BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 23 September 2010

Kembara Aidil Fitri (Siri 2)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada Hari Raya pertama, berangkat dari rumah mak mentua menuju ke utara,melalui jalan pinggir sungai menyusuri tebing Sg Tengi hingga ke Sg Panjang di Sg Besar,Selangor.


Selepas itu melintasi Sabak Bernam, menghala ke Teluk Intan dan menuju ke Seberang Perak. Dalam perjalanan, hampir waktu zuhur,dan ketika itu hari Jumaat,tiba di Sg Rubana,zauj,angah dan Nazihah berhenti di masjid berhampiran untuk bersolat Jumaat.


Walaupun kami dalam musafir, solat Jumaat tetap di dirikan. Ini kerana ketika kami keluar bermusafir, kami keluar selepas terbit fajar. Sekiranya kami keluar bermusafir sebelum masuk waktu subuh,harus untuk kami meninggalkan solat Jumaat.




Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat

Hadis :
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai? (Muslim)


Huraian :
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir.Jika sedang bermusafir pun,ada syarat-syaratnya keharusan meninggalkan solat Jumaat. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.


Maka tak ada alasan untuk meninggalkan solat terutama solat Jumaat.


Dan berkaitan bermusafir pada hari Jumaat,kita baca petikan ini perkongsian ilmu.



Bermusafir Pada Hari Jumaat

1) مَنْ سَافَرَ مِنْ دَارِ إِقَامَتِهِ يَوْمَ اْلجُمُعَةِ دَعَتْ عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ أَنْ لَا يُصْحَبَ فِي سَفَرِهِ


2) مَنْ سَافَرَ يَوْمَ اْلجُمُعَةِ دَعَا عَلَيْهِ مَلَكَاهُ أَنْ لَا يُصْحَبَ فِي سَفَرِهِ وَلَا تُقْضَى لَهُ حَاجَةٌ

Maksudnya: Hadith 1- Barangsiapa yang bermusafir dari tempat kediamannya pada hari Jumaat, para malaikat berdoa kepadanya agar dia tidak ditemani didalam permusafirannya.

Hadith 2-Barangsiapa yang bermusafir pada hari Jumaat, dua malaikatnya berdoa kepadanya agar ia tidak ditemani didalam permusafirannya dan tidak ditunaikan hajatnya.

Periwayat Hadith:

• Hadith 1:  ad-Daa-ruquthni
• Hadith 2:  al-Khothii-b

Darjat Hadith:

• Hadith 1:  Lemah
• Hadith 2:  Palsu

Sebabnya:

• Hadith 1 lemah kerana didalam sanadnya terdapat seorang perawi yang masyhur lemahnya dari sudut hafalannya yaitu Ibnu Lahii-’ah.
• Manakala Hadith 2 palsu kerana terdapat perawi didalam sanadnya yang bernama al-Husein bin ‘Ulwaa-n al-Kalbi.. Ia merupakan seorang perawi yang pembohong sebagaimana yang disebut oleh an-Nasaa-i, ad-Daa-ruquthni, Yahya bin Ma’ien.

Keterangan:

Sebenarnya tiada halangan apa-apa disisi syarak bermusafir pada hari Jumaat, samada keluar dari rumah kediaman sebelum subuh, atau selepas subuh, atau sebelum solat Jumaat ataupun selepas solat Jumaat. Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan dari al-Aswad bin Qais, dari bapanya dengan katanya:

” ‘Umar bin al-Khatthab RA melihat seorang lelaki yang dalam keadaan hendak bermusafir, ‘Umar RA mendengarya berkata: Kalaulah tidak hari ini adalah hari Jumaat sudah pasti aku telah keluar (bermusafir). Lalu Jawab ‘Umar RA: Keluarlah, kerana sesungguhnya hari Jumaat tidak menghalang (seseorang) dari bermusafir “

Lihatlah bagaimana pengingkaran yang ditunjukkan oleh seorang sahabat besar Nabi Muhammad SAW atas pegangan yang salah ini. Sekiranya larangan bermusafir pada hari Jumaat init thabit daripada sunnah Nabi Muhammad SAW sudah pasti ‘Umar RA membenarkan perbuatan lelaki tadi.

Daftar Rujukan:

1) ad-Dhu’afaa-k Wa al-Matruu-kin, ‘Ali bin ‘Umar ad-Daa-ruquthni.
2) Mii-zan al-I’tidaa-l, Syamsuddin az-Zahabi.
3) Lisaa-n al-Mii-zan, Ibnu Hajar al-’Asqalaa-ni.
4) as-Sunan al-Kubra, Ahmad bin al-Husein al-Baihaqi.
5) as-Silsilah ad-Dho’iefah, Muhammad Naa-siruddin al-Albaani.


Oleh kerana terdapat ruangan solat untuk perempuan yang tidak digunakan oleh jemaah lelaki,maka Nazihah dan Nurafifah(isteri angah) masuk ke dalam masjid dan turut bersolat Jumaat. Walaupun tidak wajib solat Jumaat ke atas perempuan,tetapi tidak ada larangan menegah jika perempuan ingin mengerjakan solat Jumaat terutama ketika bermusafir.


Ketika semuanya telah kembali ke kereta amsing-masing, ummi lihat Nurafifah terkial-kial mencari sesuatu. Rupanya telefon angah telah tercicir tanpa disedari ketika angah letakkan kedalam kereta ummi. Walaupun ketika mereka bersolat Jumaat dan ummi hanya duduk di dalam kereta, tetapi ummi tidak sedar telefon jatuh dan diambil orang.


Bukan jodoh telefon itu untuk lama bersama-sama dengan angah. Kami pun meneruskan perjalanan menuju ke utara melalui Lekir. Mentua Nazihah tinggal di Lekir. Kami singgah rumah mentua Nazihah untuk beraya. Mereka menjamu kami makan nasi walaupun masa itu jam menunjukkan pukul 3:00 petang. Alhamdullilah...


Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke utara melalui Setiawan,Ayer Tawar, Beruas,Changkat Jering, Taiping,Bagan Serai dan tiba di Pekan Batu 5,terus singgah menziarahi abah di rumah makcik di Parit Haji Ali.


9 adik beradik  ummi

Rupanya semua adik beradik dah ada berkumpul di sini. Yang tak ada cuma kakak sulong, adik nombor 7 dan 8. Adik-adik yang lain datang bawa semua anak-anak.Maka ramailah adik beradik dan anak saudara yang ditemui. Meriah sungguh sebab ada anak-anak yang masih kecik dan ada anak-anak yang dah besar-besar belaka. Tanya pada abah bilangan cucu-cucunya,abah kata ada 46 orang sekarang ini. Ingatan abah masih kuat,cuma fizikal sahaja yang agak kelihatan uzur. Semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik sehingga akhir hayatnya.

Abah  dengan adik-adik ummi di rumah Abah di Parit Haji Ali.

Bila bertemu masing-masing mula bercerita hal diri masing-masing. Lama tidak bertemu. Kami ada 9 adik beradik. Hubungan ummi dengan adik-adik dan kakak sangat rapat dan mesra. Semoga hubungan ini mendapat rahmat dan redha Allah hingga ke akhirat. Menjelang maghrib semua kami berangkat menuju ke rumah arwah mak di Parit Haji Tahir pula.


Sehingga di sini dahulu siri 2 Kembara AidilFitri. Ketemu lagi dilain ketika.







Impianku menjadi isteri solehah,
selepas Allah dan RasulNYA,
cinta kasih sayang adalah untuk zaujku.

0 comments: