sebenarnya tidak pun dirancang, yang sekolah itu akan menerima sampai 3 orang berpurdah, pihak fakulti pun tidak sangka, kerana mereka menempatkan guru pelatih berdasarkan nama, bukan pakaian, jadi secara kebetulan sekolah itu menerima hingga 3 orang yang berpurdah. (Padahal, waktu mengajar , tak pakai pun. Mungkin pengetua takut, bila 3 orang , kami nanti akan berjaya mempengaruhi ramai anak murid atau guru-guru lain agar berpurdah!, singkat punya akal pengetua tu, ingat orang nak berpurdah ni sesenang nak pakai seluar jeans atau berbaju kebaya terbelah dada?)
Setelah selesai, menjalani latihan mengajar, cuti semester, dan bila mula kuliah semester berikutnya, aku pun hadir kuliah macam biasa juga, berpurdah dengan keadaan diri sarat hamil. Pergi kuliah, turun naik tangga dengan perut memboyot, tapi tak ketara sangat kelihatannya kerana aku berjubah dan tudung pula labuh. Cumanya, kerusi dibilik kuliah , aku dah tak boleh nak lipat mejanya sebab sangkut dengan perut!
2 bulan berkuliah aku bersalin, bersalin di rumah sahaja dengan bidan sebab masa tu hospital kurang doktor perempuan, dan zauj tak mahu yang yang sambut anaknya adalah orang kafir. Mudahlah urusan bersalin aku ni. (ceritanya panjang, sessi tulisan lain akan diceritakan). Dalam aku berehat dalam pantang tu, tiba-tiba zauj balik rumah bawa surat dari HEP, mengatakan digantung pengajian. Bersama tu aku lihat surat tu juga di cc kepada kawan-kawan lain yang berjumlah 15 orang. (yang 15 orang ni semuanya dari jemaah Al-Arqam, dan hanya 3 orang saja dari Fakulti Sains dan Ppendidikan, yang lain2 tu dari kursus lain).
Maka aku serahkan pada zauj untuk berfikir bagi pihak aku. Tapi zauj tanya aku, "muna , nak sambung belajar atau berhenti?" Kalau nak sambung belajar, kena buka purdah, kalau nak berenti memang tak ada masalah pun...
Aku dah la, baru 2 minggu lepas bersalin, berfikirlah siang-malan, pro dan kontra dan sambil zauj juga buka kitab merujuk semula hukum berpurdah. Kalau belum pakai, senang, tak yah buka kitab, ini dah pakai, tak kan nak buka purdah begitu sahaja, mestilah aku tak mahu....
Setelah puas merujuk kitab, cari sana sini hukum dan berbincang dengan beberapa ustaz lain, maka zauj memutuskan, aku boleh buka purdah semula untuk meneruskan pengajian. Dan aku pun jawap surat penggantungan dengan memberi tunjuk sebab kenapa aku tidak boleh digantung dengan mencabar pihak HEP semula. Apa aku buat? Mula-mula aku hantar surat permohonan cuti 1 semester kepada fakulti, alasan bersalin, bila fakuti keluarkan surat kelulusan cuti, aku pun hantar salinan ke HEP mengatakan penggantungan ke atas aku tidak sah kerana ketika itu aku dalam cuti. Jadi semester berikutnya kau boleh terus penggajian. Of course lah, bila semester bermula aku hadiri kuliah dengan tidak berpurdah lagi. Aku tidak dapat menghubungi kawan -kawan dari jemaah Al-Arqam kerana tidak tahu siapakah yang membela dan mempertahankan hak mereka dan mereka senyap sahaja membawa haluan masing-masing.
Hari ini , aku baru terjumpa artikel tulisan ustaz Nazrul berkaitan niqab, dah lama aku nak tahu hal ni, sebab masa zuj benarkan buka, zauj cuma kata khilaf ulama' tapi tidak pula tunjukkan pada aku ni mana nasnya. ya lah...masa tu bukan aku nak ambik tahu juga, sebab teruja dengan baby comel baru lahir. Ikut saja apa zauj kata... (isteri solehah cita-citaku)
Terima kasih ustaz Nazrul atas artikelnya dan mohon izin nak letak kat sini, buat rujukan anak cucu saya bila tahu opahnya pernah berpurdah dan terpaksa buka semula.
Kini, kadang-kadang aku berpurdah, kadang-kadang tidak ...mengikut situasi dan keadaan...
Masa di Arab Saudi, setelah 2 kali ,menjadi tetamu Allah di musim haji disana, hanya masa berihram saja aku tidak berpurdah, dan aku selesa berpurdah selama berada di sana. Paling syahdu semasa di Masjid Nabawi, terasa seperti hidup di zaman Rasululah, kerana apabila kita menziarahi makam rasullulah, seseolah kita menziarahi Rasullulah ketika hidupnya...
Di hadapan Masjid Quba'
Di hadapan masjid Qiblatain( masjid dua kubah , sejarahnya terungkap adalam Al-Quran surah Al Baqarah ayat 142)
PERBAHASAN BERKENAAN NIQAB(PURDAH)
Oleh Ustaz Mohd Nazrul Nasir
Saya diminta untuk membahaskan tentang niqab oleh salah seorang sahabat kita. Terima kasih diucapkan kepada beliau. Kalau saya menerangkan ketika sedang mengajar memang agak mudah kerana saya cuma memberikan pendapat ulama tanpa perlu memberitahu mukasurat dan sebagainya. Tetapi bila menulis , kita perlu terangkan semua perkara termasuk mukasurat dan cetakan kitab . Ini merupakan amanah ilmu. Zaman sekarang bukanlah seperti zaman Syeikh al-Imam Anwar al-Kashmiri rahimahullah yang tidak perlu lagi melihat kepada rujukan . Pada zaman tersebut , jika para ulama seperti al-Imam menyampaikan fatwa maka itu sudah mencukupi dan tidak perlu lagi kepada penuntut ilmu melihat kepada kitab-kitab.Sebelum kita membahaskan tentang niqab dan hukum pemakaiannya, elok kiranya kita membahaskan apakah yang dimaksudkan dengan niqab.
Niqab ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita bagi menutup bahagian wajah mereka.Cuma yang dipamerkan hanya bahagian mata sahaja.Terdapat lagi istilah-istilah yang ada kaitan dengan niqab.Antaranya ialah khimar, burqa’ , hijab, dan litham. Saya akan terangkan secara ringkas satu persatu kaitan antara istilah-istilah tersebut dengan niqab.
1. الخمار : ini ialah nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala bagi wanita.Ini berdasarkan firman Allah taala di dalam al-Quran surah al-Nur ayat 31:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Kaitan di antara niqab dan khimar ialah niqab digunakan untuk menutup wajah,manakala khimar digunakan untuk menutup kepala.Kedua-duanya merupakan pakaian muslimah.
2. الحجاب: Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wanita tersebut.
3. البُرقَع : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wajah wanita.Menurut Ibn Manzhur ,pengarang kitab Lisan al-Arab: Terdapat sedikit ruang untuk memperlihatkan mata bagi burqa’. Jika kita mengambil dengan takrif yang diberikan oleh Ibn Manzhur maka ianya sama maksud dengan niqab.
4. اللِثام : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian mulut.Kaitan di antara niqab dan al-Litham ialah , niqab digunakan untuk menutup keseluruhan wajah kecuali kedua mata. Manakala al-Litham pula digunakan untuk menutup bahagian mulut dan ke bawah. Bilamana niqab digunakan untuk menutup bahagian wajah wanita maka ianya mempunyai kaitan rapat dengan aurat. Ini kerana, aurat adalah merupakan anggota yang wajib ditutup. Maka para ulama berbeza pendapat, adakah wajah termasuk di dalam aurat bagi wanita?
Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya.
Menurut para ulama bermazhab Hanafi: Wanita muda dilarang mempamerkan wajahnya di hadapan lelaki yang ajnabi . Larangan di sini bukanlah disebabkan wajah mereka aurat. Tetapi adalah untuk mengelakkan fitnah.Ini juga merupakan pendapat al-Imam Ibn Abidin rahimahullah, salah seorang ulama Hanafi.
Manakala para ulama bermazhab Maliki pula berpendapat: Makruh bagi wanita untuk memakai niqab( yang dimaksudkan dengan niqab oleh para ulama Maliki ialah yang menutup keseluruhan wajah termasuk mata)sama ada semasa solat atau selainnya.Ini kerana ianya terlalu berlebih-lebihan. Maka berdasarkan pendapat ini, golongan lelaki adalah lebih utama tidak memakai niqab, kecuali jika ianya menjadi adat bagi tempat tersebut.
Para ulama Maliki juga menyebutkan bahawa: Jika wanita tersebut muda dan cantik serta dibimbangi ianya akan menimbulkan fitnah, maka wajib baginya memakai niqab(purdah), serta menutup kedua tapak tangannya(dengan memakai sarung tangan).
Para ulama bermazhab Syafie pula berbeza pendapat didalam masalah niqab ini.Sebahagian ulama bermazhab Syafie berpendapat wajib bagi wanita memakai niqab,sebahagian lagi mengatakan ianya sunnah manakala sebahagian lagi mengatakan ianya merupakan Khilaf al-Aula.
Didalam hadis baginda sallallahu alaihi wasallam disebutkan:
عن سيدنا ابن عمر رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: لا تنتقب المرأة المحرمة و لا تلبس القفازين
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, Sesungguhnya Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang wanita tersebut memakai niqab dan memakai sarung tangan ketika dalam keadaan ihram.
Disebutkan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah : Hadis ini menjadi dalil bahawa wanita pada zaman Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai niqab dan sarung tangan. Oleh sebab itulah baginda sallallahu alaihi wasallam melarang pemakaian tersebut pada ketika waktu menunaikan ibadah haji.
KESIMPULAN
Jika kita menilai dengan baik pendapat para ulama tersebut, maka jelas menunjukkan bahawa niqab adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam. Cuma perlu difahami, bukanlah saya bertujuan untuk menyuruh semua wanita memakai niqab secara total. Amalkan berdasarkan kemampuan kita. Jika wanita tersebut merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqab maka ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat),maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah.
Wallahu a’lam
Rujukan:
Mausu’ah Kuwaitiyah jilid 41 mukasurat 134
Mausu’ah Yusufiyah oleh Syiekh Doktor Yussuf Khattar hafizahullah mukasurat 605-610
Mohd Nazrul Abd Nasir
Rumah Kedah Hayyu 10,
Rumah Kedah Hayyu 10,
3 comments:
Assalamualaikum Puan. Cantik sungguh penulisan & information puan, sy mengagumi bagaimana puan meneruskan perjuangan dgn berniqab diuji dgn bnyak rintangan. Saya seorang muslimah yg ingin sekali memakai niqab. Rasa terpanggil untuk berbuat demikian sejak ramadhan lepas. Saya dpt merasakan ketenangan dan ingin diberi fadhilat oleh Allah SWT diakhirat kelak, insya Allah.. Walaubagaimanapun, sy kurang pasti dgn reaksi kwn2 sepejabat dan juga majikan saya apabila berniqab nnt (sy seorang designer di salah sebuah syarikat manufacturing). Jadi, apakah langkah pertama yg perlu sy ambil utk berniqab? Perlukah sy educate mereka dahulu?
Utk pengetahuan puan, sy baru berusia 23thn dan masih belum berkahwin. Jadi, sy tertanya2 bagaimana keadaannya apabila bernikah nnt? Perlukah dibuka niqabnya pada hari nikah dan majlis nnt?
Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah.. sudah berhari2 sy mencari jawapan utk kuatkan hati walaupun suami dah memberi jawapan berkenaan isu niqab on/off. selepas membaca penulisan akak, sy rasa lebih tenang kerana sy juga berniqab dan membukanya pada perkara dan situasi tertentu.
Namun br2 ini saya dikatakan extreme oleh seorg dato' yg tinggal di sg.penchala kerana sy berniqab. suami juga dikatakan extreme kerana meminta sy utk berniqab. mahu sja sy menjawab "org yg xtutup aurat tu la yg extreme. sbb x ikut perintah Allah"
tp sy diamkan saja wlpn stiap kali jumpa, dia pasti mengatakan saya extreme. sy senyum shja disebalik niqab. mgkin dia xde pendedahan dan xfaham kenapa ada muslimah yg memilih utk berniqab.
suami2 org di kawasan rumah sy sangat tidak menjaga pandangan. jadi suami sy minta sy utk tutup wajah. suami sy tak mahu sy menjadi santapan mata lelaki durjana. lagi menyakitkan hati apabila dato' tersebut mengatakan " You patut bangga bila org puji wife u. wife u cantik u juga hepi. u patut bangga. jangan extreme sangat la. buka la penutup muka tu"
kalau dia bukan org tua, mahu saja sy tinggi suara.. tp bila teringat sifat2 mulia Nabi S.A.W, sy matikan niat tersebut.. sbb kelakuan buruk bukan sunnah.
** ustaz nazrul nasir kenalan husband semasa di Mesir dulu. orgnya hebat insyaAllah.
Salam . Sy ign btanya .. sy msih pelajar sekolah menengah .. form4 .. dan sy nk sgt mmakai purdah ttpi kt skolah x leh nk pkai purdah .. bolehke sy pkai purdah di luar rumah dn bila wktu psekolahan sy tdk mmakainya ? Mohon jawapabnnya ya ^_^
Post a Comment